Anda di halaman 1dari 30

Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah 1

_______________________________________________________________________

SEJARAH
KEMUNCULAN FAHAMAN
AL-
AL-SALAFIYYAH
AL-
AL-WAHHABIYYAH
Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah 2
_______________________________________________________________________

Tajuk

Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-


Wahhabiyyah

Haji Zamihan Mat Zin Al-Ghari

Cetakan Pertama: 2008M/1429H

Hakcipta terpelihara.

ISBN 978-983-43884-4-7

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isi


kandungan buku ini dalam apa bentuk dan dengan apa cara
sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman dan lain-lain sebelum mendapat izin daripada pihak
penerbit iaitu
Sekretariat Menangani Isu-Isu Akidah Dan Syariah
Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Disemak dan ditashih oleh:


Lujnah Penyemakan dan Pentashih Penerbitan Agama Johor
Majlis Agama Islam Negeri Johor

Diterbitkan oleh:
Sekretariat Menangani Isu-Isu Akidah Dan Syariah,
Majlis Agama Islam Negeri Johor
Pusat Islam Iskandar Johor
Jalan Masjid Abu Bakar
Karung Berkunci 725
80990 Johor Bahru.

Dicetak oleh:
Cetak Ratu Sdn. Bhd.
Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah 3
_______________________________________________________________________

SEJARAH KEMUNCULAN
FAHAMAN AL-
AL-SALAFIYYAH
AL-
AL-WAHHABIYYAH

Oleh

Haji Zamihan Haji Mat Zin Al-Ghari


Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah 4
_______________________________________________________________________

INTISARI

Hal Intisari Kandungan

5. Pendahuluan

7. Definisi

9. Sejarah kemunculan Al-Salafiyyah Al-Wahhabiyyah

12. Objektif

- Sejarah Awal

16. Pemeringkatan dakwah dan gerakan Al-Wahhabiyyah

-. Kerajaan Saudi yang pertama

-. Kerajaan Saudi yang kedua

17. Kerajaan Saudi yang ketiga

20. Realiti sejarah global

24. Sejarah perbandingan

27. Sejarah pembangunan kontemporari

29. Kesimpulan
Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah 5
_______________________________________________________________________

Pertama

C
SEJARAH KEMUNCULAN
FAHAMAN AL-SALAFIYYAH AL-WAHHABIYYAH

PENDAHULUAN

Mutakhir ini, isu-isu yang berkaitan dengan fahaman Salafiy Al-


Wahhabiy hangat diperdebatkan dalam semua lapangan. Samada
berkaitan dengan isu akidah, syariah, akhlak mahupun muamalat.
Isu fahaman ini menjadi lebih sensasi apabila beberapa individu
berfahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah mendapat tempat dalam
kerajaan dan pusat-pusat pengajian tinggi mengetengahkan
fahaman tajdid mereka.

Di samping itu, pendekatan mereka yang dilihat acap kali


mengkritik golongan tua secara keras dengan pelbagai label
menimbulkan rasa tidak senang hati dikalangan pihak autoriti
agama dan majoriti umat Islam di negara ini. Maka lahirlah suara
pembelaan menjawab kritikan yang dilemparkan.

Situasi ini menyebabkan perdebatan mengenainya


menjadi terbuka. Malah lebih bersifat universal kerana ia
melibatkan hubungan diplomatic sesebuah negara, negeri-negeri,
pemimpin, institusi pengajian tinggi, intelek, penjawat awam
mahupun swasta. Hasil dari perbezaan fahaman dan pegangan,
Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah 6
_______________________________________________________________________

muncullah aktiviti tuduh menuduh, hukum-menghukum dan puak-


berpuak walaupun kita berasal dari satu bangsa satu agama.
Malangnya mempunyai pelbagai tafsiran berkaitan agama. Jika
berteraskan kepada tafsiran yang muktabar tidak mengapa.
Sebaliknya, jika tafsiran yang tidak muktabar cuba dijadikan
anjakan untuk mengganggu gugat pegangan dan fahaman arus
perdana beginilah keadaan dan kesannya. Paling malang,
masyarakat awam yang menjadi mangsa. Mereka kebingungan
dalam memahami urusan agama.

Justeru, kajian ini sedaya upaya mencari punca


permasalahan, realiti sejarah dan mengusulkan cara untuk
menanganinya. Hal ini penting agar semua pihak dapat
memahami hakikat yang berlaku. Sekaligus menghindarkan diri
dengan perdebatan aliran pemikiran yang banyak membuahkan
kerugian buat kita, meneruskan agenda pembangunan ummah
dan tamaddun.
Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah 7
_______________________________________________________________________

DEFINISI

Kemunculan fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah bukanlah


sesuatu yang baru dalam masyarakat kita. Namun, pemerhatian
penulis mendapati bahawa ramai dikalangan kita masih kurang
jelas dengan pengertian Al-Salafiyyah Al-Wahhabiyyah.
Sehubungan dengan itu, kajian ini turut memperjelaskan lafaz dan
maksudnya yang sebenar. Hal ini penting supaya hakikat
pengertian maksud yang hendak disampaikan dapat difahami
dengan sebaik mungkin.

Lafaz Al-Salafiyyah Al-Wahhabiyyah :

Lafaz Al-Salafiyyah Al-Wahhabiyyah berasal dari dua perkataan


arab iaitu Salaf dan Wahhab. Lafaz Salaf mempunyai maksud
yang pelbagai. Menurut Lisan Al-‘Arab (Ibn Al-Mandhur:330-333)
lafaz Al-Salaf berasal daripada perkataan (    
     ). Iaitu
yang bermaksud :
a) Orang yang terdahulu ( 
 )
b) Sejenis urusan jual beli dalam perniagaan (    

 )
(Muhammad Abu Bakar Al-Razi, Mukhtar Al-Shihhah:
130).
c) Meratakan tanah untuk bercucuk tanam (      
  )
d) Memberi pinjaman atau hutang ( "     !
 –     )
e) Lelaki yang hebat (!#   )

Apabila lafaz Salaf ditambah dengan huruf (ya) nisbah ($)


maka ia menjadi perkataan ( &%

  ). Ia bermaksud generasi umat
Islam yang terawal. Iaitu golongan yang terdiri dari kalangan Nabi
s.a.w, para sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in. Atau dengan kata lain,
golongan terawal umat Islam yang hidup pada permulaan hijrah
sehingga 300 atau 500 tahun selepas hijrah. (Hasyiah
Muhammad bin Muhammad Amir, Syarh ‘Abd Al-Salam Ibrahim
Al-Maliki ala Jauharat Al-Tauhid : 98).
Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah 8
_______________________________________________________________________

Namun, apabila lafaz ( &   ) itu ditambah lagi dengan


huruf tha marbuthah ( ' ) maka ia akan menjadi ( ()   ). Lafaz ini
bermaksud “orang-orang yang menisbahkan fahaman mereka
kepada pegangan Al-Salaf (generasi sahabat dan tabi’in). Oleh
itu, segala fahaman dan pegangan hidup mereka seharusnya
bersumberkan metodologi generasi Al-salaf sepenuhnya. Tanpa
prinsip ini, lafaz Al-Salafiyyah hanya sekadar jenama yang gah
mengikut tafsiran bebas semata-mata.

Lafaz Wahhab ( +
*  )

Lafaz Wahhab menurut Al-Marbawi bermaksud memberi,


anugerah, kurnia dan seumpamanya.

Jika dipergunakan lafaz Al-Wahhabi dalam kajian ini, maka


pengertiannya merujuk kepada fahaman Syeikh Muhammad bin
Abd Al-Wahhab. Manakala lafaz Al-Wahhabiyyah pula bermaksud
sebilangan golongan yang menjadi pengikut kepada fahaman,
pegangan dan perjuangan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab.

Kesimpulannya, Al-Salafiyyah Al-Wahhabiyyah ialah satu


bentuk pemahaman dan pendekatan agama menurut pandangan
Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan idolanya Syekh Ibn
Taimiyyah Al-Harrani. Ini beerti, apa yang difahami oleh Al-
Salafiyyah Al-Wahhabiyyah semasa kebanyakkannya memberi
focus kepada fahaman dan pegangan kedua-dua tokoh di atas.
Dan akhirnya untuk mengukuhkan kreadibiliti perjuangan, mereka
menisbahkan fahaman dan pendekatan mereka kepada golongan
Al-Salaf al Soleh. Sedangkan ia tidak menggambarkan
keseluruhan fahaman dan pemikiran Al-Salaf Al-Soleh yang terdiri
dari para sahabat dan tabi’in.
Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah 9
_______________________________________________________________________

Kedua

SEJARAH KEMUNCULAN
AL-SALAFIYYAH AL-WAHHABIYYAH

Aliran Salafiyyah Wahhabiyah ialah satu aliran yang di asaskan


oleh Muhammad bin Abd Wahhab bin Sulaiman bin Ali (1115-
1206H bersamaan 1703/1792M) pada kurun ke-18 masihi di
negeri Najd.

Najd ialah sebuah negeri yang terletak disebelah timur


Madinah Al-Munawwarah. Ianya pernah disifatkan oleh Rasulullah
S.A.W sebagai satu tempat yang zahir padanya “fitnah dan
tanduk syaitan”. Iaitu kawasan yang menjadi pusat kejahatan dan
kerosakan. Hal ini lebih jelas dengan keterangan Imam Al-Bukhari
di dalam Sahihnya m/s 2098 juz 6 no : 6681 yang berbunyi : “Ya
Allah, berkatilah negeri Syam kami dan Kau berkatilah negeri
Yaman kami.” Lalu sahabat bertanya : “Negeri Najd kami wahai
Rasululullah”? Baginda bersabda lagi sambil mengulangi doa
yang sama : “Ya Allah Dikau berkatilah negeri Syam dan Yaman
kami.” Lalu sahabat bertanya lagi soalan yang sama dan
menyangka bahawa Rasulullah S.A.W akan mendoakannya pada
doa yang ketiga. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda : “Di sanalah
(Najd) timbulnya gempa bumi (kekacauan), fitnah dan munculnya
tanduk syaitan.” Sememangnya Najd terbahagi kepada dua
bahagian. Iaitu Najd Al-Yamani dan Najd Al-Hijaz. Akan tetapi
apabila dimaksudkan dengan negeri Najd ia merujuk kepada
Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah 10
_______________________________________________________________________

negeri Najd Hijaz yang terletak di timur Madinah. (Syamsuddin Al-


Khatib Al-Syirbaini, Mughni Muhtaj, Maktabah Al-Taufiqiyyah, t.th,
juz 2, hlm 241). Oleh itu, jika ada yang mengatakan bahawa hadis
ini tidak diisyaratkan kepada Muhammad Abd Wahab kerana
nama Najd itu adalah tanah tinggi dari Thilamah hingga ke Iraq
ternyata satu dakwaan yang tersasar jauh. Kami nyatakan
bahawa Najd yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah jelas
sebagai sebuah kawasan yang ditentukan dengan nama suatu
kawasan khusus yang mempunyai sempadan dan kedudukan
geografinya yang jelas. Buktinya, Baginda sendiri menyebutkan
bahawa Syam dan Yaman. Manakala Najd pula jelas sebagai
sebuah negeri yang terletak di Timur Madinah. Dan Muhammad
Abd Wahab lahir dari sana serta berlakunya fitnah di dalam
agama di sana. Bahkan berlakunya pembunuhan dan
percerobohan terhadap Makkah dan Medinah Al-Munawwarah.
Tambahan pula, bercambahnya fitnah dalam memahami agama
sebahagian besarnya dihasilkan oleh fahaman beliau. Maka
mengertilah.

Fahaman Wahabi ini diperolehi hasil responsebiliti beliau


terhadap isu-isu agama. Beliau mula mengenali ilmu feqh dari
ayahnya yang bertugas sebagai seorang qadhi yang bermazhab
Hanbali.

Bagaimanapun, mengikut (Muhammad Abu Zahrah, dia


berkhilaf pendapat dengan ayahnya kerana mengambil
pandangan beberapa tokoh Hambali yang paling keras serta
begitu fanatik terhadap Ibn Taimiyyah Al-Harrani (Ibn Taimiyyah,
m/s 411 dan Tarikh Al-Mazahib Al-Islami m/s 210)

Kemudiannya pandangan ini disimpulkan dengan beberapa ijtihadnya


sendiri. Hal ini menyebabkan beliau bertindak lebih agresif daripada Ibn
Taimiyyah. (Maksudnya Muhammad Abd Wahab menggunakan senjata
dan kekerasan bagi melaksanakan misi dakwahnya melibatkan beribu-
ribu orang Islam terkorban. Sedangkan Ibn Taimiyyah hanya berusaha
dengan menggunakan mata penanya sahaja) walaupun keduanya tidak
pernah bertemu dalam satu masa. Kerana Ibn Taimiyyah meninggal pada
Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah 11
_______________________________________________________________________

tahun 728H bersamaan 1328M. Dan Muhammad Abd Wahab lahir pada
1115H kira-kira 387 tahun selepas kematian Ibn Taimiyyah. Akhirnya,
terbentuklah fahaman beliau tersendiri dalam memahami agama.

Manakala bapanya terus mengambil pendekatan mazhab


yang menyeluruh sebagaimana pengikut mazhab Hambali yang
lain. Situasi ini menyebabkan ayahnya begitu kecewa dengan
sikap Muhammad Abd Wahab. (Ibn Humaid Al-Hanbali, Al-Suhub
Al-Wabilah `ala Al-Dara’ih Al-Hanabilah, 1989, Maktabah Imam
Ahmad, hlm 275).
Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah 12
_______________________________________________________________________

Objektif :

Objektif kemunculannya dikatakan bersifat islah untuk


menghapuskan syirik, bid’ah dan pemujaan kepada para wali.
Akan tetapi, semangat ‘memandang salah’ dan ‘menghukum’
orang lain memakan diri apabila fahaman beliau ditentang oleh
ahli keluarga sendiri dan para ulamak Haramain. Iaitu abangnya,
Sulaiman b Abd Wahab, Syeikh Ahmad Zaini Dahlan (bekas Mufti
Makkah), Ibn Humaid Al-Hanbali (bekas mufti Hanabilah Makkah),
Ibn `Abidin dan ramai lagi. Bahkan jika kita menyusuri pentas
akademik didapati beratus-ratus kitab muncul untuk
memperjelaskan situasi fahaman ini.

Untuk mendapat keterangan yang lebih lanjut sila rujuk


senarai kitab yang menolak fahaman Salafi Wahhabi di dalam Al-
Salafiyyah Al-Wahhabiyyah karangan Syeikh Al-Saqqaf dan
Maqalaat Al-Sunniyyah karangan Syeikh Abdullah Al-Harari dan
lain-lain.

Sejarah awal :

Pada tahun 1139H, dia mengikut bapanya berhijrah ke


Huraimilah. Keinginannya untuk berasingan daripada bapanya
(yang berpegang kpd mazhab Hanali) bertambah kuat dalam
dirinya. Dia mengalami dua penentangan. Tentangan pendapat
dari ayahnya dan tentangan pendapat dari penduduk tempatan
berikutan pandangan keras beliau terhadap isu-isu yang dianggap
bid’ah, syirik dan khurafat pada pandangannya.

Pada tahun 1153H, bapanya meninggal dunia dan


menjadikan dirinya lebih bebas dalam mengemukakan pendapat
dan berdakwah. Beliau mula menyebarkan fahaman yang keras
itu.

Oleh kerana aktiviti dakwahnya bersifat stereotype dan


ekstrem dalam pasaran pemikiran maka dakwahnya sukar
mendapat tempat dikalangan masyarakat. Tambahan pula seruan
yang tidak disulami kuasa politik sememangnya lambat
Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah 13
_______________________________________________________________________

mendatangkan hasil. Lalu beliau mula mencari alternatif melalui


saluran politik yang ada.

Kongsi politik beliau diperingkat awal bersama Uthman bin


Hamad bin Mu`ammar (Gabenor `Uyainah). Bagaimanapun,
selepas Muhammad Abd Wahab melaksanakan hukuman rejam
ke atas seorang wanita yang dituduh berzina maka jelaslah
kekejaman beliau. Dan situasi ini mencetuskan tentangan
masyarakat terhadap Syeikh Muhammad Abd Wahab bertambah
kuat.

Hasilnya, ramai dari kalangan rakyat tempatan tidak mahu


membayar cukai lantaran kekejaman Muhammad Abd Wahab.
Kes ini membuatkan Uthman bin Hamad bertegang leher dengan
Muhammad Abd Wahab. Setelah 8 bulan bersama, kongsi politik
tersebut terpaksa berpisah akhirnya. Lalu Uthman bin Hamad
menghalau Muhammad Abd Wahab dari Uyainah. Malah
sesetengah ahli sejarah menyebut bahawa Uthman juga
bercadang untuk membunuh Muhammad Abd Wahab.

Namun, Muhammad Abd Wahab mendapat rakan kongsi


politik yang baru bersama Muhammad bin Su’ud selaku penghulu
masyarakat badwi Dar’iyyah. Iaitu sebuah kawasan terpencil yang
terletak di pedalaman Madinah waktu itu. Dan kesepakatan antara
mereka menghasilkan satu janji setia. Bahawa Muhammad bin
Suud akan mentadbir urusan pemerintahan. Manakala Syeikh
Muhammad Abdul Wahhab akan mentadbir urusan agama.
Pakatan ini menghasilkan satu gerakan ketenteraan yang
berpusat di padang pasir negeri Najd secara rahsia dari Kerajaan
Islam Uthmaniyyah.

Jalinan hubungan mereka tidak berdasarkan kepada


akidah dan dakwah semata-mata tetapi meliputi kegiatan
ekonomi. Imam Muhammad Azu Zahrah menjelaskan : “Fahaman
Wahhabi bukan sekadar berkisar pada dakwah semata-mata.
Bahkan mereka menghunus pedang untuk memerangi golongan
yang menentang gerakan mereka. Dan dianggap golongan yang
menentang mereka sebagai golongan mungkar yang wajib
Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah 14
_______________________________________________________________________

diperangi. (Muhammad Abu Zahrah, Tarikh Mazahib Al-


Islamiyyah, Dar Hadis, juz 1, 1987, hlm 209).

Muhammad Jalal Kishk di dalam bukunya Al-Sa`udiyyun


wa Al-Hil Al-Islami hlm 112 mengatakan: “Muhammad bin Su`ud
meletakkan syarat berbaiah kepada Syeikh bahawa dia
mengambil apa yang diambil dari penduduk Dar`iyyah seperti apa
yang diambil oleh pemimpin negeri ke atas rakyat mereka.” Maka
Syeikh menjawab : “berharap Allah akan menggantikan dengan
rampasan yang lebih banyak.”

Akhirnya, apa yang dihajati tercapai. Pakatan mereka


mendapat harta yang melimpah ruah hasil daripada serangan dan
serbuan yang dilakukan bersama pengikut mereka terhadap
suku-suku arab badwi dan kota-kota yang berhampiran. Harta itu
kemudiannya dibahagi sebagai harta ghanimah (rampasan
perang).

Tidak cukup dengan itu, pakatan mereka secara


kemuncaknya melancarkan peperangan terhadap Daulah
Uthmaniyyah dengan beberapa siri peperangan yang dahsyat.
(Muhammad Abu Zahrah, hlm 209).

Ibn Basyar ada menyebutkan bahawa dia (Muhammad


Abd Wahab) waktu itu dilantik sebagai menteri keewangan.
Segala harta khumus, zakat dan hasil-hasil yang lain yang
dipungut oleh kerajaan semuanya diserahkan kepada SMAW.
Amir Abd Aziz dan lain-lain tidak menyentuh hasil-hasil itu kecuali
terlebih dahulu mendapat keizinan SMAW.

Syeikh Ahmad Zaini Dahlan menceritakan “Tatkala


wafatnya Syarif Syurur pada tahun 1202H, golongan Wahhabiy
meminta izin untuk memasuki Makkah menunaikan haji. Tetapi
tidak diizinkan oleh Syarif Ghalib yang menjadi pengganti Syarif
Surur. Tindakan ini mengundang kemarahan golongan Wahhabiy
lalu kedua pihak mempersiapakan bala tentera masing-masing.
Akhirnya berlaku pertempuran yang dahsyat antara kedua
golongan dari tahun 1205 – 1220H sehingga golongan Wahhabiy
Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah 15
_______________________________________________________________________

berjaya memasuki Makkah setelah Kerajaan Makkah tidak


berkeupayaan menyekat kemaraan mereka. (Al-Dhurar Al-
Saniyyah fi Radd ‘Ala Al-Wahhabiyyah, Dar Jawami’ Al-Kalim,
Kaherah, t.th, cetakan ke 2, hlm 154).

Sebelum mereka menawan Makkah dan Madinah, pada


bulan Zulqaedah 1217H, golongan Wahhabiy menyerang Thaif
dan kedudukan qabilah sekitarnya mereka membunuh orang-
orang tua, kanak-kanak, hamba sahaya, tetuan hamba (kecuali
mereka yang dipanjangkan usianya oleh Allah) mereka
menyembelih bayi di atas dada ibunya, merampas harta benda,
memperhina wanita dan melakukan perkara yang sukar
diungkapkan. (Syeikh Ahmad Zaini Dahlan: 157).

Perang berlarutan sehingga matinya pengasas fahaman


ini. Akan tetapi perjuangan gerakan ini diwarisi pula oleh anak-
anak mereka. Senario ini berlarutan sehingga runtuhnya empayar
Uthmaniyyah dan menjelmakan pemerintahan Bani Saudi di Hijaz.

Kesimpulannya, Wahhabiy merupakan satu aliran


pemikiran yang tersendiri yang dinisbahkan kepada pengasasnya
iaitu Muhammad bin Abdul Wahhab. Diperingkat permulaan, ia
hanya tertumpu kepada fahaman dan tafsiran dalam memahami
agama. Namun, beliau mula mengaktifkan dakwahnya setelah
kematian ayahnya secara lebih agresif dan terbuka. Walaupun
mendapat tentangan dari abangnya dan para ulamak ia sedikitpun
melemahkan semangat beliau. Bahkan mula mencari platform
politik bagi menyebarkan fahamannya secara lebih berkesan dan
menyeluruh. Akhirnya berjaya menubuhkan pakatan ketenteraan
berskala besar dan bertembung dengan Kerajaan Turki
Uthmaniyyah pada tahun 1205H. Kini gelombang Salafiy
Wahhabiy cuba diaktifkan lagi dengan pelbagai jenama. Jenama
ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap umat Islam.
Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah 16
_______________________________________________________________________

Ketiga

PEMERINGKATAN DAKWAH
DAN GERAKAN AL-WAHHABIYAH

Gerakan ini secara umumnya mengalami tiga kronologi :

Kerajaan Saud yang pertama:

1) Period Muhd Abd Wahab & Muhd Su`ud (1153H–


1206H=1792M)

2) Period Abd Aziz Al-Saud & Saud Abd Aziz (1762M-1814M)

3) Period Abdullah Al-Saud (1814-1818)-berjaya ditangkap-


dan dikenakan hukuman pancung atas kesalahan
melancarkan pemberontakan terhadap Pemerintah Islam.

Kerajaan Saud yang kedua :

1) Muncul Faysal Al-Turki Al-Saud (1835M-1838M)-


melancarkan peperangan terhadap Turki tetapi tewas.
Akhirnya dibawa ke Mesir dan dipenjara-(1843M) Tetapi
beliau melarikan diri dari penjara dan kembali ke Najad.

2) Faysal memulakan pemerintahan Al-Saud ke-2 di Najad


Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah 17
_______________________________________________________________________

3) Kol Lewis Pelly (Peg Kanan Tentera British) di hantar


British ke teluk untuk bertemu dengan pemimpin
Wahhabiy.

4) Faysal meninggal dunia akibat kecederaan dalam


pertempuran dan diganti oleh saudaranya Abdullah Al-
Saud pada tahun 1874M. Namun gerakan beliau
dipatahkan oleh tentera Turki Uthmaniyyah.

5) Muncul pula Abd Rahman bin Faysal Al-Saud berjaya


menakluki Riyadh(1889M).

6) Namun, Riyadh berjaya ditawan kembali oleh tentera


Uthmaniyyah di bawah pimpinan Jeneral Muhammad bin
Rasyid pada tahun 1890M.

7) Akhirnya, Abd Rahman bin Faysal Al-Saud berjaya lari ke


Kuwait.

Kerajaan Saud yang ke-3 :

1) Abd Aziz Al-Saud muncul dan menghidupkan kembali


gerakan Wahhabiy. Menyusun batalion dan berjaya
menawan semula Riyadh pada tahun 1902M.

2) Capt WHI Shakespeare (seorang agen British) di Kuwait


menemui Amir Abd Al-Aziz pada tahun 1910M dan
mengatur pertemuan dgn Sir Perry Cox. Hasil pertemuan,
mereka bersetuju untuk melantik seorang agen british
Philby 1 sebagai penasihat kepada Amir Abd Aziz pada

1
Philby ialah agen British di Baghdad dan perancang utama pemberontakan arab
terhadap Daulah Uthmaniyyah bagi menjaga kepentingan British di Basrah dan Shat-I
Arab. Dan perjanjian Anglo-Saudi Treaty ditandatangani pada bulan Disember 1915M.
Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah 18
_______________________________________________________________________

tahun 1915M. Kemudiannya diganti oleh T.E Lawrence.


Sejarahwan Inggris, Martin Gilbert, di dalam tulisannya
“Lawrence of Arabia was a Zionist” seperti yang dimuat di
Jerusalem Post edisi 22 Februari 2007, menyebut
Lawrence sebagai agen Zionisme.

3) Berlakunya Uqary Conference antara British dan


Pemerintah Bani Saud. Amir Abd Aziz dianugerahkan
60,000 pound setahun kerana khidmatnya pada British
dan kemudiannya dianugerahkan gelaran Knight of Grand
Commander of The Most Eminent Order of The Indian
Empire.2

4) Amir Abd Al-Aziz menghapuskan pemberontakan Ikhwan


Al-Najdi. Sebagai sokongan, Kerajaan British
membekalkan 4 pes.a.wat, 200 kenderaan tentera dalam
operasi ini. Pemimpin pemberontak, Faisal Al-Duuwaish
telah ditangkap oleh British di Kuwait dan diserahkan
kepada Amir Abd Al-Aziz pada tahun 1930M.

5) Pada tahun 1931M, Philby membawa masuk jutawan


Uamerika Syarikat, Charles R. Crane & Karl Twithcell utk
meneroka penemuan minyak di teluk.

6) Pada tahun 1933M, Syarikat Standard Oil of California


mendapat konsesi minyak selama 60 tahun dan dikenali
dgn AramCo. Ini merupakan strategi Philby utk membawa
campurtangan Amerika terhadap Saudi.

7) Pemerintahan Bani Saud yang dibayangi gerakan


Wahhabiy berjaya dibentuk secara rasminya pada tahun

2
www.thirdworldtraveller.com.middle_east
Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah 19
_______________________________________________________________________

1932M dengan gelaran negara Arab Saudi dengan


lambang pedang bersilang dan sebatang pokok tamar.3

Selain film arahan ‘Lawrence of Arabia’, ada beberapa


buku yang menggambarkan hal ini yang sudah diterjemahkan ke
dalam bahasa Indonesia. Antara lain:

a) Wa’du Kissinger, Bulitan Amerika di Tanah Suci,


Membongkar Strategi AS Menguasai Timur Tengah,
karya DR. Safar Al-Hawali—mantan Dekan Fakultas
Akidah Universitas Ummul Quro Makkah, yang dipecat dan
ditahan setelah menulis buku ini, yang edisi Indonesianya
diterbitkan Jazera, 2005).
b) Dinasti Bush Dinasti Saud, Hubungan Rahasia Antara
Dua Dinasti Terkuat Dunia (Craig Unger, 2004, edisi
Indonesianya diterbitkan oleh Diwan, 2006).
c) Timur Tengah di Tengah Kancah Dunia (George
Lenczowski, 1992) .
d) History oh the Arabs (Philip K. Hitti, 2006), Tarikh Ali
Najd, Tarikh Ali Suud dan lain-lain lagi.

Bagi saya, walaupun sejarah cuba diusik dan diolah


dengan wang ringgit, sejarah tetap dengan nilainya. Dan ia harus
dipelajari supaya sejarah hitam umat Islam tidak berulang lagi.

3
ibid
Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah 20
_______________________________________________________________________

Keempat

REALITI SEJARAH GLOBAL

Memang sungguh terkilan rasanya apabila kita menemui hakikat


bahawa zaman kemunculan gerakan Wahhabiy merupakan
zaman di mana Linggi dan Melaka bertempur dengan Belanda
(1756-1758) manakala Yamtuan Muda Riau ke 4, Raja Haji (1777-
1784) daripada kerajaan Johor-Riau yang merupakan
kelangsungan kerajaan Melaka gugur syahid dengan badik di satu
tangan dan kitab Dalailul Khayrat di tangannya yang lain di Teluk
Ketapang, Melaka. Riau diserang Belanda yang mulanya
ketewasan 6 buah kapal, dengan diikuti pula oleh 17 kapal kecil
yang diketuai oleh kapal besar Malakka’s Velvaren pimpinan
Arnoldus Lemker selama 9 bulan, sehingga Sultan Ibrahim
Selangor dan pemerintah Rembau datang membantu Riau. Kapal
Malakka’s Velvaren meletup sehingga mengorbankan semua
anak kapal menyebabkan Belanda berundur ke Melaka.
Tragisnya, Raja Haji bersama-sama Sultan Ibrahim yang
membuat serangan offensive kecundang juga setelah penjajah
Belanda dibantu dengan tambahan kekuatan kapAl-kapal besar
Utrecht dan Princess Louisa dari Betawi.

Di dalam kurun ke 18M hingga ke kurun yang berikutnya


juga, Syeikh Abdul Samad Al-Palembani (1710-1829/1244) yang
mendukung tarikat Khalwatiyah dan Sammaniyyah melalui
gurunya Syeikh Muhammad Abdul Karim Al-Samman (w. 1776),
Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah 21
_______________________________________________________________________

setelah dimaklumkan oleh saudaranya, Syeikh Abdul Qadir Mufti


Kedah; bersama-sama dengan Tunku Muhammad Saad dan
Dato’ Kama Jaya bertempur dengan Siam yang melanggar
Kedah di mana berlaku pertempuran di Alor Ganu, Haadyai dan
Singgora sehingga Syeikh Abdul Samad sendiri gugur syahid di
Singgora manakala Tunku Muhammad Saad dan rakan-rakannya
yang lain terpaksa berundur ke Pulau Pinang.

Syeikh Abdul Samad bukan sekadar beribadat dan beratib


khusus tetapi telah juga menulis Nasihat Al-Muslimiina wa-
Tadzkirat Al-Mu’minina fi-Fadhaail Al-Jihad wa-Karamat Al-
Mujahidina fi-Sabilillaah pada 1819/20 iaitu ketika meletus
peperangan Belanda dengan kerajaan Palembang atau 1829
bahkan telah membuktikan sikapnya yang beramal dengan ilmu
dengan penglibatannya di dalam kancah peperangan-perangan
menentang pencerobohan Belanda dan Siam.

Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fattani (1769-1847) juga


pulang ke Nusantara untuk misi jihad menentang Siam (1832)
tetapi terpaksa berundur ke Pulau Duyung Trengganu, dan
akhirnya kembali ke Makkah sebagai buruan politik Siam di
samping menulis berpuluh-puluh tajuk buku termasuk Furu’ ul-
Masaail, Bughyatut Tullab, Jawahir Al-Saniyyah dan
Muniyatul Musalli yang terkenal itu. Dan tragis sekali bahawa
telah ada percubaan untuk membongkar kubur Syeikh Daud oleh
pengikut-pengikut ajaran Muhammad Abdul Wahhab ketika
mereka menguasai Hijaz untuk kali ketiga di awal abad ke 20
Masehi sehingga jenazah Syeikh Daud yang ditakdirkan masih
utuh dipindahkan daripada Taif ke Makkah oleh anak saudaranya,
Syeikh Ismail Dawud Al-Fattani yang juga dikenali sebgai Nik Mat
Kecil, pengarang Matlaul Badrain.

Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari (1710-1812) pula


setelah menekuni ilmu di Hijaz, pulang ke Banjar, Kalimantan
setelah singgah di Batavia (1773/1186), berkhidmat dengan
Kesultanan Banjar Inderagiri Kalimantan dengan membina satu
tamaddun Islam yang mantap di bawah naungan Sultan
Tamhidullah (1778-1808).
Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah 22
_______________________________________________________________________

Di zaman itu juga, Sultan Muhammad Fattani (perintah


1776-1786) menerima ancaman daripada General Chakri kerana
melindungi pelarian daripada Singgora di mana 15,000
daripada 90,000 umat Islam Pattani melarikan diri ke Kuala Muda,
Kedah (1778) dan Sultan Abdullah Mukarram Syah (1778-1789)
juga di beri amaran supaya tidak melindungi mana-mana pelarian
Islam Pattani. Rama I Tibodi menakluk Pattani pada 1786
diikuti dengan gugur syahidnya Sultan Muhammad dengan diikuti
oleh pemberontakan Tengku Lamdin (1789-1791) dan Dato’
Pengkalan (1809). Datok Syahbandar di bawah perintah Sultan
Mansur Syah I Trengganu (1733-1793) terpakasa meminta
bantuan Francis Light di Pulau Pinang untuk melindungi
Trengganu daripada gangguan Siam kerana kejamnya Siam
dengan penggunaan gajah untuk memijak-mijak umat Islam.

Di benua kecil India, Nawab Bengal Sirajud-Daulah


bertempur dengan Robert Clive hingga ke titisan darah terakhir di
dalam Battle of Plassey (1757) yang memulakan era baru British
di India dan pada 1762, British merampas kepulauan Filipina yang
diduduki oleh orang-orang Islam daripada penguasaan kerajaan
Sepanyol.
Ketika semua itu berlaku, Muhamad ibn Abdul Wahhab di
Semenanjung ‘Arab meniupkan semboyan “membasmi syirik dan
bid’ah” telah membuat pakatan dengan ‘Amir Muhammad Ibn Al-
Sa’ud.

Kesimpulannya, fakta sejarah secara jelas memaparkan


kepada kita bahawa Wahhabiy bukan sekadar satu fahaman
ekstrem. Malah kuasa politik yang ada dijadikan satu anjakan
untuk menubuhkan satu gerakan bagi menyebarkan fahaman
mereka. Apabila fahaman dan gerakan mereka disekat dan
ditentang mereka mula bertindak melancarkan peperangan
sehingga memberi kesan terdapa keruntuhan Daulah
Uthmaniyyah. Kajian juga mendapati bahawa wujudnya pakatan
diantara Kerajaan British dengan gerakan Wahhabiy yang diketuai
oleh Bani Saud sehingga tertubuhnya kerajaan Wahhabiy secara
rasmi pada tahun 1932M.
Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah 23
_______________________________________________________________________

Kajian juga mendedahkan kepada kita bahawa umat Islam


berada dalam cengkaman penjajah. Bantuan dari Turki tidak
dapat disalurkan kerana Turki sendiri menghadapi ancaman
kebangkitan Wahhabiy yang dibantu British.

Kini, gelombang haru-biru Wahhabiy datang lagi. Untuk


mendapat sambutan yang lebih hebat dan mempengaruhi dunia,
aliran ini menempel di kuasa politik tertentu. Mereka juga
menggunakan pelbagai jenama. Antaranya, Mazhab Salaf,
Salafiyah, Ansar Al-Sunnah atau Ahli Sunnah Waljama’ah dengan
propaganda “mengikut Al-Qur’an dan Al-Sunnah”.

Hakikatnya ia adalah satu moto perjuangan yang sama


seperti misi dan visi Aliran Wahhabiyah yang original. Iaitu
mempertahankan pegangan yang ekstrem, menggunakan strategi
dakwah yang keras serta tiada ruang untuk bertolak ansur
walaupun sesama Islam khususnya melibatkan soAl-soal furu’.
Justeru, tidak hairanlah kemunculan wahhabiy mengundang
pelbagai telahan dikalangan ulamak dan umat Islam. Demikian,
realiti sejarah untuk kita fahami dan sedari bersama.
Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah 24
_______________________________________________________________________

Kelima

SEJARAH PERBANDINGAN

Sebagai perbandingan tamaddun, abad ke 18 Masehi merupakan


abad bermulanya Revolusi Industri (1760an) di Britain. Penduduk
dunia pada 1750 dianggarkan seramai 731 juta.

Perkembangan tamaddun dan peristiwa utama dunia


serentak dengan era keaktifan "dakwah" Muhammad ibn Abdul
Wahhab di Jazirah Arab. Antaranya: penubuhan Universiti Berkley
(1940); penemuan pig iron oleh Cort di Lancaster (1940);
pengklasifikasi penyakit (nosologi) kepada empat bahagian
utama: pyrexiae, atau penyakit-penyakit febril; neuroses, atau
penyakit-penyakit urat saraf (nervous); cachexiae, iaitu penyakit-
penyakit yang yang berpunca daripada tabiat buruk tubuh badan;
dan locales, atau penyakit-penyakit tempatan oleh Dr. Cullen
(1710-1790); pemisahan obstetrik daripada monopoli para bidan
dan permulaannya sebagai salah satu cabang perubatan
tersendiri oleh pakar obstetrik, pendidik dan penulis bidang
perubatan Dr Hunter (1746); ujikaji mengenai tenaga elektrik
daripada halilintar yang nekad serta berani oleh Benjamin Franklin
(1746) yang hidup di antara 1706-1790;

Kejadian gempa bumi dan Tsunami di Lisbon, Portugal


(1755), Seven Years War (1756-1763), Jean Jacques Rousseau
dengan penerbitan Social Contract nya di negara Perancis
Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah 25
_______________________________________________________________________

(1760); pemodenan dan perluasan Russia oleh Ratu Catherine


yang Agung (1762-1796);

Penciptaan kronometer marin yang membolehkan pelayar-


pelayar mengukur logitud di laut oleh horologis Inggeris, Foulby
Harrison (1693-1776); insuran nyawa pertama dikeluarkan di
Philadelphia (1761); Kemunculan teori baru di dalam ilmu
kimia dan penemuan peranan oksigen dan perkaitan di
antara oksidasi dengan respirasi oleh Antoine Lavoisier (1762);

Sir William Blackstone mula menulis Commentaries on


the Laws of England yang sangat masyhur itu (1765);
pemisahan gas hidrogen untuk pertama kalinya oleh Henry
Cavendish (1766), Penjelajahan pantai timur Australia oleh James
Cook (1768); penyempurnaan enjin stim oleh James Watt (1769),
"spinning jenny" ciptaan James Hargreaves dan spinning frame
untuk memudahkan penenunan kapas ciptaan Richard Arkwright
mula digunakan di kilang-kilang tekstil di utara England (1764-
1769); paderi dan saintis British, Joseph Priestley menemui
oksigen (1774); Revolusi Kemerdekaan sebuah negara yang hari
ini menjadi sebuah kuasa besar (1775-1783);

Penyempurnaan sebuah buku mengenai industrialisasi baru dan


ekonomi, Inquiry into the Wealth of Nations yang memmberi
kesan besar kepada polisi Kewangan British oleh Adam Smith
(1776); Common Sense di sempurnakan oleh Robert
Paine (1776); ujian belon udara pertama yang menjurus kepada
penerokaan tamaddun dimensi ketiga oleh Montgolfier bersaudara
di Paris (1783) yang menjadi perintis kepada penggunaan belon
udara untuk aerial reconnaissance dalam peperangan oleh orang-
orang Perancis, ujikaji-ujikaji oleh Alessandro Volta (1745-1827)
dan Luigi Galvani (1737-1798) yang menjurus kepada penemuan
bateri elektrik di Italy, Revolusi Perancis (1789-1795);
dan penyempurnaan buku The Art of Boxing yang memaparkan
rahsia-rahsia kelicikan seorang pejuang Yahudi oleh Daniel
Mendoza (1789) dan peristiwa Jewish Emancipation di negara
Perancis pada 1791.
Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah 26
_______________________________________________________________________

Kesimpulannya, apabila kita melakukan perbandingan


diantara perkembangan di timur dan di barat, ternyata terdapar
dua senario yang berbeza. Di timur, umat Islam berperang dan
berbunuhan sesama sendiri hasil konspirasi barat. Manakala di
barat, mereka mula mengkaji dan mencipta pelbagai penemuan
untuk membangun masyarakat dan negara.
Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah 27
_______________________________________________________________________

Keenam

SEJARAH PEMBANGUNAN KONTEMPORARI

Pada zaman kebangkitan Wahhabiy juga, Ulamak Islam tidak


kurang hebatnya menggerah keringat memerah otak untuk
meneruskan agenda pemerkasaan ummah dan membangunkan
tamaddun.

Antaranya, Syeikh Syihabuddin Al-Haji ibn Abdullah Al-


Jawi menyempurnakan Syarh 'Aqidat il-Iman pada 1748M.
Syeikh Muhammad Zain bin Al-Faqih Jalaluddin Aceh
menyelesaikan Bidayat ul-Hidayah di Makkah pada 1756M.

Syeikh Abdul Samad Al-Palembani menyempurnakan


sebuah buku di dalam ilmu tawhid, Zahrah Al-Muriid fi Bayaan
Kalimat il-Tawhid pada 1764M, Siyar Al-Saalikiin pada 1788M
manakala Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari menulis Tuhfat
ul-Raaghibiin fi Bayaan Haqiiqat Iman il-Mu'munin wa maa
Yufsiduhu fi Raiddat il-Murtaddin pada 1774M atas permintaan
Sultan, yang sekali gus menyangkal dakwaan Dr. Abdullah Yasin
di dalam kertas kerjanya bertajuk Gejala Syirik Dan Masalah
Kepercayaan Umat Islam: Satu Pendedahan dan Pemurnian
bahawa "Para pendakwah di Nusantara pada umumnya memberi
penekanan kepada persoalan ibadah dan akhlak, bukan
mengutamakan persoalan akidah sebagaimana dakwah
Rasulullah s.a.w."
Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah 28
_______________________________________________________________________

Di samping itu semua, terlalu ramai para ulama Islam


muktabar yang hidup sezaman dengan Muhammad bin Abdul
Wahhab dengan segala sumbangan mereka kepada tamaddun
keilmuan Islam di dalam segala bidang seperti Syeikh Muhammad
Al-'Abdali (w. 1747), Syeikh Mustafa Al-Bakri (1687-1749), Syeikh
Al-Madabighi (w. 1756), Syeikh Muhammad Ibn Sulaiman Al-
Kurdi (1715-1780), Imam Abdullah Bin Muhammad Bin 'Amir Al-
Syubrawi (1724–1757), Syeikh Muhammad Salim Al-Hifni (1689-
1757).

Syeikh Al-Sayyid Muhammad Al-Balidi (1684-1762) yang


merupakan seorang tokoh terkemuka Mazhab Malik dan Al-
'Asya'irah, Syeikh Muhammad ibn Mustafa ibn Kamaluddin Al-
Bakri (1730-1781), Syeikh Al-Sayyid Muhammad Murtada Al-
Zabidi Al-Husayni (1732-1791M), Syeikh Abdullah Al-
Syarqawi (1737-1812M).

Syeikh Abdul Rahman bin Muhammad Al-Kuzbairi Al-


Shaghir (1771-1846) yang merupakan guru kepada Syeikh Al-
Sayyid Ahmad Zaini Dahlan (1817-1886), Syeikh Muhammad Al-
Safarini Al-Hanbali (w. 1775), Syeikh Muhammad Al-Munayyar Al-
Khalwati (1688-1785) yang merupakan Masyakhat Al-Azhar
bermazhab Syafi'i yang pertama, Syeikh Ghulam 'Ali Azad Al-
Baljarami (1698-1786), Syeikhul Islam Al-Syeikh Al-Dardir Al-
'Adawi (1715-1786), Syeikh Ahmad Al-'Arusi (w. 1794), Al-Sayyid
Ahmad bin Idris Al-Fasi (1757-1837), Mufti Zabid, Sayyid 'Abdul
Rahman ibn Sulayman Al-Ahdal (1765-1839) dan Syaykh Ibrahim
Al-Bajuri (1785 - 1860).

Pendek kata sewaktu kebangkitan gerakan Wahhabiy,


ulamak kita masing-masing memainkan peranan secara aktif
dalam usaha menjana kecemerlangan ummah melalui
penguasaan ilmu pengetahuan. Tetapi kemunculan gerakan
Wahhabiy sedikit sebanyak merencatkan usaha-usaha murni itu.
Dengan itu dapatlah dirumuskan bahawa kemunculan gerakan
Wahhabiy merupakan satu perancangan kuffar barat untuk
Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah 29
_______________________________________________________________________

menghancurkan Daulah Islamiyyah dan melemahkan Ummat ini


seantero dunia.

KESIMPULAN

Setelah kita memahami dan menelusuri fakta secara jelas


berkenaan topik ini, maka kajian ini menemukan kita dengan
beberapa kesimpulan. Antaranya :

1. Fahaman Salafi Wahhabiy ialah satu fahaman yang


dicetuskan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab. Fahaman
ini berteraskan kepada fahaman keras tokoh Al-Hanabilah,
pandangan kontroversi Ibn Taimiyyah Al-Harrani dan
ijtihad beliau.

2. Fahaman ini bukan sekadar wacana dakwah. Tetapi


membentuk gerakan dengan bantuan Muhammad bin
Suud. Modus operandi mereka berpusat di padang pasir di
negeri Najad, Timur Madinah.

3. Fakta sejarah membuktikan kepada kita bahawa


berlakunya peperangan demi peerangan yang panjang
antara gerakan ini dengan Kerajaan Turki Uthmaniyyah
yang menyebabkan beribu-ribu nyawa umat Islam
terkorban. Agenda memperkasakan ummah dan
tamaddun juga terganggu.

4. Wujudnya campurtangan British di Timur Tengah. Dan


gerakan Wahhabiy dijadikan platform oleh British untuk
menggugat kestabilan pemerintahan Uthmaniyyah secara
dalaman. Situasi ini berlaku disaat kerajaan kecil umat
Islam dunia menghadapi asakan dan penjajahan kuasa
kuffar dari barat.

5. Kini fahaman Wahhabiy dieksport ke serata dunia


berasaskan kepada metodologi yang sama. Maka pihak
berkuasa agama khususnya JAKIM, Jabatan Agama Islam
Sejarah Kemunculan Fahaman Salafiyyah Al-Wahhabiyyah 30
_______________________________________________________________________

Negeri-negeri (JAIN), MAIN, Pejabat Mufti, NGO Islam dan


para alim ulamak perlu proaktif dalam menyekat dakyah-
dakyah yang bertentangan dengan Ahli Sunnah
Waljama'ah arus perdana. Supaya agenda pembangunan
Ummat dan tamaddun tidak tergendala dengan pengaruh
fahaman ekstrem. 4

4
Kertas kerja ini dibentangkan dalam program Halaqah Ilmiyyah : Memperkasakan
Kefahaman Akiqah Ahli Sunnah Wal Jamaah, anjuran Jabatan Mufti Johor pada 27 –
29hb April 2008 bertempat di Tanjung Piai Resort, Pontian, Johor

Anda mungkin juga menyukai