Anda di halaman 1dari 29

DIPLOMA PERUNDANGAN ISLAM

DAN GUAMAN SYAR’I

SP 5304 UNDANG-UNDANG
KETERANGAN ISLAM
TAJUK:
IKRAR DAN PERANANNYA DIDALAM PROSES
PEMBUKTIAN MENURUT SISTEM KEADILAN ISLAM
©
OLEH:
MUHAMMAD ZAKI BIN WAHAB
KANDUNGAN

1. Hubungan Ikrar, Pembuktian dan


Pendakwaan

2. Makna dan Maksud Ikrar

3. Cara-cara berikrar

4. Syarat-syarat Ikrar

5. Kesan dan Akibat Ikrar


Ikrar, Pembuktian dan
Pendakwaan
 Ikrar adalah salah satu cara pembuktian dalam
pendakwaan menurut Islam.

 Sekiranya orang yang kena dakwa mengaku /


berikrar akan kebenaran dakwaan maka
sabitlah pendakwaan itu.
Ikrar, Pembuktian dan
Pendakwaan
 Dalil yang menunjukkan ikrar diterima sebagai
salah satu cara pembuktian:

 Surah Al-Qiamah ayat 14 dan 15 yang


bermaksud:

“ Bahkan manusia itu (anggotanya) menjadi saksi


terhadap dirinya sendiri, walaupun ia
memberikan alasan-alasan (untuk membela
diri)”
Ikrar, Pembuktian dan
Pendakwaan
 Surah An-Nisa ayat 135 yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi


orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi
saksi (yang menegakkan kebenaran) kerana Allah,
sekalipun terhadap diri kamu sendiri”

 Nabi Muhammad SAW bersabda:

“ Unais, pergilah kepada wanita ini. Sekiranya dia


mengaku rejamlah dia.”
Makna dan Maksud Ikrar
1. Ikrar dari segi bahasa bermaksud pengakuan
atau pengikhtirafan.

2. Mazhab Syafie mentafsirkan bahawa ikrar


adalah:

a. pemberitahuan sesuatu hak yang yang sabit


keatas orang yang memberitahu
b. pemberitahuan oleh seseorang tentang
sesuatu hak keatas dirinya
c. ikrar juga ditakrifkan sebagai iktiraf
Makna dan Maksud Ikrar
3. Mazhab Hanafi pula mentafsirkan ikrar adalah:

a. pemberitahuan atau pengakuan hak orang lain


keatas diri sendiri.

b. pemberitahuan tentang pensabitan sesuatu hak


atau kepentingan orang lain keatas diri orang yang
menuntut pengakuan melalui lafaz yang tertentu.
Makna dan Maksud Ikrar

c. pemberitahuan seseorang tentang sesuatu hak


yang dikenakan atas dirinya untuk orang lain.

d. kenyataan seseorang tentang sesuatu hak


orang lain keatasnya yang dibuat secara lisan,
tulisan atau isyarat dan yang dibuat oleh
mana-mana orang dan dalam mana-mana
keadaan yang disebutkan.
Makna dan Maksud Ikrar

 Secara dasarnya ikrar merupakan pengiktirafan


yang hanya melibatkan atau mengikat atau
mensabitkan orang yang berikrar sahaja; tetapi

 ikrar juga boleh melibatkan dua pihak sekiranya


Ahmad berikrar dengan jujur dan ikhlas bahawa
dia ada berhutang dengan Ali maka sabitlah
hutang Ahmad atas Ali.
Makna dan Maksud Ikrar
 3 unsur-unsur ikrar:

1. Muqirrun ialah orang yang berikrar atau


yang melakukan pengiktirafan dan
pengakuan.

syarat-syarat ikrar seperti – baligh, berakal,


sukarela, bukan mahjur ’alaih
Makna dan Maksud Ikrar
2. Muqarrun lahu ialah orang atau pihak yang
diberikan ikrar untuknya oleh orang yang
membuat ikrar atau yang mendapat faedah
daripada ikrar - pihak yang diakui haknya.

Syarat-syarat:
a. Ditentukan dengan jelas
b. Layak memiliki perkara yang diakui
c. Tidak membantah ikrar
Makna dan Maksud Ikrar
3. Muqirrun bihi ialah hak atau kepentingan
yang diikrar atau diiktiraf oleh pihak yang
membuat ikrar.

Syarat-syarat:
a. Bukan milik pengaku
b. Berada ditangan pengaku jika orang lain
dianggap dakwaan
CARA-CARA BERIKRAR
1. Ikrar Lisan
 Ini dapat dilakukan oleh orang yang boleh
berkata-kata secara jelas.

2. Ikrar Bertulis
 Ikrar bertulis ini boleh dibuat dengan kertas
rasmi atau sebaliknya dan adalah disyaratkan
penerimaan ikrar bertulis sebagai bukti
hendaklah disahkan kebenarannya.
CARA-CARA BERIKRAR

3. Ikrar Isyarat

a. Ikrar secara isyarat oleh orang bisu dengan


cara isyarat yang difahami boleh diterima.

b. Ikrar secara isyarat oleh orang yang dapat


berkata-kata dengan sempurna tidak dapat
diterima kecuali dalam kes berhubung dengan
nasab.
CARA-CARA BERIKRAR
c. Ikrar secara isyarat oleh orang bisu ini didalam
kes zina:

 Mazhab Syafie – diterima untuk sabitan


hukuman hudud.

 Mazhab Hanafi - tidak menerima ikrar isyarat


ini kerana tidak dapat memberikan kepastian
dan menolak kesamaran.
SYARAT-SYARAT IKRAR
1. Berakal

2. Baligh dan Mummaiyiz

kanak-kanak yang mummaiyiz boleh diterima


ikrarnya jika dia telah diizinkan oleh oleh wali
atau penjaganya untuk menjalankan
perniagaan dan ikrarnya adalah terhad kepada
perkara yang berkaitan dengan
perniagaannya.
SYARAT-SYARAT IKRAR
3. Sukarela dan Sedar

 “Diangkat daripada umatku kesilapan, lupa dan sesuatu


yang dipaksa mereka melakukannya”

 Sedar disini bermaksud bahawa pembuat ikrar adalah


tidak berada didalam keadaan mabuk dan menurut
jumhur ulama fiqah tidak sah ikrar orang yang dalam
keadaan mabuk

 Menurut pendapat mazhab Hanafi ikrar orang mabuk


boleh diterima kecuali mengenai hukuman hudud dan
sabitan talak
SYARAT-SYARAT IKRAR
4. tiada tohmah dalam perkara yang diikrarkan.

 tiada anggapan dan andaian mengenai kemungkinan


ada sesuatu yang mempunyai kepentingan dengan
orang membuat ikrar mengenai perkara yang
dikrarkannya.

5. Ikrar mesti dibuat bersungguh-sungguh.

 Tidak diterima ikrar yang dibuat dalam keadaan


bergurau atau apa saja keadaan yang tidak
menunjukkan kesungguhan dalam membuat ikrar.
SYARAT-SYARAT IKRAR
6. Perkara yang dikrarkan dan Pembuat ikrar mestilah
dimaklumi dan dikenal pasti

 Ini disyaratkan supaya sempurna perkara yang


diikrarkan dan orang yang berikrar itu boleh dituntut.

 Adalah penting dari segi keadilan untuk mengenal pasti


pembuat ikrar bagi memberi peluang kepada sebarang
pihak yakni pihak yang tertuduh yang diimplikasikan
akibat daripada ikrar seseorang untuk mempertahankan
dirinya atas implikasi ikrar tersebut.
SYARAT-SYARAT IKRAR
7. Pembuat ikrar bukan orang yang mahjur ’alaih
(dihalang menguruskan hartanya sendiri)

 kanak-kanak
 orang safih
 orang gila dan
 orang yang muflis

 Ikrar diterima bagi kes hudud dan qisas


SYARAT-SYARAT IKRAR
8. Ikrar mestilah munasabah dan tidak mustahil pada
akal atau syarak.

 Mustahil pada akal adalah seperti seseorang


mendakwa dirinya adalah anak kepada seseorang yang
lebih muda daripada dirinya.

 Mustahil pada segi syarak pula jika seseorang yang


mati meninggalkan seorang anak lelaki dan seorang
anak perempuan dan kemudian anak lelaki itu
membuat pengakuan bahawa pusaka itu dibahagi
sama rata, maka pengakuan itu terbatal kerana syarak
menetapkan lelaki akan terima dua bahagian daripada
perempuan.
SYARAT-SYARAT IKRAR
9. Syarat-syarat ikrar dalam kesalahan hudud

 Ikrar depan hakim jika tidak ikrar tidak sah kerana


sabitan berdasarkan ikrar bukan syahadah

 Syarat-syarat ikrar adalah spesifik bagi kesalahan yang


berkenaan seperti:

a. Zina

 Mazhab Syafie – 4 kali ikrar dalam satu majlis


 Mazhab Hanafi – 4 kali ikrar dalam 4 majlis
 Perintah Keterangan Mahkamah Syariah mengikut
pendapat Hanafi
SYARAT-SYARAT IKRAR

b. Minum Arak & Mencuri

Golongan Hanafi berbeza pendapat:

 Imam Abu Hanifah – 1 kali ikrar


 Abu Yusof – 2 kali ikrar = bilangan saksi
KESAN DAN AKIBAT IKRAR
1. Ikrar diterima dalam pembuktian dan mengikat jika
cukup syarat

2. Ikrar mengikat pembuat ikrar sahaja dalam kes hudud


seperti zina

 Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud - seorang lelaki


mengaku berzina dengan seorang wanita tetapi wanita
itu tidak mengaku dan wanita itu tidak dihukum

 Halimah v Pendakwa Jenayah Kelantan


KESAN DAN AKIBAT IKRAR
3. Tarik balik ikrar sebelum jatuh hukum

 Jika pembuktian berdasarkan ikrar semata-


mata hukum tidak boleh dijatuhkan dan buang
kes

 Dalam kes hudud pula hukuman hudud tidak


wajib dikenakan kerana ada keraguan tetapi
jika sabit boleh dikenakan hukum takzir
sekiranya syarat kesaksian tidak sempurna
KESAN DAN AKIBAT IKRAR
4. Tarik balik ikrar selepas hukuman dijatuhkan

 Dalam kes hudud pula hukuman hudud tidak wajib


dikenakan kerana ada keraguan tetapi jika sabit boleh
dikenakan hukum takzir sekiranya syarat kesaksian
tidak sempurna

 Dalam kes harta keputusan hakim sah dan mengikat


kerana penghakiman telah dijalankan
KESAN DAN AKIBAT IKRAR
5. Tarik balik ikrar selepas hukuman dilaksanakan

 Ada 2 kemungkinan bagi kesalahan hudud:

a. Jika hukuman sedang dilaksanakan hukuman


akan dihentikan – Hadis mengenai Ma’iz bin
Malik

b. Jika hukuman sudah selesai seperti potong


tangan dikira sah hukuman hudud itu
KESAN DAN AKIBAT IKRAR
6. Lain-lain pendapat mengenai menarik balik
ikrar:

a. Hasan, Saeed Ibn Jubair dan Abi Laila – ikrar


tidak dapat ditarik balik setelah disabitkan
kesalahan bagi kes hudud dan berkaitan hak
manusia.

b. Prof. Anwarullah – tidak dibenarkan tarik balik


ikrar dalam kes qisas, diyat, takzir dan sivil
KESIMPULAN

Walaupun berbagai pengertian tentang maksud,


cara dan bilangan ikrar semuanya sepakat
bahawa Ikrar adalah yang jelasnya diterima
sebagai salah satu cara pembuktian dalam
sistem keadilan Islam dan sesungguhnya ikrar
yang sempurna adalah mencukupi untuk
mensabitkan kesalahan

Anda mungkin juga menyukai