Anda di halaman 1dari 12

ISI KANDUNGAN Pendahuluan 1) Pengertian Demokrasi 2) Sejarah Ringkas Demokrasi Di Malaysia 3) Demokrasi Dan Islam 4) Prinsip-Prinsip Demokrasi Islam

5) Kesimpulan Rujukan 1
2

4 4 6 11 12

PENDAHULUAN Demokrasi menjadi salah satu pilihan yang dianggap sempurna dalam suatu sistem pemerintahan. Selain sistem demokrasi, dianggap tidak relevan dengan perkembangan zaman. Dan hanya demokrasi yang mampu mendengar dan menyalurkan aspirasi masyarakat. Dengan demokrasi masyarakat lebih terbuka dan pemerintah juga akan ada yang sentiasa di pantau prestasi mereka. Karena pada dasarnya demokrasi merupakan suatu sistem politik dari rakyat oleh rakyat untuk rakyat. Walau bagaimanapun, Islam telah menetapkan prinsip-prinsip yang tersendiri dalam menjalankan pemerintahan negara. Prinsip-prinsip tersebut kadangkala dilihat tidak wujud dalam sistem demokrasi yang dikatakan banyak berlakunya kepincangan dalam sistem tersebut. Sebagai contohnya, Islam menekankan peri pentingnya ditegakkan amar maruf nahi munkar bagi semua orang, baik sebagai individu, anggota masyarakat mahupun sebagai pemimpin negara. Doktrin tersebut merupakan prinsip Islam yang harus sentiasa ditegakkan tidak mengira masa dan di mana-mana sahaja, supaya terwujud masyarakat yang aman dan sejahtera. Nilai sebegini tidak terdapat di dalam sistem demokrasi yang hanya mementingkan pandangan majoriti. Sekiranya majoriti sesebuah masyarakat inginkan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam sekalipun, ia pasti akan dilaksanakan berdasarkan pandangan majoriti tersebut. Perbincangan mengenai Islam dan demokrasi bukanlah sesuatu yang baru diperbahaskan, malah ia sudah lama dibicarakan oleh para ilmuwan dan ulama-ulama Islam sejak sekian lama hinggalah ke hari ini isu ini masih lagi hangat diperkatakan. Berbagai-bagai pandangan dan pendapat telah di kemukakan oleh para cendekiawan Islam mengenai hubungan demokrasi dan Islam. Ada yang bersetuju dengan demokrasi dan ada yang tidak bersetuju. Masing-masing mengemukakan hujah untuk mempertahankan pandangan masingmasing yang difikirkan selari dengan ajaran Islam yang sebenar. Walau bagaimanapun, kesempatan dan ruang yang sedikit ini tidak mampu untuk menghuraikan setiap pandangan tersebut secara terperinci. Tugasan ini hanya akan membicarakan secara ringkas persoalan demokrasi dan Islam dengan memilih pandangan yang sederhana yang dilihat sebagai pandangan yang lebih diterima kebanyakan ulama kontemporari dan bersesuaian dengan masyarakat Malaysia kini.

1) PENGERTIAN DEMOKRASI Menurut kamus dewan, demokrasi bermaksud pemerintahan oleh rakyat atau wakil yang dipilih dalam pilihan raya1. Secara umumnya demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaan yang demokratik. Istilah demokrasi berasal dari bahasa Yunani kuno yang dibentuk daripada dua perkataan iaitu (demos) yang bermaksud "rakyat", dan digabung dengan perkataan (kratos/cratein) yang bermaksud "memerintah". Gabungan daripada dua perkataan inilah yang membentuk perkataan demokrasi yang memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat"2. Secara mudahnya demokrasi dapat diertikan sebagai pemerintahan rakyat, atau yang lebih kita kenal sebagai pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Selari dengan perubahan zaman, pengertian demokrasi juga semakin kompleks dengan pentakrifan yang diberikan oleh ramai para cendekiawan dengan pelbagai takrif berdasarkan skop pandangan masing-masing. Secara ringkasnya, menurut pandangan cendekiawan barat, demokrasi merupakan kekuasaan rakyat secara mutlak. Rakyat adalah pemegang kekuasaan tertinggi. Rakyat boleh membuat dan membatalkan undang-undang dan segala keputusan meskipun keputusan itu bertentangan dengan norma-norma susila atau bertentangan dengan kepentingan manusia secara keseluruhan. Perkara ini berbeza dengan pandangan cendekiawan Islam yang mengehadkan bahawa kekuasaan rakyat itu tertakluk kepada undang-undang syariat Islam. Rakyat tidak boleh bertindak melebihi batas-batas yang ditetapkan dalam ajaran Islam3. Bersandarkan kepada takrif dan kefahaman terhadap demokrasi yang pelbagai ini, para cendekiawan Islam berselisih pandangan dalam menentukan adakah sistem demokrasi ini selari dengan ajaran Islam atau ia bertentangan dengan prinsip-prinsip syariat Islam? Tugasan ini akan cuba melihat secara ringkas tentang persoalan tersebut.

1 2 3

Kamus Dewan (Edisi Empat), Hajah Noresah bt. Baharom http://ms.wikipedia.org/wiki/Demokrasi Artikel: Malaysia Demokrasi Islam?, Dr. Mohd Rumaizuddin Ghazali, http://www.mindamadani.my/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=130

2) SEJARAH RINGKAS DEMOKRASI DI MALAYSIA Sebelum persoalan Islam dan demokrasi dihuraikan dengan lebih lanjut, marilah kita imbau kembali sejarah ringkas amalan demokrasi yang dilaksanakan di Malaysia. Umum mengetahui bahawa Malaysia atau Tanah Melayu sebelum zaman kemerdekaannya, mengamalkan sistem pemerintahan monarki iaitu sistem kerajaan di bawah pemerintahan raja atau sultan. Malaysia mula melaksanakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen selepas menapai kemerdekaan pada tahun 1957. Sistem pemerintahan ini memberi peluang kepada rakyat untuk menentukan pemimpin negara melalui sistem pilihan raya yang mengambil kira suara atau persetujuan orang ramai. Sehubungan itu, slogan kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat telah diguna pakai dalam sistem pemerintahan Malaysia bagi menunjukkan bahawa suara rakyat adalah amat penting dalam sistem pentadbiran negara. Dalam sistem demokrasi berparlimen ini, undang-undang digubal oleh wakil-wakil rakyat yang telah terpilih untuk menjadi ahli parlimen. Antara prinsip utama dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ialah raja berperlembagaan, ketua negeri, parlimen, pilihan raya dan corak pemerintahan. Selain itu, ciri-cirinya yang lain ialah keluhuran perlembagaan, kepentingan perlembagaan dan pindaan perlembagaan. Dengan itu, Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang atau kerajaan yang demokratik. Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah memperuntukkan bahawa kuasa

pemerintahan dilaksanakan oleh tiga badan iaitu perundangan, eksekutif dan kehakiman. Walaupun ketiga-tiga badan ini mempunyai dan menjalankan kuasa yang berlainan, namun prinsip hormat-menghormati dan masing-masing tidak mencampuri secara langsung dalam bidang kuasa pihak lain turut mengukuhkan pemerintahan negara Malaysia4.

3) DEMOKRASI DAN ISLAM Para cendekiawan Islam telah membahaskan isu ini dengan panjang lebar. Ada pendapat yang menyatakan bahawa Islam dan demokrasi tiada persamaan, ada juga yang berpendapat sistem pemerintahan dalam Islam adalah sama dengan demokrasi. Ada berpendapat lain pula mengatakan di sana ada persamaan dan juga perbezaan antara
4

HNS2013 Kenegaraan, En.Azli bin Ariffin, 137-140.s

demokrasi dan sistem pemerintahan Islam. Dalam isu tersebut, terdapat tiga aliran pendapat mengenai demokrasi dan Islam iaitu: 1. Golongan yang menolak demokrasi secara mutlak iaitu menanggapnya sebagai satu peraturan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Antara pendukung pendapat ini ialah Taqiyuddin al-Nabhani, Pengasas Hizbul Tahrir al-Islami dalam bukunya Nizam al-Hukm fi al-Islam, 1989 yang menyebutkan bahawa demokrasi adalah bertentangan dengan akidah Islamiah. Mereka mendakwa bahawa tidak ada apa-apa dalam tradisi Islam yang serasi dengan kerajaan berperlembagaan dan perwakilan. Demokrasi juga merupakan legasi imperialis Barat. 2. Golongan kedua adalah golongan yang bersetuju dengan demokrasi secara mutlak. Antara cendekiawan yang termasuk dalam golongan ini ialah Syeikh Muhammad Husein dalam artikelnya Tanbih al-Ummah wa Tanziyah al-Millah yang menyeru supaya umat Islam berpegang kepada demokrasi sebagai satu wasilah untuk menumbangkan diktator. Menurutnya, diktator terbahagi kepada dua iaitu diktator politik dan diktator agama dan diktator agama adalah yang paling sukar dihapuskan. 3. Golongan yang ketiga ini tidak menerima atau menolak sistem demokrasi secara mutlak. Mereka membezakan demokrasi sebagai alat dengan demokrasi sebagai satu bentuk pegangan. Golongan ini semakin mendapat tempat di kalangan umat Islam sekarang ini. Termasuk dalam golongan ini seperti Muhammad Khatami, Presiden Iran, Muhmmad Mahdi Syamsuddin, seorang ulamak syiah, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Rashid alGhannoushi., Taufiq al-Shawi dan Hassan al-Turabi. Pendokong demokrasi Islamik menekankan konsep-konsep syura, baiah, permuafakatan, ijtihad dan maslahah untuk menunjukkan bahawa Islam tidak berkurangan dalam landasan-landasan asas yang sesuai dengan tatacara dan matlamat demokrasi. 5 Daripada ketiga-tiga pandangan tersebut, pandangan ketiga adalah pandangan yang paling sederhana yang dapat diterima oleh kebanyakan umat Islam zaman ini. Di sini ada baiknya kita memerhatikan pandangan Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengenai Islam dan demokrasi. Beliau menegaskan bahawa negara Islam menjalankan sistem-sistem terbaik yang terdapat pada sistem demokrasi, tetapi itu tidak bererti bahawa negara Islam merupakan salinan daripada sistem demokrasi Barat. Ia serupa dengan demokrasi Barat dari segi memberi kebebasan, tanggungjawab pemimpin dan majlis perundingan. Namun begitu demokrasi Barat tidak memiliki prinsip untuk membatasinya atau nilai-nilai yang menjadi
5

Artikel: Malaysia Demokrasi Islam?, Mohd Rumaizuddin Ghazali.

landasan kehidupannya. Hal ini membolehkan mereka melakukan apa sahaja untuk menghapuskan nilai-nilai murni dan menggantikannya dengan kemungkaran. Di samping itu, demokrasi juga sering digunakan untuk membela kepentingan sesetengah kelompok yang kuat dan tidak memperjuangkan kesejahteraan rakyat. Perkara ini disebabkan demokrasi tidak pernah menjadikan kriteria moral dan akhlak sebagai pensyaratan utama bagi orang-orang yang terpilih ataupun orang-orang yang memilih. Di sini letak keistimewaan sistem shura yang diperjuangkan oleh demokrasi Islam. Shura memiliki had-had dan batasan yang tidak boleh dilanggar. Di samping itu, ketetapan-ketetapan Islam dalam perkara shura telah sampai kepada peringkat kesempurnaan yang tidak pernah dicapai oleh sebarang sistem demokrasi moden bahkan dijangkakan sistem ciptaan manusia itu tidak akan pernah mampu menyainginya di masa hadapan. Perkara yang penting ialah mengambil manfaat yang baik daripada sistem demokrasi.

4) PRINSIP-PRINSIP DEMOKRASI ISLAM Islam sentiasa berpendirian terbuka dalam setiap perkara-perkara baru, penelitian yang terperinci akan dilakukan bagi memastikan adakah ia terkandung dalam bidang hukum haram, halal, harus atau sebagainya. Begitu juga dalam masalah sistem pemerintahan cara demokrasi yang merupakan kaedah pemerintahan yang sangat meluas kini. Sebarang penerimaan atau penolakannya mestilah merujuk kepada intipati sistem tersebut. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya Fiqh Daulah Menurut Perspektif Islam, inti pati demokrasi ialah orang ramai memilih pemerintah yang mentadbir urusan mereka. Tidak boleh dipaksakan kepada mereka pemerintah atau sesuatu sistem yang tidak dipersetujui oleh mereka. Mereka juga berhak memberi teguran kepada pemerintah apabila berlaku kesalahan dan berhak memecat dan menukarnya jika dia menyeleweng. Rakyat tidak boleh dipimpin dengan paksaan untuk mengikut aliran atau dasar ekonomi, sosial, peradaban atau politik yang mereka tidak kenali atau tidak persetujui. Apabila perkara tersebut ditentang oleh sebahagian manusia, akibatnya ialah pengusiran, penangkapan bahkan penyeksaan dan pembunuhan. Inilah intipati demokrasi yang sebenarnya. Manusia telah mendapati ungkapan dan cara praktikal untuk sistem ini seperti pilihan raya, pungutan suara, hak memerintah bagi majoriti, berbiang parti politik, hak golongan minoriti untuk membangkang, kebebasan akhbar, sistem kehakiman dan sebagainya.
6

Bagi Dr. Yusuf al-Qaradhawi, adalah sesuatu yang pelik apabila sesetengah orang yang mengatakan demokrasi itu adalah kemungkaran yang jelas atau kekufuran yang nyata sedangkan dia sendiri tidak mengetahui hakikat sebenar demokrasi, tidak menyelami isiisinya dan membuka pintu-pintu dasarnya. Dia hanya menghukum berdasarkan gambaran zahir dan nama sahaja6. Walau bagaimanapun, demokrasi yang perlu diamalkan oleh umat Islam tidak perlu mencedok bulat-bulat sebagaimana demokrasi yang dilaksanakan oleh barat. Islam sebagai agama yang universal dan rahmat bagi seluruh semesta alam memiliki nilai-nilai atau prinsip-prinsip yang harus dijadikan pegangan di dalam menjalankan kehidupan bermasyarakat dan bernegara untuk menciptakan kehidupan yang adil, demokratik dan sejahtera. Di antara prinsip-prinsip tersebut adalah sebagai berikut:
1. Prinsip al-Syura

Prinsip musyawarah merupakan prinsip yang diajarkan oleh al-Quran dan nabi Muhammad s.a.w yang dijadikan etika politik di dalam kehidupan bernegara dan berbangsa yang dijadikan media untuk muafakat apabila terjadi perselisihan pendapat. Melalui musyawarah atau dialog, kekuasaan yang bersifat mutlak atau autoritarian akan dapat dihapuskan. Dalam forum musyawarah setiap persoalan yang menyangkut kepentingan umum dicarikan penyelesaiannya dan dipertimbangkan berdasarkan alasanalasan yang rasional. Dalam al-Quran dijelaskan pada surah al-syura ayat 38 :


Ertinya: "Sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka".

2. Prinsip al-Musawah dan al-Ikhlas

Prinsip ini membawa erti persamaan dan persaudaraan di dalam masyarakat. Di dalam al-Quran dijelaskan di dalam surah al-Hujrat ayat 13:

Fiqh Daulah Menurut Perspektif Islam, Dr. yusuf al-Qaradhawi, Terjemahan Ustaz Haji Juanda Haji Jaya; 207-208.

Ertinya: "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal". Dalam sejarah kepemimpinan nabi Muhammad s.a.w di Madinah, prinsip persamaan dan persaudaraan ini di lakukan oleh nabi Muhammad s.a.w ketika ia menyusun piagam Madinah. Ini menunjukkan bahawa nabi mengakui adanya perbezaan latar belakang agama dan suku, sehingga kesannya memberi hak dan kewajipan yang sama bagi seluruh masyarakat. Islam menekankan prinsip persamaan daripada sudut hukum dan penciptaannya, Cuma yang menjadi pembezanya adalah kualiti ketakwaan seseorang individu. Penekanan Islam pada prinsip persaudaraan dan persamaan didasarkan pada tujuan yang hendak dicapai iaitu adanya pengakuan terhadap persaudaraan semesta dan saling menghargai di antara sesama umat manusia sehingga dapat terbina kehidupan masyarakat yang bertoleransi dan aman damai.

3. Prinsip al-Adalah

Prinsip ini mengandung pengertian penegakan keadilan. Keadilan yang harus ditegakkan tanpa diskriminasi penuh kejujuran dan ketulusan serta penuh integriti. Pentingnya prinsip ini dalam al-Quran dijelaskan dalam surah al-Maidah ayat 8:


Ertinya: "Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan".

Keadilan merupakan suatu prinsip yang harus ditegakkan dalam kehidupan bernegara dan berbangsa, baik di bidang undang-undang, ekonomi, politik dan budaya. Karena sikap adil tersebut merupakan bagian dari pentingnya keberadaan suatu hukum dan menjadi etika politik.

4. Prinsip al-Hurriyah

Kebebasan dalam menyatakan pandangan dan pendapat serta memberi teguran merupakan sebahagian daripada hak asasi manusia yang harus dibiarkan tumbuh oleh suatu pemerintahan. Secara fitrah manusia sudah dibekalkan dengan daya intelektual dan kebebasan untuk memilih suatu keyakinan serta kebebasan untuk berfikir. Dalam Islam prinsip kebebasan dalam menentukan suatu keyakinan atau memeluk suatu agama mendapat perhatian dalam al-Quran sebagaimana dinyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 256, Allah s.w.t berfirman:


Ertinya: "Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama ( Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat".

5. Prinsip al-Amanah

Dalam konteks kehidupan bernegara dan bermasyarakat, amanah merupakan amanah rakyat yang diberikan kepada seorang pemimpin untuk menjalankan tanggungjawab pemerintahan yang di dalamnya terkandung nilai-nilai kontrak sosial. Bagi pemegang amanah harus mampu menjalankan aspirasi rakyat sekaligus harus mampu menjadi pelayan rakyat dan wajib hukumnya untuk berlaku adil. Prinsip ini harus dipelihara dan dijalankan dengan penuh tanggung jawab bagi seorang pemimpin dalam menjalankan roda pemerintahan. Pentingnya prinsip ini dalam al-Quran dijelaskan dalam surat anNisa ayat 58, Allah s.w.t berfirman:

Artinya: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya".

6. Prinsip as-Salam

Kedamaian merupakan tujuan dari suatu negara. Islam sebagai agama yang membawa rahmat ke seluruh alam, menekankan prinsip perdamaian dalam segala aspek kehidupan, sesuai dengan tujuan risalah yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w tersebut. Maka dalam doktrin politik Islam prinsip perdamaian merupakan prinsip yang ditegakkan. Sesuai dengan firman Allah s.w.t dalam al-Quran dalam surah al-Anfal ayat 61:


Artinya: "Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
7. Prinsip at-Tasamuh

Sikap toleransi merupakan sikap yang harus dimiliki oleh setiap individu di dalam kehidupan bernegara dan berbangsa, karena dalam suatu negara akan terdiri dari berbagai macam agama, suku dan bahasa. Kepelbagaian adalah merupakan sunnah Allah. Setiap individu harus mampu bersikap tolak ansur terhadap keyakinan orang lain. Prinsip ini berlaku secara universal, sikap saling menghargai dan menghormati antara sesama warga negara bukan saja terhadap sesama pemeluk Islam tetapi prinsip ini harus berlaku merentasi agama dan suku. Sesuai dengan firman Allah s.w.t dalam surah al-Kafirun ayat 6:


Artinya: Untukmulah agamamu dan untukkulah agamaku

5) KESIMPULAN
10

Dari huraian di atas dapat disimpulkan bahawa konsep demokrasi tidak sepenuhnya bertentangan dan tidak sepenuhnya selari dengan ajaran Islam. Prinsip dan konsep demokrasi yang selari dengan Islam adalah keterlibatan rakyat dalam mengawal, memilih, dan menurunkan pemerintah, serta dalam menyampaikan kebenaran melalui wakilnya. Adapun perkara yang tidak selari dengan Islam adalah ketika suara rakyat diberikan kebebasan secara mutlak sehingga boleh mengarah kepada sikap, tindakan, dan amalan yang keluar dari ketentuan syariat. Oleh itu, maka perlu dirumuskan sebuah sistem demokrasi yang sesuai dengan ajaran Islam iaitu pertama, demokrasi tersebut harus berada di bawah naungan agama. Kedua, rakyat diberi kebebasan untuk menyuarakan aspirasinya. Ketiga sesuatu keputusan mestilah dilakukan dengan musyawarah. Keempat, suara majoriti tidaklah bersifat mutlak walaupun tetap menjadi pertimbangan utama dalam musyawarah. Kelima, musyawarah atau pengundian hanya berlaku pada persoalan ijtihadiah dan bukan pada persoalan yang sudah ditetapkan secara jelas oleh Al-Quran dan Sunah. Keenam undangundang yang diguna pakai tidak boleh terkeluar dari nilai-nilai agama. Ketujuh undangundang dan peraturan tersebut harus dipatuhi oleh semua warganya. Akhirnya, agar sistem atau konsep demokrasi Islam dapat diamalkan sebaiknya, langkah yang harus dilakukan ialah seluruh masyarakat atau majoriti rakyat harus diberi pemahaman yang benar tentang Islam sehingga aspirasi yang mereka sampaikan tidak keluar dari ajarannya. Begitu juga dengan parlimen dan perwakilan yang dipilih harus diisi dan didominasi oleh orang-orang Islam yang memahami dan mengamalkan Islam dengan baik.

RUJUKAN
11

Dr. Mohd Rumaizuddin Ghazali, Artikel: Malaysia Demokrasi Islam?, http://www.mindamadani.my/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=130 Dr. Yusuf al-Qaradhawi, 1998, Fiqh Daulah Menurut Perspektif Islam, Terjemahan Ustaz Haji Juanda Haji Jaya, Selangor, Maktabah al-Qardhawi. En.Azli bin Ariffin, 2011, HNS2013 Kenegaraan, Tanjong Malim, Universiti Pendidikan Sultan Idris Hajah Noresah bt. Baharom, 2007, Kamus Dewan (Edisi Empat), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman, 2006, Islam & Demokrasi, http://www.zaharuddin.net/politik-&-dakwah/55/125-islam-a-demokrasi.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Demokrasi.

12

Anda mungkin juga menyukai