Anda di halaman 1dari 117

KELEWATAN PERLAKSANAAN HUKUMAN

MAHKAMAH SYARIAH DALAM KES JENAYAH


SYARIAH

NOR HANISAH BINTI MOHD ISA

DIPLOMA SYARIAH DAN PERUNDANGAN ISLAM


JABATAN UNDANG-UNDANG
AKADEMI ISLAM
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA
SELANGOR
2011
KELEWATAN PERLAKSANAAN HUKUMAN MAHKAMAH SYARIAH
DALAM KES JENAYAH SYARIAH.

NOR HANISAH BINTI MOHD ISA

0818083

DIPLOMA SYARIAH DAN PERUNDANGAN ISLAM


JABATAN UNDANG-UNDANG
AKADEMI ISLAM
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
2011
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
AKADEMI ISLAM
JABATAN UNDANG-UNDANG
DIPLOMA SYARIAH DAN PERUNDANGAN ISLAM

NOR HANISAH BINTI MOHD ISA

LATIHAN ILMIAH INI ADALAH UNTUK MEMENUHI SYARAT


PENGANUGERAHAN

DIPLOMA SYARIAH DAN PERUNDANGAN ISLAM

2011

__________________ _____________

PENYELIA TARIKH

USTAZ HAMMAD BIN MOHAMAD DAHALAN

__________________ _____________

KETUA JABATAN TARIKH

PUAN ZAINI YUSNITA BINTI MAT JUSOH


i

PENGHARGAAN

Penulis mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan

limpah kurnia dan inayah-Nya yang telah diberikan dapat penulis menyiapkan

latihan ilimiah ini dalam tempoh yang ditetapkan. Seperti yang kita ketahui,

penulisan latihan ilmiah ini adalah salah satu syarat penganugerahan diploma bagi

pelajar-pelajar tahun akhir Fakulti Akademi Islam di Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor (KUIS).

Penulis ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustaz Hammad Bin

Mohamad Dahalan yang telah banyak membantu penulis dalam menyiapkan latihan

ilmiah ini. Selaku penyelia dan pensyarah kepada penulis, ustaz dapat memberi

tunjuk ajar, nasihat, bimbingan dan juga sikap toleransi yang diberikan sepanjang

penulisan latihan ilmiah ini. Ustaz juga banyak meluangkan masa dalam membuat

semakan setiap bab yang dihantar untuk menjaga kualiti kajian latihan ilmiah ini.

Tidak lupa juga kepada tenaga pengajar yang lain yang turut menyumbang idea

dalam penulisan ini dalam membantu untuk kecemerlangan diri di bumi KUIS ini.

Seterusnya ucapan terima kasih dari penulis yang tidak terhingga dengan penuh

kehormat buat abah dan mak yang tersayang juga keluarga yang turut serta

memberikan dorongan dan galakan dari segi emosi, fizikal, kepercayaan dan
ii

kewangan kerana memahami tugasan diberikan dan tanggungjawab penulis sebagai

penuntut ilmu. Anda semua adalah inspirasi untuk penulis untuk mencapai

kejayaan didunia dan akhirat.

Tidak dilupakan ucapan ini buat sahabat seperjuangan yang banyak membantu dan

semua warga kolej KUIS terutama kelas DSPI samada yang terlibat secara

langsung atau tidak yang telah memberikan bantuan dan tunjuk ajar kepada

penulis. Segala bantuan dan kerjasama yang diberikan tidak dapat penulis balas

dengan kudrat yang ada, mudah-mudahan ianya dapat membalas nikmat dan

kurniaan dari Allah s.w.t.

Jazakumullah hu khairan kasiira …

Wassalam.

Nor Hanisah Bt. Mohd Isa

0818083

No. 36 Jalan 2/7, Taman Bukit Teratai

68000 Ampang Selangor Darul Ehsan.


iii

SINOPSIS

Berdasarkan kajian yang dijalankan, isu utama yang cuba dikupas oleh penulis

ialah kelewatan dalam perlaksanaan hukuman Mahkamah Syariah dalam kes

jenayah syariah. Dalam latihan ilimiah ini mengandungi empat bab di dalam

kajian ini antaranya bab satu adalah bab pendahuluan, bab dua menyentuh

mengenai pengenalan kepada undang-undang jenayah syariah, bab tiga adalah

mengenai kelewatan dalam perlaksanaan hukuman jenayah syariah dan bab yang

terakhir iaitu bab empat adalah kesimpulan dan saranan bagi penulis bagi kajian

yang dijalankan.

Dalam bab satu penulis membincangkan mengenai pendahuluan, latar belakang

masalah, objektif kajian, hipotesis kajian, skop kajian, metodologi kajian yang

merangkumi metode penentuan subjek, metode pengumpulan data dan metode

analisis data.

Seterusnya dalam bab dua menerangkan definisi atau pengertian atau pengenalan

kepada undang-undang jenayah syariah, prosedur dalam kes jenayah syariah

mengikut EKPJSS, pengadilan dan penghakiman serta hukuman bagi kesalahan

jenayah.
iv

Dalam bab tiga pula mengupas mengenai punca-punca dan kesan kelewatan

perlaksanaan hukuman Mahkamah Syariah dalam kes jenayah syariah ini dengan

menganalisis kes Timbalan Pendakwa Syarie Lawan Kartika Seri Dewi Binti Shukarno

dan juga kes Norazlisham bin Ramli lwn Ketua Pendakwa Jabatan Hal Ehwal

Agama Islam Negeri Sembilan.

Akhir sekali dalam penutup bab ini iaitu bab empat menjelaskan kesimpulan yang

dibuat melalui kajian ilmiah ini dan saranan yang diberikan bagi mengatasi

masalah-masalah yang timbul berdasarkan dari kajian yang telah dilakukan.


v

SENARAI KEPENDEKAN

Cet. Cetakan

Dr. Doktor

DSPI Diploma Syariah dan Perundangan Islam

EJSNS Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan

EKPJSS Enakmen Kanun Prosedur Jenayah Syariah

Selangor

EPAIARMP Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat

Resam Melayu Pahang

Hlm. Halaman

IKIM Institut Kefahaman Islam Malaysia

IPTA Institut Pendidikan Tinggi Awam

IPTS Institut Pendidikan Tinggi Swasta

Ibid Ibidem

Jld. Jilid

Juz. Juzuk

KUIS Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor


vi

Lwn. Lawan

Op. cit Opere citato

RM Ringgit Malaysia

sdn. bhd. Sendirian Berhad

Terj. Terjemahan

UKM Universiti Kebangsaan Malaysia

UM Universiti Malaya

& dan
vii

SENARAI TRANSLITERASI

Huruf Jawi Huruf Rumi Huruf Jawi Huruf Rumi

‫أ‬،‫ء‬،‫ا‬ a,’ (hamzah) ‫ط‬ t

‫ب‬ b ‫ظ‬ z

‫ت‬ t ‫ع‬ ،

‫ث‬ th ‫غ‬ th

‫ج‬ j ‫ف‬ f

‫ح‬ h ‫ق‬ q

‫خ‬ kh ‫ك‬ k

‫د‬ d ‫ل‬ l

‫ذ‬ dh ‫م‬ m

‫ر‬ r ‫ن‬ n

‫ز‬ z ‫و‬ w

‫س‬ s ‫ھ‬ h

‫ش‬ sh ‫ي‬ y

‫ص‬ s ‫ة‬ t

‫ض‬ d

Vokal Pendek Vokal Panjang Diftong

a _◌َ ‫ َ◌_ ا‬ā ‘ābid ‫ع َ◌ابد‬ ‫ؤ‬ _ ◌َ aw nawm ‫ن َ◌وم‬

i _ ‫_ي‬ Ī Ī man ‫ٳ يمان‬ ‫ي‬ _◌َ ay


wayl ‫ﻭَﻳﻞ‬

u _◌ُ ‫ ُ◌_ و‬ū sūrah ‫سورة‬


viii

Sumber:

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1998. Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf


Rumi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
ix

DAFTAR ISI

KANDUNGAN HALAMAN

HALAMAN TAJUK

HALAMAN PENGESAHAN

PENGHARGAAN i

SINOPSIS iii

SENARAI KEPENDEKAN v

SENARAI TRANSLITERASI vii

DAFTAR ISI viii

BAB SATU: PENDAHULAN

1.1 Latar Belakang Masalah 1

1.2 Objektif Kajian 2

1.3 Hipotesis Kajian 3

1.4 Skop Kajian 3

1.5 Metodologi Kajian 4


ix

1.5.1 Metode Penentuan Subjek 5

1.5.2 Metode Pengumpulan Data 5

1.5.2.1 Metode Dokumentasi 6

1.5.2.2 Metode Temubual 6

1.5.2.3 Metode Observasi 7

1.5.2.4 Metode Penyelidikan Perpustakaan 7

1.5.3 Metode Analisis Data 8

1.5.3.1 Metode Induktif 8

1.5.3.2 Metode Deduktif 9

1.5.3.3 Metode Komparatif 9

1.6 Kekangan Kajian 10

BAB DUA: PENGENALAN KEPADA UNDANG-UNDANG

JENAYAH SYARIAH

2.1 Pengenalan 12

2.2 Definisi 15

2.2.1 Undang-undang 15
x

2.2.2 Undang-undang Islam 16

2.2.3 Undang-undang Jenayah Syariah 17

2.3 Prosedur Kes Jenayah Syariah 17

(Enakmen Kanun Prosedur Jenayah Syariah Selangor 1991)

2.3.1 Penangkapan 18

2.3.2 Penyiasatan 22

2.3.3 Pendakwaan 25

2.3.4 Perbicaraan 27

2.4 Pengadilan dan Penghakiman 31

2.4.1 Peranan hakim dalam penghakiman 31

2.4.2 Pendakwa dan orang yang didakwa 33

2.4.3 Keterangan saksi 34

2.4.4 Sumpah 35

2.5 Hukuman bagi kesalahan jenayah 38

2.5.1 Jenis Hukuman 39

2.5.2 Penilaian Hukuman 43

2.5.2.1 Denda 43
xi

2.5.2.2 Penjara 47

2.5.2.3 Sebat 50

2.6 Kesimpulan 54

BAB TIGA: KELEWATAN PERLAKSANAAN HUKUMAN JENAYAH

SYARIAH

3.1 Pengenalan 56

3.2 Punca Kelewatan: Masalah Pendakwaan 57

3.2.1 Beban Membukti 57

3.2.2 Kes Jenayah Didaftarkan Di Penghujung Tahun 58

3.2.3 Mutu Penyediaan Laporan Siasatan 58

3.2.4 Penguatkuasa Agama Kurang Kakitangan 59

3.2.5 Penambahan Jumlah Kes 60

3.2.6 Kelewatan Pihak Pentadbiran 61

3.2.7 Masyarakat 61

3.3 Kesan Kelewatan 67

3.3.1 Kesan Terhadap Pentadbiran 67


xii

3.3.2 Kesan Terhadap Masyarakat 70

3.3.3 Kesan Lain 73

3.4 Analisis kes jenayah syariah 74

3.4.1 Timbalan Pendakwa Syarie 74

lwn Kartika Seri Dewi Binti Shukarno

3.4.2 Norazlisham bin Ramli lwn 78

Ketua Pendakwa Jabatan Hal Ehwal

Agama Islam Negeri Sembilan.

3.5 Kesimpulan 85

BAB EMPAT: PENUTUP

4.1 Kesimpulan 86

4.2 Saranan 88

BIBLIOGRAFI 94
BAB
SATU
1

BAB SATU

PENDAHULUAN

PENDAHULUAN

Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan mengenai latar belakang masalah,

persoalan kajian, objektif kajian, hipotesis kajian, skop kajian, metodologi kajian, dan

masalah kajian yang berkaitan mengenai tajuk kelewatan pelaksanaan hukuman

mahkamah syariah dalam kes jenayah syariah.

1.1 LATAR BELAKANG MASALAH

Tajuk ini akan dikupaskan berdasarkan masalah yang timbul berkaitan dengan

kelewatan perlaksanaan hukuman mahkamah syariah dalam kes jenayah syariah

bagi mengelakkan berlakunya permasalahan dalam mana-mana banyak pihak.

Dalam bab ini, jenayah syariah ini merupakan perbuatan atau kesalahan yang

bersangkutan dengan hukum Islam yang salah di sisi undang-undang syariah yang

boleh disabitkan hukuman.


2

Selain itu, timbul pelbagai persoalan mengenai prosiding ketika perbicaraan

jenayah syariah dijalankan dan hukuman yang disabitkan atas kesalahan yang

dilakukan boleh untuk membuat rayuan.

Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk merungkai segala kemusykilan mengenai

kelewatan perlaksanaan hukuman mahkamah syariah dalam kes-kes jenayah syariah

di Malaysia ini seperti kes khalwat, zina, berjudi, minum arak, ajaran sesat, tidak

berpuasa di bulan Ramadhan, dan sebagainya.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

1.2.1. Menjelaskan atau menyatakan pengenalan yang merangkumi mengenai

jenayah syariah.

1.2.2. Mengenal pasti peruntukan undang-undang yang digunakan dalam jenayah

syariah.

1.2.3. Mengenal pasti persamaan dan perbezaan Undang-undang Jenayah Syariah

dan Undang-undang Jenayah Sivil.

1.2.4. Menyatakan prosedur dan perlaksanaan dalam hukuman jenayah syariah.


3

1.2.5. Mengenal pasti masalah dan penyelesaian dalam kelewatan perlaksanaan

hukuman Mahkamah Syariah dalam kes jenayah syariah

1.2.6. Menganalisis kes-kes jenayah syariah.

1.3 HIPOTESIS KAJIAN

Dalam memulakan dan meneruskan kajian ini hipotesis kajian adalah merupakan

saranan sementara bagi dalam kajian ini terhadap permasalahan yang perlu

diketengahkan untuk mengkaji dan menyelidik serta menyelesaikan dalam sesuatu

permasalahan.

Melalui dengan penyelidikan ini, hipotesis kajian ini juga merupakan garis

panduan dan tujuan yang mendalam kepada penulis untuk membuat kajian

berkaitan permasalahan kelewatan pelaksanaan hukuman Mahkamah Syariah dalam

kes jenayah syariah.

1.4 SKOP KAJIAN

Skop kajian adalah salah satu yang merupakan perkara penting untuk membuat

pemerhatian lokasi kajian dan subjek kajian yang ingin dilakukan dalam

melengkapkan sesebuah kajian. Ia penting dan diperlukan bagi membantu pengkaji


4

untuk membuat sesuatu kajian yang jelas, terang dan berkesan selain untuk para

pembaca untuk memahaminya.

i. Kajian penulis tidak tertumpu mana-mana tempat yang mana hanya

melibatkan di Mahkamah Syariah mahupun di pejabat agama.

ii. Kajian juga merujuk pada aspek-aspek yang berkaitan dengan kelewatan

perlaksanaan hukuman Mahkamah Syariah Dalam Kes Jenayah Syariah

seperti peruntukan-peruntukan yang berkaitan prosiding dalam perlaksanaan

hukuman ini dan lain-lain yang berkaitan yang mana bagaimana prosedur

penangkapan, pendakwaan, penyiasatan, perbicaraan dalam kes jenayah

Syariah ini dibuat.

iii. Penulis juga turut mengkaji kes-kes yang berkaitan dengan kelewatan

perlaksanaan hukuman dalam kes jenayah syariah ini.

iv. Penulis mengambil tempoh bagi menyempurnakan latihan ilmiah yang telah

diberikan.

1.5 Metodologi Kajian

Metode kajian merupakan elemen penting dalam penyelidikan kerana ia menjadi

penghubung kepada hasil yang bermutu. Ia menerangkan cara untuk melakukan


5

kajian dan penyelidikan terhadap permasalahan yang hendak dikaji sehingga

mencapai hasil kajian yang baik. Antara metode yang digunakan penulis ialah:

1.5.1 Metode Penentuan Subjek

Pemilihan subjek ini adalah melalui cara atau kaedah pemerhatian secara rambang

melalui beberapa rujukan seperti risalah, latihan ilmiah, buku-buku ilmiah, isu-isu

semasa dan sebagainya. Daerah Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Selangor dan

Pahang adalah menjadi subjek kajian untuk ditumpukan dalam kajian ini.

1.5.2 Metode Pengumpulan Data

Metode pengumpulan data merupakan elemen penting dalam mencari maklumat.

Pungutan data merupakan tahap yang di dalamnya penyelidik yang melakukan

pemerhatian dan mencatatkannya. Data boleh dipungut dengan kaedah-kaedah

tertentu. Peringkat ini melibatkan pemilihan teknik-teknik penyelidikan yang

berpandu kepada matlamat penyelidikan.1

                                                            
1
Syed Arabi. 2002. Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka. Hlm. 15. 
6

Penulis menggunakan metode pengumpulan data dalam penulisan ilmiah ini kerana

metode ini digunakan untuk mengumpul dan mendapatkan data dan informasi yang

sesuai dan selaras dengan tajuk kajian ini. Dalam usaha pengumpulan data terdapat

beberapa metode yang digunakan iaitu:

1.5.2.1 Metode Dokumentasi

Kaedah ini merupakan satu cara mengumpulkan data dengan melakukan terhadap

dokumen yang bertepatan dengan tajuk kajian. Melalui metode ini, penulis

menggunakan beberapa dokumen dalam menghasilkan kertas kerja latihan ilmiah

seperti Al-quran, hadith, contoh latihan ilmiah yang lepas, sumber dari internet,

enakmen, dan lain-lain lagi. Dokumen tersebut digunakan dalam bab dua dan tiga

bagi mengumpulkan maklumat dan data yang lengkap tentang kelewatan

perlaksanaan hukuman Mahkamah Syariah dalam kes jenayah syariah.

1.5.2.2 Metode Temubual

Metode ini digunakan untuk mendapatkan data yang diperolehi dari individu yang

terlibat dalam kajian ini. Metode ini juga memerlukan kaedah secara lisan yang

berbentuk soalan-soalan yang ingin dikemukakan serta penjelasan dari individu


7

tersebut untuk mendapatkan maklumat tersebut. Dalam kajian ini, penulis telah

menemubual salah seorang Hakim dari Mahkamah Syariah Putrajaya bagi

mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

1.5.2.3 Metode Observasi

Penulis menggunakan metode ini yang merupakan satu kaedah pemerhatian.

Tempat kajian yang dilakukan ditempat yang sama dengan cara melihat secara

rambang.

1.5.2.4 Metode Penyelidikan Perpustakaan

Metode penyelidikan perpustakaan merupakan metode yang penting dalam metode

pengumpulan data untuk proses menyiapkan kertas kerja latihan ilmiah. Metode

ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kajian penulis.

Penulis mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kajian daripada buku-buku,

risalah-risalah majalah serta latihan-latihan ilmiah yang lepas. Dalam penghasilan

kajian ini, penulis telah menggunakan metode ini di beberapa buah perpustakaan

seperti:
8

a) Perpustakaan Negara Malaysia

b) Perpustakaan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

c) Perpustakaan Awam Malaysia

d) Perpustakaan Shah Alam

e) Perputakaan Za’ba Universiti Malaya

1.5.3 Metode Analisis Data

Analisis bermaksud proses mengesan dan mengenalpasti bentuk data yang telah

dikumpul untuk membuat tafsiran. Metode ini digunakan untuk menganalisis data-

data dan fakta yang diperolehi hasil daripada penyusunan dan pengumpulan data

daripada metode-metode yang lepas untuk menganalisis data-data. Kajian telah

melibatkan dalam tiga metode iaitu:

1.5.3.1 Metode Induktif

Metode ini digunakan untuk menghuraikan atau menukarkan kesemua data-data

yang bersifat khusus kepada data-data yang bersifat umum. Dalam metode ini

penulis telah mencari pelbagai maklumat bagi menyatakan dengan jelas berkenaan

masalah yang berkaitan. Justeru itu, penulis telah menggunakan metode tersebut
9

dalam bab satu hingga bab empat berkenaan mengenai tajuk kelewatan

perlaksanaan hukuman mahkamah syariah dalam kes jenayah syariah.

1.5.3.2 Metode Deduktif

Metode deduktif ini digunakan bagi cara penganalisisan data untuk merumuskan

maklumat yang telah disediakan. Ia juga digunakan untuk membuktikan

pengumpulan data dan fakta yang berkaitan dengan penyelesaian kepada kelewatan

perlaksanaan hukuman mahkamah syariah dalam kes jenayah syariah ini.

Seterusnya, ia juga dapat membantu menganalisis data yang berkaitan.

1.5.3.3 Metode Komparatif

Metode ini digunakan untuk menganalisis data dengan cara membuat perbandingan

data yang dihasilkan dan membuat kesimpulan. Ia juga bertujuan untuk mencari

persamaan dan perbezaan. Metode ini digunakan dalam bab dua dan tiga untuk

persamaan dan perbezaan dalam prosedur kes jenayah mengikut Undang-Undang

Syariah dan Undang-Undang Sivil.


10

1.6 Kekangan Kajian

Dalam melakukan atau menghasilkan sesuatu kajian, masalah yang timbul memang

tidak dapat dinafikan. Setiap perkara yang dilakukan pasti akan bertemu dengan

masalah-masalah yang kecil atau besar. Antara masalah dan rintangan yang

dihadapi oleh penulis bagi menyiapkan kajian ini ialah masalah kekurangan buku

rujukan di KUIS dan boleh menyebabkan kekurangan maklumat. Selain itu, tiada

hubungan dengan perpustakaan IPTA/IPTS. Hal yang demikian, membuatkan penulis

sukar untuk mencari lebih banyak bahan buku rujukan kerana tidak boleh

memasuki perpustakaan IPTA tersebut sebab tiada hubungan dengan IPTA/IPTS.

Sekiranya ingin memasuki, dikenakan bayaran RM 20.00 tunai.

Tambahan pula, masalah sampingan yang dihadapi oleh penulis adalah seperti

kekurangan masa yang diperlukan untuk membuat latihan ilmiah ini kerana banyak

masa untuk membuat kertas kerja, pembentangan, jadual pembelajaran dan kuliah

yang telah ditetapkan oleh pihak kolej. Selain itu, kos perbelanjaan untuk mencari

bahan dan maklumat serta terpaksa berulang alik ke tempat kediaman dalam jarak

perjalanan yang agak jauh.


11

Walau bagaimanapun, berkat kesabaran dan kerjasama dan juga atas dasar

tanggungjawab, masalah-masalah ini tidak menghalang penulis untuk menyiapkan

latihan ilmiah ini dalam masa yang ditetapkan.


BAB
DUA
12

BAB DUA

PENGENALAN KEPADA UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH

2.1 Pengenalan

Undang-undang jenayah ialah salah satu cabang undang-undang Islam yang

menyeluruh. Undang-undang ini termasuk dalam ketegori undang-undang awam

(public law) yang menggariskan hubungan antara individu, Negara dan masyarakat.

Sebab itu, dari segi teorinya, apabila jenayah dilakukan oleh seseorang, dia

sebenarnya melakukan kesalahan kepada Negara, atau dalam konteks ini,

masyarakat, walaupun pelaku itu menghalakan sasarannya kepada individu. Hal ini

demikian kerana kesan kesalahan itu dirasai oleh masyarakat secara tidak langsung,

ketenteraman awam terjejas, dan mangsa akan membuat pengaduan kepada penguat

kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan.

Oleh itu, Islam menilai dan mengambil tindakan khusus untuk menangani

perlakuan jenayah dan pelakunya sama ada dari segi konsep, sumber hukum, jenis-

jenis kesalahan dan hukuman-hukumannya.


13

Dalam undang-undang jenayah Islam, sesuatu tindakan itu dikira jenayah dan

kesalahan apabila seseorang melakukan sesuatu perbuatan yang dilarang

(diharamkan) dan ada hukumannya.2 Ini bermakna bahawa sesuatu tindakan yang

tidak dilarang atau tidak disuruh melalui nas-nas (teks) syara’, kekal dalam hukum

yang asal, iaitu harus. Misalnya, minum arak adalah haram, kerana ada nas yang

melarangnya secara jelas, sedangkan pada permulaan Islam, perbuatan minum arak

adalah harus. Begitu juga hukumannnya bagi mencuri, berzina dan lain-lain.

Oleh itu, ada beberapa kaedah asas syariah yang telah menjadi maksim terkenal,

iaitu yang berbunyi “ tidak dikira jenayah (sesuatu perbuatan) dan tidak dikira

hukuman melainkan ada nas (ada undang-undang).3 Begitu juga dengan kaedah “

tidak ada hukuman bagi perbuatan orang yang berakal sebelum ada (wurud) nas.4

Kaedah-kaedah di atas bersumberkan firman Allah S.W.T yang bermaksud:

∩⊇∈∪ 4©tëó¡n@ $yϑÎ/ ¤§øtΡ ‘≅ä. 3“t“ôfçGÏ9 $pκÏ÷zé& ߊ%x.r& îπuŠÏ?#u™ sπtã$¡¡9$# ¨βÎ)

                                                            
2
Abd. Al-Qadir Awdah, 1986. Al-Tashri’ al-Jina’I al-Islami Jil.1. Edisi ke-8. Beirut: Mu’assasah al-
Risalah, hlm.66.
3
La jarimata wa la ‘uqubata illa bi al-nas. Awdah, 1986. Al-Tashri’ al-jina’I al-Islami, hlm.115 .
4
La hukm li af’al al-uqala’I qabl wurud al-nas, hlm.116.
14

Maksudnya:

“Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapa pun sebelum Kami mengutus seorang

Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).5

Surah Al-Isra’ (17) : 15

Dalam ayat lain, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

$¨Ζà2 $tΒuρ 4 $uΖÏF≈tƒ#u™ öΝÎγøŠn=tæ (#θè=÷Gtƒ Zωθß™u‘ $yγÏiΒé& þ’Îû y]yèö7tƒ 4©®Lym 3“tà)ø9$# y7Î=ôγãΒ y7•/u‘ tβ%x. $tΒuρ

∩∈®∪ šχθßϑÎ=≈sß $yγè=÷δr&uρ ωÎ) #”tà)ø9$# ’Å5Î=ôγãΒ

Maksudnya:

“Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana negeri

sebelum Dia mengutus ke ibu negeri itu seorang Rasul Yang akan membacakan

kepada penduduknya ayat-ayat keterangan kami; dan tidaklah menjadi kebiasaan

                                                            
5
Surah Al-Isra’ 17:15.
15

Kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku

zalim.6

Surah Al-Qasas (28) : 59

Ayat-ayat di atas menerangakn keperluan mengutus rasul untuk memberikan

penerangan kepada umatnya tentang hukum-hakam, buruk baik sesuatu tindakan,

dosa dan pahala sebelum mereka dikenakan tindakan sebagai akibat tindakan

mereka itu. Dengan kata lain, undang-undang dan hukuman.

2.2 Definisi

2.2.1 Undang-undang

Mengikut dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, dari segi bahasa mengenai

maksud undang-undang tersebut adalah sesuatu peraturan atau keseluruhan

peraturan yang digubal oleh kerajaan dan perlu mematuhi dalam setiap perkara

oleh masyarakat atau peraturan yang digubal untuk perbadanan, perkumpulan,

persatuan dan lain-lain lagi.

                                                            
6
Surah Al-Qasas 28:59
16

Mengikut dari istilah adalah suatu peraturan yang dibuat untuk dijadikan panduan

oleh sesuatu badan tertinggi yang mempunyai kuasa keatas golongan tertentu.7

Selain itu, pendapat lain bagi definisi undang-undang ini, Jay A. Sigler

berpendapat bahawa mentakrifkan undang-undang sebagai kawalan social secara

rasmi yang melibatkan penggunaan undang-undang yang ditafsirkan dan boleh

dikuatkuasakan oleh mahkamah.8

2.2.2 Undang-undang Jenayah Islam

Menurut al-Mawardi, undang-undang jenayah ialah undang-undang Allah ke atas

mereka yang melakukan apa yang dilarang dan meninggalkan apa yang disuruh

yang boleh dihadkan dan ditakzirkan.9

Menurut Dr. Mat Saad Abd. Rahman, undang-undang jenayah Islam ialah sejumlah

hukum dan pembalasan yang berkaitan dengan pelbagai jenayah seperti jenayah

qisas, hudud dan takzir yang berlaku dalam sesebuah masyarakat.10

                                                            
7
Dewan Bahasa dan Pustaka.1996. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Edisi ketiga. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 1519
8
Jay A. Sigler, 1981:3
9
Abu ‘Isa ‘Ali ibn Muhammad, 1985:273
10
Dr. Mat Saad Abd. Rahman, 1981:1
17

2.2.3 Undang-undang Jenayah Ciptaan

Undang-undang ciptaan adalah undang-undang yang dicipta dan dirangka oleh

manusia. Sesuai dengan kelemahan dan kekurangan yang ada pada manusia

menjadikan undang-undang ciptaan terdedah kepada perubahan dan pertukaran

mengikut keperluan dan perkembangan masyarakat. Tegasnya undang-undang

ciptaan manusia sentiasa berada dalam keadaan kekurangan dan tidak sampai ke

tahap kesempurnaan, selagi manusia itu sendiri tidak dapat mencapai

kesempurnaan.11

Penambahan untuk definisi undang-undang ciptaan, kebiasaannya hukuman yang

dijalankan bagi kes undang-undang ciptaan ini dikenakan ke atas kesalahan yang

dilakukan oleh seseorang dengan niat boleh dihukum dengan penjara, denda, seksa

atau mati.12

2.3 Prosedur kes Jenayah Syariah mengikut dalam Enakmen Tatacara

Jenayah Syariah Negeri Selangor tahun 2003.

                                                            
11
Dr. Yusuf al-Qardhawi, 1997:28
12
Tun Salleh abas, 1997:18
18

2.3.1 Penangkapan

Dalam memastikan kejayaan dan keadilan dalam perbicaraan di Mahkmah Syariah

atau mana-mana mahkamah, maka proses pendakwaan yang cekap adalah amat

diperlukan. Pendakwaan yang cekap bergantung kepada proses penyiasatan yang

rapi oleh pegawai penyiasat. Penyiasatan yang Berjaya juga akan bergantung

kepada proses penangkapan mengikut prosedur yang tidak bercanggah dengan

peruntukan undang-undang. Tangkapan yang menyalahi undang-undang akan

menyebabkan kegagalan dalam pendakwaan dan perbicaraan.

 Dari segi undang-undang tangkapan mempunyai maksud tertentu dan

teknikal. Seksyen 15 Kanun Acara Jenayah telah memperuntukkan

klasifikasi tangkapan dan bagaimana ia dibuat. Seksyen 15 menyatakan:

Apabila pegawai polis atau orang lain hendak menangkap orang. Ia

hendaklah menyentuh atau mengurung badan orang yang hendak ditangkap

itu melainkan jika ia menyebabkan dirinya melalui percakapan atau tingkah

laku.

Selain itu, tangkapan boleh diertikan sebagai tangkapan secara fizikal atau

dengan menyentuh badan seseorang dengan tujuan penahanan. Ini

bermaksud, sama ada berbentuk tangkapan sebenar atau berbentuk

konstruktif. Dengan perkataan “tangkap” tidak boleh diertikan sebagai


19

tangkapam kecuali di dalam keadaan seseorang itu hendak menyerah diri

kepada pegawai yang menangkap.13

Semasa membuat tangkapan, sekiranya orang tersebut tidak menyerah diri

pegawai polis atau orang lain hendaklah menyentuh badan atau mengurung

orang yang hendak ditangkap itu. Sekiranya orang yang hendak ditangkap

itu melawan, orang yang menangkap dibenarkan membuat apa sahaja untuk

melaksanakan tugasnya dengan syarat perbuatannya itu tidak menyebabkan

kematian pada seseorang yang tidak dituduh dengan kesalahan yang boleh

dihukum mati atau penjara seumur hidup.

Secara umumnya, terdapat empat jenis orang yang boleh melakukan

tangkapan tanpa waran antaranya adalah pegawai polis, penghulu, orang

awam, majistret, atau jaksa pendamai.

Tangkapan oleh pegawai polis:

Seseorang pegawai polis boleh melakukan tangkapan ke atas orang yang

disyaki melakukan sesuatu kesalahan yang boleh tangkap. Demikian juga,

tangkapan hanya boleh dilakukan jika terdapat syak wasangka yang

munasabah bahawa seseorang itu melakukan kesalahan.

                                                            
13
Tn. Hj. Rahimin Bani. 2003. “Tatacara Penyiasatan” Pendakwaan dan Penyiasatan konsep dan Amalan.
Kuala Lumpur: IKIM, Hlm. 155
20

Tangkapan oleh penghulu:

Kanun Acara Jenayah member kuasa kepada penghulu untuk melakukan

tangkapan. Semasa proses menagkap orang yang disyaki penghulu perlu

menyerahkan orang yang disyaki kepada pegawai polis yang paling hamper

untuk dibuat tangkapan semula oleh pegawai polis tersebut.

Tangkapan oleh orang awam:

Orang awam yang melihat suatu kejadian jenayah yang berlaku boleh juga

dibuat tangkapan. Namun demikian, tangkapan begitu boleh dilakukan

terhadap orang yang melakukan kesalahan boleh ditangkap dan boleh

dijamin. Setelah tangkapan dibuat oleh orang awam, orang yang ditangkap

itu hendaklah deserahkan kepada pegawai polis dibalai polis yang

berdekataan. Apabila diserahkan kepada pegawai polis, tangkapan semula

akan dilakukan.

Tangkapan oleh majistret atau jaksa pendamai:

Kesalahan yang dilakukan di hadapan seorang majistret atau jaksa

pendamai di dalam bidang kuasa tempatnya boleh ditangkap oleh mereka


21

atau memberi kuasa kepada seseorang dan melakukan mereka di dalam

tahanan.14

Bagi kes yang tidak boleh ditangkap tanpa waran, ia hanya boleh

dilakukan dengan mengeluarkan waran. Ini bermakna kes-kes yang

hukumannya melebihi enam bulan, waran perlu diperolehi terlebih dahulu

sebelum sesuatu tangkapan dijalankan. Selain itu, tangkapan juga boleh

dibuat dengan waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah disebabakn

kegagalan orang kena saman atau saksi-saksi hadir ke mahkamah pada hari

yang ditetapkan.

Seksyen 23 Kanun Prosedur Jenayah telah memperuntukkan keadaan yang

menyebabkan tangkapan boleh dibuat tanpa waran. Di antaranya adalah

apabila seseorang melakukan kesalahan boleh ditangkap di Malaysia atau

seseorang yang memiliki barang alatan pecah rumah, menyimpan barang

yang disyaki atau barang curi atau didapati melalui cara tipu, mengahalang

polis daripada menjalankan tugasan atau cuba lari dari tahanan yang sah.

Polis dan penghulu juga berperanan menangkap tanpa waran orang yang

munasabah disyaki lari dari angkatan bersenjata persekutuan iaitu mana-

mana orang yang menimbulkan kekacauan di hadapan mereka atau di

                                                            
14
Roslan Mat Nor & Zamani Haji Sulaiman. 1998. Pentadbiran Keadilan Jenayah di Malaysia. Cet.1.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.13
22

bawah pemerhatian polis. Hal ini menunjukkan polis dan penghulu

mempunyai kuasa yang menyeluruh bagi menagkap orang yang melakukan

kesalahan. Ini adalah bertujuan memastikan tindakan segera dan berkesan

dapat dilakukan bagi mengawal dan memerangi kegiatan jenayah.15

2.3.2 Penyiasatan

Siastan merupakan aspek utama yang perlu dititikberatkan sebelum satu

pendakwaan dijalankan. Penyiasatan seringkali dikaitkan dengan perlakuan jenayah

dan ini melibatkan agensi penguatkuasaan undang-undang termasuklah pihak polis

dan penguatkusaan. Istilah “menyiasat” didefinisikan oleh Kamus Dewan sebagai,

“menyelidik atau memeriksa sesuatu perkara yang belum terang, mencari

keterangan berkaitan sesuatu perkara, mengusut, menghuraikan (sesuatu perkara

dan lain-lain), menyelidiki (untuk mengetahui kebenaran dan lain-lain), menelaah,

menanyai, menyoal (untuk mengetahui sesuatu) dan menemu duga.”16

                                                            
15
Sheikh Salim bin Sheikh Salleh. 1999. Sistem Undang-undang di Malaysia. Cet.1. Bnagi: Universiti
Kebangsaan Malaysia. Hlm:280
16
Kamus Dewan terbitan Dewan bahasa dan Pustaka
23

Konsep penyiasatan dalam Islam sebenarnya sangat luas dan mencakupi semua

perkara, baik urusan perseorangan, kumpulan, institusi dan lain-lain pihak yang

perlu disiasat dan dihalusi. Hakim sendiri di dalam mahkamah semasa mendengar

perbicaraan merupakan sebahagian dari penyiasatan. Mengikut kebiasaan, sesuatu

penyiasatan ke atas mana-mana pihak atau seseorang itu bermula dari maklumat

yang merupakan suatu perkhabaran atau aduan yang dibuat oleh mana-mana orang

kepada pihak tertentu yang mana ia mengetahui berkenaan sesuatu perkara atau

kesalahan yang dilakukan oleh seseorang. Pendakwa dan peguam sebelum

meneruskan tugas masing-masing di dalam mahkamah memerlukan butiran

penyiasatan yang lengkap sebagai sesuatu kes. Penyiastan yang dimaksudkan di

sini hendaklah selaras dengan tuntutan dan arahan yang ditetapkan oleh hukum

syarak.

Di dalam al-Quran terdapat beberapa ayat yang memerintahkan umat Islam supaya

malaksanakan “amar ma’ruf nahi munkar”, Firman Allah yang bermaksud:

šχρ߉Éf≈¡¡9$# šχθãèÅ2≡§9$# šχθßsÍׯ≈¡¡9$# šχρ߉Ïϑ≈ptø:$# šχρ߉Î7≈yèø9$# šχθç6Í≥¯≈−F9$#

ÎÅe³o0uρ 3 «!$# ÏŠρ߉çtÎ: tβθÝàÏ≈ysø9$#uρ Ìx6Ψßϑø9$# Ç⎯tã šχθèδ$¨Ψ9$#uρ Å∃ρã÷èyϑø9$$Î/ tβρãÏΒFψ$#

∩⊇⊇⊄∪ š⎥⎫ÏΖÏΒ÷σßϑø9$#
24

Maksudnya

“ (Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji

Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang

rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada

kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. dan gembirakanlah orang-

orang yang beriman (yang bersifat demikian).” 17

Surah al-Taubah (9) : 112

Dalam ayat lain, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

ãΝèδ y7Íׯ≈s9'ρé&uρ 4 Ìs3Ψßϑø9$# Ç⎯tã tβöθyγ÷Ζtƒuρ Å∃ρã÷èpRùQ$$Î/ tβρããΒù'tƒuρ Îösƒø:$# ’n<Î) tβθããô‰tƒ ×π¨Βé& öΝä3ΨÏiΒ ⎯ä3tFø9uρ

∩⊇⊃⊆∪ šχθßsÎ=øßϑø9$#

Maksudnya:

“ Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada

kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang

                                                            
17
Surah al-Taubah : 112
25

baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka

yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”18

Surah Ali Imran (3) : 104

Daripada maksud dan penjelasan ayat-ayat al-Quran tersebut dapatlah kita fahami

bahawa menjadi tanggungjawab kepada umat Islam untuk mencegah perkara

munkar daripada terjadi melalui penyampaian maklumat kepada pihak yang

bertanggungjawab jika kita sendiri tidak terdaya mencegahnya supaya perbuatan

munkar itu dapat dibasmi dan dihapuskan.

2.3.3 Pendakwaan

Dalam pendakwaan ini, Ketua Pendakwa Syarie dan pendakwa syarie mempunyai

kuasa dan budi bicara yang luas bagi memulakan dan menjalankan apa-apa

prosiding bagi satu kesalahan di Mahkamah Syariah. Mengikut seksyen 58 (2)

Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan 1993:

                                                            
18
Surah Ali Imran : 104
26

“ Ketua Hakim Syarie hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut

budi bicara bagi memulakan dan menjalankan atau memberhentikan apa-apa

prosiding bagi suatu kesalahn di hadapan Mahkamah Syariah.

Di samping itu juga, Ketua Pendakwa Syarie boleh melantik orang-orang yang

layak dan sesuai menjadi pendakwa syarie yang akan bertindak di bawah kawalan

am dan arahannya. Beliau akan menjalankan semua atau mana-mana hak dan

kuasa yang tertakluk kepada seksyen 58 (3) Akta Pentadbiran Undang-undang

Islam Wilayah Persekutuan 1993.

Pendakwa syarie boleh berhenti dari meneruskan pendakwaan selanjutnya terhadap

sesuatu pertuduhan, yang selepas itu semua prosiding terhadap permohonan itu

akan digantung atas kebenaran mahkamah. Berikutan dengan itu, tertuduh akan

dilepaskan mengikut seksyen 103 (1) Akta Prosedur Jenayah Syariah Wilayah

Persekutuan 1993. Keadaan yang sama tetapi melibatkan kesalahan-kesalahan di

bawah seksyen 4,8,9,12 dan 13 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-wilayah

Persekutuan adalah tertakluk di bawah keizinan Ketua Pendakwa Syarie.

Dengan kuasa budi bicara yang luas bagi pendakwa syarie, maka dia diwajibkan

untuk menegakkan keadilan dengan sifat amanah, jujur dan ikhlas kerana tugas

mereka adalah satu ibadah.


27

Setiap kes yang hendak diputuskan sama ada dibicarakan atau sebalinya, langkah

yang penting ialah menjalani proses penyiasatan terlebih dahulu. Setiap keputusan

perlu dipertimbangkan dengan wajar. Ini kerana satu keputusan itu boleh

menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap sistem keadilan syariah sama ada ia

keputusan yang salah atau tidak tepat untuk mendakwa atau tidak mendakwa.

2.3.4 Perbicaraan

Dalam mengendalikan kes jenayah syariah, terdapat tiga peringkat prosedur

antaranya ialah prabicara, perbicaraan dan selepas perbicaraan.

a) Sebelum pendakwaan atau perbicaraan

Sebelum memulakan perbicaraan tersebut, peguambela hendaklah

menerangkan kepada OKT mengenai tuduhan yang dikenakan ke atas OKT.

Peguambela mendapatkan maklumat mengenai kes OKT dengan

mendapatkan keterangan daripada OKT sendiri dan membuat satu

kesimpulan mengenai kes yang akan dibawa ke mahkamah.


28

Seterusnya, peguambela hendaklah mendapatkan segala laporan (report)

daripada mana-mana pihak yang berwajib mengenai kes yang dihadapi oleh

OKT yang boleh dijadikan sebagai satu bahan bukti yang boleh

dipertikaikan kewibawaannya di dalam mahkamah.

b) Semasa perbicaraan

Setelah selesai proses sebelum perbicaraan dijalankan, semasa perbicaraan

dimulakan peguambela dibolehkan membangkitkan bantahan awal seperti

bidang kuasa kawasan mahkamah atau Hakim Bicara mempunyai

kepentingan dalam kes itu selepas tuduhan dibaca dan dihuraikan kepada

anak guamnya oleh pegawai pendakwa.

Peguambela boleh mencadangkan agar anak guamnya mengaku bersalah di

atas kesalahan yang telah dilakukannya. Peguambela boleh mengaku

bersalah atas pihak anak guamnya jika jelas peguambelanya mempunyai

kuasa untuk berbuat demikian tetapi ia tidak digalakkan sebagai memastikan

OKT benar-benar memahami akibat pengakuannya dan OKT sendiri

bercadang mengakui kesalahan itu.

Sekiranya OKT minta dibicarakan, selepas pendakwa menyoal saksinya,

peguambela akan membuat pemeriksaan balas untuk menduga kewibawaan


29

saksi pendakwa dan keterangan yang diberikan. Peguambela dibenarkan

menyoal saksi pendakwa dengan soalan-soalan membimbing (leading

question).

Apabila mahkamah berpendapat bahawa OKT hendaklah membela diri

kerana wujudnya kes prima facie di dalam tuduhan tersebut, peguambela

hendaklah menerangkan kepada OKT bahawa beliau mempunyai 3 pilihan

iaitu hak untuk berdiam diri, hak untuk memberi keterangan dengan

sumpah atau hak memberi keterangan tanpa sumpah.

Setelah pembela selesai mengemukakan keterangan serta saksinya, jika ada,

maka peguambela boleh membuat hujahan di atas segala keterangan yang

telah diberikan bertujuan untuk menimbulkan keraguan terhadap kes

pendakwa. Perlu diingat bahawa tugas seorang peguambela dalam kes-kes

jenayah syariah ialah untuk membantu hakim memberikan hukuman yang

adil dan saksama serta pembelaan kepada OKT berdasarkan kepada fakta-

fakta yang telah dikemukakan di dalam mahkamah.

Seterusnya, peguambela di akhir hujahan akan cuba meminta mahkamah

agar meringankan hukuman ke atas OKT berdasarkan rekod OKT yang

tidak mempunyai sebarang kesalahan sebelum ini.


30

c) Selepas perbicaraan

Setelah perbicaraan dimulakan dan dilakukan, seterusnya proses selepas

perbicaraan. Sekiranya OKT tidak berpuas hati dengan keputusan yang

dijatuhkan oleh mahkamah, beliau melalui peguambelanya boleh membuat

rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah. Rayuan oleh OKT hanyalah terhadap

sabitan atau hukuman sahaja yang telah dijatuhkan oleh mahkamah sebelum

ini.

Peguambela hendaklah memberikan alasan-alasan mengapa anak guamnya

merayu terhadap hukuman yang telah dijatuhkan sebelum ini.

Selalunya, dalam menimbang rayuan terhadap hukuman, hakim Mahkamah

Tinggi Syariah tidak akan mengubahnya kerana hukuman adalah dalam budi

bicara Hakim Bicara. Jika peguambela dapat membuktikan yang hukuman

itu jelas silap dari segi prinsipnya atau terlalu lebih atau tidak, maka

rayuan oleh peguambela OKT akan dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi

Syariah. Misalnya, hakim bicara menjatuhkan hukuman melebihi bidang

kuasanya. Rayuan yang berkaitan adalah perlu mengikut bidang kuasa

mahkamah.
31

2.4 Pengadilan dan Penghakiman

2.4.1 Peranan hakim dalam penghakiman

Dalam penghakiman ini, hakim tidak boleh mengetahui sesuatu peristiwa atau kes

yang hendak dihakiminya dengan menyakinkan kecuali dengan salah satu daripada

dua cara ini. Antaranya yang akan dinyatakan adalah pertama, ia melihat sendiri

kejadian tersebut dan kedua, diberitahu kepadanya oleh sekumpulan orang yang

tidak mungkin berlaku permuafakatan untuk berbohong (khabar mutawatir).

Namun hakikatnya penyaksian hakim terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku

(yang kemudiannya dibawa kepadanya) sebenarnya hampir tidak ada. Bahkan juga,

sukar sekali menerima berita yang mencapai had mutawatir. Oleh itu, sekiranya

hakim hanya membataskan sumber pengetahuannya kepada dua cara ini sahaja,

sudah pasti akan menyebabkan kerugian terhadap kepentingan ummah. Maka,

hakim sebenarnya mempunyai dua pilihan19:

Pertama: membataskan maklumatnya kepada dalil qat’i dalam dua keadaan

tersebut bagi menegak keadilan mutlaq. Malangnya, ia boleh membawa kepada

pengabaian mendengar bukti yang lain dari kedua-dua cara itu. Ia boleh

                                                            
19
Muhammad Mustafa al-Zuhaili (Dr.), Wasail al-Ithbat fi al-Syariah al-Islamiyyah, hlm. 621-622.
32

menyebabkan kehilangan hak-hak manusia, berlakunya kucar-kacir dan kehidupan

masyarakat yang porak-peranda.

Kedua: Berpada dengan bukti zanni yang rajah, yang tidak memerlukan

syarat ilmu atau pengetahuan yang qat’i. Namun begitu, keadaan ini boleh

membawa kepada tersalah membuat hukuman dan keputusan terhadap kes-kes yang

dirujuk kepadanya. Bagi mengelakkan keadaan ini, hakim perlu berhati-hati dan

cermat dalam memastikan kesahihan bukti yang dikemukakan.

Dari dua pendekatan (pilihan) ini, kehakiman Islam telah memilih cara yang kedua

kerana ia bersifat lebih praktikal, memelihara kepentingan manusia dari hilang

begitu sahaja dan boleh mencapai maqasid syariyyah. Pendekatan yang kedua ini

juga boleh menegak daripada timbulnya sebarang kesulitan, kesukaran dan

masyaqqah.

Maka kerana itulah sistem kehakiman Islam mengharuskan penghakiman

berdasarkan kesaksian dua orang lelaki yang adil, pengakuan yang dituduh atau

sumpahnya. Sekalipun kemungkinan berlakunya yang dituduh atau sumpahnya.

Sekalipun kemungkinan berlakunya pendustaan para saksi, penyelewengan fakta

kepada pengaku dan sumpah manusia tetap meyakini bahawa kebenaran sentiasa

mengatasi pendustaan.
33

2.4.2 Pendakwa dan orang yang didakwa

Syarak telah meletakkan bebanan pembuktian dakwaan dengan bayyinah ke atas

pendakwa dan bebanan menolaknya dengan sumpah ke atas yang kena dakwa

sekiranya pihak pendakwa gagal membuktikan dakwaannya dengan bayyinah.

Bebanan pertama sebenarnya lebih berat daripada bebanan kedua. Sekiranya hakim

tersalah dalam mengenal pasti pendakwa dan yang kena dakwa, lalu mengenakan

bebanan yang berat ke atas yang kena dakwa, maka ia dikira suatu kezaliman

yang besar kerana menghukum dengan cara yang tidak disuruh oleh Allah.

Terdapat beberapa takrif pendakwa dan yang kena dakwa bagi membezakan antara

keduanya menurut pandangan fukaha antaranya:

i. Pendakwa ialah mereka yang membuktikan sesuatu dan yang kena dakwa

ialah mereka yang menafikannya.20

ii. Pendakwa ialah orang yang perkataanya menyalahi yang zahir dan yang

kena dakwa ialah perkataan yang selaras dengan zahir dan yang nyata.21

iii. Pendakwa ialah mereka pada perkataannya itu menyalahi asal atau ‘uruf

(kebiasaan), sedangkan yang kena dakwa ialah mereka yang secocok atau

sesuai dengan asal atau ‘uruf.22

                                                            
20
Ibn Abi al-Dam,Adab al-Qadhi (Damsyik: Dar al-Fikr 1982) Hlm.184.
21
Al-Syarbini, op.cit.
34

iv. Pendakwa adalah mereka yang bebas untuk meninggalkan dakwaannya.

Sekiranya dia meninggalkan dakwaannya, dia tidak dikenakan apa-apa

tindakan dan tidak boleh dipaksa membuat dakwaan. Sementara yang

didakwa adalah sebaliknya iaitu pihak yang dipaksa untuk menjawab

dakwaan tersebut.23

v. Pendakwa ialah mereka yang menuntut dengan mendapatkan sesuatu yang

berada di tangan orang lain atau membuktikan hak yang ada pada

tanggungan orang lain, manakal yang kena dakwa ini ialah mereka yang

mengingkari dakwaan tersebut.

2.4.3 Keterangan saksi

Keterangan saksi-saksi sebenarnya mempunyai pertalian antara dunia dan akhirat.

Bentuk keterangan yang diberikan merupakan satu simbol kepada tindak tanduk

seseorang muslim sama ada dia Berjaya melaksanakan tugasnya dalam memberi

keterangan di hadapan mahkamah. Ini kerana adil sebahagian daripada syarat

penting di dalam memberikan keterangan sebagai saksi untuk memutuskan

perselisihan.

                                                                                                                                                                                 
22
Al-Qarafi, op.cit.,Jld. 4, hlm.75.
23
Ibn ‘Abidin,Raad al-Muhtar ‘ala Addurr al-Muhtar, Jld.5 (Beirut: Dar Ahya,1987),Hlm.542.
35

2.4.4 Sumpah

Sumpah ini merupakan suatu perkara yang tergantung kepada akhlak dan keimanan

seseorang yang hanya meletakkan Allah s.w.t semata-mata sebagai saksi. Apabila

seseorang bersedia bersumpah, ini bermakna dia bersedia untuk menanggung akibat

jika mereka bersumpah adalah bohong atau dusta. Bersumpah memainkan peranan

penting dalam pengakuan dan penafian sama ada dari kalangan orang baik atau

tidak. Sekalipun seseorang itu buruk pada pandangan masyarakat pengakuan dan

penafiannya tetap diterima.

Seseorang itu digalakkan menjadi saksi dalam sesuatu kes terutama sekali yang

melibatkan hak seseorang. Jika satu-satu keterangan tidak dapat dikemukakan

dengan sempurna dalam mahkamah, keadaan ini akan memberikan tanggungjawab

kepada seseorang yang mempunyai maklumat atau keterangan yang cukup untuk

tampil ke mahkamah sebagai saksi bagi menyempurnakan keterangan yang

diperlukan, sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat al-Quran:


36

ÏjŠxσã‹ù=sù $VÒ÷èt/ Νä3àÒ÷èt/ z⎯ÏΒr& ÷βÎ*sù ( ×π|Êθç7ø)¨Β Ö⎯≈yδÌsù $Y6Ï?%x. (#ρ߉Éfs? öΝs9uρ 9xy™ 4’n?tã óΟçFΖä. βÎ)uρ *

ÖΝÏO#u™ ÿ…çμ¯ΡÎ*sù $yγôϑçGò6tƒ ⎯tΒuρ 4 nοy‰≈y㤱9$# (#θßϑçGõ3s? Ÿωuρ 3 …çμ−/u‘ ©!$# È,−Gu‹ø9uρ …çμtFuΖ≈tΒr& z⎯Ïϑè?øτ$# “Ï%©!$#

∩⊄∇⊂∪ ÒΟŠÎ=tæ tβθè=yϑ÷ès? $yϑÎ/ ª!$#uρ 3 …çμç6ù=s%

Maksudnya:

“ Dan jangan kamu menyembunyikan keterangan sebagai saksi dan sesiapa yang

menyembunyikan ia adalah orang yang busuk hati”.

Surah al-Baqarah (2): 283

Seseorang saksi yang mengetahui kes tersebut hendaklah tampil memberi

keterangan semata-mata kerana Allah. Kesaksian itu demi membela pihak yang

benar dalam pertelingkahan tersebut. juga menjadi sebahagian daripada prinsip,

seseorang yang mengetahui kedudukan satu-satu kes seharusnya bersetuju untuk

tampil ke hadapan bagi memberi keterangan.


37

Mahkamah pula hendaklah menerima keterangan saksi tersebut dan sebenarnya

pihak mahkamah tidak mempunyai ruang untuk menolak keterangan tersebut atau

mahkamah mendengar keterangan terikat dengan keterangan yang diberikan oleh

saksi atau saksi-saksi tersebut. kedua-dua prinsip ini jika diperhatikan dengan baik,

menghendaki setiap saksi dan mahkamah agar mereka memankan tugas mereka

dengan baik dan tidak diganggu oleh mana-mana pihak.

Setiap saksi yang diperlukan mesti tampil untuk memberi keterangan, manakala

mahkamah mestilah menghormati setiap keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi

atau saksi-saksi yang memberi syarat kesaksian. Melalui cara ini, setiap pihak

akan berpuas hati dengan peranan yang dimainkan oleh mahkamah dan hak yang

dipertikaikan akan dapat dikembalikan kepada tuannya melalui keputusan

mahkamah.

Tambahan pula, sumpah ini juga merupakan sumpah dengan nama Allah yang

ditawarkan kepada orang yang kena dakwa. Sumpah ini wajib ke atas yang kena

dakwa melakukannya apabila cukup syarat-syarat24 seperti:

i. Yang kena dakwa mengingkari dakwaan yang dituju kepadanya

ii. Pendakwa meminta dia bersumpah

                                                            
24
Abdul Aziz Mashuri. 2003. “Pendakwaan menurut undang-undang Islam dan amalan di Mahkamah
Syariah”. Pendakwaan dan Penyiasatan konsep dan Amalan. Kuala Lumpur: IKIM, Hlm. 39.
38

iii. Pendakwaan itu sah

iv. Perkara yang didakwa itu adalah antara yang boleh dilakukan sumpah.

2.5 Hukuman Bagi Kesalahan Jenayah

Enakmen Negeri-negeri pada umumnya memperuntukkan hukuman bagi kesalahan

Jenayah Syariah dalam kombinasi yang tetap sebagaimana berikut:

DENDA PENJARA KOMBINASI SEBAT

RM 5,000 3 Tahun Kedua sekali & 6 kali

RM 4,000 2 Tahun Kedua sekali

RM 3,000 2 Tahun Kedua sekali

RM 2,000 1 Tahun Kedua sekali

RM 1,000 6 Bulan Kedua sekali

RM 500 3 Bulan Kedua sekali

RM 300 Kedua sekali

(Jadual 1 dari Sumber : EPAIARMP 1982 (Pin.1987) dan EUKIP 1987).


39

2.5.1 Jenis Hukuman

Umumnya, Enakmen Negeri-negeri hanya memperuntukkan hukuman takzir dan

tiada hukuman hudud mahupun qisas walaupun ada diantara jenis kesalahan

tersebut adalah daripada kesalahan hudud dan qisas. Beberapa contoh dikemukan

seperti berikut:

a) Kesalahan zina

Seksyen 26 EJSNS 1995 memperuntukkan :

“ Mana-mana orang yang melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan

untuk melakukan persetubuhan luar nikah, walaupun perbuatan itu tidak

sampai ke tahap suatu percubaan untuk melakukan suatu kesalahan di

bawah seksyen 25, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila

disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan

selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam

sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu”.

Dalam syariat Islam, hukuman bagi kesalahan zina terbahagi kepada dua, iaitu

hukuman rejam sehingga mati bagi orang yang muhsan (telah berkahwin) dan 100

kali sebatan bagi kes orang yang bukan muhsan (belum kahwin). Hukuman-

hukuman sebat telah sabit dengan nas Al-Quran dan sunnah Rasuluallah s.a.w.

Firman Allah:
40

’Îû ×πsùù&u‘ $yϑÍκÍ5 /ä.õ‹è{ù's? Ÿωuρ ( ;οt$ù#y_ sπs($ÏΒ $yϑåκ÷]ÏiΒ 7‰Ïn≡uρ ¨≅ä. (#ρà$Î#ô_$$sù ’ÎΤ#¨“9$#uρ èπu‹ÏΡ#¨“9$#

z⎯ÏiΒ ×πxÍ←!$sÛ $yϑåκu5#x‹tã ô‰pκô¶uŠø9uρ ( ÌÅzFψ$# ÏΘθö u‹ø9$#uρ «!$$Î/ tβθãΖÏΒ÷σè? ÷Λä⎢Ζä. βÎ) «!$# È⎦⎪ÏŠ

∩⊄∪ t⎦⎫ÏΖÏΒ÷σßϑø9$#

Maksudnya:
“ Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap

seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh

perasaan belas kasihan dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu

beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa

yang dikenakan mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.”

Surah An-Nuur (24) : 2

b) Kesalahan Minum Minuman yang Memabukkan

Seksyen 18 (1) EJSNS 1995 memperuntukkan :

“ Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain,

minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu


41

kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu

ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau

kedua-duanya”.

Seksyen 18 (2) EJSNS 1995 memperuntukkan :

“ Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan,

mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman

yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila

disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan

selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya”.

Hukuman bagi kesalahan minum arak dinaskan di dalam hadith tetapi dalam kadar

yang tidak ditetapkan. Menurut satu riwayat daripada Bukhari dan Muslim, hadith

daripada Anas bin Malik, menyatakan bahawa Sayidina Abu Bakar mengenakan

hukuman 40 rotan bagi pesalah minum arak. Hukuman ini kekal sehingga

permulaan zaman Sayidina Umar, kemudian ditambah kepada 80 sebatan.


42

c) Menggunakan Kenyataan Untuk Melepaskan Tanggungjawab

Seksyen 185, EPAIARMP menyebut;

“ Mana-mana orang Islam menyatakan yang ia sudah keluar daripada

Agama Islam dengan tujuan melepaskan dirinya daripada tanggungjawabnya

sebagai seorang Islam terhadap sesiapapun sebagaimana yang dikehendaki

oleh Hukum Syara’ adalah melakukan satu kesalahan dan apabila sabit

bolehlah dihukum dengan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau

dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua sekali

dan enam kali sebat”.

Majoriti ulama’ menyatakan hukuman ke atas orang yang murtad ialah bunuh.

Pendapat tersebut adalah berdasarkan kepada Hadith Rasulullah s.a.w.

‫ﻣﻦ ﺑﺪل دﻳﻨﻪ ﻓﺎﻗﺘﻠﻮﻩ‬

Maksudnya:

“ Sesiapa yang menukar agamanya (daripada Islam) maka bunuhlah ia.”

Majoriti ulama’ berpendapat bahawa kesalahan-kesalahan seperti zina, minum arak

dan murtad adalah dalam kategori Hudud, yang mana hukumannya telah

ditetapkan. Apabila dibandingkan hukuman-hukuman tersebut dengan hukuman

yang diperuntukkan di dalam EPAIARMP, jelas menunjukkan hukuman-hukuman


43

yang dikenakan tidak mencapai kadar yang telah ditetapkan bagi hukuman Hudud

yang berkenaan.

Keadaan ini adalah disebabkan oleh kerana terdapat beberapa halangan yang

membawa kepada kedudukan yang sedemikian. Antara halangan utamanya ialah

Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1984 dan Perlembagaan

Persekutuan. Kedua-dua akta ini menyempitkan dan menghadkan bidangkuasa

Mahkamah Syariah dalam perkara-perkara jenayah.

Hukuman Ta’zir seperti yang telah dibincangkan dalam bahagia 1 terdapat dalam

beberapa bentuk. Walaupun begitu, enakmen negeri-negeri pada umunya hanya

memperuntukkan hanya tiga bentuk hukuman yang boleh dilaksanakan iaitu denda,

penjara dan sebat. Pemilihan hukuman tersebut adalah terpulang kepada budibicara

Hakim dan ini menepati konsep Hukuman Ta’zir menurut syariat Islam.

Walaubagaimanapun, hakim mempunyai pilihan hukuman yang amat terhad.

2.5.2 Penilaian Hukuman

2.5.2.1 Denda

Keharusan perlaksanaan hukuman denda dengan harta telah menjadi perbincangan

di kalangan ulama’ dan hasilnya, lahirlah dua pendapat mengenainya. Pendapat


44

yang rajih dari majoriti ulama’ menyatakan bahawa tidak harus dilaksanakan

hukuman denda dengan harta. Ini adalah kerana pengambilan harta tersebut

melibatkan kezaliman.25

Sementara pendapat yang kedua adalah daripada mazhab Imam Malik yang

merupakan pendapatnya yang masyhur, mazhab Imam Ahmad dan salah satu

pendapat mazhab Imam Syafie. Golongan ini berpendapat bahawa hukuman denda

dengan harta diharuskan pada keadaan-keadaan tertentu. Antara yang dikemukakan

ialah sunnah Rasulullah s.a.w yang mana baginda s.a.w telah memerintahkan

diambil sebahagian harta orang yang engkar mengeluarkan zakat. Begitu juga

amalan sahabat, Sayidina Umar dan Sayidina Ali telah membakar tempat arak

dijual.26

Dan diriwayatkan daripada Imam Abu Yusuf, beliau memberikan pengertian

sebenar hukuman denda dengan harta bagi golongan yang mengharuskan

perlaksanaannya, iaitu memegang atau mengambil sebahagian harta penjenayah bagi

suatu tempoh tertentu. Ini bertujuan memberi pengajaran di atas perbuatannya.

Kemudian harta tersebut dipulangkan semula oleh Hakim kepada penjenayah

terbabit. Harta tersebut tidak boleh diambil oleh Hakim untuk dirinya bahkan juga

                                                            
25
Wahbah al-Zuhaili, op.cit, hlm:201
26
Ibid, hlm: 202
45

tidak untuk Baitul Mal. Ini kerana diragui berlakunya kezaliman dan penganiayaan.

Dan berikutan tidak seharusnya seseorang Muslim itu mengambil Harta orang lain

tanpa sebab-sebab syar’ie, contohnya Zakat, Kaffarah, Fidyah dan sebagainya.27

Manakala Ibn Abidin mengemukakan pendapatnya berhubung bagaimana harta

daripada hukuman denda tersebut diperlakukan. Menurut beliau, Hakim hendaklah

mengambil dan menyimpan harta tersebut, jika didapati penjenayah tersebut tidak

bertaubat, maka dibelanjakan harta tersebut bagi tujuan kebaikan umum.28

Sementara itu, enakmen negeri-negeri di Malaysia, khusunya EPAIARMP

memperuntukkan hukuman denda sebagai hukuman asas bagi kesalahan-kesalahan

yang diperuntukkan. Kadar maksimum yang boleh dikenakan ialah RM 5000

sementara kadar minimumnya tidak ditetapkan, malahan ia dipulangkan kepada

budibicara Hakim untuk menentukannya.

Walaupun dalam menjatuhkan hukuman Hakim perlu melihat kepada status pesalah

dan kesalahan kali pertama atau kedua, namun dalam menghadapi keadaan

sekarang di mana kadar jenayah semakin meningkat, penulis berpendapat bahawa

para Hakim perlu memaksimakan perlaksanaan hukuman tanpa melihat kepada


                                                            
27
Ibid
28
Ibid
46

perkara-perkara tersebut. ini bukanlah bermakna Hakim terpaksa menjatuhkan

hukuman memaksima RM5000, tetapi memadai dengan RM3000 atau RM2500

sahaja.

Tindakan seperti ini bagi memastikan bahawa hukuman yang dikenakan benar-

benar akan memberi kesan kepada pesalah dan menjayakan objektifnya untuk

memulih, mengajar dan mencegah.

Mahkamah sepatutnya lebih bertegas dalam melaksanakan hukuman terutama bagi

kesalahan-kesalahan Hudud. Sebagai contoh dalam kes khalwat, iatu kes Pendakwa

Syar’ie lwn Derohmi bin Teh. OKT, seorang duda, telah ditangkap berkhalwat

dengan perempuan bukan Islam. Dalam jes ini, Hakim telah menjatuhkan hukuman

denda RM500 dan jika gagal membayar denda, boleh dipenjarakan tidak melebihi

daripada 3 bulan. Memandangkan OKT adalah seorang muhsan (telah berkahwin),

maka wajarlah dikenakan hukuman yang lebih berat, tambahan pula pasangannya

adalah seorang perempuan bukan Islam. Kadar RM500 adalah kadar yang rendah

baginya.

Umumnya, Mahkamah lebih cenderung mengenakan hukuman denda bagi

kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan seolah-olah tiada hukuman lain sebagai

pilihan kepada denda.


47

2.5.2.2 Penjara

Penjara menurut undang-undang Islam terbahagi kepada dua:

1) Penjara bagi tempoh yang ditetapkan29

2) Penjara bagi tempoh yang tidak ditetapkan

Ulama’ meletakkan penjara bagi tempoh yang ditetapkan sebagai dalam hukuman

yang dilaksanakan bagi kesalahan yang kecil dan bagi penjenayah yang tidak

berbahaya. Ini adalah kerana mereka lebih cenderung melaksanakan hukuman sebat

bagi kesalahan Ta’zir yang berat atau berbahaya dan ke atas penjenayah berbahaya

atau yang tidak akan memberi kesan kepadanya dengan hukuman lain.30

Sementara bagi penjenayah yang sering melakukan jenayah, Undang-undang Islam

mengenakan hukuman penjara dengan tidak ditetapkan tempoh masanya. Kebebasan

penjenayah bergantung kepada perubahan dirinya, jika tidak bertaubat atau

menunjukkan dirinya telah berubah menjadi baik, maka Hakim akan

membebaskannya.31

                                                            
29
Lihat Abdul Qadir Andah, op.cit, hlm: 699-698
30
Ibid, hlm: 694
31
Lihat ibid dan Mohamed Salim El-Awa, op.cit, hlm:158
48

Tempoh minimum bagi hukuman penjara ialah sehari. Sementara terdapat

perbezaan pendapat di kalangan ulama’ dalam menetapkan tempoh maksima. Ada

pendapat yang mengatakan tempohnya tidak melebihi daripada 6 bulan. Pendapat

kedua menyatakan melebihi daripada setahun manakal pendapat ketiga,

menyerahkan urusan menetapkan kadarnya kepada perintah.32 Hukuman ini juga

menurut ulama’, boleh dilaksanakan sebagai hukuman tambahan atau seiring

dengan hukuman lain.

Menurut Abdul Kadir Audah, perlaksanaan hukuman penjara menurut Undang-

undang Islam adalah berbeza dari perlaksanaannya menurut Undang-undang Sivil.

Undang-undang Islam mengenakan hukuman penjara kepada penjenayah umumnya

bagi tempoh yang singkat sekadar untuk menginsafkannya. Tempoh yang singkat

di dalam penjara mengelakkan akhlak penjenayah dari rosak. Ini kerana

sebagaimana yang kita ketahui, penghuni-penghuni penjara terdiri daripada

penjenayah-penjenayah yang melakukan jenayah yang pelbagai. Maka, dikhuatiri

tempoh tahanan yang lama member peluang kepada penjenayah tersebut bergaul

sesame mereka dan bertukar-tukar maklumat serta kemahiran dalam kerja-kerja

jenayah. keadaan ini menggalakkan bekas-bekas banduan kembali melakukan

jenayah setelah bebas. Inilah masalah yang sering dihadapi di Negara–negara yang

                                                            
32
Op.cit, hlm: 694
49

mengamalkan Undang-undang Sivil, yang mana mengenakan hukuman penjara bagi

tempoh yang agak lama kepada penjenayah.33

Manakala di dalam EPAIARMP, hukuman penjara diletakkan sebagai hukuman

pilihan yang kedua selepas hukuman denda. Tempoh minimum yang boleh

dikenakan adalah tiga bulan. Sementara tempoh maksimumnya adalah tiga tahun.

Dari segi perlaksanaannya hukuman ini, bagi kes-kes yang diputuskan di

Mahkamah Rendah Syariah.

Sebagai contoh, dalam kes Pendakwa Syar’ie lwn Mohd Abdul Razak bin Salim

dan Siti Aminah binti Kassim, OKT telah disabitkan melakukan kesalahan khalwat

iaitu bersedudukan tanpa nikah sehingga melahirkan seorang anak. Mahkamah telah

mengenakan hukuman denda sebanyak RM600 dan penjara 3 bulan jika gagal

menjelaskan bayaran denda. Disebabkan tidak mampu menjelaskan bayaran denda,

OKT telah memilih untuk dipenjarakan.

                                                            
33
Ibid, hlm:696
50

2.5.2.3 Sebat

Sebat merupakan hukuman dalam Undang-undang Islam. Sebat telah disyariatkan

bagi hukuman Hudud dan juga Ta’zir. Pensabitan sebat adalah sebagai salah satu

hukuman Ta’zir telah dinaskan dalam Al-Quran, Hadith dan ijma’. Firman Allah

s.w.t:

ô⎯ÏΒ (#θà)xΡr& !$yϑÎ/uρ <Ù÷èt/ 4’n?tã óΟßγŸÒ÷èt/ ª!$# Ÿ≅Òsù $yϑÎ/ Ï™!$|¡ÏiΨ9$# ’n?tã šχθãΒ≡§θs% ãΑ%y`Ìh9$#

tβθèù$sƒrB ©ÉL≈©9$#uρ 4 ª!$# xáÏym $yϑÎ/ É=ø‹tóù=Ïj9 ×M≈sàÏ≈ym ìM≈tGÏΖ≈s% àM≈ysÎ=≈¢Á9$$sù 4 öΝÎγÏ9≡uθøΒr&

Ÿξsù öΝà6uΖ÷èsÛr& ÷βÎ*sù ( £⎯èδθç/ÎôÑ$#uρ ÆìÅ_$ŸÒyϑø9$# ’Îû £⎯èδρãàf÷δ$#uρ  ∅èδθÝàÏèsù  ∅èδy—θà±èΣ

∩⊂⊆∪ #ZÎ6Ÿ2 $wŠÎ=tã šχ%x. ©!$# ¨βÎ) 3 ¸ξ‹Î6y™ £⎯Íκön=tã (#θäóö7s?

Maksudnya:

“ Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap

kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan
51

beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang

lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka

perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya),

dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara)

ketika suami tidak hadir bersama, Dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya.

Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka

(nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil)

pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah

mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika

mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk

menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha tinggi, lagi Maha besar.”

Surah Al-Nisa’ (4) : 342

Ulama’ mentafsirkan ayat di atas sebagai perintah Allah s.w.t kepada para suami

agar memulakan tindakan terhadap isteri-isteri yang berlaku nusyuz (tidak taat

kepada suami) dengan menasihati mereka. Kemudian memulaukan mereka di

tempat tidur jika nasihat tidak member kesan. Dan akhirnya barulah dipukul

mereka jika pemulauan juga tidak mendatangkan kesan.34 Kesalahan nusyuz

termasuk dalam kategori kesalahan Ta’zir dan berdasarkan ayat diatas, maka

diharuskan dilaksanakan hukuman sebat bagi kesalahan-kesalahan Ta’zir.

                                                            
34
Al-Qurtabi, Jami’ Al- Ahkam Al-Quran, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1996, Jilid 3, hlm: 113
52

Di dalam jenayah Ta’zir, bilangan sebat tidak ditetapkan sebagaimana di dalam

Jenayah Hudud. Oleh itu, ulama’ berbeza pendapat mengenai bilangan maksimum

bagi hukuman ini.

Pendapat yang masyhur dalam Mazhab Imam Malik menyatakan bahawa terpulang

kepada pihak pemerintah untuk menentukan bilangan sebat yang harus

dilaksanakan. Oleh itu, dalam mazhab ini, penjenayah boleh disebat melebihi dari

100 sebatan iaitu melebihi apa yang dapat dilakukan dalam kesalahan-kesalahan

Hudud.35

Manakala Imam Abu Hanifah, Muhammad dan salah satu pandangan dari Imam

Ahmad berpendapat bahawa bilangan maksimum bagi hukuman sebat adalah

sebanyak 39 kali. Sementara Abu Yusuf pela berpendapat bahawa bilangannya

sebanyak 75 kali. Imam Mazhab Syafie sependapat dengan pendapat Imam Abu

Hanifah. Namun begitu, terdapat pendapat lain dari mazhab ini yang menyatakan

bahawa sebati boleh melebihi 75 kali tetapi tidak melebihi daripada 100 kali.36

Perbezaan pendapat ulama’ dalam menetukan kadar maksimum hukuman sebat ini

adalah disebabkan terdapat beberapa hadith yang berkaitan dengannya, antaranya:

                                                            
35
Abdul Qadir Audah, op.cit, hlm: 690
36
Ibid, hlm: 691
53

Sabda Rasulullah s.a.w:


37
‫ﻣﻦ ﺑﻠﻎ ﺣﺪا ﻣﻦ ﻏﲑ ﺣﺪ ﻓﻬﻮ ﻣﻦ اﳌﻌﺘﺪﻳﻦ‬

Maksudnya:

“Barangsiapa yang melampaui batasan hukuman Hudud dalam hukuman

yang bukan Hudud, maka ia dari golongan penceroboh.”

Sabda baginda lagi:


38
‫ﻻ ﲡﻠﺪ أﺣﺪ ﻓﻮق ﻋﺸﺮة اﺳﻮاط إﻻ ﰲ ﺣﺪ ﻣﻦ ﺣﺪود اﷲ‬

Maksudnya:

“Tidak boleh disebat seseorang lebih daripada 10 kali kecuali terhadap

jenayah Hudud yang ditetapkan oleh Allah.”

Cara perlaksanaan hukuman sebat dalam jenayah Ta’zir adalah sama sebagaimana

perlaksanaannya di dalam jenayah Hudud. Antaranya tukang sebat tidak dibenarkan

mengangkat tangannya melebihi kepala atau hingga Nampak ketiaknya ketika

melaksanakan hukuman. Ini kerana sebatan dalam keadaan sedemikian boleh

menjadikan sebatan terlalu kuat dan mencederakan pesalah. Dan ini bercanggah
                                                            
37
Al-Barihaqi, Ahmad bin al-Hussain, sunan al-Baihaqi al-Kubra, (hadith: 17363), Mekahi: Maktabah Dar
al-Baaz, 1997, Jil 8, hlm: 327
38
Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail, sahih al-Bukhari, kitab: Al-diyyat, Bab: al-Ta’zir wa al-adab,
(Hadith: 6484), Beirut: Dar Ibn Kathir, 1987, Jil.6, hlm: 2812
54

dengan objektif hukuman dalam Undang-undang Islam iaitu untuk memberi

pengajaran dan pencegahan kepada penjenayah dan tidak untuk menderanya dengan

kecederaan.

Di Malaysia, walaupun terdapat peruntukan hukuman sebat di dalam enakmen

Negeri-negeri, namun setakat hari ini ia tidak dilaksanakan. Antara masalah yang

dihadapi ialah kurang persediaan dari sudut perlaksanaannya menurut Undang-

undang Islam. Ini disebabkan tiadanya acara atau prosedur sebat yang digubal

menurut Islam sebagai panduan dalam perlaksanaannya di Malaysia.

2.6 Kesimpulan

Hukuman dan pembalasan dalam undang-undang jenayah Islam meliputi dunia dan

akhirat manakala dalam undang-undang jenayah ciptaan manusia iaitu sivil

hukumannya hanya di dunia sahaja.

Undang-undang jenayah Islam adalah sistem yang dicipta khusus oleh Allah SWT

untuk menangani, mengawal dan menjaga ketenteraman awam. Undang-undang ini

sesuai dilaksanakan terhadap semua manusia, tempat dan masa. Sistem ini

bertujuan untuk mengawal dan memberikan keadilan kepada semua pihak juga,

sekalipun bukan Islam. Keadilan adalah nilai sejagat yang perlu diperjuangkan dan
55

dipertahankan oleh semua manusia. Kita dapat mengukur maju mundurnya sesuatu

bangsa, bahkan tamadun sesuatu ummat, berdasarkan sistem undang-undang, dan

sejauh mana keadilan dapat dilaksanakan. Aspek inilah yang ditekankan oleh

Undang-undang jenayah Islam.

Tujuan penghukuman dalam Undang-undang jenayah Islam adalah sebagai

pencegahan sehingga ke masa yang akan datang. Pencegahan dapat dilakukan

dengan hukuman berat supaya matlamat untuk mengatasi masalah jenayah menjadi

lebih berkesan.
BAB
TIGA
56

BAB TIGA

KELEWATAN PERLAKSANAAN HUKUMAN JENAYAH SYARIAH

3.1 Pengenalan

Permasalahan-permasalahan di dalam perbincangan kelewatan perlaksanaan perintah

mahkamah dalam kes-kes berkaitan jenayah syariah ini akan cuba dirungkaikan

oleh penulis dalam bab tiga ini. Selain itu, prosedur yang melibatkan dalam kes

jenayah syariah ini akan diserapkan dalam bab ini mengikut Enakmen Tatacara

Jenayah Syariah Negeri Selangor tahun 2003. Mengikut dalam Enakmen tersebut

akan dikeluarkan mengenai pendakwaan, penangkapan, penyiasatan, perbicaraan, dan

pembuktian kes jenayah syariah.

Di samping itu, aspek-aspek pengadilan dan penghakiman dalam prosedur atau

perlaksanaan perintah jenayah syariah dari segi hakim, pendakwa dan orang yang

didakwa, keterangan bukti dan saksi, dan juga melakukan sumpah. Beberapa

persoalan kajian yang pernah penulis nyatakan dalam bab satu juga akan

dibincangkan oleh penulis dalam bab tiga ini dengan baik. Tambahan pula, bab

tiga ini juga akan menyerapkan analisis bagi kes-kes jenayah syariah yang

melibatkan kelewatan perlaksanaan bagi sesuatu kes.


57

3.2 Punca Kelewatan: Masalah Pendakwaan

3.2.1 Beban Membukti

Sedikit kesulitan yang dihadapi bagi mengadili kes jenayah ialah kerana beban

membukti adalah terletak di atas tanggungjawab pihak Pendakwa. Apabila satu

tuduhan dibaca dan diterangkan kepada tertuduh, jika dia membuat pengakuan

bersalah, dia boleh dihukum dengan pengakuan itu tanpa memanggil saksi-saksi

atau pengemukaan bukti. Sekiranya tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah

dan meminta dibicarakan, biasanya pihak Pendakwa akan memohon kepada

mahkamah menangguhkan perbicaraan untuk membolehkan mereka mendapatkan

bukti-bukti atau memanggil saksi-saksi. Ini adalah penting kerana tuduhan yang

dibuat perlulah mengandungi keterangan yang cukup dan bukti yang kukuh

mengenai kesalahan dibuat, sekiranya tidak perbicaraan itu akan membuang masa

sedangkan Hakim terpaksa menghadapi dengan banyak tugasan yang perlu

diselesaikan. Kes jenayah seumpama ini boleh dikatakan tertangguh atau kelewatan

dalam perlaksanaan hukuman apabila tertuduh yang diikat jamin melarikan diri

atau sengaja tidak hadir ke mahkamah dalam tempoh penagguhan perbicaraan.

Walaubagaimanapun perkara ini jarang berlaku, sebaliknya perkara yang selalu

terjadi apabila sesuatu kes jenayah itu tertangguh kepada responden yang tidak

dikesan dan saman tidak dapat sampai kepadanya.


58

3.2.2 Kes Jenayah Didaftarkan Di Penghujung Tahun

Masalah yang selalu dihadapi apabila berhadapan dengan kelewatan perlaksanaan

ini adalah kes-kes jenayah didaftarkan pada penghujung tahun sekitar bulan

November dan Disember. Kes-kes seperti ini tidak mungkin dapat diselesaikan

dalam tempoh segera kerana berkemungkinan akan melalui tempoh penangguhan

perbicaraan dan mengikut prosedur ditetapkan dalam mahkamah atas beberapa alas

an seperti permohonan dari pihak Pendakwa untuk memanggil saksi, responden

tidak dapat hadir atas sebab munasabah seperti keuzuran atau alas an tertentu.

Selain itu, atas sebab penyampaian saman yang tidak dapat disempurnakan dan

sebagainya. Apabila kes sedemikian tidak dapat untuk diselesaikan, secara tidak

langsung perkara ini akan menambahkan beberapa kes-kes jenayah yang tertangguh

dan menjadi punca kelewatan dalam perlaksanaan tersebut.

3.2.3 Mutu Penyediaan Laporan Siasatan

Unit Pendakwaan dan Penguatkuasaan bekerjasama untuk menjalankan suatu

prosiding kes jenayah di mahkamah. Langkah pertama sebelum pertuduhan dibawa

ke mahkamah adalah Pegawai Penguatkuasaan Agama akan membuat tangkapan ke


59

atas suatu kesalahan jenayah yang dilakukan dan seterusnya akan menyerahkan fail

yang telah dibuka kepada seorang Pegawai Penyiasat untuk membuat siasatan

lanjut ke atas Orang Kena Tuduh. Bagaimanapun, tempoh siasatan ini juga

mengambil masa yang agak panjang untuk menyediakan laporan siasatan tersebut

dan juga bergantung kepada tindak balas positif atau negatif yang diberikan oleh

responden kepada Pegawai Penyiasat.

Ada sesetengah kes yang sedang dibicarakan di mahkamah memaksa penangguhan

dibuat oleh pihak Pendakwa atas alasan kerana tidak cukup keterangan atau bukti.

Ini kerana penyediaan kertas siasatan yang kurang bermutu mengikut keterangan

atau bukti yang penting telah diabaikan oleh Pegawai Penyiasat. Perkara ini juga

boleh menyebabkan permasalahan tersebut.

3.2.4 Penguatkuasa Agama Kurang Kakitangan

Pihak Penguatkuasaan Agama ini juga berdepan dengan masalah yang mempunyai

kekurangan kakitangan sekiranya memerlukan dibandingkan dengan keluasan

kawasan dan kepadatan penduduk. Bagaimanapun, kapasiti tenaga kerja yang tidak

mencukupi akan dapat membuahkan hasil kerja yang kurang memuaskan.

Walaupun, setiap hari demi hari sentiasa mempunyai kes-kes baru yang datang

dan perlu diuruskan dan diselenggarakan, namun pekerja-pekerja ini seolah-olah


60

terperangkap dalam situasi dilema samada mahu meneruskan kerja-kerja yang lama

atau memilih untuk menjalankan kerja-kerja yang baru.

3.2.5 Penambahan Jumlah Kes

Dalam penambahan jumlah kes ini merangkumi kes jenayah mahupun kes mal

yang mana dengan penambahan kes tersebut akan memerlukan banyak masa bagi

hakim membicarakan sesuatu kes.

Selain itu, penambahan kes tersebut tidak dapat ditanggung oleh pertambahan

kakitangan mahupun bilangan hakim. Ini mengakibatkan sesuatu kes yang

didaftarkan terpaksa menunggu satu tarikh yang agak panjang untuk dibicarakan.

Selain itu, kes yang telah ditangguhkan atas sebab masalah tertentu yang terpaksa

menunggu giliran baru untuk dibicarakan semula.

Tambahan pula, perbicaraan yang dibuat hanya dilakukan pada waktu pagi,

manakala pada waktu petang adalah waktu yang diperuntukkan bagi hakim

merujuk serta membuat penyediaan terhadap kes-kes yang akan dibicarakan

keesokannya. Dengan masa yang terhad, hakim yang terpaksa membahagikan

tugasan mereka dan tambahan pula kakitangan yang sedikit, tidak dapat

menampung jumlah kes yang didaftarkan setiap hari.


61

3.2.6 Kelewatan Pihak Pentadbiran

Seterusnya, masalah dihadapi ini agak sensitif tetapi memang tidak dinafikan

memang berlaku di Mahkamah Syariah. Ini disebakan, tidak seperti jabatan-jabatan

lain, kakitangan di jabatan-jabatan agama kurang diberi pendedahan dengan

mengikuti kursus-kursus bagi memperingatkan lagi mutu perkhidmatan. Ini juga

termasuk dalam kakitangan di Mahkamah Syariah.

3.2.7 Masyarakat

Masyarakat yang dimaksudkan di sini adalah pihak-pihak yang terlibat dengan

sesuatu kes yang dibicarakan iaitu sama ada orang yang dituduh bagi kes jenayah

ataupun penuntut dan orang yang kena tuntut bagi kes sivil atau mal. Sebab-sebab

berpunca dari masyarakat ini adalah sebagai berikut:

a) Ketidakhadiran pihak yang bertikai

Antara alasan ketidakhadiran mereka antaranya kerana saman tidak sampai,

tidak berada di daerah di mana perbicaraan berlangsung, telah berpindah

rumah maka saman tidak dapat diserahkan, dan berbagai-bagai lagi alas an

yang diberikan. Kadang kala pihak yang bertikai sengaja tidak

menghadirkan diri kerana gagal menyediakan saksi atau kerana sengaja


62

ingin melengah-lengahkan proses perbicaraan dengan alas an yang tidak

munasabah.

Akibatnya, kes terpaksa ditangguhkan kerana salah satu pihak atau kedua-

dua pihak tidak menghadirkan diri. Walaupun mengikut prosedur

perbicaraan, sesuatu perbicaraan boleh diteruskan tanpa kehadiran pihak

bertikai, tetapi mahkamah selalunya akan memberi peluang dengan

menghantar saman baharu kepada pihak yang tidak hadir. Selain itu,

sekiranya kedua-dua pihak tidak hadir setelah pemberitahuan melalui saman

selama beberapa kali yang dihantar, mahkamah boleh membuang kes

tersebut atau tangguhkan kes, atau waran tangkap juga boleh dikeluarkan.

b) Kejahilan mengenai undang-undang

Apa yang dimaksudkan kejahilan ini adalah kerana terdapat sesetengah

pemohon tidak mengetahui mengenai prosedur sesuatu perbicaraan.

Akibatnya mereka tidak tahu bagaimana untuk membawa kes mereka

semasa perbicaraan berlangsung. Sesetengahnya pula tidak faham atau

mungkin keliru mengenai permohonan atau tuntutan yang mereka kehendaki.


63

Apabila perkara tersebut berlaku, hakim terpaksa menangguhkan kes

tersebut untuk memberi peluang pihak yang terlibat menyediakan diri sama

ada mengenai pengetahuan berkaitan undang-undang atau mencari saksi-saksi

yang diperlukan. Ini adalah bagi mereka yang tidak menggunakan khidmat

peguam. Selain itu, pihak mahkamah sememangnya tidak menyediakan

khidmat nasihat perundangan untuk membantu pihak-pihak tersebut.

c) Suami enggan menceraikan isteri

Dalam kes berkenaan permohonan perceraian sama ada cerai biasa, khulu’,

takliq atau fasakh terdapat suami yang enggan menceraikan isteri mereka

dengan alas an masih ingin hidup bersama, ataupun sengaja enggan

menceraikan kerana tidak mahu membayar nafkah yang pastinya akan

dikenakan terhadapnya sama ada nafkah anak, isteri serta bayaran muta’ah.

Ini menyebabkan penyelesaian tidak dapat dicapai kerana pihak isteri yang

menuntut cerai tetap dengan tuntutannya, manakala pihak suami enggan

patuh terhadap kehendak isteri.

Dalam satu kes di Mahkamah Syariah Kuala Selangor terdapat di mana si

isteri yang memohon perceraian melalui mahkamaha tetapi enggan memberi


64

alamat suaminya dengan alasan suami ghaib sedangkan suami tersebut

sedang dipenjarakan dan enggan menceraikan isterinya. Apabila perbicaraan

berlangsung suaminya telah datang dan ini telah menyebabkan kes

tertangguh beberapa kali.

d) Permohonan penangguhan dari pihak yang bertikai sendiri

Penangguhan sesuatu kes dengan sebab permohonan daripada pihak

pemohon sering juga berlaku. Iaitu apabila pihak pemohon menghadapi

masalah untuk mengutarakan kes kerana kurang persediaan, kurang bukti

atau saksi yang membawa masalah atau kerana masalah peribadi yang serba

sedikit menggangu penumpuan pemohon mengenai kes yang sedang

dihadapinya.

Dalam perkara ini, pihak mahkamah tidak boleh dipersalahkan kerana

penangguhan dan kelewatan yang berlaku adalah dengan kehendak pihak

pemohon sendiri. Penangguhan akan diberi dan hakim akan member tarikh

baharu, atau tangguh tanpa tarikh bagi perbicaraan selanjutnya. Ianya juga

berdasarkan kesediaan pihak pemohon untuk mengutarakan kesnya sama ada

dari segi fizikal atau mental.


65

e) Kekurangan bukti

Dalam hal ini, sama ada pihak pendakwa, defenden atau plaintif yang

menghadapi masalah ketika membentangkan kes mereka di mahkamah.

Kekurangan bukti sama ada dari sudut fakta yang tidak lengkap atau kabur

dan memerlukan penyiasatan serta keterangan yang lebih kukuh, mahupun

kerana kegagalan pihak terlibat untuk mengemukakan saksi yang sepatutnya

memberi keterangan ketika perbicaraan tersebut. contohnya isteri yang

dipukul suami, tidak menunjukkan laporan perubatan.

Apabila melihat situasi sebegini, biasanya sama ada pihak mahkamah atau

pihak yang bertikai sendiri akan membuat penangguhan terhadap kes

tersebut. Dengan ini memberi peluang kepada pihak tersebut untuk mencari

dan mendapatkan segala bukti yang berkaitan yang mana ia boleh

membantu mereka memenangi perbicaraan tersebut. Dalam sesuatu

perbicaraan bukti adalah penting.

f) Tertuduh tidak mengaku bersalah

Tidak semua kes yang dibicarakan akan diselesaikan dengan mudah. Kes

yang rumit biasanya akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

Kes yang selalu mengalami penangguhan adalah kes sivil berbanding kes

jenayah. Ini kerana, kebanyakan kes jenayah yang dibicarakan akan selesai
66

dan mendapat keputusannya sebaik sahaja pihak tertuduh membuat

pengakuan bersalah.

Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes jenayah yang ditangguhkan

adalah disebabkan pihak yang dituduh tidak mengaku bersalah. Ini akan

menyebabkan bukti-bukti bagi mengukuhkan segala tuduhan yang dikenakan

dan mencari saksi-saksi yang berkaitan.

Sementara pihak tertuduh juga terpaksa mencari bukti-bukti yang akan

membuktikan bahawa dia tidak bersalah. Semua ini memerlukan masa yang

secukupnya untuk memberi peluang kedua pihak mendapatkan bukti-bukti

tersebut.

g) Saksi

Saksi merupakan bukti penting dalam sesuatu kes yang dibicarakan. Setiap

pihak yang terlibat perlu mengemukakan saksi bagi membantu mengukuhkan

lagi hujah dan tuntutan mereka. Keterangan saksi juga penting dalam

menentukan sesuatu pihak itu menang atau kelah dalam perbicaraannya.


67

Antara masalah yang sering ditimbulkan oleh saksi adalah kegagalan untuk

hadir ketika kes yang melibatkan sedang dibicarakan. Juga mungkin kerana

perlu bagi setiap saksi. Apabila ini berlaku, saksi tersebut tidak boleh

diterima oleh pihak mahkamah. Seterusnya pihak-pihak yang telah ditolak

saksinya terpaksa mencari saksi baru bagi meneruskan perbicaraan.

Mahkamah terpaksa membuat penangguhan perbicaran dan kelewatan untuk

perlaksanaan hukuman bagi memberi keadilan kepada kedua belah pihak

untuk mengemukana saksi-saksi mereka yang lain.

Demikian adalah antara puncanya yang menyebabkan berlakunya fenomena

kes-kes ini. Tidak dinafikan juga punca-punca tersebut akan memberi kesan

sama ada positif atau negatif terhadap Mahkamah mahupun masyarakat.

3.3 Kesan Kelewatan

3.3.1 Kesan Terhadap Pentadbiran

a) Kes lambat selesai

Apabila berlaku penangguhan kes, ia akan mengambil masa dua minggu

lebih kurang untuk dibicarakan semula. Seterusnya, apabila perbicaraan kali

kedua tersebut juga ditangguhkan dengan sebab-sebab tertentu ini akan


68

menyebabkan ia berlanjutan lagi beberapa lama untuk diputuskan. Jika

sesuatu kes mengalami beberapa kali penangguhan, ianya akan lewat untuk

diselesaikan. Inilah kadangkala yang membuatkan sesuatu kes itu mengambil

masa bertahun-bertahun untuk mendapatkan keputusannya.

Semuanya bergantung kepada pihak-pihak yang terlibat sama ada dari segi

persediaan, bukti dan keterangan seperti dokumen-dokumen yang berkaitan

serta kerjasama semua pihak seperti kehadiran setiap kali perbicaraan.

Ianya juga akan mengakibatkan jumlah kes yang dibicarakan bertambah

setiap hari dan ini juga akan membebankan hakim yang membicarakan

setiap kes kerana terpaksa membuat semakan dan rujukan untuk kes yang

sama berkali-kali. Secara tidak langsung ia akan mengambil banyak masa

untuk digunakan.

b) Bebanan tugas terhadap kakitangan

Apabila berlakunya penangguhan dan kelewatan perlaksanaan dalam sesuatu

kes, kakitangan Mahkamah terpaksa menyediakan saman baharu untuk

memanggil pihak bertikai supaya menghadiri perbicaraan untuk masa yang

telah ditetapkan. Sekiranya penghantar saman gagal menyerahkan saman


69

tersebut kepada penerima yang berkenaan, ia terpaksa menghantar saman

lain sehingga penama tersebut menerimanya dan menghadiri perbicaraan

tersebut pada masa yang dinyatakan.

Dengan jumlah kakitangan yang sedikit, setiap mereka perlu melaksanakan

tugas dengan lebih pantas dan cekap tetapi berhati-hati. Kes yang

tertangguh tersebut perlu dibuat laporan mengenai isi-isi perbicaraan yang

telah berlangsung atau tidak berlangsung kerana kegagalan pihak-pihak yang

bertikai untuk hadir.

Di samping menguruskan kes-kes tertangguh tersebut mereka juga terpaksa

melayan dan menerima kes-kes baharu yang didaftarkan setiap hari. Setiap

kes tidak boleh dilakukan dengan sambil lewa kerana ia akan memberi

kesan semasa perbicaraan kelak.

c) Kecaman masyarakat

Tidak dinafikan apabila banyak kes-kes yang tertangguh dan lewat

diselesaikan akan menimbulkan rungutan dan kritikan dari orang ramai.

Media massa juga turut mengenengahkan dengan terperinci segala kritikan

dan masalah yang wujud terhadap Mahkamah Syariah. Pendedahan secara


70

besar-besaran dilakukan untuk menampilkan kelemahan Mahkamah Syariah.

Ahli akademik juga turut membahaskan mengenai situasi tersebut di majlis-

majlis ilmiah. Keadaan ini tidak dirasai oleh mahkamah awam.

Pihak Mahkamah juga terpaksa menerima kemarahan dan kata-kata

ketidakpuashatian terhadap tindakan penangguhan kes tersebut tanpa

memahami permasalahan dan punca-punca yang menyebabkan penangguhan.

Mahkamah akan dipersalahkan dan sedikit sebanyak imej Mahkamah

Syariah akn dipersoalkan. Pentadbiran mahkamah dituduh tidak cekap dalam

menjalankan fungsinya sebagai institusi kehakiman bagi umat Islam

sebagaimana yang dilihat pada hari ini. Semua pihak akan menuding jari

kepada Mahkamah Syariah kerana kelemahanya tanpa mereka ingin

mengingati peranannya dalam menyelesaikan masalah umat Islam pada masa

yang sama.

3.3.2 Kesan Terhadap Masyarakat

a) Pandangan negatif terhadap mahkamah

Apabila banyak kes-kes yang tertangguh, ditambah pula dengan kecaman

masyarakat yang mempersoalkan kewibawaanya maka masyarakat juga akan


71

menganggap pentadbiran Mahkamah Syariah adalah lemah dan tidak cekap.

Akibatnya mereka tidak merasa kehebatan keputusan yang telah diputuskan

oleh mahkamah. Malahan mereka juga kurang memberi perhatian terhadap

keputusan-keputusan yang telah diberi oleh Mahkamah Syariaj berbanding

Mahkamah Awam.

Ini sebagaimana yang dapat dilihat terhadap sikap mereka yang tidak

mengambil endah dengan keputusan Mahkamah Syariah kerana bidang

kuasanya yang dianggap tidak mencabar. Contohnya dalam kes perintah

pembayaran nafkah yang dikenakan terhadap si suami yang telah bercerai

dengan isterinya atau berpoligami. Dalam setiap kes perceraian yang telah

diputuskan, biasanya hakim akan memerintah suami membayar nafkah

terhadap isteri dan anak-anak sama ada nafkah sara diri, nafkah iddah atau

nafkah tempat tinggal serat muta’ah. Seringkali suami engkar dengan

perintah tersebut dan hanya membayar apabila waran tangkap telah

dikeluarkan.

b) Penganiayaan terhadap wanita

Ia juga memberi kesan kepada kaum wanita yang menghadapi penangguhan

kes bagi jangka masa yang lama. Umpamanya dalam kes tuntutan cerai, di
72

mana sesetengah wanita yang telah ditinggalkan oleh suami atau isteri yang

memohon perceraian kerana didera oleh suaminya.

Dalam situasi tersebut, si isteri sebagai penuntut terpaksa menunggu lama

untuk penyelesaian kesnya sedangkan perceraiannya belum disahkan dan

sepanjang tempoh itu juga terpaksa hidup dalam keadaan yang menyakitkan

bersama suaminya. Juga bagi kes tuntutan nafkah bagi isteri yang terpaksa

menanggung anak-anak dan suaminya pula tidak menunaikan tangunggjawab

sebagai seorang suami dan ayah yang wajib memberi nafkah kepada

keluarganya. Kemudian apabila telah berpisah suami tersebut pula ingkar

dengan keputusan mahkamah. Sementara itu, kes tuntutan nafkahnya pula

terpaksa ditangguh untuk beberapa lama kerana tidak mendapat kerjasama

suami tersebut.

Keadaan seperti yang dinyatakan memang dan sering kali menjadi isu di

media tertentu seperti di majalah-majalah dan sebagainya. Ianya sudah tentu

akan menyusahkan banyak pihak terutama pihak isteri, yang mana ia akan

turut menjadi penghalang kepada mereka untuk membina hidup baru dengan

pasangan barunya.
73

3.3.3 Kesan Lain

Selain itu, kesan daripada penangguhan dan kesan kelewatan bagi kes-kes

tersebut adalah menyebabkan berlakunya pembaziran waktu dan wang

ringgit yang banyak serta tenaga. Ini kerana mereka yang menghadapi

penangguhan kes terpaksa berurusan dan berulang alik ke Mahkamah

beberapa kali. Bagi mereka banyak mendatangkan kesukaran kepada semua

pihak berbanding apablia suatu kes tersebut terus diselesaikan pada

perbicaraan tersebut.

Walau bagaimanapun, ia turut memberi kesan positif kepada pihak yang

terlibat iaitu apabila sesuatu kes tersebut ditangguhkan ia memberi peluang

kepada pihak peguam dan anak guam serta saksi-saksi lebih bersedia untuk

menghadapi perbicaraan yang berikutnya. Pihak hakim juga berkesempatan

untuk menyemak dan membuat penelitian yang lebih mendalam terhadap

kes tersebut secara tegasnya, konsep keadilan dalam kehakiman akan dapat

dipenuhi.

Ia juga akan memberi peluang kepada pasangan yang bertikai,

menimbangkan semua tuntutan mereka dan mencari jalan yang terbaik sama

ada untuk meneruskan tuntutan atau kembali berdamai. Secara tidak


74

langsung akan dapat menyelamatkan rumahtangga mereka daripada

perceraian.

3.4 Analisis kes jenayah syariah

Berasaskan penelitian data dan maklumat yang diperolehi bermula dengan

latar belakang, penubuhan serta bidang kuasa mahkamah, peruntukan

undang-undang mengenai kesalahan jenayah, statistik dan peratusan kes-kes

jenayah bagi beberapa tahun kebelakangan ini, faktor dan karenah dari

responden yang menjadi penyebab kepada kes-kes tertangguh dan kelewatan

dalam melaksanakan sesuatu kes. Kesemua ini mempunyai hubung kait

yang sangat rapat dan kompleks, tetapi ia boleh difahami dengan jelas dan

tepat apabila tumpuan terhadap segala maklumat diberikan dengan

kesinambungan fakta-fakta luaran mahupun dalaman yang dimbil kira dari

segenap sudut.

3.4.1 Timbalan Pendakwa Syarie lwn Kartika Seri Dewi Binti Shukarno

Fakta Kes

Tertuduh Kartika Sari Dewi binti Shukarno dalam kes Jenayah Bil: 06100-139-0010-

2008 telah dituduh dibawah peruntukan Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam
75

dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (pindaan) 1987. Seksyen tersebut

memperuntukkan:

Seksyen. 136. Sesiapa jua orang Islam dalam mana-mana kedai atau tempat awam,

menjual, membeli atau meminum arak adalah melakukan suatu kesalahan dan

apabila sabit bolehlah dihukum denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau

penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya dan sebat tidak lebih

daripada enam kali sebatan.

Dalam kes ini Tertuduh telah dituduh seperti berikut:

“Bahawa kamu pada 11.07.2008 lebih kurang jam 11.40 malam di Cherating Bay

Lounge, Hotel Legend, Cherating, Kuantan, Pahang telah didapati meminum arak

jenama Tiger Beer. Dengan itu, kamu telah melakukan kesalahan meminum arak

dibawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam

Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran

Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (pindaan) 1987.”

Pada 1 Disember 2008, pertuduhan telah dibacakan dan difahamkan kepada

Tertuduh. Tertuduh tahu dan faham berkenaan pertuduhan yang dibacakan oleh

Timbalan Pendakwa Syarie dan mengakui fakta yang telah dikemukakan kepadanya
76

serta mengaku bersalah (al-Iqrar). Tertuduh juga faham dan tahu kesan dan akibat

daripada pengakuan bersalahnya itu.

1) Rayuan Hukuman

Sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, mahkamah telah

terlebih dahulu meneliti rayuan hukuman yang dikemukakan oleh tertuduh melalui

wakilnya dan juga rayuan oleh pihak pendakwa syarie.

Pihak Tertuduh memohon agar tidak dikenakan hukuman penjara dan sebat dan

mohon dikenakan hukuman denda yang maksimum. Tertuduh menyatakan jika

dipenjara akan menyebabkan tertuduh hilang pekerjaan dan hilang mata pencarian.

Hukuman penjara akan membuat masa depan tertuduh menjadi gelap. Dalam hal

ini mahkamah juga berpendapat jika penjara dikenakan tertuduh akan menjadi

banduan dan lamanya tinggal di penjara akan membebankan diri dan keluarga

terutama anak tertuduh. Dengan ini mahkamah bersetuju bahawa dalam hal ini

penjara tidak perlu dikenakan.

Tertuduh juga merayu agar tidak dikenakan hukuman sebat dengan alasan tertuduh

melakukan kesalahan tersebut dalam keadan alpa dan lupa bahawa beliau telah
77

melakukan maksiat. Tertuduh adalah seorang yang dilahirkan beragama Islam dan

merupakan seorang yang baligh dan berakal semasa melakukan kesalahan tersebut.

Malahan tertuduh sebenarnya cukup didedahkan dengan ajaran Islam, berkenaan

perkara-perkara yang halal dan haram didalam Islam. Alasan alpa dan lupa

bahawa arak adalah diharamkan dalam Islam adalah tidak relevan.

Mengenai hukuman sebat, Undang-undang menetapkan sebatan mesti mengikut

hukum syarak dan ianya adalah berlainan dengan hukuman sebat sivil. Sebat dari

segi syarak bukanlah untuk menyiksa orang yang bersalah akan tetapi adalah

untuk mengajar dan memalukannya agar pesalah itu insaf dan tidak lagi

mengulangi perbuatannya itu. Orang ramai yang menyaksikan sebat pula akan

merasa takut dan malu dengan itu akan terhindarlah perbuatan itu dalam

masyarakat.

2) Keputusan

Setelah meneliti hujahan pendakwa, peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa

dalam negeri ini dan alasan-alasan diatas, maka hukuman tertuduh iaitu Kartika

Sari Dewi binti Shukarno No K/P:770214-08-5662 didenda sebanyak RM 5000.00

dan dipenjara 3 tahun jika gagal menjelaskan denda. Kartika Sari Dewi binti

Shukarno juga dijatuhkan hukuman sebat sebanyak 6 kali sebatan. Mudah-mudahan


78

dengan hukuman yang diberikan akan memberi keinsafan kepada tertuduh dan juga

orang ramai agar menghindarkan diri dari melakukan perkara yang diharamkan

oleh Allah s.w.t.

3.4.2 Norazlisham bin Ramli lwn Ketua Pendakwa Jabatan Hal Ehwal

Agama Islam Negeri Sembilan.39

Fakta Kes

Perayu dalam kes ini telah didapati minum minuman yang memabukkan pada 7

November 1998 jam lebih kurang 3.00 pagi di Top City Disco, 71800 Nilai.

Perayu telah melakukan kesalahan yang bertentangan di bawah seksyen 78

Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1982 dan boleh dihukum di bawah

seksyen yang sama.

Pertuduhan telah dibacakan kepada Perayu dan dia telah faham dan telah mengaku

bersalah sebanyak tiga kali dan bersetuju fakta yang dibacakan ke atasnya oleh

pihak Pendakwa. Berdasarkan pengakuan tersebut, Tuan Hakim telah mensabitkan

                                                            
39
Dato’ Haji Muhammad Asri Haji Abdullah. 2002. Jurnal Hukum.Edisi 1. Putrajaya. Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia.
79

kesalahan Perayu dan sebelum hukuman Perayu telah diberi peluang untuk

menangguhkan hukuman. Tuan hakim telah mensabitkan kesalahan Perayu dan

menjatuhkan hukuman penjara selama 30 hari. Seterusnya Perayu telah memohon

kepada Mahkamah dalam Mahkamah supaya menangguhkan hukuman penjara

supaya Perayu boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi. Hakim Bicara

meluluskan penangguhan hukuman tersebut dan Perayu dibebaskan dengan jaminan

wang sebanyak RM 800.00 dengan seorang penjamin. Seterusnya Perayu telah

membuat notis rayuan dan difailkan pada 20 September 1999 melalui peguam

Tetuan Zailan & Co. Pendengaran rayuan ini kemudian ditetapkan pada 22 Januari

2001.

1) Alasan Penghakiman Y.A.A. Dato’ Hussin bin Haji Harun

Perayu dalam kes ini merupakan seorang lelaki Islam berumur 27 tahun dan telah

berkahwin serta mempunyai seorang cahayamata. Perayu merayu kepada

Mahkamah ini adalah di atas hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah

Bicara iaitu penjara selama tempoh 30 hari dengan mengemukakan alasan-alasan

berikut:

a) Perayu telah bertaubat dan insaf. Dalam perkara ini, peguam Perayu telah

berhujah bahawa Perayu merupakan seorang suami dan bapa yang

bertanggungjawab atas tugas yang telah diamanahkan oleh Allah. Sewaktu


80

hukuman dijatuhkan Tang Arif hakim telah terlepas pandang akan

penyesalan serta keinsafan Perayu. Perayu ketika itu berada dalam keadaan

tertekan dan menyesal tambahan lagi faktor ketidakfahaman prosedur

Mahkamah. Perayu di dalam keadaan tertekan tidak dapat menzahirkan

penyesalan serta keinsafan di hadapan Yang Arif Hakim. Sebuah hadith

Nabi ada menyebutkan yang bermaksud:

“ Semua anak Adam berbuat kesalahan tetapi sebaik-baik orang yang

bersalah ialah yang sika bertaubat dan memohon pengamounannya”.

Dari hadith di atas menjelaskan bahawa Nabi s.a.w. tidak menafikan

bahawa sebagai anak Adam kita tidak terlepas pandang dari melakukan

pelbagai kesalahan. Namun begitu, bagi orang yang benar-benar menyesal

dan bertaubat atas kesalahan yang dilakukannya dipandang mulia di sisi

Islam.

Yang Arif Hakim Bicara dalam alasan penghakiman telah mengambil kira

akan tujuan dijatuhkan hukuman adalah untuk menyedarkan masyarakat dan

Perayu sendiri. Berdasarkan pengakuan Perayu dan hujah-hujah beliau jelas

bahawa pendakwaan terhadap Perayu telah cukup untuk menyedarkan

Perayu dan memberi pengajaran. Adalah wajar Mahkamah mengambil kira

keinsafan yang wujud dalam diri Perayu bagi mendengar rayuan Perayu.
81

b) Kesalahan pertama dan tanggungjawab Perayu

Yang Arif Hakim Bicara telah memberikan keputusan atau hukuman yang

dirasakan tidak tepat ke atas Perayu dengan tidak mengambil kira kesalahan

Perayu, latarbelakang Perayu serta tanggungjawab perayu.

Yang Arif Hakim dalam alasan penghakimannya juga telah menyebut

bahawa qarinah adalah unsur yang menyokong dalam pendakwaan dan

hukuman. Kesalahan pertama yang dilakukan oleh Perayu juga diambil kira

sebagai qarinah sebagai Perayu mahu kembali ke pangkal jalan dan tidak

mengulangi kesalahan buat kali kedua. Oleh itu, isu kesalahan kali pertama

Perayu wajar di ambil kira oleh Mahkamah dalam mendengar rayuan

Perayu. Perayu tidak pernah disabitkan atau didakwa di bawah mana-mana

kesalahan atau undang-undang yang berkuat kuasa mengenai Islam sebelum

ini dan setelah dijatuhkan hukuman.

Perayu mempunyai tanggungjawab mencari nafkah untuk menyara

keluarganya. Pelaksanaan hukuman penjara ke atas beliau akan menjadikan

isteri dan anak di bawah tanggungannya terabai. Ketidakhadiran Perayu

bekerja akibat di penjara akan mendatangkan penyeksaan kerana Perayu

akan menerima kesan atau akobat yang boleh menjejaskan kerja beliau.
82

Keadaan ini akan menimbulkan kesusahan kelak ke atas isteri dan anak

beliau.

c) Pengakuan Perayu

Pengakuan Perayu juga mengambil kira oleh Mahkamah ini dalam

mendengar rayuan Perayu. Banyak faktor positif yang terbit akibat dari

pengakuan Perayu. Selain dari unsur pengakuan boleh membantu

meringankan hukuman dapat membantu Mahkamah menjimatkan masa dari

membicarakan Perayu dalam masa yang panjang dan mampu menjimatkan

kos perbicaraan dan kos kerajaan.

Walaubagaimanapun, dalam kes ini pihak Pendakwa telah berhujah dengan

menyatakan hukuman yang dijatuhkan ke atas Perayu di bawah seksyen 78

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak melebihi

peruntukan undang-undang. Di dalam kes ini Perayu dipenjarakan selama

30 hari mengikut subseksyen 99 (b) Enakmen Prosedur Jenayah Syariah

(Negeri Sembilan) 1992 iaitu tiga kali pengakuan walaupun Perayu ada

menyatakan tidak faham prosedur bukanlah alasan di dalam kes ini.

Sebagai seorang Islam Perayu mengetahui minum arak adalah ditegah oleh

Islam. Oleh itu, Hakim Bicara telah menggunakan budibicaranya setelah


83

peraturan undang-undang dinyatakan kesalahannya. Perayu dalam kes ini

telah merayu untuk meringankan hukuman atas alasan:

i. Dia akan berkahwin pada bulan November nanti;

ii. Dia minum arak sedikit sahaja; dan

iii. Sebagai pekerja kontrak dan akan tamat pada bulan Oktober, adalah

merupakan alasan-alasan yang tidak kukuh tanpa menyatakan kepada

Mahkamah bahawa hukuman penjara adalah berat baginya.

Mengikut seksyen 140 Enakmen Prosedur Jenayah Syariah (Negeri Sembilan)

1992, ada memperuntukkan:

“ Apabila orang dituduh tekah mengaku bersalah dan telah disabitkan oleh Hakim

atas pengakuan itu, tiada rayuan boleh dibuat kecuali terhadap takat atau sahnya

hukuman itu.”

Mengikut subseksyen 142(6) Enakmen Prosedur Jenayah Syariah (Negeri Sembilan)

1992 ada memperuntukkan:

“ Tiap-tiap petisyen hendaklah menyatakan dengan ringkas kandungan keputusan

yang dirayu dan hendaklah mengandungi butir-butir yang jelas mengenai undang-

undang atau fakta mengenainya rayuan terhadap hukuman Mahkamah itu

dikatakan telah silap.”


84

Di dalam kes yang dibicarakan ini Mahkamah mendapati perbicaraan adalah teratur

dan tidak cacat walaupun Hakim Bicara di dalam penghakiman menyetakan

pengakuan bersalah boleh mempercepatkan kes Mahkamah tidak bererti peringatan

perlu walau diimbang dengan kesalahan dan fakta kes.

Pada pendapat Mahkamah bagi menyokong alasan hujah Hakim Bicara tetapi

adakah penjara memberi pengajaran dengan memenjarakan Perayu akan memberi

kesedaran kepada masyarakat. Denda yang tinggi boleh membuat kesedaran Perayu

khususnya di dalam seksyen 78 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992

ada memperuntukkan hukuman denda, hukuman hendaklah memperbaiki keadaan

pesalah itu sendiri. Dalam hal ini, Perayu menerima hakikat bahawa dia bersalah

dan telah insaf dan menyatakan masa depan Perayu akan gelap jika dipenjarakan,

maka adalah wajar Mahkamah Tinggi Syariah mempertimbangkan hukuman yang

telah dijatuhkan Hakim Bicara dipinda dengan mengekalkan hukuman penjara dan

denda.

2) Keputusan

Rayuan diterima dan sebagai hukuman Perayu dipenjarakan 30 hari atau denda

RM 2,500.00. Sekiranya denda tidak dibayar Perayu hendaklah dipenjarakan selama

30 hari mulai dari tarikh keputusan Mahkamah ini.


85

3.5 Kesimpulan

Fenomena penangguhan dan kelewatan penyelesaian bagi kes-kes jenayah atau mal

di Mahkamah. Setakat ini belum lagi mencapai tahap yang membimbangkan. Ianya

masih dalam keadaan terkawal dan boleh diselesaikan jika punca-punca yang

mendorong berlakunya penangguhan dan kelewatan tersebut dapat diatasi.

Sepertimana yang dapat dilihat, punca-punca penangguhan kes-kes ini di

Mahkamah bukanlah hanya disebabkan pentadbiran di Mahkamah tersebut sahaja,

malahan ia juga turut disumbangkann oleh pihak masyarakat, peguam dan prosedur

yang banyak menimbulkan masalah.

Kesan daripada fenomena ini juga boleh dibahagikan kepada positif dan negatif.

Namun kesan negatif adalah lebih menonjol kepada khalayak umum membuktikan

masyarakat memandang rendah dan mempertikaikan kewibawaan Mahkamah

Syariah.
BAB
EMPAT
86

BAB EMPAT

PENUTUP

4.1 Kesimpulan

Mahkamah Syariah adalah sebagai institusi kehakiman Islam yang ditubuhkan oleh

pihak berkuasa dan ditugaskan untuk melaksanakan keadilan terhadap masyarakat

Islam setempat. Pengasingan pentadbirannya dari pihak Jabatan Agama Islam

memudahkan lagi usaha tersebut dijalankan dengan lebih berkesan.

Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor telah memperuntukkan bagi

mahkamah-mahkamah termasuk Mahkamah Syariah dengan bidangkuasa tertentu.

Walaupun bidangkuasa yang diberikan agak terhad, namun pihak pentadbir

mahkamah tetap menjalankan amanah tersebut dengan adil dan bertanggungjawab.

Pihak mahkamah menjalankan fungsinya dengan berpandukan peruntukan undang-

undang seperti Enakmen Pentadbiran Agama Islam Tahun 1989, Enakmen Undang-

undang Keluarga Islam No.4 Tahun 1984, Enakmen Jenayah Syariah Selangor No.

9 Tahun 1995 dan Kanun Prosedur Mal dan Jenayah Syariah Selangor Tahun

1991. Berdasarkan peruntukan-peruntukan tersebut mahkamah ini melaksanakan

tugasnya tanpa mengira pihak yang terlibat.


87

Seterusnya, keadaan ini telah dicacatkan dengan adanya pihak-pihak tertentu yang

memberikan kritikan terhadap kewibawaan dan perjalanan Mahkamah Syariah yang

dikatakan tidak berjaya dalam pengendalian kes yang berkaitan bidangkuasanya

sehingga banyak kes yang tertangguh dan lewat penyelesaian.

Walaupun fenomena tersebut tidak dinafikan turut berlaku di mana-mana

Mahkamah Syariah, tetapi faktor penyumbang masalah tersebut bukanlah sepatutnya

diletakkan di atas bahu pihak mahkamah sahaja. Ini dibuktikan daripada huraian

dalam bab tiga yang menyatakan bahawa punca-punca penangguhan kes dan

kelewatan penyelesaian sama ada kes mal atau jenayah adalah pihak yang bertikai

kerana kegagalan mereka untuk hadir sehingga diiklan atau dikeluarkan waran

tangkap.

Namun, sikap prejudis masyarakat terhadap kewibawaan Mahkamah Syariah telah

menyebabkan isu ini diperbesarkan di khalayak umum. Keadaan ini secara disedari

atau tidak telah menyebabkan masyarakat tidak menghormati keputusan atau apa-

apa arahan daripada Mahkamah Syariah.

Tidak dapat disangkal bahawa pihak dalam mana-mana Mahkamah Syariah turut

mempunyai kelemahan-kelemahan tersendiri di samping karenah pelbagai dari

masyarakat sendiri. Bagi mengatasinya, kesemua pihak perlu bekerjasama untuk


88

memperbaiki situasi ini dengan langkah yang wajar agar imej Mahkamah Syariah

tetap mulia dan dipandang tinggi dalam menegakkan keadilan di kalangan umat

Islam.

Berita mutakhir tentang penyeragaman undang-undang Pentadbiran Agama Islam

negeri-negeri adalah suatu langkah yang baik bagi meninggikan kedudukan

Mahkamah Syariah. Semua pihak harus memberi sokongan terhadap usaha tersebut

agar dilaksanakan dengan lebih berkesan.

4.2 Saranan

Hasil daripada rumusan yang telah dibentangkan dan perbincangan melalui bab-bab

terdahulu jelas terdapat permasalahan daripada pelbagai pihak berkaitan pengurusan

Mahkamah dan penyelesaian kes-kes di Mahkamah Syariah. Pelbagai masalah

tersebut perlu diatasi dengan segera dan bijaksana dengan langkah-langkah yang

bersesuaian. Kedudukan dan imej Mahkamah Syariah perlu dijaga dan diperbaiki

di kalangan sorotan pandangan masyarakat.


89

Berikut merupakan antara saranan penulis bagi mengatasi dan menyelesaikan

perkara tersebut iaitu:

1. Bidangkuasa Mahkamah Syariah dari segi hukuman perlu diluaskan melalui

pindaan Akta Bidangkuasa Mahkamah Syariah sama ada kes jenayah atau

kes mal. Langkah ini perlu diambil bagi menjamin kewibawaan Mahkamah

Syariah tidak dipertikaikan oleh khalayak umum dan seterusnya mereka

akan lebih menghormati terhadap keputusan yang telah diputuskan oleh

sesebuah Mahkamah Syariah.

2. Pentadbiran pihak mahkamah juga hendaklah lebih teratur dan sistematik.

Dengan ini segala urusan berkaitan Mahkamah Syariah tentunya akan

menjadi lebih cekap dan lancar. Terutama dari segi pemilihan kakitangan,

pengurusan tugas, layanan terhadap masyarakat dan sebagainya yang boleh

mengaitkan dengan operasi Mahkamah sendiri.

3. Selain itu, sistem maklumat pihak mahkamah pula hendaklah diperkemaskan

bagi memudahkan pihak-pihak berkenaan membuat rujukan terutama dalam

sistem pemfailan dan rekod segala kes yang dibicarakan. Sistem maklumat

yang lebih tersusun akan menyebabkan kemudahan pengurusan dan

kelancaran tugas para kakitangan mahkamah sendiri di samping pihak-pihak


90

lain yang memerlukan data-data tertentu. Umpama para pengkaji atau

pelajar yang ingin mendalami pengetahuan berkaitan Mahkamah Syariah.

4. Seterusnya, bagi merealisasikan kewujudan sistem pentadbiran mahkamah

yang lebih teratur, dan perlu kepada kakitangan yang terlatih dan

mengetahui secara terperinci segala perkara berkaitan mahkamah. Justeru itu,

adalah suatu langkah yang wajar jika sekiranya mereka itu diberikan latihan

yang mencukupi dan dikehendaki memiliki pengetahuan yang mendalam

mengenai undang-undang sama ada Undang-undang Sivil atau Undang-

undang Islam sendiri. Dengan ini mereka akan dapat menjalankan tugas

secara lebih professional dan mempunyai pengetahuan dalam pelbagai

bidang. Ini dapat dilakukan dengan menghantar mereka mengikuti kursus

dan seminar atau bengkal atau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang

lebih tinggi.

5. Bagi mengatasi masalah kelewatan dalam penyelesaian dalam setiap kes

yang terlalu banyak maka kakitangan mahkamah juga perlu ditambah dan

ini merupakan salah satu caranya. Bagi setiap daerah hendaklah mempunyai

kakitangan sokongan sendiri. Oleh melahirkan siswazah-siswazah yang

mempunyai kebolehan dan pengkhususan Undang-undang Syariah,


91

seharusnya bilangan hakim dan peguam yang berkaliber boleh ditambah

bagi mengatasi masalah kekurangan hakim.

6. Adalah juga disarankan pihak mahkamah menyediakan khidmat nasihat

undang-undang di mahkamahnya bagi membantu masyarakat yang jahil

mengenai ilmu undang-undang dan prosedur ketika mengadukan masalah

mereka ke mahkamah. Dengan ini, perjalanan perbicaraan akan dapat

berjalan dengan lebih lancer dan tidaklah akan mengalami penangguhan

akibat kejahilan pihak-pihak tersebut.

7. Penseragaman undang-undang pentadbiran juga merupakan suatu langkah

yang baik bagi mengembalikan status Mahkamah Syariah sebagai lebih

berwibawa dan dihormati oleh masyarakat sama ada yang beragama Islam

atau tidak. Semua pihak hendaklah memberi sokongan terhadap perkara ini

supaya dapat berjalan dengan lebih lancar.

8. Pihak-pihak yang mengadukan kes-kes mereka ke mahkamah hendaklah

menyediakan terlebih dahulu segala keperluan semasa perbicaraan tersebut.

ini termasuklah sejumlah saksi yang boleh diterima, bukti-bukti yang

berkaitan, dokumen-dokumen penting berkaitan kes yang dibicarakan serta

pengetahuan mengenai kes yang dibawa serta prosedur undang-undang. Ini


92

adalah bagi mengelakkan masalah di kalangan pihak-pihak bertikai sehingga

kadangkala sering menyebabkan penangguhan kes dan kelewatan dalam

penyelesaiannya. Dalam kata lain, pihak-pihak tersebut hendaklah

bertanggungjawab terhadap kes yang mereka hadapi dan masalah kehadiran

hendaklah diambil perhatian.

9. Saranan supaya mereka gagal mematuhi perintah mahkamah dipenjarakan

adalah suatu pandangan yang agak baik kerana dewasa ini kebanyakan

hukuman yang diberikan adalah ringan dan pihak terlibat dengan mudah

membayar denda yang dikenakan. Langkah ini adalah wajar bagi mereka

yang gagal mematuhi perintah nafkah sehingga bertahun-tahun sama ada

nafkah terhadap isteri dan anak. Ini dapat menjamin keadilan terhadap

wanita dan menginsafkan mereka mengenai tanggungjawab yang diabaikan

selama ini.

10. Pihak peguam tidak sepatutnya mengambil kesempatan di atas pelanggan

mereka yang kurang arif mengenai undang-undang sehingga sanggup

mengabaikan kes kerana terdapat kes lain yang lebih menarik atau

mengenakan bayaran yang tidak berpatutan. Mereka hendaklah bertindak

sebagai pembantu kepada sistem keadilan Islam dan menjalakan tugas

dengan amanah.
93

11. Peguam yang membawa kes tersebut juga hendaklah mempunyai kelayakan

yang sepatutnya sebagai peguam syar’ie. Ini disyaratkan dengan memiliki

kelulusan yang berkaitan dengan undang-undang Islam sama ada dengan

merujuk dalil-dalil al-Quran atau hadith bagi mengukuhkan hujah mereka.

Dengan ini kedudukan undang-undang Islam tidak diketepikan.


BIBLIOGRAFI
94

BIBLIOGRAFI

A. Buku

Abdul Halim El-Muhammady. 1998. Undang-Undang Jenayah Dalam Islam Dan

Enakmen Negeri-negeri. Bangi: Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Ahmad Hikayat Buang. 2005. Mahkamah Syariah Di Malaysia Pencapaian Dan

Cabaran. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Abdul Monir Yaacob & Siti Shamsiah Md Supi. 2003. Pendakwaan Dan Penyiasatan

Konsep Dan Amalan. Kuala Lumpur: Penerbit Institut Kefahaman Islam

Malaysia.

Dr. Mustafa al-Bugha. 1998. Syarah Hadis 40 Imam Nawawi. Kuala Lumpur: Pustaka

Salam Sdn. Bhd.

Mohd Sukki Othman & Mohamad Hadi Ahmad Talhah. 2008. Mengapa Perlu Kepada

Undang-Undang Jenayah Islam?. Kuala Lumpur: Pustaka Yamien Sdn. Bhd.


95

Mahmood Zuhdi Abd. Majid. 2004. Penghantar Undang-Undang Islam Di Malaysia.

Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Nasimah Hussin et. al. 2007. Undang-Undang Islam Jenayah, Keterangan Dan

Prosedur. Jil. 13. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaini Nasohah et. al. 2004. Syariah Dan Undang-Undang Suatu Perbandingan. Kuala

Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Smith & Hogan. 1996. Undang-Undang Jenayah Bahagian 1 Prinsip Umum. Terj.

Jamilah Abdul Rauf & Raja Rohana Raja Mamat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

B. Jurnal

Dato’ Haji Muhammad Asri Haji Abdullah. 2002. Jurnal Hukum.Edisi 1. Putrajaya.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.


96

C. Temubual

Temubual bersama Tuan Ahmad Basyir Bin Yaakub. Hakim Mahkamah Rendah Syariah

Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 6 Disember 2010. Jam 3.00

petang.

D. Statut

Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan

Enakmen Kanun Prosedur Jenayah Syariah Selangor

Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang

E. Laman Web

http://jksp.pahang.gov.my. 22 Julai 2010.

Peguam Syarie. http://peguamsyarie.org. 14 Oktober 2010.

http://www.mswp.gov.my. 20 Oktober 2010.

http://www.jawi.gov.my . 7 November 2010.

Anda mungkin juga menyukai