Anda di halaman 1dari 31

Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam


Akhirnya datang Islam dengan undang-undang dan sistem-sistem yang sempurna untuk
menerangi seluruh kegelapan dan membawa manusia ke jalan yang lurus lagi
benar.Namun untuk menerapkan kesempurnaan yang di bawa bukanlah sesuatu yang
mudah kerana masyarakat ketika itu telah sebati dengan amalan dan warisan peninggalan
nenek moyang mereka.
Secara berperingkat-peringkat sistem pewarisan diperkenalkan sebagaimana juga ketika
larangan terhadap meminum minuman keras di lakukan. Sebagai langkah pertama,
mereka dibiarkan dengan sistem pewarisan yang terdahulu dan apa yang di utamakan
adalah dari sudut aqidah dan tauhid.Sehinggalah Rasulullah s.a.w berhijrah dari Mekah
ke Madinah dan disanalah baginda mahukan terbinanya sebuah masyarakat yang
berpegang teguh pada nilai-nilai murni yang merangkumi adat, pergaulan dan juga
akhlak.
Lantas baginda mempersaudarakan golongan Ansar dan Muhajirin serta menjadikan
persaudaran ini sebagai salah satu diantara sebab-sebab pewarisan.Ini adalah kerana
golongan Muhajirin telah terputus hubungan dengan kaum keluarga dan sanak saudara
mereka termasuklah mereka yang memeluk Islam tetapi tidak berhijrah.Pewarisan
sebegini hanya tertumpu di kalangan orang-orang Islam di Madinah sahaja, manakala
mereka yang memeluk Islam tetapi tidak berhijrah (masih tinggal di Mekah) tidak
dibolehkan untuk mewarisi waris mereka yang berhijrah.
Maka turunlah Al-Quran untuk menjelaskan tentang persaudaraan dan pewarisan ini yang
terbina dengan kalimah La ila ha ila Allah.Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Anfal
(ayat 72) yang bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah
serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang
memberikan tempat tinggal dan pertolongan, mereka itu antara satu sama lain
lindung-melindungi.Dan orang-orang yang beriman tetapi belum berhijrah maka
tiada kewajipan sedikitpun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka
berhijrah.Akan tetapi jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam urusan
pembelaan agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum
yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka.Dan Allah Maha Melihat apa
yang kamu kerjakan.
Perkataan Walayah dalam ayat tersebut membawa maksud perwarisan yang terbentuk
disebabkan oleh persaudaraan hukmiyah diantara kaum Muhajirin dan Ansar.Mereka
mewarisi antara satu sama lain sehinggalah Allah s.w.t memansuhkan ayat tersebut
setelah keadaan Islam stabil.
Apabila Islam telah berdiri kukuh dengan pembukaan Kota Mekah serta Islam telah
menjadi agama anutan orang ramai, maka Allah memansuhkan pewarisan berbentuk
demikian dan kembalilah sistem pewarisan Islam kepada keadaan asalnya.Firman Allah
s.w.t dalam Surah Al-Anfal (ayat75) yang bermaksud Dan orang-orang yang beriman
sesudah itu, kemudian berhijrah dan berjihad bersamamu, maka orang-orang itu
termasuk golonganmu jua.Orang-orang yang mempunyai hubungan kerabat itu
sebahagiannya lebih berhak terhadap sesamanya (daripada orang yang bukan dari
kerabatnya) di dalam kitab Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala
sesuatu.

Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

Keadaan yang sama juga dijelaskan oleh Allah dalam Surah Al-Ahzab (ayat 6) yang
bermaksud Nabi itu lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri
dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka.Dan orang-orang yang mempunyai
hubungan darah satu sama lain lebih berhak (waris-mewarisi) di dalam Kitab Allah
daripada orang mukmin dan orang-orang Muhajirin kecuali kalau kamu mahu
berbuat baik kepada saudara-saudaramu(seagama).Adalah yang demikian telah
tertulis di dalam Kitab Allah.
Seterusnya Islam membatalkan pewarisan yang melibatkan anak atau keluarga angkat
sebagaimana firmanNya dalam Surah Al-Ahzab (ayat 40) yang bermaksud Muhamad
itu sekali-kali bukanlah bapa seorang lelaki diantara kamu tetapi dia adalah
Rasulullah dan Nabi yang terakhir.Dan Allah Maha Mengetahui akan segala
sesuatu.
Pada zaman permulaan Islam, orang-orang Islam di berikan hak sepenuhnya untuk
menulis wasiat, dengan syarat wasiat tersebut hendaklah ditujukan kepada ibu-bapa dan
sanak saudara.Namun kemudiannya Islam telah mengenakan syarat, wasiat hanyalah
kepada bukan waris dan tidak melebihi satu pertiga daripada harta peninggalan.
Begitu juga Islam telah menghapuskan adat buruk masyarakat Arab Jahiliyyah iaitu
melarang kaum wanita dan kanak-kanak dari mendapat pembahagian harta pusaka.Islam
mengiktiraf hak wanita dan kanak-kanak dan meletakkan mereka di dalam golongan
orang-orang yang berhak menerima harta pusaka.Sepertimana firman Allah s.w.t dalam
Surah An-Nisa (ayat 7) yang bermaksud Bagi lelaki ada bahagian dari harta
peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya dan bagi wanita ada bahagian dari peninggalan
ibu-bapa dan kerabatnya,baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang
ditetapkan.
Begitulah pendekatan Islam yang berperingkat-peringkat dalam mensyariatkan sistem
pewarisan yang lengkap dan sempurna untuk menjamin keadilan dan kesejahteraan umat
manusia di dunia mahupun di akhirat.Pembaharuan tersebut dijelaskan oleh Allah dalam
Al-Quran (Surah An-Nisaa ayat 11-12) dengan jelas dan terang untuk membuktikan
bahawasanya Islam adalah sebuah agama yang merangkumi segala aspek kehidupan.
Sistem pewarisan Islam telah membawa beberapa pembaharuan dimana golongan wanita,
kanak-kanak telah diiktiraf dan diberikan hak dalam pembahagian harta pusaka.Perakuan
hak untuk mewarisi harta pusaka setiap waris dari kedua-dua susur galur lelaki dan
wanita serta merangkumi semua lapisan waris tidak kira tua atau muda, besar atau kecil
bahkan sehingga janin dan bayi dalam kandungan.
Ini adalah kerana Islam memartabatkan kedudukan wanita dan sumbangan mereka
kepada keluarga, masyarakat dan negara.Hak memperolehi bahagian harta pusaka
ditentukan berasaskan hubungan kerabat, akad perkahwinan dan akidah yang
sama.Susunan institusi kekeluargaan di dalam Islam adalah berkait rapat dengan sistem
pewarisan.Ini memandangkan masyarakat terbina di atas beberapa unit keluarga dan
Islam amat menghargai peranan yang di mainkan oleh setiap ahli keluarga.Lantaran itu
hak untuk mewarisi diberikan kepada anggota keluarga yang terdekat dengan simati dan
mereka yang menuntut harta pusaka mestilah membuktikan bahawa mereka adalah layak
dan sah mewarisi tanpa dihalang oleh sebarang faktor. Sistem pewarisan Islam
mengenakan peraturan yang ketat di dalam pembahagian pusaka di mana kadar minimum
2/3 dari harta pusaka adalah tertakluk kepada mekanisma faraid.Selebihnya adalah
tertakluk kepada penyelesaian transaksi-transaksi lain seperti wasiat, hibah, wakaf dan

Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

sebagainya.Pemilikan merupakan hubungan yang dikaitkan antara manusia dan harta,


dengan pemilikan manusia mempunyai hak untuk melakukan sesuatu yang difikirkan
perlu keatas harta tersebut.Apabila hubungan ini terjalin, manusia dinamakan pemilik
manakala harta pula dinamakan sebagai sesuatu yang dimiliki.Sudah menjadi tabiat
semulajadi manusia, mengumpul dan menambah harta kekayaan, manusia juga
memerlukan harta selagi hayat masih dikandung badan.Apabila manusia menemui ajal
maka hak pemilikannya turut lenyap dan luput.Adalah menjadi satu keperluan untuk
mendapatkan pemilik baru sebagai ganti bagi mengurus harta yang ditinggalkan dan
memperolehi faedah-faedah daripada harta peninggalan tersebut.
Bahagian 5
Pembahagian Harta Pusaka Dalam Islam
Pengurusan pewarisan dalam Islam sangat penting terutama dalam zaman moden ini
dimana kita berhadapan dengan pelbagai cabaran baru. Antara cabarannya ialah
kecenderungan masyarakat kita yang mementingkan kebendaan sehingga boleh
mencetuskan pertikaian, perbalahan, pergaduhan serta permusuhan di antara suami isteri,
ibu bapa, anak beranak, saudara mara atau sebagainya. Apabila kebendaan dijadikan kayu
ukur utama, krisis keluarga lebih mudah berlaku dan rumah tangga mudah menjadi porak
peranda.
Krisis keluarga akibat kepentingan kebendaan bertambah parah dengan tiadanya
kefahaman masyarakat kita tentang ilmu pembahagian harta pusaka atau apa yang disebut
sebagai ilmu faraid.
Ini adalah kerana ilmu faraid merupakan ilmu yang mula-mula diangkat dari umat
manusia. Sehubungan dengan ini Rasulullah s.a.w. bersabda :
Hendaklah kamu pelajari ilmu faraidh, maka sesungguhnya ilmu faraidh adalah
suruhan dari agama kamu dan bahawasanya ilmu faraidh adalah seperdua daripada
ilmu dan yang mula-mula dicabut dari umatku.(Riwayat Ahmad)
Sesungguhnya ilmu faraid itu dicabut bukan dengan dicabut dari manusia tetapi dengan
kematian para ulama yang boleh membicarakannya. Ini sesuai dengan sebuah hadis
Rasulullah s.a.w :
Allah s.w.t tidak mengambil ilmu Islam itu dengan cara mencabutnya dari manusia.
Sebaliknya Allah s.w.t mengambilnya dengan mengambil para ulama sehingga tidak
tertinggal walaupun seorang. Manusia melantik orang jahil menjadi pemimpin,
menyebabkan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa tanpa berdasarkan
kepada ilmu pengetahuan. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan orang lain pula
(Mutafaq alaih)
Seperdua daripada ilmu
Sesungguhnya pada masa ini tidak ramai dikalangan ulama kita yang mahir dalam ilmu
faraid jika dibandingkan dengan ilmu fiqh lain seperti solat, puasa dan lain-lain
sedangkan hadis yang pertama di atas menerangkan tentang betapa pentingnya ilmu

Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

faraid sehinggakan di anggap sebagai seperdua daripada ilmu. Dalam hadis yang lain,
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Hendaklah kamu pelajari ilmu faraid dan kamu ajarkan kepada manusia, maka
sesungguhnya akulah orang yang didalam genggaman Allah dan bahawa ilmu faraid
itu kelak akan digenggam dan akan nyata beberapa fitnah sehingga berselisih dua
orang mengenai faraid, maka kedua-duanya tidak memperolehi orang yang
menghukumkan dan menyelesaikan perselisihan di antara keduanya. (Ibnu Majah)
Hadis-hadis di atas nampaknya memperkatakan apa yang sedang berlaku pada masa ini
kerana tidak ramai dikalangan ulama kita yang mahir dalam bidang faraid. Malah tidak
banyak surau atau masjid yang membicarakan tentang ilmu faraid sebaliknya kuliahkuliah yang diadakan di kebanyakkan masjid berputar disekitar rukun Islam yang lima.
Rata-rata seseorang yang ingin mengetahui tentang ilmu faraid terpaksa menunggu
seminar atau bengkel yang jarang sekali di adakan. Ini adalah kerana untuk memahami
ilmu faraid, seseorang itu harus menggarap dengan baik ilmu usul dan ilmu hisab sekali
gus.
Pemahaman terhadap faraid
Mungkin kurangnya kefahaman tentang ilmu faraid membuat sebahagian umat Islam
memberikan komen yang negatif terhadap ilmu faraid. Sebaliknya mereka yang faham
tentang ilmu faraid telah memberikan komen yang baik walaupun mereka terdiri daripada
orientalis yang sentiasa mencari jalan untuk memperlecehkan hukum Islam. Sebagai
contoh, seorang orientalis yang bernama Rumsey menyatakan Pembahagian harta
pusaka dalam Islam tidak syak lagi merupakan sistem perundangan harta yang paling
baik dan canggih yang pernah diketahui oleh dunia bertamadun Sementara itu,
seorang lagi orientalis, Professor N. J. Coulson yang pernah mengajar di School of
Oriental and African Studies (SOAS), University of London menyatakan, Undangundang pembahagian harta pusaka dalam Islam merupakan suatu pencapaian
teknikal yang mantap dan sayugianyalah ilmuan Islam berasa bangga dalam
ketepatan matematik dalam menentukan hak mana-mana waris, dalam keadaan apa
sekalipun, boleh ditentukan.
Waris-waris yang berhak menerima harta pusaka
Kepentingan ilmu faraid mendapat tempat di dalam Al-Quran; yang mana Al-Quran
sendiri menerangkan dengan agak panjang lebar tentang pembahagian harta pusaka
sedangkan ianya bukan merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Menurut
seorang mufassirin yang terkenal, Imam Ibnu Kathir, terdapat tiga ayat utama di dalam
Al-Quran yang menerangkan tentang pembahagian harta pusaka iaitu di dalam surah AnNisa ayat 11, 12 dan 176. Dalam ayat 11 Allah berfirman :
Allah mensyari'atkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu.
Iaitu : bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak
perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka
dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang saja, maka
ia memperoleh seperdua harta. Dan untuk dua orang ibu-bapa, bagi masingmasingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu

Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi
oleh ibu-bapanya (sahaja), maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu
mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat seperenam. (Pembagianpembagian tersebut di atas) sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau (dan) sesudah
dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak
mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfa'atnya bagimu.
Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana. (4:11)
Seterusnya dalam ayat 12 Al-Quran menyatakan :
Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteriisterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak,
maka kamu mendapat seperempat dariharta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi
wasiat yang mereka buat atau (dan) seduah dibayar hutangnya. Para isteri
memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai
anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperoleh seperlapan dari
harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan)
sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik laki-laki maupun
perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi
mempunyai seorang saudara laki-laki (seibu saja) atau seorang saudara perempuan
(seibu saja), maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta.
Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu
dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah
dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris). (Allah
menetapkan yang demikian itu sebagai) syari'at yang benar-benar dari Allah, dan
Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun. (4:12)
Kedua-dua ayat tersebut menerangkan dengan panjang lebar tentang bahagian-bahagian
yang diperuntukkan kepada ibu, bapa, serta isteri atau suami. Ayat 12 juga menerangkan
bahagian saudara kandung seibu, samada lelaki atau perempuan. Walaupun kedua-dua
ayat tersebut agak jelas, namun kefahaman tentang ilmu faraid itu bergantung daripada
satu lagi sumber syariah : iaitu As-Sunnah atau dikenali juga dengan Al-Hadis.
Berdasarkan kepada Al-Quran, Al-Hadis serta pandangan dan pendapat sahabat, para
ulama telah membuat beberapa rumusan bagi memudahkan orang awam seperti kita
untuk mengetahui tentang pembahagian harta pusaka menurut Islam. Mereka menyatakan
waris-waris yang layak menerima harta pusaka adalah seperti berikut :
Dari pihak lelaki
Anak lelaki
Cucu lelaki dari anak lelaki
Bapa
Datuk sebelah bapa ke atas
Saudara sekandung
Saudara seayah
Saudara seibu
Anak lelaki dari saudara sekandung
Anak lelaki dari saudra seayah
Bapa saudara (sebelah ayah) yang sekandung dengan ayah si mati.

Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

Bapa saudara (sebelah ayah) yang sebapa dengan ayah si mati.


Anak lelaki daripada bapa saudara sekandung (sebelah ayah).
Anak lelaki daripada bapa saudara sebapa (sebelah ayah)
Suami

Bahagian 6
Pembahagian Harta Pusaka Dalam Islam
Dari pihak perempuan
Anak perempuan
Cucu perempuan dari anak lelaki dan terus ke bawah
Ibu
Nenek sebelah bapa dan ke atas
Nenek sebelah ibu dan ke atas
Saudara perempuan sekandung
Saudara perempuan sebapa
Saudara perempuan seibu
Isteri
Sehubungan dengan ini, jika kesemua waris ada, yang berhak menerima pusaka hanya
suami atau isteri, ibu, bapa, anak lelaki dan anak perempuan sementara yang lain tidak
dapat mewarisi. Waris-waris yang lain, yang berada diluar bulatan pertama dihijab atau di
dinding oleh lima waris ini. (Perbincangan mengenai hijab akan dibincangkan pada sirisiri akan datang). Gambarajah dibawah menunjukkan lima waris utama yang berhak
menerima pusaka jika semua waris berkumpul.

Bahagian yang telah ditetapkan Sebenarnya ilmu faraid tidaklah susah; asasnya boleh
dikuasai oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajarinya. Cuma, apabila kita
sampai ketahap yang lebih mendalam, barulah kita mendapati perkara yang berkaitan
dengan faraid agak sukar diselesaikan. Untuk kes-kes biasa, di mana simati
meninggalkan waris-waris utama iaitu suami atau isteri, ibu bapa dan anak-anak, tidaklah
sukar. Kedua-dua ayat al-Quran di atas, iaitu ayat 11 dan ayat 12 Surah An-Nisa dapat
dijadikan panduan. Berdasarkan kepada ayat-ayat dan gambarajah di atas, kita boleh
membuat kesimpulan bahawa pada amnya ibu bapa mendapat 1/6 daripada harta pusaka,

Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

isteri mendapat jika suami yang meninggal tidak meninggalkan anak dan 1/8 jika
suami yang meninggal ada meninggalkan anak. Begitu pula suami mendapat 1/2 jika
isteri yang meninggal tiada meninggalkan anak dan 1/4 jika isteri yang meninggal ada
meninggalkan anak. Baki daripada harta pusaka adalah untuk anak-anak dimana anak
lelaki mendapat dua kali ganda bahagian anak perempuan. Jadual berikut memberikan
penerangan mengenai perkara ini.
Waris
Suami
Isteri
Anak perempuan
Ibu
Bapa

Bahagian
1/2
1/4
1/4
1/8
1/2
2/3
1/3
1/6
1/6

Kenyataan didalam Al-Quran*


Jika isteri tidak ada meninggalkan anak
Jika isteri ada meninggalkan anak
Jika suami tidak ada meninggalkan anak
Jika suami ada meninggalkan anak
Jika seorang sahaja dan tiada anak lelaki
Jika lebih daripada seorang dan tiada anak lelaki
Jika yang tinggal ibu dan bapa sahaja

Ulama ada membuat penafsiran mengenai kenyataan-kenyataan tersebut tetapi


disini diterjemahkan secara literal sahaja. Bahagian-bahagian akan datang akan
menjelaskan dengan lebih terperinci.

Cara penyelesaian Sebagai contoh, katakan seorang lelaki meninggal dunia dan
meninggalkan ibu, bapa, isteri, seorang anak lelaki dan tiga orang anak perempuan. Maka
disini ibu bapa masing-masing akan mendapat 1/6 setiap seorang, isteri mendapat 1/8
(kerana suami meninggal ada meninggalkan anak) dan bakinya adalah untuk anak-anak
dibahagikan mengikut kadar 2:1 bagi lelaki : perempuan. Cara untuk menyelesaikan
masalah untuk kes-kes seperti di atas adalah seperti berikut :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Berikan bahagian suami/isteri jika ada


Berikan bahagian ibu jika ada
Berikan bahagian bapa jika ada
Campurkan semua, katakan jawapannya S
Tolak daripada 1 (iaitu 1-S) dan dapatkan baki, katakan B
Ambil bilangan anak lelaki dan darab dua, katakan 2b
Campurkan dengan bilangan anak perempuan, katakan p
Bahagian setiap anak lelaki = 2/(2b+p) X B
Bahagian setiap anak perempuan = 1/(2b+p) X B

Untuk mendapatkan S, kita hendaklah mencari gandaan sepunya terkecil (GSTK) bagi
jumlah bahagian-bahagian suami/isteri, ibu dan bapa. Untuk kes di atas, GSTK ialah 24
kerana 24 adalah gandaan terkecil yang boleh dibahagi oleh 6, (iaitu penyebut bagi
bahagian ibu dan bapa) dan 8, iaitu penyebut bagi bahagian isteri. Jadi, 1/6 bersamaan
dengan 4/24 dan 1/8 bersamaan dengan 3/24. Maka S ialah :
S = 1/6 + 1/6 + 1/8 = 4/24 + 4/24 + 3/24 = 11/24
Maka baki B yang boleh dibahagikan kepada anak-anak ialah 1 11/24 = 13/24.

Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

Untuk mendapatkan bahagian setiap anak lelaki dan perempuan, darab bilangan anak
lelaki dengan 2 dan tambah dengan bilangan anak perempuan iaitu 1 X 2 + 3 = 5. Maka
bahagian anak lelaki ialah 2/5 X 13/24 dan bahagian setiap anak perempuan ialah 1/5 X
13/24. Penyelesaian sepenuhnya adalah seperti berikut :
Bahagian anak lelaki ialah : 2/5 X 13/24 = 26/120
Bahagian setiap anak perempuan ialah : 1/5 X 13/24 = 13/120
Bahagian ibu dan bapa masing-masing ialah 1/6 = 4/24 = 20/120
Bahagian isteri ialah 1/8 = 3/24 = 15/120
Gambar rajah berikut memberikan gambaran penyelesaian kepada masalah tersebut.

Kaedah di atas juga boleh digunakan asalkan terdapat anak lelaki dan anak perempuan.
Katakan seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan isteri, seorang anak lelaki dan
seorang anak perempuan. Dalam kes ini, berdasarkan kepada ayat 12, isteri mendapat 1/8.
Jadi bakinya ialah 7/8. Anak lelaki akan mendapat dua kali ganda anak perempuan.
Berdasarkan kepada keadah di atas, anak lelaki akan mendapat 2/3 X 7/8 iaitu 14/24 dan
anak perempuan akan mendapat 1/3 X 7/8 = 7/24.
Gambar rajah berikut memberikan gambaran penyelesaian kepada masalah tersebut.

Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

Sebagai contoh yang lain, mungkin pembaca boleh menyelesaikan masalah berikut.
Katakan seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan isteri, bapa, dua orang anak
lelaki dan tiga orang anak perempuan. Berapakah bahagian isteri dan setiap anak lelaki
dan perempuan?

Bahagian 7
Hak Wanita dalam Sistem Pewarisan Islam
Dalam bahagian sebelum ini (bahagian ketiga), kita membicarakan bagaimana sebelum
kedatangan Islam, anak-anak perempuan, malah semua perempuan, termasuk isteri dan
ibu, tidak layak menerima warisan atau harta pusaka. Sebaliknya, orang lelaki dewasa
sahaja yang boleh mewarisi; itupun hanya mereka yang mampu menggunakan panah dan
menunggang kuda, yang layak menerima harta pusaka.
Kemudian ayat berikut diturunkan untuk menjelaskan bahawa Islam mengiktiraf wanita
dan memberikan mereka hak untuk mempusakai harta. Bagi orang laki-laki ada hak
bahagian dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, dan bagi orang wanita ada
hak bahagian (pula) dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, baik sedikit
atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan. (An-Nisa : 7)
Pengiktirafan wanita dan hak mereka mewarisi ini dirakamkan oleh dua buah hadis
Rasulullah s.a.w yang kemungkinan berlaku pada waktu yang hampir sama, iaitu tidak
lama selepas perang Uhud. Menurut satu riwayat, sebab turunnya ayat ini adalah kerana
seorang Ansar yang bernama Aus bin Thabit al-Ansari telah meninggal dunia dan
meninggalkan seorang isteri yang bernama Ummu Kahlah, tiga orang anak perempuan
dan dua orang saudara lelaki yang bernama Suwaid dan Arfajah. Ummu Kahlah telah
melaporkan kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata, Ya Rasulullah! Aus bin Thabit telah
meninggal dunia. Dia meninggalkan 3 orang anak perempuan dan seorang isteri iaitu
saya. Saya tidak mempunyai suatu apa pun untuk mereka, padahal harta pusaka yang
ditinggalkan boleh dikatakan banyak. Tetapi telah dikuasai oleh Suwaid dan Arfajah.
Sedikit pun mereka tidak memberikannya kepada kami sehinggakan anak-anak yang
dalam jagaan saya itu tidak makan dan tidak minum
Rasulullah s.a.w telah memanggil keduanya dan bertanyakan hal tersebut. Mereka
menjawab, Ya Rasulullah! Anak dia tidak tahu menunggang kuda, tidak berdaya
menanggung beban dan tidak dapat menewaskan musuh. Kamilah yang berhak
kepada pusaka, bukan dia.
Sebab-sebab turunnya ayat
Kemudian ayat tersebut diturunkan untuk menjelaskan bahawa bukan orang lelaki sahaja
layak menerima harta pusaka, sebaliknya orang perempuan juga berhak menerima
pusaka. Cuma yang berbeza samada banyak atau sedikit. Berbalik kepada peristiwa di
atas, setelah mendengar jawapan mereka, Rasulullah s.a.w berkata, Janganlah kamu
bahagikan harta Aus itu sedikitpun kerana sesungguhnya Allah telah menetapkan
bahagian anak-anaknya dari peninggalannya, dan ini belum lagi diterangkan

Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

Namun ayat tersebut belum lagi menerangkan secara jelas bahagian-bahagian pusaka
yang layak diterima oleh wanita. Kemudian barulah ayat-ayat berikut diturunkan, yang
menerangkan dengan panjang lebar tentang pembahagian harta pusaka. Al-Quran
menyatakan:Allah mensyari'atkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anakanakmu. Iaitu : bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak
perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bahagikan
mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan ... (An-Nisa : 11)
Seterusnya Al-Quran menyatakan ...Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri
memperoleh seperlapan dari harta yang kamu tinggalkan... (An-Nisa : 12)
Menurut satu lagi riwayat, antara sebab turunnya ayat di atas adalah mengenai isteri
Saad bin Rabi. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir, katanya : isteri Saad bin
Rabi telah menemui Rasulullah s.a.w dan berkata, Ya Rasulullah, ini adalah dua
orang anak perempuan Saad bin Rabi. Bapa budak-budak ini telah mati syahid
kerana ikut bertempur bersama tuan hamba di Uhud. Bapa saudara mereka berdua
telah mengambil harta mereka sehingga tidak ada yang ditinggalkannya untuk
mereka. Kedua-dua budak ini tidak dapat berkahwin kecuali mereka ada
harta.Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda Allah akan memutuskan perkara ini.
Selepas turunnya ayat mawarith, Rasulullah s.a.w. mengutus kepada bapa saudara
mereka dan bersabda " Berikan dua-pertiga kepada kedua anak perempuan Sa`ad dan
seperlapan kepada ibu mereka dan selebihnya untuk kamu.
Keprihatinan Islam
Sehubungan dengan ini kita dapati Islam memberikan beberapa hak kepada wanita.
Malah Al-Quran sendiri dengan jelas memberikan bahagian hak kepada wanita terutama
anak perempuan, ibu dan isteri walaupun agak terbatas. Dalam kes di atas, lebihan
daripada harta pusaka, setelah ditolak bahagian isteri dan dua orang anak perempuan,
diberikan kepada saudara lelaki Sa`d bin Ar-Rabi`. Ini adalah kerana saudara lelaki
merupakan asabah (akan diterangkan dalam bahagian asabah) yang menghabiskan
lebihan harta pusaka.
Mungkin ada di antara pembaca yang terkejut kerana dalam kes tersebut bahagian
saudara melebihi daripada bahagian isteri. Malah dalam keadaan tertentu bahagian
saudara lelaki melebihi bahagian isteri sehingga tiga kali ganda. Sebagai contoh, katakan
seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri, seorang anak
perempuan dan seorang saudara lelaki. Dalam keadaan ini, merujuk kepada ayat 11 dan
12 Surah An-Nisa, isteri akan mendapat satu perlapan, seorang anak perempuan setengah
dan selebihnya, iaitu tiga perlapan adalah bahagian saudara lelaki. Bahagian waris seperti
kes diatas digambarkan seperti berikut :
Waris terdiri daripada seorang isteri, seorangWaris terdiri daripada seorang isteri, dua orang
anak perempuan dan seorang saudara lelaki anak perempuan dan seorang saudara lelaki

Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

Bahagian 8
Hak Wanita dalam Sistem Pewarisan Islam
Jadi disini seolah-olah isteri sebagai wanita tidak mendapat hak yang sepatutnya.
Disamping itu ayat 11 Surah An-Nisa memberikan bahagian anak lelaki dua kali ganda
bahagian anak perempuan. Sehubungan dengan ini mungkin terdapat beberapa pihak
yang mempertikaikan hukum yang telah ditetapkan oleh Islam dengan mengatakan
bahawa Al-Quran meletakkan wanita dikelas kedua. Ini adalah kerana mereka tidak
mengkaji hukum Islam secara menyeluruh. Sebagai contoh, anak lelaki diberikan
bahagian dua kali ganda bahagian anak perempuan kerana lelaki dipertanggungjawabkan
untuk memberi nafkah kepada anak-anak dan bukannya perempuan. Jika anak lelaki dan
anak perempuan mendapat bahagian sama banyak sedangkan anak lelaki tadi mempunyai
tanggungjawab yang berlebihan; iaitu memberikan nafkah kepada isteri (menantu simati)
dan anak-anaknya (cucu simati) sedangkan anak perempuan tidak dibebankan
tanggungjawab tersebut. Sebaliknya suami beliau, iaitu menantu simati yang di
pertanggungjawabkan untuk memikul beban tersebut. Disini jelas bahawa Islam
memberikan hak bersesuaian dengan tanggungjawab.
Kesaksamaan
Sebaliknya apa yang berlaku di zaman moden ini ialah sistem kekeluargaan telah menjadi
kucar kacir kerana sesetengah wanita menuntut hak yang sama dengan lelaki tetapi
mereka ingin mengekalkan tanggungjawab yang sedikit. Sebagai contoh seorang wanita
Muslim inginkan hak untuk bekerja, meninggalkan rumah dan mendapatkan gaji tetapi
mereka menuntut agar suami menanggung semua perbelanjaan rumah dan menyara anakanak sehinggakan kadang-kadang sang suami terpaksa menanggung hutang yang banyak
sedangkan sang isteri dapat menyimpan wang dan membeli perhiasan yang mahal. Begitu
juga dengan sesetengah pihak lelaki; mereka mahukan bahagian dua kali ganda saudara
perempuan mereka tetapi menyerahkan kepada saudara perempuan untuk menjaga ibu tua
yang telah kematian suami. Keporakperandaan sesuatu keluarga ini terjadi kerana
berpunca daripada sikap cintakan dunia dan kebendaan dan tidak mempunyai keyakinan
kepada ketetapan dan peraturan yang Allah telah berikan melalui Al-Quran dan AsSunnah.
Sesetengah pihak menyarankan agar sistem kekeluargaan dan sistem perwarisan
dirombak untuk menyesuaikan dengan zaman moden dengan mencadangkan agar

Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

bahagian lelaki diberikan sama banyak dengan bahagian wanita. Mereka seterusnya
mencadangkan juga agar wanita (isteri) hendaklah bertanggungjawab dalam memberi
nafkah anak-anak dan menyediakan perbelanjaan isirumah serta lain-lain perbelanjaan
termasuk pendidikan anak-anak. Malah inilah yang telah berlaku di barat. Sehubungan
dengan ini, amatlah wajar bagi setiap orang menyedari bahawa Allah lebih mengetahui
tentang perkara yang berkaitan dan sebijak mana pun manusia mereka tidak dapat
menandingi ilmu Allah. Berhubung dengan harta pusaka, Al-Quran menyatakan ....Ini
adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi
MahaBijaksana (An-Nisa : 11). Seterusnya Al-Quran menyatakan, ....(Allah
menetapkan yang demikian itu sebagai) syari'at yang benar-benar dari Allah, dan
Allah Maha Mengetahui lagi MahaPenyantun (An-Nisa : 12).
Teliti
Perlu diingatkan bahawa Al-Quran bukan sahaja menyatakan dengan jelas hak wanita
yang terdekat iaitu ibu, isteri dan anak perempuan, tetapi juga menyatakan bahagianbahagian untuk kaum wanita yang lain iaitu saudara perempuan. Al-Quran juga
memperuntukkan hak saudara-saudara perempuan dalam keadaan-keadaan tertentu;
sebagai contoh, jika simati tidak mempunyai anak. Sehubungan dengan ini Al-Quran
menyatakan Mereka meminta fatwa kepadamu tentang kalalah. Katakanlah :"Allah
memberi fatwa kepadamu tentang kalalah (iaitu) : jika seorang meninggal dunia, dan
ia tidak mempunyai anak dan mempunyai saudara perempuan, maka bagi saudaranya
yang perempuan itu seperdua dari harta yang ditinggalkannya, dan saudaranya yang
laki-laki mempusakai (seluruh harta saudara perempuan), jika ia tidak mempunyai
anak; tetapi jika saudara perempuan itu dua orang,maka bagi keduanya dua pertiga
dari harta yang ditinggalkan oleh yang meninggal. Dan jika mereka (ahli waris itu
terdiri dari) saudara-saudara laki dan perempuan, maka bahagian seorang
saudaralaki-laki sebanyak bahagian dua orang saudara perempuan. Allah
menerangkan (hukum ini) kepadamu, supaya kamu tidak sesat. Dan Allah Maha
Mengetahui segala sesuatu (An-Nisa : 176)
Ayat ini menunjukkan kepada kita seolah-olah saudara perempuan mengambil tempat
anak perempuan jika simati tidak mempunyai anak perempuan. Walaubagaimanapun,
para ulama kita menyatakan bahawa apa yang dimaksudkan dengan saudara lelaki dan
saudara perempuan ialah saudara sekandung; iaitu saudara seibu sebapa. Jika tiada
saudara kandung, ianya diertikan kepada saudara sebapa. Ayat tersebut tidak berlaku
kepada saudara (lelaki atau perempuan) seibu kerana hak-hak saudara perempuan seibu
sebapa telah dinyatakan dalam ayat 12 Surah An-Nisa: ..........Jika seseorang mati, baik
laki-laki maupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan
anak, tetapi mempunyai seorang saudara laki-laki (seibu saja) atau seorang saudara
perempuan (seibu saja), maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu
seperenam harta. Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka
mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat
olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada
ahli waris). ....... (An-Nisa : 12)

Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

Bahagian 9
Konsep asabah dalam faraidh
Dalam bahagian-bahagian yang lalu kita telah membicarakan tentang jenis-jenis waris.
Sehubungan dengan ini para ulama kita telah membahagikan waris yang berhak
menerima harta pusaka simati kepada tiga jenis; iaitu ashabul furudh, asabah dan dzawil
arham. Ashabul furudh adalah mereka yang ahli waris yang mendapat bahagian tetap
seperti apa yang dinyatakan secara langsung atau tak langsung oleh Al-Quran.
'Asabah pula menurut istilah para fuqaha ialah ahli waris yang tidak disebutkan
banyaknya bahagian mereka di dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah dengan tegas. Sebagai
contoh, anak lelaki ialah asabah kerana berapa banyak bahagiannya tidak ditentukan
oleh Al-Quran. Pengertian asabah di kalangan ulama faraidh ialah orang yang membolot
atau menghabiskan seluruh baki harta warisan setelah ashabul furudh menerima dan
mengambil bahagian masing-masing.
Memandangkan bahawa tiada nas yang menetapkan bahagian asabah, mungkin ada di
antara pembaca yang bertanya, Apakah dalil yang menyatakan bahawa para asabah
berhak menghabiskan harta perwarisan. Sehubungan dengan ini terdapat ayat al-Quran
dan hadith yang menunjukkan bahawa asabah berhak membolot atau menghabiskan
harta warisan. Sebagai contoh, Al-Quran menyatakan, ..dan untuk dua orang ibu bapa,
bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal
itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia
diwarisi oleh ibu-bapanya (saja), maka ibunya mendapat sepertiga... (an-Nisa': 11).
Dalam ayat tersebut dinyatakan bahawa bahagian kedua orang tua (ibu dan bapa) masingmasing ialah seperenam (1/6) apabila simati mempunyai anak (keturunan). Akan tetapi
apabila simati tidak mempunyai anak, maka seluruh harta peninggalannya menjadi milik
kedua ibubapanya. Ayat tersebut juga menyatakan bahawa apabila simati tidak
mempunyai anak, maka ibu mendapat sepertiga (1/3). Namun, ayat tersebut tidak
menjelaskan berapa banyak bahagian bapa. Sehubungan degan ini kita dapat membuat
kesimpulan bahawa bapa mendapat dua per tiganya (2/3) daripada harta tersebut; iaitu ia
menghabiskan harta tersebut sesuai dengan pengertian asabah.
Dalam satu ayat yang dikenali dengan ayat kalalah, Al-Quran menyatakan, "...jika
seorang meninggal dunia, dan ia tidak mempunyai anak dan mempunyai saudara
perempuan, maka bagi saudaranya yang perempuan itu seperdua dari harta yang
ditinggalkannya, dan saudaranya yang lelaki mempusakai (seluruh harta saudara
perempuan), jika ia tidak mempunyai anak...." (an-Nisa': 176).
Pengertian kalimah "wahuwa yaritsuha" memberi isyarat bahwa seluruh harta
peninggalan menjadi hak saudara lelaki jika simati tidak mempunyai anak dan inilah juga
pengertian asabah yang dimaksudkan oleh para fuqaha faraidh.
Disamping itu terdapat juga hadith yang menunjukkan asabah menghabiskan harta.
Sebagai contoh Rasulullah saw bersabda, "Berikanlah faraidh kepada ahlinya, dan jika
ada baki, ianya adalah untuk lelaki yang paling utama. " (HR Bukhari) Hadith ini dengan
jelas menunjukkan bahawa asabah menghabiskan harta pusaka simati.

Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

Asabah terbahagi kepada tiga; asabah binnafsihi (asabah dengan sendiri), asabah bil
ghair (asabah dengan yang lain) dan asabah maal ghair (asabah dengan yang lain).
Asabah binnafsihi terdiri daripada waris-waris lelaki daripada sebelah lelaki. Mereka
terdiri daripada :

Anak lelaki
cucu lelaki dari anak lelaki sehingga kebawah
bapa
datuk sebelah bapa sehingga ke atas
saudara lelaki sekandung
saudara lelaki sebapa
anak lelaki saudara lelaki sekandung
anak lelaki saudara lelaki sebapa
bapa saudara lelaki sekandung
bapa saudara lelaki sebapa
anak bapa saudara lelaki sekandung
anak bapa saudara lelaki sebapa

Asabah binafsihi merupakan golongan yang terbesar dikalangan asabah. Perlu


dinyatakan disini bahawa selalunya apabila disebut asabah sahaja ia membawa maksud
asabah binnafsihi. Asabah menghabiskan harta hanya apabila ashabul furudh mendapat
bahagian masing-masing. Sehubungan dengn ini, jika tiada lebihan (baki) daripada harta
pusaka tersebut, maka asabah tidak berhak menerima apa-apa. Sebagai contoh, seorang
isteri meninggal dunia dan meninggalkan suami, anak perempuan dan saudara lelaki.
Dalam kes ini suami mendapat bahagian setengah (1/2) daripada harta pusaka dan anak
perempuan mendapat setegah lagi; maka saudara lelaki tidak mendapat apa-apa kerana
suami dan anak perempuan sebagai ashabul furudh telah menghabiskan kesemua harta
pusaka simati.
Dalam menentukan keutamaan antara asabah, caranya adalah sama seperti yang
diterangkan didalam bahagian hijab; iaitu mengikut hukum Jabari. Ini adalah kerana
asabah yang paling utama menghabiskan harta pusaka; dengan itu secara tak langsung ia
menghijab asabah yang lain.

Bahagian 10
Hak Wanita Dalam Sistem Pewarisan Islam Beberapa permasalahan tentang
bahagian ibu
Dalam bahagian lepas, kita telah membicarakan bahagian isteri dan bahagian anak
perempuan. Kali ini kita membicarakan tentang satu lagi golongan perempuan yang
terdekat dengan simati iaitu ibu. Al-Quran menjelaskan bahawa ibu mendapat satu per
enam atau satu per tiga daripada harta pusaka. Ini dijelaskan melalui ayat ...Dan untuk
dua orang ibu-bapa, bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan,
jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak
mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu-bapanya (saja), maka ibunya mendapat
sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka ibunya
mendapat seperenam ... (An-Nisa : 11)

Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

Sesetengah daripada kita mungkin bertanya, Jika ibu berserta bapa berhak mendapat
satu per enam seorang, bukankah ini melebihi bahagian anak-anak, terutama simati yang
mempunyai anak yang ramai?. Persoalan tersebut timbul kerana naluri manusia yang
inginkan yang sebaiknya untuk anak-anak mereka. Mereka kadang-kadang merasakan
bahawa ibu-bapa tidak perlu kepada harta pusaka kerana sebab-sebab yang mereka lebih
arif. Itu memang benar, tetapi Allah lebih mengetahui dan Allah memberikan jawapannya
lebih awal dengan firmanNya, (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak
mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfa'atnya bagimu.
Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana. (Akhir ayat 11 Surah An-Nisa)
Bahagian ibu
Berdasarkan kepada ayat-ayat di atas, kita boleh membuat kesimpulan bahawa ibu
mendapat bahagian satu perenam daripada harta pusaka dalam keadaan berikut :
1. Apabila simati meninggalkan anak, samada lelaki atau perempuan, seorang
ataupun banyak. Para ulama juga menyatakan bahawa anak di sini juga
bermaksud keturunan daripada anak lelaki; sebagai contoh, cucu daripada anak
lelaki dan sehingga kebawah.
2. Apabila simati meninggalkan lebih daripada seorang saudara samada semuanya
saudara lelaki atau semuanya saudara perempuan atau sebahagian lelaki dan
sebahagian perempuan, saudara seibu sebapa, saudara sebapa atau saudara seibu.
Ini bererti dalam kebanyakan kes, ibu mendapat satu perenam. Dalam beberapa kes ibu
mendapat satu per tiga. Ibu akan mendapat bahagian satu per tiga apabila simati tidak
meninggalkan anak atau cucu daripada anak lelaki atau tidak meinggalkan beberapa
saudara. Perkara ini jelas daripada Al-Quran. Walaubagaimanapun, terdapat dua kes di
mana bahagian ibu tidak jelas dan para ulama berselisih pendapat mengenainya.
Dua kes tersebut dinamakan kes gharawain. Ia juga dinamakan Umaryatin kerana
diputuskan oleh Saidina Umar Ibnul Khattab, khalifah Islam yang kedua. Kedua kes
tersebut adalah seperti berikut:
1. Seorang perempuan yang meninggal dunia meninggalkan suami, ibu dan bapa
sahaja.
2. Seorang lelaki yang meninggal dunia meninggalkan isteri, ibu dan bapa sahaja.
Penyelesaian
Sebelum kita membincangkan dengan lebih mendalam, cuba kita selesaikan kes pertama
seperti biasa berpandukan kepada Al-Quran. Mengikut kaedah biasa, pembahagiannya
adalah : suami mendapat setengah (kerana isteri meninggal tidak meninggalkan anak),
ibu mendapat satu per tiga dan bapa mendapat satu per enam. Ilustrasi berikut
memberikan gambaran kepada kes tersebut.

Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

Disini seolah-olah terdapat kejanggalan jika ibu mendapat lebih daripada bapa. Ini
berlawanan dengan konsep lelaki mendapat dua kali ganda bahagian perempuan. Sebagai
contoh, anak lelaki mendapat dua kali ganda bahagian anak perempuan. Sehubungan
dengan ini mazhab Shafie mengambil pandangan yang memberikan ibu sebanyak satu
perenam dan bapa satu pertiga. Ini berdasarkan kepada keputusan Saidina Umar r.a yang
diikuti oleh beberapa sahabat seperti Uthman khalifah kedua, Zaid bin Thabit pakar
faraid yang ulung, Ibnu Masud dan lain-lain. Mereka berpendapat bahawa ibu mendapat
satu pertiga daripada lebihan setelah ditolak bahagian suami iaitu satu perenam dan
selebihnya, satu pertiga, diberikan kepada bapa. Ilustrasi berikut memberikan gambaran
kepada pandangan ini.
CARA PEMBAHAGIAN

Berikan bahagian suami iaitu 1/2.


Lebihannya ialah 1/2
Daripada lebihan 1/2 ini kita berikan
1/3 kepada ibu. Ini sama dengan 1/6
daripada keseluruhan.
Baki keseluruhan iaitu 1/3 diberikan
kepada bapa.
Jadi bapa mendapat 1/3 dan ibu
mendapat 1/6. Ini bererti bapa
mendapat dua kali ganda bahagian
ibu.

Mereka memberikan alasan bahawa kalimat fali ummi thuluth dalam ayat 11 Surah AnNisa boleh bererti satu pertiga daripada keseluruhan atau sebahagian. Jika tidak
mengisyaratkan demikian maka kalimat wawarithuhu abawah tidak bererti apa-apa. Ini
adalah kerana apabila Al-Quran menerangkan kalimat tersebut, ia memberitahu bahagian
ibu iaitu satu pertiga dan bapa akan mendapat dua pertiga. Dalam hal ini ibu mendapat

Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

satu pertiga berdasarkan kepada ayat Al-Quran, ...jika orang yang meninggal tidak
mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu-bapanya (saja), maka ibunya mendapat
seper tiga;... (An-Nisa : 11) dan bapa akan mendapat dua per tiga yang mana satu
perenam sebagai ashabul furud dan selebihnya sebagai asabah (akan dibincangkan pada
siri-siri akan datang). Kesimpulannya ialah bapa sebagai lelaki mendapat dua kali ganda
bahagian ibu kerana bapa mendapat dua pertiga sedangkan ibu hanya mendapat satu
pertiga daripada harta pusaka. Ketentuan ini tidak berlaku jika simati meninggalkan
suami, ibu dan bapa dimana ibu mendapat satu pertiga kerana jika demikian maka ibu
sebagai perempuan mendapat dua kali ganda bapa dan ini berlawanan dengan konsep
umum. Mereka seterusnya mengaplikasikan doktrin asabah selepas ditolak bahagian
suami dimana ibu dikira sebagai asabah bi ghairihi (akan diterangkan dalam bahagian
asabah) bersama-sama dengan bapa.
Percanggahan pendapat
Walaubagaimanapun, dalam sejarah Islam kes ini telah menjadi perdebatan dimana
seorang sahabat yang tidak kurang ahlinya dalam sistem pewarisan Islam, iaitu Ibnu
Abbas telah tidak bersetuju dengan kaedah di atas dan tetap dengan pendirian bahawa ibu
mendapat satu pertiga daripada keseluruhan harta pusaka. Beliau mengemukakan hujahhujah berikut untuk menyokong pendapat beliau :
1. Pertama, bahawa kalimat fali ummi thuluth (bagi ibu satu per tiga) dalam ayat 11
Surah An-Nisa bererti satu per tiga daripada keseluruhan. Ini adalah kerana
kalimat tersebut sama dengan kalimat falahan nisfu (baginya setengah) yang
mana ianya dikaitkan dengan ma taraka (apa yang kamu itinggalkan). Jadi
kalimat fali ummi thuluth (bagi ibu satu pertiga) juga hendaklah dibaca sebagai
satu pertiga daripada apa yang ditinggalkan dan bukannya satu pertiga daripada
lebihan setelah ditolak bahagian suami.
2. Kedua, semua jenis fardu iaitu setengah, satu perempat, satu perlapan, satu
perenam dan dua pertiga yang disebutkan di dalam Al-Quran semuanya merujuk
kepada keseluruhan harta pusaka. Dengan itu satu pertiga juga merujuk kepada
satu pertiga daripada keseluruhan harta pusaka. Andainya satu pertiga merujuk
kepada lebihan setelah ditolak bahagian suami, sudah tentu ada nas yang
demikian. Memandangkan tiada nas maka kita kembali kepada asal iaitu daripada
keseluruhan harta pusaka selepas ditolak hutang dan wasiat.
3. Ibu merupakan golongan ashabul furud dan hendaklah didahulukan dan bapa
mendapat bahagian sebagai ashabul furud dan juga asabah binafsihi yang mana
asabah binafsihi menghabiskan harta jika terdapat lebihan. Ini sesuai dengan
sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi, Harta pusaka itu adalah untuk
ahlinya, maka jika ada lebih, ianya diberikan kepada lelaki yang paling utama
disebelah lelaki. (Mutafaq alaih)
Menurut Ibnu Qudamah, pendapat Ibu Abbas lebih kuat dan jika tidak kerana ijmak
dikalangan sahabat maka berkemungkinan pendapat beliau dipakai. Namun demikian
tidak juga dapat dikatakan ijmak dengan adanya percanggahan pendapat oleh Ibnu
Abbas. Menurut seorang orientalis yang mengkaji sistem pewarisan Islam yang bernama
Profesor Coulson, semua mazhab ahli sunah menerima pandangan ini kecuali mazhab
Syiah Imamiyah yang memberikan ibu satu pertiga daripada keseluruhan harta pusaka.

Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

Jumhur ulama menerima pandangan Saidina Umar kerana ianya lebih kuat dan sesuai
dengan kaedah lelaki mendapat dua kali bahagian perempuan apabila sama darjah.
Wallahu alam.
Kes gharawain
Dalam kes kedua gharawain, seorang lelaki yang meninggal dunia meninggalkan isteri,
ibu dan bapa. Sama seperti kes pertama, ulama juga berbeza pendapat. Pendapat pertama
sama dengan pendapat jumhur iaitu; isteri mendapat satu perempat, ibu mendapat satu
perenam dan selebihnya iaitu tujuh perduabelas diberikan kepada bapa. Pendapat kedua,
iaitu pendapat Ibnu Abbas dan mereka yang sehaluan dengannya. Golongan ini
berpendapat isteri mendapat satu perempat, ibu mendapat satu pertiga dan selebihnya
iaitu lima perduabelas adalah untuk bapa.
Pandangan Jumhur Ulama

Pandangan Mazhab Ibnu Abbas & Ibnu Sirin

Mazhab ikutan
Memandangkan bahawa mazhab yang dipakai di negara kita merupakan mazhab Shafie
yang juga ahli sunah wal jamaah, maka sesiapa yang ingin memastikan ibu mendapat
warisan yang secukupnya boleh menggunakan instrumen perancangan harta pusaka yang
lain. Sebagai contoh, andaikan seseorang itu ingin meninggalkan RM 60,000 untuk
ibunya sedangkan ia mempunyai harta sebanyak RM 180,000 maka ia harus
menggunakan instrumen lain untuk membolehkan ibunya mendapat RM 60,000.
Sehubungan dengan ini seseorang itu boleh mendapatkan khidmat Pusat Perancangan
Harta di cawangan-cawangan Amanah Raya Berhad.

Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

Bahagian 13
Rukun, syarat, penghalang dan kewajipan pewarisan
Tidak seperti rukun fekah yang lain, yang kadang-kadang menjangkau ke beberapa belas
bilangan, rukun pewarisan cuma tiga; 1) Muwaris atau orang yang diwarisi iaitu orang
yang meninggal dunia dan meninggalkan harta 2) Waris atau orang yang mewarisi iaitu
waris-waris yang ada hubungan dengan si mati seperti hubungan pertalian darah dan
perkahwinan dan tidak terhalang untuk mendapat perwarisan dan 3) Harta peninggalan
yang menjadi harta pusaka iaitu harta yang terdiri daripada harta alih dan harta tak alih.
Ketiga-tiga rukun tersebut perlu wujud untuk terjadinya pewarisan Tanpa salah satu
daripada tiga perkara tersebut, pewarisan tidak berlaku. Sebagai contoh, jika ada orang
yang mati dan ada waris, tetapi tiada harta, maka pewarisan tidak berlaku. Begitu juga
jika ada waris dan ada harta peninggalan tetapi tiada orang yang mati atau yang disahkan
mati, maka pewarisan tidak berlaku.
Syarat yang membolehkan harta pusaka dibahagikan, ada tiga. Pertama, muwaris atau
orang yang di warisi hendaklah benar-benar mati (maut hakiki) atau dianggapkan telah
mati berdasarkan keputusan mahkamah (maut hakimi). Sebagai contoh, orang yang koma
di hospital tidak di anggap mati kerana ia boleh kembali hidup seperti sediakala dan
hartanya tidak boleh dibahagi-bahagikan. Walaupun kita boleh berhujah bahawa orang
yang koma di anggap mati, ada kemungkinan ia boleh kembali sihat, walaupun
kemungkinan ini kecil. Ini adalah kerana seseorang yang masih hidup boleh
mengendalikan hartanya dan selagi ianya belum sah mati atau disahkan mati, maka pada
dasarnya ia masih berhak mengendalikan hartanya. Sehubungan dengan ini, perkara
tersebut hendaklah diserahkan kepada Mahkamah Syariah. Begitu juga dengan orang
yang hilang; sebagai contoh seseorang itu telah pergi bercuti di suatu kawasan yang
dilanda tsunami dan tidak pulang untuk beberapa ketika. Harta pusakanya tidak boleh
dibahagi-bahagikan kerana belum pasti ia telah meninggal dunia dan dalam kes ini hanya
mahkamah yang boleh menentukan dan mahkamah perlu mendapatkan segala
pembuktian sebelum membuat keputusan. Sebagai contoh, pembuktian boleh dilakukan
melalui ujian DNA atau sebagainya.
Kedua, orang yang mewarisi hendaklah pasti hidup pada masa muwaris meninggal dunia.
Sebagai contoh, katakan seorang anak telah belayar selama beberapa tahun dan tidak
pernah menghubungi ibubapa atau saudara-maranya dan sepanjang tempoh pelayaran
tersebut tiada siapa yang mengetahui dimana beliau berada. Andai kata bapanya
meninggal dunia pada ketika itu, beliau berhak keatas harta pusaka bapanya dan
bahagiannya tidak boleh di agihkan kepada orang lain kerana belum pasti beliau telah
meninggal dunia. Sebaliknya berkemungkinan besar beliau masih hidup dan bahagian
hartanya hendaklah disimpan atau ditadbir bagi pihaknya. Walaubagaimanapun, jika
tidak diketahui apakah seseorang itu hidup atau mati sesudah kematian muwaris seperti
sama-sama mati dalam kemalangan atau malapetaka; seperti kemalangan jalanraya,
kebakaran, bencana alam dan sebagainya maka mereka saling tidak mempusakai antara
satu dengan yang lain.
Syarat ketiga ialah mengetahui pertalian di antara waris dengan muwaris, seperti kaum
kerabat atau menerusi perkahwinan. Disamping itu juga perlu diketahui jantinanya
dengan jelas. Tidak cukup hanya dengan mengetahui si A adalah waris kepada B.

Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

Sebaliknya hendaklah diketahui si A adalah anak lelaki kepada saudara lelaki kepada B.
Ini adalah kerana masing-masing waris mendapat bahagian-bahagian yang berlainan; ada
yang telah ditetapkan bahagiannya dan ada yang mewarisi secara asabah yakni selepas
ditolak bahagian mereka yang mendapat bahagian tetap. Malah ada di antara waris yang
tidak mendapat bahagian langsung kerana terdinding oleh waris yang lain. Ini adalah
kerana waris-waris itu terbahagi kepada tiga jenis; iaitu ashabul furud,asabah dan dzawil
arham. (Gambarajah berikut memberikan gambaran mengenai ketiga-tiga jenis waris.)
Ashabul furud boleh dibahagikan kepada tiga; ahli waris utama, ahli waris gantian dan
ahli waris kedua. Jika tiada ahli utama, tempat mereka di ambil oleh ahli waris gantian.
Sebagai contoh, jika tiada bapa, datuk sebelah bapa akan mengambil alih tempat bapa.
Asabah terbahagi kepada tiga jenis; iaitu asabah binafsihi, asabah bighairihi dan asabah
maa ghairihi. Penjelasan mengenai asabah akan dibicarakan pada bahagian-bahagian
akan datang. Arham adalah jamak (plural) dari perkataan rahim dan rahim pula bererti
tempat terbentuknya anak dalam perut ibu. Secara am dzawil arham terdiri daripada
semua kaum kerabat tetapi menurut istilah ulama faraid, dzawil arham terdiri daripada
kaum kerabat yang bukan ashabul furud dan bukan pula asabah. Sebagai contoh, cucucucu daripada anak perempuan dan keturunan mereka adalah merupakan sebahagian
daripada dzawil arham. Menurut sesetengah ulama faraid, dzawil arham boleh mewarisi;
walaubagaimanapun dalam pandangan mazhab Shafie, dzawil arham tidak berhak
mewarisi; sebaliknya hak tersebut jatuh kepada Baitul Mal apabila tidak ada ashabul
furud dan asabah. Sehubungan dengan ini perancangan pengurusan pewarisan hendaklah
dibuat samada melalui wasiat atau sebaliknya untuk memastikan agar dzawil arham
mendapat bahagian daripada pusaka.

Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

Bahagian 14
Rukun, syarat, penghalang dan kewajipan pewarisan
Disamping pertalian darah, mengetahui kedudukan perkahwinan juga perlu. Ini adalah
kerana perkahwinan merupakan ikatan yang membolehkan seseorang mewarisi antara
satu dengan yang lain. Sehubungan dengan ini seseorang yang telah bercerai (sebagai
contoh talak bain) tidak ada lagi ikatan perkahwinan; maka ia tidak berhak mempusakai
harta simati.
Dalam keadaan tertentu seseorang waris yang berhak mewarisi harta boleh terhalang
daripada menerima pusaka. Sebab-sebab yang boleh menghalang seseorang itu daripada
menerima pusaka ialah membunuh dan berlainan ugama.
Para ahli-ahli fekah sepakat bahawa seseorang yang membunuh tidak berhak mendapat
harta pusaka. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w., Tidaklah seorang
pembunuh berhak mewarisiharta orang yang dibunuhnya. Dari hadis tersebut satu
ungkapan yang sangat masyhur telah lahir di kalangan ahli-ahli fekah yang sekaligus
dijadikan sebagai satu kaedah Siapa yang menyegerakan agar mendapatkan sesuatu
sebelum waktunya, maka dia tidak mendapatkan bahagiannya.
Walaubagaimanapun, ahli-ahli fekah berbeza pendapat tentang apakah jenis pembunuhan
yang menghalang seseorang itu mendapat harta pusaka. Sebagai contoh, mazhab Maliki
berpendapat bahawa hanya pembunuhan yang dilakukan dengan sengaja atau yang
dirancang dapat menggugurkan hak waris. Walaubagaimanapun, menurut mazhab Syafie
segala jenis pembunuhan dapat mengahalang seseorang itu mempusakai harta pusaka
termasuk pembunuhan yang tidak sengaja.
Satu lagi perkara yang boleh menghalang seorang yang layak menerima harta pusaka
ialah perbezaan ugama. Ini berdasarkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w Tidaklah berhak
seorang muslim mewarisi orang kafir, dan tidak pula orang kafir mewarisi muslim.
(Riwayat Bukhari dan Muslim). Sehubungan dengan ini, seseorang Muslim yang
mempunyai waris terdekat yang bukan Islam seharusnya mengambilkira perkara ini dn
membuat perancangan pewarisan yang sewajarnya. Jika tidak, perkara yang tidak diingini
mungkin berlaku. Sebagai contoh, baru-baru ini telah berlaku satu keadaan dimana
seorang bukan Islam telah memeluk agama Islam tetapi tidak membuat perancangan
pewarisan. Apabila beliau meninggal dunia, ahli keluarganya menuntut harta pusakanya
di mahkamah. Akan tetapi memandangkan beliau seorang yang beragama Islam
sedangkan keluarganya bukan beragama Islam maka harta pusaka beliau jatuh kepada
Baitulmal Negeri sesuai dengan pandangan mazhab Shafie sepertimana yang diterangan
di atas. Dengan membuat perancangan pewarisan, perbalahan seperti yang berlaku di
antara waris simati yang bukan Islam dengan Baitulmal Negeri boleh di elakkan.
Sebelum pembahagian pusaka boleh dilakukan, beberapa kewajipan perlu ditunaikan
terlebih dahulu. Ulama berbeza pendapat apakah kewajipan-kewajipan yang perlu
ditunaikan dan apakah urutan kewajipan-kewajipan tersebut. Walaubagaimanapun
mengikut mazhab Shafie, kewajipan-kewajipan yang perlu ditunaikan sebelum
pembahagian harta pusaka ialah :

Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

Kos penyelenggaraan mayat


Pembayaran hutang
Penyempurnaan wasiat

Perkara pertama yang perlu ditunaikan sebelum pembahagian harta pusaka ialah kos
penyelenggaraan mayat. Semua keperluan yang berkaitan dengan penyelenggaraannya
iaitu dari saat ia meninggal dunia sehingga ia dikebumikan.seperti upah memandikan,
kain kafan, perbelanjaan pengkebumian seperti gali kubur dan sebagainya. Sudah tentu
kos penyelenggaraan mayat berbeza mengikut kedudukan dan pangkatnya dan tempat
penyelenggaraannya; sebagai contoh perbelanjaan pengkebumian di Kuala Lumpur agak
tinggi berbanding dengan perbelanjaan pengkebumian di kampung-kampung.
Walaubagaimanapun, pada dasarnya ianya hendaklah sederhana dan tidak perlu terlalu
mewah.
Perkara kedua yang perlu ditunaikan sebelum pembahagian pusaka ialah hutang. Ini
berdasarkan kepada sebuah hadis Rasulullah s.a.w. Jiwa orang mukmin itu tergantung
olehhutangnya sehingga ianya dibayar. Hutang terdiri daripada dua jenis; hutang
kepada manusia dan hutang kepada Allah. Hutang kepada manusia termasuk kepada
individu, institusi kewangan dan sebagainya. Walaubagaimanapun ulama berbeza
pendapat apakah hutang kepada Allah itu wajib dibayar atau tidak. Menurut mazhab
Shafie, hutang kepada Allah juga wajib dibayar di samping hutang kepada manusia.
Hutang kepada Allah termasuk haji yang belum dijalankan, zakat yang belum dibayar,
nazar yang belum ditunaikan, kafarah dan sebagainya. Dalam pada itu, ulama juga
berbeza pendapat tentang hutang manakah yang perlu di dahulukan; hutang kepada
manusia atau hutang kepada Allah? Menurut pandangan ulama mazhab Syafie hutang
kepada Allah wajib ditunaikan sebelum hutang sesama manusia. Mazhab Maliki
berpendapat hutang kepada manusia patut didahulukan daripada hutang kepada Allah.
Ulama mazhab Hambali pula berpendapat bahawa hutang kepada Allah dan hutang
kepada manusia adalah sama keutamaannya.
Perkara ketiga yang wajib ditunaikan sebelum pembahagian harta pusaka ialah
menunaikan seluruh wasiat simati. Walaubagaimanapun, seseorang itu hanya boleh
mewasiatkan tidak melebihi sepertiga dari seluruh harta peninggalannya sesuai dengan
hadis Rasulullah, ...Sepertiga, dan sepertiga pun banyak. Sesungguhnya
meninggalkan waris kamu kaya adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka
miskin meminta-minta.. seperti yang riwayatkan oleh Saad bin Abi Waqqas. Pada masa
itu Sa'ad sakit dan berniat menyerahkan harta yang dimilikinya ke Baitulmal. Hadis ini
menunjukkan kepada kita bahawa meninggalkan harta pewarisan yang mencukupi adalah
sangat digalakkan dan seseorang itu sewajarnya mengambilkira dan mengimbangi di
Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

antara meninggalkan harta pusaka yang mencukupi dengan memberikan wasiat kepada
seseorang yang sepatutnya.

Bahagian 15
Konsep Hijab dalam faraid
Perkataan arab al-hajb bererti terhalang. Termasuk dalam pengertian hajb ialah
perkataan al-hijab yang bererti apa sahaja yang dapat mendinding dan menghalangnya
daripada pandangan Di kalangan ulama faraid, al-hajb bererti menghalang seseorang
yang berhak atau mempunyai sebab untuk mendapat warisan samada keseluruhan atau
sebahagian daripadanya.Ini bererti seseorang itu terhalang atau terdinding daripada
menerima warisan samada secara keseluruhannya atau sebahagian sahaja kerana
didinding oleh orang yang lebih berhak menerimanya. Orang yang mendinding disebut
sebagai hajib dan orang yang terdinding disebut sebagai mahjub. Ini bererti orang yang
dihijab atau orang yang mahjub itu gugur haknya daripada menerima sebahagian atau
kesemua pusaka yang layak diterimanya. Hak seseorang ahli waris boleh gugur kerana
dua jenis hijab. Yang pertama di sebut sebagai hijab dengan sifat (hujub bil washfi) dan
yang kedua dikenali sebagai hijab dengan peribadi (hujub bil syakhsi).
Hijab dengan sifat ialah seseorang itu terhijab (terdinding atau terhalang) daripada
menerima pusaka atas sifatnya dan disini terdapat dua jenis sifat yang membuat
seseorang itu terhalang daripada menerima pusaka. Pertama, orang yang membunuh
pewarisnya dan yang kedua ialah berlainan agama sepertimana yang diterangkan dalam
bahagian yang lalu. Mengenai orang yang membunuh, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Seorang pembunuh tidak dapat mewarisi sedikit pun. (Abu Daud). Para ulama sepakat
bahawa pembunuh tidak berhak mewarisi tetapi mereka berselisih pendapat apakah jenis
pembunuhan yang benar-benar menghalangi seseorang itu daripada berhak menerima
pewarisan. Sehubungan dengan ini mazhab Shafie berpendapat bahawa semua jenis
pembunuhan, samada sengaja atau tidak, menghalangi seseorang itu daripada menerima
pewarisan. Mengenai perbezaan agama, Rasulullah s.a.w. bersabda: Orang Islam tidak
mewarisi harta orang kafir dan orang kafir tidak mewarisi harta orang Islam
(Mutafaqalaih) Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak saling
mewarisi dua orang pengikut agama yang berbeza.
Sehubungan dengan ini seseorang mualaf sepatutnya membuat perancangan pewarisan
untuk memastikan agar warisnya boleh mendapat sedikit sebanyak harta pewarisannya.
Katakan seseorang itu baru memeluk agama Islam tetapi mempunyai ibu bapa yang
masih beragama bukan Islam. Jika ia meninggal dunia, kedua ibu bapanya tidak berhak
mendapat pewarisan dibawah undang-undang keluarga Islam. Perkara ini banyak berlaku
di Sabah dan Sarawak. Baru-baru ini juga timbul perkara yang sedemikian di salah satu
negeri di Semenanjung Malaysia dan perkara tersebut telah ditimbulkan di Dewan
Undangan Negeri. Dalam kes tersebut seorang yang telah memeluk Islam telah
meninggal dunia dan waris-warisnya yang bukan Islam telah menuntut pewarisannya.
Mereka terdiri daripada orang yang tidak berada.Namun hukum Islam jelas menyatakan
bahawa warisnya tidak mendapat hartanya sebagaimana yang diterangkan oleh hadis di
atas.

Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

Hijab dengan peribadi pula ialah seseorang itu terhalang atau terdinding daripada
menerima haknya samada seluruhnya atau sebahagian daripadanya disebabkan ada
peribadi lain yang lebih berhak untuk menerimanya. Hijab dengan peribadi terbahagi
dua: iaitu hijab sepenuhnya (hirman) dan hijab dengan berkurangan (nuqshan). Hijab
sepenuhnya bererti hijab yang mendinding seseorang itu daripada menerima apa-apa
pusaka iaitu orang yang terhalang atau terdinding itu tidak mendapat sedikitpun harta
pusaka disebabkan waris lain yang mendindingnya. Sebagai contoh, seorang datuk
terdinding sepenuhnya daripada menerima pusaka oleh bapa. Ini bererti datuk tidak
mendapat apa-apa bahagian kerana didinding oleh bapa. Sebagai contoh yang lain,
seorang cucu terdinding sepenuhnya daripada menerima pusaka oleh anak lelaki.
Hijab dengan pengurangan pula ialah pengurangan bahagian seseorang waris disebabkan
ada waris lain yang mendinding sebahagian daripada bahagiannya. Sebagai contoh
bahagian ibu akan berkurangan daripada sepertiga menjadi seperenam disebabkan simati
mempunyai keturunan (anak). Demikian juga bahagian seorang suami yang mendapat
setengah menjadi seperempat, dan bahagian seorang isteri yang mendapat seperempat
menjadi seperlapan kerana simati mempunyai anak, dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, didalam kontek faraid, apabila terdapat perkataan hijab tanpa
diikuti oleh jenisnya, maka ia membawa maksud hijab sepenuhnya. Sehubungan dengan
ini terdapat enam jenis waris yang tidak dihijab sepenuhnya (hirman). Mereka ialah
suami/isteri, ibu, bapa, anak lelaki dan anak perempuan.
Golongan yang tidak dihijab

Dalam menentukan siapa di antara waris-waris yang terdinding, doktrin hijab


menggunakan apa yang disebut sebagai hukum Jabari. Hukum Jabari menyatakan
bahawa dalam menentukan pendidingan, keutamaan diberikan seperti berikut :

Tarjih bi jihat (tarjih dengan arah)


Tarjih bi darajah (tarjih dengan darjat)
Tarjih bi quwwatil qarabah (tarjih dengan kekuatan pertalian)

Perkara pertama yang perlu ditunaikan sebelum pembahagian harta pusaka ialah kos
penyelenggaraan mayat. Semua keperluan yang berkaitan dengan penyelenggaraannya
iaitu dari saat ia meninggal dunia sehingga ia dikebumikan.seperti upah memandikan,
kain kafan, perbelanjaan pengkebumian seperti gali kubur dan sebagainya. Sudah tentu
kos penyelenggaraan mayat berbeza mengikut kedudukan dan pangkatnya dan tempat

Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

penyelenggaraannya; sebagai contoh perbelanjaan pengkebumian di Kuala Lumpur agak


tinggi berbanding dengan perbelanjaan pengkebumian di kampung-kampung.
Walaubagaimanapun, pada dasarnya ianya hendaklah sederhana dan tidak perlu terlalu
mewah.
Perkara kedua yang perlu ditunaikan sebelum pembahagian pusaka ialah hutang. Ini
berdasarkan kepada sebuah hadis Rasulullah s.a.w. Jiwa orang mukmin itu tergantung
olehhutangnya sehingga ianya dibayar. Hutang terdiri daripada dua jenis; hutang
kepada manusia dan hutang kepada Allah. Hutang kepada manusia termasuk kepada
individu, institusi kewangan dan sebagainya. Walaubagaimanapun ulama berbeza
pendapat apakah hutang kepada Allah itu wajib dibayar atau tidak. Menurut mazhab
Shafie, hutang kepada Allah juga wajib dibayar di samping hutang kepada manusia.
Hutang kepada Allah termasuk haji yang belum dijalankan, zakat yang belum dibayar,
nazar yang belum ditunaikan, kafarah dan sebagainya. Dalam pada itu, ulama juga
berbeza pendapat tentang hutang manakah yang perlu di dahulukan; hutang kepada
manusia atau hutang kepada Allah? Menurut pandangan ulama mazhab Syafie hutang
kepada Allah wajib ditunaikan sebelum hutang sesama manusia. Mazhab Maliki
berpendapat hutang kepada manusia patut didahulukan daripada hutang kepada Allah.
Ulama mazhab Hambali pula berpendapat bahawa hutang kepada Allah dan hutang
kepada manusia adalah sama keutamaannya.
Perkara ketiga yang wajib ditunaikan sebelum pembahagian harta pusaka ialah
menunaikan seluruh wasiat simati. Walaubagaimanapun, seseorang itu hanya boleh
mewasiatkan tidak melebihi sepertiga dari seluruh harta peninggalannya sesuai dengan
hadis Rasulullah, ...Sepertiga, dan sepertiga pun banyak. Sesungguhnya
meninggalkan waris kamu kaya adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka
miskin meminta-minta.. seperti yang riwayatkan oleh Saad bin Abi Waqqas. Pada masa
itu Sa'ad sakit dan berniat menyerahkan harta yang dimilikinya ke Baitulmal. Hadis ini
menunjukkan kepada kita bahawa meninggalkan harta pewarisan yang mencukupi adalah
sangat digalakkan dan seseorang itu sewajarnya mengambilkira dan mengimbangi di
antara meninggalkan harta pusaka yang mencukupi dengan memberikan wasiat kepada
seseorang yang sepatutnya.

Bahagian 16
Konsep Hijab dalam faraid
Ini bererti dalam menentukan pendindingan, mula-mula sekali dilihat jihat seseorang itu.
Dalam hal ini jihat yang diutamakan ialah jihat bunuwwah iaitu keturunan kebawah,
kemudian jihat ubuwwah iaitu usul keatas dan akhir sekali jihat ukhuwah iaitu saudara
lelaki. Carta berikut memberikan gambaran mengenai urutan keutamaan ketiga-tiga jihat.

Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

Berdasarkan kepada hukum Jabari, bapa didinding oleh cucu lelaki kerana cucu lelaki
adalah daripada jihat bunuwwah iaitu jihat yang lebih diutamakan daripada jihat
ubuwwah walaupun bapa lebih dekat daripada cucu lelaki dari segi darjat. Ini adalah
kerana jihat diutamakan daripada darjat. Walaubagaimanapun, di dalam mazhab Shafie
terdapat sedikit perbezaan; datuk tidak mendinding saudara lelaki walaupun jihat
ubuwwah diutamakan daripada jihat ukhuwwah. Sehubungan dengan ini, jika tidak
terdapat keturunan lelaki dan bapa; dan terdapat datuk dan saudara lelaki, mereka samasama mendapat pusaka.Berdasarkan kepada ini waris-waris lelaki yang terdinding ada
sebelas iaitu seperti berikut :
1. Datuk (bapa kepada bapa) hingga ke atas terdinding oleh bapa.
2. Saudara lelaki sekandung terdinding oleh bapa dan keturunan lelaki hingga ke bawah
(anak, cucu, cicit, dan seterusnya).
3. Cucu lelaki terdinding oleh anak lelaki dan seterusnya cicit. Demikian juga para cucu
akan terhalang oleh cucu yang paling dekat (lebih dekat).
4. Saudara lelaki sebapa terdinding oleh saudara lelaki sekandung, bapa serta keturunan
lelaki hingga kebawah (anak, cucu, cicit, dan seterusnya).
5. Saudara lelaki seibu terdinding oleh bapa, datuk hingga ke atas dan keturunan lelaki.
6. Anak saudara lelaki sekandung terdinding oleh bapa, datuk hingga ke atas, keturunan
lelaki, saudara lelaki sekandung dan saudara lelaki sebapa.
7. Anak saudara lelaki sebapa terdinding oleh bapa, datuk hingga ke atas, keturunan
lelaki, saudara lelaki sekandung,saudara lelaki sebapa dan anak saudara lelaki sekandung.
8. Bapa saudara lelaki sekandung terdinding oleh bapa, datuk hingga ke atas, keturunan
lelaki, saudara lelaki sekandung, saudara lelaki sebapa, anak saudara lelaki sekandung
dan anak saudara lelaki sebapa.
9. Bapa saudara lelaki sebapa terdinding oleh bapa, datuk hingga ke atas, keturunan
lelaki, saudara lelaki sekandung, saudara lelaki sebapa, anak saudara lelaki sekandung,
anak saudara lelaki sebapa dan bapa saudara lelaki sekandung.
10. Anak bapa saudara (sepupu) lelaki sekandung terdinding oleh bapa, datuk hingga ke
atas, keturunan lelaki, saudara lelaki sekandung, saudara lelaki sebapa, anak saudara

Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

lelaki sekandung, anak saudara lelaki sebapa, bapa saudara lelaki sekandung dan bapa
saudara lelaki sebapa.
11. Anak bapa saudara (sepupu) lelaki sebapa terdinding oleh bapa, datuk hingga ke atas,
keturunan lelaki, saudara lelaki sekandung, saudara lelaki sebapa, anak saudara lelaki
sekandung, anak saudara lelaki sebapa, bapa saudara lelaki sekandung, bapa saudara
lelaki sebapa dan sepupu sekandung.
Disebelah perempuan pula waris-waris yang terdinding ialah :
1. Nenek (baik ibu dari ibu ataupun dari bapak) oleh ibu.
2. Cucu perempuan (keturunan anak laki-laki) terdinding oleh anak lelaki dan dua orang
anak perempuan atau lebih, kecuali jika ada asabah (akan diterangkan sepenuhnya dalam
bahagian akan datang).
3. Saudara perempuan sekandung terdinding oleh bapa dan keturunan lelaki.
4. Saudara perempuan seayah terdinding oleh saudara perempuan sekandung jika ia
menjadi ashabah ma'al ghair (akan diterangkan dalam bahagian akan datang). Selain itu,
ia jua terdinding oleh bapa, keturunan lelaki, dua orang saudara perempuan sekandung
kecuali bila adanya ashabah.
5. Saudara perempuan seibu terdinding oleh bapa, datuk hingga keatas, keturunan lelaki
baik laki-laki ataupun perempuan.
Bagi golongan ke-2 diatas, cucu perempuan daripada anak lelaki terdinding oleh dua
orang anak perempuan atau lebih. Dalam hal ini anak-anak perempuan mendapat
bahagian dua per tiga (2/3) dan cucu perempuan tidak mendapat apa-apa. Namun, apabila
ia mempunyai saudara lelaki (yakni cucu lelaki daripada anak lelaki) yang sedarjat
ataupun yang lebih rendah dari darjat cucu perempuan, maka cucu lelaki dapat menyeret
cucu perempuan itu sebagai asabah, yang sebelumnya tidak mendapat bahagian. Keadaan
seperti ini dalam faraid disebut sebagai kerabat yang berkat atau saudara lelaki yang
berkat. Ini adalah kerana tanpa cucu lelaki, cucu perempuan tidak akan mendapat
warisan.
Begitu juga halnya dengan kes dimana saudara perempuan sebapa tidak mendapat apaapa bahagian apabila terdapat saudara perempuan sekandung. Namun jika terdapat
saudara lelaki sebapa maka saudara lelaki sebapa tadi dapat menyeretnya mendapatkan
harta pewarisan.Keadaan seperti ini dinamakan sebagai saudara yang berkat, sebab tanpa
kewujudannya para saudara kandung perempuan itu tidak akan menerima hak pewarisan
mereka.
Sebaliknya dalam keadaan tertentu terdapat juga kes dimana kewujudan saudara lelaki
tidak membawa berkat. Ini adalah kerana kewujudannya menyebabkan ahli waris
perempuan tidak mendapat bahagian mereka. Sebagai contoh seorang wanita meninggal
dunia dan meninggalkan suami, ibu, bapa, anak perempuan, dan cucu perempuan dari
anak laki-laki. Sehubungan dengan ini pembahagiannya seperti berikut: suami
seperempat (1/4), ibu seperenam (1/6), ayah juga seperenam (1/6), anak perempuan
setengah, dan cucu perempuan daripada anak lelaki mendapat seperenam (1/6) sebagai
penyempurna saham dua per tiga (2/3). Apabila diaulkan bahagian cucu perempuan
daripada anak lelaki menjadi dua perlimabelas (2/15). Akan tetapi jika terdapat saudara

Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

lelaki kepada cucu perempuan tersebut (iaitu cucu lelaki daripada anak lelaki) maka cucu
perempuan tadi tidak mendapat bahagian.
Perancangan pewarisan perlu mengambilkira siapa di antara waris yang wajar menerima
pewarisan tetapi terdinding disebabkan ada waris yang lebih dekat. Sebagai contoh
katakan seseorang itu mempunyai cucu dan beberapa anak lelaki. Katakan juga bapa
kepada cucunya (iaitu anaknya) telah meninggal dunia terlebih dahulu.Ini bererti cucunya
akan tidak dapat menerima pewarisan kerana didinding oleh anak-anak lelakinya. Dengan
itu beliau wajar membuat wasiat agar cucunya mendapat sebahagian daripada harta
pewarisan. Sehubungan dengan ini Amanah Raya Berhad boleh membantu didalam
menyediakan wasiat tersebut.

Bahagian 17
Konsep asabah dalam faraid
Dalam bahagian-bahagian yang lalu kita telah membincangkan tentang jenis-jenis waris.
Sehubungan dengan ini para ulama kita telah membahagikan waris yang berhak
menerima harta pusaka simati kepada tiga jenis; iaitu ashabul furud, asabah dan dzawil
arham. Ashabul furud adalah ahli waris yang mendapat bahagian tetap seperti apa yang
dinyatakan secara langsung atau tak langsung oleh Al-Quran.
Asabah pula menurut istilah para ahli fekah ialah ahli waris yang tidak disebutkan
bahagian mereka di dalam Al-Quran dan As-Sunnah dengan nyata. Sebagai contoh, anak
lelaki ialah asabah kerana jumlah bahagiannya tidak ditentukan oleh Al-Quran.
Pengertian asabah di kalangan ulama faraid ialah orang yang membolot atau
menghabiskan seluruh baki harta pusaka setelah ashabul furud menerima dan mengambil
bahagian masing-masing.
Memandangkan bahawa tiada nas yang menetapkan bahagian asabah, mungkin ada di
antara pembaca yang bertanya, Apakah dalil yang menyatakan bahawa golongan asabah
berhak menghabiskan harta pusaka. Sehubungan dengan ini terdapat ayat Al-Quran dan
Hadis yang menunjukkan bahawa asabah berhak membolot atau menghabiskan harta
pusaka. Sebagai contoh, Al-Quran menyatakan ..dan untuk dua orang ibu bapa, bagi
masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu
mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh
ibu-bapanya (saja), maka ibunya mendapat sepertiga... (An-Nisa': 11).
Dalam ayat tersebut dinyatakan bahawa bahagian kedua orang tua (ibu dan bapa) masingmasing ialah seperenam (1/6) apabila simati mempunyai anak (keturunan). Akan tetapi
apabila simati tidak mempunyai anak, maka seluruh harta peninggalannya menjadi milik
kedua ibubapanya. Ayat tersebut juga menyatakan bahawa apabila simati tidak
mempunyai anak, maka ibu mendapat sepertiga (1/3). Namun, ayat tersebut tidak
menjelaskan berapa banyak bahagian bapa. Sehubungan dengan ini kita dapat membuat
kesimpulan bahawa bapa mendapat dua per tiganya (2/3) daripada harta tersebut; iaitu
beliau menghabiskan harta tersebut sesuai dengan pengertian asabah.
Dalam satu ayat yang dikenali dengan ayat kalalah, Al-Quran menyatakan, "...jika
seorang meninggal dunia, dan ia tidak mempunyai anak dan mempunyai saudara

Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

perempuan, maka bagi saudaranya yang perempuan itu seperdua dari harta yang
ditinggalkannya, dan saudaranya yang lelaki mempusakai (seluruh harta saudara
perempuan), jika ia tidak mempunyai anak...." (an-Nisa': 176).
Pengertian perkataan "wahuwa yaritsuha" memberi isyarat bahawa seluruh harta
peninggalan menjadi hak saudara lelaki jika simati tidak mempunyai anak dan inilah juga
pengertian asabah yang dimaksudkan oleh para ulamak faraid.
Disamping itu terdapat juga hadis yang menunjukkan asabah membolot baki harta.
Sebagai contoh Rasulullah s.a.w bersabda "Berikanlah faraid kepada ahlinya, dan jika
ada baki, ianya adalah untuk lelaki yang paling utama. " (HR Bukhari). Hadis ini dengan
jelas menunjukkan bahawa asabah menghabiskan harta pusaka simati.
Asabah terbahagi kepada tiga : asabah binnafsihi (asabah dengan sendiri), asabah bil
ghair (asabah dengan yang lain) dan asabah maal ghair (asabah dengan yang lain).
Asabah binnafsihi terdiri daripada waris-waris lelaki daripada sebelah lelaki. Mereka
terdiri daripada :

Anak lelaki
Cucu lelaki dari anak lelaki sehingga ke bawah
Bapa
Datuk sebelah bapa sehingga ke atas
Saudara lelaki sekandung
Saudara lelaki sebapa
Anak lelaki saudara lelaki sekandung
Anak lelaki saudara lelaki sebapa
Bapa saudara lelaki sekandung
Bapa saudara lelaki sebapa
Anak bapa saudara lelaki sekandung
Anak bapa saudara lelaki sebapa

Bahagian 18
Konsep asabah dalam faraid
Asabah binafsihi merupakan golongan yang terbesar dikalangan asabah. Perlu
dinyatakan disini bahawa selalunya apabila disebut asabah sahaja ia membawa maksud
asabah binnafsihi. Asabah menghabiskan harta hanya apabila ashabul furud mendapat
bahagian masing-masing. Sehubungan dengan ini, jika tiada lebihan (baki) daripada harta
pusaka tersebut, maka asabah tidak berhak menerima apa-apa. Sebagai contoh, seorang
isteri meninggal dunia dan meninggalkan suami, anak perempuan dan saudara lelaki.
Dalam kes ini suami mendapat bahagian setengah (1/2) daripada harta pusaka dan anak
perempuan mendapat setengah lagi; maka saudara lelaki tidak mendapat apa-apa kerana
suami dan anak perempuan sebagai ashabul furud telah menghabiskan kesemua harta
pusaka simati.
Dalam menentukan keutamaan antara asabah, caranya adalah sama seperti yang
diterangkan di dalam bahagian hijab: iaitu mengikut hukum Jabari. Ini adalah kerana

Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

asabah yang paling utama menghabiskan harta pusaka; dengan itu secara tidak langsung
ia menghijab asabah yang lain.
Terdapat 3 peringkat keutamaan iaitu :
Arah
Darjah
Kekuatan pertalian darah
Arah anak dan keturunan kebawah adalah diutamakan daripada arah bapa ke atas. Ini
adalah berdasarkan kepada ayat al-Quran, "...dan untuk dua orang ibu-bapa, bagi
masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu
mempunyai anak..." (an-Nisa: 11).
Dalam ayat tersebut ibubapa merupakan ashabul furud apabila simati mempunyai anak,
sedangkan bahagian anak tidak disebutkan.Ini bererti anak menghabiskan baki harta
sebagai asabah setelah diberikan bahagian ashabul furud iaitu ibu dan bapa. Ini
menunjukkan bahawa dalam konteks asabah, arah anak diutamakan daripada arah bapa.
Menurut para ulamak faraid, asabah bi ghairihi pula terbatas pada empat orang ahli waris
yang kesemuanya perempuan:
1. Anak perempuan apabila terdapat saudara lelakinya (iaitu anak lelaki kepada simati).
2. Cucu perempuan daripada anak lelaki apabila terdapat cucu lelaki daripada anak lelaki
samada yang setaraf dengannya atau lebih. (Sebagai contoh, cicit lelaki daripada cucu
lelaki daripada anak lelaki).
3. Saudara perempuan sekandung (seibu sebapa) apabila terdapat saudara lelaki
sekandung.
4. Saudara perempuan sebapa apabila terdapat saudara lelaki sebapa.
Daripada penjelasan di atas kita dapati bahawaasabah bil ghairihiterdiri daripada ashabul
furud. Ini bererti mereka (perempuan) yang bukan daripada golongan ashabul furud tidak
akan menjadi asabah bil ghairihi. Sebagai contoh, anak perempuan dari saudara lelaki
bukan merupakan asabah bil ghairihi kerana ia tidak termasuk ashabulfurud.
Dalil bagi hak waris para asabah bi ghairihi adalah firman Allah, "...bahagian seorang
anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan..." (An-Nisa': 11). Dalam
ayat yang lain, Allah berfirman, "...dan jika mereka (ahli waris itu terdiri dari) saudara
lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang saudara lelaki sebanyak bahagian dua
orang saudara perempuan..." (An-Nisa': 176).
Ayat yang terakhir di atas juga dikenali sebagai ayat kalalah: yang mana ulama sepakat
bahwa perkataan "ikhwatan" dalam ayat tersebut memberi maksud saudara lelaki dan
perempuan sekandung dan saudara lelaki dan perempuan sebapa. Sehubungan dengan ini
perkataan ikhwatan tidak mencakupi saudara lelaki atau perempuan seibu. Sebaliknya
hak saudara lelaki dan perempuan seibu dijelaskan didalam ayat 12 Surah An-Nisa.
Sebab dinamakan asabah bi ghairihi ialah kerana hak asabah keempat golongan itu
bukanlah kerana pertalian dengan simati, akan tetapi kerana adanya asabah lain
(asabahbi nafsihi) seperti saudara kandung lelaki. Andaikata asabah bi nafsihi itu tidak
ada, maka asabah bi ghairihi mendapat hak warisnya secara fard.

Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

Sistem Pewarisan Selepas Kedatangan Islam

Asabah jenis yang ketiga iaitu asabah ma'al ghair pula adalah khusus bagi saudara
perempuan sekandung atau saudara perempuan sebapa. Mereka mewarisi sebagai asabah
maa ghairihi bersama dengan anak perempuan (atau cucu perempuan daripada anak
lelaki hingga ke bawah) apabila tiada saudara lelaki.
Dalil bagi asabah ma'al ghair ialah riwayat Ibnu Masud apabila beliau ditanya tentang
bahagian pusaka anak perempuan, cucu perempuan kepada anak lelaki, dan saudara
perempuan (sekandung atau sebapa). Beliau menjawab"Aku akan melaksanakan
sepertiapa yang diajarkan Rasulullah s.a.w., bahagian anak perempuan setengah (1/2)
dan bahagian cucu perempuan keturunan anak lelaki seperenam (1/6) untuk
mencukupkan dua per tiga (2/3), dan bakinya adalah untuk saudara perempuan."
Dari penjelasan Ibnu Mas'ud dapat disimpulkan bahawa bahagian saudara perempuan
bila mewarisi bersama-sama dengan anak perempuan adalah lebihan daripada harta
pusaka setelah ditolak bahagian anak perempuan. Ini bererti saudara perempuan dalam
kes ini merupakan asabah ma'al ghair.

Artikel Ini Saya Terima Menerusi e-mel Untuk Dikongsi Bersama

Anda mungkin juga menyukai