Anda di halaman 1dari 13

Sebab penghijrahan ke Habsyah

Menurut Sheikh Mahmud Syakir “Sebab utama yang menyebabkan kaum muslimin hijrah ke
Habasyah ialah tekanan dan intimidasi luar biasa daripada pihak musyrikin Quraish. Selain itu
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga khuatir kaum musyrikin Quraish akan
menggunakan kekuatan fizikal untuk memaksa mereka yang telah masuk Islam agar
meninggalkan agama yang baru mereka peluk. Kelihatannya inilah yang menjadi sebab utama
hijrahnya sahabat-sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam ke negara Habasyah. Saat
memberikan keterangan latar belakang hijrahnya sahabat-sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam, semua buku rujukan sejarah Islam menyatakan hal yang baru saja diungkap”3

Seorang Qiyadi bukanlah hanya seorang pengarah namun perancang dalam menentukan
keselamatan anak buahnya. Diakui perlunya seseorang Jundi itu bersedia untuk menghadapi
cabaran dan halangan-halangan bagi mematangkan diri dalam medan perjuangan sebenar namun
peranan seorang Qiyadi adalah merangka pelan keselamatan untuk anak buahnya. Di sini kita
akan dapat melihat bagaimana kegeniusan Rasulullah menyediakan sebuah pelan keselamatan
untuk Jundinya yang tertindas bahkan sebagai pelan kemenangan untuk 5 tahun pertama.

Memilih tempat strategik : Habsyah


Berdasarkan gambar rajah di atas, jelaslah menunjukkan jarak Mekah ke Habsah (Etopia)
adalah jauh dan menyeberangi laut Merah malah menembusi dua benua iaitu Benua Asia dan
Afrika. Pastinya perkara ini mengundang persoalan tentang strategi dan pelan keselamatan yang
dirancang.

a. Hubungan diplomatik kerajaan lampau dan Persaudaraan Nubuwah .


Pada zaman moden hari ini, tiada lagi negara Habsah. Negara ini telah berpecah kepada dua iaitu
Eritria dan Ethiopia (a.k.a Abbesinia). Kedua-duanya terletaknya di Benua Afrika. Mengikut
sejarahnya, hubungan antara Ethiopia dan tanah Arab terjalin sejak zaman Nabi Sulaiman.
Ketika itu, Ratu Balkis (Pemerintah kerajaan Saba') memerintah Ethiopia. Kisah terhubungnya
dua negeri ini disebabkan burung hud-hud4 . Hubungan kedua-dua buah negara terus
berlangsung hinggalah pada peristiwa bersejarah iaitu Serangan Tentera Bergajah Abrahah.
Besar kemungkinan, inilah titik hitam yang berlangsung antara kisah kedua buah – buah negara
namun berkesudahan mengikut kehendak dari Allah. Ketika zaman Muhammad sallallahu 'alaihi
wasalam, hubungan keduanya bertambah rapat lantaran bermulanya detik hijrah para sahabat ke
Habsyah secara sirr (rahsia) melalui jalan laut dan mendarat di bumi Eritria.
b. Habsyah berkemampuan untuk menjajah negara lain
Negara ini mempunyai empayar menjangkau hingga ke Sudan, sebahagian dari Mesir dan
Somalia. Kehebatan ketenteraan Habsyah dapat dilihat berbanding ketenteraan Mekah ialah
ketika berlangsungnya serangan tentera bergajah Abrahah ke atas Mekah. Hayatilah dialog
antara Abdul Mutalib bin Hisyam (datuk Rasulullah) dengan Abrahah ( Raja Habsyah).

Abrahah mendahului dengan mengatakan, "Kami ini datang bukan untuk memerangi kamu
semua tetapi kami datang adalah untuk merobohkan Kaabah, dan kalau kamu semua tidak
menghalangi kami dari tujuan kami, maka kami tidak akan melakukan pertumpahan darah
walau setitik pun."
Sebaik sahaja selesai Abrahah menerangkan tujuannya, Abdul Mutalib pun berkata, "Kami tidak
bermaksud untuk berperang dengan tuan, apa lagi dengan tentera tuan yang begitu ramai, dan
kami juga tidak bersedia untuk itu."
Berkata Abrahah, "Baiklah, nampaknya kamu mengizinkan kedatanganku, jadi adakah apa-apa
yang kehendak kamu sampaikan kepadaku?".
Abdul Mutalib berkata, "Kami hanya mengharapkan kamu dapat kembalikan harta kami yang
telah dirampas oleh tentera kamu itu."

Apabila Abrahah mendengar kata-kata yang di ucapkan oleh Abdul Mutalib, maka dia pun
berkata, "Wahai bapak suku kaum Quraisy, sesungguhnya aku begitu simpati dan hormat
kepadamu, akan tetapi apabila aku mendengar permintaanmu itu, maka hilanglah rasa hormat
dan simpatiku padamu. Aku sungguh hairan memikirkan kamu, aku ingat kamu hendak
membicarakan tentang Kaabah, yang menjadi tempat suci pemujaanmu dan nenek moyangmu,
dan kamu tahu tujuanku ke mari untuk merobohkannya, tetapi kamu lebih pentingkan 200 ekor
unta kamu yang di rampas oleh tenteraku. Ternyata kamu menganggap soal Kaabah adalah satu
soal yang remeh, dan aku merasa kecewa dengan pendirianmu."

Lalu Abdul Mutalib berkata, "200 unta itu adalah milik aku sendiri dan sudah sepatutunya aku
berusaha untuk menyelamatkannya. Tentang Kaabah pula, itu adalah urusan Yang Maha Kuasa,
dan terpulanglah kepada-Nya untuk menyelamatkannya."
Mendengar kata-kata Abdul Mutalib itu, maka dengan angkuhnya Abrahah berkata, "Kaabah itu
tidak akan terlepas dari rancanganku untuk merobohkannya."

"Terpulanglah kepada pemilik Kaabah untuk melindunginya," kata Abdul Mutalib.

Kemudian Abrahah pun memerintahkan tenteranya supaya memulangkan kembali segala harta
yang di rampas beserta dengan 200 ekor unta kepunyaan Abdul Mutalib. Maka bergembiralah
rombongan Abdul Mutalib apabila mendengar penjelasan daripada Abrahah.

Setelah mendapat jaminan tentang harta mereka, lalu rombongan Abdul Mutalib mengesorkan
kepada Abrahah supaya sepertiga harta kekayaan Mekah di serahkan kepada Abrahah dengan
syarat Abrahah tidak memusnahkan Kaabah, tetapi, syor itu telah ditolak oleh Abrahah.5

Berdasarkan kisah di atas, secara logiknya, Abdul Mutalib mampu untuk mengarahkan semua
kabilah Arab bersatu untuk menentang Abrahah kerana mereka memang pandai bertarung.
Tetapi secara pastinya, Abu Mutalib telah membuat perkiraan antara kelengkapan persenjataan
musuh termasuklah berhadapan dengan tentera bergajah. Beliau sendiri selaku pemerintah
pastinya menyedari tiada senjata yang mampu untuk menghalang tentera bergajah untuk
meruntuhkan Kaabah. Oleh itu, dapatlah difahami di sini kemodenan persenjataan di Habsyah
jauh meninggalkan bangsa Arab pada ketika itu.

c. Kuasa Politik Habsyah bukan di bawah orang Arab Musrikin


Pemilihan Habsyah sebuah negeri yang sangat jauh lokasinya dari Mekah, adalah perkara yang
aneh berbanding dengan negara-negara lain seperti Yastrib dan Thaif kerana kedua-dua buah
negara ini lebih hampir kepada Mekah sendiri. Namun, apabila dibaca dari sudut geografi,
pastinya negara yang dekat tidak mendatangkan jaminan keselamatan kerana kafir Quraisy akan
mudah untuk mencari mereka. Jika baginda memilih kawasan yang berdekatan dengan Mekah
pastinya negera-negara ini akan tunduk hormat kepada Arab Quraisy. Ini kerana di sekitar
kabilah-kabilah arab, Arab Quraisy adalah kabilah yang paling tua dari segi nasab dan paling
berpengaruh.6 Tokoh-tokoh Quraisy pada masa tersebut adalah tokoh-tokoh yang sangat
berpengaruh kerana mereka yang menjaga Kaabah terutamanya apabila tiba musim haji.7

Strategi penghijrahan
Dalam perjalanan berhijrah ke Habsyah, dapatlah dipastikan para sahabat melalui jalan
darat dan jalan laut (Laut Merah), kemudian berlabuh di Eritria kemudian sampailah ke Habsyah.
Perjalanan ini bukanlah mudah kerana mereka dalam keadaan papa kedana namun atas
keyakinan yang jitu kepada Allah mereka tetap meneruskan perjalanan. Persoalan yang mungkin
muncul, siapakah penunjuk jalan kepada mereka, lalu memudahkan mereka mengetahui selok-
belok perjalanan. Jika diperhatikan kembali siapakah yang pergi berhijrah ke Habsyah mereka
adalah golongan-golongan usahawan seperti Usman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf.
Secara logiknya mereka mungkin pernah berdagang ke Habsyah atau besar kemungkinan
kebanyakan bangsa Arab pernah pergi ke sana, memandangkan ketika datangnya utusan Quraisy
iaitu Amr bin Ash dan Imarah bin Walid pada peristiwa Hijrah ke Habsyah kali kedua, mereka
juga arif tentang jalan ke sana.

Penyusunan Organisasi Rasulullah.


Hijrah rintis ini tidak disertai oleh Rasulullah, namun pengatur dan pencatur di
belakangnya adalah baginda. Ini dapat dilihat bagaimana baginda menyarankan kepada para
sahabatnya tentang penghijrahan. Adakah baginda menyarankan sesuatu yang baginda tidak tahu
baik buruknya kepada para sahabatnya ? Pastinya sebagai seorang Qiyadi sudah melakukan
SWOT menghitung baik buruk setiap cadangannya.
Rasulullah... kegeniusan insan pilihan Allah.

1. Antara Azimah dan Rukhsah: sebuah pilihan kepada anak buah


Kisah kesyahidan Sumayyah dan Ammar bin Yasir, penyeksaan kepada Kaab bin Ar-rat,
Usman bin Affan, Abu Bakar as-Siddiq, Bilal bin Rabah dan pelbagai lagi kisah pilu tanpa jalan
penyelesaian. Mereka adalah insan yang berpengaruh di Mekah sebelum ini, namun kerana
memilih Islam, kuasa politik dan pengaruh mereka sudah tidak berfungsi. Benar sebelum Islam,
mereka amat dihormati oleh kaumnya, namun pemilihan Islam sebagai agama telah menjadikan
kedudukan mereka di sisi kaum mereka telah kehilangan fungsinya.
Oleh itu, sebagai seorang Qiyadi mestilah prihatin dengan masalah yang menimpa anak
buahnya. Menjadi sebuah pengajaran yang kita dapati di sini ialah tarbiah bukanlah sesuatu
yang mesti diharungi dengan azimah semata, namun masih ada rukhsah dalam hadapinya dengan
memilih untuk berhadapan dengannya atau mencari jalan perlepasan. Dalam situasi yang lepas,
sirah mengenai Ammar bin Yasir yang berpura-pura murtad telah menjadi contoh kepada kita
proses tarbiah juga mempunyai rukhsah dalam menghadapinya. Oleh itu, salah faham akan
makna tarbiah mestilah difahami dengan sejelasnya. Tiada istilah berani atau penakut, kerana
keizinan hijrah ini diberikan oleh baginda rasul sebagai pelan B bagi sesiapa yang ingin
mengikutinya.

2. Bijak membaca siasah antarabangsa.


Sesungguhnya di bumi Habsyah seorang Raja, tidak ada orang yang terzalim di negaranya,
berhijrahlah ke sana sehingga Allah mendatangkan jalan keluar daripada apa yang kamu
hadapi. – hadis
Bagaimanakah Rasulullah boleh mengetahui mengenai negeri Habsyah ?. Adakah baginda
pernah sampai ke sana atau pernah mendengar mengenainya ?. Terdapat juga beberapa pendapat,
berkemungkinan Rasulullah dapat mengetahui hal ini disebabkan oleh perbualan baginda dengan
pedagang-pedagang yang datang dari Habsyah. Berkemungkinan juga Rasulullah pernah pergi
sendiri ke Habsyah di Pasar Tihamah kerana menjalankan urusan perdagangan barang Siti
Khadijah.8 Walaupun tidak diketahui secara tepat, namun sabda baginda dengan menyebut nama
negara, gelaran raja di negara Habsyah dan sikapnya, jelas menunjukkan baginda membuat
perancangan teliti sebelum memberikan solusi kepada orang bawahannya. Kemungkinan kita
sendiri menjadi keliru dengan menganggap Najasyi adalah nama kepada raja di Habsyah, namun
perkara ini tidaklah tepat. Mengikut Ibn Katsir, gelaran raja di Habsyah dipanggil Najasyi begitu
jugalah dengan negara Mesir digelar Firaun.9 Menghairankan, namun inilah bukti yang paling
jelas menujukan Rasulullah adalah insan yang pakar dalam perancangannya. Sesuai untuk
dinukilkan di sini, sebagai seorang Qiyadi, mestilah mengambil tahu siasah semasa dan bijak
membaca pergerakkannya.

3. Pemilihan tempat hijrah


Tiada siapa yang akan menjangkakan terutamanya kafir Quraisy ke manakah tempat umat
Muhammad bakal melepaskan diri dari cengkaman mereka. Oleh itu, soal pemilihan tempat
hijrah, pastinya menarik untuk diperhatikan. Setelah diselidiki dengan berhikmah, ia adalah
sebagai sebuah strategi jangka panjang dan pelan keselamatan terbaik ketika tahun kelima
kenabian. Sesungguhnya, baginda amat menyedari jika baginda menghantar para sahabatnya ke
Taif dan Madinah pasti akan mengundang bahaya; kerana tiada jaminan keselamatan kepada
mereka. Pastinya akan membahayakan nyawa para sahabatnya. Perkara ini dikukuhkan dengan
melihat kepada kekuatan kekuasaan dan pengaruh kafir Quraisy, kuasa Arab serantau, tiada
jaminan akan duduk diam apabila melihat para sahabat Rasulullah berada di Taif dan Madinah.
Pastinya, mereka akan merencana pelbagai strategi bagi membuatkan bangsa selain dari
bangsa quraisy akan tunduk kepada kehendak mereka. Di negara arab, bangsa quraisy tetap
mendapat nama lantaran kedudukan mereka seolah-olah dinaungi Kaabah. Selain itu, pastinya
tiada dapat anggapan kaum musyrikin tentang kaum Muslimin akan menggunakan jalan yang
paling jauh sebagai pelan mencari perlindungan. Kaum Arab Quraisy amat faham dengan
keadaan cuaca dan kos pengakutan yang boleh sampai ke sana. Dalam keadaan umat Islam yang
papa kedana adalah amat mustahil idea ke Habsyah untuk dilaksanakan. Perkara ini
diperkukuhkan apabila perisik-perisik Quraisy mendapat tahu berita ini mereka seakan-akan
tidak percaya akan strategi yang berlangsung. Di sinilah menjawab persoalan mengapakah Kafir
Quraisy gagal menyekat kemaraan Orang Islam ke Habsyah kerana terlambat sampai.

4. Membina hubungan diplomatik dan dakwah


Penghantaran muhajirin Habsyah pertama telah membuatkan terbinanya hubungan diplomatik
secara tidak rasmi antara Rasulullah dengan Najasyi. Adalah terlalu awal pada tahun kelima
hijrah untuk bermimpi membina sebuah daulah Islamiah, namun perancangan mestilah dilakukan
dari sekarang. Terwujudnya hubungan ini telah menjadikan perancangan Quraisy untuk
menghapuskan agama Islam di muka bumi menjadi tidak realistik.
Pasukan Muhajirin Habsyah ini diketuai olah Uthman bin Makhzun. Seterusnya diwakili oleh
dua sayap iaitu pasangan suami isteri dan anak muda. Secara logiknya, penghijrahan ini pastinya
akan membawa beberapa mesej siasah yang boleh mengganggu gugat Musrikin Mekah.
a. Mesej Keamanan. Jika diperhatikan sahabat di atas, mereka adalah manusia yang terkenal
latar belakangnya melalui kekayaan dan pengaruh mereka sebelum Islam. Senarionya pada
zaman ini, tidak semua masyarakat sekitar Arab mengetahui apatah lagi masyarakat yang tidak
duduk di bawah penguasaan negara Arab untuk mengetahui apakah perkara yang berlangsung
sebenarnya di Mekah pada ketika itu. Dengan menggunakan logik ini, pastinya pembesar-
pembesar Habsyah lebih menganggap mereka sebagai saudagar yang ingin mengembangkan
perniagaan dan menyangka berlakunya peperangan seperti sebelum ini contohnya Perang Fijar.

b. Bilangan yang tidak ramai dan papa kedana. Bilangan pertama datang ke Habsyah adalah
bilangan yang sedikit dan tidak menggerunkan sesiapa sahaja apatah lagi sebuah negara yang
lengkap persenjataannya.

5. Hubungan keagamaan
Sesungguhnya perintah Rasulullah untuk sahabatnya berhijrah ke Habsyah adalah untuk
menonjolkan dan membuktikan adanya hubungan keagamaan bagi orang yang beragama.
Hubungan Keagamaan ini adalah lebih kuat jika datang dari sumber yang sama. Perkara ini jauh
lebih kuat dari athies.10 Kebanyakan penduduk Mekah pada ketika ini adalah mereka
menyembah bahala, dan menyembah apa sahaja yang ingin disembah.

6. Mengoptimumkan penggunaan sumber manusia bagi merealisasikan visi hijrah.


Karismatik seorang pemimpin terserlah apabila mempu untuk mengatur sumber manusia
berada pada posisi dan kemampuan mereka tersendiri.

Siti Khadijah - tulang belakang perjuang


Peranan Siti Khadijah dalam peristiwa Habsyah ini pastinya sukar di kesan dalam lipatan
sejarah terutamanya semasa dalam peristiwa Hijrah ke Habsyah. Namun, bagaimanakah pula
dengan sejarah baginda berdagang barang dagangan Abu Talib dan Sadatina Khadijah sebelum
diangkat menjadi Rasul?. Sesungguhnya, kehadiran Siti Khadijah bukanlah hanya sebagai
seorang isteri, namun beliau adalah pedagang tersohor, diplomat berpengaruh, dan murabbi
sejati.

a) Pedagang tersohor:
Keberadaan Siti Khadijah di Medan Perdagangan bukanlah suatu yang asing. Para
sejawatnya mengakui keberhasilan Siti Khadijah, ketika itu mereka memanggilnya “Ratu
Quraisy” dan “Ratu Mekkah”. Ia juga disebut sebagai at-Thahirah, yaitu “yang bersih dan suci”.
Nama at-Thahirah itu diberikan oleh sesama bangsa Arab yang juga terkenal dengan
kesombongan, keangkuhan, dan kebanggaannya sebagai laki-laki. Karenanya perilaku Khadijah
benar-benar patut diteladani hingga ia menjadi terkenal di kalangan mereka. Pertama kali dalam
sejarah bangsa Arab, seorang wanita diberi panggilan Ratu Mekkah dan juga dijuluki at-
Thahirah. Orang-orang memanggil Khadijah dengan Ratu Mekkah karena kekayaannya dan
menyebut Khadijah dengan at-Thahirah karena reputasinya yang tanpa cacat.

b) Membentuk (grooming) bakat kepimpinan anak muda baru:


Secara jujurnya, ketika peristiwa ini berlangsung tiada siapa yang menjangka Saidina
Usman bin Affan bakal menjadi Khalifah ketiga Islam, Zubair al-Awwam pahlawan Rasulullah
dan Mus’ab bin Umair adalah naqib yang baginda hantar ke Madinah. Namun, sebagai sebuah
proses pertarbiahan yang jangka panjang, baginda menyedari bakat-bakat ini tidak boleh
dibiarkan terpendamkan begitu sahaja.

Orang Musyrikin melepaskan dendam lalu meningkatkan penyeksaan


Apabila orang musrikin gagal untuk menangkap utusan Rasulullah ke Habsyah, mereka telah
meningkatkan penyeksaan kepada sahabat-sahabat yang berada di Mekah. Di pendekan cerita,
mereka mula untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w. Hal ini telah dipelapori oleh Saidina
Umar al-Khatab sebelum beliau memeluk Islam.
Adanya sebaran maklumat palsu. - tindakan propaganda media Quraisy
Apabila Saidina Umar al-Khatab memeluk Islam, telah sampai desas-desus menyatakan
semua orang Makkah telah memeluk Islam. Apabila para sahabat yang berada di Habsyah
mendengar perkara ini, mereka menjadi sangat gembira lantas berangkat pulang ke Kota Makkah
namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kafir Quraisy sengaja menyebarkan omong-omong
dusta sebagai helah untuk membuatkan Orang Islam di Habsyah kembali balik ke kampung
halaman.

Di sini kita boleh mengambil perhatian kepada dua perkara yang utama:

a) Islamnya Saidina Umar al-Khatab .


Saya tidak menghuraikan bab ini dengan panjang pada bahagian kali ini, ini kerana terdapat bab
khusus untuk mengambarkan besarnya pemusuhan Saidina Umar al-Khatab sebelum dia
memeluk Islam.

b) Kepentingan penguasaan media massa.


Dalam kisah ini dapat kita perhatikan, kesahihan media massa adalah penting. Dalam sirah di
atas jelaslah menunjukkan bagaimana apabila kita gagal menguasai media massa maka kita akan
mudah dieksploitasi. Oleh itu, sebagai seorang dai’e penguasaan media massa dan keprihatinan
untuk menguasai media baru adalah sama pentingnya. Dalam dunia moden pada hari ini, dai’e
semestinya mampu untuk menguasai internet dan memiliki telefon bimbit pelbagai fungsi bagi
tujuan dakwah.

Secara kesimpulannya, sesempit mana sekalipun untuk melaksanakan sebuah urusan dakwah,
dakwah mesti dilakukan. Soal bagaimana perlaksanaannya adalah perkara yang menjadi susulan.

[1] Thabaqat Ibn Sa‘ad (Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut, 1997), jld. 1, ms. 161.
[2] Sirah Ibn Hisyam (Maktabah al-‘Abikan, Riyadh, 1998), jld. 1, ms. 346.
[3] Mausu‘ah Ghuzwat al-Rasul (edisi terjemahan oleh Abdul Syukur Abdul
Razzaq atas Judul Ensiklopedia Peperangan Rasulullah; Pustaka al-Kautsar,
Jakarta, 2005), ms. 29.
[4] kisah burung hud
[5]kisah abrahah dengan abu mutalib
[6] ibrahim ali ahmad, fi as-sirah an-nabawiyah, hal 101
[7] Muhammad al-mahzum (2004), Manhajun Nabiyy fid da’wah min khilasis sirah
ash-shahihan: al-ma’rifah, at-tarbiyah, ath-thakhithith, at-tanzhim, ms 132
[8] Muhammad Abduh Yamani (2008), Khadijah: cinta abadi kekasih Nabi, PTS
Islamika, ms 59
[9] Ibn Katsir – al-Sirah al-Nabawiyyah (edisi terjemahan oleh Trevor Le Gassick
atas judul The Life of the Prophet Muhammad; Garnet Publishing, United Kingdom,
1998), jld. 2, ms, 18.
[10] Perjalanan hidup Nabi Muhammad 2004, Mustafa As-Sabie, pustaka darussalam, m/s 25

Anda mungkin juga menyukai