Anda di halaman 1dari 18

PANDUAN

CARA MENGERJAKAN
SEMBAHYANG UNTUK PESAKIT
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarahkatuh

Solat 5 waktu telah diwajibkan kepada orang islam dan tidak boleh
ditinggalkan walau dalam keadaan apa sekali pun, kecuali dia tidak
sedarkan diri, hilang akal atau gila. Buku Cara Mengerjakan Sembahyang
Untuk Pesakit diterbitkan bagi memudahkan pesakit melaksanakan ibadat
solat fardu khususnya untuk pesakit di hospital dan umumnya di rumah.

Cara dan panduan bergambar yang dipamerkan dalam buku ini tidak
mengambarkan pergerakkan fizikal dan perbuatan dalam solat secara
menyeluruh, ianya hanya contoh bagi membantu pesakit melakukan
solat. Anda harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas untuk
mengerjakan solat.

  Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit


 1
SOLAT DUDUK DI ATAS LANTAI ATAU KATIL
A BERUPAYA SUJUD

TAKBIR QIAM

• Niat • Letakkan tangan di dada jika


• Angkat kedua tangan jikalau berupaya
berupaya • Membaca doa Iftitah jika
• Takbiratul ihram menyebut berupaya
“Allahu Akbar” ketika • Afdhalnya membaca Au’zubillah
mengangkat tangan sebelum Fatihah
• Membaca surah Al Fatihah
• Membaca surah Al-Quran
atau ayat Lazim jika berupaya

2 Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit


SOLAT DUDUK DI ATAS LANTAI ATAU KATIL
A BERUPAYA SUJUD

RUKUK I’TIDAL

• Takbir sambil rukuk dengan • I’tidal iaitu kembali meluruskan


membongkokkan sedikit badan sambil membaca bacanya.
sahaja badan ke hadapan.
• Baca tasbih ketika rukuk

  Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit


 3
SOLAT DUDUK DI ATAS LANTAI ATAU KATIL
A BERUPAYA SUJUD

SUJUD TAHIYAT

• Takbir sambil sujud dengan • Takbir sambil kembali meluruskan


sempurna (sujud tujuh anggota) badan seperti keadaan permulaan
• Baca tasbih ketika sujud solat tadi, ulangi langkah yang sama
ulangi langkah yang sama untuk
rakaat kedua dan seterusnya (anda
sudah memasuki rakaat kedua)
Beberapa penambahan pada
rakaat kedua dan rakaat akhir
seperti Tahiyyat awal, Tahiyyat
Akhir dan Salam

4 Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit


B SOLAT DUDUK DI ATAS KERUSI

TAKBIR QIAM

• Niat • Letakkan tangan di dada jika


• Angkat kedua tangan jikalau berupaya
berupaya • Membaca doa Iftitah jika
• Takbiratul ihram menyebut berupaya
“Allahu Akbar” ketika • Afdhalnya membaca Au’zubillah
mengangkat tangan sebelum Fatihah
• Membaca surah Al Fatihah
• Membaca surah Al-Quran
atau ayat Lazim jika berupaya

  Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit   5


B SOLAT DUDUK DI ATAS KERUSI

RUKUK SUJUD

• Takbir sambil rukuk dengan • Menbaca Tasbih ketika sujud


membongkokkan sedikit sahaja • Takbir sambil meluruskan badan
badan ke hadapan semula bagi duduk antara dua sujud
• Baca Tasbih ketika rukuk kemudian membaca doanya
• I’tidal iaitu kembali meluruskan • Takbir sambil sujud dengan
badan sambil membaca bacaanya membongkokkan badan melebihi
• Takbir sambil sujud dengan dari paras semasa melakukan rukuk
membongkokkan badan • Membaca Tasbih ketika sujud
melebihi dari paras semasa
melakukan rukuk

TAHIYAT
• Takbir sambil kembali meluruskan
badan seperti keadaan permulaan
solat tadi, ulangi langkah yang
sama untuk rakaat kedua dan
seterusnya (anda sudah memasuki
rakaat kedua)
Beberapa penambahan pada
rakaat kedua dan rakaat akhir
seperti Tahiyyat awal, Tahiyyat
Akhir dan Salam

6 Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit


SOLAT DUDUK DI ATAS LANTAI ATAU KATIL
C
TIDAK BERUPAYA SUJUD

TAKBIR QIAM

• Boleh duduk mengikut apa saja • Letakkan tangan di dada


bentuk kemampuan seperti jika berupaya
melunjurkan kaki ke arah kiblat • Membaca doa Iftitah jika berupaya
atau duduk bersila • Afdhalnya membaca
Au’zubillah sebelum Fatihah
• Niat • Membaca surah Al-Fatihah
• Angkat ketua tangan jikalau • Membaca surah Al-Quran atau ayat
berupaya Lazim jika berupaya
• Takbiratul ikram menyebut “Allah
Akhbar” ketika mengangkat tangan

  Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit


 7
SOLAT DUDUK DI ATAS LANTAI ATAU KATIL
C
TIDAK BERUPAYA SUJUD

RUKUK SUJUD

• Takbir sambil rukuk dengan • Membaca Tasbih ketika sujud


membongkokkan sedikit sahaja • Takbir sambil meluruskan badan
badan ke hadapan semula bagi duduk antara dua
• Baca Tasbih ketika rukuk sujud kemudian membaca doanya
• I’tidhal iaitu kembali meluruskan • Takbir sambil sujud dengan
badan sambil membaca bacaanya membongkokkan badan melebihi
• Takbir sambil sujud dengan dari paras semasa melakukan rukuk
membongkokkan badan melebihi • Membaca Tasbih ketika sujud
dari paras semasa melakukan rukuk

TAHIYAT

• Takbir sambil kembali meluruskan


badan seperti keadaan permulaan
solat tadi, ulangi langkah yang
sama untuk rakaat kedua dan
seterusnya (anda sudah memasuki
rakaat kedua)
• Beberapa penambahan pada
rakaat kedua dan rakaat akhir
seperti Tahiyyat awal, Tahiyyat
Akhir dan Salam

8 Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit


D CARA SOLAT BARING MENGIRING
ATAS LAMBUNG KANAN
TAKBIR QIAM

• Baring di atas lambung / pinggang • Membaca Doa Iftitah jika berupaya


kanan permukaan badan • Afdhalnya membaca Au’zubillah
menghadap ke arah kiblat sebelum fatihah
• Tangan diletakkan mengikut • Baca surah Al-Fatihah
keupayaan • Membaca surah Al-Quran atau ayat
• Niat Lazim jika berupaya
• Angkat tangan jika berupaya
• Takbiratul Ihram

RUKUK

• Takbir sambil rukuk dengan


menundukkan sedikit
kepala sebagai isyarat rukuk
• Baca Tasbih ketika rukuk

  Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit


 9
D CARA SOLAT BARING MENGIRING
ATAS LAMBUNG KANAN
I’TIDAL SUJUD

• I’tidal dengan mengangkat semula • Takbir sambil sujud iaitu dengan


kepala serta membaca bacaanya menundukkan kepala melebihi
• Takbir sambil menggangkat kepala paras yang dilakukan ketika rukuk
seperti permulaan solat sebagai sebagai isyarat sujud yang kedua
isyarat duduk antara dua sujud • Baca tasbih ketika sujud
• Baca doa duduk antara dua sujud
sekiranya berupaya

TAHIYAT

• Takbir sambil kembali


menggangkat kepala seperti
permulaan solat tadi, ulangi
langkah yang sama untuk rakaat
kedua dan seterusnya (anda sudah
memasuki yang rakaat kedua)
• Beberapa penambahan pada
rakaat kedua dan rakaat akhir
seperti Tahiyyat awal, Tahiyyat
Akhir dan Salam
10 Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit
E CARA SOLAT BARING TELENTANG

TAKBIR QIAM

• Letakkan tangan di dada jika berupaya • Berbaring terlentang dengan kaki


• Membaca doa Iftitah jika berupaya melunjur ke arah Qiblat
• Afdhalnya membaca Au’zubillah • Boleh menggunakan alas kepala
sebelum Fatihah • Niat
• Membaca surah Al-Fatihah • Angkat tangan sekiranya berupaya
• Membaca surah Al-Quran atau ayat Takbiratul Ihram menyebut
Lazim jika berupaya “AllahAkhbar”

RUKUK

• Takbir sambil rukuk dengan


menundukkan sedikit
kepala sebagai isyarat rukuk
• Baca Tasbih ketika rukuk

  Cara Mengerjakan
Sembahyang Untuk Pesakit   11
E CARA SOLAT BARING TELENTANG

I’TIDAL SUJUD

• I’tidal dengan mengangkat • Takbir sambil sujud iaitu dengan


kepala seperti permulaan tadi menundukkan kepala melebihi
sebagai isyarat I’tidal serta paras yang dilakukan ketika rukuk
membaca bacaanya sebagai isyarat sujud
• Baca tasbih ketika sujud
• Takbir sambil mengangkat kepala
seperti permulaan tadi sebagai
isyarat duduk antara dua sujud

TAHIYAT
• Baca doa duduk di antara dua sujud
• Takbir sambil sujud iaitu dengan
menundukkan kepala melebihi paras
yang dilakukan ketika rukuk sebagai
isyarat sujud yang kedua
• Takbir sambil mengangkat
kembali kepala,seperti keadaan
permulaan solat tadi, kemudian
ulangi langkah yang sama untuk
rakaat kedua dan seterusnya (anda
sudah memasuki rakaat kedua)
• Beberapa penambahan pada
rakaat kedua dan rakaat akhir
seperti Tahiyyat awal, Tahiyyat
Akhir dan Salam
12 Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit
F SOLAT BERDIRI SAHAJA

TAKBIR QIAM

• Niat • Letakkan tangan di dada jika


• Angkat kedua tangan jikalau berupaya
berupaya • Membaca doa Iftitah jika berupaya
• Takbiratul Ihram menyebut “Allahu • Afdhalnya membaca Au’zubillah
Akhbar” ketika mengangkat tangan sebelum Fatihah
• Membaca surah Al-Fatihah
• Membaca surah Al-Quran atau ayat
Lazim jika berupaya


Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit   13
F SOLAT BERDIRI SAHAJA

RUKUK I’TIDAL

• Takbir sambil tundukkan kepala • I’tidal dengan mengangkat semula


sedikit sebagai isyarat rukuk kepala seperti permulaan solat tadi
• Baca Tasbih ketika rukuk sambil membaca bacaanya
• Takbir sambil tundukkan kepala
melebihi paras isyarat rukuk
sebagai tanda isyarat sujud

14 Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit


F SOLAT BERDIRI SAHAJA

SUJUD TAHIYAT

• Baca Tasbih ketika sujud • Takbir sambil mengangkat


• Takbir sambil mengangkat kepala kembali kepala seperti keadaan
seperti permulaan solat tadi sebagai permulaan solat tadi, kemudian
isyarat duduk di antara dua sujud ulangi langkah yang sama untuk
• Baca doa duduk di antara dua sujud rakaat kedua dan seterusnya (anda
• Takbir sambil tundukkan kepala sudah memasuki rakaat kedua)
melebihi paras isyarat rukuk • Beberapa penambahan pada
sebagai tanda isyarat sujud yang rakaat kedua dan rakaat akhir
kedua seperti Tahiyyat Awal,
Tahiyyat Akhir dan Salam

Cara dan panduan bergambar yang dipamerkan di dalam buku ini tidak
mengambarkan fizikal dan perbuatan dalam solat secara menyeluruh,
ianya hanyalah yang penting untuk membantu ibadat solat pesakit. Anda
mestilah sudah mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas
untuk mengerjakan solat.

  Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit   15


CARA MENUNAIKAN SOLAT BAGI PESAKIT

1. Bagi pesakit yang boleh menunaikannya secara biasa hendaklah berbuat demikian (setelah
syarat-syarat solat tadi dipenuhi).
Firman Allah S.W.T : Maksudnya. (‘Berdirilah untuk Allah (dalam solatmu) dengan khusyu’).

Sabda Nabi S.A.W. Maksudnya :Imran Bin Husin bercerita: Adalah aku berpenyakit buasir, maka
aku bertanya nabi, sabdanya:”Solatlah secara berdiri, jika engkau tidak berdaya, duduklah. Jika
tidak berdaya juga, maka solatlah secara berbaring merusuk (kanan)”. (HR Bukhari, Abu Daud
dan Ahmad Bin Hanbal).
2. Pesakit yang tidak dapat berdiri hendaklah dia solat secara duduk iaitu:
i) Duduk secara iftirash (seperti duduk antara dua sujud dan tahiyyat awal)
ii) Duduk bersila
iii) Duduk mengikut cara yang mampu dilakukan
vi) Menghadap kiblat
3. Jika tidak mampu untuk rukuk dan sujud, hendaklah melakukan isyarat dengan kepala iaitu
tunduklah bagi sujud lebih rendah daripada tundukan bagi rukuk.
4. Jika tidak mampu duduk hendaklah dia solat secara mengiring di atas lambungnya. (pada
bahagian kanan tubuh, jika tidak dapat, mengiringlah pada bahagian kirinya dengan dihadapkan
seluruh badan ke arah kiblat).
5. Jika tidak boleh, solat secara telentang dengan menjadikan kedua-dua kakinya menghadap ke
arah kiblat dan melakukan isyarat dengan kepala atau matanya, jika tidak berdaya juga maka
hendak-lah dia solat dengan menggunakan isyarat (dengan apa-apa sahaja seperti kepala atau
mata dan sebagainya).
6. Bagi yang tidak dapat menghadapkan mukanya ke arah kiblat dan tidak ada orang yang
membantu-nya sekalipun dengan bayaran, hendaklah dia bersolat di dalam keadaanya itu.
7. Sekiranya dahinya dibalut, bolehlah baginya sujud di atas balutan tersebut dan tidak perlu lagi
diulangi solat itu.

Masalah jama’ solat (kumpul dua fardu solat dalam satu waktu ) bagi pesakit. Ulama Islam
mempunyai dua pandangan dalam masalah ini:

1. Mazhab Hanafi, Syafie dan sebahagian ulama Maliki berpendapat. “Pesakit tidak dibenarkan
menjama’ dua solat pada satu-satu waktu kerana kesakitan yang dialaminya”.

2. Mazhab Maliki, Hanbali dan sebahagian ulama Mazhab Syafie seperti Al-Qadi Husain dan Al-
Mutawalli berpendapat:

“ Dibenarkan berbuat demikian malah dibenarkan menunaikannya sama ada secara Jama’ Taqdim
(dahulukan) atau Ta’khir (akhirkan): Seperti mengumpulkan zuhur dan asar dalam waktu zuhur
dan waktu asar.

Pendek kata, masalah jama’ ini adalah terpulang kepada pesakit itu sendiri, dia dibenarkan memilih
mana yang lebih baik baginya. Begitu juga bagi doktor-doktor yang melakukan pembedahan yang
memakan masa yang panjang, sekiranya pekerjaan tersebut tidak dapat dihentikan kecuali selepas dua
waktu solat, maka dibenarkan bagi mereka melakukan solat jama’ tersebut. (61)

RUJUKAN
:
Al-Faqir Ilalah, Abu Anas Madani,
Pokok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan.
www.abuanasmadani.com

16 Cara Mengerjakan Sembahyang Untuk Pesakit


Diterbitkan oleh
Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Laman Web: www.myhealth.gov.my Sihat Sepanjang Hayat
KEMENTERIAN KESIHATAN www.infosihat.gov.my
MALAYSIA
BUT.12.KKM (Cetak/ICT)237/2008.50,000

Anda mungkin juga menyukai