Anda di halaman 1dari 220

ADSF3103

Pengenalan Qawa’id Fiqhiyyah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ADSF3103
PENGENALAN
QAWA’ID FIQHIYYAH
Noor Syahida Abdul Rahman

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dr Widad Othman
Dr Aliza Ali
Open University Malaysia

Penulis Modul: Noor Syahida Abdul Rahman


Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Penyederhana: Muhammad Subari Ramli


Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Enhancer: Ainan Husna Muhammad Saifullah

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Edisi Pertama, Disember 2013


Edisi Kedua, Ogos 2019 (MREP)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Ogos 2019, ADSF3103
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus xiiiăxix

Topik 1 Pengenalan QawaÊid Fiqhiyyah 1


1.1 Pengertian QawaÊid Fiqhiyyah 3
1.2 Perbezaan antara al-QawaÊid al-Fiqhiyyah dengan 5
al-QawaÊid al-Usuliyyah
1.3 Faktor Terbentuknya QawaÊid Fiqhiyyah 8
1.4 Faedah Mempelajari Ilmu QawaÊid Fiqhiyyah 10
1.5 Sumber Pengambilan Ilmu QawaÊid Fiqhiyyah 11
1.6 Sejarah Perkembangan Ilmu QawaÊid Fiqhiyyah 11
1.6.1 Peringkat Pertama: Peringkat Pertumbuhan dan 12
ّ
Pembentukan (‫والكوين‬ ‫)طور النشوء‬
1.6.2 Peringkat Kedua: Peringkat Perkembangan dan 13
Pembukuan (‫والدوين‬ ‫)طور الّمو‬
1.6.3 Peringkat Ketiga: Peringkat Kemantapan dan 15
Penyempurnaan (‫والنسيق‬
ّ ّ ‫)طور‬
‫الرسوخ‬
Rumusan 16
Kata Kunci 17
Rujukan 18

Topik 2 Kitab dan Tokoh Ilmu QawaÊid Fiqhiyyah 19


2.1 Kepentingan QawaÊid Fiqhiyyah dalam Perundangan 20
Islam
2.2 Tokoh Ulama dalam Ilmu Kaedah Fiqh 21
2.2.1 Imam al-Suyuti 21
2.2.2 Imam ÂIzzuddin bin ÂAbd al-Salam 23
2.2.3 Ahmad al-ZarqaÊ Ibn Muhammad 26
2.3 Kitab Rujukan untuk Ilmu Kaedah Fiqh 28
2.4 Kitab dan Tokoh Ilmu QawaÊid Fiqhiyyah Mengikut 32
Mazhab
Rumusan 35
Kata Kunci 36
Rujukan 36

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

ََ ُ ُُ
Topik 3 Kaedah Asas 1: Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat 38
َ
(‫اصدِها‬
ِ ‫)المور بِمق‬
3.1 Pengertian dan Huraian Kaedah Asas 1 40
3.2 Contoh Aplikasi Kaedah Asas 1 41
3.3 Sumber Asal atau Dalil Kaedah Asas 1 43
3.4 Cabang atau Pecahan Kaedah Asas 1 47
3.4.1 Sesuatu Lafaz Berdasarkan Niat Orang yang 47

َّ ‫الل ْف ِظ َ َ ال َّ ف ِِظ‬
Melafazkannya (Maqasid al-Lafz Âala Niyyat
َّ ُ َ َ
al-Lafizi atau ‫ن ِية‬ ‫اصد‬
ِ ‫)مق‬
3.4.2 Niat dalam Sumpah Dapat Mengkhususkan 48
Lafaz Umum tetapi Tidak Mengumumkan
Lafaz Khusus (al-Niyyah fi al-Yamin Tukhasis
al-Lafz al-ÂAm wa la TuÊammim al-Khas atau
َ ْ‫ـظ ال‬
ِ ‫ـعـ‬
‫ام‬
ُ ْ َّ ّ َ ُ ‫ـي‬
‫ـصـص الـلـف‬
ِ ‫تـخ‬ ِ
ْ َْ
‫م‬
ِ ‫ي‬ ‫الـ‬ ‫ي‬ ‫ـ‬
ِ ‫ف‬
ُ َّ ّ َ
‫ة‬ ‫ال ِيـ‬
َ ْ ُ َُّ َ َ
ِ ‫الـخ‬
(‫ـاص‬ ‫و تـع ِمـم‬

3.4.3 Amalan Fardu Tidak Terlaksana dengan Niat 50

َّ َ َ ُ َ ْ َ
Sunat (al-Fardhu la ya TaÊada bi Niyyat al-Nafl
ْ َّ َّ
atau ‫الفل‬ ‫)الف ْرض َي َتأدى بِنِي ِة‬
3.5 Konsep Niat Menurut Perspektif Islam
3.5.1 Pengertian Niat 50
3.5.2 Hukum Niat dalam Ibadat 51
3.5.3 Tempat Niat 51
3.5.4 Status Niat 52
3.5.5 Fungsi Pensyariatan Niat 52
3.6 Pandangan Ulama Berkaitan Kaedah Asas 1 54
Rumusan 55
Kata Kunci 57
Rujukan 57

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

ُ َ ُ َ ُ ْ َْ
Topik 4 Kaedah Asas 2: Keyakinan Tidak Hilang dengan Keraguan 58
ّ َّ
(‫ـك‬
ِ ‫ـزال بِالش‬ ‫)القِـي ي‬
4.1 Pengertian Kaedah Asas 2 59
4.2 Contoh Aplikasi Kaedah Asas 2 60
4.3 Pengecualian Kaedah Asas 2 61
4.4 Sumber Asal atau Dalil Kaedah Asas 2 63
4.5 Perbezaan antara Yakin, Ghalabah al-Zan, Zan, Syak 64
dan Wahm
4.6 Cabang atau Pecahan Kaedah Asas 2 68
4.7 Peranan Kaedah Fiqh dalam Memutuskan Sesuatu Kes
di Mahkamah Syariah 76
4.7.1 Kaedah Fiqh sebagai Sumber Hukum 76
4.7.2 Kaedah Fiqh sebagai Hujah Sokongan 77
4.8 Implikasi Penggunaan Kaedah Fiqh 78
4.9 Pandangan Ulama Berkaitan Kaedah Asas 2 79
Rumusan 80
Kata Kunci 83
Rujukan 84

ْ ْ َّ ُ ْ َ ُ َّ َ ْ َ
Topik 5 Kaedah Asas 3: Kesukaran Membawa Kemudahan 85
(‫)الم َـشقة تل ِب اليسِي‬
5.1 Pengertian Kaedah Asas 3 87
5.2 Contoh Aplikasi Kaedah Asas 3 87
5.3 Sumber Asal atau Dalil Kaedah Asas 3 88
5.4 Kategori Masyakah Mengikut Perspektif Syarak 90
5.4.1 Kesukaran yang Sangat Berat (al-Masyaqqah 91
al-ÂAzimah)
5.4.2 Kesukaran Tahap Pertengahan (al-Masyaqqah 91
al-Mutawassitah)
5.4.3 Kesukaran Tahap Ringan (al-Masyaqqah 92
al-Khafifah) atau Kesukaran Tahap Biasa
(al-Masyaqqah al-ÂAdiyah)
5.5 Kriteria Masyakah yang Membawa Kemudahan 92
5.6 Faktor Keringanan Syarak 93
5.7 Rukhsah Syarak dari Sudut Amalan Ibadat 95
5.8 Rukhsah Syarak dari Sudut Status Hukum 97
5.9 Cabang atau Pecahan Kaedah Asas 3 98

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

5.10 Peranan Kaedah Asas 3 dalam Memutuskan Sesuatu 101


Hukum dan Fatwa di Malaysia
5.10.1 Kaedah Fiqh sebagai Sumber Hukum 101
5.10.2 Kaedah Fiqh sebagai Hujah Sokongan 101
5.10.3 Implikasi Pemakaian Kaedah Fiqh 105
Rumusan 106
Kata Kunci 108
Rujukan 108

Topik 6 Kaedah Asas 4: Kemudaratan Mesti Dihilangkan atau 110


ُ َ ُ ُ َ َّ
Dihapuskan (‫)الضار يزال‬
6.1 Pengertian Kaedah Asas 4 111
6.2 Contoh Aplikasi Kaedah Asas 4 112
6.3 Pengertian Istilah Penting yang Terdapat dalam Kaedah 114
Asas 4
6.4 Kategori Maqasid Syariah 116
6.5 Sumber Asal atau Dalil Kaedah Asas 4 118
6.6 Cabang atau Pecahan Kaedah Asas 4 119
6.6.1 Keadaan Darurat Mengharuskan Perkara yang 120
Dilarang (al-Darurah Tubih al-Mahzurat )
6.6.2 Apa-apa yang Diharuskan dalam Keadaan Darurat 121
Dikira Mengikut Kadar Keperluannya Sahaja
(Ma Ubih li al-Darurah Yuqaddar bi Qadariha)
6.6.3 Kemudaratan Tidak Boleh Dihilangkan dengan 122
Mendatangkan Kemudaratan yang Lain
(al-Darar la Yuzal bi al-Darar)
6.6.4 Apabila Bertentangan antara Dua Kemudaratan, 123
Hendaklah Dihindarkan yang Lebih Berat dan
Dilaksanakan yang Lebih Ringan (Iza TaÊarad
Mufsidatani RuÊiya AÊzamuhuma Dararan
Birtikabi Akhaffihima)
6.6.5 Menolak Kerosakan Itu Diutamakan atau 124
Didahulukan daripada Mengambil Manfaat atau
Kemaslahatan (DarÊu al-Mafasid Muqaddam ÂAla
Jalb al-Masaalih)
6.6.6 Keperluan atau Hajat Menempati Kedudukan 125
Darurat Sama Ada yang Bersifat Umum atau
Khusus (al-Hajah Tanzilu Manzilat al-Darurah
ÂAmmah Kanat aw Khassah)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  vii

6.7 Isu Fiqh Perubatan Semasa dan Kaitannya dengan 127


Kaedah Asas 4
6.7.1 Pemisahan Rawatan Pesakit Mati Otak 127
(Brain Death)
6.7.2 Pelalian Rubela (Imunisasi Rubela) 127
6.7.3 Hukum Eutanasia (Mercy Killing) 128
Rumusan 131
Kata Kunci 133
Rujukan 133

َ َّ َ ُ ُ َ َ ْ َ
Topik 7 Kaedah Asas 5: Adat sebagai Sumber Rujukan Hukum 135
(‫)العـادة مكمة‬
7.1 Pengertian Kaedah Asas 5 136
7.2 Contoh Aplikasi Kaedah Asas 5 137
7.3 Pengertian Adat dan Uruf Menurut Ulama 139
7.4 Sumber Asal atau Dalil Kaedah Asas 5 141
7.5 Kategori Adat atau Uruf dalam Syariat Islam 142
7.6 Hujah Adat Menurut Pandangan Ulama 143
7.7 Syarat Keharusan Beramal dengan Adat atau Uruf 145
7.8 Cabang atau Pecahan Kaedah Asas 5 146
7.8.1 Tidak Dinafikan Berlakunya Perubahan Hukum 146
Disebabkan Perubahan Zaman (La Yunkaru
Taghayyur al-Ahkam bi Taghayyur al-Azman)
7.8.2 Sesuatu yang Biasa Diamalkan oleh Orang Ramai 148
Merupakan Hujah yang Wajib Beramal dengannya
(IstiÊmal al-Nas Hujjah Yajib al-ÂAmal Biha)
7.8.3 Ketentuan Berdasarkan Uruf seperti Ketentuan 149
Berdasarkan Nas (al-TaÊyin bi al-ÂUrf Ka al-TaÊyin
Bin Nas)
7.9 Muamalat yang Berasaskan Budaya Masyarakat di 151
Malaysia dan Kaitannya dengan Kaedah Asas 5
Rumusan 153
Kata Kunci 154
Rujukan 155

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


viii  ISI KANDUNGAN

Topik 8 Kaedah Umum 1: Ijtihad Tidak Boleh Dibatalkan dengan 157


َ ْ ‫اد َ ُينْ َقض ب‬
Ijtihad (‫الجتِهاد‬
ُ َ ْ َ
‫)ا ِلجتِه‬
ِ ِ
8.1 Pengertian dan Konsep Kaedah Umum 1 158
8.1.1 Mujtahid dan Ijtihadiyyat 160
8.2 Sumber Asal atau Dalil Kaedah Umum 1 162
8.3 Contoh Aplikasi Kaedah Umum 1 163
Rumusan 165
Kata Kunci 165
Rujukan 166

Topik 9 Kaedah Umum 2: Jika Bercampur antara Halal dengan 167

َ ْ ‫ب‬ َ ْ ‫ال َ ُل َو‬


َ ْ ‫)إ ِ َذا ا ِْج َت َم َع‬
Haram, Dikira sebagai Haram
َ
(‫الرام‬
َ ِ ّ‫ام ُغل‬
ُ ‫ال َر‬
9.1 Pengertian dan Konsep Kaedah Umum 2 169
9.2 Contoh Aplikasi Kaedah Umum 2 171
9.3 Contoh Pengecualian daripada Kaedah Umum 2 171
9.4 Sumber Asal atau Dalil Kaedah Umum 2 173
9.5 Aplikasi Semasa Kaedah Umum 2 174
Rumusan 174
Kata Kunci 175
Rujukan 176

Topik 10 Kaedah Umum 3: Urusan Pemerintah Berkenaan Rakyat 177

َّ َ َ ‫ام‬
َ َ ْ َ ْ ‫الرع َِّيةِ َم ُن ْو ٌط‬
Hendaklah Berlandaskan Maslahat
ُ ُّ َ َ
(ِ‫بِالمصلحة‬ ِ ‫ال َم‬
ِ ‫)تصف‬
10.1 Pengertian dan Konsep Kaedah Umum 3 179
10.2 Contoh Aplikasi Kaedah Umum 3 183
10.3 Sumber Asal atau Dalil Kaedah Umum 3 185
Rumusan 188
Kata Kunci 189
Rujukan 189

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  ix

Topik 11 Kaedah Umum 4: Mengambil Kira Sesuatu Pernyataan 190

ْ ْ َ ْ َ ِ َ َ ْ ُْ َ ْ
adalah Lebih Baik daripada Mengabaikannya
(ِ ‫ال‬
َ
ِ ‫)إِعمال ال م أول مِن إِهم‬
11.1 Pengertian dan Konsep Kaedah Umum 4 191
11.2 Contoh Aplikasi Kaedah Umum 4 192
11.3 Sumber Asal atau Dalil Kaedah Umum 4 194
Rumusan 196
Kata Kunci 196
Rujukan 197

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


x  ISI KANDUNGAN

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  xiii

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan teliti dari awal hingga akhir.
Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda
memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk
anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah
rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan
kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan komponen pembelajaran
penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN
ADSF3103 Pengenalan QawaÊid Fiqhiyyah ialah salah satu kursus yang
ditawarkan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam
kredit dan harus dijalankan selama 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Diploma
Pendidikan Islam. Modul ini membincangkan kaedah fiqhiyyah dan cara
pembinaan sesuatu hukum yang terdiri daripada perbahasan beberapa kaedah
yang diasaskan oleh ulama fiqh.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya mahir dengan keperluan


pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus
tersebut dikendalikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang
bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran
masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Jam
Aktiviti Pembelajaran
Pembelajaran

Mengambil bahagian dalam perbincangan awal dan memahami secara 3


ringkas kandungan kursus

Membaca modul 60

Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10

Perbincangan dalam talian 12

Mengulang kaji 15

Menyiapkan tugasan, ujian dan peperiksaan 20

JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS


Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan penggunaan kaedah-kaedah fiqh;

2. Menguasai qawaÊid fiqhiyyah dengan baik dan dapat menghafalnya;

3. Menggunakan segala kaedah qawaÊid fiqhiyyah mengikut prinsipnya yang


sebenar; dan

4. Mengeluarkan hukum berdasarkan qawaÊid fiqhiyyah dengan tepat di


samping melaksanakan istinbat hukum dengan lebih berkesan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xv

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 11 topik. Sinopsis bagi setiap topik dinyatakan seperti
yang berikut:

Topik 1 merupakan pengenalan kepada qawaÊid fiqhiyyah. Topik dimulakan


dengan pengertian qawaÊid al-fiqh, perbezaan antara qawaÊid fiqhiyyah dengan
qawaÊid usuliyyah dan faktor terbentuknya qawaÊid fiqhiyyah. Kemudian,
huraian diteruskan dengan faedah mempelajari ilmu qawaÊid al-fiqh, sumber
pengambilan ilmu qawaÊid al-fiqh dan sejarah perkembangan ilmu qawaÊid
al-fiqh.

Topik 2 membincangkan kepentingan qawaÊid fiqhiyyah dalam perundangan


Islam di samping memperkenalkan kitab dan tokoh ilmu qawaÊid fiqhiyyah
mengikut susunan mazhab.

Topik 3 memperkenalkan Kaedah Asas 1, iaitu setiap perkara dinilai berdasarkan


niat (al-umuru bi maqasidiha). Dalam topik ini, anda akan mempelajari pengertian
dan huraian kaedah berserta contohnya, sumber atau dalil kaedah dan pecahan
daripada kaedah ini. Akhirnya, konsep niat dan pandangan ulama berkaitan
kaedah ini akan turut dibincangkan.

Topik 4 membincangkan Kaedah Asas 2, iaitu keyakinan tidak hilang dengan


keraguan (al-yaqin la yuzal bi al-syak). Anda akan diperkenalkan dengan maksud
kaedah ini berserta contohnya, keadaan yang dikecualikan daripada kaedah ini
dan lima istilah yang berkaitan dengan kaedah ini. Kemudian, anda akan
mempelajari sumber asal atau dalil kaedah, pecahan daripada kaedah ini, peranan
dan implikasi kaedah di samping melihat pandangan para ulama terhadap kaedah
ini.

Topik 5 diteruskan dengan Kaedah Asas 3, iaitu kesukaran membawa kemudahan


(al-masyaqqah tajlib al-taysir). Pertamanya, anda akan mempelajari maksud,
contoh dan sumber asal bagi kaedah ini. Kemudian, anda akan mempelajari pula
cara kemudahan diberi mengikut perspektif syarak. Akhirnya, perbincangan
tentang pecahan kaedah, peranan dan implikasi kaedah ini akan turut diberikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xvi  PANDUAN KURSUS

Topik 6 membincangkan Kaedah Asas 4, iaitu kemudaratan mesti dihilangkan


atau dihapuskan (al-darar yuzal). Seperti biasa, topik ini akan dimulakan dengan
maksud dan contoh bagi kaedah keempat ini. Kemudian, perbincangan mengenai
istilah dan sumber asal bagi kaedah ini akan diutarakan. Akhirnya, topik ini akan
menjelaskan kepada anda pecahan kaedah dan cara kaedah ini digunakan dalam
isu perubatan semasa.

Topik 7 menghuraikan kaedah asas yang terakhir, iaitu Kaedah Asas 5 (adat
sebagai sumber rujukan hukum, al-Âdah muhakkamah). Pertamanya, anda akan
diperkenalkan dengan maksud dan contoh bagi kaedah ini. Kemudian,
perbincangan tentang maksud uruf dan adat menurut pandangan ulama akan
diutarakan. Seterusnya, anda akan mempelajari tentang dalil atau sumber kaedah,
kategori adat dan uruf serta lima syarat untuk membolehkan adat dan uruf
diamalkan mengikut perspektif Islam. Akhirnya, kita akan melihat cara kaedah ini
dipraktikkan dalam sistem muamalat di Malaysia.

Topik 8 membincangkan pula tentang kaedah umum. Dalam topik ini, Kaedah
Umum 1, iaitu ijtihad tidak boleh dibatalkan dengan ijtihad (al-ijtihad la yunqad
bi al-ijtihad) akan diperkenalkan. Anda akan mempelajari maksud, sumber dan
cara kaedah ini diaplikasikan dalam topik ini.

Topik 9 meneruskan perbincangan tentang Kaedah Umum 2, iaitu jika bercampur


antara halal dengan haram, dikira sebagai haram (iza ijtamaÊa al-halal wa al-haram
ghulliba al-haram). Seperti biasa, maksud, sumber dan cara kaedah ini
dipraktikkan akan dihuraikan kepada anda. Tidak ketinggalan, anda juga akan
mempelajari keadaan yang dikecualikan daripada kaedah ini.

Topik 10 membincangkan Kaedah Umum 3, iaitu urusan pemerintah berkenaan


rakyat hendaklah berlandaskan maslahat (tasarruf al-imam Âala al-raÊiyyah manut
bi al-maslahah). Dalam topik ini, anda akan diperkenalkan dengan maksud,
contoh dan sumber dalil bagi kaedah ini.

Topik 11 merupakan topik terakhir yang akan membincangkan Kaedah Umum 4,


iaitu mengambil kira sesuatu pernyataan adalah lebih baik daripada
mengabaikannya (ÂiÊmal al-kalam awla min ihmalihi). Topik ini akan menjelaskan
maksud kaedah ini berserta contoh aplikasinya dalam kehidupan umat Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xvii

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda mengambil
tahu susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Umumnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti yang berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai
setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik, anda
digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk
memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini
akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu
topik.

Semak Kendiri: Soalan diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik. Soalan ini
menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk
soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan
menjawab soalan Semak Kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada
anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan
anda untuk menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan
kepada soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti juga diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik untuk
menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang anda telah pelajari
kepada situasi sebenar. Aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan
yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir
secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas,
merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Pada akhir topik, isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini
membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik.
Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang
disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xviii  PANDUAN KURSUS

Rujukan: Rujukan merupakan bahagian yang senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan
berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam
beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus (pada bahagian Rujukan), pada
akhir setiap topik atau akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian yang
berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut
dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN
Ab Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Perbahasan kaedah-kaedah fiqh.
Kuala Lumpur, Malaysia: Pustaka Salam.

Al-Nadwi, Ali Ahmad. (2000). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik, Syria: Dar


al-Qalam.

Al-Suyuti, Jalal al-Din ÂAbd al-Rahman. (1378). Al-asybah wa al-nazaÊir fi qawaÊid


wa furuÊ fiqh al-syafiÊiyyah. Beirut, Lubnan: Dar al-Fikr.

Al-ZarqaÊ, Ahmad Muhammad. (2007). Syarh al-qwaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik,


Syria: Dar al-Qalam.

Hassan Ahmad, & Salleh Ahmad. (2002). Usul fiqh dan qawaid fiqhiyyah. Kuala
Lumpur, Malaysia: Pustaka Abdul Majid.

Ibn Nujaym Zayn al-Abidin Ibn Ibrahim. (1968). Al-ashbah wa al-nazaÊir ala
madhhab abi hanifah al-nuÊman. Kaherah, Mesir: MuaÊssasah al-Halabi.

Izz al-Din Ibn Abd al-Salam. (1968). Qawaid al-ahkam fi masalih al-anam
(Jil. 1ă2). Kaherah, Mesir: Maktabah Islamiyyah.

Mahmassani, Sobhi Rajab, & Ziadeh, Farhat J. (2000). Falsafah al-tashriÊ fi al-Islam:
The philosophy of Islamic jurisprudence in Islam. Kuala Lumpur, Malaysia:
The Open Press.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  xix

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH


SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh
dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30
pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta
banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada adalah EBSCOhost, ProQuest,
SpringerLink, Books247, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary
Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xx  PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pengenalan
QawaÊid
1 Fiqhiyyah
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan qawaÊid fiqhiyyah;
2. Mengenal pasti perbezaan dan persamaan antara qawaÊid fiqhiyyah
dengan qawaÊid usuliyyah;
3. Menyatakan beberapa faktor yang membentuk qawaÊid fiqhiyyah
dan faedah mempelajarinya;
4. Mengenal pasti empat sumber rujukan utama qawaÊid fiqhiyyah;
dan
5. Merumuskan perkembangan ilmu qawaÊid fiqhiyyah.

 PENGENALAN
Tahukah anda selepas kewafatan Rasulullah SAW, tidak terdapat lagi pembatalan
hukum kerana penurunan wahyu telah berakhir? Namun, ruang ijtihad masih
terbuka luas untuk diperbincangkan dan diperbahaskan atas dasar prinsip fiqh
Islam yang fleksibel. Hal ini demikian kerana Islam merupakan din al-rahmah wa
al-samhah, iaitu Islam mempunyai kelebihan dan kemampuan untuk
menganugerahkan jalan penyelesaian bagi kemudahan umatnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 PENGENALAN QAWA’ID FIQHIYYAH

Secara khususnya, perkara ini adalah penting ketika masyarakat menghadapi


masalah hukum berdasarkan ijtihad yang berkaitan dengan adat atau uruf
kebiasaan manusia. Masalah hukum akan sentiasa berubah disebabkan oleh
perubahan masa, zaman dan tempat. Malah, ittifaq ulama turut mengakui bahawa
hukum tidak dapat dinafikan mengalami perubahan mengikut rentetan
perubahan zaman.

Sedarkah anda bahawa ilmu qawaÊid fiqhiyyah merupakan salah satu disiplin
ilmu baharu? Ia membantu memudahkan pengajian dan proses istinbat (analisis)
hukum fiqh. Ilmu ini terbentuk disebabkan oleh kematangan perbahasan dan
pengalaman fiqh dalam kalangan para fuqaha.

Ilmu qawaÊid fiqhiyyah penting untuk dipelajari oleh setiap mukalaf, walaupun
hanya secara umum dan asas. Asas ilmu ini adalah penting (berserta dengan
beberapa kaedah utama daripada kaedah fiqh) kerana dengannya, seseorang itu
berupaya mengkategorikan atau mengklasifikasikan permasalahan fiqh mengikut
kesesuaian kaedah fiqh. Oleh itu, ketetapan hukum dapat dihasilkan, namun
perlu berdasarkan sumber asal atau dalil kaedah yang qatÊi dan relevan.

Untuk makluman anda, kaedah fiqh mempunyai kedudukan dan peranan yang
amat penting dalam sistem perundangan Islam. Menurut ulama, tanpa kaedah
fiqh, akan timbul perselisihan antara hukum fiqh yang akhirnya akan
menyebabkan tiada penyelesaian yang baik dapat diambil.

Oleh itu, penguasaan ilmu kaedah fiqh dalam kalangan hakim, mufti, penyelidik
dan pelajar adalah perlu kerana ia dapat membantu kita menyelesaikan masalah
yang timbul (terutamanya bagi masalah yang tiada sebarang nas daripada
al-Quran dan sunah mengenainya) selain berupaya mengaplikasikannya terhadap
isu fiqh kontemporari yang berlaku pada hari ini.

Oleh itu, topik pertama ini akan membincangkan pengertian qawaÊid fiqhiyyah
dan perbezaan antara qawaÊid fiqhiyyah dengan qawaÊid usuliyyah yang
dikemukakan oleh para ulama.

Kemudian, pembelajaran anda akan diteruskan dengan perbahasan mengenai


faktor kemunculan qawaÊid fiqhiyyah dan faedah mempelajarinya, sumber
rujukan utama qawaÊid fiqhiyyah dan perkembangannya menurut catatan sejarah.
Sudahkah anda bersedia? Mari kita mulakan!

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN QAWA’ID FIQHIYYAH  3

1.1 PENGERTIAN QAWA’ID FIQHIYYAH


Pertama, mari kita pelajari maksud qawaÊid fiqhiyyah. Tahukah anda terdapat
dua perspektif untuk mentakrifkan qawaÊid fiqhiyyah? Dua perspektif tersebut
adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1.1.

Jadual 1.1: Pengertian QawaÊid Fiqhiyyah

Dari Perspektif Etimologi Dari Perspektif Terminologi Fuqaha

 QawaÊid fiqhiyyah berasal  Gabungan qawaÊid dengan fiqhiyyah


daripada dua perkataan Arab, membentuk satu istilah yang tersendiri, iaitu
iaitu al-qawaÊid dan fiqhiyyah. qawaÊid fiqhiyyah. Apabila digabungkan,
perkataan al-qawaÊid al-fiqhiyyah dari sudut
 QawaÊid merupakan kata bahasa bermaksud dasar yang berkaitan
jamak kepada perkataan dengan masalah hukum.
qaÊidah yang membawa
maksud asas atau prinsip.  Ilmu qawaÊid fiqhiyyah membawa maksud
ilmu tentang prinsip fiqh yang bersifat
 Perkataan fiqhiyyah pula universal (kulliyyah) dalam bentuk teks yang
membawa maksud ringkas, namun padat. Ia sekali gus dapat
al-fahmu, iaitu kefahaman. disesuaikan pada keseluruhan topik
perbahasan dalam hukum fiqh Islam yang
relevan dengannya.

 Menurut al-ZarqaÊ (2007), beliau


mentakrifkan qawaÊid fiqhiyyah sebagai asas
atau prinsip fiqh yang bersifat menyeluruh
dalam bentuk teks perundangan yang
ringkas. Ia merangkumi hukum yang
disyariatkan secara umum pada perkara yang
termasuk di bawah tajuk perbahasannya.

 Al-Ruki (1998) pula mentakrifkan qawaÊid


fiqhiyyah sebagai kaedah hukum yang
bersifat umum dan diambil daripada dalil
al-Quran dan sunah. Ia ditulis dalam bentuk
yang ringkas tetapi menyeluruh dan padat;
sekali gus dapat disesuaikan kepada
keseluruhan juzÊiyyah atau cabang
perbahasan dalam ilmu fiqh.

 Menurut al-Nadwi (2000) pula, beliau


mendefinisikan qawaÊid fiqhiyyah sebagai
teks atau prinsip perundangan yang
universal, merentasi pelbagai bidang dan isu
fiqh yang berkaitan dengannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 PENGENALAN QAWA’ID FIQHIYYAH

Sebagai kesimpulan, kita boleh rumuskan definisi qawaÊid fiqhiyyah seperti yang
berikut:

QawaÊid fiqhiyyah ialah kaedah dalam undang-undang Islam yang disusun


dan didokumentasikan oleh para ulama untuk menjadi antara asas rujukan
bagi memahami dan mengembangkan fiqh Islam tentang kaedah hukum.

 
Tahukah anda qawaÊid fiqhiyyah mempunyai keistimewaannya yang tersendiri?
Antara keistimewaannya ialah teksnya yang dibentuk dalam beberapa kalimah
yang ringkas dan padat serta dalam bentuk lafaz yang umum. Walau
bagaimanapun, maknanya adalah luas dan mencakupi cabang masalah yang
terperinci.

Namun, anda perlu tahu bahawa qawaÊid fiqhiyyah  tidak dapat merangkumi
semua permasalahan fiqh; dalam situasi tertentu, qawaÊid fiqhiyyah  ini tidak
sesuai diguna pakai atau diaplikasikan.

Oleh itu, ulama mengatakan qawaÊid fiqhiyyah ini sebagai kaedah yang bersifat
majoriti atau aghlabiyyah (‫)أكث قواعد الفقه أغلبية‬. Berdasarkan asas itulah, para
fuqaha tidak mengharuskan para hakim ketika membuat penghakiman
bergantung atau berpegang sepenuhnya pada kaedah yang dinyatakan tanpa
merujuk nas yang lain.

Walau bagaimanapun, qawaÊid fiqhiyyah sememangnya mempunyai nilai yang


tinggi dan amat penting dalam perlaksanaan hukum, sekalipun ia mempunyai
beberapa pengecualian terhadap beberapa masalah tertentu yang dianggap
َّ
sebagai ‫( دساتي للتفقيه‬beberapa peraturan dan cara bagi menajamkan kefahaman
fiqh) dan bukannya sebagai nas kepada penghakiman.

Dengan kata lain, menurut al-ZarqaÊ (2007) (ketika membahaskan hukum kaedah
fiqh), beliau menyebut bahawa meskipun kaedah fiqh ialah prinsip umum tetapi
kaedah ini telah berjaya menyelesaikan sebahagian besar hukum fiqh (ahkam)
yang tidak terdapat sumber hukum yang jelas dalam al-Quran dan sunah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN QAWA’ID FIQHIYYAH  5

1.2 PERBEZAAN ANTARA AL-QAWA’ID


AL-FIQHIYYAH DENGAN AL-QAWA’ID
AL-USULIYYAH
Sekarang, mari kita pelajari perbezaan antara qawaÊid fiqhiyyah dengan qawaÊid
usuliyyah yang dikemukakan oleh para ulama. Sebelum itu, tahukah anda dalam
kajian para fuqaha, qawaÊid fiqhiyyah  merupakan disiplin ilmu yang tersendiri?
Perkara ini adalah sama seperti usul fiqh yang merupakan disiplin ilmu yang
tersendiri. Kedua-dua disiplin ilmu ini masing-masing mempunyai kaedah,
perbezaan dan persamaan yang tersendiri.

Menurut al-Nadawi (2000), Imam Syihab al-Din al-Qarafi merupakan ulama


pertama yang membezakan antara qawaÊid usuliyyah dengan qawaÊid fiqhiyyah.
Al-Qarafi menegaskan bahawa syariah ilahiyyah merupakan syariah yang
terunggul. Ia diberikan oleh Allah kemuliaan dan ketinggian melalui usul dan
furuknya.

Secara umumnya, qawaÊid usuliyyah ialah kaedah daripada tatabahasa dan


perbendaharaan Arab yang digunakan untuk memahami teks dalil.

Manakala, qawaÊid fiqhiyyah pula ialah kaedah hasil daripada kesimpulan


terhadap pelbagai isu fiqh yang mempunyai elemen dan hukum yang sama.
Dengan kata lain, ia digunakan untuk memahami maksud hukum.

Menurut Ibn Taimiyyah pula, terdapat perbezaan dasar antara qawaÊid usuliyyah
dengan qawaÊid fiqhiyyah. QawaÊid usuliyyah membahaskan tentang dalil
umum, manakala qawaÊid fiqhiyyah merupakan kaedah yang membahaskan
tentang hukum yang bersifat umum (al-Nadawi, 2000). Jadi, qawaÊid usuliyyah
membicarakan dalil yang bersifat umum, sedangkan qawaÊid fiqhiyyah
membicarakan hukum yang bersifat umum.

Perbincangan lanjut tentang perbezaan yang signifikan antara qawaÊid fiqhiyyah


dengan qawaÊid usuliyyah adalah seperti dalam Jadual 1.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 PENGENALAN QAWA’ID FIQHIYYAH

Jadual 1.2: Perbezaan antara QawaÊid Usuliyyah dengan QawaÊid Fiqhiyyah

QawaÊid Usuliyyah QawaÊid Fiqhiyyah

 Merupakan perintis terdahulu dalam  Muncul terkemudian dalam


membicarakan tentang hukum fiqh membincangkan berkaitan hukum
Islam. fiqh Islam.

 Skop perbahasannya adalah berkaitan  Skop perbahasannya adalah berkaitan


dalil dan nas serta hukum hakam dengan tindakan mukalaf sama ada
dalam fiqh Islam. dari sudut perbuatan atau perkataan.

 Berfungsi sebagai istinbat ahkam  Berfungsi mengumpulkan hukum


(analisis hukum) daripada dalil yang serupa kepada satu hukum yang
al-Quran dan hadis. Ia menjadi sama. Ia juga berperanan mengadakan
wasilah atau alat kepada pengambilan dan menetapkan hukum syarak (bagi
dan kesimpulan sesuatu hukum situasi ketiadaan nas, ada nas namun
syarie. terdapat kepelbagaian tafsiran dan ada
nas namun terdapat perselisihan
fuqaha).

 Dari sudut autoriti, ia mampu berdiri  Dari sudut autoriti, ia mampu


dengan sendirinya. Oleh itu, kita perlu menyokong sesuatu dalil tetapi tidak
berpegang kepadanya kerana ia boleh menjadi dalil. Ia tidak mampu
bersandarkan kepada dalil tafsili berdiri dengan sendirinya, melainkan
(terperinci). disokong oleh dalil syarie.

 Bersifat lebih umum dan menyeluruh.  Bersifat aghlabiyyah (umum dan


Ia meliputi seluruh furuk (cabang) dan menyeluruh) serta mempunyai
tidak banyak pengecualian. banyak istisnaÊat (pengecualian).

 Antara contohnya ialah al-aslu fi  Antara contohnya ialah al-darar yuzal.


al-amri li al-wujub. Dalam kaedah ini, Dalam kaedah ini, ia mengandungi
ia tidak mengandungi hukum syarak, hukum syarak bahawa sebarang
namun kaedah ini membolehkan kita kemudaratan wajib dihilangkan.
mengambil hukum bahawa setiap
dalil (sama ada daripada al-Quran dan
hadis yang bermakna perintah)
menunjukkan bahawa ianya wajib.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN QAWA’ID FIQHIYYAH  7

Bagaimanakah pula dengan persamaan? Persamaan qawaÊid fiqhiyyah dengan


qawaÊid usuliyyah ialah kedua-duanya:

(a) Membahaskan kaedah;

(b) Memiliki bahagian yang menyentuh perkara dan masalah juzÊi; dan

(c) Terperinci.

Sebagai rumusan, biarpun terdapat perbezaan antara qawaÊid fiqhiyyah dengan


qawaÊid usuliyyah, namun terdapat juga persamaan antara kedua-duanya. Oleh
itu, antara kedua-dua ilmu tersebut, mereka saling melengkapi dan mempunyai
ikatan yang rapat. Perbezaan yang terbentuk hanyalah dari sudut ibarat sahaja,
khasnya dalam konteks penyempurnaan skop dan bidang perbahasan yang
berkaitan dengannya.

SEMAK KENDIRI 1.1

1. Huraikan dengan jelas pengertian qawaÊid fiqhiyyah dari sudut


etimologi dan terminologi fuqaha.

2. Nyatakan perbezaan dan persamaan antara qawaÊid fiqhiyyah


dengan qawaÊid usuliyyah.

AKTIVITI 1.1

Mengapakah wujud perbezaan antara qawaÊid fiqhiyyah dengan


qawaÊid usuliyyah? Bincangkan perkara ini dalam forum myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 PENGENALAN QAWA’ID FIQHIYYAH

1.3 FAKTOR TERBENTUKNYA QAWA’ID


FIQHIYYAH
Apakah faktor terbentuknya qawaÊid fiqhiyyah? Menurut al-Suyuti (1378) dalam
kitabnya al-Asybah wa al-NazaÊir fi QawaÊid wa FuruÊ Fiqh al-SyafiÊiyyah, beliau
menyebut bahawa surat khalifah Umar al-Khattab r.a. kepada Abu Musa
al-AsyÊari ada menyatakan antaranya ialah:

ْ َ َّ ُّ َ َ ْ َ ْ ُ ْ َ ْ َ َّ َ ْ َ ْ ُ َ ْ َ َ ْ ُ ْ َ ْ
‫ أع ِرف‬,ِ‫اب والسـنة‬
ِ ‫كت‬ ِ ‫ ِمما لم يبلغك ِف ال‬,‫"ألفهم فِيما يتل ِج ِف صدرِك‬

َ‫اع ِم ْد إ َ أَ َح ّب َها إ َ ا ِ َوأَ ْش َبهها‬


ْ َ َ َْ َْ ُُْ َّ ُ َ َ َْْ َ َ ََْْ
‫ ف‬,‫المثال والشباه ثم ق ِ ِس المور ِعندك‬
ِ ِ ِ ِ

َ َْ ‫ب‬
"‫ال ّ ِق فِيْ َما ت َرى‬ ِ

Maksudnya:
Fahamilah benar-benar masalah yang engkau hadapi yang hukum-hukumnya
engkau tidak temui dalam al-Quran dan sunah. Ketahuilah persamaan dan
keserupaannya. Setelah itu, kiaskan hukum tersebut ke arah yang lebih disukai
oleh Allah SWT dan yang lebih hampir kepada yang benar.

Berdasarkan huraian tadi, kita dapati bahawa antara faktor yang membawa
kepada terbentuknya qawaÊid fiqhiyyah ini ialah peranan yang dimainkan oleh
ulama dan mujtahid. Mereka dengan penuh komited menggunakan pemikiran
mereka mengembangkan ilmu ini berdasarkan ilmu pengetahuan dan kepakaran
mereka selaras dengan konsep syariat yang sesuai dilaksanakan tanpa mengira
masa, zaman dan tempat. Oleh itu, para ulama dengan gigihnya berusaha sedaya
mungkin bergiat dalam proses pengumpulan, penyaringan dan penyimpulan isu
fiqh yang timbul.

Dalam konteks lain, ulama dan mujtahid juga mengkaji, mendalami dan
menganalisis semua ruang serta sumber perundangan Islam yang luas dan
berijtihad dengan ilmu yang dimiliki untuk mengkaji prinsip syariat yang relevan
dengan keadaan semasa dan tempat. Maka, mereka mempraktikkan kaedah yang
berbentuk umum terhadap masalah furuk yang baharu dan yang telah wujud
dalam masyarakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN QAWA’ID FIQHIYYAH  9

Selain itu, antara faktor atau elemen lain yang membawa kepada terbentuknya
qawaÊid fiqhiyyah (sebagaimana yang diterangkan oleh para ulama dan
berdasarkan fakta sejarah) ialah kewujudan nas yang dapat ditafsirkan dengan
pelbagai tafsiran. Terdapat nas yang berbentuk umum dan merangkumi pelbagai
masalah dan terdapat juga nas yang mutlak yang melahirkan pendapat untuk
mengikatnya atau untuk memuqayyadkannya.

Di samping itu, qawaÊid fiqhiyyah juga terbentuk akibat perselisihan fuqaha


berkaitan dalil syarak. Contohnya, perselisihan fuqaha dalam menentukan sama
ada sesuatu dalil itu adalah qatÊi atau zanni, ataupun sama ada dalil itu dapat
dijadikan sebagai suatu pegangan atau tidak.

Selain itu, qawaÊid fiqhiyyah ini juga muncul akibat kewujudan kaedah umum
yang berasaskan adat atau uruf kebiasaan yang muncul dalam perkembangan
hidup manusia daripada satu generasi ke satu generasi yang lain dan dari satu
zaman ke satu zaman yang lain.

Oleh itu, terdapat banyak perubahan yang berlaku selaras dengan perubahan
zaman dan generasi. Perkara ini secara tidak langsung menimbulkan pelbagai isu
fiqhiyyah yang memerlukan kepada status hukum yang jelas. Maka, kaedah yang
sesuai perlu diaplikasikan untuk menyelesaikan masalah hukum furuk tersebut.

Oleh itu, qawaÊid fiqhiyyah memerlukan sumber logikal dan amalan yang
berterusan (sebagai adat atau uruf ) untuk mengeluarkan hukum yang fleksibel di
samping untuk menangani persoalan fiqh semasa yang sentiasa wujud dan
berterusan.

Sebagai rumusan, penetapan prinsip atau kaedah tertentu adalah amat penting
untuk memudahkan dan menyelesaikan masalah fiqhiyyah yang lahir disebabkan
oleh masalah fiqh dan furuk yang terlalu banyak dan luas.

Oleh itu, para ulama telah mengembalikan semua masalah furuk tersebut kepada
lima kaedah asas yang utama, iaitu al-qawaÊid al-khams al-kubra. Di samping itu
juga, terbentuklah pelbagai kaedah kulliyyah dan juzÊiyyah yang banyak yang
mana masing-masing berperanan untuk menyelesaikan pelbagai masalah atau isu
fiqh semasa dan kontemporari.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 PENGENALAN QAWA’ID FIQHIYYAH

1.4 FAEDAH MEMPELAJARI ILMU QAWA’ID


FIQHIYYAH
Apakah faedah mempelajari ilmu qawaÊid fiqhiyyah? Antara faedah mempelajari
ilmu qawaÊid fiqhiyyah adalah seperti yang berikut:

(a) Membantu mujtahid, hakim dan mufti dalam berijtihad, mengeluarkan


fatwa dan memutuskan sesuatu kes dengan merujuk kaedah fiqhiyyah;

(b) Membantu ulama untuk mengetahui secara terperinci berkaitan prinsip


syariah dan fiqh;

(c) Memahami hakikat fiqh, sumber pengambilan dan hikmah di sebalik


kemunculan kaedah fiqhiyyah;

(d) Mengetahui hukum daripada masalah fiqh yang timbul sepanjang zaman
dan tidak mempunyai nas daripada al-Quran dan sunah;

(e) Melalui ilmu qawaÊid fiqhiyyah, seseorang itu tidak perlu menghafal
masalah juzÊiyyat yang terlalu banyak jumlahnya. Hal ini demikian kerana
masalah juzÊiyyat tersebut sudah termasuk dalam kaedah kulliyah; dan

(f) Pecahan dan cabang masalah fiqh dapat dikuasai dan diketahui melalui
kaedah fiqhiyyah.

SEMAK KENDIRI 1.2

1. Nyatakan faktor yang membentuk qawaÊid fiqhiyyah.

2. Terangkan faedah mempelajari qawaÊid fiqhiyyah.

AKTIVITI 1.2

Bincangkan dalam forum myINSPIRE kepentingan qawaÊid fiqhiyyah


dalam perundangan Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN QAWA’ID FIQHIYYAH  11

1.5 SUMBER PENGAMBILAN ILMU QAWA’ID


FIQHIYYAH
Apakah sumber utama pengambilan ilmu qawaÊid fiqhiyyah? Menurut kajian
ulama, terdapat empat sumber utama pengambilan ilmu qawaÊid fiqhiyyah. Mari
kita lihat Rajah 1.1 yang berikut untuk mengetahui jawapannya.

Rajah 1.1: Empat sumber pengambilan ilmu qawaÊid fiqhiyyah dan pecahannya

AKTIVITI 1.3

Cari maklumat tambahan melalui Internet mengenai empat sumber


pengambilan utama ilmu qawaÊid fiqhiyyah. Kongsikan jawapan anda
dalam forum myINSPIRE.

1.6 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU


QAWA’ID FIQHIYYAH
Menurut catatan sejarah, perkembangan qawaÊid fiqhiyyah dapat diklasifikasikan
kepada tiga peringkat, iaitu:

(a) Peringkat pertumbuhan dan pembentukan;

(b) Peringkat perkembangan dan pembukuan; dan

(c) Peringkat kemantapan dan penyempurnaan.

Ketiga-tiga peringkat ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam subtopik


seterusnya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
12  TOPIK 1 PENGENALAN QAWA’ID FIQHIYYAH

1.6.1 Peringkat Pertama: Peringkat Pertumbuhan dan


ّ
Pembentukan (‫)طور النشوء والكوين‬

Tahukah anda bahawa ilmu qawaÊid fiqhiyyah bermula sejak tiga kurun pertama
awal Hijrah? Kurun ini merujuk zaman Rasulullah SAW, para sahabat, tabiin dan
tabial-tabiin yang merupakan zaman permulaan terbentuknya kaedah fiqh.

Tahukah anda bahawa Rasulullah SAW dianugerahkan oleh Allah SWT kelebihan
dan keistimewaan jawamiÊ al-kalam? Keistimewaan ini membolehkan Baginda
menuturkan kata yang ringkas dan padat, namun memberi makna yang luas.
Terdapat banyak sabda Baginda yang boleh dijadikan kaedah umum, contohnya:

َّ ّ ُ َ ْ َ َ َّ
ِ ‫إِنما العمال بِال ِي‬
.... ‫ات‬
Maksudnya:
Setiap amalan itu bergantung pada niatnya...

Begitu juga terdapat beberapa ayat al-Quran yang secara jelas telah menunjukkan
kepentingan qawaÊid fiqhiyyah. Antaranya dalam surah al-Baqarah, ayat 228.
Firman Allah SWT:

ُ ۡ َ ۡ َّ ۡ َ َ َّ ُ ۡ َّ ُ َ َ
‫وف‬
ۚ ِ ‫ولهن مِثل ٱلِي علي ِهن ب ِٱلمعر‬
Maksudnya:
Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut
cara yang makruf.

Berdasarkan ayat tersebut, ia menunjukkan bahawa lahirnya kaedah dengan


membenarkan adat kebiasaan sebagai penentu atau rujukan hukum. Terdapat
juga athar sahabat yang pendek dan padat yang dapat dijadikan sebagai sumber
pengambilan dalam ketentuan hukum. Antaranya adalah athar Ali bin Abi Talib
r.a. yang diriwayatkan oleh Abd al-Razaq:

‫من قاسم الربح ف ضمان عليه‬


Maksudnya:
Orang yang membahagikan keuntungan tidak harus menanggung kerugian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN QAWA’ID FIQHIYYAH  13

Timbul juga kaedah dalam kalangan para tabiin dan antaranya adalah pernyataan
Imam al-Syafie yang berikut:

‫العظم إذا سقط عن الاس سقط ما هو أصغر منه‬


Maksudnya:
Apabila yang besar gugur, maka yang kecil pun gugur.

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan huraian tadi? Berdasarkan


huraian tadi, kita dapat simpulkan bahawa:

(a) QawaÊid fiqhiyyah lahir sejak kurun pertama, ke-2 dan ke-3 Hijrah. Ketika
itu, ia belum dikenali sebagai kaedah fiqh dan belum menjadi satu disiplin
ilmu tersendiri;

(b) Perkembangan qawaÊid fiqhiyyah dapat dilihat kepada pernyataan ulama


yang telah dibincangkan tadi kerana mereka adalah antara rujukan
terpenting ilmu kaedah fiqh;

(c) Beberapa kaedah fiqh yang dibentuk ulama mutaqaddimin, sepertimana


yang dikemukakan oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Imam al-Syafii dan juga
beberapa kaedah fiqh yang terbentuk hasil daripada ulama mutaÊakhirin;
dan

(d) Athar dan pernyataan ulama mutaqaddimin menjadi rujukan ulama


mutaÊakhirin dalam membentuk, mengumpul dan mengkodifikasikan
qawaÊid fiqhiyyah.

1.6.2 Peringkat Kedua: Peringkat Perkembangan dan


Pembukuan (‫)طور الّمو والدوين‬

Pada peringkat ini, ilmu kaedah fiqh dan disiplinnya semakin mendapat tempat,
berkembang secara tersendiri dan mencapai kedudukan yang istimewa. Zaman
ini merupakan zaman perkembangan dan pembukuan dan ia bermula pada kurun
ke-4 Hijrah.

Ulama pertama yang melakukan pembukuan ilmu kaedah fiqh ialah ulama dari
mazhab Hanafi, iaitu Abu Hasan al-Karkhi (m. 340 H). Dalam risalahnya Usul
al-Karkhi, Abu Hasan al-Karkhi mengembangkan 17 kaedah daripada Imam Abu
Tahir al-Dabbas sehinggalah menjadi 39 kaedah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 PENGENALAN QAWA’ID FIQHIYYAH

Setelah al-Karkhi, ulama mazhab Hanafi lain yang mengembangkan ilmu kaedah
fiqh ialah Abu Zaid Ubaidullah al-Dabbusi (m. 430 H) dalam kitabnya TaÊsis
al-Nazar pada abad ke-5.

Seterusnya, ilmu qawaÊid fiqhiyyah semakin berkembang dari semasa ke semasa.


Pada kurun ke-6, ÂAlauddin Muhammad bin Ahmad al-Samarqandi (m. 540) pula
telah menyusun kitabnya yang dinamakan ÂIdhah al-QawaÊid.

Pada kurun ke-7 Hijrah, qawaÊid fiqhiyyah mengalami perkembangan yang


sangat signifikan. Antara ulama yang menulis kitab qawaÊid pada abad ini ialah
al-ÂAllamah Muhammad bin Ibrahim al-Jurjani (m. 613 H) yang menulis kitab
al-QawaÊid fi FuruÊ al-SyafiÊiyyah, kemudian diikuti oleh al-Imam ÂIzzudin ÂAbd
al-Salam (m. 660 H) yang menulis kitab QawaÊid al-Ahkam fi Masalih al-Anam
(merupakan antara kitab terkenal).

Dalam kalangan mazhab Maliki adalah Muhammad bin Abdullah bin Rasyid
al-Bakri (m. 685 H) yang menulis kitab al-Muzhab fi Dabt QawaÊid al-Mazhab dan
banyak lagi kitab yang lain. Karya ini menunjukkan bahawa qawaÊid fiqhiyyah
mengalami perkembangan yang hebat dan meluas pada abad ke-7 Hijrah.

Pada kurun ke-8 Hijrah pula, ilmu qawaÊid fiqhiyyah mengalami zaman keemasan
dengan munculnya banyak pembukuan kitab qawaÊid fiqhiyyah. Antaranya ialah
ulama SyafiÊiyyah yang tergolong dalam golongan yang paling aktif dan kreatif.
Antara karya besar yang muncul dalam abad ini ialah kitab:

(a) Al-Asyabah wa al-NazaÊir karya Ibn al-Wakil al-SyafiÊi (m. 716 H);

(b) Al-QawaÊid karya al-Maqqari al-Maliki (m. 758 H); dan

(c) Al-MajmuÊ al-Muzhab fi Dhabt al-Mazhab karya al-ÂAllai al-SyafiÊi


(m. 761 H).

Karya besar yang mengkaji qawaÊid fiqhiyyah dan disusun pada kurun ke-9
Hijrah banyak mengikuti metode karya abad sebelumnya. Antara karya tersebut
ialah kitab:

(a) Al-QawaÊid karya Ibnu al-Mulaqqin (m. 804 H);

(b) Asnal Maqasid fi Tahrir al-QawaÊid karya Muhammad bin Muhammad


al-Zubayri (m. 808 H); dan

(c) Al-QawaÊid karya Taqiyuddin al-Hisni (m. 829 H).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN QAWA’ID FIQHIYYAH  15

Berdasarkan senarai tadi, kita dapat simpulkan bahawa ilmu qawaÊid fiqhiyyah
semakin berkembang secara beransur-ansur.

Seterusnya pada kurun ke-10 Hijrah, pengkodifikasian qawaÊid fiqhiyyah semakin


berkembang. Imam al-Suyuti (m. 911 H) adalah antara ulama yang telah berusaha
dengan bersungguh-sungguh dalam mengumpulkan qawaÊid fiqhiyyah daripada
rujukan karya al-ÂAllaÊi, al-Subki dan al-Zarkasyi. Beliau mengumpulkan qawaÊid
fiqhiyyah tersebut dalam kitabnya al-Asybah wa al-NazaÊir. Kitab karya ketiga-
tiga tokoh ulama tersebut masih mencakupi qawaÊid usuliyyah dan fiqhiyyah,
kecuali kitab karya al-Zarkasyi.

Perkembangan dan pembukuan qawaÊid fiqhiyyah terus berkembang sehingga ke


kurun seterusnya. Perkembangan ini membuatkan ulama pada zaman ini hampir
dapat menyempurnakan ilmu qawaÊid fiqhiyyah dengan sebaiknya.

1.6.3 Peringkat Ketiga: Peringkat Kemantapan dan


ّ ‫)طور‬
Penyempurnaan (‫الرسوخ والنسيق‬
ّ

Akhir sekali, mari kita pelajari tentang peringkat ketiga perkembangan ilmu
qawaÊid fiqhiyyah. Tahukah anda zaman ini merupakan zaman pengkhususan
dan zaman mengkanunkan fiqh? Zaman ini secara khususnya bermula pada
kurun ke-13 Hijrah.

Berdasarkan catatan sejarah, pengkodifikasian ilmu qawaÊid fiqhiyyah mencapai


kemuncaknya pada zaman Sultan al-Ghaziy Abdul Aziz dari dinasti
Uthmaniyyah. Kerjasama dan usaha gigih ulama fiqh yang muncul pada zaman
ini telah berjaya mengasaskan Majallah al-Ahkam al-ÂAdliyyah. Selepas itu,
muncul ulama fiqh yang membuat ulasan serta huraian terhadap Majallah
al-Ahkam al-ÂAdliyyah tersebut, khususnya pada zaman akhir kerajaan
Uthmaniyyah.

Antara kitab qawaÊid fiqhiyyah yang tersohor pada zaman mutakhir ini ialah
Majallah al-Ahkam al-ÂAdliyyah al-ÂUthmaniyyah yang mula dikanunkan pada
26 Syaaban 1292 H bersamaan 1876 H. Kebanyakan kanun dan perbahasan fiqh
serta kaedahnya dalam majalah tersebut berdasarkan mazhab Hanafi.

Seterusnya, ia berjaya dikanunkan dalam kerajaan Uthmaniyyah secara meluas


dan dilaksanakan di Wilayah Syam yang berpusat di Turki untuk tempoh masa
lebih kurang 50 tahun. Dalam Majallah al-Ahkam al-ÂAdliyyah tersebut, terdapat
99 fasa atau maddah yang setiap satunya menyebut tentang kaedah fiqh.
Kemudian, Turki telah beralih kepada pelaksanaan perundangan wadÊi (semasa).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 1 PENGENALAN QAWA’ID FIQHIYYAH

SEMAK KENDIRI 1.3

1. Senaraikan tiga fasa perkembangan ilmu qawaÊid fiqhiyyah.

2. Berikan tiga tokoh ilmu qawaÊid fiqhiyyah berserta karya mereka.

 QawaÊid fiqhiyyah mempunyai pelbagai takrifan yang diutarakan oleh para


ulama sama ada ulama klasik dan kontemporari.

 Dari sudut bahasa, qawaÊid fiqhiyyah berasal daripada dua perkataan bahasa
Arab, iaitu qawaÊid dan fiqhiyyah. QawaÊid merupakan kata jamak kepada
perkataan qaÊidah yang membawa maksud asas atau prinsip. Manakala
perkataan fiqhiyyah membawa maksud al-fahmu, iaitu kefahaman.

 Secara umumnya, qawaÊid fiqhiyyah membawa maksud ilmu tentang prinsip


fiqh yang bersifat universal (kulliyyah) dalam bentuk teks yang ringkas tetapi
padat; ia dapat disesuaikan pada keseluruhan topik perbahasan dalam hukum
fiqh Islam yang berkaitan dengannya.

 Terdapat perbezaan dan persamaan antara qawaÊid fiqhiyyah dengan qawaÊid


usuliyyah. Perbezaan umum antara kedua-duanya ialah qawaÊid usuliyyah
membicarakan dalil yang bersifat umum, manakala qawaÊid fiqhiyyah
membicarakan hukum yang bersifat umum. Persamaan antara kedua-duanya
ialah sama-sama membahaskan kaedah dan memiliki bahagian yang berkaitan
dengan perkara dan masalah yang berbentuk juzÊi dan terperinci.

 Terdapat beberapa faktor yang membentuk qawaÊid fiqhiyyah. Antaranya


ialah peranan yang dimainkan oleh ulama dan mujtahid, kewujudan nas yang
dapat ditafsirkan dengan berbagai tafsiran, perselisihan fuqaha berkaitan dalil
syarak seperti yang telah diterangkan dan kewujudan kaedah umum yang
berasaskan adat atau uruf kebiasaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN QAWA’ID FIQHIYYAH  17

 Terdapat beberapa faedah mempelajari ilmu kaedah fiqh. Antaranya adalah:

 Membantu ulama untuk mengetahui secara terperinci berkaitan prinsip


syariah dan fiqh;

 Membantu mujtahid, hakim dan mufti dalam berijtihad, mengeluarkan


fatwa dan memutuskan sesuatu kes dengan merujuk kaedah fiqhiyyah;
dan

 Memahami hakikat fiqh, sumber pengambilan dan hikmah di sebalik


kemunculan kaedah fiqhiyyah.

 QawaÊid fiqhiyyah dalam perundangan Islam mempunyai empat sumber


utama, iaitu al-Quran, sunah, al-athar dan ijtihad.

 Mengikut catatan sejarah, perkembangan ilmu kaedah fiqh mempunyai tiga


peringkat, iaitu:

 Peringkat pertumbuhan dan pembentukan;

 Peringkat perkembangan dan pembukuan; dan

 Peringkat kemantapan dan penyempurnaan.

Aghlabiyyah JuzÊiyyah
Al-athar Kulliyyah
Furuk MutaÊakhirin
Ijtihad Mutaqaddimin
Istinbat QawaÊid fiqhiyyah
IstiqraÊ QawaÊid usuliyyah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 PENGENALAN QAWA’ID FIQHIYYAH

Ade Dedi Rohayana. (2008). Ilmu qawaÊid fiqhiyyah kaidah-kaidah hukum Islam.
Jakarta, Indonesia: Gaya Media Pratama.

Ab Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Perbahasan kaedah-kaedah fiqh. Kuala
Lumpur, Malaysia: Pustaka Salam.

Al-Nadwi, Ali Ahmad. (2000). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik, Syria: Dar


al-Qalam.

Al-Ruki, Muhammad. (1998). QawaÊid al-fiqhi al-Islami. Beirut, Lubnan: Dar


al-Qalam.

Al-Suyuti, Jalal al-Din ÂAbd al-Rahman. (1378). Al-asybah wa al-nazaÊir fi qawaÊid


wa furuÊ fiqh al-syafiÊiyyah. Beirut, Lubnan: Dar al-Fikr.

Al-ZarqaÊ, Ahmad Muhammad. (2007). Syarh al-qwaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik,


Syria: Dar al-Qalam.

Muhammad Soleh Ahmad. (2002). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Kuala Lumpur,


Malaysia: Pustaka Abdul Majid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kitab dan
Tokoh Ilmu
2 QawaÊid
Fiqhiyyah
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan kepentingan ilmu qawaÊid fiqhiyyah dalam
perundangan Islam;
2. Mengenal pasti tiga tokoh ulama yang utama dalam ilmu kaedah
fiqh;
3. Menjelaskan kitab rujukan ilmu kaedah fiqh; dan
4. Menghuraikan kitab dan tokoh ilmu qawaÊid fiqhiyyah mengikut
mazhab.

 PENGENALAN
Mari kita sambung pembelajaran kita dalam topik ini yang akan membincangkan
perkara yang berkaitan dengan kitab dan tokoh dalam ilmu qawaÊid fiqhiyyah.
Pertama, anda akan diberi huraian tentang kepentingan ilmu kaedah fiqh dalam
perundangan Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


20  TOPIK 2 KITAB DAN TOKOH ILMU QAWA’ID FIQHIYYAH

Seterusnya, anda akan diperkenalkan kepada tiga tokoh besar dalam ilmu ini dan
karya mereka yang masyhur. Selain itu, topik ini juga akan menyenaraikan
beberapa kitab terkenal dalam ilmu kaedah fiqh secara am diikuti dengan
pengkhususan kitab dan tokoh mengikut mazhab. Jadi, sudahkah anda bersedia?
Mari kita mulakan!

2.1 KEPENTINGAN QAWA’ID FIQHIYYAH


DALAM PERUNDANGAN ISLAM
Seperti yang dinyatakan tadi, subtopik pertama ini akan membincangkan
kepentingan qawaÊid fiqhiyyah. Sedarkah anda bahawa qawaÊid fiqhiyyah
merupakan antara ilmu terpenting dalam perundangan Islam? Mari kita ikuti
beberapa pandangan ulama yang menyokong kepentingan ilmu ini.

Menurut al-Qarafi, qawaÊid fiqhiyyah memberi manfaat yang amat besar terhadap
fiqh. Sementara itu, ÂIzzudin Abd al-Aziz (1999) pula menyatakan bahawa qawaÊid
fiqhiyyah merupakan salah satu kaedah untuk memperoleh maslahat dan
menolak mafsadah. Pernyataan ini ditegaskan oleh ÂIzzuddin Abd al-Aziz dalam
kitabnya QawaÊid al-Ahkam fi Masalih al-Anam.

Pernyataan ini hampir sama dengan penegasan oleh Imam al-Suyuti (1378) dalam
kitabnya al-Asybah wa al-NazaÊir fi QawaÊid wa FuruÊ Fiqh al-SyafiÊiyyah. Beliau
menegaskan bahawa ilmu kaedah fiqh merupakan ilmu yang agung kerana
melaluinya, manusia dapat mengetahui hakikat fiqh, tempat perolehannya,
tempat pengambilan dan rahsianya. Dengan ilmu ini, seseorang akan lebih
menonjol dalam pemahaman dan penghayatannya terhadap fiqh dan mampu
untuk menghubung, mengeluarkan hukum dan mengetahui hukum masalah
yang tidak tertulis, hukum peristiwa, kejadian dan isu yang sentiasa berlaku
sepanjang masa.

Hasbi al-Siddieqy (1980) mengemukakan dalam bukunya Pengantar Hukum


Islam bahawa seseorang yang hendak mengeluarkan ijtihad memerlukan kaedah
kulli (bersifat umum) atau qawaÊid fiqhiyyah yang menjadi panduan dalam
penetapan hukum Islam.

Selain itu, al-ZarqaÊ (2007) turut mengakui kepentingan dan kemanfaatan qawaÊid
fiqhiyyah terhadap fiqh. Hal ini demikian kerana dengan mengetahui dan
menguasai qawaÊid fiqhiyyah, kemampuan dan keupayaan ahli fiqh untuk
memperjelaskan kaedah penghasilan fatwa akan semakin bertambah. Bagi orang
yang berpegang pada furuk fiqh sahaja tanpa merujuk kepada qawaÊid fiqhiyyah,
dia hanya akan menemui banyak pertentangan atau perselisihan dalam masalah
furuk fiqh dan bukannya kaedah untuk mengatasinya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KITAB DAN TOKOH ILMU QAWA’ID FIQHIYYAH  21

Berdasarkan huraian tadi, kita boleh simpulkan bahawa qawaÊid fiqhiyyah


mempunyai peranan yang signifikan dalam perundangan Islam. Oleh itu, ulama
daripada semua mazhab fiqh sejak dahulu telah memberikan tumpuan dan
perhatian besar dalam merangka, merumuskan dan menyusun kaedah fiqh
sehingga tersusunnya kitab khusus yang membahaskan fiqh tersebut.

SEMAK KENDIRI 2.1

Nyatakan kepentingan qawaÊid fiqhiyyah dalam perundangan Islam


dan kemukakan pandangan ulama berkaitan perkara ini.

AKTIVITI 2.1

Dalam forum myINSPIRE, bincangkan sejauh mana kepentingan


qawaÊid fiqhiyyah dalam menangani isu fiqh semasa. Kemukakan dua
contoh yang relevan untuk menyokong pendapat anda.

2.2 TOKOH ULAMA DALAM ILMU KAEDAH


FIQH
Sekarang, mari kita pelajari tentang tokoh ulama dalam ilmu kaedah fiqh. Secara
umumnya, terdapat ramai tokoh ulama dalam bidang ini. Walau bagaimanapun,
topik ini hanya akan membincangkan tiga ulama yang utama, iaitu Imam
al-Suyuti, Imam ÂIzzuddin Abd al-Aziz dan Syeikh al-ZarqaÊ.

2.2.1 Imam al-Suyuti


Tahukah anda bahawa Imam al-Suyuti adalah antara penulis yang tersohor,
dikenal dan paling produktif? Nama lengkapnya ialah al-Hafiz ÂAbd al-Rahman
Ibn al-Kamal Abi Bakr bin Muhammad bin Sabiq al-Din Ibn al-Fakhr Uthman bin
Nazhir al-Din al-Hamam al-Khudairi al-Suyuti. Kemunculannya adalah pada
akhir abad pertengahan tamadun Islam.

Beliau dilahirkan pada tahun 849 H (1445 M) di Asyut, satu wilayah di Mesir.
Ulama murabbi ini kematian ayahnya ketika berusia enam tahun. Takdir yang
memilukan itu tidak menjadi alasan atau halangan bagi beliau untuk membina
kejayaan. Perjalanan hidupnya tetap diteruskan dengan semangat cinta pada ilmu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 2 KITAB DAN TOKOH ILMU QAWA’ID FIQHIYYAH

yang berputik semenjak kanak-kanak lagi. Cinta dan minat yang luar biasa
terhadap ilmu pengetahuan telah mencetuskan usaha dan kesungguhan beliau
untuk mendapatkannya.

Selain itu, beliau juga memiliki ketajaman minda dan daya ingatan yang kuat.
Oleh itu, usaha menuntut ilmu adalah tidak terlalu sukar baginya. Malah semasa
berusia lapan tahun, beliau sudah pun menghafaz al-Quran dengan hafazan yang
baik dan sempurna.

Imam al-Suyuti juga dapat menghafaz beberapa kitab yang popular pada masa
itu. Antaranya ialah al-Umdah, Minhaj Fiqh, al-Usul dan al-Fiyah (Alfiyah) oleh
Ibn Malik. Beliau juga turut mempelajari pelbagai bidang ilmu lain dalam
kesempatan masa yang ada. Oleh itu, dalam usia belasan tahun, al-Suyuti sudah
menguasai ilmu fiqh, nahu, faraid, tafsir, usul, ilmu bahasa dan maÊani.

Bermula dari situ, sedikit demi sedikit terbitlah bakat terpendam Imam al-Suyuti
dalam menyusun buku ringkas tentang pelbagai ilmu di samping terus meluaskan
lagi pengetahuannya dalam cabang ilmu hadis. Seperti imam besar yang lain,
Imam al-Suyuti tidak berasa puas menuntut ilmu di satu tempat sahaja, meskipun
daripada ramai tuan guru. Tradisi ahli ilmu yang suka merantau dari satu tempat
ke tempat lain juga turut diamalkan oleh Imam al-Sayuti, malah perantauan
ilmunya turut membawanya jauh hingga ke India dan Maghribi.

Imam al-Sayuti juga pernah berguru dengan Imam Ibn Hajar, mengkaji kitab
Sahih Muslim. Beliau mengakui bahawa jumlah keseluruhan gurunya adalah
sekitar 150 orang; mereka ini mengajarnya pelbagai jurusan ilmu pengetahuan.
Walaupun begitu, ulama besar ini tetap mengatakan bahawa ilmunya masih cetek
dan tidak banyak.

Kemudiannya, beliau mula mengajar dan jumlah murid yang datang menuntut
ilmu dengannya terus bertambah. Namun, pada usia hampir 40 tahun, Imam
al-Sayuti mula gemar bersendiri. Minat dan kecenderungannya lebih tertumpu
pada kerja penulisan. Baginya, bakat semasa remaja dahulu perlu dimanfaatkan
sepenuhnya pada usia begini.

Oleh itu, Imam al-Suyuti pun bersungguh-sungguh memfokuskan dirinya dalam


bidang penulisan. Hasilnya, beliau berjaya menghasilkan sekitar 300 kitab
(terdapat pendapat mengatakan 600 kitab) dan risalah kecil yang dikarangnya
selama tempoh 22 tahun. Perkara ini membuktikan ketekunan dan kesungguhan
luar biasa yang ada pada ulama ulung ini. Dalam tempoh tersebut juga, Imam
al-Sayuti terus aktif menulis sehinggalah ke hujung hayatnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KITAB DAN TOKOH ILMU QAWA’ID FIQHIYYAH  23

Imam al-Suyuti banyak bersendirian dalam bilik khas di rumahnya yang dijadikan
sebagai tempat untuk beliau menulis. Bilik khas tersebut diberi nama rawdah
al-miqyas. Di sinilah juga tempat dia menghabiskan sisa kehidupannya.

Apakah kitab karangan Imam al-Suyuti yang masyhur? Antara kitab karangan
Imam al-Suyuti yang masyhur ialah:

(a) Zhar al-Rabbiy ÂAla Mutaba Li al-NasaÊi;

(b) Al-Hawalik Âala MuwathtaÊ Malik;

(c) Al-JamiÊ al-Shaghir wa Dzailuh;

(d) Marqat al-ShuÊud Syarh Sunan Abi Dawud;

(e) Tadrib al-Rawi bi Syarh;

(f) Tawqib al-Nawawi; dan

(g) Al-Asybah wa al-NazaÊir fi QawaÊid wa FuruÊ Fiqh al-SyafiÊiyyah.

Allah SWT menjemput insan mulia ini pulang mengadap-Nya pada usia 60 tahun
kerana lumpuh dan sakit pada tangan kirinya yang berlanjutan selama seminggu.

2.2.2 Imam ‘Izzuddin bin ‘Abd al-Salam


Menurut catatan sejarah Islam, nama lengkapnya ialah ÂAbd al-ÂAziz bin ÂAbd
al-Salam bin Abi Al-Qasim bin Hasan bin Muhammad bin Muhadzdzab. Beliau
dilahirkan di Damsyik pada tahun 577 H dan wafat pada tahun 660 H di Kaherah,
Mesir.

Tahukah anda beliau digelar ÂIzzuddin dan sultan al-ulama (raja para ulama) oleh
muridnya, Ibn Daqiq al-ÂId? Gelaran ini adalah sebagai penghargaan terhadap
kerja keras beliau menjaga reputasi ulama pada ketika itu. Usaha itu adalah
berdasarkan sikapnya yang tegas melawan tirani dan kediktatoran.

Imam ÂIzzudin pernah memegang jawatan kadi di kota Damsyik selama beberapa
tahun. Namun, kerana tidak sehaluan dengan pemerintah pada ketika itu, beliau
pun berhijrah ke Mesir. Najmuddin Ayyub, pemerintah Mesir pada ketika itu
telah menyambut kedatangannya dengan baik lalu melantik beliau sebagai khatib
masjid JamiÊ Amr bin al-Ash dan kadi di Kaherah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 2 KITAB DAN TOKOH ILMU QAWA’ID FIQHIYYAH

Menurut Taj al-Din al-Subki (1324), Imam ÂIzzuddin merupakan Syaikhul Islam
wal Muslimin yang merujuk beliau sebagai salah seorang imam yang terkemuka,
sultanul ulama, penyeru kepada yang makruf dan pencegah kemungkaran dan
orang yang memahami hakikat, rahsia dan maqasid (tujuan) syariat.

Ibn Kathir (774 H) dalam bukunya al-Bidayah wa An-Nihayah menyebut bahawa


ÂIzzuddin memiliki karya yang terkenal, menguasai mazhab, menghimpun
banyak ilmu, memberi sumbangan yang bererti bagi muridnya dan aktif mengajar
di banyak madrasah. Selain itu, beliau juga aktif memberi fatwa di kebanyakan
daerah. Perwatakan beliau disifatkan sebagai seorang yang lemah lembut,
rupawan serta banyak menghimpunkan syair.

Salah seorang muridnya, Syeikh Syihabuddin Abu Syamah mengatakan bahawa


beliau orang yang lebih layak menyampaikan khutbah dan memimpin solat.
Selain itu, beliau juga berupaya menghilangkan bidaah yang dilakukan oleh
khatib.

Imam ÂIzzuddin merupakan ulama yang tegas dalam beramar makruf dan nahi
mungkar. Setiap kali melihat perbuatan makruf ditinggalkan, beliau menyeru
umat untuk mengerjakannya.

Sebaliknya, bila perbuatan mungkar bermaharajalela, beliau tidak segan silu


untuk mencegahnya. Rasulullah SAW pernah menyatakan bahawa sebaik-baik
jihad adalah mengatakan yang hak di depan penguasa yang zalim. Bagi ÂIzzuddin,
hadis tersebut sebagai perangsang semangatnya, sehinggakan beliau sering kali
mendatangi pemerintah untuk menyampaikan nasihat dan kritikan secara
langsung.

Pernah suatu ketika Imam ÂIzzuddin menemui Sultan Najamudin Ayyub yang
sedang duduk dalam istananya yang tersergam indah. Imam ÂIzzuuddin berkata
(yang bermaksud), „Wahai Ayyub, apa hujahmu di depan Allah bila Dia bertanya
padamu, bukankah Aku telah memberikanmu kekuasaan di Mesir, lalu kenapa
kamu menjual khamar?‰ Sultan menjawab, „Adakah itu benar berlaku?‰ Lalu
beliau pun menjawab, „Benar, seorang wanita menjual khamar di kedainya
sedang engkau asyik duduk di istanamu!‰ Jawab sultan, „Tuanku, itu adalah
perbuatan sultan sebelumnya, iaitu ayahku.‰ Jawapan tersebut bersifat membela
diri.

Maka, Imam ÂIzzuddin pun menjawab semula, „Bererti engkau termasuk antara
mereka yang mengatakan inna wajadna abaÊana ala ummah (sesungguhnya, kami
mendapati bapa kami menganut suatu agama dan sesungguhnya kami orang
yang mendapat petunjuk mereka).‰ Beliau lalu meminta sultan menutup kedai
tersebut. Imam ÂIzzuddin pernah ditanya mengapa beliau tidak takut mengkritik

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KITAB DAN TOKOH ILMU QAWA’ID FIQHIYYAH  25

sultan. Beliau menjawab, ‰Anakku, aku menghadirkan ketakutan kepada Allah.


Lalu serta-merta sultan bagaikan kucing di hadapanku.‰ Sultan akhirnya
menutup kedai tersebut dan sejak itu, beliau komited tidak akan membiarkan
kemungkaran berlaku.

Imam ÂIzzuddin pernah berguru dengan Syeikh Fakhruddin bin ÂAsakir,


mempelajari usul daripada Syeikh Saifuddin al-Amidi dan mempelajari hadis
daripada al-Hafiz Abu Muhammad al-Qasim dan al-Hafiz al-Kabir Abu al-Qasim
bin ÂAsakir.

Beliau juga menimba ilmu daripada Barakat bin Ibrahim al-KasyuÊi, al-Qadi ÂAbd
al-Samad bin Muhammad al-Harastani dan lain-lain. Hal ini berdasarkan
penjelasan Imam al-Subki (1324) dalam Tabaqat al-SyafiÊiyah al-Kubra.

Selain itu, Imam al-Subki juga turut menyebut nama sebahagian daripada murid
Imam ÂIzzuddin. Antaranya ialah:

(a) Ibn Daqiq al-Id;

(b) Imam ÂAlau al-Din Abu Muhammad al-Dimyathi; dan

(c) Al-Hafiz Abu Bakar Muhammad bin Yusuf bin Masdi.

Menurut ÂIzzuddin al-Husaini, Imam ÂIzzuddin merupakan tokoh ilmuwan pada


zamannya yang menguasai pelbagai disiplin keilmuan. Menurut ulama lain,
Imam ÂIzzuddin adalah sultanul ulama dan syaikhul ulama kerana ilmunya
dianggap bagaikan lautan. Ada juga orang menyebut ilmunya adalah lebih
banyak daripada karyanya.

Apakah karya beliau yang masyhur? Antara karya beliau yang masyhur ialah:

(a) Al-QawaÊid al-Kubra;

(b) Al-QawaÊid al-Sugra;

(c) QawaÊid al-Ahkam fi Masalih al-Anam;

(d) Al-Imamah fi Adillat al-Ahkam;

(e) Al-Fatawa al-Misriyyah;

(f) Al-Fatawa al-Mawsuliyah;

(g) Majaz al-QurÊan;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 2 KITAB DAN TOKOH ILMU QAWA’ID FIQHIYYAH

(h) Syarah al-MaÊarif;

(i) Al-Tafsir;

(j) Al-Ghayah fi Ikhtisar al-Nihayah;

(k) Mukhtasar Sahih Muslim; dan

(l) QawaÊid al-Ahkam fi Masalih al-Anam.

2.2.3 Ahmad al-Zarqa’ Ibn Muhammad


Tokoh terakhir yang akan anda pelajari ialah Ahmad al-ZarqaÊ. Nama penuh
beliau ialah Ahmad bin Muhammad bin Uthman bin Muhammad bin Abdul
Qadir al-ZarqaÊ. Beliau dilahirkan pada tahun 1868 M di Halab, Syria dan
meninggal pada tahun 1938 M.

Tahukah anda beliau merupakan ulama terulung dalam mazhab Hambali? Selain
itu, Ahmad al-ZarqaÊ juga merupakan guru di Sekolah Khusrawiyyah dan aktif
mengajar fiqh dan hadis di beberapa masjid di Halab, antaranya adalah masjid
al-Umawi. Anak beliau, Mustafa al-ZarqaÊ pula sering kali mengiringi dan
mendampingi beliau sepanjang beliau berkhidmat kepada umat Islam.

Bapa Ahmad al-ZarqaÊ ialah Syeikh Muhammad bin Uthman bin Muhammad bin
Abdul Qadir al-ZarqaÊ. Bapanya juga ulama yang masyhur dan disegani di Halab,
malah di Syria. Bapa beliau dilahirkan pada tahun 1832 M dan meninggal pada
tahun 1925 M.

Ahmad al-ZarqaÊ pernah memegang jawatan hakim di institut fatwa dan pernah
dipanggil oleh Syeikh al-Islam di Istanbul untuk membantu dalam memfatwakan
hukum berkaitan dengan permasalahan harian dan isu fiqh semasa serta masalah
yang berkaitan dengan adat atau uruf kebiasaan yang timbul dengan
berpandukan syariat. Selepas itu, beliau pulang ke Halab bagi meneruskan
perkhidmatan beliau kepada agama dan ummah.

Kecintaan keluarga ini terhadap ilmu pengetahuan diteruskan kepada keturunan


seterusnya, iaitu menjadi kebiasaan bagi keluarga ini berhimpun pada setiap hari
selepas solat Maghrib. Dalam perbincangan ini, Ahmad (ayah) dan Mustafa (anak)
akan bersama-sama berbincang dan bertukar-tukar pendapat mengenai masalah
fiqhiyyah dan isu semasa. Kadangkala, perbincangan mereka dihadiri oleh ulama
lain bagi memberi sumbangan fikrah dan sama-sama berganding bahu demi
mencari keredaan Allah SWT.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KITAB DAN TOKOH ILMU QAWA’ID FIQHIYYAH  27

Syeikh Ahmad al-ZarqaÊ juga terkenal dengan kecerdasan akal fikirannya yang
tinggi sehingga mampu menghafal al-Quran dengan sebaiknya. Beliau juga
dikenal dengan ketinggian akhlak penuh dengan kewarakan dan tawaduk, selaras
dengan tuntutan agama dan sunah Rasulullah SAW.

Ahmad al-ZarqaÊ juga turut meminati sejarah, sastera, tafsir, hadis, mantik,
fiqh dan lain-lain. Beliau banyak bertemu dengan cendekiawan Islam untuk
mempelajari dan membahaskan ilmu yang berkaitan. Beliau juga banyak
mempelajari pelbagai bidang ilmu daripada bapanya. Antara ilmu yang
dipelajarinya ialah kitab agung Radd al-Muhtar Âala al-Dur al-Mukhtar oleh
Ibn ÂAbidin, kitab Tabyin al-HaqaÊiq Âala Kanz al-DaqaÊiq oleh Uthman ibn Ali
Zaylai dan Al-Asybah wa al-NazaÊir fi QawaÊid wa FuruÊ Fiqh al-SyafiÊiyyah
oleh Ibn Nujaym. Beliau juga mempunyai ingatan yang mengagumkan dan
sumbangannya terhadap penulisan adalah sangat membanggakan.

Dari segi personalitinya, Syeikh Ahmad al-ZarqaÊ merupakan seorang yang


tenang, berfikiran terbuka dan sentiasa berlapang dada. Beliau tidak fanatik
dengan pendapatnya jika terdapat kebenaran pendapat orang lain dan sentiasa
berbincang secara ilmiah walaupun dengan pelajarnya.

Selain itu, beliau juga tidak fanatik dengan mazhab, malah membuat tarjih,
walaupun bukan daripada pegangan mazhabnya. Beliau juga seorang yang
penyabar terutamanya dalam menuntut ilmu pengetahuan dan menghadapi
kerenah pelajar dan madÊunya dalam menyelesaikan permasalahan mereka.

Tidak ketinggalan, beliau sentiasa menjawab persoalan yang timbul tanpa jemu
dan tanpa mengira waktu. Syeikh Ahmad al-ZarqaÊ merupakan ulama yang
sangat gigih dalam menyebarkan ilmu. Karya beliau banyak memberi sumbangan
besar kepada sistem kehidupan umat Islam.

Syeikh Ahmad al-ZarqaÊ mempunyai kepakaran dalam bidang fiqh. Beliau


diiktiraf sebagai salah seorang yang pakar dalam bidang fiqh Hanafi. Namun,
beliau juga pakar dalam mazhab lain seperti mazhab Maliki, Hambali dan Syafii.

Di samping itu, beliau juga mempunyai kepakaran dalam ilmu kaedah fiqh
sehingga lahirnya kitab beliau, Syarh al-QawaÊid al-Fiqhiyyah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 2 KITAB DAN TOKOH ILMU QAWA’ID FIQHIYYAH

SEMAK KENDIRI 2.2

1. Namakan tiga tokoh ulama bagi ilmu kaedah fiqh.

2. Huraikan sumbangan tokoh ulama tersebut.

AKTIVITI 2.2

Mengapakah ulama terdahulu begitu gigih dalam menimba ilmu


pengetahuan? Bincangkan perkara ini dalam forum myINSPIRE.

2.3 KITAB RUJUKAN UNTUK ILMU KAEDAH


FIQH
Apakah rujukan utama dalam ilmu qawaÊid fiqhiyyah? Untuk makluman anda,
terdapat banyak kitab rujukan utama dalam ilmu qawaÊid fiqhiyyah. Antaranya
adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Beberapa Kitab Rujukan Utama Ilmu QawaÊid Fiqhiyyah

Rujukan Penulis Huraian

Usul Abu al-Hasan Imam al-Karkhi merupakan tokoh ilmuwan


al-Karkhi al-Karkhi pertama yang menyusun, menulis dan
(340 H) membukukan ilmu qawaÊid fiqhiyyah. Kitab ini
merupakan rujukan paling awal dalam ilmu
qawaÊid fiqhiyyah. Ia berbentuk risalah ringkas
yang mengandungi 36 kaedah yang setiap kaedah
dimulakan dengan perkataan „asal‰.

TaÊsis Abu Zaid Beliau merupakan ulama tersohor dalam mazhab


al-Nazar al-Dabusi Hanafi dan merupakan tokoh pertama yang
(340 H) mempelopori ilmu khilaf yang sekarang ini
dikenal sebagai fiqh muqaran (perbandingan).
Kitab ini mengandungi 86 kaedah dan
kebanyakannya ialah qawaÊid al-mazhab.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KITAB DAN TOKOH ILMU QAWA’ID FIQHIYYAH  29

QawaÊid Izzuddin bin Karya ini ialah karangan yang sangat unik dari
al-Ahkam fi Abd al-Salam segi isi kandungannya kerana menyerlahkan

objektif utama syariat (‫الشيعة‬ ‫)مقاصد‬,


Masalih (660 H)
al-Anam iaitu
menghasilkan kemaslahatan dan mengelak

kemudaratan (‫المفاسد‬ ‫)جلب المصالح ودرء‬.


Di samping itu, kitab ini juga memuatkan kaedah
umum yang lain.

Al-Furuq Abul Abbas Kitab ini adalah antara produk yang paling bernilai
al-Qarafi dalam dunia fiqh Islam kerana tidak wujud
(684 H) karangan seumpama ini sebelumnya. Ia bukan
hanya mengandungi pelbagai kaedah, malah
mengandungi penerangan tentang perbezaan
antara kaedah yang mungkin dilihat serupa,
namun sebenarnya mempunyai perbezaan.

Kaedah yang dimuatkan dalam kitab ini


dikeluarkan dan disusun ketika beliau membaca
kitab al-ZakhaÊir. Jumlah kaedah yang terdapat
dalam kitab ini adalah sebanyak 548 kaedah.

Al-Asybah wa Ibn al-Wakil Dalam ilmu kaedah fiqh, terdapat beberapa kitab
al-NazaÊir al-SyafiÊi yang dikarang dengan meletakkan nama
(716 H) Al-Asybah wa al-NazaÊir. Antaranya adalah kitab
yang dikarang oleh Ibn al-Wakil. Ia kitab pertama
yang menggunakan nama tersebut. Beliau
menulisnya ketika dalam musafir di atas kapal.
Namun, beliau wafat tanpa sempat menyusunnya
secara sempurna.

Al-QawaÊid Ibn Taimiyyah Kitab ini adalah antara salah satu karya Ibn
al-Nuraniyyah (726 H) Taimiyyah. Beliau menyusun kitab ini mengikut
al-Fiqhiyyah bab fikah. Kitab ini dimulakan dengan tajuk
taharah (bersuci) dan diakhiri dengan tajuk
sumpah dan nazar. Selain itu, kaedah dan
dawabit al-fiqh dalam setiap bab turut
dibahaskan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 2 KITAB DAN TOKOH ILMU QAWA’ID FIQHIYYAH

Al-QawaÊid Al-Maqriy Nama penuh bagi kitab ini ialah Al-QawaÊid fi


(758 H) Usul Masail al-Khilaf. Nama ini sangat bertepatan
dengan kandungannya dan ia antara kitab kaedah
fiqh yang paling luas perbincangannya dalam
mazhab Maliki. Namun, dalam sesetengah
kandungan, ia masih memerlukan penerangan
lanjut untuk difahami.

Al-MajmuÊ Abu SaÊid Kitab ini adalah antara kitab kaedah fiqh yang
al-Muzhab fi al-Alaie sangat bernilai kerana menghimpunkan antara
QawaÊid (761 H) kaedah fiqh dengan kaedah usul. Boleh dikatakan
al-Mazhab bahawa kitab ini merupakan inti pati bagi segala
karangan ulama sebelumnya dalam ilmu kaedah
fiqh dan kaedah usul. Ia dikarang pada kurun
ke-8 Hijrah.

Al-Asybah wa Tajuddin Ibn Dalam pendahuluan kitab ini, penulis telah


al-NazaÊir al-Subki menjelaskan kepentingan dan kesukaran ilmu
(771 H) kaedah fiqh. Kemudian, kitab ini membahaskan
lima kaedah fiqh yang asas sebelum
membincangkan kaedah yang lain.

Keseluruhan kaedah dalam kitab ini adalah lebih


kurang 60 kaedah. Ia menjadi rujukan ulama bagi
ulama selepasnya dalam penulisan kaedah fiqh.

Al-Manthur fi Badruddin Al-Zarkasyi telah menyusun kaedah fiqh dalam


al-QawaÊid al-Zarkasyi kitab ini mengikut huruf hijaÊiyyah. Ia dimulakan
(794 H) dengan huruf alif dan diakhiri dengan huruf ya.
Maka, kaedah yang dimulakan dengan huruf alif
akan diletakkan di bawah bab „huruf alif‰.
Begitulah juga huruf lain kecuali huruf ta kerana
tidak ada kaedah yang dimulakan dengannya.

Taqrir Ibn Rajab Kitab ini adalah antara karangan yang paling
al-QawaÊid al-Hanbali bernilai dalam ilmu kaedah fiqh bagi mazhab
wa Tahrir (795 H) Hambali. Malah, ia merupakan keajaiban dunia
al-Fawaid kerana dikarang hanya dalam tempoh beberapa
hari sahaja, sebagaimana yang disebut oleh
penulis dalam pendahuluan kitab ini. Dengan
kepakaran yang dimiliki oleh penulisnya, kitab ini
memuatkan 160 kaedah di dalamnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KITAB DAN TOKOH ILMU QAWA’ID FIQHIYYAH  31

Al-Asybah wa Ibn Susunan kitab ini adalah mengikut bab fikah.


al-NazaÊir al-Mulaqqin Ia dikarang secara tertib dan tersusun untuk
(804 H) memudahkan sesiapa yang ingin merujuknya.
Banyak karangan beliau merujuk kitab
Al-Asybah wa al-NazaÊir oleh Ibn al-Subki.

Al-Asybah wa Jalaluddin Kitab Imam al-Suyuti ini boleh dikatakan sebagai


al-NazaÊir al-Suyuti inti pati kepada semua kitab kaedah fiqh sebelum
(911 H) beliau. Hal ini demikian kerana beliau merupakan
tokoh yang hebat dalam mengumpul fakta dan
mengarang secara tersusun. Tidak hairanlah
karangan beliau ini menjangkau 600 buah.

Antara keistimewaan kitab ini ialah beliau


membawa dalil atau asal bagi kaedah fiqh sama
ada daripada hadis atau athar sahabat. Turut
dimuatkan adalah pengecualian kaedah dan
contoh yang banyak.

Al-Asybah wa Ibn Nujaym Dalam pendahuluan kitab ini, Ibn Nujaym


al-NazaÊir fi (970 H) menyebut bahawa beliau menulis kitab ini
QawaÊid wa berpandukan karya Ibn al-Subki. Jika
FuruÊ Fiqh dibandingkan antara dua kitab ini, sememangnya
al-SyafiÊiyyah ada persamaannya. Perbezaannya hanya pada Ibn
Nujaym yang tidak memberi tumpuan pada
kaedah usul. Kitab ini turut disyarahkan dan
diperbahaskan oleh beberapa ulama.

Syarh Ahmad Ibn Kitab ini memuatkan 99 kaedah fiqhiyyah yang


al-QawaÊid Muhammad dimulai dengan kaedah al-umur bi maqasidiha
al-Fiqhiyyah al-ZarqaÊ dan diakhiri dengan kaedah man saÊa fi naqd ma
(1868 M) tamma min jihatihi. Huraiannya adalah agak
panjang dan disertai dengan tatbiqat dan
mustasnayat.

Sebagai rumusan, Jadual 2.1 tadi telah menyenaraikan sebahagian besar daripada
karya agung ulama Islam yang merupakan sumbangan besar mereka dalam ilmu
kaedah fiqh. Namun, terdapat banyak lagi karya bernilai dalam ilmu kaedah fiqh
yang tidak disebut dalam topik ini. Anda boleh cuba mencari karya sebegini
di Internet. Selamat mencuba!

SEMAK KENDIRI 2.3

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 2 KITAB DAN TOKOH ILMU QAWA’ID FIQHIYYAH

SEMAK KENDIRI 2.3

Huraikan lima karya ilmu kaedah fiqh pilihan anda berserta


pengarangnya.

AKTIVITI 2.3

Cari maklumat satu kitab yang masyhur dalam ilmu kaedah fiqh.
Huraikan kelebihan kandungan kitab tersebut. Kongsikan jawapan anda
untuk perbincangan dalam forum myINSPIRE.

2.4 KITAB DAN TOKOH ILMU QAWA’ID


FIQHIYYAH MENGIKUT MAZHAB
Akhir sekali, mari kita pelajari kitab dan tokoh ilmu qawaÊid fiqhiyyah mengikut
empat mazhab Islam. Huraian lanjut mengenainya diberikan dalam Jadual 2.2.

Jadual 2.2: Kitab dan Tokoh Ilmu QawaÊid Fiqhiyyah Mengikut Mazhab

Mazhab Kitab Tokoh

Usul al-Karkhi ÂUbaidullah ibn Hasan al-Karkhi (dari 260


hingga 340 H)

TaÊsis al-Nazar Al-Qadhi, ÂUbaidullah ibn ÂUmar al-Dabbusi


(430 H)

Al-Asybah wa al-NazaÊir Zayn al-ÂAbidin Ibrahim Ibn Nujaym (970 H)


Âala Madhhab Abi
Hanafi Hanifah al-NuÊman

MajamiÊ al-HaqaÊiq Abu SaÊid al-Khadimi (1176 H)

Al-Majallah al-Ahkam Lajnah Ulama Daulah ÂUthmaniyyah (1286 H)


al-ÂAdliyyah

Al-FaraÊid al-Bahiyyah fi Ibn Hamzah al-Husaini (1305 H)


al-QawaÊid al-FawaÊid
al-Fiqhiyyah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KITAB DAN TOKOH ILMU QAWA’ID FIQHIYYAH  33

Anwar al-Buruq fi Al-Imam Syihabudin ÂAbd al-Abbas Ahmad


Anwar al-Furuq atau al-Sonhaji al-Qarafi (dari 260 hingga 340 H)
al-Anwar wal-QawaÊid
al-Sunniyyah

Al-QawaÊid Muhammad ibn Muhammad ibn Ahmad


al-Muqarri (758 H)
Maliki
Lidhah al-Masalik ila Ahmad ibn Yahya ibn Muhammad
QawaÊid al-Imam Malik al-Tilmisani al-Winsyarinsi (914 H)

Al-IsÊaf bi al-Thalab As-Syaikh Abu al-Qasim ibn Muhammad


Mukhtasar Sharh al-Tiwani (995 H)
al-Manhaj al-Muntakhab
Âala QawaÊid al-Mazhab

QawaÊid al-Ahkam fi ÂIzzuddin ÂAbd al-ÂAziz ibn ÂAbd al-Salam


Masalih al-ÂAnam (dari 577 hingga 660 H)

Al-Asybah wa al-NazaÊir Sadraddin Abi ÂAbdullah ibn Murahhil,


Ibn Wakil al-SyafiÊi (716 H)

MajmuÊ al-Muzhab fi Salahuddin Abi SaÊid al-ÂAlaÊi al-SyafiÂi (761 H)


al-QawaÊid al-Mazhab

Al-Asybah wa al-NazaÊir ÂAbdul-Wahhab ibn ÂAli Tajuddin al-Subki


(771 H)

Syafii Al-Manthur fi Tartib Muhammad ibn Bahadur Badruddin


al-QawaÊid al-Fiqhiyyah az-Zarkashi (794 H)
aw al-QawaÊid fi al-FuruÊ

Al-Asybah wa al-NazaÊir Sirajudddin ÂUmar ibn ÂAli al-Ansari atau Ibn


al-Mulaqqin (804 H)

Al-QawaÊid Taqiyyuddin Abu Bakr ibn Muhammad ibn


ÂAbdul-MuÊmin al-Hisni (829 H)

Al-Asybah wa al-NazaÊir Jalaluddin ÂAbdur Rahman ibn Abi Bakr ibn


Muhammad al-Suyuti (al-Asyuti) (804 H)

Al-IstighnaÊ fi al-Furuq Badruddin Muhammad ibn Abi Bakr ibn


wa al-IstithnaÊ Sulaiman al-Bakri

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 2 KITAB DAN TOKOH ILMU QAWA’ID FIQHIYYAH

Al-QawaÊid Taqiyyuddin Abu al-ÂAbbas Ahmad ibn


al-Nuuraniyyah ÂAbd al-Halim ibn Taymiyyah (dari 661
al-Fiqhiyyah hingga 728 H)

Al-QawaÊid al-Fiqhiyyah Sharifuddin Ahmad ibn al-Hasan ibn Qadhi


al-Jabal al-Maqdisi (771 H)

Taqrir al-QawaÊid wa ÂAbdurrahman Syihab ibn Ahmad ibn Abi


Tahrir al-FawaÊid Rajab (Ibn Rajab) al-Hanbali (795 H)
Hambali
(al-QawaÊid)

Al-QawaÊid al-Kulliyyah Jamaluddin Yusuf ibn Hasan ibn Ahmad ibn


wa al-Dawabit ÂAbdul-Hadi (dari 1309 hingga 1359 H)
al-Fiqhiyyah (771 H)

Al-Ahkam al-SyarÂiyyah Ahmad ibn Abdullah al-Qari (dari 1309


Âala Mazhab al-Imam hingga 1359 H)
Ahmad Hanbal

SEMAK KENDIRI 2.4

Nyatakan tiga kitab serta pengarangnya bagi setiap mazhab.

AKTIVITI 2.4

Dalam forum myINSPIRE:

(a) Bincangkan persamaan dan perbezaan antara QawaÊid al-Ahkam


fi Masalih al-ÂAnam oleh ÂIzzuddin ÂAbd al-ÂAziz ibn ÂAbd
al-Salam dengan al-QawaÊid al-Nuuraniyyah al-Fiqhiyyah oleh
Taqiyyuddin Abu al-ÂAbbas Ahmad ibn ÂAbd al-Halim ibn
Taymiyyah.

(b) Cari maklumat lanjut mengenai kitab al-Asybah wa al-NazaÊir


karya Imam al-Suyuti dan huraikan inti pati kitab tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KITAB DAN TOKOH ILMU QAWA’ID FIQHIYYAH  35

 Ilmu kaedah fiqh merupakan salah satu antara ilmu terpenting dalam
perundangan Islam bagi menyelesaikan pelbagai isu fiqh semasa.

 Ramai ulama memperakui kepentingan ilmu kaedah fiqh dalam perundangan


Islam. Antaranya ialah al-Qarafi, Imam al-Suyuti dan al-ZarqaÊ.

 Al-Qarafi melihat qawaÊid fiqhiyyah sebagai pemberi manfaat yang amat


besar terhadap fiqh. Imam al-Suyuti pula menegaskan bahawa ilmu kaedah
fiqh merupakan ilmu yang agung, manakala al-ZarqaÊ mengakui kepentingan
dan kemanfaatan qawaÊid fiqhiyyah terhadap fiqh.

 Terdapat ramai tokoh ilmuan yang mempunyai kepakaran dalam bidang ilmu
qawaÊid fiqhiyyah. Antara yang terkenal ialah Imam al-Suyuti, Imam ÂIzzudin
bin 'Abd al-Salam dan al-ZarqaÊ Ahmad ibn Muhammad.

 Imam al-Suyuti adalah antara penulis yang tersohor, terkenal dan paling
produktif.

 Imam ÂIzzuddin merupakan Syaikhul Islam wal Muslimin yang merujuk


beliau sebagai salah seorang imam yang terkemuka, sultanul ulama, penyeru
kepada yang makruf dan pencegah kemungkaran dan orang yang memahami
hakikat, rahsia dan maqasid (tujuan) syariat.

 Al-ZarqaÊ Ahmad ibn Muhammad merupakan ulama terulung dalam mazhab


Hambali dan merupakan guru di Sekolah Khusrawiyyah dan aktif mengajar
fiqh dan hadis di beberapa masjid di Halab, antaranya adalah masjid
al-Umawi.

 Terdapat banyak kitab yang membahaskan dan membincangkan qawaÊid


fiqhiyyah. Antaranya ialah Usul al-Karkhi oleh Abu al-Hasan al-Karkhi, TaÊsis
al-Nazar oleh Abu Zaid al-Dabusi dan QawaÊid al-Ahkam Fi Masalih al-Anam
oleh Izzuddin bin Abd al-Salam.

 Setiap mazhab ada karyanya yang tersendiri mengenai qawaÊid fiqhiyyah.


Setiap penulisan karya tersebut mempunyai kehebatan dan kreativitinya yang
tersendiri.

 Bagi mazhab Hanafi, antara kitab qawaÊid fiqhiyyahnya ialah Usul al-Karkhi
oleh ÂUbaidullah ibn Hasan al-Karkhi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 2 KITAB DAN TOKOH ILMU QAWA’ID FIQHIYYAH

 Bagi mazhab Maliki pula, antara kitabnya ialah Al-QawaÊid oleh Muhammad
ibn Muhammad ibn Ahmad al-Muqarri.

 Sementara itu, bagi mazhab Syafii, antara kitabnya ialah QawaÊid al-Ahkam fi
Masalih al-ÂAnam oleh ÂIzzuddin ÂAbd al-ÂAziz ibn ÂAbd al-Salam.

 Akhir sekali bagi mazhab Hambali, antara kitabnya ialah Taqrir al-QawaÊid
wa Tahrir al-FawaÊid (al-QawaÊid ) oleh ÂAbdurrahman Syihab ibn Ahmad ibn
Abi Rajab (Ibn Rajab) al-Hanbali.

Kepentingan ilmu Mazhab Maliki


Kitab rujukan utama Mazhab Syafii
Mazhab Hambali Tokoh ulama
Mazhab Hanafi

ÂIzzuddin Abd al-Aziz ibn Abd al-Salam Sulami. (1999). Qawaʻid al-ah kam
fi mas alih al-anam. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-ÂIlmiyah.

Ab Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Perbahasan kaedah-kaedah fiqh.


Kuala Lumpur, Malaysia: Pustaka Salam.

Ade Dedi Rohayana. (2008). Ilmu qawaÊid fiqhiyyah kaidah-kaidah hukum Islam.
Jakarta, Indonesia: Gaya Media Pratama.

Al-Nadwi, Ali Ahmad. (2000). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik, Syria: Dar


al-Qalam.

Al-Ruki, Muhammad. (1998). QawaÊid al-fiqhi al-Islami. Beirut, Lubnan: Dar


al-Qalam.

Al-Subki, Taj al-Din. (1324). Tabaqat al-syafiÊiyah al-kubra. Kaherah, Mesir:


MatbaÊat al-Husayniyyat al-Misriyya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KITAB DAN TOKOH ILMU QAWA’ID FIQHIYYAH  37

Al-Suyuti, Jalal al-Din ÂAbd al-Rahman. (1378). Al-asybah wa al-nazaÊir fi qawaÊid


wa furuÊ fiqh al-syafiÊiyyah. Beirut, Lubnan: Dar al-Fikr.

Al-ZarqaÊ, Ahmad Muhammad. (2007). Syarh al-qwaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik,


Syria: Dar al-Qalam.

Hasbi al-Shiddieqy. (1980). Pengantar hukum Islam (Ed. ke-6). Jakarta, Indonesia:
Bulan Bintang.

Ibn Kathir, Abu al-FidaÊ Ismail bin Umar. (734 H). Al-bidayah wa al-nihayah.
Beirut, Lubnan: Maktabah al-MaÊarif.

Muhammad Soleh Ahmad. (2002). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Kuala Lumpur,


Malaysia: Pustaka Abdul Majid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kaedah Asas 1:
Setiap Perkara
3 Dinilai
Berdasarkan
Niat
َ ََ ُ ُُ
(‫اص ِدها‬
ِ ‫)المور بِمق‬

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan maksud Kaedah Asas 1 (setiap perkara dinilai
berdasarkan niat atau al-umur bi maqasidiha) berserta contohnya;
2. Mengenal pasti sumber asal atau dalil Kaedah Asas 1;
3. Menjelaskan tiga pecahan daripada Kaedah Asas 1;
4. Menghuraikan konsep niat menurut perspektif Islam; dan
5. Merumuskan pandangan sarjana Islam berkaitan Kaedah Asas 1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KAEDAH ASAS 1: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN NIAT  39
َ َ ُ ُُ
(‫ور ب ِ َمقاصِ دِها‬ ‫)الم‬

 PENGENALAN
Sebelum kita memulakan topik ini, anda perlu mengetahui bahawa terdapat lima
kaedah asas qawaÊid fiqhiyyah yang dipersetujui oleh majoriti ulama. QawaÊid
fiqhiyyah tersebut dikenal sebagai al-qawaÊid al-khams al-kubra seperti yang
dinyatakan dalam Rajah 3.1.

Rajah 3.1: Lima kaedah asas qawaÊid fiqhiyyah

Untuk makluman anda, kita akan mempelajari kesemua kaedah dalam Rajah 3.1
ini, bermula dengan Kaedah Asas 1 yang akan dihuraikan dalam topik ini dan
diikuti dengan kaedah lain dalam topik yang seterusnya.

Seperti yang telah disebutkan tadi, Kaedah Asas 1 (setiap perkara dinilai
berdasarkan niat) ialah salah satu antara al-qawaÊid al-khams al-kubra.
Ia merupakan salah satu kaedah asas dan utama yang digunakan oleh para fuqaha
dalam perundangan Islam. Selain dikenal sebagai al-qawaÊid al-khams al-kubra,
lima kaedah ini juga dipanggil al-qawaÊid al-asasiyyah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 3 KAEDAH ASAS 1: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN NIAT
َ َ ُُ
(‫ور ب ِ َمقاصِ دِها‬
ُ ‫)الم‬

Bagi Kaedah Asas 1, kita akan mulakan dengan membincangkan pengertian dan
contohnya. Kemudian, sumber asal atau dalil kaedah ini akan dihuraikan, diikuti
dengan huraian tiga pecahan daripada Kaedah Asas 1.

Seterusnya, anda akan mempelajari konsep niat menurut perspektif Islam. Akhir
sekali, pandangan sarjana Islam berkaitan kepentingan kaedah ini dalam
perundangan Islam akan turut dibentangkan kepada anda. Jadi, sudahkah anda
bersedia? Mari kita mulakan!

3.1 PENGERTIAN DAN HURAIAN KAEDAH


ASAS 1
Pertamanya, mari kita pelajari maksud kaedah pertama ini.

Kaedah setiap perkara dinilai berdasarkan niat atau al-umur bi maqasidiha


membawa pengertian bahawa setiap perkara yang dilakukan oleh mukalaf
itu bergantung pada niat atau tujuannya.

Dengan kata lain, kaedah tersebut menjelaskan bahawa setiap perkataan atau
perbuatan yang dilakukan oleh mukalaf akan dinilai berdasarkan niat atau
tujuannya.

Dalam Islam, niat sangat penting dalam menentukan sama ada amalan seseorang
itu mendapat pahala atau dosa. Niat juga dapat memastikan status sesuatu
perkara itu sama ada halal atau haram, sah atau rosak atau batal, atau sah dari
satu sisi dan batal dari sisi lain. Begitu juga niat dalam amalan ibadat; niat boleh
menjadikannya sama ada wajib atau sunat dan seumpamanya.

Selain itu, sesuatu amalan yang berkaitan dengan syarak, tidak memberi apa-apa
kesan melainkan dengan disertai niat. Ittifak (permuafakatan) ulama mengatakan
sekiranya seseorang itu mempunyai niat untuk melakukan kebaikan dan
kebajikan tetapi gagal melakukannya kerana terdapat kesukaran (masyakah),
maka dia akan tetap diberi pahala oleh Allah SWT.

Dalam konteks lain, ittifak ulama mengatakan, sekiranya seseorang itu berniat
untuk melakukan perkara yang tidak baik dan melakukannya seperti dendam,
maka tindakan tersebut dianggap berdosa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KAEDAH ASAS 1: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN NIAT  41
َ َ ُ ُُ
(‫ور ب ِ َمقاصِ دِها‬ ‫)الم‬

3.2 CONTOH APLIKASI KAEDAH ASAS 1


Bolehkah anda berikan beberapa contoh bagi Kaedah Asas 1? Antara contoh yang
terbentuk daripada kaedah ini adalah bagi:

(a) Seseorang yang memasuki masjid dengan tujuan beristirahat, maka


hukumnya harus tetapi tidak mendapat ganjaran pahala. Namun, jika dia
berniat untuk beriktikaf, maka dia akan mendapat ganjaran pahala;

(b) Seseorang yang memerah anggur dengan niat membuat cuka, maka
hukumnya harus. Namun, jika dia berniat membuat arak, maka hukumnya
haram;

(c) Seseorang yang mandi bertujuan menyejukkan badan, maka hukumnya


harus. Namun, sekiranya mandi itu bertujuan ibadat, maka dia akan
mendapat pahala;

(d) Seseorang yang mengambil harta yang dijumpai (luqatah), sekiranya dia
mempunyai niat untuk memilikinya, maka dia mendapat dosa. Sebaliknya,
jika dia mengambil barang tersebut dengan niat untuk mencari dan
menyerahkannya kembali kepada pemiliknya, maka dia mendapat pahala;

(e) Sesiapa yang masuk tidur sedangkan dia berniat untuk bangun solat sunat
pada tengah malam, namun disebabkan terlalu mengantuk atau tidak
terjaga dan dia terjaga apabila sudah masuk waktu solat subuh, maka dia
akan mendapat pahala dan ditulis apa-apa yang diniatkan itu; dan

(f) Sekiranya tujuan pembedahan pemindahan organ dilakukan adalah


menyelamatkan nyawa, maka ia disyariatkan. Namun, sekiranya
pembedahan ini dilakukan bertujuan merosakkan badan si mati, ia
diharamkan sama sekali.

Hakikatnya, niat mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam kehidupan


umat Islam. Niat merupakan asas utama penerimaan amalan itu, sama ada
diterima atau ditolak oleh Allah SWT.

Sekiranya amalan itu dilakukan secara betul dari segi kaifiat, namun salah dari
segi niatnya, maka ia tidak diterima oleh Allah SWT. Begitu juga sekiranya sesuatu
amalan itu betul dari segi niatnya tetapi salah dari segi kaifiatnya, ia juga menjadi
sia-sia di sisi Allah SWT.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 3 KAEDAH ASAS 1: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN NIAT
َ َ ُُ
(‫ور ب ِ َمقاصِ دِها‬
ُ ‫)الم‬

Oleh itu, kita perlu memastikan amalan yang dilakukan menjadi amalan yang
terbaik dan diterima oleh Allah SWT. Bagaimanakah caranya? Caranya adalah
dengan memastikan niat itu ikhlas kerana Allah SWT.

Perlu diingat bahawa terdapat amalan berserta niat yang tidak diterima Allah
SWT iaitu:

(a) Niat yang baik untuk amalan yang jahat seperti mencuri untuk membantu
si miskin (sebenarnya matlamat tidak menghalalkan cara);

(b) Niat yang jahat untuk amalan yang baik seperti menderma untuk
mendapatkan perhatian orang ramai (riak); dan

(c) Niat yang jahat untuk amalan yang jahat seperti minum arak dengan niat
untuk mabuk dan berhibur (maksiat).

Sebagai umat Islam, kita sudah pasti perlu mengamalkan amalan berserta niat
yang diterima Allah SWT, iaitu niat yang baik terhadap amalan yang baik (ibadat).
Bolehkah anda berikan beberapa contoh? Rajah 3.2 menunjukkan contoh bagi
kaedah ini.

Rajah 3.2: Menderma dengan niat yang ikhlas untuk membantu anak yatim merupakan
contoh cara Kaedah Asas 1 dipraktikkan (niat yang baik terhadap amalan yang baik)
Sumber: http://masjid-annur.com

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KAEDAH ASAS 1: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN NIAT  43
َ َ ُ ُُ
(‫ور ب ِ َمقاصِ دِها‬ ‫)الم‬

SEMAK KENDIRI 3.1

1. Nyatakan maksud kaedah al-umur bi maqasidiha (setiap perkara


dinilai berdasarkan niat).

2. Apakah kepentingan kaedah ini?

3. Berikan dua contoh niat yang mendapat pahala dan niat yang tidak
diterima Allah SWT.

AKTIVITI 3.1

Dalam forum myINSPIRE, bincangkan aplikasi kaedah al-umur bi


maqasidiha dalam isu fiqh kontemporari di Malaysia.

3.3 SUMBER ASAL ATAU DALIL KAEDAH


ASAS 1
Apakah asal atau dalil kaedah ini? Asal atau dalil kaedah al-umur bi maqasidiha
adalah merujuk dalil al-Quran dan hadis. Antaranya adalah seperti yang
dinyatakan dalam Jadual 3.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 3 KAEDAH ASAS 1: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN NIAT
َ َ ُُ
(‫ور ب ِ َمقاصِ دِها‬
ُ ‫)الم‬

Jadual 3.1: Asas atau Dalil bagi Kaedah Asas 1

Sumber Asas atau Dalil

Al-Quran Ayat 5, surah al-Bayyinah:

َ ٓ َ َ ُ َ ّ َُ َ ۡ ُ َ َّ ْ ُ ُ ۡ َ َّ ْ ٓ ُ ُ ٓ َ َ
٥ ... ‫وما أمِروا إ ِ ِلعبدوا ٱ مل ِ ِصي ل ٱلِين حنفاء‬
Maksudnya:
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah
Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadanya, lagi tetap teguh di atas
tauhid...

Ayat 145, surah Ali-ÂImran:

ۡ ُ َ َ ٗ َّ َ ُّ ٗ ٰ َ َّ ۡ َّ َ ُ َ َ ۡ َ َ
‫َو َما كن لِ َف ٍس أن تموت إ ِ بِإِذ ِن ٱ ِ كِتبا مؤج ۗ ومن ي ِرد‬
ۡ ُۡ
١٤٥ ... ۚ ‫خ َرة ِ نؤتِهِۦ مِن َها‬ َ ‫اب ٱ ُّل ۡن َيا نُ ۡؤتِهِۦ م ِۡن َها َو َمن يُر ۡد ثَ َو‬
ِ ‫اب ٱ‬ َ ‫ثَ َو‬
ِ
Maksudnya:
Dan (setiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan
izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah
ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang
menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya daripada
balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami
berikan bahagiannya daripada balasan akhirat itu...

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KAEDAH ASAS 1: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN NIAT  45
َ َ ُ ُُ
(‫ور ب ِ َمقاصِ دِها‬ ‫)الم‬

Hadis Daripada Sayidina Umar al-Khattab r.a. meriwayatkan bahawa


Rasulullah SAW bersabda:

ْ‫ َف َم ْن َكنَت‬، ‫امرئ َما نَ َوى‬


ْ ‫ِك‬ ّ ُ َ َّ َّ ّ ُ َ ْ َ َ َّ
ٍ ِ ٍ ‫ نما ل‬، ‫ات‬ ِ ‫إِنما العمال بِال ِي‬
َ َّ َ ُ ْ َ َ َّ َ ُ ُ َ ْ
‫ َو َم ْن‬، ِ‫ول‬
ِ ‫َر ُس‬ ِ ‫ ف ِهج َرت ُه إ ِ ا‬، ِ‫ول‬
ِ ‫َر ُس‬ ِ ‫هِجرته إ ِ ا‬
َ ُ ُ َ ْ َ َ ُ َّ َ َ َ َ َ ْ َ َ ُ ُ َ ْ ُ َ ُ ُ َ ْ ْ َ َ
ِ ‫ ف ِهجرته إ‬، ‫ أوِ امرأ ٍة يتوجها‬، ‫كنت هِجرته إ ِ دنيا ي ِصيبها‬
َ َ َ َ
.ِ‫اج َر إِلْه‬‫ما ه‬
Maksudnya:
Sesungguhnya, setiap pekerjaan itu diambil kira berdasarkan niat dan
sesungguhnya, bagi setiap orang apa-apa yang diniatkannya. Sesiapa
yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kerana
Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin
diperolehnya, atau sesiapa yang berhijrah kerana wanita yang ingin
dikahwininya, maka hijrahnya itu berdasarkan apa-apa yang dia
hijrahkan.

(Riwayat al-Bukhari; Muslim)

Hadis daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Ibn Majah:

َ ُ َّ ُ َ ُ
‫اس َ نِ َّيـات ِ ِه ْم‬ ‫يبعث الـ‬
Maksudnya:
Manusia akan dibangkitkan berdasarkan niatnya.

(Riwayat Ibn Majah)

Hadis daripada Anas yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi:

ُ َ‫َ َع َمل َل َِم ْن َ ن َِّيــة َل‬


‫ـــه‬
Maksudnya:
Tidak dikira amalan sesiapa yang tidak berniat.

(Riwayat al-Baihaqi)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 3 KAEDAH ASAS 1: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN NIAT
َ َ ُُ
(‫ور ب ِ َمقاصِ دِها‬
ُ ‫)الم‬

Berdasarkan ayat al-Quran dan hadis dalam Jadual 3.1 tadi, dapat kita fahami
bahawa perkara yang menjadi ukuran kepada amalan seseorang adalah niat.
Ia merupakan pencetus dan pendorong kepada amalan seseorang. Berdasarkan
niat, setiap amalan dapat dinilai sama ada baik, terpuji, buruk atau tercela.
Berdasarkan niat juga, seseorang itu juga akan menerima hasil daripada
tindakannya bersesuaian dengan tujuannya.

AKTIVITI 3.2

Sabda Rasulullah SAW:

ُ‫ِج َرتُه‬ ْ َ‫ َف َم ْن َكن‬، ‫امرئ َما نَ َوى‬


ْ ‫ته‬ ْ ّ ُ َ َّ ، َّ ّ‫إ َّن َما الَ ْع َم ُال بال‬
ٍ ِ ‫ِك‬ٍ ‫ات نما ل‬ ِ ‫ِ ِي‬ ِ
َ َّ َ ُ ُ َ ْ َ َ َّ َ
ِ ‫َر ُس‬
...ِ‫ول‬ ِ ‫َر ُس‬
ِ ‫ ف ِهجرته إ ِ ا‬، ِ‫ول‬ ِ ‫إِ ا‬
Maksudnya:
Sesungguhnya, setiap pekerjaan itu diambil kira berdasarkan niat dan
sesungguhnya, bagi setiap orang apa-apa yang diniatkannya. Sesiapa
yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kerana
Allah dan Rasul-Nya...

Hadis ini menjelaskan kepentingan niat dalam Islam. Terangkan


mengapa niat sangat ditekankan dalam Islam dan berikan tiga
kepentingan niat dalam Islam. Kongsikan jawapan anda dalam forum
myINSPIRE untuk perbincangan dengan rakan sekursus.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KAEDAH ASAS 1: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN NIAT  47
َ َ ُ ُُ
(‫ور ب ِ َمقاصِ دِها‬ ‫)الم‬

3.4 CABANG ATAU PECAHAN KAEDAH


ASAS 1
Tahukah anda Kaedah Asas 1 (setiap perkara dinilai berdasarkan niat)
mempunyai beberapa lagi pecahan kaedah di bawahnya? Terdapat tiga pecahan
utama bagi kaedah ini seperti yang dinyatakan dalam Rajah 3.3.

Rajah 3.3: Tiga kaedah pecahan daripada Kaedah Asas 1


(setiap perkara dinilai berdasarkan niat)

Mari kita pelajari ketiga-tiga cabang kaedah ini dalam bahagian yang seterusnya.

3.4.1 Sesuatu Lafaz Berdasarkan Niat Orang yang


Melafazkannya (Maqasid al-Lafz ‘ala Niyyat
al-Lafizi atau ‫اﻟﻼ ِﻓ ِﻆ ﻧِﻴﱠﺔ‬
‫ﺎﺻ ُﺪ اﻟﻠﱠ ْﻔ ِﻆ َﻋﻠَﻰ ﱠ‬
ِ ‫)ﻣ َﻘ‬
َ
Pertamanya, apakah maksud kaedah ini?

Kaedah sesuatu lafaz berdasarkan niat orang yang melafazkannya


bermaksud sesuatu lafaz atau perkataan yang mempunyai pelbagai maksud
dari segi bahasa, syarak atau adat penggunaannya perlu ditentukan
realitinya oleh si penutur untuk mengelakkan kesamaran dan kekeliruan
dalam memahaminya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 3 KAEDAH ASAS 1: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN NIAT
َ َ ُُ
(‫ور ب ِ َمقاصِ دِها‬
ُ ‫)الم‬

Apakah contoh bagi kaedah ini? Contohnya, seorang suami yang mengulang-
ulang perkataan cerai kepada isterinya yang mengalami masalah pendengaran.
Apakah maksud perkataan cerai yang diulang-ulang oleh si suami? Adakah
pengulangan ini bermaksud menambah bilangan talak atau sekadar untuk
memastikan isterinya dapat mendengar dan memahami kehendak si suami untuk
mentalak isterinya? Oleh itu, talak tersebut perlu ditentukan oleh si penuturnya,
iaitu suami.

3.4.2 Niat dalam Sumpah Dapat Mengkhususkan


Lafaz Umum tetapi Tidak Mengumumkan
Lafaz Khusus (al-Niyyah fi al-Yamin Tukhasis
al-Lafz al-‘Am wa la Tu’ammim al-Khas atau
ِ ‫ﻆ اﻟْـﻌـَ ِﺎم َوﻻَ ﺗـَُﻌ ِّﻤ ُـﻢ اﻟـْ َﺨ‬
‫ـﺎص‬ ِّ ‫ـﲔ ﺗـُ َﺨ‬
ُ ‫ـﺼـﺺ اﻟـﱠﻠـ ْﻔـ‬ ِ ْ ‫)اَﻟﻨِّﻴـﱠﺔُ ﻓـِﻲ اﻟـْﻴَ ِﻤ‬
Apakah maksud kaedah ini?

Kaedah niat dalam sumpah dapat mengkhususkan lafaz umum tetapi tidak
mengumumkan lafaz khusus membawa maksud bahawa niat yang dilakukan
oleh seseorang dalam sumpah boleh mengkhususkan kepada lafaz yang
umum, namun tidak boleh mengumumkan lafaz yang khusus.

Apakah perbezaan antara sumpah yang mengkhususkan lafaz yang umum


dengan sumpah yang mengumumkan lafaz yang khusus? Mari kita lihat
contohnya dalam Jadual 3.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KAEDAH ASAS 1: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN NIAT  49
َ َ ُ ُُ
(‫ور ب ِ َمقاصِ دِها‬ ‫)الم‬

Jadual 3.2: Perbezaan antara Sumpah yang Mengkhususkan Lafaz


yang Umum dengan Sumpah yang Mengumumkan Lafaz yang Khusus

Jenis Sumpah Contoh Implikasi

Sumpah yang Seseorang bersumpah Sumpahnya hanya berlaku pada


mengkhususkan dengan berkata, „Demi Ahmad dan bukannya dengan
lafaz yang umum Allah, aku tidak akan semua orang.
bercakap dengan
seseorang‰ tetapi yang
dimaksudkan ialah orang
tertentu, iaitu Ahmad.

Sumpah yang Seseorang itu bersumpah Lafaz ini tidak dianggap sebagai
mengumumkan dengan berkata, „Demi sumpah jika dia makan sahaja tanpa
lafaz yang Allah, aku tidak akan minum kerana sumpahnya hanya
khusus minum air biar dahaga khusus kepada minum sahaja.
sekalipun.‰ Dalam sumpah ini, ia tidak boleh
mengumumkan lafaz yang khusus.

3.4.3 Amalan Fardu Tidak Terlaksana dengan Niat


Sunat (al-Fardhu la ya Ta’ada bi Niyyat al-Nafl
atau ‫ض ﻻَ ﻳَـﺘَﺄَدﱠى ﺑِﻨِﻴﱠ ِﺔ اﻟﻨﱠـ ْﻔﻞ‬
ُ ‫)اَﻟْ َﻔ ْﺮ‬
Akhirnya, apakah yang dimaksudkan dengan kaedah amalan fardu tidak
terlaksana dengan niat sunat?

Kaedah amalan fardu tidak terlaksana dengan niat sunat bermaksud amalan
fardu tidak sah dengan niat sunat.

Dengan kata lain, amalan fardu akan diterima dengan niat fardunya dan ia tidak
boleh ditukar atau digantikan dengan niat amalan sunat, melainkan dalam
beberapa perkara yang telah dibincangkan oleh ulama.

Antara contoh bagi situasi ini adalah apabila seseorang yang berniat haji dan
umrah dengan niat amalan sunat, namun hakikatnya, dia masih mempunyai
tanggungjawab wajib, maka apa-apa yang dia niatkan itu secara langsung
bertukar menjadi fardu tanpa perselisihan pendapat ulama. Contoh tersebut

َّ َ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ
adalah berdasarkan kaedah pengecualian yang menyebut bahawa amalan fardu
ْ َّ َّ
terlaksana dengan niat sunat atau ‫يتأدى بِنِيةِ الفل‬ ‫الفرض‬.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
50  TOPIK 3 KAEDAH ASAS 1: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN NIAT
َ َ ُُ
(‫ور ب ِ َمقاصِ دِها‬
ُ ‫)الم‬

SEMAK KENDIRI 3.2

1. Kemukakan maksud tiga kaedah pecahan yang bernaung di bawah


kaedah al-umur bi maqasidiha.

2. Berikan satu contoh yang relevan bagi setiap satu pecahan kaedah
al-umur bi maqasidiha.

AKTIVITI 3.3

Bincangkan dalam forum myINSPIRE aplikasi tiga kaedah pecahan


al-umur bi maqasidiha di Malaysia dengan memberikan contoh yang
sesuai untuk menyokong jawapan anda.

3.5 KONSEP NIAT MENURUT PERSPEKTIF


ISLAM
Sekarang, mari kita beralih pada niat menurut perspektif Islam. Dalam subtopik
ini, anda akan mempelajari tentang pengertian niat, hukum niat dalam ibadat,
tempat niat, status niat dan fungsi pensyariatan niat. Mari kita teruskan.

3.5.1 Pengertian Niat


Apakah yang dimaksudkan dengan niat? Niat dari sudut etimologi adalah
„maksud dan keinginan hati untuk melakukan sesuatu.‰

Dari sudut terminologi syarak pula, maksud niat adalah berazam (bertekad)
untuk melaksanakan ibadat semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah
SWT.

Terdapat juga takrifan lain yang menghuraikan niat sebagai:

(a) Keinginan hati untuk menjalankan ibadat baik yang wajib atau yang sunah;
dan

(b) Keinginan terhadap sesuatu ketika itu atau untuk waktu yang akan datang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KAEDAH ASAS 1: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN NIAT  51
َ َ ُ ُُ
(‫ور ب ِ َمقاصِ دِها‬ ‫)الم‬

3.5.2 Hukum Niat dalam Ibadat


Apakah hukum niat dalam ibadat? Hukum niat dalam setiap ibadat adalah wajib.
Hal ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Bayyinah, ayat 5:

َ ّ ُ َ َ ۡ ُ َ َّ ْ ُ ُ ۡ َ َّ ْ ٓ ُ ُ ٓ َ َ
٥ ...‫وما أمِروا إ ِ ِلعبدوا ٱ مل ِِصي ل ٱلِين‬
Maksudnya:
Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan ikhlas
mentaati-Nya...

ُۡ
Makna ikhlas pada ayat (‫ِصي‬
ِ ‫ )مل‬tadi menunjukkan kepentingan niat dalam
sesuatu ibadat yang dilakukan kerana segalanya akan dinilai berdasarkan niat dan
tujuannya.

Sabda Rasulullah SAW:

َ َ َ ْ ّ ُ َ َّ َّ ّ ُ َ ْ َ َ َّ
‫ئ ما نوى‬
ٍ ‫ِك ام ِر‬ ِ ‫إِنما العمال بِال ِي‬
ٍ ‫ نما ل‬، ‫ات‬
Maksudnya:
Setiap amalan (harus) dengan niat dan setiap orang mendapatkan (ganjaran)
sesuai dengan niatnya.

(Riwayat al-Bukhari; Muslim)

3.5.3 Tempat Niat


Tahukah anda di manakah tempat untuk kita berniat? Tempat niat adalah dalam
hati. Jika seseorang berniat untuk wuduk dalam hati, kemudian dia berwuduk,
maka sah wuduknya walaupun dia tidak melafazkan niat tersebut.

Niat tidak harus diucapkan secara lisan tetapi memadai dilafazkan dalam hati.
Namun, jika seseorang berniat dalam hati dan mengucapkannya dengan lisan,
maka itu adalah lebih sempurna. Hal ini demikian kerana niat adalah keikhlasan,
maka tempatnya adalah dalam hati. Mari kita lihat Jadual 3.3 yang memaparkan
pendapat fuqaha tentang lafaz niat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 3 KAEDAH ASAS 1: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN NIAT
َ َ ُُ
(‫ور ب ِ َمقاصِ دِها‬
ُ ‫)الم‬

Jadual 3.3: Pendapat Fuqaha tentang Lafaz Niat

Mazhab Pendapat tentang Lafaz Niat

Hanafi Sebahagian mengatakan sunat, manakala sebahagian yang lain


mengatakannya makruh.

Maliki Boleh tetapi lebih utama ditinggalkan. Bahkan, sebahagian pengikutnya


yang lain menganggap bidaah kecuali bagi orang yang meragukan, maka
boleh melafazkan niat untuk menghilangkan keraguan.

Syafii Sunat melafazkannya.

Hambali Bagi orang yang tidak mampu menghadirkan niat dalam hati atau ragu-
ragu dalam niatnya, maka memadai baginya niat pada lisan.

3.5.4 Status Niat


Bagaimanakah pula dengan status niat? Para fuqaha berbeza pendapat dalam
menentukan status niat dalam ibadat sama ada ia merupakan syarat atau rukun.
Sebahagian ulama berpendapat bahawa niat itu rukun ibadat. Sebahagian yang
lain pula berpendapat bahawa niat itu syarat ibadat.

Namun, mereka bersepakat mengatakan bahawa ibadat itu tidak sah jika tanpa
niat. Misalnya, seseorang yang berwuduk tanpa niat, maka wuduknya adalah
batal.

3.5.5 Fungsi Pensyariatan Niat


Tahukah anda kenapa niat disyariatkan? Terdapat beberapa fungsi pensyariatan
niat. Antara fungsi utama pensyariatan niat adalah seperti yang diterangkan
dalam Jadual 3.4.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KAEDAH ASAS 1: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN NIAT  53
َ َ ُ ُُ
(‫ور ب ِ َمقاصِ دِها‬ ‫)الم‬

Jadual 3.4: Fungsi Pensyariatan Niat

Fungsi Contoh

Membezakan antara  Menahan diri daripada makan. Ada orang melakukannya


ibadat dengan adat kerana berpuasa dan ada orang melakukannya untuk
kebiasaan menguruskan badan.

 Mengeluarkan harta sama ada sebagai sedekah atau rutin


harian biasa.

Membezakan status  Sama ada niat solat fardu atau niat solat sunat.
ibadat sama ada
fardu atau wajib,  Dalam berwuduk, mandi, solat dan puasa, ada kalanya
sunat, qada atau ditunaikan dalam rangka menunaikan kewajiban (fardu)
tunai atau sunat, sebagaimana tayamum; ada kalanya pula
ditunaikan untuk membersihkan diri daripada hadas atau
jinabah. Oleh itu, niat dalam hal ini dapat menentukan
status antara satu ibadat dengan ibadat yang lain.

Menentukan sah  Solat fardu tetapi niat solat sunat.


atau tidak perbuatan
ibadat tertentu

Sebagai rumusan, kita dapat simpulkan bahawa niat disyariatkan untuk


membezakan status atau kedudukan antara satu ibadat dengan ibadat yang lain.

SEMAK KENDIRI 3.3

1. Nyatakan pengertian niat dari sudut etimologi dan terminologi.

2. Terangkan dengan jelas fungsi pensyariatan niat.

AKTIVITI 3.4

Terdapat pro dan kontra ulama dalam menentukan status niat dalam
ibadat. Apakah ia merupakan syarat atau rukun? Bincangkan persoalan
ini dalam forum myINSPIRE dan berikan pendapat anda mengenainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 3 KAEDAH ASAS 1: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN NIAT
َ َ ُُ
(‫ور ب ِ َمقاصِ دِها‬
ُ ‫)الم‬

3.6 PANDANGAN ULAMA BERKAITAN


KAEDAH ASAS 1
Akhirnya, mari kita pelajari mengenai pandangan ulama terhadap Kaedah
Asas 1. Menurut Syeikh ÂUmar Ibn Saleh, kaedah ini dianggap sebagai kaedah
yang paling asas dan penting antara kaedah fiqh yang lain. Hal ini demikian
kerana menurutnya, kaedah ini boleh diaplikasikan ke dalam pelbagai isu dan
masalah seperti ibadat, muamalat dan munakahat (Ibn Salih, 2004).

Syeikh Muhammad ÂAzzam ÂAbdul ÂAziz pula menyatakan bahawa kaedah ini
menjelaskan kepentingan niat dalam melakukan sesuatu perkara. Niat itu bukan
terletak pada ucapan tetapi terletak pada hati sanubari. Tegasnya, niat memainkan
peranan yang cukup penting dalam menentukan sesuatu perkara (Muhammad
ÂAzzam ÂAbdul ÂAziz, 2004).

Kesimpulannya, kaedah setiap perkara dinilai berdasarkan niat merupakan salah


satu kaedah fiqhiyyah yang boleh digunakan oleh ahli ulama pada hari ini dalam
menyelesaikan pelbagai masalah umat yang tidak terdapat dalam nas al-Quran
dan hadis sama ada menggunakan kaedah ijtihad, qiyas dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, ulama pada hari ini perlu bijak menggunakan fikiran
mereka dalam mengeluarkan hukum, yang mana hukum yang dikeluarkan
mestilah bersumberkan al-Quran, hadis, qiyas dan ijmak ulama. Hal ini demikian
kerana setiap masalah yang berlaku adalah berbeza mengikut peredaran zaman.
Selain itu, hukum yang dikeluarkan juga perlulah bersesuaian dan bertepatan
dengan keadaan pada zaman tersebut.

Dapat disimpulkan juga bahawa setiap perbuatan mukalaf itu akan dikira
berdasarkan niatnya. Jika niatnya ke arah kebaikan, maka dia akan mendapat
pahala.

Namun, jika sebaliknya, dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah SWT.
Selain itu, niat juga merupakan salah satu alat pengukur bagi perbuatan mukalaf
sama ada dari segi ibadat, muamalat, munakahat mahupun jenayah. Akhir kata,
sesuatu amal ibadat itu akan sempurna jika sesuatu perbuatan itu disertakan
dengan niat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KAEDAH ASAS 1: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN NIAT  55
َ َ ُ ُُ
(‫ور ب ِ َمقاصِ دِها‬ ‫)الم‬

SEMAK KENDIRI 3.4

Kemukakan dua pandangan sarjana Islam berkaitan dengan kaedah


setiap perkara dinilai berdasarkan niat.

AKTIVITI 3.5

Sejauh manakah kaedah setiap perkara dinilai berdasarkan niat boleh


diaplikasikan dalam isu fiqh semasa pada hari ini? Berikan pandangan
anda mengenai persoalan ini dan bincangkannya dalam forum
myINSPIRE.

 Kaedah Asas 1 (setiap perkara dinilai berdasarkan niat) merupakan salah satu
antara kaedah asas dan utama yang digunakan oleh para fuqaha dan ulama
dalam perundangan Islam.

 Kaedah Asas 1 ini membawa pengertian bahawa setiap perkara yang


dilakukan oleh mukalaf itu bergantung pada niat atau tujuannya.

Ć Antara contoh yang terbentuk daripada kaedah ini ialah:

‒ Seseorang yang memerah anggur dengan niat membuat cuka, harus


hukumnya. Jika dia berniat membuat arak, maka haram hukumnya.

‒ Seseorang yang mandi bertujuan menyejukkan badan, harus hukumnya.


Namun, sekiranya mandi itu bertujuan untuk ibadat, maka dia akan
mendapat pahala.

Ć Kaedah ini juga merupakan salah satu daripada al-qawaÊid al-khams al-kubra
atau al-qawaÊid al-asasiyyah.

Ć Kaedah setiap perkara dinilai berdasarkan niat adalah bersumberkan dalil


al-Quran dan sunah. Terdapat banyak dalil yang berkaitan dengan kaedah ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 3 KAEDAH ASAS 1: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN NIAT
َ َ ُُ
(‫ور ب ِ َمقاصِ دِها‬
ُ ‫)الم‬

Ć Antara tiga pecahan atau cabang yang terbentuk daripada kaedah setiap
perkara dinilai berdasarkan niat ialah:

 Lafaz berdasarkan niat orang yang melafazkannya;

 Niat dalam sumpah dapat mengkhususkan lafaz umum tetapi tidak


mengumumkan lafaz khusus; dan

 Amalan fardu tidak terlaksana dengan niat sunat.

Ć Kaedah setiap perkara dinilai berdasarkan niat adalah berkait rapat dengan
konsep niat.

 Niat dari sudut etimologi bererti maksud dan keinginan hati untuk melakukan
sesuatu. Dari sudut syarak, ia membawa maksud keinginan hati untuk
menjalankan ibadat baik yang wajib atau sunat dan keinginan akan sesuatu
ketika itu atau untuk waktu yang akan datang.

 Hukum niat dalam setiap ibadat adalah wajib dan tempat untuk berniat adalah
dalam hati. Ia disyariatkan untuk membezakan status atau kedudukan antara
satu ibadat dengan ibadat yang lain.

Ć Menurut Syeikh ÂUmar Ibn Saleh, kaedah ini dianggap sebagai kaedah yang
paling asas dan penting antara kaedah fiqh yang lain. Kaedah ini menurutnya,
boleh diaplikasikan ke dalam pelbagai isu dan masalah seperti ibadat,
muamalat dan munakahat.

 Sementara itu, Syeikh Muhammad ÂAzzam ÂAbdul ÂAziz menyatakan bahawa


kaedah ini menjelaskan kepentingan niat dalam melakukan sesuatu perkara.

Ć Kesimpulannya, kaedah setiap perkara dinilai berdasarkan niat merupakan


salah satu kaedah fiqhiyyah yang boleh digunakan oleh ahli ulama pada hari
ini dalam menyelesaikan pelbagai masalah umat yang tidak terdapat dalam
nas al-Quran dan hadis.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KAEDAH ASAS 1: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN NIAT  57
َ َ ُ ُُ
(‫ور ب ِ َمقاصِ دِها‬ ‫)الم‬

Al-fardhu la ya taÊada bi Hadis Nabi Muhammad SAW


niyyat al-nafl
Ittifak (permuafakatan)
Al-niyyah fi al-yamin tukhasis
al-lafz al-Âam wa la tuÊammim Maqasid al-lafz Âala niyyat al-lafazi
al-khas Masyakah (kesukaran)
Al-qawaÊid al-asasiyyah Niat
Al-qawaÊid al-khams al-kubra Setiap perkara dinilai berdasarkan
Al-Quran niat

Ab Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Perbahasan kaedah-kaedah fiqh. Kuala
Lumpur, Malaysia: Pustaka Salam.

Al-Nadwi, ÂAli Ahmad. (2000). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik, Syria: Dar


al-Qalam.

Al-Suyuti, Jalal al-Din ÂAbd al-Rahman. (1378). Al-asybah wa al-nazaÊir fi qawaÊid


wa furuÊ fiqh al-syafiÊiyyah. Beirut, Lubnan: Dar al-Fikr.

Al-ZarqaÊ, Ahmad Muhammad. (2007). Syarh al-qwaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik,


Syria: Dar al-Qalam.

Ibn Salih ÂUmar. (2004). Al-madkhal ila dirasat al-fiqh al-Islam. Sharjah, Emiriah
Arab Bersatu: Markaz al-Bihus wa al-Dirasat.

Muhammad ÂAzzam ÂAbd al-ÂAziz. (2004). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah: Dirasat


Âamaliyyah tahliliyyah muqaranah. Kaherah, Mesir: Universiti al-Azhar.

Muhammad Soleh Ahmad. (2002). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Kuala Lumpur,


Malaysia: Pustaka Abdul Majid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kaedah Asas 2:
Keyakinan
4 Tidak Hilang
dengan
Keraguan
ُ َ ُ َ ُ ْ َْ
‫)ال ِقـي يـزال‬
ّ َّ
(‫ـك‬ِ ‫بِالش‬
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan maksud Kaedah Asas 2 (keyakinan tidak hilang
dengan keraguan atau al-yaqin la yuzal bi al-syak) berserta
contohnya;
2. Mengenal pasti keadaan yang mengecualikan Kaedah Asas 2 dan
sumber asal kaedah ini;
3. Membezakan lima istilah yang berkait dengan Kaedah Asas 2;
4. Mengenal pasti tujuh pecahan daripada Kaedah Asas 2;
5. Menghuraikan peranan dan implikasi Kaedah Asas 2 dalam
perundangan Islam; dan
6. Membincangkan pandangan ulama berkaitan dengan Kaedah
Asas 2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN  59
ّ َّ ُ َ ُ َ ُ ْ َْ
(‫ـك‬
ِ ‫ـزال بِالش‬ ‫)القِـي ي‬

 PENGENALAN
Kita akan menyambung pembelajaran kita tentang kaedah seterusnya dalam
qawaÊid fiqhiyyah, iaitu Kaedah Asas 2: Keyakinan tidak hilang dengan keraguan.
Kaedah ini merupakan salah satu antara kaedah asas dan utama. Ia digunakan
oleh para fuqaha dalam perundangan Islam dan merupakan salah satu daripada
al-qawaÊid al-khams al-kubra.

Dalam topik keempat ini, kita akan sama-sama membincangkan pengertian dan
huraian Kaedah Asas 2 berserta beberapa contoh keadaan bagi aplikasi dan
pengecualian kaedah ini.

Seterusnya, sumber asal atau dalil kaedah ini akan diterangkan, diikuti dengan
huraian lima istilah berkaitan dengannya. Kemudian, beberapa pecahan di bawah
kaedah asas ini akan diterangkan, diikuti dengan huraian peranan dan implikasi
kaedah asas ini dalam perundangan Islam.

Akhirnya, topik ini mengupas beberapa pandangan para sarjana Islam berkaitan
kepentingan Kaedah Asas 2 ini dalam perundangan Islam. Mari kita teruskan!

4.1 PENGERTIAN KAEDAH ASAS 2


Pertamanya, apakah yang dimaksudkan dengan kaedah ini?

Kaedah keyakinan tidak hilang dengan keraguan bermaksud sesuatu perkara


yang sudah diyakini berlaku, apabila timbul sebarang keraguan selepas itu,
tidak akan menjejaskan keyakinan yang ada.

Dengan kata lain, apabila telah yakin sesuatu perkara kemudian dengan tiba-tiba
timbul syak tentang wujudnya sesuatu yang menghilangkannya, maka perkara
yang telah diyakini itulah yang diambil kira sehingga wujud sabit yang benar-
benar ada sebab yang menghilangkannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN
ّ َّ ُ َ ُ َ ُ ْ َْ
(‫ـك‬
ِ ‫ـزال بِالش‬ ‫)القِـي ي‬

Oleh itu, keyakinan yang asal tidak boleh ditinggalkan hanya disebabkan oleh
keraguan atau syak. Hal ini berdasarkan lafaz kaedah lain yang menyokongnya,
iaitu:

ْ َ َّ ُ َ ْ َ َ َ ْ َ ْ َ ّ ُ َ ُ َّ ّ َ
‫ي‬
ٍ ِ‫ي ف تبأ إ ِ بِيق‬ ٍ ِ‫الِمة إِذا ع ِمرت بِيق‬
Maksudnya:
Tanggungjawab apabila dibina atas keyakinan, ia tidak terlepas kecuali dengan
yakin.

Kaedah ini menjelaskan bahawa hukum yang berlandaskan keyakinan tidak akan
terjejas dengan adanya keraguan. Hal ini demikian kerana keraguan tidak akan
menjejaskan status hukum yang telah ada sebelumnya, melainkan terdapat
pembuktian dalil yang jelas membatalkan hukum tersebut.

4.2 CONTOH APLIKASI KAEDAH ASAS 2


Bolehkah anda berikan beberapa contoh bagi Kaedah Asas 2? Antara contoh bagi
penggunaan kaedah ini adalah seperti yang berikut:

(a) Aliya meyakini bahawa dia telah berwuduk tetapi setelah itu dia meragui
wuduknya sama ada sudah batal atau belum. Berdasarkan kaedah ini,
hukumnya masih dalam berwuduk kerana dia yakin pada peringkat
awalnya dan keraguan yang datang setelah itu tidak memberi apa-apa kesan
pada status hukum tersebut;

(b) Muaz berhutang dengan Salman. Kemudian, Muaz mengatakan bahawa dia
telah membayar hutang tersebut, namun Salman tidak mengakuinya. Dalam
isu ini, Muaz tetap dikatakan masih berhutang sehinggalah dia benar-benar
mampu membuktikan bahawa dirinya telah membayar hutang kepada
Salman;

(c) Nabila syak dengan solat asarnya sama ada dia telah solat tiga rakaat atau
empat rakaat. Maka, yang diambil kira bilangan rakaat solatnya itu adalah
tiga rakaat kerana tiga itu adalah yakin, sedangkan empat itu adalah syak;
dan

(d) Yusof ingin menggunakan komputer rakannya Muhammad tetapi dia


meragui sama ada Muhammad mengizinkannya atau tidak. Maka, ketika itu
status hukum adalah haram menggunakannya. Namun, sekiranya dia
menyangka Muhammad mengizinkannya, hukumnya adalah harus baginya
menggunakan komputer tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN  61
ّ َّ ُ َ ُ َ ُ ْ َْ
(‫ـك‬
ِ ‫ـزال بِالش‬ ‫)القِـي ي‬

Sebagai kesimpulan, keyakinan mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dan


teratas antara tanggapan akal. Malah, keyakinan diterima sebagai dasar dalam
hukum fiqh. Hal ini berdasarkan kaedah sebagaimana yang dijelaskan oleh
al-Hariri (1994) dalam kitabnya Al-Madkhal Âila al-QawaÊid al-Fiqhiyyah
al-Kulliyyah, iaitu:

‫شك فيه‬ ‫تب إ بيقي‬ ‫الحكم‬


Maksudnya:
Sesuatu hukum itu tidak diwajibkan melainkan dengan yakin yang tiada syak
padanya.

Seperti yang telah dinyatakan tadi, keyakinan tidak mungkin boleh dilupuskan
dengan perkara yang lebih lemah daripadanya, iaitu syak. Namun, yakin hanya
boleh dilupuskan dengan perkara yang sama taraf dengannya atau yang lebih
kuat daripadanya.

4.3 PENGECUALIAN KAEDAH ASAS 2


Tahukah anda terdapat pengecualian bagi Kaedah Asas 2? Antara hukum furuk
yang terkecuali daripada Kaedah Asas 2 ini adalah:

(a) Perempuan istihadah yang tidak dapat membezakan antara darah istihadah
dengan darah haid. Wajib bagi dirinya untuk mandi selepas hari ke-15 dan
memastikan dirinya bersih setiap kali hendak menunaikan solat;

(b) Seseorang yang terkena najis pada badan atau pakaiannya, namun dia tidak
pasti di bahagian mana. Oleh itu, dia hendaklah membasuh seluruh pakaian
atau mandi seluruh badannya;

(c) Seekor kucing kencing dalam air yang mencapai dua kolah. Selepas itu,
seseorang mendapati air tersebut berubah tetapi dia tidak pasti sama ada
perubahan tersebut disebabkan oleh najis kencing kucing tersebut atau
benda lain. Dalam situasi ini, air itu dikira najis;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN
ّ َّ ُ َ ُ َ ُ ْ َْ
(‫ـك‬
ِ ‫ـزال بِالش‬ ‫)القِـي ي‬

(d) Individu yang telah bertayamum untuk menunaikan solat setelah dia yakin
tiada sumber air. Kemudian, dia terlihat sesuatu yang pada pandangannya
nampak seperti air tetapi dia tidak pasti apakah yang dilihatnya itu air
ataupun hanya sekadar fatamorgana. Maka, tayamumnya batal (walaupun
yang dilihat itu sebenarnya fatamorgana); dan

(e) Seorang pemburu melepaskan tombak yang mengenai sasaran binatang


buruan tetapi binatang tersebut melarikan diri ke kawasan yang curam.
Kemudian, pemburu itu menemui binatang buruan tadi mati dan dia berasa
syak sama ada binatang tersebut mati kerana tombaknya atau terjatuh dari
atas bukit. Maka, binatang tersebut tidak halal dimakan.

SEMAK KENDIRI 4.1

1. Nyatakan maksud kaedah keyakinan tidak hilang dengan


keraguan.

2. Berikan tiga contoh bagi kaedah ini.

3. Nyatakan tiga contoh pengecualian hukum furuk daripada kaedah


keyakinan tidak hilang dengan keraguan.

AKTIVITI 4.1

Bincangkan dalam forum myINSPIRE mengenai contoh semasa yang


berkaitan dengan kaedah keyakinan tidak hilang dengan keraguan,
khususnya dalam ibadat harian anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN  63
ّ َّ ُ َ ُ َ ُ ْ َْ
(‫ـك‬
ِ ‫ـزال بِالش‬ ‫)القِـي ي‬

4.4 SUMBER ASAL ATAU DALIL KAEDAH


ASAS 2
Apakah sumber asal atau dalil bagi Kaedah Asas 2? Kaedah ini merujuk dalil
daripada al-Quran, hadis dan akal. Beberapa dalil bagi kaedah ini diterangkan
dalam Jadual 4.1.

Jadual 4.1: Sumber Asal atau Dalil bagi Kaedah Asas 2

Sumber Dalil

Al-Quran Firman Allah SWT dalam surah Yunus, ayat 36:

َّ ً ۡ َ ّ َ ۡ َ ۡ َ َّ َّ َ َّ ُ ُ َ ۡ َ ُ َّ َ َ َ
‫ئا ۚ إِن‬ ‫ثه ۡم إ ِ ظ ًّنا ۚ إِن ٱلظ َّن ُيغ ِن مِن ٱل ِق ش‬‫وما يتبِع أك‬
َ ُ ۡ ُ ِ ‫ٱ َّ َ َعل‬
٣٦ ‫يم ۢ ب ِ َما َيف َعلون‬
Maksudnya:
Dan kebanyakan mereka tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan
sahaja, (padahal) sesungguhnya, sangkaan itu tidak dapat memenuhi
kehendak menentukan sesuatu daripada kebenaran (iktikad).
Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui akan apa-apa yang mereka
lakukan.

Hadis Nabi Sabda Rasulullah SAW:


َ ََ ْ ََ ً ْ َ ْ َ ْ ُ ُ َ َ َ َ َ َ
ْ َ ‫ك َعلَيْهِ أ َخ َر َج مِنْ ُه‬
Muhammad
SAW ٌ‫شء‬ ‫إِذا وجد أحدكم ِف بطنِهِ شيئا فأش‬
ً‫أَ ْم َ فَ َ َيْ ُر َج َّن م َِن ال ْ َم ْسج ِد َح َّت ي َ ْس َم َع َص ْوتًا أ ْو َي َد ريحا‬
َ
ِ ِ ِ
Maksudnya:
Apabila seseorang daripada kamu merasakan sesuatu di dalam
perutnya, kemudian timbul keraguan, apakah telah keluar sesuatu
daripadanya atau tidak, maka, jangan keluar dari masjid (dengan
membatalkan solatnya), sehinggalah dia mendengar bunyinya atau
mencium baunya.

(Riwayat Muslim; al-Tirmizi)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN
ّ َّ ُ َ ُ َ ُ ْ َْ
(‫ـك‬
ِ ‫ـزال بِالش‬ ‫)القِـي ي‬

Sabda Rasulullah SAW:

ً‫ك ْم َص َّل ثَ َ ثًا أَ ْم أَ ْر َبعا‬


َ ََ
‫تِهِ فل ْم يَ ْد ِر‬
َ َ ْ ُ ُ َ َ َّ َ َ
‫إِذا شك أحدكم ِف ص‬
َ َ ْ َ َ ْ َ ُ ُ ْ َ َّ ُ َ َ ْ َ ْ َ َ َ ْ َ ْ َ َّ َّ َ ‫فَلْ َي ْط‬
‫ي قبْل‬ ِ ‫ما استيقن ثم يسجد سجدت‬ ‫ب‬
ِ ‫ل‬ ‫و‬ ‫ك‬‫الش‬ ‫ح‬ ِ ‫ر‬
َ ّ َُ َْ
... ‫أن يسلِم‬
Maksudnya:
Apabila seseorang kamu ragu-ragu ketika solatnya, dia tidak ingat
berapa rakaatkah yang sudah dilakukannya, tiga atau empat, maka,
hendaklah dia membuang keraguan dan tetapkanlah dengan apa yang
dia yakini, dengan mengira tiga rakaat sahaja. Kemudian, dia
dikehendaki sujud dua kali sebelum salam...

(Riwayat Muslim; al-Tirmizi)

Dalil aqli Berdasarkan logik, maka jelas sekali rasionalnya yakin itu lebih kuat
(akal) daripada syak kerana pada keyakinan itu ada unsur kepastian. Maka,
dengan keyakinan yang pasti, kuat, kukuh dan mantap, tidak akan
hilang dan terjejas dengan syak yang lemah.

Berdasarkan ayat al-Quran, hadis dan dalil aqli dalam Jadual 4.1, kita
menyimpulkan bahawa pada prinsipnya, yakin tidak akan diketepikan
hukumnya dengan semata-mata syak. Hal ini demikian kerana pada yakin itu
wujudnya hukum qatÊi.

4.5 PERBEZAAN ANTARA YAKIN, GHALABAH


AL-ZAN, ZAN, SYAK DAN WAHM
Tahukah anda dalam Kaedah Asas 2, terdapat lima istilah yang berkait rapat
dengannya? Lima istilah ini adalah berdasarkan kesepakatan para ulama seperti
yang dinyatakan oleh al-Nadwi (2000). Menurutnya, mengikut majoriti ulama,
terdapat lima tingkat tanggapan akal seperti yang dipaparkan dalam Rajah 4.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN  65
ّ َّ ُ َ ُ َ ُ ْ َْ
(‫ـك‬
ِ ‫ـزال بِالش‬ ‫)القِـي ي‬

Rajah 4.1: Lima istilah yang berkaitan dengan Kaedah Asas 2

Untuk makluman anda, yakin, ghalabah al-zan dan zan dianggap tingkat paling
teratas kerana tiga istilah ini mampu memberi impak pada hukum. Sebaliknya,
syak dan wahm terletak dalam tingkat terbawah kerana impak yang lemah
terhadap hukum. Penjelasan lanjut mengenai kelima-lima istilah ini mengikut
keutamaan adalah seperti yang dihuraikan dalam Jadual 4.2.

Jadual 4.2: Huraian Lanjut Yakin, Ghalabah al-Zan, Zan, Syak dan Wahm

Tanggapan
Huraian
Akal

Yakin  Yang berikut ialah maksud yakin mengikut pandangan beberapa


َ
(‫)القِي‬
ulama:

 Al-Jawhari: Suatu ilmu dan lenyapnya syak.

 Ibn Mansur: Ilmu dan membuang syak serta hakikat sesuatu


perkara.

 Abu al-BaqaÊ: Pegangan yang kukuh, mantap dan tetap serta


menepati kenyataan.

 Al-Raghib al-Asfahani: Tetapnya atau diamnya sesuatu


kefahaman berserta tetapnya hukum. Yakin merupakan sifat
yang lebih tinggi daripada makrifat; buktinya dikatakan ilmu
al-yaqin dan bukannya makrifat al-yaqin.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN
ّ َّ ُ َ ُ َ ُ ْ َْ
(‫ـك‬
ِ ‫ـزال بِالش‬ ‫)القِـي ي‬

 Al-Suyuti: Beliau berpendapat bahawa yakin merupakan sesuatu


yang tetap dan pasti, dapat dibuktikan melalui penelitian dan
pembuktian yang kukuh dan berupaya mendukungnya
(al-Suyuti, 1378).

 Ibn Nujaym: Dalam karyanya Al-Asybah wa al-NazaÊir fi QawaÊid


wa FuruÊ Fiqh al-SyafiÊiyyah, beliau berpendapat bahawa yakin
adalah sesuatu yang pasti dengan berdasarkan kajian dan bukti
(‫( )القي هو ما كن ثابتا بالظر واللل‬Ibn Nujaym, 1998).

 Kesimpulannya, yakin ialah sesuatu yang pasti berdasarkan kajian


dan bukti, iaitu sesuatu yang menjadi tetap melalui penglihatan atau
dengan adanya dalil. Maknanya, kepercayaan adalah 100 peratus
tanpa sedikit pun syak.

Ghalabah  Menurut sebahagian ulama, ghalabah al-zan bermaksud penjelasan


al-zan
ُ ََ
dan ibarat tentang ketenangan zan.
َّ
(‫الظن‬ ‫)غل َبة‬  Sebahagian ulama yang lain pula berpendapat maksudnya adalah
berada pada tingkat yang sama dengan yakin.

 Oleh itu, harus diasaskan hukum fiqh berdasarkan ghalabah al-zan


ketika tidak ada yakin dan selagi ia berasaskan penelitian dan bukti.

Zan  Al-Hamawiy dalam karyanya Syarh al-Asybah mengatakan zan


َّ
(‫)الظن‬
sebagai seseorang yang berada dalam situasi antara dua perkara
yang dia mampu membuat keputusan dan dapat mentarjihkan salah
satu antara kedua-duanya.

 Dalam konteks lain, zan membawa maksud berat sangkaan atau


sangkaan yang lebih hampir kepada kebenaran, namun tidak
mencapai tahap keyakinan. Keraguan yang berada pada taraf
al-zan ini diterima dan mampu membentuk hukum fiqh.

 Maksud lain zan ialah berat sangka atau sangkaan yang lebih hampir
kepada kebenaran, namun tidak mencapai tahap yakin dan ghalabah
al-zan.

 Harus dibina hukum dan diterima. Maksudnya kepercayaannya


adalah antara 51 peratus dengan 99 peratus.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN  67
ّ َّ ُ َ ُ َ ُ ْ َْ
(‫ـك‬
ِ ‫ـزال بِالش‬ ‫)القِـي ي‬

Syak  Maksud syak ialah keraguan yang sama kuat atau sama banyak
ّ
(‫)الشك‬
terhadap sesuatu perkara atau dimaksudkan sesuatu yang setara antara
dua perkara yang tidak dapat ditentukan.

 Keraguan tidak dapat ditarjihkan; tidak dapat ditentukan mana satu


yang lebih kuat.

 Tidak diterima dalam hukum fiqh.

 Kepercayaan adalah 50 peratus antara percaya dan 50 peratus tidak


percaya; sama banyak.

 Menurut al-Nadwi (2000) dalam karyanya Al-QawaÊid al-Fiqhiyyah,


ُ ْ َْ
Wahm
(‫)الوهم‬
wahm bermaksud keraguan yang dialami oleh seseorang yang antara
kedua-duanya lebih mirip atau cenderung pada yang lemah atau tidak
kukuh.

 Suatu bayangan atau lintasan pada hati diri seseorang yang dikira
sebagai sangkaan meleset atau salah.

 Tidak diterima dalam hukum fiqh.

 Kepercayaan adalah 49 peratus ke bawah; sangkaan lemah dan meleset.

Berdasarkan huraian dalam Jadual 4.2, kita boleh simpulkan bahawa yakin,
ghalabah al-zan dan zan diterima dalam hukum fiqh Islam, begitu juga dalam
keterangan dan pembuktian mengikut hukum syarak.

SEMAK KENDIRI 4.2

1. Huraikan satu dalil daripada al-Quran dan sunah yang


menyokong kaedah keyakinan tidak hilang dengan keraguan.

2. Nyatakan maksud al-yaqin menurut pandangan tiga ulama.

3. Huraikan perbezaan antara yakin, syak, zan dengan wahm.

AKTIVITI 4.2

Mengapakah tidak semua istilah (yakin, ghalabah al-zan, zan, syak dan
wahm) diterima pakai sebagai pembinaan hukum dalam fiqh Islam?
Bincangkan perkara ini dalam forum myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN
ّ َّ ُ َ ُ َ ُ ْ َْ
(‫ـك‬
ِ ‫ـزال بِالش‬ ‫)القِـي ي‬

4.6 CABANG ATAU PECAHAN KAEDAH


ASAS 2
Tahukah anda daripada Kaedah Asas 2 (keyakinan tidak hilang dengan keraguan
atau al-yaqin la yuzal bi al-syak) terbentuk tujuh lagi cabang kaedah? Ketujuh-
tujuh cabang ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.2.

Rajah 4.2: Tujuh kaedah pecahan daripada Kaedah Asas 2


(keyakinan tidak hilang dengan keraguan)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN  69
ّ َّ ُ َ ُ َ ُ ْ َْ
(‫ـك‬
ِ ‫ـزال بِالش‬ ‫)القِـي ي‬

Ketujuh-tujuh pecahan ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam Jadual 4.3.

Jadual 4.3: Tujuh Pecahan Kaedah daripada Kaedah Asas 2 (al-Yaqin La Yuzal bi al-Syak)

Pecahan Huraian

Asal sesuatu masalah  Kaedah ini bermaksud bahawa setiap perkara yang telah
adalah kekal atas memiliki status hukum yang pasti sebelumnya, tetap
keadaannya yang asal dipertahankan sebagaimana keadaan hukumnya yang
َ َ َ َ َ ُ ْ َ َْ asal. Hukum tersebut tidak perlu diubah dan
‫)الصل بـقاء ما كن‬ dipertikaikan, selagi tidak ada dalil atau pembuktian yang

َ َ َ َ
kuat dan meyakinkan yang mampu untuk mengubahnya.
(‫َ ما كن‬  Contohnya:

 Sesiapa yang mempunyai wuduk, kemudian syak yang


dia melakukan perkara yang membatalkan wuduk
(tidur, bersentuhan kulit, menyentuh faraj atau
seumpamanya), maka dia tetap dianggap masih
mempunyai wuduk.

 Seseorang yang berbuka puasa dengan ketiadaan


ijtihad dan dia syak sama ada telah terbenam matahari
atau belum, maka puasanya tidak sah kerana asal masih
kekal siang.

 Seseorang yang makan sahur pada akhir malam dan dia


syak sama ada telah terbit fajar (sudah masuk waktu
subuh) atau belum, maka sah puasanya kerana asal
masih kekal malam.

Hukum asal  Kaedah ini pada dasarnya menyatakan bahawa manusia


seseorang adalah dilahirkan dalam keadaan bebas daripada tanggungjawab
bebas daripada dan tidak terikat dengan sesuatu hak pun. Menurut
tanggungjawab penjelasan yang dibuat oleh Ibn al-Barr dalam karyanya

ّ ّ ُ‫اءة‬ ْ َ‫ا َ ْل‬


َ َ‫ص ُل ب‬
Al-Tamhid, tanggungjawab atau bebanan itu pada asalnya
(‫الِم َـة‬
َ ‫ـر‬ ) bebas dan tidak ditetapkan. Untuk itu, bebas daripada
bebanan merupakan perkara yakin. Oleh itu, apabila
berlaku pertentangan dan perselisihan berkaitan dengan
bebanan tersebut, maka hendaklah terdapat tarjih atau
pengukuhan dengan merujuk asal dan zahir selain
merujuk hujah syarak.

 Kesimpulannya, seseorang itu mempunyai tanggungjawab


disebabkan wujudnya faktor atau elemen tertentu yang
terbentuk olehnya dan hak yang dimiliki atau perbuatan
yang telah dilakukannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN
ّ َّ ُ َ ُ َ ُ ْ َْ
(‫ـك‬
ِ ‫ـزال بِالش‬ ‫)القِـي ي‬

 Contohnya:

 Seorang penjenayah telah mencederakan seseorang dan


mengatakan, „Itulah satu kesan luka yang saya
cederakan pada tangan dia.‰ Namun, mangsa
mengatakan, „Tidak. Dia cederakan saya pada dua
tempat di tangan saya.‰ Oleh itu, pengakuan yang
berhak diterima adalah kata-kata penjenayah kerana
asalnya, dia bebas daripada tanggungjawab.

 Kanak-kanak adalah bebas daripada tanggungjawab


dalam melakukan kewajipan sehinggalah dia sampai
usia baligh.

 Sesiapa yang mendakwa orang lain berhutang dengannya,


maka dia mesti membuktikan dakwaan itu apabila yang
didakwa menafikannya. Hal ini demikian kerana asalnya
orang yang didakwa tersebut bebas daripada
tanggungjawab.

Hukum asal dalam  Kaedah ini membawa maksud bahawa hukum asal bagi
melakukan seks itu masalah yang berkaitan dengan hubungan seks atau
adalah haram persetubuhan dengan wanita adalah haram, sehinggalah
َْ ُ ْ َ َْ
ِ‫صل ِف الب ْ َضاع‬
terdapat sebab tertentu yang jelas menghalalkannya, iaitu
‫)ال‬ sama ada melalui akad perkahwinan atau pertuanan
dengan hamba.
ْ ‫ال‬
ِ ْ ‫ح ِر‬
(‫يم‬
َّ
 Contohnya:

 Irfan meragui sah atau tidak akad nikahnya dengan


Awfa kerana Irfan merasa sangsi dengan salah satu
daripada syarat nikah tersebut. Maka, dia tidak boleh
melakukan jimak dengan Awfa seperti pasangan suami
isteri yang lain. Hal ini demikian kerana hukum asal
melakukan hubungan seks adalah haram.

 Faiz ingin berkahwin dengan Nuha, namun dia tidak


yakin dengan status Nuha yang ingin dikahwininya itu
sama ada Nuha mahramnya atau tidak. Oleh itu, haram
Faiz menyetubuhinya kerana berdasarkan pengharaman
asal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN  71
ّ َّ ُ َ ُ َ ُ ْ َْ
(‫ـك‬
ِ ‫ـزال بِالش‬ ‫)القِـي ي‬

Hukum asal sesuatu  Kaedah ini adalah lebih jelas dengan lafaz kaedah yang
itu adalah tiada berikut:

ُ َ
َ ‫ال‬ ْ ُ ْ َ َْ
(‫عـدم‬ ‫)الصـل‬ ‫الصل ف الصفات أو المور العارضة العدم‬
Maksudnya:
Hukum asal pada sifat atau perkara baharu yang
mendatang adalah tiada.
Ia membawa pengertian bahawa pada dasarnya, setiap
mukalaf itu dinilai sebelum melakukan sesuatu. Namun,
hukum yang lebih kuat dan kukuh daripada sesuatu itu
asalnya adalah tiada. Oleh itu, hendaklah dikembalikan
kepada asalnya yang tidak ada itu hinggalah sabit perkara
baharu yang boleh menghilangkan yang asal itu atau yang
bercanggah dengannya.

 Sebagai rumusan, apa-apa yang dimaksudkan dengan sifat


mendatang itu ialah sesuatu sifat yang tidak ada pada
asalnya ataupun sesuatu sifat yang datang kemudian. Oleh
itu, tatkala dalam sesuatu perkara itu terdapat keraguan
disebabkan datang sifat baharu yang tidak ada
sebelumnya, maka status hukumnya ditetapkan
sepertimana asalnya atau sebelumnya.

 Contohnya:

 Seseorang telah mendakwa bahawa barang yang


dibelinya terdapat kerosakan, sedangkan penjual
menafikannya. Dalam isu ini, pengakuan penjual
diterima kerana pada asalnya, tiada kecacatan pada
barang dijual.

 Seseorang perempuan mendakwa telah disetubuhi


sedangkan pihak lelaki yang didakwa, menafikannya.
Hukum yang terpakai adalah penafian lelaki tersebut
kerana pada dasarnya, tidak berlaku persetubuhan,
sehinggalah ia dapat dibuktikan dengan jelas.

 Ahmad menggunakan motosikal Amir yang dikatakan


memberi izin kepadanya. Namun, Amir menafikan
dakwaan tersebut, maka pengakuan Amir (pemilik
motosikal) diterima kerana asalnya harta seseorang itu
haram digunakan tanpa izinnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN
ّ َّ ُ َ ُ َ ُ ْ َْ
(‫ـك‬
ِ ‫ـزال بِالش‬ ‫)القِـي ي‬

Asal setiap yang  Kaedah ini membawa maksud bahawa apabila berlaku
berlaku diambil kira perselisihan dan percanggahan berkaitan dengan tarikh
masa yang paling atau masa berlakunya sesuatu peristiwa, maka yang lebih
hampir kuat atau kukuh adalah sesuatu peristiwa atau kejadian itu
ُّ ْ ُ ْ َ َْ
‫ك َحاد ٍِث‬
disandarkan atau dilihat dari sudut kiraan waktunya
ِ ‫)الصل ِف‬ (waktu yang paling hampir berlaku kejadian tersebut).

َ َ َ َْ َُ ْ َْ  Kaedah tersebut terdapat dalam kitab mazhab Syafii.


(‫ب زمن‬ ِ ‫تقدِيـره بِأقـر‬
ٍ  Bagi kitab mazhab Hanafi, lafaz kaedahnya adalah seperti
yang berikut:

‫الصل إضافة الادث إ أقرب أوقاته‬


Maksudnya:
Hukum asal adalah sandaran suatu peristiwa kepada
waktu yang lebih hampir dengannya.
 Contohnya:

 Seorang lelaki menendang perut wanita mengandung,


kemudiannya wanita tersebut melahirkan anak dalam
keadaan hidup dan sihat dalam jangka masa tertentu.
Namun, tidak berapa lama kemudian, bayi itu
meninggal dunia. Lelaki yang menendang perut wanita
tersebut tidak dikenakan hukuman atau tanggungjawab
kerana kemungkinan bayi itu meninggal disebabkan
oleh faktor lain.

 Seseorang melihat ada mani pada kain yang


dipakainya, namun dia tidak ingat bila dia bermimpi.
Maka, wajiblah dia mandi dan mengganti solat selepas
tidurnya yang terakhir.

 Seseorang solat dengan berwuduk daripada kolah


selama beberapa hari, lalu hari berikutnya terdapat
bangkai tikus di dalamnya. Maka, dia tidak wajib
menggantikan solatnya kecuali solat yang diyakini
menggunakan wuduk daripada air yang najis.

 Sekumpulan doktor pakar jantung telah berjaya


membuat pembedahan ke atas salah seorang pesakit dan
dia pun sihat seperti biasa dalam jangka masa tertentu.
Namun, beberapa hari berikutnya, pesakit tersebut
meninggal dunia. Doktor pakar tersebut tidak
dipertanggungjawabkan di atas kematiannya. Hal ini
demikian kerana kemungkinan kematiannya disebabkan
oleh elemen lain dalam masa terdekat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN  73
ّ َّ ُ َ ُ َ ُ ْ َْ
(‫ـك‬
ِ ‫ـزال بِالش‬ ‫)القِـي ي‬

Hukum asal pada  Kalimah al-haqiqah membawa maksud makna asli yang
sesuatu ucapan itu diberi kepada sesuatu lafaz. Contohnya, penggunaan lafaz
dikira maknanya wasiat, iaitu pemilikan harta selepas pewasiat meninggal
yang hakiki dunia. Sementara itu, al-majaz ialah istilah di sebalik
َ َْ ُ ْ َ َْ pengertian al-haqiqah, iaitu lafaz yang digunakan pada
‫ِم‬ ‫صل ِف ال‬ ‫)ال‬ bukan makna asli. Contohnya, penggunaan lafaz „nur‰

َْ ْ
(cahaya) bagi ilmu pengetahuan atau agama Islam.
(‫ال َـقِيقة‬  Berdasarkan kaedah tersebut, pengamalan sesuatu lafaz
(sama ada bertindak sebagai orang yang melaksanakan
akad, pewasiat atau pewakaf dan seumpamanya)
hendaklah berfungsi untuk mengertikan lafaz itu kepada
maknanya yang hakiki terlebih dahulu, melainkan jika
terdapat sesuatu tanda atau pengucap itu memaksudkan
makna majazi.

 Sesuatu ucapan atau lafaz itu dapat diertikan atau


ditafsirkan menurut pengertiannya yang hakiki dan juga
dapat ditafsirkan atau diertikan secara majazi. Berdasarkan
kaedah tersebut, erti atau maksud yang hakiki itulah
seharusnya diguna pakai dan dipegang bagi memutuskan
sesuatu ketetapan hukum.

 Contohnya:

 Sekiranya seseorang menghibahkan hartanya kepada


anaknya (walad), maka cucunya tidak boleh menerima
harta tersebut kerana maksud lafaz sebenar adalah anak
dan bukan cucunya (walad al-walad ).

 Seseorang bersumpah tidak akan membeli barang pada


tarikh 1 Rejab. Setelah itu, dia mewakilkan kepada
orang lain untuk membeli barangnya pada hari
tersebut, maka dia tidak dikenakan kafarah sumpah.

 Seseorang bersumpah tidak akan makan lembu yang


dibeli. Ia dikira melanggar sumpahnya jika dia
memakan daging lembu yang dibelinya. Namun, tidak
mengapa jika dia meminum susunya kerana daging
merupakan makna hakiki sedangkan susu merupakan
makna majazi.

 Apabila seseorang berkata, „Saya mewakafkan harta


saya kepada anak Ustaz Aziz.‰ Maka, anak dalam
kalimah tersebut ialah anak kandungnya (Ustaz Aziz),
bukan anak pungut dan bukan juga cucunya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN
ّ َّ ُ َ ُ َ ُ ْ َْ
(‫ـك‬
ِ ‫ـزال بِالش‬ ‫)القِـي ي‬

 Sebagai rumusan, dalam mana-mana akad atau


seumpamanya, kita perlu memastikan bahawa ucapan
yang ingin disampaikan mempunyai makna dalam erti
kata yang sebenarnya dan bukannya erti kiasan.

Hukum asal sesuatu  Kaedah ini selaras dengan falsafah syariat Islam yang tidak
itu adalah harus, memberatkan dan membebankan umatnya. Hal ini
sehinggalah ada dalil demikian kerana segala ciptaan-Nya adalah baik dan
yang menunjukkan bermanfaat untuk kegunaan umat manusia seperti yang
pengharamannya dijelaskan melalui firman-Nya dalam al-Quran:

َ َْْ ُ ْ َ َْ ٗ َ َۡ َّ ُ َ ََ َ َّ َ ُ
ِ‫)الصل ِف الشـياء‬ ِ ‫هو ٱلِي خلق لكم ما ِف ٱل‬
٢٩...‫ۡرض جِيعا‬
َّ ْ
‫احة َح َّت يَ ُدل‬
َ ‫بـ‬َ ‫ال‬
ِ Maksudnya:
ْ ‫ح‬ َ
ْ َّ َ ْ َّ Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang
(‫ري ِم‬ ِ ‫ال ِلل ال‬ ada di bumi."
(Surah al-Baqarah, 2:29)

 Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah:

ُ ٰ‫لط ّي َب‬ ُ َ َّ ُ
َّ ‫ك ُم ٱ‬
٥... ۖ‫ت‬ ِ ‫حل ل‬
ِ ‫أ‬
Maksudnya:
Dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat
serta baik...
(Surah al-Maidah, 5:5)

 Sabda Rasulullah SAW:

َ ْ ُ َ َّ َ َ ُ َ َ ْ َ َ ْ ُ َّ َ َ َ ُ َ َ
ِ‫ال ل ما أحل ا ِف كِتابِهِ والـرام ما حرم ا ِف كِتابِه‬
َْ ََ َ ْ َ َ َ َ ََ
.‫ت عن ُه ف ُه َو م َِّما عفا عن ُه‬ ‫وما سك‬
Maksudnya:
Yang halal itu adalah apa-apa yang dihalalkan oleh Allah
dalam kitabnya (al-Quran). Yang haram juga apa-apa yang
diharamkan oleh Allah dalam kitabnya (al-Quran). Apa-
apa yang didiamkan atau tidak disebutkan, ia perkara
yang dimaafkan.
(Riwayat al-Tirmizi)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN  75
ّ َّ ُ َ ُ َ ُ ْ َْ
(‫ـك‬
ِ ‫ـزال بِالش‬ ‫)القِـي ي‬

 Ayat al-Quran dan hadis tersebut juga merupakan antara


sumber asal kaedah. Dalam konteks lain, kaedah tersebut
digunakan secara meluas oleh ulama mazhab Syafii.
Manakala, dalam mazhab Hanafi pula adalah sebaliknya
seperti yang dinyatakan dalam lafaz kaedah yang berikut:
ََ ْ َّ َّ ُ َ َّ َ ْ ْ َّ َ َْْ ُ ْ َ َْ
‫الصل ِف الشـياءِ الح ِري ِم حت يدل ال ِلل‬
َ‫بـاحة‬ ْ
َ ‫ال‬
ِ
Maksudnya:
Hukum asal sesuatu itu adalah haram, sehinggalah ada
dalil yang menunjukkan pengharusannya.
 Daripada dua kaedah tersebut, terdapat pertentangan dan
percanggahan, namun kedua-duanya dapat
dikompromikan, iaitu dengan cara meletakkan dan
menggunakan konsep relevan dengan skopnya.
Contohnya, kaedah pertama yang digunakan oleh ulama
mazhab Syafii adalah untuk urusan atau masalah
muamalat dan keduniaan, manakala kaedah kedua yang
dicetuskan oleh ulama mazhab Hanafi digunakan dalam
hal yang berkaitan dengan ibadat.

 Sebagai rumusan, berdasarkan dalil dan kaedah tersebut,


ia menjelaskan bahawa segala sesuatu yang tidak ada
ketegasan dalil atau nas yang menunjukkan halal atau
haram, maka status hukumnya hendaklah dirujuk atau
dikembalikan pada situasi asalnya. Dalam praktisnya,
kaedah ini diadaptasikan dalam penemuan binatang,
tumbuhan atau seumpamanya yang tidak dapat dipastikan
status hukumnya dalam syariat, maka semuanya itu
hukumnya adalah halal sehinggalah ada pembuktian
ataupun tanda yang menunjukkan pengharamannya
(seperti beracun atau sifat binatang tersebut).

 Contohnya:

 Binatang yang tidak jelas tentang haramnya, maka


hukumnya halal dimakan.

 Buah-buahan yang tidak pasti haramnya, maka


hukumnya halal dimakan.

 Sayur-sayuran dan seumpamanya yang tidak ada tanda


menunjukkan haram dimakan, maka hukumnya adalah
halal dimakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN
ّ َّ ُ َ ُ َ ُ ْ َْ
(‫ـك‬
ِ ‫ـزال بِالش‬ ‫)القِـي ي‬

SEMAK KENDIRI 4.3

Kemukakan tujuh kaedah pecahan yang terbentuk daripada kaedah


keyakinan tidak hilang dengan keraguan berserta satu contoh yang
relevan.

AKTIVITI 4.3

Bincangkan dalam forum myINSPIRE cara pecahan Kaedah Asas 2 boleh


diaplikasikan dalam isu fiqh semasa di Malaysia.

4.7 PERANAN KAEDAH FIQH DALAM


MEMUTUSKAN SESUATU KES DI
MAHKAMAH SYARIAH
Sekarang, mari kita bincangkan peranan kaedah fiqh dari sudut sumber hukum
dan hujah yang menyokongnya dalam memutuskan sesuatu kes di mahkamah
syariah. Mari kita lihat satu persatu.

4.7.1 Kaedah Fiqh sebagai Sumber Hukum


Kaedah fiqh merupakan sumber hukum yang digunakan dalam memutuskan
pelbagai kes dan permasalahan di mahkamah syariah. Hakim syarie telah
mengguna pakai kaedah fiqh ini dalam membuat keputusan dan penghakiman
bagi sesuatu kes. Dengan kata lain, dengan adanya kaedah fiqh, ia dapat
membantu hakim dalam menyelesaikan dan memutuskan permasalahan yang
dihakimi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN  77
ّ َّ ُ َ ُ َ ُ ْ َْ
(‫ـك‬
ِ ‫ـزال بِالش‬ ‫)القِـي ي‬

4.7.2 Kaedah Fiqh sebagai Hujah Sokongan


Pemakaian kaedah fiqh oleh hakim mahkamah syariah sebagai hujah sokongan
dapat dilihat dalam undang-undang itu sendiri dan pemakaiannya di mahkamah
syariah. Contohnya, kaedah:

َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ُ ْ َ َْ
‫الصل بـقاء ما كن ما كن‬
Maksudnya:
Asal sesuatu itu kekal mengikut apa-apa yang ada sebelumnya.

Dalam penghakiman, para hakim menggunakan kaedah ini untuk menentukan


status harta yang menjadi pertikaian. Antara contoh bagi kes yang berkaitan
dengan kaedah ini adalah seperti yang diterangkan dalam Jadual 4.4.

Jadual 4.4: Contoh bagi Kes yang Berkaitan dengan


Kaedah Keyakinan Tidak Hilang dengan Keraguan

Contoh Kes Huraian

Kes Ibrahim bin Abu Dalam kes ini, hakim menerapkan prinsip kepastian untuk
Bakar lawan Mohd menentukan sama ada harta itu jatuh di bawah wasiat atau
Ali bin Mohd Sah dan pusaka. Dalam kes ini, hakim telah mengguna pakai kaedah
lain-lain „asal kekal sesuatu itu mengikut apa-apa yang ada
sebelumnya‰ untuk memutuskan bahawa harta tersebut
adalah harta pusaka untuk pembahagian menurut hukum
faraid.

Kes Noraini binti Mahkamah rayuan memutuskan bahawa harta itu

َ ُ ْ َ َْ
Mokhtar lawan Abd ialah harta sepencarian setelah mengguna pakai kaedah
َ َ َ َ َ
‫ الصل بَـقاء َما كن َ َما كن‬sebagai usaha bersama mereka,
Halim bin Sama

selagi tiada bukti yang menunjukkan sebaliknya. Mengenai


perbezaan hutang oleh beberapa pihak untuk memperoleh
hak milik sebanyak RM1,000, hakim melihat ia harus
ditanggung oleh beberapa pihak secara sama rata dengan
merujuk kepada kaedah yang bermaksud ‰sebarang profit
atau keuntungan ada kos atau liabilitinya.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN
ّ َّ ُ َ ُ َ ُ ْ َْ
(‫ـك‬
ِ ‫ـزال بِالش‬ ‫)القِـي ي‬

Kes Pegawai Tertuduh telah didakwa melakukan zina tetapi dia didapati
Pendakwa Majlis tidak bersalah oleh mahkamah kerana pihak pendakwa gagal
Ugama Islam membuktikan kes tersebut. Mahkamah berpendapat ikrar
Singapura (MUIS) yang telah dibuat orang yang disabit bersalah zina tidak boleh

ّ ّ ُ َ َ َ ُ ْ َ َْ
lawan Adib Datuk digunakan untuk menghukum pihak tertuduh kerana kaedah

fiqh ‫ الصل بـراءة الِم َـة‬yang bermaksud „asalnya seseorang


Said Besar Sigoh

itu bebas daripada tanggungjawab.‰ Mahkamah juga


menolak untuk menerima ikrar yang dibuat oleh tertuduh
kerana dibuat di luar mahkamah.

Kes Pendakwa Syarie Hakim dalam penghakimannya mengatakan bahawa pihak


lawan Jaiman Masta pendakwa telah gagal membuktikan melampaui keraguan
atau Mastah dan yang munasabah; keterangan saksi pendakwa tidak
Jamidah Abdul Majid menyokong satu sama lain. Hakim berpendapat bahawa

ّ ُ َ َ َ ُ ْ َ َْ
hukumannya tidak boleh berdasarkan sesuatu yang
َ ّ
meragukan, sebagaimana kaedah ‫ الصل بـراءة الِمـة‬yang
memberi gambaran bahawa seseorang itu tidak
bertanggungjawab ke atas sesuatu perbuatan kecuali
dibuktikan dengan jelas bahawa dia melakukan perbuatan
tersebut.

4.8 IMPLIKASI PENGGUNAAN KAEDAH FIQH


Apakah implikasi penggunaan kaedah fiqh? Antara implikasi penggunaan
kaedah fiqh dalam memutuskan sesuatu kes adalah seperti yang berikut:

(a) Menjadi sandaran hukum kepada hakim;

(b) Membantu hakim untuk mengenal pasti isu yang dipertikaikan;

(c) Membantu hakim memutuskan sesuatu isu yang dipertikaikan dengan


seadil-adilnya berdasarkan kaedah fiqh;

(d) Sebagai hujahan hakim kepada isu yang tidak mempunyai sumber hukum
yang jelas seperti tuntutan harta sepencarian; dan

(e) Menjadi prinsip asas dalam memutuskan sesuatu kes jenayah syariah, iaitu
seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN  79
ّ َّ ُ َ ُ َ ُ ْ َْ
(‫ـك‬
ِ ‫ـزال بِالش‬ ‫)القِـي ي‬

AKTIVITI 4.4

Bincangkan dalam forum myINSPIRE mengenai kaedah fiqh yang


relevan dengan permasalahan berikut:

(a) Tirmizi melihat mani pada kainnya selepas solat subuh.

(b) Amin memakai jam Fuad dan mendakwa dia mengizinkannya


tetapi dakwaan tersebut dinafikan oleh Fuad.

(c) Makcik Jamilah menemui sejenis kulat dalam kebunnya dan dia
ingin memakannya. Namun, dia bimbang sama ada kulat tersebut
boleh dimakan atau tidak.

4.9 PANDANGAN ULAMA BERKAITAN


KAEDAH ASAS 2
Akhirnya, sebagai penutup, mari kita pelajari pandangan ulama berkaitan Kaedah
Asas 2. Menurut al-Suyuti (1378) dalam karyanya Al-Asybah wa al-NazaÊir fi
QawaÊid wa FuruÊ Fiqh al-SyafiÊiyyah, beliau mengatakan bahawa kaedah ini
memiliki kedudukan yang paling agung dalam Islam. Sebahagian ulama pula
menyatakan bahawa kaedah ini mencakupi tiga perempat masalah fiqh atau
mungkin lebih daripada itu.

Bagi Imam al-Nawawi dalam kitabnya Al-MajmuÊ Syarh al-Muhazzab, beliau


menyatakan bahawa kaedah ini merupakan kaedah yang membincangkan hampir
kesemua permasalahan fiqh melainkan beberapa masalah sahaja.

Bagi Imam Ibn Abd al-Bar (1387) dalam penulisan karyanya Al-Tamhid li-ma fi
al-MuwattaÊ min al-MaÂani wa al-Asanid, beliau berpendapat bahawa ini ialah
salah satu kaedah yang disepakati oleh ulama. Ia juga merupakan kaedah dasar
atau asas dalam permasalahan fiqh.

Kesimpulannya, Kaedah Asas 2, iaitu keyakinan tidak hilang dengan keraguan


merupakan salah satu daripada kaedah fiqh yang penting dan utama.
Kedudukannya amat signifikan dalam fiqh Islam yang mampu merungkaikan
pelbagai permasalahan fiqh.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN
ّ َّ ُ َ ُ َ ُ ْ َْ
(‫ـك‬
ِ ‫ـزال بِالش‬ ‫)القِـي ي‬

SEMAK KENDIRI 4.4

Kemukakan pandangan ulama berkaitan dengan kaedah keyakinan


tidak hilang dengan keraguan.

AKTIVITI 4.5

Dalam forum myINSPIRE, bincangkan tiga contoh penggunaan kaedah


ini dalam muamalat semasa di Malaysia.

 Kaedah Asas 2 (keyakinan tidak hilang dengan keraguan) merupakan salah


satu daripada kaedah asas dan utama yang digunakan oleh ulama, mujtahid
dan hakim dalam perundangan Islam.

Ć Kaedah ini bermaksud bahawa apabila sesuatu perkara yang sudah diyakini
berlaku, kemudian timbul sebarang keraguan selepas itu, maka ia tidak akan
menjejaskan keyakinan yang ada. Kaedah ini juga merupakan salah satu
daripada al-qawaÊid al-khams al-kubra atau al-qawaÊid al-asasiyyah.

Ć Antara contoh aplikasi kaedah ini ialah:

 Seseorang yakin dirinya telah berwuduk namun selepas itu, dia meragui
wuduknya sudah batal atau belum. Berdasarkan kaedah ini, hukumnya
masih dalam berwuduk kerana dia yakin pada peringkat awal dan
keraguannya itu datang selepas dia berasa yakin, maka ia tidak memberi
apa-apa kesan kepada status hukum tersebut; dan

 Seseorang berasa syak dengan bilangan rakaat solat asarnya sama ada tiga
rakaat atau empat. Maka, yang diambil kira adalah tiga rakaat kerana tiga
rakaat itu adalah yakin, sedangkan empat rakaat itu adalah syak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN  81
ّ َّ ُ َ ُ َ ُ ْ َْ
(‫ـك‬
ِ ‫ـزال بِالش‬ ‫)القِـي ي‬

 Terdapat beberapa pengecualian dalam kaedah ini. Antaranya adalah


perempuan yang mengalami istihadah, tidak pasti najis terkena pada bahagian
mana (badan dan pakaian) dan tidak pasti binatang buruan mati kerana
senjata sendiri atau sebab lain.

 Terdapat tiga sumber utama kaedah al-yaqin la yuzal bi al-syak, iaitu dalil
al-Quran, hadis dan dalil aqli.

 Terdapat lima istilah yang boleh dikaitkan dengan kaedah ini. Istilah tersebut
ialah yakin, ghalabah al-zan, zan, syak dan wahm.

 Yakin merujuk kepercayaan 100 peratus tanpa syak; ghalabah al-zan merujuk
kepercayaan yang hampir sama dengan yakin; zan merujuk kepercayaan
antara 51 peratus hingga 99 peratus dan perlu dibina daripada hukum dan
diterima; syak merujuk antara 50 peratus percaya dan 50 peratus tidak dan
akhir sekali, wahm yang merujuk kepercayaan di bawah 50 peratus, iaitu
lemah dan meleset.

 Terdapat tujuh pecahan atau cabang yang terbentuk daripada kaedah al-yaqin
la yuzal bi al-syak, iaitu:

 Asal sesuatu masalah adalah kekal atas keadaannya yang asal;

 Hukum asal seseorang adalah bebas daripada tanggungjawab;

 Hukum asal dalam melakukan seks itu adalah haram;

 Hukum asal sesuatu itu adalah tiada;

 Asal setiap yang berlaku diambil kira masa yang paling hampir;

 Hukum asal pada sesuatu ucapan itu dikira maknanya yang hakiki; dan

 Hukum asal sesuatu itu adalah harus, sehinggalah ada dalil yang
menunjukkan pengharamannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN
ّ َّ ُ َ ُ َ ُ ْ َْ
(‫ـك‬
ِ ‫ـزال بِالش‬ ‫)القِـي ي‬

 Kaedah al-yaqin la yuzal bi al-syak dan kaedah pecahannya amat signifikan


dalam perundangan Islam dan banyak berperanan dalam menyelesaikan
permasalahan fiqh. Ia merupakan sumber hukum dan digunakan sebagai
hujah sokongan dalam perundangan Islam.

 Selain itu, kaedah ini dapat memberikan pelbagai implikasi terhadap


perundangan Islam. Antaranya adalah menjadi sandaran hukum kepada
hakim, membantu hakim mengenal pasti isu pertikaian dan membantu hakim
membuat keputusan dengan adil berdasarkan kaedah fiqh.

 Menurut pandangan ulama (sama ada ulama terdahulu mahupun semasa),


pengaplikasian kaedah keyakinan tidak hilang dengan keraguan dan kaedah
pecahannya dalam perundangan Islam adalah cukup meluas dan meliputi
pelbagai bidang fiqh seperti ibadat, munakahat, muamalat dan mal.

 Bagi Imam al-Nawawi dalam kitabnya Al-MajmuÊ Syarh al-Muhazzab, beliau


menyatakan bahawa kaedah ini merupakan kaedah yang membincangkan
hampir kesemua permasalahan fiqh melainkan beberapa masalah sahaja.

 Bagi Imam Ibn Abd al-Bar dalam penulisan karyanya Al-Tamhid li-ma fi
al-MuwattaÊ Min al-MaÂani wa al-Asanid, beliau berpendapat bahawa ini salah
satu kaedah yang disepakati oleh ulama. Ia juga merupakan kaedah dasar atau
asas dalam permasalahan fiqh.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN  83
ّ َّ ُ َ ُ َ ُ ْ َْ
(‫ـك‬
ِ ‫ـزال بِالش‬ ‫)القِـي ي‬

Akal Al-haqiqah

َ ‫)الصـل ال‬ ُ َ ْ ُ ْ َ َْ
Al-aslu al-Âadamu (‫عـدم‬
Al-majaz
Al-qawaÊid al-khams al-kubra
Al-aslu baqaÊ ma kana Âala ma kana
َ َ َ َ َ َ َ َ َ ُ ْ َ َْ
Al-Quran
(‫)الصل بـقاء ما كن َ ما كن‬ Furuk

Al-aslu baraÊah al-zimmah Ghalabah al-zan


ّّ ُ
َ ‫ـر‬
(‫اءة الِم َـة‬
َ ُ ْ َ َْ
َ ‫)الصل ب‬ Hadis Nabi Muhammad SAW
Hibah
Al-aslu fi al-abdaÊ al-tahrim
ْ َّ ِ َ ْ َ ْ ُ ْ َ َْ
Keyakinan tidak hilang dengan
ِ ْ ‫الح ِر‬
(‫يم‬ ‫)الصل ِف البضاع‬ keraguan
QatÊi
Al-aslu fi al-asyyaÊ al-ibahah hatta
yadulla al-dalil Âala al-tahrim Rajih

َّ ‫احة َح َّت يَ ُد َّل‬


َ ‫بـ‬ ْ َ َْْ ُ ْ َ ْ َ Syak
‫ال ِلْل‬ َ ‫ال‬
ِ ِ ‫ء‬ ‫ا‬ ‫ـي‬‫ش‬‫ال‬ ‫ف‬ِ ‫ل‬ ‫)الص‬
ْ ‫ح‬ ْ َّ َ َ Tarjih
(‫ري ِم‬
ِ ‫ال‬
Wahm
Al-aslu fi al-kalam al-haqiqah Walad
َْ َ َْ ُ ْ َ َْ
(‫ِم الْ َـقِيقة‬ ‫)الصل ِف ال‬ Yakin
Zan
Al-aslu fi kullli hadisin taqdirahu bi
aqrab zaman
ََ َ َْ ُ ْ َْ
َ ْ َ ُّ ُ ْ َ َْ
(‫ب زم ٍن‬ ِ ‫)الصل ِف‬
ِ ‫ك حاد ٍِث تقدِيـره بِأقـر‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 4 KAEDAH ASAS 2: KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN
ّ َّ ُ َ ُ َ ُ ْ َْ
(‫ـك‬
ِ ‫ـزال بِالش‬ ‫)القِـي ي‬

Ab Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Perbahasan kaedah-kaedah fiqh. Kuala
Lumpur, Malaysia: Pustaka Salam.

Al-Hariri, Ibrahim Muhammad Mahmud. (1994). Al-madkhal ila al-qawaÊid


al-fiqhiyyah al-kulliyyah (Cet. ke-3). Damsyik, Syria: Dar al-Qalam.

Al-Nadwi, ÂAli Ahmad. (2000). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik, Syria: Dar


al-Qalam.

Al-Suyuti, Jalal al-Din ÂAbd al-Rahman. (1378). Al-asybah wa al-nazaÊir fi qawaÊid


wa furuÊ fiqh al-syafiÊiyyah. Beirut, Lubnan: Dar al-Fikr.

Al-ZarqaÊ, Ahmad Muhammad. (2007). Syarh al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik,


Syria: Dar al-Qalam.

Ibn ÂAbd al-Bar, A. (1387). Al-tamhid li-ma fi al-muwattaÊ min al-maÂani


wa al-asanid. Marrakesh, Maghribi: Wizarah al-Awqaf wa al-SyuÂun
al-Islamiyyah.

Ibn Mukhtar. (2011). Pemakaian kaedah-kaedah fiqh dalam memutuskan sesuatu


kes. Dicapai dari http://ibn-mukhtar.blogspot.com/2011/06/pemakaian-
kaedah-kaedah-fiqh-di-dalam.html

Ibn Nujaym, Zayn al-ÂAbidin Ibrahim. (1998). Al-asybah wa al-nazaÊir Âala


madhhab Abi Hanifah al-NuÊman (Cet. pertama). Beirut, Lubnan:
Al-Maktabah al-ÂAsriyyah.

Ibn Salih, ÂUmar. (2004). Al-madkhal ila dirasat al-fiqh al-Islam. Sharjah, Emiriah
Arab Bersatu: Markaz al-Bihus wa al-Dirasat.

Muhammad ÂAzzam ÂAbd al-ÂAziz. (2004). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah: Dirasat


Âamaliyyah tahliliyyah muqaranah. Kaherah, Mesir: Universiti al-Azhar.

Muhammad Soleh Ahmad. (2002). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Kuala Lumpur,


Malaysia: Pustaka Abdul Majid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kaedah Asas 3:
Kesukaran
5 Membawa
Kemudahan
ُ‫لم َـ َش َّق ُة َتْلِب‬
ْ َ ‫)ا‬
َ(‫س ْي‬ ِ
ْ‫الي‬
َّ
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan maksud Kaedah Asas 3 (kesukaran membawa
kemudahan atau al-masyaqqah tajlib al-taysir), contoh aplikasi dan
dalilnya;
2. Membezakan antara tiga kategori masyakah dengan empat kriteria
masyakah yang membawa kemudahan mengikut perspektif
syarak;
3. Mengenal pasti tujuh faktor keringanan syarak;
4. Menjelaskan rukhsah syarak dari sudut amalan ibadat dan status
hukum;
5. Mengenal pasti pecahan daripada Kaedah Asas 3; dan
6. Menghuraikan peranan dan implikasi Kaedah Asas 3 dalam
memutuskan sesuatu hukum dan fatwa di Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN
َْ ْ ُ ْ َ ُ َّ َ ْ َ
َّ ‫)الم َـشقة تل ِب‬
(‫اليسِي‬

 PENGENALAN
Islam merupakan din al-Rahmah, iaitu agama yang penuh dengan rahmat Allah
SWT kerana toleransi dan keraiannya terhadap umat manusia adalah cukup
mengagumkan. Sekiranya umat Islam memahami sedalamnya syariat Islam
dengan penuh penghayatan, pastinya mereka tidak akan merasa susah dan payah
dalam melaksanakan amalan dan ajaran Islam dalam kehidupan seharian mereka.

Hal ini demikian kerana perlaksanaan Islam adalah anjal dengan memberikan
kemudahan mengikut kemampuan dan keupayaan manusia tanpa mentaklifkan
sesuatu yang boleh membebankan mereka ke dalam kesusahan dan tidak
memberi sesuatu yang tidak bertepatan dengan naluri dan fitrah mereka. Perkara
inilah kehendak dan rahmat Allah SWT, iaitu apabila hamba-Nya melakukan
ibadat, mereka tidak ditimpa sebarang kesusahan dan kepayahan.

Oleh itu, topik kelima ini akan membincangkan konsep kemudahan dalam
beribadat yang berkait rapat dengan kaedah ketiga, iaitu kaedah kesukaran
membawa kemudahan atau al-masyaqqah tajlib al-taysir. Kaedah ini merupakan
salah satu antara kaedah asas dan utama serta dikenal juga sebagai al-qawaÊid
al-khams al-kubra.

Dalam topik ini, kita akan membincangkan pengertian dan penghuraian Kaedah
Asas 3 dengan menjelaskan maksud istilah al-masyaqqah (kesukaran) dan
al-taysir (kemudahan) berserta contoh dan sumber asas bagi kaedah ini.

Kemudian, pembelajaran kita akan diteruskan pula dengan kategori dan kriteria
masyakah yang membawa kepada kemudahan menurut perspektif syarak, faktor
keringanan syarak, rukhsah syarak dari sudut amalan ibadat dan status hukum
kaedah ini. Sebagaimana dua kaedah asas yang telah dibincangkan sebelum ini,
kita juga akan menyentuh tentang kaedah pecahan bagi Kaedah Asas 3 dan
akhirnya, peranan dan implikasi kaedah ini dalam memutuskan sesuatu hukum
dan fatwa di Malaysia. Ayuh, mari kita sambung pembelajaran kita.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN  87
َ ْ ْ َّ ‫لم َـ َش َّق ُة َتْل ُِب‬
(‫اليسِي‬
ْ َ ‫)ا‬

5.1 PENGERTIAN KAEDAH ASAS 3


Pertamanya, mari kita pelajari maksud al-masyaqqah dan al-taysir.
ُ َّ َ ْ َ
Al-masyaqqah (‫ )الم َـشقة‬bererti kepayahan, kesukaran, kerumitan dan kesulitan.
ْ ْ َّ َ
Sementara al-taysir (‫ )اليسِي‬membawa maksud kemudahan. Apabila dua istilah
ini digabungkan, mereka menerbitkan satu kaedah fiqh yang bermaksud
kesukaran membawa kemudahan.

Pengertian masyakah atau kesukaran di sini berdasarkan pendapat fuqaha ialah


kesulitan dalam menunaikan perintah Allah SWT (ibadat ketaatan kepada-Nya)
yang boleh membawa bebanan dan kemudaratan kepada manusia. Melalui
kesukaran tersebut, maka ia terlepas daripada tanggungjawab syarak.

Al-taysir atau keringanan pula maksudnya berlawanan dengan kesukaran, iaitu


ia merujuk sesuatu yang tidak membebankan manusia. Oleh itu, dengan kata lain,
bebanan yang menjadi kesusahan kepada umat manusia itu hendaklah
dihindarkan.

Melalui prinsip Kaedah Asas 3 ini, Islam memberi pengecualian kepada manusia
apabila berhadapan dengan situasi yang mendesak. Bentuk pengecualiannya
adalah dengan memberi kelonggaran atau keringanan hukum dengan
membenarkan pemilihan alternatif lain kepada setiap orang apabila berhadapan
dengan pelbagai rintangan dan halangan. Berdasarkan kaedah ini, terbentuklah
semua hukum rukhsah dalam syariat Islam.

5.2 CONTOH APLIKASI KAEDAH ASAS 3


Bolehkah anda senaraikan beberapa contoh bagi kaedah ini? Antara contoh yang
terbentuk daripada kaedah ini ialah:

(a) Doktor lelaki diberi kelonggaran boleh melihat aurat wanita ajnabi dengan
tujuan menjalankan rawatan;

(b) Pensyarah atau guru lelaki diberi kelonggaran untuk melihat pelajar wanita
ajnabi dengan tujuan menyampaikan ilmu pengetahuan atau seumpamanya;

(c) Disyariatkan talak (cerai) dan khuluk (tebus talak) untuk kemudahan
kepada pasangan yang tidak serasi; dan

(d) Disyariatkan fasakh disebabkan ada kecacatan atau keaiban pada pasangan
(seperti sakit mental, kaki dera dan penagih dadah).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN
َْ ْ ُ ْ َ ُ َّ َ ْ َ
َّ ‫)الم َـشقة تل ِب‬
(‫اليسِي‬

SEMAK KENDIRI 5.1

Nyatakan maksud al-masyaqqah dan al-taysir menurut terminologi fiqh.

AKTIVITI 5.1

Bincangkan dalam forum myINSPIRE mengenai contoh semasa yang


berkaitan dengan kaedah al-masyaqqah tajlib al-taysir, khususnya
dalam ibadat seharian bagi mukalaf.

5.3 SUMBER ASAL ATAU DALIL KAEDAH


ASAS 3
Asal atau dalil kaedah kesukaran membawa kemudahan adalah berdasarkan atau
merujuk dalil al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW. Mari kita lihat
sebahagiannya dalam Jadual 5.1.

Jadual 5.1: Sumber Asal atau Dalil Kaedah al-Masyaqqah Tajlib al-Taysir

Sumber Dalil

Al-Quran Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 185:

ُ ُ ُ َ َ َ ۡ ُ ۡ ُ ُ ُ َّ ُ ُ
َ ۡ ‫ك ُم ٱ ۡل ُع‬
١٨٥ ‫س‬ ِ ‫ي ِريد ٱ بِكم ٱليس و ي ِريد ب‬
Maksudnya:
Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak
menghendaki kamu menanggung kesukaran.

Firman Allah SWT dalam surah al-Hajj, ayat 78:

َ ۡ ُ َۡ َ ََ َ َ َ
ّ ‫ك ۡم ف‬
ۚ ٖ ‫ِين مِن ح َر‬
‫ج‬ ِ ‫ٱل‬ ِ ‫وما جعل علي‬
Maksudnya:
Dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan
susah payah dalam perkara agama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN  89
َ ْ ْ َّ ‫لم َـ َش َّق ُة َتْل ُِب‬
(‫اليسِي‬
ْ َ ‫)ا‬

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 286:


َّ ۡ َ َّ ُّ َ َ
ۚ ‫يُكلِف ٱ ُ نف ًسا إ ِ ُو ۡس َع َها‬
Maksudnya:
Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan
kemampuannya.

Hadis Nabi Sabda Rasulullah SAW:


Muhammad
َ ْ َّ ّ ْ َ ْ ُ ْ‫بُعِث‬
SAW َ
‫ت بِالنيفِيـةِ السمحـ ِة‬
Maksudnya:
Aku diutus untuk membawa syariat yang benar dan bertoleransi.
(Ahmad, Baqi al-Ansar, Hadis Abi Umamah al-Bahiliy, Bil. 21260)

Sabda Rasulullah SAW:

ٌ ‫الـد ْي َن ي ُ ْس‬
ّ َ َّ
‫ـر‬ ِ ‫إ َن هذا‬
Maksudnya:
Agama itu mudah, tidak memberatkan.
(Al-NasaÊi, Kitab: Al-Iman wa SyaraÊiÊuhu, Bab: Al-Din Yusr,
Bil. 4948. Al-Bukhari, Kitab: Al-Iman, Bil. 38)

Sabda Rasulullah SAW:

ُ ِ ّ ‫س ْوا َو َ ُت َع‬
‫س ْوا‬ ُ ِّ َ ‫ي‬
Maksudnya:
Mudahkanlah mereka dan jangan kamu menyulitkan.
(Al-Bukhari, Kitab: Al-Adab, Bab: Qawl al-Nabiy: Yassiru wa la
TuÊassiru, Bil. 5660. Muslim, Kitab: Al-Jihad wa al-Sayr, Bil. 3264)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN
َْ ْ ُ ْ َ ُ َّ َ ْ َ
َّ ‫)الم َـشقة تل ِب‬
(‫اليسِي‬

SEMAK KENDIRI 5.2

Sebutkan satu sumber asal atau dalil bagi kaedah kesukaran membawa
kemudahan daripada al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW.

AKTIVITI 5.2

Anda telah mempelajari beberapa sumber asal atau dalil bagi kaedah
kesukaran membawa kemudahan. Selain yang dinyatakan dalam
Jadual 5.1, cuba anda cari dalil lain daripada ayat al-Quran dan hadis
sahih yang turut sama membincangkan tentang perkara dan kaedah
tersebut. Kongsikan jawapan anda untuk perbincangan dalam forum
myINSPIRE.

5.4 KATEGORI MASYAKAH MENGIKUT


PERSPEKTIF SYARAK
Secara umumnya, apabila masyakah dijadikan sebagai dasar hukum dan
kemudahan syarak, maka ia mempunyai implikasi dalam penetapan hukum.
Penentuan konsep masyakah dan kriteria yang terdapat padanya merupakan
perkara penting untuk dikaji dan dianalisis.

Tahukah anda para ulama telah mengkategorikan kriteria masyakah kepada tiga?
Mari kita lihat tiga kategori ini dalam Rajah 5.1.

Rajah 5.1: Tiga kategori masyakah mengikut perspektif syarak

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN  91
َ ْ ْ َّ ‫لم َـ َش َّق ُة َتْل ُِب‬
(‫اليسِي‬
ْ َ ‫)ا‬

Subtopik seterusnya akan membincangkan ketiga-tiga kategori ini dengan lebih


lanjut.

5.4.1 Kesukaran yang Sangat Berat (al-Masyaqqah


al-‘Azimah)
Menurut pandangan ulama, kesukaran yang sangat berat (al-masyaqqah
al-Âazimah) merupakan sesuatu masyakah dalam situasi yang mendesak atau
mengancam kepentingan secara dharuriyyat khams (darurat melibatkan agama,
nyawa, akal, nasab dan harta).

Tahukah anda kategori masyakah ini wajib diberi rukhsah untuk memelihara jiwa
dan menyelamatkan diri? Hal ini demikian kerana ia memberi implikasi dalam
perlaksanaan ibadat dan ketaatan kepada Allah SWT.

Contohnya, berpuasa siang hari pada bulan Ramadan, pada asalnya adalah
masyakah yang ringan. Namun, apabila seseorang itu dalam keadaan sakit yang
kritikal dan dia tidak berupaya untuk berpuasa serta bimbang dengan
keselamatan dirinya, maka Islam agama yang penuh dengan rahmat dan Pencipta
Yang Maha Rahman memberi rukhsah untuk berbuka bagi menghindarkan
nyawanya atau dirinya terancam.

5.4.2 Kesukaran Tahap Pertengahan (al-Masyaqqah


al-Mutawassitah)
Tahukah anda bahawa masyakah ini perlu diberi penelitian dan kajian yang
terperinci untuk dikategorikan? Mengapakah ini berlaku? Penelitian dan kajian
yang terperinci perlu dibuat kerana sekiranya masyakah tersebut hampir dengan
masyaqqah Âazimah, maka ia memperoleh rukhsah. Namun, sekiranya ia hampir
dengan masyaqqah khafifah, maka ia tidak memperoleh rukhsah syarak tersebut.
Apakah contoh bagi masyakah ini? Contoh bagi masyakah yang hampir dengan
masyaqqah Âazimah ialah:

Suatu lapangan terbang terbakar dan menjejaskan kesemua sistem operasi


penerbangannya sewaktu musim haji. Oleh itu, ia tidak berupaya untuk
beroperasi seperti biasa. Disebabkan masalah ini, jemaah haji pada musim
tersebut tidak dapat melaksanakan haji mereka. Maka, status hukum dalam
situasi sedemikian ialah tidak wajib bagi mereka melakukan ibadat haji.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN
َْ ْ ُ ْ َ ُ َّ َ ْ َ
َّ ‫)الم َـشقة تل ِب‬
(‫اليسِي‬

Bagi masyakah yang hampir dengan masyaqqah khafifah, contohnya berasa


sedikit sakit atau pening apabila berasak-asak semasa melakukan ibadat haji, ia
tidak dikira sebagai kesukaran tahap pertengahan. Hal ini demikian kerana sakit
yang ringan itu tidak akan mempengaruhi hukum dan tidak perlu dianggap
sebagai sesuatu yang menyukarkan. Perlu diingat bahawa menghasilkan
kepentingan ibadat itu adalah lebih awla (utama) daripada menolak masyakah
yang kecil ini yang biasanya tidak dipedulikan dan diabaikan.

5.4.3 Kesukaran Tahap Ringan (al-Masyaqqah


al-Khafifah) atau Kesukaran Tahap Biasa
(al-Masyaqqah al-‘Adiyah)
Masyakah ketiga, iaitu kesukaran tahap ringan merupakan masyakah yang tidak
dianggap sebagai sesuatu yang perlu diberi rukhsah. Hal ini demikian kerana ia
tidak memberi kesan kepada keringanan hukum. Contohnya, sedikit kesakitan di
jari tangan, kaki atau seumpamanya yang tidak menghalang ibadat. Sakit yang
ringan ini tidak menjejaskan status hukum kerana kepentingan ibadat dan
kemuliaannya adalah lebih wajar diutamakan berbanding sakit ini.

5.5 KRITERIA MASYAKAH YANG MEMBAWA


KEMUDAHAN
Tahukah anda terdapat empat kriteria masyakah yang memperoleh kemudahan?
Empat kriteria masyakah yang memperoleh kemudahan adalah seperti yang
berikut:

(a) Masyakah yang tidak ada pertembungan dengan nas syarak atau qatÊi;

(b) Masyakah yang melebihi batasan keupayaan ataupun di luar kemampuan


seseorang. Namun jika sebaliknya, iaitu kesukaran di tahap biasa (masyakah
Âadi ) yang mana ia sememangnya perlu dihadapi, maka ia tidak memberi
apa-apa kesan hukum kepadanya. Contohnya, usaha atau kerja keras untuk
memperoleh rezeki;

(c) Masyakah yang memberatkan mukalaf dalam melakukan ibadat; dan

(d) Tidak terdiri daripada masyakah yang sememangnya perlu ditanggung oleh
mukalaf seperti masyakah dalam berjihad fi sabilillah ataupun masyakah
yang dihadapi dalam menerima hukuman hudud seperti hukuman sebatan
bagi orang yang meminum arak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN  93
َ ْ ْ َّ ‫لم َـ َش َّق ُة َتْل ُِب‬
(‫اليسِي‬
ْ َ ‫)ا‬

5.6 FAKTOR KERINGANAN SYARAK


Apakah faktor keringanan syarak? Terdapat tujuh faktor keringanan yang diberi
oleh syarak dalam ibadat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.2.

Rajah 5.2: Tujuh faktor keringanan syarak

Tujuh faktor ini diterangkan dengan lebih lanjut melalui contohnya dalam
Jadual 5.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN
َْ ْ ُ ْ َ ُ َّ َ ْ َ
َّ ‫)الم َـشقة تل ِب‬
(‫اليسِي‬

Jadual 5.2: Contoh Keringanan Syarak

Faktor
Keringanan Contoh
Syarak

َ َّ َ  Qasar solat.
Musafir (‫)السفر‬
 Solat jamak.
 Berbuka puasa.
 Diharuskan meninggalkan solat Jumaat.

Sakit (‫)الم َـرض‬


َ ْ َ  Diharuskan meninggalkan solat Jumaat.
 Meninggalkan puasa (qada apabila sembuh).
 Diharuskan tayamum ketika sukar menggunakan atau
mencari air.

Paksaan (‫لكـراه‬
َ ْ َْ  Kelaparan atau kehausan yang mengancam nyawa.
ِ ‫)ا‬
 Diharuskan makan atau minum benda haram.
 Dipaksa (yang mengancam nyawa) untuk mentalak isteri
tetapi hatinya masih tetap dalam ikatan perkahwinan.
 Dipaksa mensyirikkan Allah SWT tetapi hatinya masih tetap
beriman.

Lupa (‫)النِسيان‬
َ ْ ّ َ  Tidak batal puasa sekiranya makan dan minum dalam
keadaan terlupa.

َ ‫)ا‬
Kejahilan (‫لهل‬
ْ ْ َ  Dimaafkan kejahilan seseorang jika dia mengambil sesuatu
yang haram di sisi agama kerana dia tidak mengetahui
hukumnya seperti mengambil hak orang lain yang disangka
hartanya.

Kesukaran umum  Segala najis yang sukar dihindarkan (dihilangkan dan


yang tidak dapat dielakkan) adalah dimaafkan seperti solat dengan najis yang

َ ْ ْ ‫) ُع ُم ْو ُم‬
dihindarkan sukar dielakkan seperti nanah bisul, percikan air becak di
(‫الَلوى‬
musim hujan dan terkena habuk yang dibawa angin kencang.

Kekurangan  Kanak-kanak dan orang gila tidak dibebankan dengan


ْ َّ َ
(‫)القص‬
tanggungjawab dan taklif syarak.
 Tanggungjawab terhadap kaum wanita adalah lebih ringan
berbanding kaum lelaki.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN  95
َ ْ ْ َّ ‫لم َـ َش َّق ُة َتْل ُِب‬
(‫اليسِي‬
ْ َ ‫)ا‬

5.7 RUKHSAH SYARAK DARI SUDUT


AMALAN IBADAT
Menurut pendapat ulama, rukhsah boleh dikelaskan kepada tujuh kategori.
Apakah kategori tersebut? Mari kita ketahui jawapannya dalam Rajah 5.3.

Rajah 5.3: Tujuh kategori rukhsah dalam ibadat

Tujuh kategori ini diterangkan dengan lebih lanjut menggunakan contoh seperti
dalam Jadual 5.3.

Jadual 5.3: Tujuh Rukhsah Syarak dari Sudut Amalan Ibadat dan Contohnya

Kategori Contoh

Keringanan dengan  Digugurkan kewajipan solat Jumaat disebabkan ada


menggugurkan halangan tertentu.

َْ
kewajipan
َْ
‫)تفِيْف‬
 Digugurkan kewajipan ibadat haji disebabkan keuzuran.
(‫إِسقاط‬

Keringanan dengan  Qasar solat (mengurangkan solat zohor atau asar

ْ ْ َ ‫) َتْفِيْف‬
mengurangkan bebanan menjadi dua rakaat).
(‫تنقِيص‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN
َْ ْ ُ ْ َ ُ َّ َ ْ َ
َّ ‫)الم َـشقة تل ِب‬
(‫اليسِي‬

Keringanan dengan  Menukarkan ibadat puasa kepada berbuka bagi orang

َ ْ ‫) َتْفيْف‬
gantian atau penukaran yang uzur.
(‫إِبدال‬ ِ  Menggantikan posisi solat bagi orang sakit yang tidak
mampu berdiri kepada duduk, baring atau
menggunakan isyarat.

Keringanan dengan  Solat jamak takdim dalam musafir.

ْ ْ َ ‫) َتْفيْف‬
mendahulukan
 Mendahulukan pembayaran zakat sebelum cukup haul
(‫تقدِيم‬ ِ atau sebelum sampai waktunya.

Keringanan dengan  Solat jamak takhir dalam musafir.

ْ َْ ْ َْ
penangguhan
 Menangguhkan ibadat puasa dalam musafir.
(‫)تفِيف تأخِي‬
 Mentakhirkan solat demi menyelamatkan mangsa
kebakaran, lemas, rogol dan seumpamanya.

Keringanan mendapat  Diharuskan makan bangkai kerana terdesak.


pengecualian daripada
 Diharuskan minum arak kerana terpaksa sebab terlalu
ْ َْ ْ َْ
hukum asal

(‫)تفِيف ترخِيص‬
dahaga dan ketiadaan air lain untuk diminum.

 Diharuskan bekerja di bank yang ada riba kerana


terdesak.

 Diharuskan bekerja di kilang arak kerana terdesak dan


kerana tiada pekerjaan selainnya tetapi dalam masa
yang sama, dia perlu berusaha untuk mencari pekerjaan
lain yang relevan dengan kehendak agama Islam.

Keringanan mengubah  Menukar atau mengubah formasi solat ketika dalam

ْ ْ َ ‫) َتْفيْف‬
atau menukar situasi ketakutan dan ketika menghadapi musuh.
(‫تغيِي‬ ِ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN  97
َ ْ ْ َّ ‫لم َـ َش َّق ُة َتْل ُِب‬
(‫اليسِي‬
ْ َ ‫)ا‬

5.8 RUKHSAH SYARAK DARI SUDUT STATUS


HUKUM
Sekarang, mari kita pelajari bentuk rukhsah syarak dari sudut status hukum.
Tahukah anda para ulama mazhab Syafii membahagikan rukhsah kepada lima
kategori? Apakah lima kategori ini? Mari kita lihat jawapannya dalam Rajah 5.4.

Rajah 5.4: Lima kategori rukhsah syarak dari sudut status hukum

Lima kategori ini dijelaskan dengan lebih lanjut secara contoh dalam Jadual 5.4.

Jadual 5.4: Lima Rukhsah Syarak dari Sudut


Status Hukum dan Contohnya (Mazhab Syafii)

Kategori Contoh

Rukhsah wajib  Memakan bangkai.


َ ْ ُ
َ ‫خ َصة‬
(‫جبـة‬
ِ ‫وا‬ ‫)ر‬  Minum arak.

 Berbuka puasa ketika terdesak kerana kelaparan yang boleh


membawa kemudaratan diri. Ia rukhsah yang wajib dilakukan
demi menyelamatkan nyawa.

Rukhsah sunat  Qasar solat.


ْ ُ
َ ْ ُ ْ َ ‫خ َصة‬
(‫مندوبـة‬ ‫)ر‬  Berbuka puasa dalam musafir.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN
َْ ْ ُ ْ َ ُ َّ َ ْ َ
َّ ‫)الم َـشقة تل ِب‬
(‫اليسِي‬

Rukhsah harus  Akad jual beli salam.


ْ ُ
َ َ ُ ‫خ َصة‬
(‫مباحـة‬ ‫)ر‬  Sewaan rumah.

 Pinjaman atau berhutang untuk membeli kereta atau rumah dan


akad muamalat yang seumpamanya. Ia rukhsah harus yang
diberi oleh syarak kerana merupakan keperluan.

Rukhsah  Qasar atau jamak solat.


menyalahi
keutamaan  Berbuka puasa dalam musafir bagi orang yang tidak mengalami
ُ َ ْ
ِ ‫ُرخ َصة‬
kesukaran.
( ‫خ ف‬
َ َْ  Melafazkan kekufuran ketika dipaksa dalam keadaan hati tetap
‫)ال ْول‬ beriman.

Rukhsah makruh  Qasar solat yang musafirnya kurang daripada dua marhalah.
َْ ُْ َ َ ْ ُ
(‫)رخصة مكروهـة‬

5.9 CABANG ATAU PECAHAN KAEDAH


ASAS 3
Tahukah anda terdapat dua bentuk pecahan yang terletak di bawah kaedah asas
kesukaran membawa kemudahan? Dua pecahan kaedah tersebut adalah seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 5.5.

Rajah 5.5: Dua pecahan Kaedah Asas 3 (kesukaran membawa perubahan)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN  99
َ ْ ْ َّ ‫لم َـ َش َّق ُة َتْل ُِب‬
(‫اليسِي‬
ْ َ ‫)ا‬

Bagaimanakah dua pecahan kaedah ini boleh diaplikasikan? Mari kita lihat
Jadual 5.5 untuk mempelajarinya dengan lebih lanjut.

Jadual 5.5: Dua Cabang atau Pecahan Kaedah daripada


Kaedah al-Masyaqqah Tajlib al-Taysir

Pecahan Maksud Contoh

Apabila sesuatu itu Apabila sesuatu masyakah itu hilang, Seseorang tidak
longgar atau luas, maka hukum pelaksanaannya kembali boleh sewenang-
hukumnya menjadi pada asalnya. Antara lain, maksudnya wenang memilih
sempit ialah status hukum itu luas ketika tayamum

َ َ ُ ْ َ ْ َ َ َّ َ
situasi darurat dan apabila situasi berbanding wuduk
(‫ضاق‬ ‫)إِذا اتسع المر‬ darurat itu hilang, maka hukumnya dalam urusan
disempitkan kembali seperti hukum bersuci, melainkan
asalnya. ada sebab rukhsah
seperti sakit atau
Imam Ghazali (1999) dalam karyanya tiada air.
IhyaÊ ÂUlum al-Din telah
menggabungkan kedua-dua kaedah
tersebut dengan ungkapan:
َ َ َ ْ ّ َ َ َ َ َ َ َ ُّ ُ
‫ض ّ ِده‬
ِ ِ ‫اوز ع ْن ح ِده ِ انعك َس إ‬ ‫ك ما ت‬
Maksudnya:
Setiap yang melampaui batas, maka
hukumnya dikembalikan kepada yang
berlawanannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN
َْ ْ ُ ْ َ ُ َّ َ ْ َ
َّ ‫)الم َـشقة تل ِب‬
(‫اليسِي‬

Apabila sesuatu itu Sesuatu perkara itu apabila sukar Apabila ketiadaan
sempit, hukumnya dan menyempitkan manusia, maka air untuk berwuduk,
menjadi luas hukumnya menjadi luas. Dengan kata maka hukumnya

َ(‫اق ْالَ ْم ُر إت َّ َسع‬


َ َ َ
lain, segala sesuatu itu apabila sukar menjadi luas dengan
ِ ‫)إِذا ض‬ dilakukan, hukum pelaksanaannya mengharuskan
akan menjadi mudah dan longgar. tayamum.

Menurut Syeikh ÂIzzuddin bin ÂAbd


al-Salam, kaedah ini bertepatan dengan
syariat Islam yang dibina berdasarkan
prinsip kemudahan dan bukannya
menyukarkan. Ia merupakan rahmat
pensyariatan Islam untuk membawa
kebahagiaan kepada umatnya atau
manusia seluruhnya di dunia dan
akhirat dengan memberikan
keringanan sepanjang dalam situasi
yang merumitkan dan membebankan.

Dalam keadaan demikian, Islam


memperluaskan hukum bagi
kesempitan tersebut untuk
menghilangkan masyakah yang wujud.
Selain itu, kaedah ini juga berasal
daripada fatwa dan pendapat Imam
Syafii ketika beliau ditanya beberapa
soalan berkaitan permasalahan fiqh.

SEMAK KENDIRI 5.3

1. Jelaskan tiga kategori masyakah mengikut perspektif syarak


berserta contohnya.

2. Apakah kriteria masyakah yang membawa kemudahan?

3. Nyatakan tujuh faktor keringanan syarak.

4. Terangkan kategori rukhsah syarak dari sudut amalan ibadat dan


dari sudut status hukum.

5. Kemukakan dua pecahan kaedah yang terbentuk daripada kaedah


kesukaran membawa kemudahan berserta contoh yang relevan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN  101
َ ْ ْ َّ ‫لم َـ َش َّق ُة َتْل ُِب‬
(‫اليسِي‬
ْ َ ‫)ا‬

5.10 PERANAN KAEDAH ASAS 3 DALAM


MEMUTUSKAN SESUATU HUKUM DAN
FATWA DI MALAYSIA
Akhir sekali, mari kita pelajari peranan kaedah fiqh yang ketiga ini dari sudut
sumber hukum, hujah sokongan dan implikasinya dalam memutuskan sesuatu
hukum dan fatwa di Malaysia. Mari kita lihat peranannya satu persatu dalam
subtopik seterusnya.

5.10.1 Kaedah Fiqh sebagai Sumber Hukum


Kaedah kesukaran membawa kemudahan dan kaedah pecahannya merupakan
antara kaedah yang berperanan dalam menentukan dan menyelesaikan isu fiqh
semasa. Mufti dan ulama telah mengguna pakai kaedah fiqh ini dalam
memutuskan hukum dan fatwa. Malah, dengan adanya kaedah fiqh tersebut, ia
dapat membantu mufti dan ulama menyelesaikan pelbagai permasalahan yang
timbul.

5.10.2 Kaedah Fiqh sebagai Hujah Sokongan


Penggunaan kaedah fiqh oleh mufti dan ulama sebagai hujah sokongan dalam
menentukan hukum dan fatwa dapat diteliti dalam perkara yang berikut:

(a) Hukum Penggunaan Penandaan Berdakwat bagi Pesakit Kanser


Keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal
Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-90 yang bersidang pada tarikh 1 Mac
2010 membincangkan hukum penggunaan tanda berdakwat bagi pesakit
kanser.

Muzakarah memutuskan bahawa penggunaan tanda dakwat untuk rawatan


pesakit kanser dengan menggunakan dakwat Holbein drawing ink yang
telah disahkan kandungannya tidak mengandungi najis adalah diharuskan
dan pesakit boleh berwuduk seperti biasa, memandangkan dakwat tersebut
hanya dimasukkan di bawah permukaan kulit.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN
َْ ْ ُ ْ َ ُ َّ َ ْ َ
َّ ‫)الم َـشقة تل ِب‬
(‫اليسِي‬

Antara hujah yang diguna pakai dalam isu ini adalah seperti yang berikut:

(i) Penandaan berdakwat bagi pesakit kanser adalah salah satu daripada
kaedah perubatan yang memberikan kemudahan kepada pesakit
kanser yang perlu mendapat rawatan di semua hospital seluruh negeri
di Malaysia. Kajian oleh Jabatan Kimia Malaysia ke atas dakwat yang
digunakan, iaitu Holbein drawing ink adalah untuk memastikan tiada
kandungan najis atau sebarang kandungan alkohol di dalamnya;

Kajian tersebut mendapati bahawa lemak atau minyak haiwan tidak


dikesan dengan menggunakan teknik FAME, kromatografi gas
(GC ă gas chromatography) dan hanya mengandungi terbitan sebatian
etanol (alkohol);

(ii) Dengan penggunaan kaedah penandaan berdakwat ini, pesakit tidak


perlu menjalani proses penandaan secara berulang kali
memandangkan kesan dakwat tersebut akan berkekalan selama empat
hingga lima bulan dan ia tidak menyebabkan dakwat tersebut
terperangkap pada sel fibroblast (sel perut) yang berada di lapisan
dermis kulit;

(iii) Islam meletakkan kaedah kesukaran membawa kemudahan untuk


memudahkan kesukaran itu diatasi dengan mengambil sesuatu yang
mudah atau senang. Kaedah ini meletakkan bebanan bagi perkara
yang susah, dapat dimudahkan bagi keringanan sesuatu urusan; dan

(iv) Dalam isu penyakit pula, maka rukhsah adalah lebih diutamakan
kepada pesakit sehingga diharuskan untuk bertayamum kerana
ditakuti akan menyebabkan penyakit merebak dan lambat sembuh.

(b) Hukum Pemindahan Organ


Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada tarikh 23 dan 24 Jun 1970
telah membincangkan pemindahan organ, secara khususnya tentang
pemindahan jantung dan mata. Persidangan ini telah memutuskan bahawa
pemindahan jantung dan mata orang yang telah meninggal dunia kepada
orang yang masih hidup adalah dibenarkan (harus) dalam Islam dengan
beberapa pertimbangan yang telah dipersetujui seperti pemindahan organ
yang dilakukan bagi tujuan rawatan ialah pilihan terakhir bagi
menyelamatkan nyawa pesakit yang menghidap kegagalan organ peringkat
akhir.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN  103
َ ْ ْ َّ ‫لم َـ َش َّق ُة َتْل ُِب‬
(‫اليسِي‬
ْ َ ‫)ا‬

Kaedah fiqh yang diguna pakai dalam hukum pemindahan organ ini adalah
berasaskan realiti bahawa pemindahan organ ini dilakukan dalam keadaan
terdesak. Hal ini demikian kerana tidak ada pilihan lain bagi
menyelamatkan nyawa pesakit. Dengan kata lain, pemindahan organ
dilakukan dalam keadaan yang sangat mendesak dan mustahak.
Keselamatan nyawa pesakit adalah amat bergantung pada pemindahan
organ tersebut.

Antara kaedah fiqh yang digunakan ialah kesukaran membawa kemudahan.


Pemindahan organ ialah ikhtiar yang diilhamkan oleh Allah SWT kepada
manusia sebagai kemudahan bagi mengatasi kesukaran yang dihadapi oleh
pesakit kegagalan organ peringkat akhir. Hal ini adalah bertepatan dengan
ayat al-Quran yang bermaksud:

⁄Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak


menghendaki kamu menanggung kesukaran...

(Surah al-Baqarah, 2:185)

(c) Hukum Pelaksanaan Ibadat bagi Pesakit yang Menggunakan Beg Kolostomi
Keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal
Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-79 yang bersidang pada tarikh 6 hingga
8 September 2007 telah membincangkan hukum pelaksanaan ibadat bagi
pesakit yang menggunakan beg kolostomi. Muzakarah ini telah
memutuskan bahawa:

(i) Pesakit yang menggunakan beg kolostomi dikategorikan sebagai


mereka yang mengalami masalah darurat dan tidak dianggap sebagai
menanggung najis. Oleh itu, mereka tidak perlu mengosongkan atau
membersihkan beg kolostomi setiap kali berwuduk atau menunaikan
solat; dan

(ii) Wuduk yang diambil oleh pesakit harus digunakan untuk


melaksanakan semua ibadat termasuk menunaikan solat fardu
sehingga wuduk tersebut terbatal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN
َْ ْ ُ ْ َ ُ َّ َ ْ َ
َّ ‫)الم َـشقة تل ِب‬
(‫اليسِي‬

Keterangan atau hujah yang menyokong hukum ini ialah:

(i) Istilah „kolostomi‰ merujuk kepada keadaan sebahagian usus besar


(kolon) di dalam abdomen yang dibuka dan pembukaannya
disalurkan ke bahagian dinding abdomen dan dilekatkan pada kulit.
Hujung usus ke bahagian dubur (rektum) tidak lagi dapat berfungsi
seperti biasa. Beg kolostomi dipasang pada abdomen yang ditebuk di
mana usus keluar daripada dinding abdomen tersebut. Pengeluaran
najis tidak akan dapat dikawal sama sekali oleh pesakit;

(ii) Kebanyakan pesakit kolostomi merasa waswas untuk menunaikan


amalan fardu ain terutamanya solat. Persoalan yang ditimbulkan
adalah bagaimana harus mereka menguruskan kolostomi mereka
semasa mengambil wuduk dan semasa menunaikan fardu solat.
Adakah mereka perlu mengosongkan pundi kolostomi mereka setiap
kali mengambil wuduk atau untuk menunaikan solat? Adakah wuduk
akan terbatal dengan sebab keluar najis tanpa boleh dikawal ke dalam
pundi kolostomi?;

(iii) Isu batal wuduk apabila keluar sesuatu menerusi salah satu daripada
dua kemaluan seperti yang dibahaskan oleh ulama adalah dalam
konteks orang yang sihat. Bagi yang berpenyakit atau mengalami
masalah keluar sesuatu di luar kawalan, Islam memberikan kaedah
penyucian dan pelaksanaan ibadat kerana mereka dianggap orang
yang dalam keuzuran;

(iv) Masalah kolostomi berbeza dengan masalah sulus al-bawl kerana


kebersihannya lebih terjamin. Oleh itu, dari sudut hukum, ia tidak
boleh diqiaskan kepada mereka yang mengalami sulus al-bawl;

(v) Memandangkan pengeluaran najis bagi mereka yang mengalami


masalah kolostomi tidak boleh dikawal, mereka dianggap berada
dalam keadaan darurat yang tidak terikat dengan taklif syarak dalam
beberapa aspek ibadat. Mereka juga tidak dianggap sebagai
menanggung najis dan boleh melaksanakan semua ibadat;

(vi) Pesakit kolostomi dibolehkan mengambil sekali wuduk untuk semua


ibadat yang hendak dilaksanakan sekiranya wuduk tersebut tidak
terbatal. Namun, sekiranya tiada kesukaran bagi mereka untuk
memperbaharui wuduk, ia adalah disunatkan; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN  105
َ ْ ْ َّ ‫لم َـ َش َّق ُة َتْل ُِب‬
(‫اليسِي‬
ْ َ ‫)ا‬

(vii) Islam ialah agama yang memberi kemudahan berdasarkan dalil


daripada al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW yang banyak
membincangkan perkara tersebut. Keharusan dalam permasalahan ini
juga berdasarkan kaedah kesukaran membawa kemudahan dan
kaedah pecahannya iaitu apabila sesuatu itu sempit, hukumnya
menjadi luas. Oleh itu, pesakit tidak wajar disyaratkan untuk
mengosongkan atau membersihkan beg kolostomi setiap kali
berwuduk kerana ia akan menyukarkan mereka melakukan ibadat.

5.10.3 Implikasi Pemakaian Kaedah Fiqh


Apakah implikasi penggunaan kaedah fiqh dalam memutuskan sesuatu kes?
Antara implikasi penggunaan kaedah fiqh dalam memutuskan sesuatu kes adalah
seperti yang berikut:

(a) Menjadi sandaran hukum kepada mufti dan ulama;

(b) Membantu mufti dan ulama untuk mengenal pasti isu yang dipertikaikan;

(c) Membantu mufti dan hakim memutuskan sesuatu isu yang dipertikaikan
dengan sebaik-baiknya berdasarkan kaedah fiqh;

(d) Sebagai hujahan mufti kepada isu yang tidak mempunyai sumber hukum
yang jelas; dan

(e) Menjadi prinsip asas dalam memutuskan sesuatu hukum bagi isu atau
permasalahan fiqh yang timbul.

SEMAK KENDIRI 5.4

Kemukakan tiga contoh perlaksanaan Kaedah Asas 3 dalam isu fiqh


kontemporari di Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN
َْ ْ ُ ْ َ ُ َّ َ ْ َ
َّ ‫)الم َـشقة تل ِب‬
(‫اليسِي‬

AKTIVITI 5.3

Dalam forum myINSPIRE, bincangkan:

(a) Implikasi utama yang akan timbul sekiranya kaedah kesukaran


membawa kemudahan tidak digunakan dalam perundangan
Islam.

(b) Bolehkah seseorang membuat solat jamak semata-mata untuk


menonton perlawanan bola sepak?

(c) Bolehkah seseorang membuat jamak takhir kerana hadir


mesyuarat penting yang memakan masa dua waktu solat?

 Kaedah al-masyyaqqah tajlib al-taysir membawa maksud kesukaran


membawa kemudahan. Melalui kaedah ini, Islam memberi pengecualian
kepada manusia dalam bentuk rukhsah apabila berhadapan dengan situasi
yang mendesak. Berdasarkan kaedah ini, terbentuklah semua hukum rukhsah
dalam syariat Islam.

Ć Kaedah ini juga disebut al-qawaÊid al-khams al-kubra atau al-qawaÊid


al-asasiyyah.

Ć Antara contoh bagi kaedah ini ialah doktor lelaki diberi kelonggaran boleh
melihat aurat wanita ajnabi dengan tujuan menjalankan rawatan, disyariatkan
talak (cerai) dan khuluk (tebus talak) untuk kemudahan kepada pasangan
yang tidak serasi.

Ć Sumber asal atau dalil bagi kaedah ini ialah al-Quran dan hadis Nabi
Muhammad SAW.

Ć Terdapat tiga kategori masyakah mengikut perspektif syarak, iaitu kesukaran


yang sangat berat (al-masyaqqah al-Âazimah), kesukaran tahap pertengahan
(al-masyaqqah al-mutawassitah) dan kesukaran tahap ringan (al-masyaqqah
al-khafifah).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN  107
َ ْ ْ َّ ‫لم َـ َش َّق ُة َتْل ُِب‬
(‫اليسِي‬
ْ َ ‫)ا‬

Ć Terdapat empat kriteria masyakah, iaitu:

 Masyakah yang tidak ada pertembungan dengan nas syarak atau qatÊi;

 Masyakah yang melebihi batasan keupayaan ataupun di luar kemampuan


seseorang;

 Masyakah yang memberatkan mukalaf dalam melakukan ibadat; dan

 Tidak terdiri daripada masyakah yang sememangnya perlu ditanggung


oleh mukalaf.

 Tujuh faktor keringanan yang diberi oleh syarak apabila seseorang mukalaf
itu berhadapan dengan kesukaran yang sukar dielakkan adalah dalam
musafir, sakit, dipaksa, terlupa, jahil, kesukaran umum dan kekurangan.

 Terdapat tujuh rukhsah syarak dalam ibadat, iaitu takhfif isqat, takhfif tanqis,
takhfif ibdal, takhfif taqdim, takhfif taÊkhir, takhfif tarkhis dan takhfif taghyir.

 Lima rukhsah syarak dalam status hukum ialah rukhsah wajib, rukhsah sunat,
rukhsah harus, rukhsah menyalahi keutamaan dan rukhsah makruh.

 Terdapat dua pecahan atau cabang yang terbentuk daripada kaedah


al-masyyaqqah tajlib al-taysir, iaitu apabila sesuatu itu longgar atau luas,
hukumnya menjadi sempit dan apabila sesuatu itu sempit, hukumnya menjadi
luas.

 Kaedah Asas 3 memainkan peranan dan implikasi yang penting dalam


memutuskan sesuatu hukum dan fatwa di Malaysia. Antaranya ialah
penentuan hukum bagi pelbagai keadaan perubatan.

 Antara implikasi bagi kaedah ini adalah menjadi sandaran hukum kepada
para mufti dan ulama serta membantu mufti dan ulama untuk mengenal pasti
isu yang dipertikaikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN
َْ ْ ُ ْ َ ُ َّ َ ْ َ
َّ ‫)الم َـشقة تل ِب‬
(‫اليسِي‬

ÂIza ÂittasaÊa al-amr dhaqa Paksaan


ÂIza dhaqa al-amr ittasaÊa Rukhsah harus
Al-qawaÊid al-khams al-kubra Rukhsah makruh
Al-Quran Rukhsah menyalahi keutamaan
Hadis Nabi Muhammad SAW Rukhsah sunat
Jahil Rukhsah wajib
Kekurangan Sakit
Kesukaran membawa kemudahan Takhfif ibdal
Kesukaran tahap pertengahan Takhfif isqat
Kesukaran tahap ringan Takhfif taÊkhir
Kesukaran umum yang tidak dapat Takhfif taghyir
dihindarkan
Takhfif tanqis
Kesukaran yang sangat berat
Takhfif taqdim
Lupa
Takhfif tarkhis
Musafir

Ab Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Perbahasan kaedah-kaedah fiqh. Kuala
Lumpur, Malaysia: Pustaka Salam.

Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad. (1999). Ihya ulum al-din (Jil. 3 dan 4).
Kaherah, Mesir: Dar al-Fajr li al-Turath.

Al-Nadwi, ÂAli Ahmad. (2000). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik, Syria: Dar


al-Qalam.

Al-Suyuti, Jalal al-Din ÂAbd al-Rahman. (1378). Al-asybah wa al-nazaÊir fi qawaÊid


wa furuÊ fiqh al-syafiÊiyyah. Beirut, Lubnan: Dar al-Fikr.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KAEDAH ASAS 3: KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN  109
َ ْ ْ َّ ‫لم َـ َش َّق ُة َتْل ُِب‬
(‫اليسِي‬
ْ َ ‫)ا‬

Al-ZarqaÊ, Ahmad Muhammad. (2007). Syarh al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik,


Syria: Dar al-Qalam.

Ibn Salih, ÂUmar. (2004). Al-madkhal ila dirasat al-fiqh al-Islam. Sharjah, Emiriah
Arab Bersatu: Markaz al-Bihus wa al-Dirasat.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2019). e-SMAF: Sumber maklumat al-ahkam


al-fiqhiyyah. Dicapai dari http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/
main/mainv1/fatwa/3

Muhammad ÂAzzam ÂAbd al-ÂAziz. (2004). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah: Dirasat


Âamaliyyah tahliliyyah muqaranah. Kaherah, Mesir: Universiti al-Azhar.

Muhammad Soleh Ahmad. (2002). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Kuala Lumpur,


Malaysia: Pustaka Abdul Majid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kaedah Asas 4:
Kemudaratan
6 Mesti
Dihilangkan
atau
Dihapuskan
ُ َ ُ ُ َ َّ
(‫)الضار يزال‬
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan maksud Kaedah Asas 4 (kemudaratan mesti
dihilangkan atau dihapuskan) berserta contohnya;
2. Menjelaskan istilah penting yang berkaitan dengan Kaedah Asas 4;
3. Mengenal pasti tiga kategori maqasid syariah;
4. Menerangkan sumber asal atau dalil Kaedah Asas 4;
5. Menghuraikan enam pecahan kaedah daripada Kaedah Asas 4; dan
6. Merumuskan cara kaedah ini digunakan dalam isu perubatan
semasa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU  111
ُ ُ ُ َ َّ
DIHAPUSKAN (‫ار ي َزال‬‫)الض‬

 PENGENALAN
Kaedah kemudaratan mesti dihilangkan atau dihapuskan (al-darar yuzal)
merupakan kaedah asas keempat yang utama digunakan oleh ulama dalam
perundangan Islam. Sama seperti tiga kaedah lain yang telah anda pelajari dalam
topik yang lepas, kaedah ini juga merupakah salah satu kaedah yang dikenal
sebagai al-qawaÊid al-khams al-kubra.

Aplikasi kaedah ini adalah cukup meluas dalam pelbagai isu fiqhiyyah. Apakah
kepentingan kaedah ini? Ia penting kerana mengandungi kebaikan yang
menyeluruh kepada syariah Islamiah.

Oleh itu, topik keenam ini akan membincangkan pengertian, contoh dan beberapa
istilah yang berkaitan dengannya. Kemudian, tiga kategori maqasid syariah,
sumber asal atau dalil kaedah dan beberapa pecahan kaedah akan dihuraikan.
Akhirnya, kita akan melihat cara kaedah ini digunakan dalam situasi perubatan
semasa. Jadi, mari kita teruskan!

6.1 PENGERTIAN KAEDAH ASAS 4


Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah ini?

Kaedah kemudahan mesti dihilangkan atau dihapuskan memberi pengertian


bahawa sebarang bentuk kemudaratan (seperti kesakitan, ancaman,
kemusnahan, kerugian, kecacatan, kesukaran, kacau-bilau dan hilang fungsi)
wajib dihilangkan dan dihapuskan sama ada terhadap dirinya sendiri atau
orang lain, terhadap mana-mana individu atau orang awam dan seluruhnya.

Dengan kata lain, apabila telah berlaku sesuatu yang memudaratkan, sedang
berlaku atau akan berlaku yang terdapat padanya sesuatu yang boleh
mendatangkan bahaya, maka ia hendaklah dihapuskan serta-merta.

Oleh itu, sesiapa sahaja tidak boleh sama sekali melakukan atau membuat
kerosakan dan kemudaratan sama ada kemudaratan tersebut berkaitan dengan
hak umum atau hak khusus. Hal ini demikian kerana menurut pandangan Islam,
kemudaratan ini wajib dihapuskan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU
ُ ُ َّ
ُ ‫الض‬
DIHAPUSKAN (‫ار ي َزال‬ َ )

6.2 CONTOH APLIKASI KAEDAH ASAS 4


Apakah contoh aplikasi kaedah ini? Antara contoh yang terbentuk daripada
kaedah ini ialah:

(a) Disyariatkan hudud dan qisas untuk mengelakkan bahaya, ancaman atau
kacau-bilau dalam masyarakat, di samping untuk memelihara lima prinsip
umum atau dharuriyyat al-khams, iaitu nyawa, agama, akal, keturunan dan
harta.

(b) Disyariatkan hukuman takzir untuk mencegah sebarang bentuk bahaya


demi menjaga kemaslahatan umum.

(c) Disyariatkan semua bentuk khiyar yang ditetapkan oleh syarak untuk
menghilangkan bahaya dan mengelakkan sesuatu yang tidak diingini
berlaku. Contohnya, khiyar syarat dalam transaksi jual beli. Ia bertujuan
mengelakkan penipuan dan kerugian berlaku bagi orang yang tidak
berpengalaman dalam urusan jual beli.

Sementara itu, khiyar rukyah pula dilaksanakan untuk menghindarkan


kerugian ketika urusan jual beli yang mana pembeli menerima barang yang
tidak sesuai dan tidak mengikut spesifikasi awal yang diminta pada awal
transaksi.

Dalam khiyar aib pula, pembeli mempunyai hak untuk membatalkan


kontrak jual beli kerana kecacatan barang yang dibelinya, kecuali sekiranya
penjual bersetuju untuk menggantikan barang yang cacat tersebut dengan
barang lain yang sempurna.

(d) Diharuskan memenjarakan atau mengenakan hukuman bagi pengamal


ajaran sesat atau individu yang berpotensi boleh menjejaskan atau
merosakkan akidah umat Islam. Ia diharuskan demi maslahat agama dan
umat Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU  113
ُ ُ ُ َ َّ
DIHAPUSKAN (‫ار ي َزال‬‫)الض‬

Islam merupakan agama yang amat prihatin terhadap lima kepentingan asas
manusia. Lima kepentingan ini juga sama dengan lima prinsip umum yang telah
dinyatakan tadi (lihat Rajah 6.1).

Rajah 6.1: Lima kepentingan asas manusia

Maka, Islam membuka seluasnya semua ruang yang boleh memberi kebaikan dan
kesejahteraan kepada manusia dengan menutup segala ruang yang boleh
menjejaskan kehidupan manusia.

Sehubungan dengan itu, Islam mengharamkan semua perkara yang boleh


mendatangkan kemudaratan kepada lima perkara asas tersebut. Hal ini demikian
kerana sekiranya dibiarkan, ia akan menyebabkan mereka yang terlibat akan
mengalami kesusahan, kerumitan, kerugian dan pelbagai bebanan dalam
kehidupan dan seterusnya, akan turut mengancam dan boleh mengundang
bahaya terhadap kehidupan manusia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU
ُ ُ َّ
ُ ‫الض‬
DIHAPUSKAN (‫ار ي َزال‬ َ )

Oleh itu, ulama dan sarjana Islam telah menetapkan bahawa sesuatu yang boleh
memudaratkan umat Islam adalah wajib dihindarkan dan dihapuskan. Hal ini
selaras dengan ungkapan Imam al-Syatibi yang bermaksud bahawa
sesungguhnya, syariat itu diasaskan untuk membawa kemaslahatan kepada
manusia.

SEMAK KENDIRI 6.1

1. Huraikan dengan jelas maksud kaedah kemudaratan mesti


dihilangkan atau dihapuskan.

2. Jelaskan kepentingan umum kaedah kemudaratan mesti


dihilangkan atau dihapuskan.

3. Nyatakan lima kepentingan asas manusia.

AKTIVITI 6.1

Bincangkan dalam forum myINSPIRE mengenai contoh semasa yang


berkaitan dengan kaedah kemudaratan mesti dihilangkan atau
dihapuskan khususnya dalam ibadat harian anda.

6.3 PENGERTIAN ISTILAH PENTING YANG


TERDAPAT DALAM KAEDAH ASAS 4
Tahukah anda terdapat beberapa istilah penting yang berkait rapat dengan
kaedah ini? Terdapat enam istilah yang berkait rapat dengan Kaedah Asas 4.
Istilah tersebut diterangkan dalam Jadual 6.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU  115
ُ ُ ُ َ َّ
DIHAPUSKAN (‫ار ي َزال‬‫)الض‬

Jadual 6.1: Istilah Penting dalam Kaedah Asas 4

Istilah Definisi

Darurat Ia merujuk situasi seseorang yang amat memerlukannya. Sekiranya


(‫)ضورة‬
perkara tersebut tidak diperoleh atau dihindari, ia akan menyebabkan
dia terdedah kepada bahaya. Dalam konteks ini, ia merujuk ketika tiada
alternatif lain setelah usaha dilakukan dan implikasi buruk atau
kemudaratan secara yakin akan berlaku terhadap salah satu
al-daruriyyat al-khams ( agama, nyawa, akal, harta dan keturunan).

Hajat Ia bermaksud sesuatu yang membawa ke arah kemudahan untuk


(‫)حاجة‬
mencapai apa-apa yang dimaksudkan dan bukan untuk menghindarkan
bahaya seperti dalam keadaan darurat.

ÂAmmah Ia merujuk sesuatu keperluan yang meliputi seluruh umat manusia atau
(‫)عمة‬
dengan kata lain, keperluan umum.

Khassah Ia bermaksud keperluan sesuatu golongan tertentu yang bukan


(‫)خاصة‬
berbentuk individu.

Mafsadah Ia merujuk sesuatu yang mendatangkan kerosakan, kebinasaan,


(‫)مفسدة‬
keburukan dan seumpamanya.

Maslahat Ia bermaksud sesuatu yang mendapat manfaat, faedah dan kebaikan


(‫)مصلحة‬
serta yang memberi kesan positif.

SEMAK KENDIRI 6.2

1. Nyatakan enam istilah yang berkait rapat dengan Kaedah Asas 4.

2. Huraikan dengan jelas pengertian istilah Âammah dan khassah


serta berikan satu contoh yang sesuai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU
ُ ُ َّ
ُ ‫الض‬
DIHAPUSKAN (‫ار ي َزال‬ َ )

AKTIVITI 6.2

Bincangkan dalam forum myINSPIRE mengenai perbezaan antara


darurat dengan hajat.

6.4 KATEGORI MAQASID SYARIAH


Dalam Subtopik 6.2 tadi, ada disebut tentang Imam al-Syatibi. Sekarang, kita
teruskan pembelajaran kita dengan mempelajari maqasid syariah menurut
pandangan al-Syatibi. Menurutnya, maqasid syariah secara dasarnya terdiri
daripada tiga kategori seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.2.

Rajah 6.2: Tiga hierarki maqasid syariah

Hierarki dalam Rajah 6.2 menerangkan bahawa terdapat tiga tahap keperluan
manusia yang amat penting untuk dipenuhi secara seimbang bagi kesejahteraan
kehidupan mereka. Jadual 6.2 memberikan huraian lanjut mengenai ketiga-tiga
tahap keperluan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU  117
ُ ُ ُ َ َّ
DIHAPUSKAN (‫ار ي َزال‬‫)الض‬

Jadual 6.2: Tiga Tahap Keperluan Manusia

Tahap Huraian

Perkara Dalamnya terangkum daruriyyat al-khams (lima keperluan utama)


penting iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta, termasuklah juga
(daruriyyat) maruah yang amat diperlukan oleh setiap manusia. Seandainya salah
satu keperluan tersebut tidak dipenuhi dengan sebaiknya, maka ia
akan memberi kesan yang boleh mengancam kehidupan manusia.

Sebarang perkara dan tindakan yang mencabul kelima-lima perkara


asas tersebut boleh menyebabkan kerosakan. Pengabaiannya juga
boleh menyebabkan kehancuran dan keruntuhan kehidupan
manusia. Contohnya, Islam yang mengharamkan apa-apa jua
tindakan yang boleh mengancam nyawa, akal seseorang sama ada
kepada diri sendiri ataupun orang lain.

Keperluan Ia merupakan satu keadaan mustahak atau penting yang perlu


(hajiyyat) dilakukan oleh manusia bagi mengelakkan kesusahan dalam
kehidupan mereka. Contohnya, mendedahkan aurat sekadar perlu
kepada doktor untuk tujuan perubatan atau seseorang itu berbuka
puasa pada bulan Ramadan dengan sebab sakit atau musafir.

Pelengkap Ia merupakan keperluan oleh manusia untuk menjamin kelancaran


(tahsiniyyat) kehidupan mereka. Contohnya, menjaga adab dalam bersosial dan
berpolitik.

Berdasarkan penjelasan dalam Jadual 6.2 tadi, kita dapat rumuskan bahawa
kesejahteraan kehidupan manusia boleh dicapai sekiranya lima perkara asas
tersebut dijaga dan dipelihara dengan sebaiknya. Oleh sebab itu, ulama telah
mengambil beberapa kaedah hukum untuk menjaganya. Antaranya adalah
dengan menggunakan kaedah kemudaratan mesti dihilangkan atau dihapuskan
dan kaedah cabangan darinya sebagai salah satu mekanisme untuk membantu
dan menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul.

SEMAK KENDIRI 6.3

Jelaskan tiga kategori maqasid syariah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU
ُ ُ َّ
ُ ‫الض‬
DIHAPUSKAN (‫ار ي َزال‬ َ )

6.5 SUMBER ASAL ATAU DALIL KAEDAH


ASAS 4
Apakah asal bagi kaedah ini? Asal atau dalil kaedah ini adalah berdasarkan atau
merujuk dalil al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW. Antaranya adalah
seperti yang disenaraikan dalam Jadual 6.3.

Jadual 6.3: Dalil Kaedah Asas 4

Sumber Dalil

Al-Quran Firman Allah SWT dalam surah al-Talaq, ayat 6:


ََ ْ ُ َ ُ ُّ َ ُ َ َ
٦ ۚ‫آروه َّن لِ ُض ّيِقوا عل ۡي ِه َّن‬ ‫و تض‬
Maksudnya:
Dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat
tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka
(supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu).

Firman Allah SWT dalam surah al-MaÊidah, ayat 64:

ۡ ۡ ُّ ُ َ ُ َّ َ
٦٤ ‫ين‬ ِ ‫ب ٱل ُمف‬
َ ‫س ِد‬ ِ‫ي‬ ‫وٱ‬
Maksudnya:
Allah tidak suka kepada orang yang melakukan kerosakan.

Hadis Nabi
Muhammad
َ ِ َ ‫ض َر َو‬
‫ض َار‬ َ َ َ
SAW
Maksudnya:
Tidak membahayakan diri sendiri dan tidak membahayakan orang lain.
(Ibn Majah, Kitab: al-Ahkam, Bab: Man Bana fi Haqqihi,
Bil. 2332. Malik, Kitab: al-Aqdiyah, Bil. 1234. Ahmad,
Bab: Wa Min Musnad Bani Hasyim, Bil. 2719)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU  119
ُ ُ ُ َ َّ
DIHAPUSKAN (‫ار ي َزال‬‫)الض‬

AKTIVITI 6.3

Kemukakan tiga dalil lain daripada al-Quran yang membincangkan


perkara darurat. Kongsikan jawapan anda dalam forum myINSPIRE.

6.6 CABANG ATAU PECAHAN KAEDAH


ASAS 4
Tahukah anda, daripada kaedah asas kemudaratan mesti dihilangkan (al-darar
yuzal ) terbentuk daripadanya enam kaedah lain? Enam kaedah tersebut adalah
seperti yang disenaraikan dalam Rajah 6.3.

Rajah 6.3: Enam pecahan kaedah daripada Kaedah Asas 4 (al-darar yuzal)

Kita akan mempelajari keenam-enam pecahan kaedah ini dengan lebih lanjut
dalam subtopik seterusnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU
ُ ُ َّ
ُ ‫الض‬
DIHAPUSKAN (‫ار ي َزال‬ َ )

6.6.1 Keadaan Darurat Mengharuskan Perkara yang


Dilarang (al-Darurah Tubih al-Mahzurat )
Apakah maksud kaedah ini?

Kaedah keadaan darurat mengharuskan perkara yang dilarang bermaksud


apabila seseorang itu berhadapan dengan keadaan yang mendatangkan
mudarat kepada dirinya, maka diharuskan pada ketika itu untuk melakukan
perkara yang haram.

Namun, perlu diingat bahawa keharusan itu hanyalah sekadar untuk melepaskan
keadaannya yang dalam keadaan darurat dan dia tidak boleh mengambil
kesempatan untuk berlebih-lebihan serta tidak cenderung untuk melakukannya
melainkan kerana keadaan pada waktu itu sangat memaksanya untuk berbuat
demikian.

Apakah contoh bagi kaedah pecahan ini? Antara contoh bagi pecahan kaedah ini
adalah seperti yang berikut:

(a) Seseorang yang berada dalam keadaan yang tersangat lapar atau dahaga
kerana tidak memperoleh makanan atau minuman yang halal untuk
dimakan atau diminum bagi tempoh yang agak lama. Dengan kata lain,
kebuluran yang boleh membawa maut. Pada waktu itu, dia dibolehkan
makan atau minum makanan atau minuman yang haram setelah dia
berusaha sedaya upayanya mencari makanan dan minuman yang halal.

Keharusan tersebut diharuskan oleh syarak kerana disebabkan oleh


keadaannya pada waktu itu yang sangat terdesak dan terpaksa. Semuanya
adalah demi kemaslahatan dirinya yang terancam supaya dapat
menyelamatkan nyawanya.

(b) Seseorang yang diancam nyawanya supaya dia murtad, maka harus baginya
menuturkan kalimah kufur asalkan hatinya tetap beriman. Hal ini berlaku
kepada ÂAmmar bin Yasir yang telah memilih rukhsah dengan melafazkan
kalimah kufur dalam keadaan darurat. Namun, hatinya tetap teguh dalam
keimanan. Perbuatan ÂAmmar itu adalah dibenarkan dan diakui Allah SWT
dalam firman-Nya dalam surah al-Nahl, ayat 106.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU  121
ُ ُ ُ َ َّ
DIHAPUSKAN (‫ار ي َزال‬‫)الض‬

6.6.2 Apa-apa yang Diharuskan dalam Keadaan


Darurat Dikira Mengikut Kadar Keperluannya
Sahaja (Ma Ubih li al-Darurah Yuqaddar
bi Qadariha)
Tahukah anda bahawa pecahan kaedah kedua ini sebenarnya mengkhususkan
kepada kaedah yang pertama? Hal ini bermakna, keharusan perkara haram itu
ada tempohnya dan bukannya untuk selamanya. Oleh itu, apabila terkeluar
daripada situasi darurat tersebut, maka keharusannya terhapus dan ia kembali
haram.

Dalam erti kata lain, harus bagi seseorang mengambil yang haram kerana keadaan
yang terpaksa, namun setelah keadaan kembali normal, maka hukum keharusan
tadi akan kembali kepada status asalnya iaitu haram.

Oleh itu, wajar syarak memberi batasan dalam mempergunakan rukhsah dalam
darurat tersebut di samping memberikan kita sempadan agar tidak sewenangnya
memanfaatkan kaedah ini. Ia adalah bersifat sekadar menyelamatkan diri
daripada bahaya dan tidak lebih daripada itu.

Antara contoh bagi pecahan kaedah ini ialah:

(a) Keharusan bedah siasat terhadap mayat. Tindakan ini hendaklah diukur
berdasarkan kadar keperluan atau darurat sahaja. Berdasarkan kaedah,
pembedahan tersebut dilakukan bertujuan untuk mengesan unsur jenayah,
mengesan penyakit atau mengeluarkan bayi yang masih hidup daripada
perut ibunya yang telah meninggal dunia. Begitu juga diharuskan
membedah perut mayat kerana hendak mengeluarkan harta bernilai.
Sebaliknya, sekiranya membedah mayat tanpa sebarang sebab syarak atau
berlebihan daripada kadar keperluan, maka ia adalah haram;

(b) Sekiranya tiada doktor wanita, maka diharuskan untuk pesakit wanita
menggunakan khidmat doktor lelaki untuk mendapatkan rawatan. Namun,
doktor lelaki tersebut hanya dibolehkan melihat dan menyentuh tempat
yang sakit sahaja, sekiranya perlu; dan

(c) Dibenarkan memelihara anjing untuk tujuan perburuan dan tidak boleh
memeliharanya dalam jumlah yang banyak, melebihi daripada keperluan
tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU
ُ ُ َّ
ُ ‫الض‬
DIHAPUSKAN (‫ار ي َزال‬ َ )

6.6.3 Kemudaratan Tidak Boleh Dihilangkan dengan


Mendatangkan Kemudaratan yang Lain
(al-Darar la Yuzal bi al-Darar)
Apakah maksud kaedah pecahan ketiga?

Kaedah kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan mendatangkan


kemudaratan yang lain membawa maksud biarpun kemudaratan itu mesti
dihilangkan, namun bukanlah dengan cara menimbulkan bahaya seperti itu
juga, apatah lagi dengan cara mewujudkan kemudaratan yang lebih besar.

Justeru itu, kaedah ini menegaskan bahawa kemudaratan tidak boleh sama sekali
dihilangkan dengan kemudaratan juga. Sekiranya berlaku sedemikian, ia akan
menambahkan masalah yang lebih besar yang semestinya bertentangan dengan
syariat Islam. Hal ini adalah kerana Islam sentiasa mencari jalan untuk menolak
sebarang kemudaratan terhadap manusia dan Islam juga merupakan agama yang
membuka ruang manfaat dan menutup ruang kemudaratan terhadap umatnya.

Boleh anda fikirkan apakah contoh yang boleh dikaitkan dengan kaedah pecahan
ketiga ini? Antara contoh yang terbentuk daripada kaedah al-darar la yuzal bi
al-darar ialah:

(a) Tidak boleh bagi seseorang yang sedang dalam kelaparan atau kehausan
mengambil makanan atau minuman orang lain yang juga akan mati
kelaparan apabila makanannya atau minumannya diambil atau dicuri;

(b) Tidak boleh seorang doktor mengubati pesakitnya yang memerlukan


tambahan darah dengan mengambil darah pesakit lain yang mana apabila
diambil darah pesakit tersebut, ia akan menyebabkan sakitnya menjadi
bertambah parah; dan

(c) Tidak boleh seseorang merosakkan diri orang lain untuk menghindarkan
dirinya daripada bahaya atau merosakkan kehidupan orang lain demi
menyelamatkan kehidupannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU  123
ُ ُ ُ َ َّ
DIHAPUSKAN (‫ار ي َزال‬‫)الض‬

6.6.4 Apabila Bertentangan antara Dua


Kemudaratan, Hendaklah Dihindarkan yang
Lebih Berat dan Dilaksanakan yang Lebih
Ringan (Iza Ta’arad Mufsidatani Ru’iya
A’zamuhuma Dararan Birtikabi Akhaffihima)
Yang berikut ialah maksud kaedah ini.

Kaedah apabila bertentangan antara dua kemudaratan, hendaklah


dihindarkan yang lebih berat dan dilaksanakan yang lebih ringan bermaksud
sekiranya terdapat dua kemudaratan atau perkara yang membahayakan
dalam satu masa secara serentak, penyelesaiannya ialah kemudaratan yang
lebih berat atau besar itu hendaklah dihilangkan dengan melakukan yang
lebih ringan atau kecil mudaratnya.

Dalam erti kata lain, apabila datang pada satu masa secara serentak dua mafsadah
atau lebih, hendaklah diperhatikan dan diteliti mana yang lebih besar bahayanya.
Oleh itu, kita perlu meninggalkan dan menghindarkan mafsadah atau mudarat
yang lebih besar dan melaksanakan yang lebih ringan mudaratnya. Hal ini adalah
kerana itu merupakan penyelesaian yang terbaik di sisi agama Islam.

Mari kita ikuti tiga contoh yang memberikan gambaran lanjut bagaimana kaedah
pecahan keempat ini boleh dilaksanakan:

(a) Doktor diharuskan membedah perut wanita mengandung yang mati, jika
cara tersebut dapat menyelamatkan bayi di dalam kandungannya. Hal ini
adalah kerana kemudaratan membedah mayat adalah lebih ringan
berbanding membiarkan bayi tersebut turut sama mati;

(b) Harus menenggelamkan orang yang terbakar tubuhnya, sekiranya


perbuatan tersebut adalah lebih rendah risikonya dan dapat menyelamatkan
nyawanya; dan

(c) Diharuskan doktor membedah penderma organ untuk diberikan kepada


pesakit kritikal yang memerlukan organ yang mana dengan cara ini, ia dapat
menyelamatkan nyawa penerima organ tersebut. Kemudaratan atau
kesakitan yang ditanggung oleh penderma hasil pembedahan tersebut
dianggap lebih ringan berbanding membiarkan pesakit kritikal tersebut mati
begitu sahaja.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU
ُ ُ َّ
ُ ‫الض‬
DIHAPUSKAN (‫ار ي َزال‬ َ )

6.6.5 Menolak Kerosakan Itu Diutamakan atau


Didahulukan daripada Mengambil Manfaat atau
Kemaslahatan (Dar’u al-Mafasid Muqaddam
‘Ala Jalb al-Masaalih)
Apakah maksud pecahan kaedah kelima?

Kaedah menolak kerosakan itu diutamakan daripada mengambil manfaat


membawa maksud bahawa menolak mafsadah (keburukan) adalah lebih
diutamakan daripada mengambil maslahat (kebaikan).

Dalam erti kata lain, jika keduanya bertembung, maka kita perlu mendahulukan
perkara yang menolak mafsadah.

Oleh itu, usaha pencegahan mafsadah adalah lebih diutamakan daripada usaha
untuk memperoleh manfaat. Hal ini adalah kerana dikhuatiri mafsadah tersebut
akan merebak dan menyebabkan kewujudan mudarat yang lebih besar.

Dalam perkara ini, syarak memberi penekanan yang tegas terhadap perkara yang
dilarang melebihi perkara yang diperintah seperti yang disabdakan oleh
Rasulullah SAW dalam hadisnya yang berikut:

ْ َ‫شء ف‬
ُ‫اج َتن ِ ُب ْوه‬ ُ ُْ ََ َ َ ْ ُْ ََ ْ َ ُْ َُْْ َْ ْ ُ ُْ ََ َ
ٍْ َ ‫ك ْم َع ْن‬ ‫إذا أمرتكم بِأم ٍر فأتوا مِنه ما استطعتم و إِذا نهيت‬
Maksudnya:
Apabila aku perintah melakukan sesuatu, maka hendaklah kamu kerjakannya
seberapa yang kamu mampu dan apabila aku larang kamu daripada sesuatu
perkara, maka hendaklah kamu jauhinya.

(Al-Bukhari, Kitab: Al-IÊtisam bi al-Kitab wa al-Sunnah,


Bab: Al-ÂIqtidaÊ bi al-Sunan Rasulullah. Bil 6744. Muslim,
Kitab: Al-Hajj. Bil. 2380)

Justeru itu, dimaafkan meninggalkan sejumlah kewajipan lantaran adanya


masyakah (kesukaran atau keuzuran) seperti berdiri ketika solat. Namun, perlu
diingat bahawa tiada kompromi sama sekali terhadap perkara yang dilarang,
apatah lagi terhadap perkara yang merupakan dosa besar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU  125
ُ ُ ُ َ َّ
DIHAPUSKAN (‫ار ي َزال‬‫)الض‬

Yang berikut adalah beberapa contoh bagi pecahan kaedah ini:

(a) Tidak diragukan bahawa ada kebaikan dalam poligami, namun jika tidak
diamalkan dengan baik, ia harus dihindari untuk menjaga maslahat
perkahwinan tersebut;

(b) Berkumur dan istinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung) adalah perkara
sunat (maslahat) dalam wuduk. Namun, jika kita berpuasa, perbuatan ini
tidak digalakkan kerana jika kita berlebih-lebih melakukannya, dikhuatiri
boleh membatalkan (mafsadah) puasa akibat tertelan air tersebut;

(c) Menghentikan solat seketika, jika berlaku kecemasan seperti menolong


orang yang lemas, membantu mangsa banjir kilat atau mangsa ragut dan
seumpamanya; dan

(d) Berdusta hukumnya adalah haram. Namun, ia diberi keharusan sekiranya


untuk mendamaikan dua pihak yang bertelagah demi kebaikan hubungan
kedua-dua pihak tersebut.

6.6.6 Keperluan atau Hajat Menempati Kedudukan


Darurat Sama Ada yang Bersifat Umum atau
Khusus (al-Hajah Tanzilu Manzilat al-Darurah
‘Ammah Kanat aw Khassah)
Akhir sekali, mari kita lihat kaedah pecahan keenam. Masihkah anda ingat
Jadual 6.1? Kaedah ini merujuk kepada kedudukan enam istilah penting dalam
kaedah asas keempat ini.

Berdasarkan kaedah tersebut, kita boleh katakan bahawa keperluan manusia sama
ada yang bersifat umum (semua orang) atau yang bersifat khusus (satu golongan
atau perseorangan) boleh beralih kepada status darurat kerana syarak
mempertimbangkan keperluan manusia terhadapnya. Jika hajat ini tidak
diletakkan pada kedudukan darurat, ia boleh menyebabkan manusia terbeban
dan menghadapi kesukaran dalam menjalani kehidupan. Perkara ini adalah
bertentangan dengan syariat Islam kerana Islam merupakan agama yang penuh
dengan toleransi, prihatin terhadap seluruh umatnya. Selain itu, kedatangan Islam
itu sendiri adalah untuk menolak atau membendung kesukaran dan membawa
kemudahan kepada manusia.

Oleh itu, kaedah ini melihat kemudahan tidak hanya terbatas oleh sebab faktor
darurat sahaja. Kemudahan itu juga diberi ke atas faktor hajat, sebagaimana
keringanan itu diharuskan dalam situasi darurat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU
ُ ُ َّ
ُ ‫الض‬
DIHAPUSKAN (‫ار ي َزال‬ َ )

Yang berikut adalah antara contoh bagi kaedah pecahan keenam:

(a) Diharuskan transaksi tempahan (al-salam), sewaan (al-ijarah), upahan


(al-jiÊalah). Biarpun kesemua transaksi ini menyalahi qiyas dalam fiqh Islam,
namun kerana keperluan majoriti masyarakat, maka ia ditempatkan pada
kedudukan darurat. Syarak telah memberi rukhsah (keringanan) dalam
perkara ini, meskipun pada dasarnya transaksi seperti ini tidak sah kerana
pada dasarnya, maksud transaksi tersebut adalah seperti yang berikut (lihat
Jadual 6.4).

Jadual 6.4: Maksud Tempahan, Sewaan dan Upahan

Transaksi Definisi

Tempahan Jual beli barang yang tidak ada ketika transaksi.

Sewaan Ketika melakukan akad, ia belum mempunyai faedah atau manfaat.

Upahan Pengupahan yang masih ada perkara yang tidak diketahui ketika
melakukan akad.

(b) Lelaki boleh memakai pakaian sutera sekiranya mengidap sakit kulit, namun
dalam keadaan biasa adalah diharamkan.

(c) Diharuskan melihat kepada bakal isteri untuk tujuan perkahwinan.

SEMAK KENDIRI 6.4

Nyatakan enam pecahan kaedah yang terbentuk daripada kaedah


kemudaratan mesti dihilangkan atau dihapuskan. Berikan satu contoh
yang relevan bagi setiap kaedah tersebut.

AKTIVITI 6.4

Adakah membuat pinjaman untuk pelaburan dibolehkan (contohnya,


meminjam dengan bank untuk pelaburan Amanah Saham Bumiputera)?
Adakah perbuatan ini boleh dikira sebagai kaedah hajat menempati
kedudukan darurat sama ada yang bersifat umum ataupun khusus?
Bincangkan perkara ini dalam forum myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU  127
ُ ُ ُ َ َّ
DIHAPUSKAN (‫ار ي َزال‬‫)الض‬

6.7 ISU FIQH PERUBATAN SEMASA DAN


KAITANNYA DENGAN KAEDAH ASAS 4
Akhir sekali sebagai penutup, mari kita lihat tiga situasi perubatan semasa yang
boleh dikaitkan dengan aplikasi kaedah asas keempat ini. Tiga situasi tersebut
adalah pemisahan rawatan bagi pesakit yang mati otaknya, suntikan imunisasi
rubela dan hukum eutanasia.

6.7.1 Pemisahan Rawatan Pesakit Mati Otak


(Brain Death)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Elwal Agama Islam
Malaysia kali ke-25 yang bersidang pada 13 Disember 1989 telah membincangkan
tentang pemisahan rawatan bagi pesakit yang mengalami masalah otak mati
(brain death). Muzakarah telah memutuskan bahawa memisahkan rawatan antara
pesakit yang mengalami otak mati dengan pesakit yang masih mempunyai
peluang untuk pulih di unit rawatan rapi adalah tidak bercanggah dengan Islam.

Hal ini berdasarkan keterangan atau hujah yang diguna pakai dengan merujuk
ُ ْ ْ ُ ْ ُ ُ َ ْ ُ َّ َ
kaedah fiqhiyyah ِ ‫الم َـحظ ْو َر‬
‫ات‬ ‫ الضورات تبِيح‬atau kemudaratan mengharuskan
perkara yang dilarang kerana melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan
kematian seseorang adalah diharamkan oleh Islam.

Oleh itu, bersesuaian dengan kaedah yang bermaksud „darurat dikira mengikut
keadaannya‰, maka jika boleh, setiap pesakit tersebut janganlah terus diasingkan
kerana keharusan hukum diberikan, sekiranya berlaku keadaan yang terdesak.
Usaha perubatan hendaklah dilakukan dengan penuh tanggungjawab supaya
rawatan terhadap pesakit ini tidak diabaikan.

6.7.2 Pelalian Rubela (Imunisasi Rubela)


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam
Malaysia kali ke-21 yang bersidang pada 12 September 1988 telah membincangkan
tentang pelalian rubela (imunisasi rubela). Muzakarah telah memutuskan bahawa
vaksin rubela yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada masa
ini tidak bersifat najis dan hukumnya harus digunakan untuk suntikan di dalam
badan bagi mencegah penyakit rubela.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU
ُ ُ َّ
ُ ‫الض‬
DIHAPUSKAN (‫ار ي َزال‬ َ )

Antara keterangan atau hujah bagi hukum ini adalah merujuk kepada kaedah fiqh
ُ ْ ْ ُ ْ ُ ُ َ ْ ُ َّ َ
ِ ‫الم َـحظ ْو َر‬
‫ات‬ ‫الضورات تبِيح‬ atau kemudaratan mengharuskan perkara yang
dilarang. Penggunaan suntikan rubela adalah atas asas hajat kerana hendak
menghindarkan perkara bahaya, iaitu penyakit rubela, maka diharuskan oleh
syarak. Berdasarkan prinsip al-dharuriyat al-khams (menolak kemudaratan
terhadap agama, nyawa, akal, keturunan dan harta), maka suntikan ini adalah
perlu dan diutamakan.

6.7.3 Hukum Eutanasia (Mercy Killing)


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam
Malaysia kali ke-97 yang bersidang pada tarikh 15 hingga 17 Disember 2011 telah
membincangkan mengenai hukum eutanasia (mercy killing). Apakah keputusan
muzakarah tersebut? Yang berikut ialah keputusan muzakarah tersebut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan pakar serta meneliti keterangan,


hujah dan pandangan yang dikemukakan, muzakarah berpandangan bahawa
menghentikan hayat hidup seseorang sebelum dia disahkan mati dengan
menggunakan apa-apa cara dan bersandarkan kepada apa-apa alasan adalah
haram dan dilarang oleh Islam.

Sehubungan itu, muzakarah memutuskan bahawa perbuatan mempercepatkan


kematian melalui amalan eutanasia (sama ada eutanasia secara sukarela, non-
voluntary atau involuntary) atau mercy killing adalah haram menurut Islam
kerana ia menyamai perbuatan membunuh dan ia juga bertentangan dengan
etika perubatan di Malaysia.

Keputusan ini adalah selaras dengan firman Allah SWT dalam surah an-NisaÊ,
ayat 92 yang bermaksud:

Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang Mukmin membunuh seorang Mukmin
yang lain, kecuali dengan tidak sengaja...

Malah, hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh an-NasaÊie turut


menyokong perkara ini (maksudnya):

Sesungguhnya, Rasulullah SAW bersabda, „Janganlah kamu mengharapkan


kematian. Jika seseorang itu baik, boleh jadi dia menambahkan kebaikan dan jika
seseorang itu berbuat dosa, boleh jadi dia bertaubat (dan mengharap reda Allah).‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU  129
ُ ُ ُ َ َّ
DIHAPUSKAN (‫ار ي َزال‬‫)الض‬

Muzakarah juga menegaskan bahawa tugas doktor ialah menolong pesakit dalam
perkara kebaikan. Oleh itu, membantu mempercepatkan kematian tidak termasuk
dalam perkara kebaikan tetapi tergolong dalam perkara yang dilarang dan
berdosa.

Walau bagaimanapun, dalam keadaan yang pakar perubatan telah mengesahkan


bahawa jantung dan/atau otak pesakit telah berhenti berfungsi secara hakiki dan
pesakit disahkan tiada lagi harapan untuk hidup dan hanya bergantung pada
bantuan sokongan pernafasan, maka muzakarah memutuskan bahawa tindakan
memberhentikan alat bantuan sokongan pernafasan tersebut adalah dibenarkan
oleh Islam. Hal ini demikian kerana pesakit telah disahkan mati oleh pakar
perubatan dan sebarang rawatan tidak lagi diperlukan dan tidak lagi berkesan.

Begitu juga, dalam kes yang pakar perubatan telah mengesahkan bahawa pesakit
tiada harapan untuk sembuh dan pesakit telah dibenarkan pulang, maka tindakan
memberhentikan rawatan utama dan hanya rawatan sokongan (conventional
treatment) sahaja yang perlu diteruskan adalah dibenarkan oleh Islam. Hal ini
demikian kerana keadaan seumpama ini tidak termasuk dalam amalan eutanasia
yang diharamkan.

Walau bagaimanapun, jika rawatan atau alat bantuan sokongan tersebut


digunakan bagi tujuan lain seperti alat bantuan mengeluarkan bendalir untuk
memudahkan pernafasan, maka tindakan mencabut atau memberhentikannya
adalah tidak dibenarkan.

Bagi kes yang pakar perubatan terpaksa berhadapan dengan pesakit yang perlu
mempunyai dua pilihan sahaja (sama ada meneruskan rawatan walaupun
berkemungkinan memberi kesan sampingan yang boleh menyebabkan kematian
atau terus berada dalam keadaan kesakitan yang berterusan), maka muzakarah
bersetuju memutuskan bahawa adalah harus bagi pakar perubatan memberikan
rawatan atau ubat-ubatan kepada pesakit (seperti ubat penahan sakit), walaupun
berkemungkinan memberi kesan kepada nyawa pesakit.

ُ ْ ْ ُ ْ ُ ُ َ ْ ُ َّ َ
Sehubungan itu, selaras dengan kaedah fiqh ِ ‫الم َـحظ ْو َر‬
‫ات‬ ‫ الضورات تبِيح‬atau
„dalam keadaan darurat, setiap perkara yang ditegah adalah dibolehkan,‰ amalan
eutanasia secara tidak langsung (euthanasia indirect) atau ubat kesan berganda
(double-effect medication) boleh dilaksanakan menurut pandangan syarak bagi
memastikan kesengsaraan yang dihadapi pesakit dapat dikawal dan
pelaksanaannya tidak langsung bertujuan mempercepatkan kematian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU
ُ ُ َّ
ُ ‫الض‬
DIHAPUSKAN (‫ار ي َزال‬ َ )

Muzakarah juga memutuskan bahawa dalam kaedah perubatan, mati otak


dianggap sebagai kematian dan apabila kematian tersebut disahkan oleh pakar,
maka akan sabit semua hukum berkaitan kematian yang ditetapkan oleh syarak.

Oleh itu, adalah harus rawatan bantuan sokongan (contohnya, penggunaan mesin
ventilator) diberhentikan dengan persetujuan waris terdekat selepas disahkan
oleh dua orang pakar perubatan yang tidak terlibat dalam urusan pendermaan
organ.

SEMAK KENDIRI 6.5

1. Kemukakan pandangan ulama berkaitan dengan kaedah


kemudaratan mesti dihilangkan atau dihapuskan.

2. Kemukakan tiga contoh perlaksanaan kaedah ini dalam fatwa


semasa di Malaysia.

AKTIVITI 6.5

Dalam forum myINSPIRE, jelaskan hukum dan berikan kaedah fiqh


yang bersesuaian bagi permasalahan yang berikut:

(a) Merawat yang bukan mahram dan melihat auratnya;

(b) Mengubati penyakit daripada sumber yang haram dalam keadaan


terdesak yang mana ketika itu tidak ada sebarang ubat yang halal
ditemui; dan

(c) Pembedahan kosmetik untuk merawat kecacatan anggota badan


seperti pembedahan menghilangkan sumbing di mulut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU  131
ُ ُ ُ َ َّ
DIHAPUSKAN (‫ار ي َزال‬‫)الض‬

Ć Kaedah kemudaratan mesti dihilangkan atau dihapuskan (al-darar yuzal )


merupakan kaedah asas keempat yang digunakan oleh ulama, mujtahid,
hakim dan mufti dalam perundangan Islam.

 Kaedah kemudaratan mesti dihilangkan atau dihapuskan membawa maksud


bahawa sebarang bentuk kemudaratan wajib dihilangkan dan dihapuskan
sama ada terhadap dirinya sendiri atau orang lain, terhadap mana-mana
individu atau orang awam dan seluruhnya.

Ć Kaedah ini juga dikenal sebagai salah satu kaedah al-qawaÊid al-khams
al-kubra atau al-qawaÊid al-asasiyyah.

Ć Antara contoh penggunaan kaedah ini adalah disyariatkan hudud dan qisas
untuk mengelakkan ancaman bahaya, disyariatkan semua bentuk khiyar yang
ditetapkan oleh syarak untuk menghilangkan bahaya dan diharuskan
memenjarakan atau dikenakan hukuman bagi orang yang membawa ajaran
sesat.

Ć Terdapat enam istilah yang berkait rapat dengan kaedah ini, iaitu darurat,
hajat, 'ammah, khassah, mafsadah dan maslahat.

Ć Tiga kategori maqasid syariah ialah pelengkap, keperluan dan perkara


penting.

Ć Perkara penting yang merangkumi lima keperluan utama manusia ialah


nyawa, agama, akal, keturunan dan harta.

Ć Keperluan merupakan satu keadaan mustahak atau penting yang perlu


dilakukan oleh manusia bagi mengelakkan kesusahan dalam kehidupan
mereka.

Ć Pelengkap merupakan keperluan oleh manusia untuk menjamin kelancaran


kehidupan mereka.

Ć Terdapat banyak dalil atau asal bagi kaedah kemudaratan mesti dihilangkan
atau dihapuskan daripada al-Quran dan hadis. Antaranya ialah surah
al-Talaq, ayat 6 dan surah al-Baqarah, ayat 23.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU
ُ ُ َّ
ُ ‫الض‬
DIHAPUSKAN (‫ار ي َزال‬ َ )

Ć Terdapat enam kaedah pecahan atau cabang yang terbentuk daripada kaedah
al-darar yuzal, iaitu:

 Keadaan darurat mengharuskan perkara yang dilarang;

 Apa-apa yang diharuskan dalam keadaan darurat dikira mengikut kadar


keperluannya sahaja;

 Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan mendatangkan


kemudaratan yang lain;

 Apabila bertentangan antara dua kemudaratan, hendaklah dihindarkan


yang lebih berat dan dilaksanakan yang lebih ringan;

 Menolak kerosakan itu diutamakan atau didahulukan daripada


mengambil manfaat atau kemaslahatan; dan

 Keperluan atau hajat menempati kedudukan darurat sama ada yang


bersifat umum atau khusus.

 Kaedah al-darar yuzal dan pecahan kaedahnya amat penting dalam


perundangan Islam dan banyak berperanan dalam menyelesaikan
permasalahan fiqh. Antaranya dalam isu perubatan semasa seperti pesakit
yang mengalami masalah kematian otak, pelalian rubela dan hukum
eutanasia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU  133
ُ ُ ُ َ َّ
DIHAPUSKAN (‫ار ي َزال‬‫)الض‬

ÂAmmah Hadis Nabi Muhammad SAW


Agama Hajat
Akal Harta
Al-darar la yuzal bi al-darar Iza taÊarad mufsidatani ruÊiya
aÊzamuhuma dararan birtikabi
Al-darar yuzal (kemudahan mesti akhaffihima
dihilangkan atau dihapuskan)
Keperluan
Al-darurat tubih al-mahzurat
Keturunan
Al-hajah tanzilu manzilat
al-darurah Âammah kanat Khassah
aw khassah
Ma ubih li al-darurah tuqaddar
Al-qawaÊid al-khams al-kubra bi qadariha
Al-Quran Mafsadah
BayÊ al-salam Mashalat
DarÊu al-mafasid muqaddam Nyawa
Âala jalb al-masaalih
Pelengkap
Darurat
Perkara penting

Ab Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Perbahasan kaedah-kaedah fiqh. Kuala
Lumpur, Malaysia: Pustaka Salam.

Abdul Aziz Muhammad Azzam, & Nashr Farid Muhammad Washil. (2009).
Al-madhkal fi al-qawaÊid al-fiqhyyah wa atharuha fi al-ahkam al-syarÊiyyah.
Jakarta, Indonesia: Amzah.

Al-Nadwi, ÂAli Ahmad. (2000). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik, Syria: Dar


al-Qalam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 6 KAEDAH ASAS 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN ATAU
ُ ُ َّ
ُ ‫الض‬
DIHAPUSKAN (‫ار ي َزال‬ َ )

Al-Suyuti, Jalal al-Din ÂAbd al-Rahman. (1378). Al-asybah wa al-nazaÊir fi qawaÊid


wa furuÊ fiqh al-syafiÊiyyah. Beirut, Lubnan: Dar al-Fikr.

Al-ZarqaÊ, Ahmad Muhammad. (2007). Syarh al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik,


Syria: Dar al-Qalam.

Ibn Majah (Abu Abdullah Muhammad Yazid Ar-RabiÊ bin Majah al-Qazwini
al-Hafiz). (1683). Sunan ibn majah. Riyadh, Arab Saudi: Dar al-Salam li
al-Nashr wa al-TawziÊ.

Ibn Salih, ÂUmar. (2004). Al-madkhal ila dirasat al-fiqh al-Islam. Sharjah, Emiriah
Arab Bersatu: Markaz al-Bihus wa al-Dirasat.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2019). e-SMAF: Sumber maklumat al-ahkam


al-fiqhiyyah. Dicapai dari http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/
main/mainv1/fatwa/3

Muhammad ÂAzzam ÂAbd al-ÂAziz. (2004). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah: Dirasat


Âamaliyyah tahliliyyah muqaranah. Kaherah, Mesir: Universiti al-Azhar.

Muhammad Soleh Ahmad. (2002). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Kuala Lumpur,


Malaysia: Pustaka Abdul Majid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kaedah Asas 5:
Adat sebagai
7 Sumber
Rujukan
Hukum
ٌ َ َّ َ ُ ُ َ َ ْ َ
(‫)العـادة مكمة‬
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan maksud Kaedah Asas 5 (adat sebagai sumber rujukan
hukum) berserta contoh penggunaannya;
2. Menjelaskan maksud adat dan uruf dari sudut pandangan ulama;
3. Mengenal pasti sumber asal atau dalil bagi Kaedah Asas 5;
4. Mengenal pasti enam kategori adat dalam syariat Islam dan hujah
ulama mengenainya;
5. Menjelaskan lima syarat harus untuk beramal dengan adat atau
uruf;
6. Mengenal pasti tiga pecahan kaedah daripada Kaedah Asas 5; dan
7. Menyatakan cara kaedah ini dipraktikkan dalam sistem muamalat
di Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM
ٌ َّ َ ُ ُ َ َ ْ َ
(‫)العـادة مك َمة‬

 PENGENALAN
Adat sebagai sumber rujukan hukum (al-Âadah muhakkamah) merupakan kaedah
fiqh asas kelima daripada kaedah fiqhiyyah utama. Ia juga merupakan salah satu
daripada qawaÊid al-khams al-kubra. Kaedah ini amat signifikan dalam proses
penetapan hukum dalam kehidupan manusia yang bersumberkan uruf dan adat.

Untuk makluman anda, ulama mengiktiraf kaedah ini apabila dalam keadaan
ketiadaan nas atau dalil. Dengan kata lain, sesuatu uruf atau adat tidak boleh
diterima sebagai hukum sekiranya perkara itu mempunyai dalil atau nas tertentu.
Begitu juga, sekiranya adat dan uruf itu bercanggah dengan nas atau dalil dalam
hukum syarak, maka ia akan ditolak kerana bertentangan dengan kaedah syarak.

Bilakah kaedah asas kelima ini digunakan? Aplikasi kaedah ini adalah cukup
meluas oleh ulama dalam pelbagai isu fiqhiyyah seperti tradisi, muamalat dan
penghakiman.

Oleh itu, topik ketujuh ini akan membincangkan pengertian kaedah, contoh
aplikasi kaedah dan maksud adat dan uruf dari sudut pandangan ulama.
Kemudian, huraian disambung dengan sumber asal atau dalil kaedah,
kategorinya dan syarat untuk mengamalkan adat dan uruf.

Tidak ketinggalan, kita juga akan mempelajari tiga pecahan kaedah daripada
Kaedah Asas 5 dan melihat cara Kaedah Asas 5 dipraktikkan dalam sistem
muamalat di Malaysia. Mari kita teruskan!

7.1 PENGERTIAN KAEDAH ASAS 5


Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah adat sebagai sumber rujukan hukum?

Kaedah adat sebagai sumber rujukan hukum membawa maksud bahawa


sesuatu adat yang diiktiraf oleh syariat Islam boleh diterima sebagai salah
satu sumber hukum.

Sebarang bentuk tradisi atau budaya yang baik dan menjadi sebahagian daripada
kehidupan masyarakat Islam adalah wajar diterima pakai atau diteruskan. Ia tidak
perlu disingkirkan selagi mana ia tidak bercanggah atau bertentangan dengan nas
syarak ataupun nilai murni. Fuqaha menegaskan bahawa apabila syariah
mengiktiraf adat atau uruf sebagai salah satu sumber hukum, bermakna syariah
berusaha untuk menjaga kemaslahatan masyarakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM  137
ٌ َّ َ ُ ُ َ َ ْ َ
(‫)العـادة مك َمة‬

Islam merupakan agama yang fleksibel dan amat meraikan apa-apa sahaja yang
mendatangkan manfaat dan memberi keselesaan kepada manusia. Oleh itu, Islam
tidak menghalang umatnya mengamalkan sebarang bentuk adat yang baik yang
telah dihayati oleh masyarakat sekian lamanya dan menjadi rutin harian dalam
kehidupan mereka.

Islam dengan penuh pertimbangan dan kasih sayang menghargai adat resam yang
baik bagi umat Islam yang terdiri daripada berbilang bangsa, kaum dan negara di
seluruh dunia. Hal ini demikian kerana Islam melihat perbezaan antara adat
dengan uruf sebagai suatu perkara yang wajar diraikan demi kebahagiaan dan
kebaikan umatnya.

7.2 CONTOH APLIKASI KAEDAH ASAS 5


Sekarang, mari kita lihat beberapa contoh penggunaan kaedah ini dalam
kehidupan masyarakat Islam (lihat Jadual 7.1).

Jadual 7.1: Beberapa Contoh Adat yang Diterima


oleh Syarak dalam Kehidupan Umat Islam

Adat Huraian

Adat penentuan kadar Ia merupakan pemberian wajib daripada suami kepada


mahar (mas kahwin) isteri sebagai simbol penghargaan dalam perkahwinan
yang suci. Islam tidak membatasi mahar kepada harta
tertentu atau jumlah tertentu sama ada minimum atau
maksimum. Hal ini demikian kerana dalam Islam, sesuatu
yang bernilai dan memenuhi syarat yang digariskan dan
mengikut panduan syariat, maka ia diharuskan.

Malah, semua urusan mahar ini diserahkan kepada


masyarakat untuk menentukannya, menurut adat tradisi
mereka. Di samping itu, mahar juga perlu berasaskan aspek
kemampuan dan keredaan antara dua pihak seperti yang
digariskan dalam agama Islam.

Adat pemberian Ia diharuskan sekiranya menjadi amalan tradisi dalam


hantaran perkahwinan perkahwinan sesuatu bangsa seperti masyarakat Melayu di
(hadiah perkahwinan) Malaysia. Namun, dalam keharusan ini menurut Islam, ia
tidak boleh sehingga membebankan mana-mana pihak
kerana itu sudah melanggar syariat.

Apabila adat bertentangan dengan Islam, maka ia tidak


boleh diterima pakai sama sekali. Pemberian hantaran
perkahwinan ini tidak ada nas syarak yang menjelaskan
tentang hukum beramal dengan amalan tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM
ٌ َّ َ ُ ُ َ َ ْ َ
(‫)العـادة مك َمة‬

Pemakaian baju Pemakaian baju yang melambangkan adat dan budaya


tradisional dalam yang menurut aurat tidak ditegah oleh Islam. Contohnya,
sesuatu masyarakat memakai baju Melayu atau baju kurung bagi masyarakat
Melayu. Begitu juga bagi masyarakat Arab yang berpakaian
abaya atau jubah.

Adat „main kutu‰ Ia merupakan amalan bagi kebanyakan masyarakat


setempat di Malaysia. Dalam amalan ini, satu kumpulan
dibentuk dan diketuai oleh seorang ketua yang pada setiap
bulan, semua ahli akan menyumbangkan wang mengikut
jumlah yang telah dipersetujui. Satu undian akan dibuat
untuk menentukan giliran siapa yang akan mendapat wang
terkumpul tersebut. Oleh itu, setiap seorang daripada ahli
kumpulan ini akan menerima wang terkumpul mengikut
giliran masing-masing.

Amalan ini dipraktikkan dengan tujuan saling membantu


antara satu sama lain dalam mengatasi masalah kewangan
dan untuk mengumpul modal. Permainan kutu ini boleh
dikatakan sebagai akad wadiah yang diguna pakai oleh ahli
berkenaan, iaitu semasa menyerahkan wang kutu kepada
ketua kumpulan yang dilantik.

Sistem pawah (pawah Ia merupakan adat sebahagian penduduk di beberapa


haiwan atau tanah) kawasan di Malaysia. Sistem pawah ini ialah satu bentuk
upah yang dipersetujui dan dicapai oleh pihak pengusaha
dan pemilik modal semasa akad dilakukan. Dalam sistem
ini, para pengusaha mengusahakan tanah atau ternakan
milik orang lain (pemilik modal) dan mereka diberi bayaran
dalam bentuk upah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM  139
ٌ َّ َ ُ ُ َ َ ْ َ
(‫)العـادة مك َمة‬

SEMAK KENDIRI 7.1

1. Huraikan dengan jelas maksud kaedah adat sebagai sumber


rujukan hukum.

2. Terangkan mengapa Islam menerima adat yang baik dalam


sesuatu masyarakat sebagai salah satu sumber rujukan hukum.

AKTIVITI 7.1

Dalam forum myINSPIRE, bincangkan beberapa contoh adat Melayu


yang diamalkan dan tidak bercanggah dengan syariat Islam.

7.3 PENGERTIAN ADAT DAN URUF


MENURUT ULAMA
Tahukah anda apabila membincangkan pengertian adat dan uruf, terdapat
perselisihan pendapat antara ulama dalam mentafsirkannya? Mari kita lihat
perbezaan ini dalam Jadual 7.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM
ٌ َّ َ ُ ُ َ َ ْ َ
(‫)العـادة مك َمة‬

Jadual 7.2: Pengertian Adat dan Uruf Menurut Ulama

Ulama Maksud

Adat

Mahmud Sesuatu yang menjadi amalan kebiasaan orang ramai atau segolongan
al-Hariri dalam kalangan mereka.
(1998)

Al-Suyuti Sesuatu perkara yang berulang-ulang menurut kebiasaan segolongan


(1378) orang mengikut cara tertentu dan dapat diterima oleh akal manusia.

Al-Jurjani Sesuatu perkataan atau perbuatan yang dilakukan berterusan oleh


(1983) manusia atau secara berulang-ulang yang boleh diterima secara logik.

Uruf

Mahmud Merangkumi perkataan dan perbuatan yang merupakan perkara rutin


al-Hariri dalam diri manusia yang boleh diterima akal dan diterima oleh tabiat
(1998) semula jadi yang sejahtera.

ÂAbd Sesuatu perkara yang berulang-ulang, menurut kebiasaan segolongan


al-Wahab orang mengikut cara tertentu dan dapat diterima oleh akal manusia.
al-Khallaf
(1970)

Al-Jurjani Merupakan sesuatu yang telah diketahui umum dan menjadi rutin
(1983) mereka sama ada dalam ucapan atau perbuatan.

Al-Zuhaily Sesuatu perkataan ataupun perbuatan yang telah menjadi kebiasaan


(1999) dan dikenal oleh masyarakat secara umum.

Berdasarkan pengertian yang dinyatakan oleh para ulama dalam Jadual 7.2, dapat
difahami dan disimpulkan bahawa secara umumnya adat dan uruf tidak ada
perbezaannya. Dengan kata lain, kedua-duanya merupakan perkataan yang agak
sinonim atau mempunyai pengertian yang sama, walaupun terdapat sedikit
perbezaan istilah antara kedua-duanya. Persamaan ini merupakan pandangan
majoriti ulama.

Walau bagaimanapun, terdapat juga sebahagian ulama yang membezakan antara


kedua-duanya. Mereka berpendapat bahawa adat itu lebih umum daripada uruf
kerana kadangkala, adat hanya berlaku kepada individu atau sesetengah individu
sahaja, sedangkan uruf itu berlaku kepada semua orang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM  141
ٌ َّ َ ُ ُ َ َ ْ َ
(‫)العـادة مك َمة‬

Lantaran itu, mereka berpendapat bahawa setiap uruf merupakan adat.


Sebaliknya, bukan semua adat dikira sebagai uruf. Perkara ini merupakan
pandangan minoriti ulama terhadap isu ini.

7.4 SUMBER ASAL ATAU DALIL KAEDAH


ASAS 5
Tahukah anda sumber asal atau dalil bagi kaedah ini? Sumber asal atau dalil bagi
kaedah ini adalah bersumberkan dalil al-Quran dan hadis seperti yang
disenaraikan dalam Jadual 7.3.

Jadual 7.3: Sumber Asal atau Dalil Kaedah Asas 5

Sumber Dalil

Al-Quran Firman Allah SWT dalam surah al-ÂAraf, ayat 199:

َ ‫ َوأۡ ُم ۡر بٱ ۡل ُع ۡرف َوأَ ۡعر ۡض َعن ٱ ۡل‬...


َ‫جٰهلِي‬
ِ ِ ِ ِ ِ
Maksudnya:
...dan suruhlah dengan perkara yang baik serta berpalinglah daripada
orang-orang yang jahil.

Firman Allah dalam surah an-NisaÊ, ayat 19:

ُ ۡ َ ۡ َّ ُ ُ َ َ
‫وف‬
ۚ ِ ‫وع ِشوهن ب ِٱلمعر‬...
Maksudnya:
...Dan bergaullah dengan mereka dengan cara yang baik....

Hadis Nabi
Muhammad
ْ َ َ ُ ْ ‫َما َر َءاهُ ا‬
‫لم ْسل ِ ُم ْون َح َس ًنا ف ُه َو عِن َد ا ِ َح َس ٌن‬
SAW
Maksudnya:
Apa-apa yang dipandang baik oleh orang Islam, maka ia adalah baik
di sisi Allah.
(Ahmad, Musnad al-Mukthirin min al-Sahabah,
Hadis ÂAbdullah Ibn MasÊud, Bil. 3418.
Al-Thabrani, Kitab: Al-Kabir daripada Ibn MasÊud)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM
ٌ َّ َ ُ ُ َ َ ْ َ
(‫)العـادة مك َمة‬

SEMAK KENDIRI 7.2

1. Huraikan dengan jelas maksud istilah adat dan uruf menurut


pandangan beberapa ulama berserta contoh yang relevan.

2. Kemukakan tiga dalil yang menjadi dasar terhadap kaedah adat


sebagai sumber rujukan hukum.

7.5 KATEGORI ADAT ATAU URUF DALAM


SYARIAT ISLAM
Sekarang, mari kita pelajari kategori bagi adat atau uruf dalam syariat Islam. ÂAbd
Karim Zaidan (1993) dalam karyanya Al-Wajiz fi Usul al-Fiqh menyebut bahawa
menurut majoriti fuqaha, adat juga dikenali sebagai uruf.

Terdapat enam klasifikasi uruf yang telah dibincangkan oleh para fuqaha dalam
karya mereka seperti yang diterangkan dalam Jadual 7.4.

Jadual 7.4: Enam Kategori Adat atau Uruf dalam Syariat Islam

Jenis Uruf Definisi

Uruf qawli Merujuk kebiasaan istilah, perkataan atau ucapan yang digunakan
(‫)عرف قول‬
orang ramai yang menyalahi penggunaannya dari sudut bahasa,
namun difahami oleh semua orang. Contohnya, „al-walad‰; menurut
masyarakat Arab, ia dimaksudkan untuk anak lelaki sahaja, walaupun
dari sudut etimologinya, ia merangkumi anak lelaki dan perempuan.

Uruf amali Merujuk perkara yang kebiasaan dilakukan oleh orang ramai.
(‫)عرف عمل‬
Contohnya, apabila tuan rumah menghidangkan makanan kepada
tetamu. Makanan yang dihidangkan dianggap telah diberi keizinan
untuk diambil oleh tetamu.

Uruf am Merujuk sesuatu tradisi yang dihayati oleh semua orang daripada
(‫)عرف عم‬
pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat di seluruh negeri atau uruf
itu telah meluas penggunaannya di seluruh negara Islam. Contohnya,
perkataan nazar yang dikenal oleh semua umat dan negara Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM  143
ٌ َّ َ ُ ُ َ َ ْ َ
(‫)العـادة مك َمة‬

Uruf khas Merujuk sesuatu yang menjadi kebiasaan kepada sebahagian


(‫)عرف خاص‬
masyarakat atau sesetengah negeri. Contohnya, di Malaysia, jika
seseorang memasuki rumah orang lain tanpa menanggalkan kasut,
perbuatan ini dikira tidak menghormati tuan rumah atau dianggap
tidak beradab. Walau bagaimanapun, di negara Arab, penerimaan
terhadap perbuatan ini adalah berbeza.

Uruf sahih Merujuk adat yang tidak bertentangan dengan nas syarak. Contohnya,
(‫)عرف صحيح‬
pemberian barangan oleh seorang lelaki kepada tunangnya, ketika
majlis pertunangan dikira sebagai hadiah dan bukannya sebahagian
daripada mas kahwin.

Uruf fasid Merupakan adat yang bercanggah dengan nas syarak. Contohnya,
(‫)عرف فاسد‬
adat berjudi, bermuamalat dengan riba atau menghidangkan arak
sebagai tanda hormat kepada tetamu.

SEMAK KENDIRI 7.3

Bezakan antara uruf sahih dengan uruf fasid dan berikan contoh yang
relevan.

7.6 HUJAH ADAT MENURUT PANDANGAN


ULAMA
Jumhur ulama berpendapat bahawa adat atau uruf merupakan salah satu
daripada hujah syarak dan boleh menjadi sumber rujukan dalam perundangan
Islam. Hal ini terbukti melalui ungkapan dan fatwa yang dikeluarkan oleh
mereka.

Menurut Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1991) dalam karyanya IÊlam al-MuwaqqiÊin


Âan Rabb al-Âalamin menyebut bahawa perubahan fatwa dan perbezaan fatwa itu
menurut perubahan dan peredaran zaman, tempat, situasi dan adat.

Manakala al-Qarafi (1995) dalam kitabnya Al-Ihkam fi Tamyiz al-Fatawa Âan


al-Ihkam wa Tasarrufat al-Qadi wa al-Imam menyatakan bahawa setiap sesuatu
dalam syariat itu mengikut adat yang hukumnya boleh berubah mengikut
perubahan adat. Namun, ia mesti relevan dengan kehendak adat tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM
ٌ َّ َ ُ ُ َ َ ْ َ
(‫)العـادة مك َمة‬

Bagi Imam Najm al-Din al-Tufi, beliau mengatakan (dalam risalahnya) bahawa
prinsip syarak yang menjaga hak mukalaf kadangkala difahami melalui hukum
adat.

Seterusnya, menurut Syeikh Bisri (1997) dalam bukunya Terjemah al-Faraidul


Bahiyyah Risalah QawaÊid Fiqh menukilkan bahawa adat diterima sebagai
penetapan hukum syarak yang tidak mempunyai nas. Apabila ketiadaan nas yang
bertentangan dengan hukumnya yang asal atau terdapat nas tetapi secara umum
sahaja, maka adat pada ketika itu boleh diterima pakai sebagai asas penetapan
hukum.

Begitu juga dengan pandangan yang dikemukakan oleh ÂUthman Syibir (2007)
dalam kitabnya Al-QawaÊid al-Kulliyyah wa al-Dawabit al-Fiqhiyyah fi al-Syariah
al-Islamiyyah. Beliau mengatakan bahawa nafkah isteri tidak ditentukan oleh nas
syarak tetapi penetapan itu hendaklah ditentukan berdasarkan adat setempat di
mana mereka tinggal.

Berdasarkan beberapa pandangan yang telah dikemukakan oleh ulama, kita boleh
simpulkan bahawa adat atau uruf boleh dijadikan sebagai hujah dan ia
memainkan peranan yang penting dalam penetapan hukum syarak.

Namun, pada masa yang sama, ia bukanlah merupakan dalil atau sumber hukum
yang berdiri dengan sendiri; ia perlu merujuk dalil syarak yang muktabar.

Oleh itu, dalam mengukuhkan lagi hujah ini, ÂAbd al-Karim Zaydan (1993) dalam
karyanya Al-Wajiz fi Usul al-Fiqh menyatakan bahawa dalil uruf sebenarnya
kembali kepada dalil syarak yang lebih kuat seperti ijmak, masalih mursalah dan
sad al-zaraÊi.

Apabila syariat mengambil kira adat atau uruf, maka itu merupakan keringanan
dan rahmat daripada Allah SWT kepada hamba-Nya. Dan apabila Allah SWT
mengizinkan kita membina hukum berdasarkan adat atau uruf, maka keizinan
Allah SWT itulah sumbernya yang hakiki ă adat itu tidak lebih daripada kaedah
fiqh diambil faedah daripadanya ketika pelaksanaan hukum. Perlu diingat
bahawa adat atau uruf tersebut tidaklah sampai kepada tahap sumber atau dalil
yang utama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM  145
ٌ َّ َ ُ ُ َ َ ْ َ
(‫)العـادة مك َمة‬

7.7 SYARAT KEHARUSAN BERAMAL DENGAN


ADAT ATAU URUF
Bagaimanakah kita dapat menentukan bahawa sesuatu adat atau uruf itu boleh
diikuti atau tidak? Terdapat lima garis panduan yang telah digariskan oleh para
ulama untuk membantu kita menentukan keharusan beramal dengan sesuatu adat
atau uruf. Panduan tersebut adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 7.5.

Jadual 7.5: Syarat Keharusan bagi Sesuatu Adat atau Uruf untuk Diamalkan

Syarat Huraian

Pertama Adat atau uruf itu tidak bertentangan dengan hukum dan nas syarak.

Kedua Adat atau uruf itu telah diamalkan oleh masyarakat secara meluas,
menyeluruh dan berterusan.

Ketiga Adat atau uruf ini tidak dinafikan oleh majoriti ulama.

Keempat Adat atau uruf itu mestilah diamalkan pada masa hukum syarak
dibentuk ke atasnya dan bukannya adat atau uruf yang sudah lama
ditinggalkan. Namun, boleh diterima pakai, sekiranya ia kembali aktif
dan dijadikan amalan kebiasaan seperti sedia kala.

Kelima Adat atau uruf ini mestilah sesuatu yang diamalkan secara konsisten
dan menyeluruh oleh majoriti masyarakat sesebuah negara. Ia merujuk
amalan yang mesti diguna pakai menurut pandangan masyarakat atau
sekurang-kurangnya ia adat untuk sebahagian negara walaupun tidak
seluruh negara.

SEMAK KENDIRI 7.4

1. Kemukakan pandangan ulama berkaitan dengan adat atau uruf


sebagai hujah syarak dalam perundangan Islam.

2. Terangkan lima syarat keharusan beramal dengan adat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


146  TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM
ٌ َّ َ ُ ُ َ َ ْ َ
(‫)العـادة مك َمة‬

7.8 CABANG ATAU PECAHAN KAEDAH


ASAS 5
Tahukah anda daripada kaedah asas adat dijadikan sebagai rujukan hukum
terbentuk tiga lagi pecahan kaedah? Tiga pecahan kaedah tersebut adalah seperti
yang dinyatakan dalam Rajah 7.1.

Rajah 7.1: Tiga pecahan kaedah daripada Kaedah Asas 5

Ketiga-tiga kaedah ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam subtopik
seterusnya.

7.8.1 Tidak Dinafikan Berlakunya Perubahan Hukum


Disebabkan Perubahan Zaman (La Yunkaru
Taghayyur al-Ahkam bi Taghayyur al-Azman)
Apakah maksud pecahan kaedah ini?

Kaedah tidak dinafikan berlakunya perubahan hukum disebabkan


perubahan zaman membawa maksud perubahan zaman memberi implikasi
yang cukup besar terhadap pembinaan sesuatu hukum syarak.

Hukum perlu dibina berasaskan keperluan zaman semasa, iaitu dengan merujuk
adat atau uruf pada ketika itu. Maka, hukum ijtihad yang dibina itu mestilah
relevan dengan adat atau uruf mereka. Hal ini demikian kerana salah satu
keistimewaan Islam adalah terletak pada ajarannya yang memberi ruang yang
cukup luas untuk menerima dan mengadaptasi budaya setempat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM  147
ٌ َّ َ ُ ُ َ َ ْ َ
(‫)العـادة مك َمة‬

Namun, tidak semua tradisi itu dijadikan hukum kerana bukan semua unsur
budaya itu sesuai dengan ajaran Islam; dengan kata lain, tidak mengikut syariat.
Maka, yang tidak bersesuaian itu akan disesuaikan mengikut syariat.

Ulama bersepakat mengatakan bahawa terdapat perubahan hukum ekoran


perubahan zaman dan terdapat juga perubahan hukum ekoran perubahan adat.
Mengapakah perkara ini berlaku? Hal ini demikian kerana Islam melihat pada
kepentingan, keperluan semasa dan kemaslahatan umat manusia itu sendiri
supaya dapat menjamin kehidupan mereka dalam penuh keselesaan dan tidak
memberi tekanan atau membebankan mereka.

Di samping itu, perkara ini juga terbukti melalui fakta sejarah yang mencatatkan
sikap Rasulullah SAW yang meraikan dan mengiktiraf adat baik yang dihayati
dalam kalangan orang Arab pada zaman jahiliah, sehinggalah adat tersebut
diteruskan dan diterima pakai dalam agama Islam.

Antara kaedah pecahan ini adalah seperti yang berikut:

(a) Berlaku pada zaman Imam Syafii. Beliau mengubah sebahagian keputusan
hukumnya yang telah ditetapkan di Baghdad (Iraq) setelah beliau berada di
Mesir. Perkara tersebut berlaku lantaran beliau melihat adat di Mesir yang
sangat berbeza dengan adat di Baghdad, sehingga Imam Syafii mempunyai
dua qawl (pendapat atau fatwa), iaitu qawl jadid (pendapat yang baharu)
dan qawl qadim (pendapat yang lama).

(b) Pada zaman Abu Hanifah dan anak muridnya (Abu Yusuf) yang berbeza
pendapat dalam menetapkan sesuatu hukum, lantaran berbezanya adat atau
uruf. Bagi Imam Abu Hanifah, beliau hanya mensyaratkan keadilan yang
zahir ke atas saksi dalam kes yang bukan hudud dan qisas.

Namun, pada zaman Abu Yusuf pula, majoriti manusia pada zamannya
banyak melakukan maksiat dan bercakap bohong. Lalu, Abu Yusuf
mensyaratkan bahawa setiap saksi pada kes bukan hudud dan qisas
hendaklah disucikan dirinya dan bertaubat. Hal ini disebabkan oleh
perubahan yang berlaku pada kebanyakan orang pada zaman tersebut.

(c) Hukum atau peruntukan undang-undang dalam soal usia perkahwinan


sesuatu bangsa, negara atau seumpamanya. Perkara ini berlaku kerana
perkembangan budaya dan peruntukan undang-undang masing-masing
yang berbeza mengikut kesesuaian dan kebiasaan yang berlaku. Contohnya,
Rasulullah SAW mengahwini Sayidatina Aisyah r.a. ketika beliau berusia
sembilan tahun. Namun, perkara tersebut mungkin tidak berlaku pada
zaman sekarang kerana perubahan zaman, suasana dan transformasi sosial
atau seumpamanya yang telah menolak keadaan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM
ٌ َّ َ ُ ُ َ َ ْ َ
(‫)العـادة مك َمة‬

Di Malaysia (berdasarkan undang-undang), lelaki hanya boleh berkahwin


setelah berusia 18 tahun dan bagi perempuan, mereka perlu berusia 16
tahun. Sekiranya ingin berkahwin sebelum mencapai usia tersebut, maka
mereka perlu mendapat keizinan daripada pihak mahkamah. Di Indonesia
pula (berdasarkan Undang-Undang No. 1, tahun 1974), lelaki hanya boleh
berkahwin setelah berusia 19 tahun dan perempuan berusia 16 tahun.

(d) Memandangkan zaman sekarang keruntuhan rumah tangga sering berlaku


dalam kalangan pasangan muda Islam, maka setiap pasangan yang ingin
berkahwin diwajibkan mengambil kursus perkahwinan dan pemeriksaan
tahap kesihatan. Syarat ini adalah untuk menjamin dan memastikan setiap
pasangan itu memahami konsep perkahwinan menurut perspektif Islam dan
bebas daripada semua penyakit kritikal.

7.8.2 Sesuatu yang Biasa Diamalkan oleh Orang


Ramai Merupakan Hujah yang Wajib Beramal
dengannya (Isti’mal al-Nas Hujjah Yajib
al-‘Amal Biha)
Yang berikut ialah maksud pecahan kaedah ini.

Kaedah sesuatu yang biasa diamalkan oleh orang ramai merupakan hujah
yang wajib beramal dengannya membawa maksud sesuatu amalan kebiasaan
bagi sesebuah masyarakat yang telah disepakati dan tidak bertentangan
dengan nas syarak adalah hujah yang wajib diikuti.

Sumber asal kaedah ini adalah ketika Rasulullah SAW menghukum sahabat yang
bernama al-BarraÊ bin ÂAzib berdasarkan adat kebiasaan mereka. Menurut hadis
yang diriwayatkan daripada Haram bin Muhayyisah daripada bapanya:

َّ َ ُْ ُ َ َ ََ ُْ َ َ ْ َ ُ َ َ َ ْ َ َ َ َ َّ َ َ َ َ َّ َ
‫ فقض رسول ا ِ صل‬.‫بن عزِب دخلت حائِط رج ٍل فافسدته‬ ِ ِ‫أن ناقة ل ِلباء‬
َ‫ح ْف ُظها‬ ْ ْ َ ََ َ َ ُ ُ ْ ْ َْ ْ َ ََ
ِ ‫اش‬ َ َ َّ
ِ ‫حفظه بِالهارِ و أه ِل المـو‬ َ
ِ ‫أه ِل الموا ِل‬ ‫ا ُ عليه وسلم‬
َّ
.‫بِالليْ ِل‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM  149
ٌ َّ َ ُ ُ َ َ ْ َ
(‫)العـادة مك َمة‬

Maksudnya:
Sesungguhnya unta betina al-BarraÊ bin ÂAzib telah memasuki pagar seorang lelaki
dan merosakkannya. Maka, Rasulullah SAW menghukumkannya berdasarkan
kebiasaan bahawa sepatutnya pemilik harta menjaga harta mereka pada siang hari
dan pemilik ternakan menjaga ternakan mereka pada malam hari.

(Abu Dawud, Kitab: Al-BuyuÊ, Bab: Al-Mawasyi Tufsid ZarÊa


al-Qawm, Bil. 3098. Malik, Kitab: Al-Aqdiyah, Bil. 1239)

Yang berikut adalah antara contoh bagi penggunaan kaedah ini:

(a) Transaksi jual beli dengan cara al-muÊatah (hulur menghulur) tanpa
menggunakan lafaz ijab dan kabul yang mana lafaz tersebut ialah rukun
dalam jual beli. Di Malaysia, sudah menjadi kebiasaan masyarakat ketika
menjual dan membeli dengan cara hanya menyerahkan wang dan
mengambil barang belian tanpa ada lafaz ijab dan kabul. Maka, adat ini
dibolehkan kerana sudah menjadi amalan kebiasaan kita dalam melakukan
transaksi jual beli.

(b) Diharuskan wakaf harta alih (seperti al-Quran, kitab dan buku ilmiah)
walaupun pada asalnya, wakaf harta alih ini tidak sah. Hal ini demikian
kerana ia merupakan amalan kebiasaan dan keperluan yang tinggi oleh
masyarakat, maka syarak pun membenarkannya bagi menghormati adat
dan untuk memudahkan mereka.

(c) Dibenarkan memberi upah kepada penjahit, pelukis dan seumpamanya


sebagai merujuk adat kebiasaan dalam masyarakat.

7.8.3 Ketentuan Berdasarkan Uruf seperti Ketentuan


Berdasarkan Nas (al-Ta’yin bi al-‘Urf Ka
al-Ta’yin Bin Nas)
Sekarang, mari kita pelajari pecahan kaedah yang terakhir.

Kaedah ketentuan berdasarkan uruf seperti ketentuan berdasarkan nas


menjelaskan bahawa adat atau uruf itu diberi kuasa seperti kuasa nas, namun
hanya ketika ketiadaan nas atau nas berbentuk umum.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM
ٌ َّ َ ُ ُ َ َ ْ َ
(‫)العـادة مك َمة‬

Oleh itu, adat atau uruf kebiasaannya akan mengambil tempat kedudukan nas.
Hal ini demikian kerana sesuatu penetapan hukum yang berdasarkan adat atau
uruf yang menepati syarat sebagai dasar hukum adalah sama statusnya dengan
penetapan hukum yang berdasarkan nas.

Bilakah kaedah ini diaplikasikan? Kaedah ini banyak digunakan dalam budaya
muamalat setempat bagi masyarakat terdahulu dan semasa yang merupakan
antara perkara yang banyak mendapat perhatian para ulama untuk dibincangkan.

Apakah contoh bagi pecahan kaedah ini? Antara contoh yang terbentuk daripada
pecahan kaedah ini adalah:

(a) Di Malaysia, sewa rumah yang dikenakan terhadap penyewa tidak termasuk
bayaran bil air dan elektrik. Penyewa perlu membayar bil tersebut mengikut
penggunaannya. Peraturan dan perjanjian tersebut mempunyai kuasa yang
sama dengan hukum yang ditetapkan melalui nas.

(b) Dalam konteks Malaysia, harta sepencarian ialah satu amalan adat
masyarakat Melayu yang unik kerana ia tidak wujud di negara Arab atau di
Timur Tengah. Ia harta perkongsian bersama antara suami dengan isteri
yang diperoleh semasa tempoh perkahwinan berlangsung. Selain itu, ia juga
merupakan satu adat yang berlaku apabila berlakunya penceraian antara
pasangan tersebut.

Tiada satu dalil pun yang menjelaskan mengenai isu ini, namun sebenarnya
ia menepati syarak seperti firman Allah SWT dalam ayat-Nya yang
bermaksud:

Orang lelaki beroleh bahagian daripada usahanya dan orang perempuan


beroleh bahagian daripada usahanya juga.

(Surah an-NisaÊ, 4:32)

Maka, ketetapan undang-undang bagi hak harta sepencarian ini mempunyai


kuasa yang sama dengan hukum yang ditetapkan melalui nas.

(c) Semua perkara yang tidak ditetapkan melalui nas syarak (sama ada urusan
berdasarkan timbangan atau sukatan dalam jual beli, penggunaan mata
wang yang tersendiri bagi tujuan pembayaran dan seumpamanya), perlu
dirujuk berdasarkan adat kebiasaan masyarakat setempat kerana syarak
telah memperakui autoritinya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM  151
ٌ َّ َ ُ ُ َ َ ْ َ
(‫)العـادة مك َمة‬

SEMAK KENDIRI 7.5

1. Jelaskan tiga pecahan kaedah yang terbentuk daripada kaedah


adat sebagai sumber rujukan hukum.

2. Kemukakan tiga contoh aplikasi kaedah ini.

7.9 MUAMALAT YANG BERASASKAN


BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA
DAN KAITANNYA DENGAN KAEDAH
ASAS 5
Akhir sekali, mari kita lihat muamalat yang berasaskan budaya masyarakat di
Malaysia dan kaitannya dengan kaedah asas kelima ini. Anda tentu sedar bahawa
terdapat banyak muamalat yang menjadi budaya dan amalan bagi masyarakat
setempat di Malaysia adalah berasaskan kaedah adat sebagai sumber rujukan
hukum. Antaranya adalah seperti yang berikut:

(a) Kontrak tempahan (bayÊ al-salam);

(b) Kontrak jual janji (bayÊ al-wafaÊ);

(c) Kontrak jual beli berdeposit (bayÊ al-Âurbun);

(d) Kontrak sewaan (al-ijarah);

(e) BayÊ al-Âinah dalam perkhidmatan kad kredit;

(f) Kontrak al-ujr dalam perkhidmatan kad debit;

(g) Transaksi menggunakan Internet; dan

(h) Transaksi menggunakan telefon bimbit.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM
ٌ َّ َ ُ ُ َ َ ْ َ
(‫)العـادة مك َمة‬

Sebagai rumusan, syariat Islam ialah syariat yang dinamik dan fleksibel kepada
kehendak serta perubahan manusia dan masa. Syariat Islam tidak pernah
mengetepikan adat atau uruf yang baik, malah amat menghormatinya dan
meraikannya demi mengelakkan bebanan atau kesukaran dan untuk menjaga
kepentingan mereka.

Mengikut al-Qardawi, adalah suatu yang penting mengetahui perubahan zaman,


tempat, tradisi dan keadaan masyarakat. Signifikannya keadaan tersebut ialah
fuqaha yang mengeluarkan fatwa atau membina hukum harus melihat dan
memahami realiti masyarakat kerana etika atau norma atau nilai budaya sesebuah
masyarakat adalah tidak sama.

Oleh itu, dalam merealisasikan kemaslahatan umat, mengambil kira faktor nilai
budaya semasa dan setempat adalah amat penting, lantaran ia amat bersesuaian
dengan semangat roh syariah itu sendiri.

AKTIVITI 7.2

1. Dalam forum myINSPIRE, bincangkan hukum dalam isu yang


berikut:

(a) Dalam masyarakat Melayu, mengadakan majlis tahlil apabila


kematian seseorang menjadi adat, sedangkan Rasulullah
SAW tidak pernah melakukannya;

(b) Dalam masyarakat Melayu di kebanyakan tempat,


persandingan pada hari perkahwinan itu sudah menjadi
adat; dan

(c) Memakai kain sarung ketika bersolat dalam masyarakat


Melayu sudah menjadi adat kebiasaan bagi kaum lelaki.

2. Ringkaskan lima kaedah asas fiqh qawaÊid al-khams al-kubra yang


telah anda pelajari dalam satu jadual. Jadual tersebut hendaklah
mengandungi maksud kaedah, contoh, sumber asal dan pecahan
kaedah berserta maknanya bagi setiap kaedah asas yang
disenaraikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM  153
ٌ َّ َ ُ ُ َ َ ْ َ
(‫)العـادة مك َمة‬

 Kaedah adat sebagai sumber rujukan hukum (al-Âadah muhakkamah) ialah


kaedah asas kelima dalam perundangan Islam. Kaedah ini juga kaedah
terakhir al-qawaÊid al-khams al-kubra atau al-qawaÊid al-asasiyyah selain
daripada empat kaedah asas yang telah kita pelajari dalam topik yang lepas.

 Kaedah ini membawa maksud bahawa sesuatu adat yang diiktiraf oleh syariat
Islam boleh diterima sebagai salah satu sumber hukum. Sebarang bentuk
tradisi atau budaya yang baik dan menjadi sebahagian daripada kehidupan
masyarakat Islam adalah wajar diterima pakai atau diteruskan.

 Antara contoh aplikasi kaedah ini ialah adat penentuan mahar atau mas
kahwin, adat pemberian hantaran perkahwinan dan adat memakai baju
tradisional yang tidak mendedahkan aurat.

 Secara umumnya, pandangan ulama terhadap adat dan uruf tidak banyak
berbeza. Majoriti ulama berpendapat bahawa biarpun terdapat sedikit
perbezaan istilah, namun ada persamaan antara adat dengan uruf.

 Sumber asal atau dalil bagi kaedah ini adalah daripada al-Quran dan hadis
Nabi Muhammad SAW.

 Terdapat enam kategori uruf yang dibincangkan oleh para ulama, iaitu uruf
amali (perbuatan), uruf qawli (perkataan), uruf am (yang tersebar luas atau
dikenali secara umumnya), uruf khas (hanya dikenal dalam kalangan
penduduk atau sesebuah negeri tertentu atau segolongan masyarakat
tertentu), uruf sahih (yang tidak bercanggah dengan nas atau hukum syarak)
dan uruf fasid (yang bertentangan dengan nas syarak).

 Majoriti ulama fiqh berpendapat adat atau uruf adalah merupakan salah satu
daripada hujah syarak dan ia dianggap sebagai sumber perundangan Islam.

 Terdapat lima syarat tertentu yang mesti dipatuhi untuk beramal dengan adat
atau uruf. Antaranya adalah tidak bertentangan dengan hukum dan nas
syarak dan tidak dinafikan oleh majoriti ulama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM
ٌ َّ َ ُ ُ َ َ ْ َ
(‫)العـادة مك َمة‬

 Terdapat tiga kaedah pecahan atau cabang yang terbentuk daripada kaedah
adat sebagai sumber rujukan hukum. Tiga pecahan tersebut ialah tidak
dinafikan berlakunya perubahan hukum disebabkan perubahan zaman,
sesuatu yang biasa diamalkan oleh orang ramai, merupakan hujah yang wajib
beramal dengannya dan ketentuan berdasarkan uruf seperti ketentuan
berdasarkan nas.

 Kaedah adat sebagai sumber rujukan hukum dan pecahan kaedahnya amat
penting dalam perundangan Islam dan banyak berperanan dalam
menyelesaikan permasalahan fiqh terutamanya dalam isu muamalat semasa
seperti kontrak bayÊ al-salam (tempahan), kontrak al-ijarah (sewaan), kontrak
bayÊ al-wafa (jual janji) dan transaksi melalui Internet.

Al-Âadah muhakkamah Jual janji (bayÊ al-wafaÊ )


Adat La yunkaru taghayyur al-ahkam
bi taghayyur al-azman
Al-qawaÊid al-khams al-kubra
Sewaan (al-ijarah)
Al-Quran
Syarat
Al-taÊyin bi al-Âurf ka al-taÊyin
bin nas Tempahan (bayÊ al-salam)
Al-ujr Uruf am
BayÊ al-Âinah Uruf amali
Hadis Nabi Muhammad SAW Uruf fasid
IstiÊmal al-nas hujjah yajib al-Âamal Uruf khas
biha
Uruf qawli
Jual beli berdeposit (bayÊ al-Âurbun)
Uruf sahih

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM  155
ٌ َّ َ ُ ُ َ َ ْ َ
(‫)العـادة مك َمة‬

ÂAbd al-Karim Zaydan. (1993). Al-wajiz fi usul al-fiqh. Kaherah, Mesir: Dar
al-TawziÊ wa al-Nasyr al-Islami.

ÂAbd al-Wahab Khallaf. (1970). Masodir al-tasyriÊ al-islami fi la nasso fihi.


Bandaraya Kuwait, Kuwait. Dar al-Qalam.

Ab Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Perbahasan kaedah-kaedah fiqh.


Kuala Lumpur, Malaysia: Pustaka Salam.

Abdul Aziz Muhammad Azzam, & Nashr Farid Muhammad Washil. (2009).
Al-madhkal fi al-qawaÊid al-fiqhyyah wa atharuha fi al-ahkam al-syarÊiyyah.
Jakarta, Indonesia: Amzah.

Adib Moh. Bisri. (1997). Terjemah al-faraidul bahiyyah risalah qawaÊid fiqh.
Rembang, Indonesia: Menara Kudus.

Abu Dawud Sulaiman al-AsyÊath Ishaq ibn Basyir al-Azdi al-Sijistani. (t.t.). Sunan
Abu Dawud. Beirut, Lubnan: Dar al-Fikr.

Al-Hariri, Ibrahim Muhammad Mahmud. (1998). Al-madkhal ila al-qawaÊid


al-fiqhiyyah al-kulliyyah. Amman, Jordan: Dar ÂAqar.

Al-Jurjani, ÊAli Muhammad al-Syarif. (1983). Kitab al-taÊrifat. Beirut, Lubnan:


Dar al-Kutub al-ÂIlmiyyah.

Al-Nadwi, ÂAli Ahmad. (2000). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik, Syria: Dar


al-Qalam.

Al-Qarafi, Abu al-Abbas Ahmad bin Idris al-Sanhaji. (1995). Al-ihkam fi tamyiz
al-fatawa an al-ahkam wa tasarrufat al-qadi wa al-imam. Halab, Syria:
Maktabah al-MatbuaÊat al-Islamiah.

Al-Suyuti, Jalal al-Din ÂAbd al-Rahman. (1378). Al-asybah wa al-nazaÊir fi qawaÊid


wa furuÊ fiqh al-syafiÊiyyah. Beirut, Lubnan: Dar al-Fikr.

Al-Tabrani, Sulaiman Ahmad Ayyub Muthair al-Lakhmi al-Yamani. (t.t.). MuÊjam


al-kabir. Damsyik, Syria: Dar al-Kutub al-Zahiriyyah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 7 KAEDAH ASAS 5: ADAT SEBAGAI SUMBER RUJUKAN HUKUM
ٌ َّ َ ُ ُ َ َ ْ َ
(‫)العـادة مك َمة‬

Al-ZarqaÊ, Ahmad Muhammad. (2007). Syarh al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik,


Syria: Dar al-Qalam.

Al-Zuhaily, Muhammad. (1999). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah Âala al mazhab al Hanafi


wa al SyafiÊie. Bandaraya Kuwait, Kuwait: Jami'ah al Kuwait.

Ibn Qayyim, al-Jawziyyah Muhammad Abi Bakr. (1991). ÊIlam al-muwaqqiÊin


Âan rabb al-Âalamin. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-ÂIlmiyyah.

Muhammad ÂAzzam ÂAbd al-ÂAziz. (2004). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah: Dirasat


Âamaliyyah tahliliyyah muqaranah. Kaherah, Mesir: Universiti al-Azhar.

Muhammad ÂUthman Syibir. (2007). Al-qawaÊid al-kulliyyah wa al-dawabit


al-fiqhiyyah fi al-syariah al-Islamiyyah. Amman, Jordan: Dar al-Nafais.

Muhammad Soleh Ahmad. (2002). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Kuala Lumpur,


Malaysia: Pustaka Abdul Majid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kaedah
Umum 1:
8 Ijtihad Tidak
Boleh
Dibatalkan
dengan Ijtihad
َُْ َ ُ َ ْ َ
‫)ا ِلجتِهاد ينقض‬
َ ْ
(‫الجتِهاد‬
ِ ِ‫ب‬
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan maksud dan konsep Kaedah Umum 1 (ijtihad tidak
boleh dibatalkan dengan ijtihad);
2. Mengenal pasti ciri-ciri seorang mujtahid dalam mengeluarkan
ijtihad;
3. Menerangkan sumber asal atau dalil kaedah ijtihad tidak boleh
dibatalkan dengan ijtihad; dan
4. Menjelaskan contoh aplikasi Kaedah Umum 1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 8 KAEDAH UMUM 1: IJTIHAD TIDAK BOLEH DIBATALKAN DENGAN
َ ْ َُْ َ ُ َ ْ َ
IJTIHAD (‫الجت ِهاد‬
ِ ِ ‫ينقض ب‬ ‫)ا ِلجت ِهاد‬

 PENGENALAN
Tahukah anda, selain daripada lima kaedah qawaÊid al-khams al-kubra yang telah
kita pelajari dalam topik yang lalu, terdapat juga beberapa kaedah fiqh lain yang
dikenal sebagai kaedah kuliyyah? Malah, terdapat 40 puluh kaedah kuliyyah
secara keseluruhannya.

Salah satu daripada kaedah kulliyyah ini ialah Kaedah Umum 1, iaitu ijtihad tidak
boleh dibatalkan dengan ijtihad. Walaupun kaedah ini tidak tergolong dalam lima
kaedah asas yang telah anda pelajari dalam topik yang lepas, namun anda perlu
mempelajarinya kerana kaedah ini penting dalam membuat keputusan dan
pengurusan.

Oleh itu, topik kelapan ini akan memfokuskan Kaedah Umum 1 dengan
membincangkan pengertian dan konsep kaedah, ciri-ciri mujtahid, sumber asal
dan contoh aplikasi bagi kaedah ini. Selamat belajar!

8.1 PENGERTIAN DAN KONSEP KAEDAH


UMUM 1
Pertamanya, apakah maksud kaedah ini?

Kaedah ijtihad tidak boleh dibatalkan dengan ijtihad menjelaskan bahawa


sesuatu ijtihad tidak boleh dibatalkan dengan ijtihad yang lain kerana sesuatu
ijtihad dengan ijtihad yang lain adalah sama dari segi statusnya, dengan
anggapan bahawa tiada ijtihad yang lebih baik berbanding ijtihad yang lain.

Contohnya, sekiranya hakim membuat keputusan berdasarkan satu ijtihad,


keputusan ini tidak harus dibatalkan olehnya atau oleh mana-mana hakim yang
lain berdasarkan ijtihad masing-masing, selagi ijtihad asal itu telah dilaksanakan
dengan sewajarnya.

Dengan kata lain, hukum yang diputuskan berdasarkan ijtihad hakim akan kekal
walaupun kemudiannya, dalam kes yang hampir sama, hakim tersebut
memberikan keputusan yang berbeza. Tahukah anda hakim merupakan
mujtahid? Apakah yang dimaksudkan dengan mujtahid?

Mujtahid ialah orang yang layak melaksanakan ijtihad.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KAEDAH UMUM 1: IJTIHAD TIDAK BOLEH DIBATALKAN DENGAN  159
َ ْ ‫اد َ ُينْ َقض ب‬
IJTIHAD (‫الجت ِهاد‬
ُ َ ْ َ
‫)ا ِلجت ِه‬
ِ ِ

Kaedah ini akan terpakai secara umum terhadap keputusan yang dibuat secara
ijtihad oleh pemerintah, ulama, mufti dan sebagainya. Namun, perlu diingat
bahawa kaedah ini hanya terpakai pada ijtihad yang dibuat dengan mengikut
mekanisme dan disiplin ilmu yang betul.

Oleh itu, untuk memahami kaedah ini, amat penting bagi kita memahami konsep
ijtihad dan terma yang berkaitan dengannya. Pertamanya, kita perlu faham
maksud ijtihad. Tahukah anda apakah erti ijtihad?

Ijtihad dari segi bahasa bermakna bersungguh-sungguh dalam sesuatu


urusan atau perkara yang kompleks dan susah.

Oleh itu, ijtihad tidak digunakan untuk menyelesaikan perkara yang mudah atau
ringan. Ia secara khusus dipakai atau digunakan untuk merujuk perkara yang
kompleks dan susah sahaja.

Bagaimanakah pula maksud ijtihad dari segi istilah? Mari kita lihat maksud ijtihad
dari segi istilah dalam Jadual 8.1.

Jadual 8.1: Maksud Ijtihad dari Segi Istilah

Sumber Maksud Ijtihad

Muhammad Abu Ijtihad sebagai usaha yang optimum daripada faqih atau ahli
Zahra (1958) dalam fiqh untuk menetap, mengeluarkan atau istinbat sesuatu
kitabnya Usul Fiqh hukum tentang sesuatu perkara melalui dalil yang spesifik.

Imam al-Ghazali Ijtihad sebagai usaha dan kesungguhan seorang mujtahid


Rahimahullah (1994) untuk mencari ilmu berkenaan hukum syarak.

Berdasarkan Jadual 8.1, kita dapat simpulkan bahawa ijtihad hendaklah dibuat
oleh ahli fiqh yang mujtahid dan bukannya oleh sembarangan orang. Perkataan
ijtihad ini digunakan secara spesifik untuk merujuk proses mencari ilmu
berkenaan hukum syarak, terutamanya pada permasalahan baharu yang timbul.

Pada zaman moden dan serba canggih ini, terdapat banyak isu kontemporari
berkaitan fiqh yang tidak ada hukum yang jelas dari segi syarak. Misalnya, isu
suami menceraikan atau merujuk isteri melalui e-mel, sistem pesanan ringkas
(SMS ă short message service) atau aplikasi WhatsApp, isu pengklonan dan
pemindahan organ.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 8 KAEDAH UMUM 1: IJTIHAD TIDAK BOLEH DIBATALKAN DENGAN
َ ْ َُْ َ ُ َ ْ َ
IJTIHAD (‫الجت ِهاد‬
ِ ِ ‫ينقض ب‬ ‫)ا ِلجت ِهاد‬

Oleh itu, bolehlah dirumuskan bahawa ijtihad merupakan mekanisme bagi


mujtahid mengeluarkan hukum fiqh bagi isu baharu yang tidak jelas
kedudukannya mengikut hukum syarak yang sedia ada. Perlu diingat bahawa
orang awam secara umumnya tidak boleh membuat ijtihad kerana ia memerlukan
ilmu dan pengetahuan yang tinggi dalam ilmu fiqh. Dengan kata lain, hanya
mereka yang mempunyai pengetahuan tentang ilmu agama Islam yang
mendalam sahaja yang layak untuk membuat ijtihad.

8.1.1 Mujtahid dan Ijtihadiyyat


Perkara seterusnya yang perlu difahami ialah siapakah mujtahid yang layak
membuat ijtihad dan apakah ciri-cirinya? Perkara ini telah dibincangkan dengan
panjang lebar dalam kitab usul fiqh. Sesetengah buku meletakkan 13 syarat bagi
mujtahid, selain daripada syarat umum mukalaf, iaitu Islam, berakal sempurna
dan baligh. Antara syarat spesifik tersebut ialah seorang mujtahid perlu arif
tentang:

(a) Al-Quran;

(b) Sunah;

(c) Bahasa Arab;

(d) Ulum al-Quran;

(e) Ulum hadis;

(f) Usul fiqh;

(g) QawaÊid fiqh; dan

(h) Balaghah.

Ijtihad merupakan mekanisme yang penting dalam syariat Islam. Ijtihad para
sahabat dan alim ulama selepas kewafatan Rasulullah SAW telah sepakat
membentuk ijmak dalam membincangkan sesuatu isu; ia menjadi sumber syariat
Islam yang ketiga selepas al-Quran dan sunah.

Begitu juga sumber syariah yang lain seperti qiyas, istihsan dan istislah. Kesemua
ini adalah berteraskan ijtihad. Mufti juga perlu menggunakan ijtihadnya sebelum
mengeluarkan sesuatu fatwa. Begitu juga ahli lain dalam jawatankuasa fatwa,
masing-masing membuat ijtihad yang akhirnya secara kolektif menghasilkan
fatwa sama ada pada peringkat negeri mahupun kebangsaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KAEDAH UMUM 1: IJTIHAD TIDAK BOLEH DIBATALKAN DENGAN  161
َ ْ ‫اد َ ُينْ َقض ب‬
IJTIHAD (‫الجت ِهاد‬
ُ َ ْ َ
‫)ا ِلجت ِه‬
ِ ِ

Selain itu, kita perlu sedar dan faham bahawa bukan semua perkara boleh
dikeluarkan hukum melalui ijtihad. Perlu diingat bahawa hanya perkara
ijtihadiyyat sahaja yang boleh dibuat ijtihad. Jadi, apakah yang dimaksudkan
dengan perkara ijtihadiyyat? Perkara ijtihadiyyat telah dibincangkan panjang
lebar dalam kitab usul fiqh. Apakah maksud ijtihadiyyat ?

Perkara ijtihadiyyat ini merujuk perkara yang tiada nas qatÊi (al-Quran dan
sunah), ijmak dan al-qiyas al-jaliyy.

Oleh itu, hukum berkenaan perkara ijtihadiyyat boleh dibuat melalui ijtihad.

Contohnya, terdapat nas al-Quran dan sunah yang jelas dan spesifik mengenai
kewajipan menutup aurat. Namun, terdapat juga ayat al-Quran yang menyebut
tentang perkara ini secara umum dan tidak spesifik. Antaranya surah al-AÊraf,
ayat 26 yang bermaksud:

Wahai anak Adam! Sesungguhnya, Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan
untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan, dan pakaian yang
berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Demikian itu adalah daripada tanda
(limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-Nya) supaya mereka
mengenang-Nya (dan bersyukur).

Oleh itu, adalah tidak wajar bagi mereka yang bukan mujtahid secara semberono
merujuk nas lain mengenai perkara tersebut dan membuat kesimpulan sendiri
bahawa menutup aurat adalah tidak wajib dan apa-apa yang penting ialah takwa
dengan hanya merujuk ayat surah al-AÊraf ini. Perlu diingat bahawa setiap ijtihad
perlu bersandarkan hujah yang kuat dan bernas. Maka, dalam contoh ini, tafsiran
hukum yang dibuat adalah tidak sah dan tiada kredibiliti kerana dilakukan oleh
mereka yang tidak memenuhi kriteria sebagai mujtahid.

Selain itu, hujah golongan ini biasanya bersandarkan hujah akademik dan logik
akal sahaja tanpa berasaskan proses istinbat hukum menurut syarak, usul fiqh dan
kaedah fiqh. Kesan daripada „ijtihad‰ mereka ini adalah sesuatu yang
membimbangkan, jika ia dapat diterima oleh sebilangan besar khalayak awam
yang tidak arif tentang hukum syarak dan proses ijtihad.

Mari kita lihat satu lagi contoh berkaitan isu ini, iaitu perbandingan hasil ijtihad
yang boleh diguna pakai dan berkredibiliti tentang hukum zakat pendapatan.
Terdapat banyak nas al-Quran dan sunah mengenai kewajipan mengeluarkan
zakat harta.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 8 KAEDAH UMUM 1: IJTIHAD TIDAK BOLEH DIBATALKAN DENGAN
َ ْ َُْ َ ُ َ ْ َ
IJTIHAD (‫الجت ِهاد‬
ِ ِ ‫ينقض ب‬ ‫)ا ِلجت ِهاد‬

Bagaimanakah pula dengan zakat pendapatan? Adakah wang gaji bulanan yang
diterima juga perlu dikeluarkan zakatnya? Berdasarkan ijtihad, Jawatankuasa
Fatwa Kebangsaan dan fatwa kebanyakan ulama mutakhir termasuklah daripada
Yusuf al-Qaradhawi telah memutuskan bahawa zakat pendapatan adalah wajib
dikeluarkan bagi mereka yang memenuhi syarat zakat mengikut kaedah dan cara
kiraan tertentu.

SEMAK KENDIRI 8.1

1. Nyatakan maksud ijtihad dari sudut bahasa dan istilah.

2. Berikan maksud mujtahid dan ciri-cirinya.

8.2 SUMBER ASAL ATAU DALIL KAEDAH


UMUM 1
Apakah sumber asal atau dalil bagi kaedah ini? Untuk makluman anda, sumber
kaedah ijtihad tidak boleh dibatalkan dengan ijtihad. Usul ini adalah daripada
ijmak para sahabat yang berlaku pada zaman Sayidina Abu Bakar r.a. ketika
beliau memutuskan satu kes berdasarkan ijtihadnya.

Pada zaman Sayidina Umar r.a. pula, beliau memberi keputusan yang berbeza
berdasarkan ijtihadnya pada kes yang sama, tanpa membatalkan keputusan
ijtihad Sayidina Abu Bakar r.a. Berlaku juga pada pemerintahan Sayidina Umar
r.a., ketika beliau telah memutuskan satu pertikaian mengenai faraid (berkenaan
permasalahan yang tidak disebut dalam al-Quran) berdasarkan ijtihadnya.

Kemudian, apabila beliau mengadili satu lagi kes seumpamanya, beliau telah
menggunakan ijtihadnya dan memberikan keputusan yang berbeza. Apabila
perkara ini dipersoalkan kepada beliau, Sayidina Umar r.a. menjawab yang
maksudnya, „Yang lepas akan kekal dengan keputusan yang lepas, dan kini akan
kekal dengan keputusan yang baharu.‰

Oleh itu, para sahabat yang memahami semangat dan roh syariah ketika itu telah
memperakui dan mempersetujui perkara ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KAEDAH UMUM 1: IJTIHAD TIDAK BOLEH DIBATALKAN DENGAN  163
َ ْ ‫اد َ ُينْ َقض ب‬
IJTIHAD (‫الجت ِهاد‬
ُ َ ْ َ
‫)ا ِلجت ِه‬
ِ ِ

8.3 CONTOH APLIKASI KAEDAH UMUM 1


Tahukah anda cara untuk mengaplikasikan kaedah ini? Yang berikut adalah
antara contoh yang terbentuk daripada kaedah ini:

(a) Dalam topik yang lepas, anda telah mempelajari bahawa Imam Syafii
mempunyai dua versi pendapat. Masihkah anda ingat? Dua versi pendapat
tersebut ialah pendapat lama (qawl qodim) dan pendapat baharu (qawl
jadid ). Qawl qodim ialah pendapat lamanya ketika beliau berada di
Baghdad, manakala qawl jadid merupakan pendapat baharunya setelah
berhijrah ke Mesir. Kedua-dua qawl ini merupakan rujukan dan sebahagian
daripada fatwa Mazhab Syafii. Malah, qawl qodim masih lagi terpakai
kecuali pada perkara yang secara nyata dimansuhkan.

(b) Jika seseorang berijtihad mengenai arah kiblat untuk menunaikan solat,
kemudian dia membuat ijtihad kedua mengenai arah kiblat tadi (sedikit
berbeza dengan hasil ijtihad pertama), maka dia perlu bersolat mengikut
kiblat hasil ijtihad kedua. Berdasarkan kaedah ini, beliau tidak perlu
mengulang solat yang telah dibuat berdasarkan ijtihad pertama tadi.

(c) Sekiranya hakim memutuskan sesuatu perkara berdasarkan ijtihad dalam


sesuatu kes, kemudian dia menukar ijtihadnya dalam kes yang kedua, maka
keputusan ijtihad dalam kes pertama tidak boleh terbatal oleh ijtihad pada
kes kedua, sekalipun hujahan ijtihad kedua lebih kuat. Keputusan ini adalah
berdasarkan kaedah umum pertama yang menyatakan bahawa ijtihad yang
terkemudian tidak membatalkan ijtihad terdahulu.

(d) Kaedah ini turut diguna pakai di mahkamah syariah di Malaysia, iaitu
seseorang hakim tidak terikat dengan keputusan hakim yang lain, sekalipun
pada peringkat mahkamah yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, pada
peringkat rayuan, hakim akan meneliti sama ada proses ijtihad oleh hakim
bicara telah dibuat dengan betul dan sama ada rayuan peringanan hukuman
boleh dipertimbangkan atau tidak.

Sebagai kesimpulan, aplikasi kaedah ini sebenarnya memerlukan kemahiran dan


pengetahuan fiqhiyyah yang tinggi. Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini,
mujtahid perlu arif dalam hampir kesemua bidang fiqh. Selain itu, dia juga perlu
memikirkan dan mengambil kira banyak syarat dan pengecualian dalam
membuat sebarang keputusan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


164  TOPIK 8 KAEDAH UMUM 1: IJTIHAD TIDAK BOLEH DIBATALKAN DENGAN
َ ْ َُْ َ ُ َ ْ َ
IJTIHAD (‫الجت ِهاد‬
ِ ِ ‫ينقض ب‬ ‫)ا ِلجت ِهاد‬

Secara umumnya, kaedah ini menegaskan bahawa ijtihad yang terkemudian tidak
membatalkan ijtihad terdahulu sama ada ijtihad itu datang daripada mujtahid
yang sama ataupun daripada mujtahid yang berbeza. Hukum ijtihad yang
pertama dan yang telah lepas adalah bersifat kekal, walaupun terdapat ijtihad
kedua dengan hujah yang lebih kuat.

Walau bagaimanapun, hukum ijtihad kedua ini akan terpakai kepada


permasalahan yang akan datang. Hal ini bermakna, setelah terdapat ijtihad kedua,
ijtihad pertama tidak boleh diguna pakai lagi. Namun, terdapat pengecualian
dalam hal ini memandangkan maslahat pada setiap permasalahan mungkin
berubah atau berbeza.

Oleh itu, dapat difahami di sini bahawa aplikasi kaedah ini perlu dilihat secara
menyeluruh atau dalam konteks yang lebih besar. Ia perlu sentiasa disemak
dengan merujuk kaedah fiqh yang lain, maqasid atau objektif syariah yang lima
(agama, nyawa, akal, keturunan dan harta), maslahat atau kepentingan umum dan
sebagainya.

SEMAK KENDIRI 8.2

1. Huraikan permasalahan yang berlaku semasa zaman para sahabat


yang menjadi dalil sandaran atau asas kepada kaedah ini.

2. Berikan dua contoh aplikasi kaedah ijtihad tidak boleh dibatalkan


dengan ijtihad.

AKTIVITI 8.1

Dalam forum myINSPIRE, bincangkan:

(a) Bagaimanakah kaedah ini boleh diaplikasikan dalam konteks


pengurusan?

(b) Dua contoh semasa yang berkaitan dengan kaedah ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KAEDAH UMUM 1: IJTIHAD TIDAK BOLEH DIBATALKAN DENGAN  165
َ ْ ‫اد َ ُينْ َقض ب‬
IJTIHAD (‫الجت ِهاد‬
ُ َ ْ َ
‫)ا ِلجت ِه‬
ِ ِ

Ć Secara umumnya, kaedah ijtihad tidak boleh dibatalkan dengan ijtihad


menjelaskan bahawa sesuatu ijtihad tidak boleh dibatalkan dengan ijtihad
yang lain. Hal ini demikian kerana sesuatu ijtihad dengan ijtihad yang lain
adalah sama dari segi statusnya, dengan anggapan bahawa tiada ijtihad yang
lebih baik berbanding ijtihad yang lain.

Ć Kaedah ini ialah kaedah yang perlu difahami dan dipelajari. Ia juga penting
dalam pengurusan, jika dilihat dalam konteks yang lebih besar.

Ć Ijtihad ditakrifkan sebagai usaha dan kesungguhan mujtahid untuk mencari


ilmu berkenaan hukum syarak. Hanya mujtahid yang mempunyai
pengetahuan tentang ilmu agama Islam yang mendalam sahaja yang layak
untuk membuat ijtihad.

Ć Antara ciri spesifik seorang mujtahid ialah perlu arif tentang al-Quran, sunah,
bahasa Arab, usul fiqh dan balaghah.

Ć Ijtihad tidak boleh dilakukan secara semberono oleh mereka yang tidak
berkelayakan.

Ć Sumber asal atau dalil bagi kaedah ini adalah daripada ijmak para sahabat
yang berlaku pada zaman Sayidina Abu Bakar r.a.

Ć Memahami proses ijtihad dan kaedah ini dengan menyeluruh dapat


membantu seseorang untuk membuat sebarang keputusan dengan lebih baik.

Ć Antara contoh aplikasi kaedah ini adalah dalam menentukan arah kiblat untuk
menunaikan solat dan dalam amalan mahkamah syariah di Malaysia.

Al-qiyas al-jaliy Mujtahid


Ijmak QatÊi
Ijtihad Qawl jadid
Maqasid Qawl qodim
Maslahat Sunah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 8 KAEDAH UMUM 1: IJTIHAD TIDAK BOLEH DIBATALKAN DENGAN
َ ْ َُْ َ ُ َ ْ َ
IJTIHAD (‫الجت ِهاد‬
ِ ِ ‫ينقض ب‬ ‫)ا ِلجت ِهاد‬

Ab Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Perbahasan kaedah-kaedah fiqh. Kuala
Lumpur, Malaysia: Pustaka Salam.

Abdul Aziz Muhammad Azzam, & Nashr Farid Muhammad Washil. (2009).
Al-madhkal fi al-qawaÊid al-fiqhyyah wa atharuha fi al-ahkam al-syarÊiyyah.
Jakarta, Indonesia: Amzah.

Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad (1994). Al-mustasfamin Âilm al-usul. Beirut,


Lubnan: Dar al-Arqam b. Abi al-Arqam.

Al-Nadwi, ÂAli Ahmad. (2000). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik, Syria: Dar


al-Qalam.

Al-Suyuti, Jalal al-Din ÂAbd al-Rahman. (1378). Al-asybah wa al-nazaÊir fi qawaÊid


wa furuÊ fiqh al-syafiÊiyyah. Beirut, Lubnan: Dar al-Fikr.

Al-Suyuti, Jalal al-Din ÂAbd al-Rahman. (1999). Kaedah-kaedah hukum Islam


mazhab SyafiÊi. (Terj.) Mardhiya Mukhtar. Kuala Lumpur, Malaysia:
Penerbitan Darul Iman.

Al-ZarqaÊ, Ahmad Muhammad. (2007). Syarh al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik,


Syria: Dar al-Qalam.

Ibn Salih, ÂUmar. (2004). Al-madkhal ila dirasat al-fiqh al-Islam. Sharjah, Emiriah
Arab Bersatu: Markaz al-Bihus wa al-Dirasat.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2019). e-SMAF: Sumber maklumat al-ahkam


al-fiqhiyyah. Dicapai dari http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/
main/mainv1/fatwa/3

Muhammad ÂAzzam ÂAbd al-ÂAziz. (2004). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah: Dirasat


Âamaliyyah tahliliyyah muqaranah. Kaherah, Mesir: Universiti al-Azhar.

Muhammad Abu Zahra. (1958). Ushul fiqh. Damsyik, Syria: Dar al-Fikr.

Muhammad Soleh Ahmad. (2002). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Kuala Lumpur,


Malaysia: Pustaka Abdul Majid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kaedah
Umum 2: Jika
9 Bercampur
antara Halal
dengan
Haram, Dikira
sebagai
Haram
ُ َ َْ َ َ َ ْ َ
‫)إِذا اِجتمع ال ل‬
َْ َ َ ّ ُ ُ َ َ ْ َ
(‫والرام غل ِب الرام‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


168  TOPIK 9 KAEDAH UMUM 2: JIKA BERCAMPUR ANTARA HALAL DENGAN
ْ َ ّ ُ ُ َ َْ َ ُ َ َْ َ َ َ ْ َ
َ َ
HARAM, DIKIRA SEBAGAI HARAM (‫)إِذا ا ِجتمع ال لوالرام غل ِب الرام‬

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan maksud Kaedah Umum 2 (jika bercampur antara halal
dengan haram, dikira sebagai haram) berserta contohnya;
2. Mengenal pasti keadaan yang dikecualikan daripada kaedah ini;
3. Menerangkan sumber asal atau dalil bagi Kaedah Umum 2; dan
4. Menjelaskan cara Kaedah Umum 2 ini diaplikasikan mengikut
keadaan semasa.

 PENGENALAN
Topik 9 akan menerangkan kepada anda kaedah umum kedua yang dikenal
sebagai kaedah jika bercampur antara halal dengan haram, dikira sebagai haram.
Kaedah ini merupakan kaedah yang kecil, namun ia perlu dipelajari kerana
aplikasinya adalah cukup meluas dalam pelbagai isu terutamanya berkaitan
dengan muamalat.

Secara umumnya, kaedah ini membawa maksud apabila berkumpul halal dan
haram, maka keutamaannya ialah menganggapnya sebagai haram kerana itu
adalah yang terbaik dan afdal. Pendekatan ini diambil kerana sikap berhati-hati
dalam perlaksanaan kaedah ini adalah penting bagi menjaga maslahat umat agar
tidak terjebak atau terlibat dengan perkara haram.

Oleh itu, percampuran antara yang halal dengan yang haram perlu dilihat dan
dikaji dengan teliti supaya sesuatu muamalat itu menepati kehendak syarak.
Di sinilah kepentingan kaedah ini boleh dilihat dalam menyelesaikan isu
muamalat semasa yang timbul, terutamanya terhadap isu pada masa kini.

Maka, topik kesembilan ini akan membincangkan pengertian dan konsep kaedah,
contoh, pengecualian kaedah, sumber asal atau dalil kaedah dan cara kaedah ini
diaplikasikan pada masa kini. Mari kita teruskan!

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KAEDAH UMUM 2: JIKA BERCAMPUR ANTARA HALAL DENGAN  169
َْ ‫ب‬
HARAM, DIKIRA SEBAGAI HARAM (‫ال َرام‬
َ ِ ‫ام ُغ ّل‬ َ ْ ‫ال َ ُل َو‬
ُ ‫ال َر‬ َ ْ ‫)إ ِ َذا ا ِْج َت َم َع‬

9.1 PENGERTIAN DAN KONSEP KAEDAH


UMUM 2
Sebelum kita mempelajari kaedah ini dengan lebih mendalam, mari kita pelajari
terlebih dahulu tentang konsep „bercampur‰ yang disebut dalam kaedah ini.
Apakah yang dimaksudkan dengan bercampur dalam konteks kaedah ini?

Bercampur atau berhimpun dalam konteks ini merujuk sama ada ia


campuran atau sebatian.

Kepastian tentang perkara ini (campuran atau sebatian) adalah penting kerana ia
akan mempengaruhi hukum terhadap isu yang berkaitan disebabkan kedua-dua
konsep ini adalah berbeza. Apakah yang dimaksudkan dengan „campuran‰ atau
„sebatian‰? Mari kita lihat Jadual 9.1 untuk mengetahui jawapannya.

Jadual 9.1: Maksud Campuran dan Sebatian

Konsep Maksud Contoh

Campuran Bahan yang


bergabung, namun
masih boleh
diasingkan secara
manual.

Baju kapas dengan tali leher sutera merupakan


campuran apabila dipakai, namun boleh
dipisahkan.

Sebatian Bahan yang


bercampur dan
tidak mampu
dipisahkan secara
manual.

Air (H2O) terdiri daripada gabungan dua


unsur hidrogen dan satu unsur oksigen yang
tidak boleh dipisahkan secara manual.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


170  TOPIK 9 KAEDAH UMUM 2: JIKA BERCAMPUR ANTARA HALAL DENGAN
ْ َ ّ ُ ُ َ َْ َ ُ َ َْ َ َ َ ْ َ
َ َ
HARAM, DIKIRA SEBAGAI HARAM (‫)إِذا ا ِجتمع ال لوالرام غل ِب الرام‬

Sekarang, mari kita pelajari maksud Kaedah Umum 2.

Kaedah jika bercampur antara halal dengan haram, dikira sebagai haram
memberi pengertian bahawa apabila bercampur halal dan haram, maka
keutamaan yang dikira adalah haram.

Antara lain, ia bermaksud bahawa apabila bercampur sesuatu perkara yang


berunsur halal dan haram, maka hukum perkara tersebut menjadi haram. Dalam
konteks ini, kita hendaklah mengutamakan yang haram kerana ia menepati
seluruh kehendak syarak. Apabila berlaku percampuran antara halal dengan
haram, kita tidak boleh menerimanya dengan mudah sebagai halal kerana
mengikut pendapat fuqaha, keseluruhan perkara tersebut masih belum menepati
hukum syarak untuk dikategorikan sebagai halal.

Seharusnya umat Islam perlu bersifat lebih teliti dan berhati-hati dalam
mengeluarkan status hukum terhadap sesuatu perkara atau permasalahan yang
timbul berkaitan perkara halal dan haram.

Dalam karya al-Suyuti (1378) yang bertajuk Al-Asybah wa al-NazaÊir fi QawaÊid


wa FuruÊ Fiqh al-SyafiÊiyyah, beliau ada menyebut bahawa menurut pendapat
yang sahih, jika berlaku pertentangan antara dua dalil yang satu menunjukkan
haram dan yang lainnya menunjukkan halal, maka pengharaman itu lebih
diutamakan kerana tindakan meninggalkan yang mubah (harus atau halal) demi
menghindari yang haram itu lebih baik daripada sebaliknya.

Dalam situasi ini, kita perlu lihat dari sudut percampuran atau sebatian sesuatu
perkara seperti yang dijelaskan pada awal perbincangan. Sekiranya percampuran
halal dan haram itu boleh dielak atau diasingkan, maka tidak mengapa.

Namun, apabila berlaku sebaliknya, iaitu perkara haram dan halal itu dalam
bentuk sebatian yang sememangnya tidak berupaya untuk mengasingkannya,
maka hukumnya menjadi haram.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KAEDAH UMUM 2: JIKA BERCAMPUR ANTARA HALAL DENGAN  171
َْ ‫ب‬
HARAM, DIKIRA SEBAGAI HARAM (‫ال َرام‬
َ ِ ‫ام ُغ ّل‬ َ ْ ‫ال َ ُل َو‬
ُ ‫ال َر‬ َ ْ ‫)إ ِ َذا ا ِْج َت َم َع‬

9.2 CONTOH APLIKASI KAEDAH UMUM 2


Apakah contoh bagi kaedah ini? Yang berikut adalah antara contoh yang
terbentuk daripada kaedah ini:

(a) Binatang hasil kacukan halal dan haram (seperti khinzir dan lembu), maka
haram dimakan oleh umat Islam;

(b) Ayam penyembelihan atau jualan yang bercampur proses atau kaedahnya
antara halal (patuh syariat) dengan haram (tidak patuh syariat), maka
hukumnya adalah haram dimakan oleh umat Islam;

(c) Makanan atau minuman halal yang diadun atau disediakan dengan bahan
haram (seperti alkohol), maka hukumnya haram dimakan atau diminum
oleh umat Islam;

(d) Wang yang bercampur antara sumber yang halal dengan haram, sekiranya
tidak dapat dipastikan atau dibezakan jumlah yang halal dengan yang
haram, maka kesemuanya menjadi haram;

(e) Apabila berlaku kesamaran (diragui telah bercampur) antara susu kambing
dengan susu keldai, hukumnya tidak halal diminum; dan

(f) Pemburu memanah kijang atau kambing gurun yang berada di atas bukit
atau gunung lalu jatuh. Maka, ia haram dimakan kerana berkemungkinan
binatang tersebut mati akibat terjatuh.

9.3 CONTOH PENGECUALIAN DARIPADA


KAEDAH UMUM 2
Tahukah anda terdapat pengecualian bagi kaedah ini? Apakah pengecualian
tersebut? Yang berikut adalah antara contoh keadaan yang dikecualikan daripada
kaedah ini:

(a) Diharuskan mengusung atau membawa naskhah al-Quran bersama


barangan lain yang kuantitinya lebih banyak daripada al-Quran;

(b) Diharuskan membawa tafsir al-Quran oleh orang yang berhadas dengan
syarat tafsir al-Quran tersebut melebihi atau sama jumlahnya dengan ayat
al-Quran. Jika sebaliknya, maka ia adalah haram. Pendapat ini merupakan
pendapat yang dikemukakan oleh para ulama mazhab Syafii;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


172  TOPIK 9 KAEDAH UMUM 2: JIKA BERCAMPUR ANTARA HALAL DENGAN
ْ َ ّ ُ ُ َ َْ َ ُ َ َْ َ َ َ ْ َ
َ َ
HARAM, DIKIRA SEBAGAI HARAM (‫)إِذا ا ِجتمع ال لوالرام غل ِب الرام‬

(c) Sehelai baju kapas yang ditenun atau disulam tenunannya dengan benang
sutera tidak haram dipakai oleh lelaki Muslim jika nisbah tenunan sutera
tersebut adalah lebih kecil berbanding kapas. Pendapat ini ialah pandangan
fuqaha daripada mazhab Syafii;

(d) Walaupun binatang tenusu seperti lembu dan kambing memakan rumput
daripada sumber yang haram, namun susu dan dagingnya tidak menjadi
haram. Hukumnya adalah makruh dan meninggalkannya adalah lebih baik
bagi orang yang warak seperti yang dijelaskan oleh Imam an-Nawawi (2010)
dalam karyanya Al-MajmuÊ Syarah al-Muhadzdzab;

(e) Sekiranya pemburu memanah burung di udara lalu jatuh dan mati,
hukumnya halal dimakan dan dimaafkan. Hal ini demikian kerana sifat tabii
burung adalah terbang dan ia mungkin mati sama ada kerana dipanah atau
kerana jatuh ke tanah selepas dipanah; dan

(f) Sekiranya tidak dapat dipastikan antara wanita yang halal dikahwini
dengan wanita yang haram dikahwini dalam daerah yang luas dan ramai
wanita di daerah tersebut, maka hukumnya harus bagi lelaki mengahwini
wanita daripada kalangan mereka kerana ini rukhsah dalam fiqh Islam.
Namun, harus diingat, pada hari ini sudah ada ujian DNA bagi memastikan
nasab keturunan. Oleh itu, tidak timbul lagi isu kesukaran dalam
menentukan perkara ini, melainkan wujud unsur tidak telus dalam proses
ujian tersebut.

SEMAK KENDIRI 9.1

1. Huraikan dengan jelas maksud kaedah jika bercampur antara halal


dengan haram, dikira sebagai haram.

2. Jelaskan kepentingan kaedah ini dalam menyelesaikan isu fiqh


kontemporari yang berkaitan.

AKTIVITI 9.1

Dalam forum myINSPIRE, bincangkan dua contoh sistem muamalat


semasa yang berkaitan dengan kaedah jika bercampur antara halal
dengan haram, dikira sebagai haram.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KAEDAH UMUM 2: JIKA BERCAMPUR ANTARA HALAL DENGAN  173
َْ ‫ب‬
HARAM, DIKIRA SEBAGAI HARAM (‫ال َرام‬
َ ِ ‫ام ُغ ّل‬ َ ْ ‫ال َ ُل َو‬
ُ ‫ال َر‬ َ ْ ‫)إ ِ َذا ا ِْج َت َم َع‬

9.4 SUMBER ASAL ATAU DALIL KAEDAH


UMUM 2
Sekarang, mari kita pelajari pula sumber asal atau dalil bagi kaedah ini. Dalil bagi
kaedah ini adalah berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW. Yang pertama ialah:

َ َ ُ َ َ ْ َ ّ ُ َّ ُ َ َ ْ َ ُ َ َ ْ َ َ َ ْ َ
‫ال ل‬ ‫ما ا ِجتمع ال ل والرام إ ِ غل ِب الرام‬
Maksudnya:
Tidaklah berhimpun yang halal dan haram, melainkan dimenangkan yang haram
terhadap yang halal.

Hadis ini merupakan hadis mawquf daripada Ibn MasÊud sebagaimana yang
dipindahkan daripada al-Bayhaqi. Hadis tersebut diriwayatkan oleh Jabir
al-JaÊfari yang merupakan rijal daÊif.

Dalil kedua yang menyebut tentang kaedah ini adalah seperti yang berikut:

َ ْ ‫ات َو َق َع ِف‬ َ ُّ َ ‫بأَ ِلِي ْنِهِ َوع ِْرضهِ َو َم ْن َو َق‬


َ ْ َ‫ات ا ِْست‬ ُّ َ َّ َ
‫ال َر ِام‬ ِ ‫ه‬ ُ
‫ب‬ ‫الش‬ ‫ف‬ِ ‫ع‬ ِ ِ ‫ف َم ْن ا ِتق الش ُب َه‬
Maksudnya:
Sesiapa yang menjauhi perkara syubhah, sesungguhnya dia telah membersihkan
agamanya dan kehormatan dirinya dan barang siapa yang terdedah dan
melakukan perkara syubhah akan terdedah pada haram.

Hadis tersebut adalah riwayat Muslim dalam kitab Al-Musaqah dan dalam bab
Akhz al-Halal wa Tark al-Syubuhat, bilangan 2996. Ia juga diriwayatkan oleh
al-Bukhari dalam kitabnya Al-Iman, bilangan 50. Selain itu, ia juga terdapat dalam
riwayat daripada imam lain yang muktabar.

AKTIVITI 9.2

Cuba anda cari dalil lain daripada al-Quran dan hadis berkaitan perkara
halal, haram dan syubhah. Sediakan jawapan anda dalam bentuk jadual
dan kongsikannya dalam forum myINSPIRE untuk perbincangan lanjut
dengan rakan sekuliah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


174  TOPIK 9 KAEDAH UMUM 2: JIKA BERCAMPUR ANTARA HALAL DENGAN
ْ َ ّ ُ ُ َ َْ َ ُ َ َْ َ َ َ ْ َ
َ َ
HARAM, DIKIRA SEBAGAI HARAM (‫)إِذا ا ِجتمع ال لوالرام غل ِب الرام‬

9.5 APLIKASI SEMASA KAEDAH UMUM 2


Akhirnya, mari kita lihat cara kaedah ini diaplikasikan dalam kehidupan semasa.
Yang berikut adalah antara aplikasi semasa bagi kaedah jika bercampur antara
halal dengan haram, dikira sebagai haram:

(a) Dalam membincangkan pengurusan wang tidak patuh syariah, wujud


keadaan wang yang halal dan wang yang haram bercampur aduk dan tidak
dapat dibezakan seperti keadaan terdapat wang simpanan halal di dalam
bank bercampur dengan wang faedah yang haram dalam akaun yang sama.
Dalam hal ini, timbul persoalan bagaimanakah ia dapat dijernihkan?

Berdasarkan Kaedah Umum 2 (jika bercampur antara halal dengan haram,


dikira sebagai haram), hukum wang yang terdapat dalam akaun itu
dianggap haram. Dalam hal ini, wang pokok (sesuatu yang halal) dalam
akaun itu boleh digunakan.

Bagaimanakah dengan faedah tersebut? Bagi faedah (sesuatu yang haram),


ia hendaklah dilupuskan dengan cara menyerahkannya kepada pihak
baitulmal bagi tujuan maslahat umum.

(b) Seandainya nilai yang halal dan haram tidak dapat dikenal pasti atau
dibezakan, maka dibolehkan untuk menggunakan kaedah berijtihad nilai
(al-ihtiyath) bagi menentukan pembahagian yang betul antara kedua-dua
nilai yang halal dan haram itu. Dengan itu, walaupun telah berlaku campur
aduk antara perkara yang halal dan haram, apa-apa yang halal dapat
diasingkan dan dimanfaatkan daripada apa-apa yang haram.

 Kaedah Umum 2 (jika bercampur antara halal dengan haram, dikira sebagai
haram) merupakan salah satu kaedah asas dalam sistem muamalat Islam.
Kaedah ini menekankan unsur halal dan haram dalam aktiviti seharian umat
Islam.

Ć Kaedah ini secara umumnya membawa maksud apabila bercampur antara


halal dan haram, maka keutamaannya ialah mendahulukan yang haram
kerana itu yang terbaik. Oleh itu, kaedah ini menekankan sifat teliti dan
memandang berat mengenai kegiatan yang hendak dilaksanakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KAEDAH UMUM 2: JIKA BERCAMPUR ANTARA HALAL DENGAN  175
َْ ‫ب‬
HARAM, DIKIRA SEBAGAI HARAM (‫ال َرام‬
َ ِ ‫ام ُغ ّل‬ َ ْ ‫ال َ ُل َو‬
ُ ‫ال َر‬ َ ْ ‫)إ ِ َذا ا ِْج َت َم َع‬

Ć Antara contoh bagi kaedah ini adalah haram memakan binatang kacukan hasil
haram dan halal (seperti khinzir dan lembu), haram memakan makanan yang
diadun dengan bahan yang tidak halal (seperti alkohol) dan haram
menggunakan wang yang bercampur sumber haram dan halal (seperti jualan
arak).

Ć Namun, terdapat pengecualian bagi kaedah ini. Contohnya, dalam hal


membawa al-Quran (harus mengusungnya bersama barang lain yang banyak,
harus membawanya jika tafsirnya adalah lebih banyak daripada ayatnya) dan
pemakaian kain sutera bagi lelaki (tidak haram jika banyak dicampurkan
dengan kain kapas).

Ć Sumber asal atau dalil bagi kaedah ini ialah hadis Nabi Muhammad SAW.

Ć Kaedah ini menjadi asas perbincangan semasa menilai dan memutuskan status
hukum bagi isu yang muncul berkaitan percampuran halal dan haram dalam
aktiviti yang dilaksanakan. Antara aplikasi kaedah ini adalah dalam
membincangkan pengurusan wang tidak patuh syariah yang wujud seperti
terdapat wang simpanan halal di dalam bank bercampur dengan wang faedah
yang haram dalam akaun yang sama.

Ć Kaedah ini sangat penting difahami dan diamalkan oleh setiap umat Islam.
Islam menyarankan umatnya supaya utamakan sumber yang halal dan baik
(halalan tayyiban) tanpa sebarang rasa syak dan syubhah.

Al-maÊmurat (suruhan) Kaedah jika bercampur antara halal


dengan haram, dikira sebagai haram
Al-manhiyyat (larangan)
Mafsadah
Hadis Nabi Muhammad SAW
Maslahat
Halal
Saham bercampur
Haram
Syubhah
Ihtiyat (berhati-hati)
Warak

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


176  TOPIK 9 KAEDAH UMUM 2: JIKA BERCAMPUR ANTARA HALAL DENGAN
ْ َ ّ ُ ُ َ َْ َ ُ َ َْ َ َ َ ْ َ
َ َ
HARAM, DIKIRA SEBAGAI HARAM (‫)إِذا ا ِجتمع ال لوالرام غل ِب الرام‬

Ab Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Perbahasan kaedah-kaedah fiqh.


Kuala Lumpur, Malaysia: Pustaka Salam.

Abdul Aziz Muhammad Azzam, & Nashr Farid Muhammad Washil. (2009).
Al-madhkal fi al-qawaÊid al-fiqhyyah wa atharuha fi al-ahkam al-syarÊiyyah.
Jakarta, Indonesia: Amzah.

Al-Nadwi, ÂAli Ahmad. (2000). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik, Syria: Dar


al-Qalam.

Al-Suyuti, Jalal al-Din ÂAbd al-Rahman. (1378). Al-asybah wa al-nazaÊir fi qawaÊid


wa furuÊ fiqh al-syafiÊiyyah. Beirut, Lubnan: Dar al-Fikr.

Al-ZarqaÊ, Ahmad Muhammad. (2007). Syarh al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik,


Syria: Dar al-Qalam.

An-Nawawi, al-Imam al-Allamah Abu Zakaria Muhyuddin Syaraf. (2010).


Al-majmuÊ syarah al-muhadzdzab. (Terj.) H. Abdul Somad, Umar Mujtahid,
Mukhlis B. Mukti. Jakarta, Indonesia: Pustaka Azzam.

Ibn Salih, ÂUmar. (2004). Al-madkhal ila dirasat al-fiqh al-Islam. Sharjah, Emiriah
Arab Bersatu: Markaz al-Bihus wa al-Dirasat.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2013). e-SMAF: Sumber maklumat al-ahkam


al-fiqhiyyah. Dicapai dari http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/
main/mainv1/fatwa/3

Muhammad ÂAzzam ÂAbd al-ÂAziz. (2004). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah: Dirasat


Âamaliyyah tahliliyyah muqaranah. Kaherah, Mesir: Universiti al-Azhar.

Muhammad Soleh Ahmad. (2002). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Kuala Lumpur,


Malaysia: Pustaka Abdul Majid.

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Selangor. (2018). Pengurusan wang tidak
patuh syariah. Dicapai dari http://www.mais.gov.my/perkhidmatan/
perkhidmatan-baitulmal/pengurusan-wang-tidak-patuh-syariah?start=1

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kaedah
Umum 3:
10 Urusan
Pemerintah
Berkenaan
Rakyat
Hendaklah
Berlandaskan
Maslahat
ََ َ ُ ُّ َ َ
ِ ‫الم‬
‫ام‬ ِ ‫)تصف‬
ٌ‫ع َّيةِ َم ُن ْوط‬ َّ
ِ ‫الر‬
َ َ ْ َْ
(ِ‫بِالمصلحة‬
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
178  TOPIK 10 KAEDAH UMUM 3: URUSAN PEMERINTAH BERKENAAN
RAKYAT HENDAKLAH BERLANDASKAN MASLAHAT
َ َ ْ ْ ٌ ْ ُ َ َّ ََ ُ ُّ َ َ
(ِ‫الرعِيةِ منوط بِال َمصلحة‬
َّ ِ ‫ال َم‬
‫ام‬ ِ ‫)تصف‬

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan maksud Kaedah Umum 3 (urusan pemerintah
berkenaan rakyat hendaklah berlandaskan maslahat) dan
kepentingannya;
2. Menyatakan contoh bagi Kaedah Umum 3; dan
3. Mengenal pasti sumber asal atau dalil bagi Kaedah Umum 3.

 PENGENALAN
Kaedah Umum 3 (urusan pemerintah berkenaan rakyat hendaklah berlandaskan
maslahat) merupakan salah satu kaedah kecil yang perlu anda pelajari dalam ilmu
fiqhiyyah kerana aplikasinya cukup luas dalam pelbagai isu berkaitan pengurusan
pada semua peringkat. Malah, ia juga tidak terhad kepada isu fiqhiyyah sahaja.

Secara umumnya, kaedah ini membawa maksud setiap pemimpin atau


pemerintah hendaklah memastikan segala dasar dan tindakan yang dibuat adalah
selari dengan maslahat, kepentingan rakyat atau orang yang dipimpinnya.
Seterusnya, maslahat ini pula perlu selaras dengan kehendak syarak.

Apakah kepentingan kaedah ini? Kaedah ini penting dalam pengajian siyasah
syarÊiyyah (politik Islam) dan tadbir urus yang baik (good governance). Oleh itu,
topik kesepuluh ini akan membincangkan pengertian dan konsep kaedah, contoh
serta sumber asal atau dalil kaedah. Jadi, mari kita teruskan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KAEDAH UMUM 3: URUSAN PEMERINTAH BERKENAAN  179
RAKYAT HENDAKLAH BERLANDASKAN MASLAHAT
َ َ ْ ْ ٌ ْ ُ َ َّ ََ ُ ُّ َ َ
(ِ‫الرعِيةِ منوط بِال َمصلحة‬
َّ ِ ‫ال َم‬
‫ام‬ ِ ‫)تصف‬

10.1 PENGERTIAN DAN KONSEP KAEDAH


UMUM 3
Apakah yang boleh anda katakan untuk menerangkan maksud kaedah ini? Yang
berikut ialah maksud Kaedah Umum 3.

Kaedah urusan pemerintah berkenaan rakyat hendaklah berlandaskan


maslahat membawa pengertian bahawa segala tindakan pemerintah dan
dasar yang dibuat oleh pemimpin atau pemerintah hendaklah berdasarkan
maslahat atau kepentingan umum.

Selain itu, seorang pemimpin atau pemerintah tidak boleh menggunakan


kedudukannya untuk mendapatkan faedah bagi diri, keluarga mahupun
kroninya. Begitu juga kedudukan yang ada tidak boleh digunakan untuk
mengambil hak rakyat yang dipimpin atau menzalimi mereka dengan tindakan
atau dasar yang dibuat sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.

Oleh itu, syariat Islam telah meletakkan kewajipan yang besar terhadap pemimpin
supaya bersikap teliti dan berhemat dalam membuat keputusan yang akan
memberi kesan kepada orang yang dipimpinnya. Bagi pemimpin yang warak dan
soleh, mereka akan sentiasa menyemak dasar dan tindakan yang telah dibuat bagi
memastikan kepentingan umum dipenuhi pada setiap masa.

Sekiranya terdapat sebarang perkara yang bertentangan dengan maslahat, ia


merupakan darar (mudarat) yang perlu dihapuskan atau diselesaikan dengan
segera seperti yang telah dibincangkan dalam Topik 6 yang lepas.

Bagi menyokong pelaksanaan kaedah ini, Islam telah memperkenalkan konsep


syura dalam pentadbiran. Konsep ini disebut dalam surah ash-Shura, ayat 38 dan
surah Ali-ÂImran, ayat 159.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


180  TOPIK 10 KAEDAH UMUM 3: URUSAN PEMERINTAH BERKENAAN
RAKYAT HENDAKLAH BERLANDASKAN MASLAHAT
َ َ ْ ْ ٌ ْ ُ َ َّ ََ ُ ُّ َ َ
(ِ‫الرعِيةِ منوط بِال َمصلحة‬
َّ ِ ‫ال َم‬
‫ام‬ ِ ‫)تصف‬

Selain itu, Islam juga menekankan pemilihan pemimpin yang berkelayakan dari
segi yang berikut (lihat Rajah 10.1). Lima kriteria ini juga haruslah dimiliki secara
tinggi atau luas.

Rajah 10.1: Lima kriteria pemilihan pemimpin yang berkaliber dalam Islam

Berdasarkan kaedah ini, pemimpin hendaklah melihat kepada maslahat atau


kepentingan umum pada setiap masa. Kita perlu faham bahawa maslahat ini
hendaklah diukur dengan berpandukan syariat dan objektif Islam dalam
memelihara lima prinsip umum atau dharuriyyat al-khams.

Masihkah anda ingat apakah lima prinsip umum tersebut? Lima prinsip umum
tersebut ialah:

(a) Agama;

(b) Nyawa;

(c) Akal;

(d) Keturunan; dan

(e) Harta.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KAEDAH UMUM 3: URUSAN PEMERINTAH BERKENAAN  181
RAKYAT HENDAKLAH BERLANDASKAN MASLAHAT
َ َ ْ ْ ٌ ْ ُ َ َّ ََ ُ ُّ َ َ
(ِ‫الرعِيةِ منوط بِال َمصلحة‬
َّ ِ ‫ال َم‬
‫ام‬ ِ ‫)تصف‬

Mari kita ambil pembinaan kilang arak sebagai contoh. Walaupun kilang ini dapat
menyediakan peluang pekerjaan kepada orang ramai dan boleh menyumbang
pendapatan dari segi ekonomi, ia tidak boleh dilihat sebagai kepentingan umum.
Hal ini demikian kerana pembinaan kilang ini adalah bercanggah dengan syarak.
Kerosakan langsung atau tidak langsung yang dibawa dalam masyarakat sama
ada dalam jangka masa pendek atau panjang adalah tidak berbaloi dengan faedah
yang (dikatakan) dapat dikecap.

Dalam hadis riwayat Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW bersabda:

...‫أ ككم راع وككم مسئول عن رعيته‬


Maksudnya:
Ketahuilah! Setiap seorang kamu ialah pemimpin dan setiap pemimpin akan
dipertanggungjawabkan atas apa-apa yang dipimpin...

(Sahih Muslim, No. 3408)

Hadis ini telah menjelaskan bahawa tanggungjawab menjaga ‰rakyat‰ (orang


yang dipimpin) adalah tanggungjawab setiap individu mukalaf, tidak hanya
terhad kepada pemerintah negara. Hal ini bermakna Kaedah Umum 3 merupakan
tuntutan ke atas setiap individu yang mempunyai tanggungan yang
dipertanggungjawabkan tanpa mengira kedudukannya seperti yang diterangkan
dalam Rajah 10.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


182  TOPIK 10 KAEDAH UMUM 3: URUSAN PEMERINTAH BERKENAAN
RAKYAT HENDAKLAH BERLANDASKAN MASLAHAT
َ َ ْ ْ ٌ ْ ُ َ َّ ََ ُ ُّ َ َ
(ِ‫الرعِيةِ منوط بِال َمصلحة‬
َّ ِ ‫ال َم‬
‫ام‬ ِ ‫)تصف‬

Rajah 10.2: Tanggungjawab pemimpin dalam


menjaga tanggungan tanpa mengira kedudukan

Bagaimanakah untuk menjadi pemimpin atau ketua yang berjaya? Untuk menjadi
pemimpin atau ketua yang berjaya, kita harus bersifat lebih teliti dan berhemat
dalam menjalankan amanah, sama ada terhadap kerja mahupun keluarga.
Sekiranya setiap orang mengaplikasikan kaedah ini dalam kehidupan,
insya-Allah, dunia akan menjadi tempat yang lebih baik ă kadar jenayah dan
masalah sosial serta sebarang bentuk penyelewengan akan berkurangan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KAEDAH UMUM 3: URUSAN PEMERINTAH BERKENAAN  183
RAKYAT HENDAKLAH BERLANDASKAN MASLAHAT
َ َ ْ ْ ٌ ْ ُ َ َّ ََ ُ ُّ َ َ
(ِ‫الرعِيةِ منوط بِال َمصلحة‬
َّ ِ ‫ال َم‬
‫ام‬ ِ ‫)تصف‬

Masalah sosial seperti kes bapa yang memperkosa darah dagingnya sendiri, kes
ibu yang membuang dan meninggalkan bayi atau anaknya di merata-rata tempat,
kes pemimpin yang menindas rakyat dan kes pegawai yang menyalahgunakan
kuasa dapat dikurangkan atau dielakkan sama sekali apabila pemimpin dan
masyarakat bersama bersikap adil dan menjaga kemaslahatan bersama. Oleh itu,
kaedah ini seharusnya dipelajari, difahami dan diaplikasikan oleh setiap Muslim
untuk membentuk negara yang aman dan damai.

SEMAK KENDIRI 10.1

1. Huraikan maksud kaedah urusan pemerintah berkenaan rakyat


hendaklah berlandaskan maslahat dan kepentingannya.

2. Nyatakan lima kriteria pemilihan pemimpin yang berkaliber


dalam Islam.

10.2 CONTOH APLIKASI KAEDAH UMUM 3


Bolehkah anda berikan beberapa contoh bagaimanakah kaedah ini boleh
diaplikasikan? Antara contoh yang terbentuk daripada kaedah ini adalah:

(a) Berdasarkan kemaslahatan umum, pemimpin hendaklah melantik


seseorang yang soleh dan berkelayakan sebagai imam masjid untuk
mengimamkan solat. Tidak harus bagi pemimpin melantik seorang yang
fasiq atau kurang berkelayakan menjadi imam masjid di sesuatu kawasan.
Keputusan ini dibuat untuk mengelakkan perkara makruh iaitu apabila
makmum pula yang perlu membetulkan atau menegur solat imam.

(b) Pihak yang berkuasa perlu melantik individu yang berkelayakan dari sudut
akademik, pengalaman, personaliti, reputasi dan sebagainya untuk mengisi
jawatan penting dalam masyarakat seperti imam, ketua kampung, pembesar
daerah, termasuk juga jawatan dalam sektor pengurusan dan pentadbiran.

Kaedah Umum 3 ini menegah pihak berwajib melantik seseorang yang


kurang atau tidak berkelayakan semata-mata kerana pertalian keluarga dan
sebagainya, sedangkan terdapat ramai lagi calon lain yang lebih
berkelayakan. Hal ini demikian kerana kelayakan berkait rapat dengan
kemampuan penjawat untuk menilai maslahat umum dalam urusan
pentadbiran kelak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


184  TOPIK 10 KAEDAH UMUM 3: URUSAN PEMERINTAH BERKENAAN
RAKYAT HENDAKLAH BERLANDASKAN MASLAHAT
َ َ ْ ْ ٌ ْ ُ َ َّ ََ ُ ُّ َ َ
(ِ‫الرعِيةِ منوط بِال َمصلحة‬
َّ ِ ‫ال َم‬
‫ام‬ ِ ‫)تصف‬

(c) Pemimpin tidak boleh memaafkan dan melepaskan pesalah qisas begitu
sahaja kerana ia bertentangan dengan maslahat umum. Jika terdapat
maslahat untuk pelaksanaan hukuman qisas, pemimpin wajib
melaksanakannya. Namun, jika maslahat untuk mengenakan diyat lebih
berkesan berbanding qisas, dia boleh mengenakan diyat sahaja.

(d) Pemimpin perlu memutuskan hukuman berdasarkan kemaslahatan umum


dalam menentukan hukuman takzir yang wajar kepada penjenayah (sama
ada hukuman mati, dipenjarakan, dijamin atau ditebus). Contohnya,
seorang pemimpin harus menetapkan hukuman mati kepada perogol, jika
ini akan membawa kebaikan kepada masyarakat umum.

(e) Pemimpin tidak harus menggugurkan syarat kafaah (sekufu) dalam


perkahwinan, sekalipun perkara tersebut dipersetujui oleh kaum wanita.
Hal ini demikian kerana hak kafaah ialah hak umat Islam amnya dan ia
bertujuan menjaga kemaslahatan umum.

(f) Harus bagi pemerintah mengambil tanah rakyat bagi tujuan pembangunan
dengan memberikan pampasan yang mencukupi. Hal ini demikian kerana
pembangunan ini (seperti pembinaan sekolah dan lapangan terbang) akan
memberikan kemaslahatan kepada masyarakat umum.

(g) Harus bagi pemerintah memberhentikan mana-mana pegawainya yang


bermasalah dengan syarat pemerintah tersebut mempunyai justifikasi yang
baik terhadap tindakannya tersebut. Namun, hukumnya adalah haram jika
dibuat tanpa sebarang justifikasi. Hal ini demikian kerana masyarakat
memerlukan jaminan kerja dan ia turut berkait rapat dengan peningkatan
motivasi dan produktiviti kerja.

Sebagai rumusan, kaedah ini merupakan salah satu bukti kesyumulan Islam; ia
membuktikan bahawa Islam itu ideal dan sesuai dengan fitrah manusia. Kaedah
ini juga merupakan asas terhadap kaedah tadbir urus yang baik. Kaedah fiqh ini
sesuai dan perlu diaplikasikan dalam seluruh masyarakat pada setiap masa dan
tidak terhad pada urusan ibadat sahaja.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KAEDAH UMUM 3: URUSAN PEMERINTAH BERKENAAN  185
RAKYAT HENDAKLAH BERLANDASKAN MASLAHAT
َ َ ْ ْ ٌ ْ ُ َ َّ ََ ُ ُّ َ َ
(ِ‫الرعِيةِ منوط بِال َمصلحة‬
َّ ِ ‫ال َم‬
‫ام‬ ِ ‫)تصف‬

Selain itu, Islam mengiktiraf segala urusan harian yang dibuat dengan cara yang
betul, sedaya upaya cuba mematuhi syariat sebagai satu ibadat yang akan diberi
ganjaran oleh Allah SWT. Sesungguhnya, Allah SWT Maha Mengetahui segala apa
yang kita kerjakan serta niat yang ada di dalam hati. Sebagai seorang Islam, kita
hendaklah berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan Islam dalam kehidupan
harian. Mudah-mudahan segala amalan kita akan diterima oleh Allah SWT dan
diberi ganjaran pahala.

AKTIVITI 10.1

Bincangkan dalam forum myINSPIRE contoh politik semasa yang


berkaitan dengan kaedah ini. Bagaimanakah kaedah ini dipraktikkan
dalam negara kita yang berbilang bangsa?

10.3 SUMBER ASAL ATAU DALIL KAEDAH


UMUM 3
Akhirnya, mari kita pelajari sumber asal atau dalil bagi kaedah ini. Seperti yang
telah dinyatakan tadi, dalil al-Quran yang menyentuh tentang kaedah ini ialah:

(a) Surah asy-Shura, ayat 38:

َّ‫ى بَ ۡي َن ُه ۡم َومِما‬ َ ‫َوأَ ۡم ُر ُه ۡم ُش‬


ٰ ‫ور‬ َ‫لصلَ ٰوة‬ ُ َ‫جابُوا ْ ل َِر ّبه ۡم َوأَق‬
َّ ‫اموا ْ ٱ‬ َ ‫َوٱ َّل‬
َ ‫ِين ٱ ۡس َت‬
ِِ
َ ُ ۡ
٣٨ ‫َر َزق َنٰ ُه ۡم يُنفِقون‬
Maksudnya:
Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menyahut dan
menyambut perintah Tuhan-nya serta mendirikan solat dengan sempurna;
dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan
mereka pula mendermakan sebahagian daripada apa-apa yang Kami beri
kepadanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


186  TOPIK 10 KAEDAH UMUM 3: URUSAN PEMERINTAH BERKENAAN
RAKYAT HENDAKLAH BERLANDASKAN MASLAHAT
َ َ ْ ْ ٌ ْ ُ َ َّ ََ ُ ُّ َ َ
(ِ‫الرعِيةِ منوط بِال َمصلحة‬
َّ ِ ‫ال َم‬
‫ام‬ ِ ‫)تصف‬

(b) Surah Ali-ÂImran, ayat 159:

َ َ ۡ َ ۡ َ َ ًّ َ َ ُ ۡ َ َ ۡ ُ َ َ
ۡ‫نف ُّضوا ْ مِن‬ َّ َ ّ َ ۡ َ َ َ
‫ب‬ِ ‫ل‬ ‫ق‬ ‫ل‬ ‫ٱ‬ ‫ِيظ‬ ‫ل‬ ‫غ‬ ‫ا‬‫ظ‬ ‫ف‬ ‫نت‬‫ك‬ ‫و‬ ‫ل‬‫و‬ ۖ‫م‬ ‫ه‬ ‫ل‬ ‫ت‬ ِ‫ل‬ ِ ‫فبِما رحةٖ مِن ٱ‬
ۡ َّ َ َ َ َ ۡ َ َ َ َ ۡ َ ۡ ۡ ُ ۡ َ َ ۡ ُ َ ۡ ۡ َ ۡ َ ۡ ُ ۡ َ ُ ۡ َ َ ۡ َ
‫حول ِك ۖ فٱعف عنهم وٱستغفِر لهم وشاوِرهم ِف ٱلم ِرۖ فإِذا عزمت فتوك‬
َ ّ َ َ ُ ۡ ُّ ُ َ َّ َّ َّ َ َ
١٥٩ ‫ٱ ِۚ إِن ٱ يِب ٱلمتو ِك ِي‬
Maksudnya:
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah
(kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah lembut
kepada mereka (para dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar
lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu, maafkanlah
mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan
pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan
mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian
apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat
sesuatu), maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi
orang yang bertawakal kepada-Nya.

Selain itu, terdapat juga dalil daripada hadis Nabi Muhammad SAW seperti yang
telah disebut dalam Subtopik 10.1, iaitu:

...‫أ ككم راع وككم مسئول عن رعيته‬


Maksudnya:
Ketahuilah! Setiap seorang kamu ialah pemimpin dan setiap pemimpin akan
dipertanggungjawabkan atas apa-apa yang dipimpin.

(Sahih Muslim, No. 3408)

Kaedah ini turut dirujuk oleh Imam Syafii sebagai:

‫منلة المام من الرعية منلة الول من التيم‬


Maksudnya:
Kedudukan pemerintah terhadap rakyat seperti kedudukan wali (penjaga)
terhadap anak yatim jagaannya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10 KAEDAH UMUM 3: URUSAN PEMERINTAH BERKENAAN  187
RAKYAT HENDAKLAH BERLANDASKAN MASLAHAT
َ َ ْ ْ ٌ ْ ُ َ َّ ََ ُ ُّ َ َ
(ِ‫الرعِيةِ منوط بِال َمصلحة‬
َّ ِ ‫ال َم‬
‫ام‬ ِ ‫)تصف‬

Imam as-Suyuti menyatakan bahawa kaedah ini berasal daripada kata-kata


Sayidina Umar al-Khattab r.a. (qaul sahabi ) yang diriwayatkan oleh SaÊid bin
Mansur dalam kitab sunannya yang bermaksud:

Diriwayatkan kepada kami oleh Abu al-Ahwas bin Abi Ishaq daripada al-Barrak
bin ÂAazib bahawa Sayidina Umar r.a. berkata:

Sesungguhnya, aku menganggap kedudukanku terhadap harta Allah SWT seperti


kedudukan wali terhadap anak yatim. Jika aku dalam kesempitan dan perlu
kepada harta itu, akan aku ambil sedikit daripadanya, jika aku ada lebihan harta,
akan aku kembalikan harta yang aku ambil, dan jika aku dalam kesenangan, aku
akan menahan diri daripada menggunakan harta itu.

Kata-kata Sayidina Umar r.a. menerangkan lebih lanjut tentang sikap amanah
dalam pengurusan harta anak yatim, begitu juga tahap amanah yang dituntut
dalam pengurusan pemerintah ke atas rakyatnya. Tuntutan amanah ini bukan
sahaja dipikul oleh pemerintah tetapi juga oleh setiap individu mukalaf terhadap
tanggungannya seperti yang telah kita bincangkan sebelum ini.

AKTIVITI 10.2

Bincangkan dalam forum myINSPIRE:

(a) Kedudukan wali dalam pengurusan anak yatim dan sikap amanah
yang dituntut dalam isu ini. Cari juga dalil al-Quran dan hadis
berkaitan isu amanah dan anak yatim.

(b) Inisiatif pemerintah (seperti kawalan harga ayam, pemberian


bantuan sara diri dan e-Kasih) pada masa kini? Berikan pendapat
anda tentang perkara ini dan kaitkannya dengan merujuk Kaedah
Umum 3.

(c) Contoh tadbir urus yang baik (good governance) di tempat anda
bekerja.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


188  TOPIK 10 KAEDAH UMUM 3: URUSAN PEMERINTAH BERKENAAN
RAKYAT HENDAKLAH BERLANDASKAN MASLAHAT
َ َ ْ ْ ٌ ْ ُ َ َّ ََ ُ ُّ َ َ
(ِ‫الرعِيةِ منوط بِال َمصلحة‬
َّ ِ ‫ال َم‬
‫ام‬ ِ ‫)تصف‬

Ć Kaedah Umum 3 (urusan pemerintah berkenaan rakyat hendaklah


berlandaskan maslahat) memberi maksud bahawa segala tindakan pemerintah
dan dasar yang dibuat oleh pemimpin atau pengurus hendaklah berdasarkan
maslahat atau kepentingan umum.

Ć Pemimpin atau pengurus tidak boleh menggunakan kedudukannya untuk


mendapat faedah bagi diri, keluarga mahupun kroninya.

Ć Oleh itu, Islam menekankan tentang pemilihan pemimpin yang berkelayakan


dari segi iman, ilmu yang luas, pengalaman dan kebijaksanaan serta
ketakwaan yang tinggi.

Ć Kaedah ini adalah penting dalam pengajian siyasah syarÊiyyah (politik dalam
Islam) dan tadbir urus yang baik.

Ć Antara contoh bagi kaedah ini ialah pemimpin perlu melantik seseorang yang
soleh dan berkelayakan sebagai imam masjid untuk mengimami solat, tidak
harus menggugurkan syarat kafaah (sekufu) dalam perkahwinan, mengambil
tanah rakyat bagi tujuan pembangunan dengan memberikan pampasan yang
mencukupi dan memberhentikan mana-mana pegawainya yang tidak
amanah.

Ć Walaupun kaedah ini dianggap sebagai kaedah kecil, ia mempunyai peranan


yang sangat besar dalam mendidik dan membentuk masyarakat di semua
peringkat kerana ia menekankan amalan dan sikap amanah dalam
melaksanakan tanggungjawab.

Ć Terdapat banyak dalil daripada al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW
sebagai sumber bagi kaedah ini seperti surah asy-Shura, ayat 38 dan surah
Ali-ÂImran, ayat 159.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KAEDAH UMUM 3: URUSAN PEMERINTAH BERKENAAN  189
RAKYAT HENDAKLAH BERLANDASKAN MASLAHAT
َ َ ْ ْ ٌ ْ ُ َ َّ ََ ُ ُّ َ َ
(ِ‫الرعِيةِ منوط بِال َمصلحة‬
َّ ِ ‫ال َم‬
‫ام‬ ِ ‫)تصف‬

Al-Quran Pemimpin (pemerintah)


Hadis Nabi Muhammad SAW Rakyat
Maslahat Siyasah syarÊiyyah (politik Islam)
Masyarakat Tadbir urus yang baik (good
governance)

Ab Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Perbahasan kaedah-kaedah fiqh.


Kuala Lumpur, Malaysia: Pustaka Salam.

Abdul Aziz Muhammad Azzam, & Nashr Farid Muhammad Washil. (2009).
Al-madhkal fi al-qawaÊid al-fiqhyyah wa atharuha fi al-ahkam al-syarÊiyyah.
Jakarta, Indonesia: Amzah.

Al-Nadwi, ÂAli Ahmad. (2000). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik, Syria: Dar


al-Qalam.

Al-Suyuti, Jalal al-Din ÂAbd al-Rahman. (1378). Al-asybah wa al-nazaÊir fi qawaÊid


wa furuÊ fiqh al-syafiÊiyyah. Beirut, Lubnan: Dar al-Fikr.

Al-ZarqaÊ, Ahmad Muhammad. (2007). Syarh al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik,


Syria: Dar al-Qalam.

Ibn Salih, ÂUmar. (2004). Al-madkhal ila dirasat al-fiqh al-Islam. Sharjah, Emiriah
Arab Bersatu: Markaz al-Bihus wa al-Dirasat.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2019). e-SMAF: Sumber maklumat al-ahkam


al-fiqhiyyah. Dicapai dari http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/
main/mainv1/fatwa/3

Muhammad ÂAzzam ÂAbd al-ÂAziz. (2004). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah: Dirasat


Âamaliyyah tahliliyyah muqaranah. Kaherah, Mesir: Universiti al-Azhar.

Muhammad Soleh Ahmad. (2002). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Kuala Lumpur,


Malaysia: Pustaka Abdul Majid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kaedah Umum
4: Mengambil
11 Kira Sesuatu
Pernyataan
adalah Lebih
Baik daripada
Mengabaikannya
َ
ْ‫)إ ْع َما ْ ُل الْ َ َ ِم أ ْول مِن‬
َ
ِ
َ ْ
(ِ‫ال‬ ِ ‫إِهم‬
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan maksud Kaedah Umum 4 (mengambil kira sesuatu
pernyataan adalah lebih baik daripada mengabaikannya); dan
2. Menjelaskan contoh bagi Kaedah Umum 4; dan
3. Menghuraikan sumber asal atau dalil bagi Kaedah Umum 4.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 KAEDAH UMUM 4: MENGAMBIL KIRA SESUATU PERNYATAAN  191
ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGABAIKANNYA
ْ ْ َ ْ َ َ َ ْ ُْ َ ْ
ِ ‫ِم أول مِن إِه َم‬
(ِ‫ال‬ ‫)إِعمال ال‬

 PENGENALAN
Sebelum kita akhiri modul ini, mari kita pelajari Kaedah Umum 4, iaitu
mengambil kira sesuatu pernyataan adalah lebih baik daripada mengabaikannya.
Kaedah ini ialah salah satu kaedah umum yang perlu anda pelajari kerana aplikasi
dan isu yang berkaitan dengannya adalah meluas dan pelbagai.

Secara umumnya, kaedah ini bermaksud kita perlu mengambil kira makna dan
maklumat tentang sesuatu ungkapan atau pernyataan berbanding meninggalkan
atau mengabaikannya. Dengan kata lain, apabila sesuatu pernyataan itu jelas
maksudnya, maka ia tidak perlu lagi ditafsirkan.

Walau bagaimanapun, sekiranya maksud tersurat tidak dapat diterapkan, maka


kita perlu mengguna pakai maksud yang tersirat pula. Seterusnya, jika kedua-
duanya tidak dapat difahami sama ada secara tersirat mahupun tersurat, maka
pernyataan tersebut boleh diabaikan. Apakah kepentingan kaedah ini? Kaedah ini
penting dalam menyelesaikan pelbagai isu semasa yang timbul dalam perkara
yang berkaitan.

Oleh itu, topik terakhir ini akan membincangkan pengertian dan konsep kaedah,
contoh aplikasi kaedah ini dalam kehidupan dan sumber asal atau dalil bagi
kaedah ini. Selamat membaca.

11.1 PENGERTIAN DAN KONSEP KAEDAH


UMUM 4
Apakah yang anda faham tentang kaedah ini? Kaedah Umum 4 (sesuatu
pernyataan lebih baik daripada mengabaikannya) ini memberi pengertian bahawa
apabila sesuatu pernyataan dilontarkan, dikemukakan atau diutarakan oleh
seseorang mukalaf, maka maksud pernyataannya itu perlu dipelihara sebaik
mungkin dari dinafikan hak pernyataannya di samping melihat kesimpulan yang
boleh membenarkan maksud pernyataan tersebut. Oleh itu, pembinaan hukum
syarak ke atas pernyataan sebegini adalah wajib.

Namun, sekiranya sukar menterjemahkan makna hakiki yang dikemukakan oleh


sesuatu pernyataan dari segi linguistiknya, maka ia perlu diterjemahkan menurut
makna majazi (metafora) selagi mampu difahami maksudnya. Sekiranya tidak
berupaya untuk menterjemahkan maksudnya biarpun melalui majazinya, maka
pernyataan tersebut boleh diabaikan. Hal ini berdasarkan kaedah fiqh yang
berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


192  TOPIK 11 KAEDAH UMUM 4: MENGAMBIL KIRA SESUATU PERNYATAAN
ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGABAIKANNYA
ْ َ َ َ َ ْ ُْ ْ
ِ ‫)إِع َمال ال ِم أ ْول م ِْن إِه َم‬
(ِ‫ال‬

ْ‫الِ َمال َ ْم َي َت َع َّذر‬ َ ْ ْ َ ْ َ ِ َ َ ْ ُْ َ ْ


ِ ‫إِعمال ال م أول مِن إِهم‬
Maksudnya:
Mengamalkan sesuatu kalam adalah lebih utama daripada mengabaikannya,
selagi tidak ada keuzuran (sesuatu yang merumitkan, menyukarkan dan yang
menghalang).

َ َْ
Perkataan ‫ِم‬ ‫ال‬ yang dimaksudkan dalam kaedah ini ialah perkataan yang
diharuskan dan dibenarkan menurut hukum syarak. Sekiranya perkataan tersebut
tidak diharuskan atau bercanggah dengan hukum syarak seperti ucapan syirik,
maka kita ditegah daripada beramal dengan perkataan sebegini. Kesimpulannya,
pernyataan yang jelas maksudnya harus diamalkan bersesuaian dengan
maksudnya.

11.2 CONTOH APLIKASI KAEDAH UMUM 4


Apakah contoh bagi aplikasi kaedah ini? Antara contoh aplikasi kaedah ini ialah:

(a) Seseorang mewakafkan harta kepada anaknya, namun anaknya telah tiada
dan yang tinggal hanyalah cucunya. Dalam situasi ini, adakah kita boleh
mengabaikan wakafnya atau kita katakan wakafnya tidak sah? Kita boleh
katakan bahawa wakaf tersebut tidak batal, selagi ia boleh dipraktikkan
dengan mengatakan bahawa wakaf itu milik cucunya juga kerana cucunya
itu ialah anaknya (lahir daripada nasabnya juga). Berdasarkan kaedah ini
dan juga persetujuan oleh para ulama, maka jawapan kepada situasi ini ialah
pendapat yang terakhir kerana ia lebih praktikal untuk diambil kira dalam
menyelesaikan isu ini.

(b) Seseorang mewasiatkan satu daripada dua kedai miliknya, satu kedainya
penuh sarat dengan beras dan satu lagi kedainya penuh berisi dengan arak.
Berdasarkan kaedah ini, wasiat yang sah dan yang boleh diamalkan ialah
kedai yang berisi beras kerana ia tidak bercanggah dengan kehendak syarak.

(c) Seseorang lelaki sedang berhadapan dengan isteri dan kucingnya, lalu dia
mengungkapkan ayat yang berikut, „Saya ceraikan salah satu daripada
kedua-duanya.‰ Dalam situasi ini, talak tersebut jatuh ke atas isterinya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 KAEDAH UMUM 4: MENGAMBIL KIRA SESUATU PERNYATAAN  193
ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGABAIKANNYA
ْ ْ َ ْ َ َ َ ْ ُْ َ ْ
ِ ‫ِم أول مِن إِه َم‬
(ِ‫ال‬ ‫)إِعمال ال‬

(d) Seseorang mewasiatkan dua pasang kasut, satu diperbuat daripada kulit
khinzir manakala satu lagi diperbuat daripada kulit lembu. Oleh itu, wasiat
yang sah ialah kasutnya yang diperbuat daripada kulit lembu dan bukannya
kulit khinzir.

(e) Mengambil kira maklumat dan ungkapan orang tua (dalam bentuk petua
dan nasihat) adalah lebih baik daripada mengabaikannya. Hal ini demikian
kerana pada umumnya, petua ini terhasil daripada pengajaran dan
pengalaman lalu.

(f) Mengambil kira teori, pendapat, komentar dan sebagainya adalah lebih baik
untuk pembangunan diri atau institusi berbanding membiarkan dan
mengabaikannya sahaja.

Sebagai rumusan, Kaedah Umum 4 ini mempunyai fungsi yang sangat besar
dalam menyelesaikan masalah fiqh Islam. Ia menjadi asas perbincangan semasa
bagi memutuskan status hukum bagi sesuatu pernyataan yang diungkapkan sama
ada ia boleh diamalkan mengikut syarak atau diabaikan. Oleh itu, kaedah ini
sangat penting difahami dan diamalkan oleh setiap umat Islam.

SEMAK KENDIRI 11.1

1. Huraikan maksud Kaedah Umum 4 (mengambil kira sesuatu


pernyataan adalah lebih baik daripada mengabaikannya) berserta
dua contoh yang berkaitan.

2. Nyatakan kepentingan kaedah ini kepada umat Islam.

AKTIVITI 11.1

Bincangkan dalam forum myINSPIRE mengenai dua contoh klasik dan


dua contoh kontemporari yang mempunyai kaitan dengan kaedah
mengambil kira sesuatu pernyataan adalah lebih baik daripada
mengabaikannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


194  TOPIK 11 KAEDAH UMUM 4: MENGAMBIL KIRA SESUATU PERNYATAAN
ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGABAIKANNYA
ْ َ َ َ َ ْ ُْ ْ
ِ ‫)إِع َمال ال ِم أ ْول م ِْن إِه َم‬
(ِ‫ال‬

11.3 SUMBER ASAL ATAU DALIL KAEDAH


UMUM 4
Terdapat beberapa sumber daripada ayat al-Quran dan hadis yang boleh menjadi
asas bagi Kaedah Umum 4 ini. Antaranya adalah seperti yang dinyatakan dalam
Jadual 11.1.
Jadual 11.1: Sumber Asal atau Dalil Kaedah Umum 4

Sumber Dalil

ْ َّ
Al-Quran Firman Allah SWT:
َ
.‫ ذا َم ُّروا بِاللغوِ َم ُّروا ك َِر ًاما‬...
Maksudnya:
⁄Dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan
pelbagai perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan
menjaga kehormatan dirinya.
(Surah al-Furqan, 25:72)

َ ُ ْ ْ َّ َ ُ َ َّ َ
Firman Allah SWT:

.‫ِين ه ْم ع ِن اللغوِ ُمعرِضون‬


‫وال‬
Maksudnya:
Dan orang-orang yang menjauhkan diri daripada (perbuatan dan
perkataan) yang tiada berguna.
(Surah al-MuÊminun, 23:3)

ْ َ ُ ْ َ ْ َّ
Firman Allah SWT:
َ
.‫ذا َس ِم ُعوا اللغ َو أع َرضوا عن ُه‬
Maksudnya:
Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat,
mereka berpaling daripadanya.
(Surah al-Qasas, 28:55)

ٌ ‫َما يَلْفِ ُظ مِن قَ ْول إ َّ َ َليْهِ َرق‬


Firman Allah SWT:
ٌ.‫ِيب َعتِيد‬
ِ ٍ
Maksudnya:
Tiada suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada berhampirannya
malaikat pengawas yang selalu hadir.
(Surah al-Qaf, 50:18)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 KAEDAH UMUM 4: MENGAMBIL KIRA SESUATU PERNYATAAN  195
ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGABAIKANNYA
ْ ْ َ ْ َ َ َ ْ ُْ َ ْ
ِ ‫ِم أول مِن إِه َم‬
(ِ‫ال‬ ‫)إِعمال ال‬

Hadis Nabi Sabda Rasulullah SAW:

ْ ْ َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ َ َ ُ ْ َ ُ َ ِ َ َ َ ْ َ ُ ْ َ
Muhammad
SAW
‫ قلت يا رسول ا ِ! أخ ِب ِن‬: ‫عن معاذِ ب ِن جب ٍل رض ا عنه قال‬
ْ‫ "لَ َق ْد َس َألْت َعن‬: ‫ قَ َال‬،‫ال َّن َة َو ُي َباع ِْدن م ِْن الَّار‬ َ ْ
‫ن‬
ُ ُْ ََ
ِ ِ ِ ‫بِعم ٍل يدخِل‬
ْ ْ ُ َ ََّ ُ ُ ْ َ ْ َ َ َُّ ُ َ َّ َ ْ َ َ َ ٌ َ َ ُ َّ َ
ِ‫شك بِه‬ ِ ‫ت‬ ‫ تعبد ا‬: ِ‫ نه ليسِي من يسه ا عليه‬،‫يم‬ ٍ ‫ع ِظ‬
،‫ت‬ َ ْ‫ َو َتُ ُّج ْالَي‬،‫ان‬َ َ َ َ ُ ُ َ َ َ َ َّ
‫ وتصوم رمض‬،‫ َوتؤ ِت الزكة‬،‫الص ة‬
ْ ُ َ َ َّ ُ ُ َ ً ْ َ
‫ وتقِيم‬،‫شيئا‬
َ َ ََ ُ ْ َ ُ َ ْ َْ ْ َ َ
َ َ ُّ ُ َ َ َ َ َّ ُ
‫ أ أخ ِبك بِم كِ ذل ِك‬....... ،‫ي‬ َ
ِ ‫اب ال‬ ِ ‫ أ أدلك أبو‬: ‫ثم قال‬
َ َ َّ ُ َ َ َ
َ َ َ َّ َ َ ْ ُ ُّ
‫ كف عليْك‬: ‫ بَل يَا َر ُسول ا ِ! فأخذ بِل َِسانِهِ َوقال‬: ‫ فقلت‬،ِ‫ك ِه‬
َْ َ َ ََ َّ َ َ َ َ ُ َ َ َ َّ َّ َّ َ َ ُْ َ َ
‫كلتك‬ ِ ‫ ث‬: ‫ فقال‬،ِ‫ب ا ِ نا ل ُمؤاخذون ب ِ َما نتك ُم بِه‬ ِ ‫ن‬ ‫ا‬ ‫ي‬ : ‫ت‬ ‫ قل‬.‫هذا‬
ْ َ َ ََ َ َ ْ َ ْ ُ ُ َ َ َ َّ ُّ ُ َ ْ َ َ ُّ ُ
ă ‫مناخ ِِرهِم‬ ‫ أو قال‬ă ‫وجوهِ ِهم‬ ‫أمك وهل يكب الاس‬
ْ َ ْ َ ُ َ َ َّ
"!،‫إ حصائِد ألسِنت ِ ِهم‬
Maksudnya:
Daripada MuÊaz bin Jabal r.a., dia berkata: „Wahai Rasulullah,
beritahulah kepadaku amal perbuatan yang dapat membuatku masuk
syurga dan menjauhkanku dari api neraka.‰ Rasulullah SAW bersabda:
„Kamu telah menanyakan persoalan yang besar kepadaku. Hal itu
mudah bagi orang yang diberi kemudahan oleh Allah, iaitu hendaklah
kamu menyembah Allah dan tidak menyekutukannya dengan yang lain,
mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa dalam bulan Ramadan,
dan melaksanakan haji.‰ Baginda melanjutkan: „Mahukah aku beritahu
kepadamu pintu-pintu kebaikan... Mahukah kamu aku beritahu hal yang
dapat menjaga semua itu?‰ Maka MuÊaz menjawab: „Tentu, wahai
Rasulullah.‰ Baginda lalu meraih lisan Baginda dan bersabda, „Tahanlah
lisanmu ini.‰ MuÊaz berkata: „Wahai Rasulullah, adakah kami akan
diseksa atas apa-apa kami ucapkan?‰ Baginda menjawab: „Celakalah
kamu wahai MuÊaz, tidaklah manusia dibenamkan wajah ă atau hidung
ă mereka ke dalam api neraka melainkan kerana hasil perbuatan lisan
mereka!‰
(Riwayat al-Tirmizi, Sahih Sunan, No. 2616)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


196  TOPIK 11 KAEDAH UMUM 4: MENGAMBIL KIRA SESUATU PERNYATAAN
ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGABAIKANNYA
ْ َ َ َ َ ْ ُْ ْ
ِ ‫)إِع َمال ال ِم أ ْول م ِْن إِه َم‬
(ِ‫ال‬

Ć Kaedah mengambil kira sesuatu pernyataan adalah lebih baik daripada


mengabaikannya membawa maksud bahawa kita perlu mengambil kira
makna dan maklumat tentang sesuatu ungkapan atau pernyataan berbanding
meninggalkan atau mengabaikannya.

Ć Dengan kata lain, apabila sesuatu pernyataan itu jelas maksudnya, maka ia
tidak perlu lagi ditafsirkan dan harus diamalkan, bersesuaian dengan
maksudnya.

Ć Sekiranya maksud tersurat tidak dapat diterapkan, maka kita perlu mengguna
pakai maksud yang tersirat pula. Namun, jika kedua-duanya tidak dapat
difahami sama ada secara tersirat mahupun tersurat, maka pernyataan
tersebut boleh diabaikan.

Ć Antara contoh bagi kaedah ini adalah apabila seorang lelaki berhadapan
dengan isteri dan kucingnya lalu dia mengungkapkan, „Saya ceraikan salah
satu daripada kedua-duanya.‰ Dalam situasi ini, jatuh talak tersebut ke atas
isterinya. Selain itu, mengambil kira maklumat dan ungkapan daripada orang
tua dalam bentuk petua, nasihat dan sebagainya juga merupakan contoh bagi
kaedah ini.

Ć Sumber asal atau dalil bagi Kaedah Umum 4 (mengambil kira sesuatu
pernyataan lebih baik daripada mengabaikannya) adalah daripada al-Quran
dan hadis Rasulullah SAW.

Al-Quran Makna majazi (metafora)


Hadis Nabi Muhammad SAW Mengambil kira
Kaedah mengambil kira sesuatu Mengabaikan
pernyataan adalah lebih baik
daripada mengabaikannya Pernyataan

Makna hakiki Tafsiran

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 11 KAEDAH UMUM 4: MENGAMBIL KIRA SESUATU PERNYATAAN  197
ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGABAIKANNYA
ْ ْ َ ْ َ َ َ ْ ُْ َ ْ
ِ ‫ِم أول مِن إِه َم‬
(ِ‫ال‬ ‫)إِعمال ال‬

Ab Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Perbahasan kaedah-kaedah fiqh.


Kuala Lumpur, Malaysia: Pustaka Salam.

Abdul Aziz Muhammad Azzam, & Nashr Farid Muhammad Washil. (2009).
Al-madhkal fi al-qawaÊid al-fiqhyyah wa atharuha fi al-ahkam al-syarÊiyyah.
Jakarta, Indonesia: Amzah.

Al-Nadwi, ÂAli Ahmad. (2000). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik, Syria: Dar


al-Qalam.

Al-Suyuti, Jalal al-Din ÂAbd al-Rahman. (1378). Al-asybah wa al-nazaÊir fi qawaÊid


wa furuÊ fiqh al-syafiÊiyyah. Beirut, Lubnan: Dar al-Fikr.

Al-ZarqaÊ, Ahmad Muhammad. (2007). Syarh al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Damsyik,


Syria: Dar al-Qalam.

Ibn Salih, ÂUmar. (2004). Al-madkhal ila dirasat al-fiqh al-Islam. Sharjah, Emiriah
Arab Bersatu: Markaz al-Bihus wa al-Dirasat.

Muhammad ÂAzzam ÂAbd al-ÂAziz. (2004). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah: Dirasat


Âamaliyyah tahliliyyah muqaranah. Kaherah, Mesir: Universiti al-Azhar.

Muhammad Soleh Ahmad. (2002). Al-qawaÊid al-fiqhiyyah. Kuala Lumpur,


Malaysia: Pustaka Abdul Majid.

Yusra Umar Abdullah al-Umur. (2012). IÊmal al-kalam min ihmaalili wa atharihi fi
al-muÊamalat al-maaliah (Disertasi sarjana muda tidak diterbitkan). Islamic
University of Gaza, Bandaraya Gaza, Palestin.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai