Anda di halaman 1dari 14

by Ku Iman

Hafiy Zahir
 Dari segi bahasa
 dzari’ah itu mengandung dua pengertian, yaitu: yang dilarang (sadd al-
dzariah) dan yang dituntut untuk dilaksanakan (fath al-dzari’ah).

 Dari segi istilah


 mencegah atau menyekat jalan/perkara yang membawa kearah
kerosakan/bahaya
 Perbuatan yang haram dari segi zatnya tidak menjadi perselisihan dalam
kalangan ulama dari sudut ianya dicegah daripada melakukannya
Contoh - melihat aurat ajnabi diharamkan.
 ia perlu dicegah kerana perbuatan tersebut membuka laluan kearah zina.

 Menghalang perkara harus yang boleh membawa kepada perkara haram


 isu kontemporari/kini
DALIL DARI AS SUNNAH

 Para ulama telah mengistinbatkan tentang saddu zara’i sebagai satu hujah berdasarkan kepada
puluhan hadis Nabi (s.a.w). Antaranya:

‫مروا أوالدكم بالصالة وهم أبناء سبع واضربوهم عليها وهم أبناء عشر وفرقوا بينهم في المضاجع‬

 Maksudnya: Suruhlah anak-anakmu mendirikan solat sewaktu mereka berumur tujuh tahun, dan
pukullah mereka sekiranya mereka meninggalkannya sewaktu berumur sepuluh tahun, dan
asingkanlah tempat tidur mereka.

 Hadis ini menjelaskan Nabi Muhammad memerintah umat Islam agar mengasingkan tempat tidur
anak lelaki dan anak perempuan. Hal ini kerana, kadangkala tidur bersama di antara anak lelaki
dan perempuan memberi ruang kepada syaitan untuk mempengaruhi mereka agar berzina.
Walaupun tidak berlaku hubungan seks tetapi besar kemungkinan ia membawa ke arah
mafsadah lebih-lebih lagi waktu tidur itu panjang.
DALIL DARI AL IJMAK

 Banyak permasalahan yang timbul pada zaman para Sahabat telah diselesaikan
dengan kesepakatan mereka berdasarkan kepada saddu dzara’i. Sebagai contoh
peristiwa pengumpulan al-Quran dalam satu mushaf.
 Pada zaman Saidina Uthman, ayat-ayat al-Quran yang tertulis pada tulang-tulang,
batu-batu, kulit-kulit binatang dan pelepah-pelepah tamar telah dikumpulkan dan
disalin semula menjadi satu mushaf al-Quran. Selepas ayat al-Quran itu disalin
semula dalam satu mushaf, ayat-ayat al-Quran pada tulang-tulang, batu-batu, kulit-
kulit binatang dan pelepah-pelepah tamar telah dibakar. Ini bertujuan agar tidak
berlaku perselisihan bacaan antara masyarakat Islam ketika itu.
 Oleh itu, saddu dzara’i merupakan langkah untuk menghalang daripada berlaku
perselisihan bacaan
DALIL DARI AKAL

 Jika Allah mengharamkan sesuatu perkara, maka jalan serta penyebabnya turut
dilarang dan diharamkan sebagai langkah berhati-hati agar ia tidak dilakukan.
Sekiranya jalan ke arah perkara haram diharuskan, ini menimbulkan percanggahan
dengan pengharaman tersebut dan seolah-olah pada masa yang sama membuka
ruang kepada seseorang untuk melakukannya.
 Contohnya jika doktor ingin menyekat sesuatu penyakit daripada terus merebak,
mereka akan melarang pesakit daripada melakukan perkara yang dianggap sebagai
punca yang boleh menyebabkan penyakit tersebut berlaku. Sekiranya tidak, ia akan
merosakkan segala jenis rawatan yang diberikan. Oleh itu, setiap perkara yang
diharuskan oleh Allah maka, jalan untuk melaksanakannnya juga diharuskan.
SYARAT-SYARAT SADDU AL-ZARAI

 Ulama menggariskan panduan yang menjadi syarat serta ciri-ciri untuk mengenali juga
menentukan sesuatu itu sebagai saddu al-zarai.

 a. Perbuatan yang dibenarkan asalnya, tetapi boleh membawa kepada kerosakan, seperti
mencela tuhan sembahan orang kafir. Ia perlu dicegah atau ditutup agar tidak membuka
ruang bagi orang kafir mencela Allah.
 b. Kerosakan daripada perbuatan tersebut lebih jelas berbanding kemaslahatan, contohnya
menjual senjata dalam tempoh genjatan senjatan atau darurat.
 c. Kebarangkalian kerosakan daripada perbuatan sama tahap dengan kebaikan. Dimana
membendung kerosakan diutamakan. Contohnya menyembur racun serangga pada waktu
buah-buah telah sampai masanya untuk dipetik dan hendak dijual, kerana dibimbangi
keracunan tersebut terdedah kepada kesihatan pembeli.
DALIL DALIL YANG MENOLAK SADDU ZARA’I
 Ibn Hazm serta pengikutnya daripada mazhab al-Zahiri telah menggunakan dalil-dalil
daripada al-Quran, al-Sunnah, dan akal dalam menolak saddu dzara’i sebagai satu hujah.

 DALIL PENOLAKAN DARI AS SUNNAH

Antara hadis sahih yang yang menolak saddu zara’i ialah seperti berikut:

Maksudnya: “Seorang lelaki mengadu kepada Rasulullah bahawa dia berasa sesuatu (hadas)
sewaktu di dalam solat. Kata Rasulullah, jangan tinggal (keluar) solatnya sehingga dia
mendengar bunyi atau menghidu bau.”

Hadis ini menerangkan bahawa Nabi Muhammad memerintahkan sesiapa yang berasa ragu-
ragu sama ada berhadas atau tidak sewaktu menunaikan solat supaya menjauhi perasaan
tersebut. Individu tersebut hendaklah meneruskan solat sehingga ia benar-benar pasti
mendengar bunyi atau terhidu bau. Ini terbukti bahawa menghasilkan hukum atas dasar sesuatu
yang diragui adalah tidak boleh dan saddu zara’i yang bukan pasti berlaku dan hanya sekadar
andaian adalah ditolak.
DALIL PENOLAKAN DARI AKAL

 Beramal dengan saddu zara’i sama seperti beramal dengan perkara zann (perkara yang diragui)
kerana ia mempunyai asas dalil khusus dari al-Quran, al-Sunnah dan al-qiyas.

Terdapat perselisihan pendapat antara para ulama berkaitan sumber kerana ia sekadar dalil zani.

 Amalan berdasarkan kepada zann yang tidak mempunyai dalil, maka amalan tersebut adalah
amalan yang batil. Pengistinbatan hukum berdalilkan saddu dzara’i yang bersifat zann, serta
beramal dengannya adalah salah.

 Ibn Hazm (r.h) menyatakan dengan maksud:

 Sesiapa yang menghukum atas alasan “berjaga-jaga” dengan tidak meyakini perkara tersebut,
maka dia telah menghukum dengan zann iaitu dia melakukan demikian semata-mata
berdasarkan kepada penipuan dan kebatilan. Perbuatan ini dilarang sama sekali kerana ia
adalah hukuman dengan hawa nafsu serta jauh daripada kebenaran.
Jenis-jenis saddu zara’i terbahagi kepada 4 bahagian.
1. Yang pasti membawa kemudaratan

 1. Minum arak. Ia diharamkan kerana boleh menyebabkan hilangnya kewarasan akal seseorang itu

 2. Zina.Ia diharamkan kerana menyebabkan bercampur nasab keturunan serta merosakkan sesebuah institusi kekeluargaan.

 3. Membuat lobang pada tempat laluan orang ramai.Ia diharamkan serta perlu dicegah kerana pasti membahayakan.

 4. Mencela sembahan orang kafir.Ia ditegah kerana boleh menyebabkan mereka mencela ALLAH.

2. Dugaan kuat membawa kemudaratan.

 1. Sewa rumah kepada pelacur.Ia ditegah kerana besar kemungkinan akan menggunakannya sebagai pusat maksiat.

 2. Menjual anggur kepada pembuat arak.

 3. Perkahwinan tahlil.Iaitu seseorang yang menggunakan akad perkahwinan dengan tujuan menghalalkan suami kembali kepada isteri yang telah diceraikan talak tiga.

3. Jarang membawa kemudaratan

 1. Gali perigi kawasan jarang dilalui orang atau di dalam kebun milik sendiri. Hal tersebut diharuskan kerana, ia bukan laluan awam.

 2. Melihat kepada wanita calon isteri. Ia diharuskan untuk lebih mengenali bakal isteri.

 3. Sesuatu yang jarang membawa kepada keburukan seperti menggali lubang di tempat-tempat yang jarang dilalui oleh manusia.

4. Banyak membawa kemudaratan tetapi tidak sampai tahap ghalib.

 1) Jual barang cara ansuran atau Bai’al-‘Inah. Iaitu seseorang menjual komputer secara ansuran setahun dengan harga RM 2000.00. Kemudian dia membeli balik computer yang dijualnya itu secara tunai
sebelum setahun dengan harga RM 1800.00.

 2) Mahar mithali atau menangguhkan bayaran mas kahwin. Menurut ulama mazhab Maliki, penangguhan bayaran mas kahwin makruh hukumnya, sekalipun ada tempoh penangguhan yang jelas dan pasti,
seperti setahun atau 6 bulan. Mereka menghukumkan makruh, sama ada ia dikhuatiri akan berlaku perkahwinan tanpa mas kahwin yang wajib untuk isteri.

 3) Sesuatu yang berkemungkinan membawa kepada keburukan seperti menjual barang.

 4) Secara bertangguh kerana boleh mendorong kepada riba.


KEPENTINGAN SADDU AL-ZARAI KEPADA UMAT ISLAM
 Salah satu sumber hukum zanni yang tidak disepakati oleh para ulama
 Dapat menjauhkan setiap individu muslim terjerumus kepada jalan kerosakan.
Contoh:
 menjual senjata ketika berlakunya persengketaan dan fitnah dalam kalangan umat Islam.
 Sepakat para ulama’ menegah kerana konsep saddu al-zarai yang mengharuskan berhati-
hati semampu mungkin demi menghindarkan kerosakan. Selain itu, perbuatan ini adalah
perbuatan yang jarang membawa kerosakan iaitu perbuatan yang berkemungkinan
mendatangkan kerosakan kecil atau kebiasaanya tidak membawa ke arah maksiat tetapi
membawa kepada kepentingan atau maslahah.
 Contohnya, melihat calon isteri menanam anggur kerana perbuatan jenis ini tidak
mendatangkan kesan kerosakan. Jelasnya hukum bagi perbuatan ini diharuskan kerana
masih berada dalam batasan yang diizinkan syara’.
ISU ISU SEMASA BERKAITAN DAN BAGAIMANA
KONSEP SADDU ZARA’I DIJADIKAN SUMBER DALAM
PENGELUARAN FATWA
 MEMBOIKOT BARANGAN KELUARAN NEGARA YANG MEMERANGI ISLAM

 Antara perbuatan yang membawa kepada berlakunya saddu al-zarai ialah dengan memboikot segala produk
keluaran negara-negara yang memerangi Islam. Perbuatan membeli barang yang diperlukan untuk
kegunaan seharian adalah diharuskan. Namun perbuatan yng pada asalnya diharuskan ini telah ditegah
apabila seringkali ia akan membawa kepada mafsadah melalui kesan buruk yang akan timbul sekiranya
perbuatan ini tidak dilakukan dengan cara yang berhikmah.

 Diantara cara untuk membantu rakyat palestin menurut Yusuf Al-Qardhawi adalah memboikot sepenuhnya
barang-barang musuh. Karena setiap wang yang kita gunakan untuk membeli barang mereka, pada
ujungnya akan menjadi peluru yang menembus dada saudara-saudara dan anak-anak kita dipalestin, oleh
karena itu kita tidak oleh membantu musuh dengan memeli barang-barang mereka. Karena hal tersebut
termasuk bekerja sama dalam perbuatan dosa dan kejahatan.pasalnya, membeli barang merekaberarti
menambah kekuatan mereka. Jika kita tidak mampu membantu mereka, maka kita wajib membuat lemah
musuh mereka, sedangkan jika untuk melemahkan musuh tersebut hanya bisa dilakukan dengan memboikot
barang-barang mereka, maka hal itu wajib dilakukan. Karena kewajiban yang hanya bisa terlaksana dengan
suatu hal, maka hal tersebut adalah wajib.
 ISU POKEMON GO (fatwa w.persekutuan sepakat)
 ISU PEMBERIAN VAKSIN DAN IMUNISASI
 ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH
 ISU PUBG
KESIMPULAN
 Saddu al-zarai merupakan satu salah satu kaedah yang dibincangkan sebagai
sumber dalam penetapan bagi sesuatau hukum yang tidak dinyatakan secara jelas
di dalam al-Quran atau hadis. Dalam menetapkan saddu al-zarai sebagai sumber
hukum, ulama telah berselisih pendapat sama ada kaedah ini diterima sebagai
sumber hukum atau tidak.
 Antara ulama yang menerima saddu al-zarai sebagai sumber hukum adalah ulama
dari mazhab Maliki dan Hanbali, manakala ulama yang tidak menerima saddu al-
zarai dari mazhab Syafie dan Zahiri. Setiap pandangan yang dikemukakan oleh
para ulama dalam menetapkan saddu al-zarai sebagai sumber hukum atau tidak
adalah bedasarkan alasan serta kehujahan yang tesendiri.

Anda mungkin juga menyukai