Anda di halaman 1dari 8

Topik X Pelaksanaan

10

Hukuman

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat : 1. Menerangkan cara pelaksanan hukuman bagi setiap jenis jenayah; 2. Menjelaskan kaedah pelaksanaan hukuman bagi setiap jenis jenayah; 3. Membuktikan hukuman ke atas jenayah berganda dan berulang kali; dan 4. Menganalisa khilaf fuqaha dalam menentukan cara pelaksanaan hukuman.

X PENGENALAN
Dalam topik kesepuluh ini kita akan membincangkan bagaimana hukuman ke atas penjenayah dilaksanakan mengikut hukuman jenis jenayah yang dilakukan. Melalui topik ini, Fiqh Jinayat Islam bukan bertujuan untuk menyeksa penjenayah, tetapi, di sebalik hukuman itu tersirat hikmat yang terlalu banyak untuk masyarakat dan penjenayah itu sendiri. Dalam Fiqh Jinayat Islam pelaksanaan hukuman hudud dan takzir diserahkan kepada bidang kuasa ketua negara atau timbalannya. Walaupun begitu, pelaksanaan hukuman qisas boleh dilaksanakan orang yang dilakukan jenayah ke atasnya atau walinya dengan syarat-syarat tertentu.

AKTIVITI 10.1
Cuba anda fikir apa hikmat Fiqh Jinayat Islam yang mengkhususkan pelaksanaan hukuman hudud kepada kerajaan sahaja dan membolehkan hukuman jenayah qisas dan diat dilaksanakan keluarga mangsa.

202

X TOPIK 10 PELAKSANAAN HUKUMAN

10.1 PELAKSANAAN HUKUMAN HUDUD


Fuqaha sepakat hukuman hudud hanya dilaksanakan oleh ketua negara atau timbalannya. Ini kerana hukuman hudud adalah hak Allah, disyariatkan demi memelihara maslahat masyarakat. Oleh itu ia mesti diserahkan kepada wakil masyarakat, iaitu ketua negara. Walau bagaimanpun, ketua negara tidak disyaratkan memghadiri pelaksanaan hukum. Contohnya, Rasulullah S.A.W tidak menghadiri pelaksanaan hukum rejam ke atas Maiz. Begitu juga apabila seorang pencuri dibawa mengadapnya baginda mengarahkan lelaki itu dibawa keluar dan dilaksanakan hukuman potong tangan ke atasnya. Baginda juga mengarahkan sahabatnya Anis pergi menemui seorang perempuan yang melakukan zina dan mengarahkan wanita itu direjam sekiranya dia mengaku salah. Namun, izin ketua negara bagi melaksanakan hukuman adalah wajib. Tiada hukuman hudud yang dilaksanakan di zaman Rasulullah S.A.W tanpa izin baginda. Sabda baginda:

Maksudmya: Empat perkara diserahkan kepada pemerintah: Hudud, sedekah, zakat dan rampasan perang. Sekiranya seseorang melaksanakan hukuman hudud yang menjejaskan nyawa atau anggota tanpa izin pemerintah beliau tidak dipertanggungjawabkan sebagai tanggungjawab jenayah, tetapi dia bertanggungjawab atas dasar melanggar peraturan kerajaan. Sekiranya hukuman itu tidak melibatkan nyawa dan anggota, seperti hukuman sebat, beliau bertanggungjawab ke atas perbuatannya sebagai tanggungjawab jenayah. Penyebab yang membezakan antara dua keadaan ini adalah hukuman hudud itu sendiri yang mengakibatkan hilang nyawa atau anggota sebenarnya telah meletakkan nyawa dan anggota tidak lagi dilindungi undang-undang, dengan itu ia boleh dibunuh dan anggota boleh dipotong. Kedua-duanya adalah harus. Tiada jenayah pada sesuatu yang harus. Namun, hukuman yang tidak menyebabkan seseorang hilang nyawa dan anggota masih boleh mendapat perlindungan undang-undang. Oleh itu, siapa yang melaksanakan hukuman jenis ini tanpa izin pemerintah beliau dianggap telah melakukan jenayah dan dipertanggungjawabkan atas dasar tanggungjawab jenayah.

TOPIK 10 PELAKSANAAN HUKUMAN W

203

10.2 PELAKSANAAN HUKUMAN TAKZIR


Melaksanakan hukuman takzir adalah hak pemerintah kerana hukuman ini disyariatkan demi memelihara maslahat masyarakat, jadi ia adalah hak masyarakat. Pelaksanaannya diserahkan kepada wakil masyarakat. Ia tidak boleh dilaksanakan selain ketua negara atau timbalannya, sekalipun hukuman takzir itu melibatkan nyawa dan anggota, kerana ia merupakan hukuman yang boleh diampunkan ketua negara. Oleh itu, jika seseorang melaksanakan hukuman bunuh ke atas seseorang yang dijatuhi hukuman takzir bunuh, beliau dianggap telah melakukan jenayah bunuh dan dihukum dengan hukuman jenayah membunuh.

10.3 PELAKSANAAN JENAYAH QISAS


Pada dasarnya, pelaksanaan hukuman qisas sama dengan hukuman-hukuman lain. Ia diserahkan kepada pemerintah. Namun, atas dasar pengecualian hukuman qisas ia boleh dilaksanakan dengan pengetahuan orang yang melakukan jenayah ke atasnya atau walinya. Sumber keharusan ini dipetik dari ayat 33 surah al-Isra. Firman Allah :

Maksudnya: Dan siapa yang dibunuh secara zalim maka sesungguhnya kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampau batas dalam membunuh. Telah disepakati bahawa wali yang dibunuh boleh melaksanakan hukuman bunuh qisas dengan syarat pelaksanaan hukum itu di bawah pengawasan pihak pemerintah. Melaksanakannya tanpa pengawasan pihak pemerintah boleh dihukum takzir kerana telah melanggar peraturan pemerintah. Boleh melantik orang yang mahir melaksanakan hukuman bunuh qisas dan beliau boleh mengambil upah dari Baitulmal. Bagi hukuman qisas selain hukuman bunuh Imam Malik, Syafi`ie dan sesetengah pengikut mazhab Hanbali berpendapat pelaksanaannya mestilah dilakukan orang yang mahir sahaja, bukan orang yang dilakukan jenayah ke atasnya, sekalipun dia boleh melakukannya dengan baik.

204

X TOPIK 10 PELAKSANAAN HUKUMAN

10.3.1

Cara Melaksanakan Hukuman Bunuh

Imam Abu Hanifah berpendapat ia dilaksanakan dengan pedang sahaja, kerana sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:

Tiada hukuman bunuh kecuali dengan pedang. Siapa yang melaksanakannya bukan dengan pedang beliau dihukum dengan hukuman takzir.
Imam Malik dan Syafi`ie berpendapat ia boleh dilaksanakan dengan jenis senjata yang sama digunakan pembunuh berdasarkan ayat 194 surah al-Baqarah. Firman Allah:

Maksudnya: Maka barang siapa yang menyerang kamu, maka kamu seranglah dia seimbang dengan serangannya terhadap kamu. Dan ayat 126 surah al-Nahl. Firman Allah :

Maksudnya: Jika kamu memberikan balasan maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang ditimpakan ke atas kamu. Pemerintah boleh melaksanakan hukuman bunuh dengan cara yang sama dilakukan pembunuh, ia boleh juga melaksanakannya dengan pedang. Namun, pemerintah dilarang menggunakan cara yang sama dilakukan pembunuh sekiranya cara itu cara yang diharamkan, seperti membunuh dengan cara meliwat atau dengan meminumkan arak.

TOPIK 10 PELAKSANAAN HUKUMAN W

205

SEMAK KENDIRI 10.1


1. Tanpa izin pemerintah A melaksanakan hukuman rejam ke atas B yang telah disabitkan hukuman rejam kerana zina. Bolehkah A dikenakan hukuman? Kalau boleh atas dasar apa dia dihukum? Bincangkan bersama rakan sekuliah anda dalam forum MyVLE. 2. Kalau C melaksanakan hukuman sebat ke atas D tanpa izin dan pengawasan pemerintah dia dihukum atas dasar melanggar peraturan kerajaan, bukan atas tanggungjawab jenayah. Apa bezanya tindakan C berbanding A dalam soalan pertama di atas? Jelaskan.

10.3.2

Syarat Alat Melaksanakan Hukuman Qisas

Disyaratkan supaya alat yang digunakan melaksanakan hukuman mestilah sesuai, bukan tumpul dan beracun supaya yang dihukum tidak terseksa. Alat juga mesti mencabut nyawa dengan cepat. Pelaksanaan hukuman mestilah mahir menggunakan alat terbabit. Semua ini didasarkan kepada sabda Rasulullah S.A.W. Mafhumnya:

Maksudnya: Allah telah mewajibkan ihsan pada semua perkara. Apabila kamu membunuh maka elokkanlah bunuhan kamu, jika kamu menyembelih elokkanlah sembelihan kamu. Setiap seorang orang kamu hendaklah menajamkan pisaunya dan merehatkan sembelihannya. Bolehkah kita melaksanakan hukuman dengan alat selain pedang yang lebih cepat mematikan nyawa seseorang? Pada dasarnya pemilihan pedang sebagai alat melaksanakan hukuman bunuh kerana pedang paling pantas membunuh, mencabut nyawa dengan kesakitan paling ringan berbanding alat lain, namun kalau ada senjata lebih pantas mencabut nyawa dan paling ringan sakitnya ia adalah harus digunakan mengikut fatwa ulama al-Azhar.

206

X TOPIK 10 PELAKSANAAN HUKUMAN

10.4 PELAKSANAAN HUKUMAN KE ATAS JENAYAH BERGANDA


Ulama berbeza pendapat antaranya : x Imam Malik berpendapat laksanakan hukuman hak Allah terlebih dahulu, kemudian hukuman berkaitan hak individu, kerana hak Allah tidak boleh diampunkan sedangkan hak individu boleh diampnkan. Adalah menjadi kebaikan bagi penjenayah dilaksanakan hukum Allah terlebih dahulu. Selepas itu bolehlah diteruskan hukuman yang ringan atau yang berat. Ia terserah kepada pemerintah iaitu ketua negara tersebut. Manakala, Abu Hanifah dan Ahmad berpendapat didahulukan hak individu daripada hak Allah, dimulai dengan hukuman yang lebih ringan. Pendapat Imam Syafi`ie berpendapat didahulukan hukuman yang lebih ringan iaitu didahului dengan hukuman yang bersabit dengan hak individu dari yang bersabit dengan hak Allah.

x x

10.5 PELAKSANAAN HUKUMAN KE ATAS PENJENAYAH SAKIT, LEMAH DAN MABUK


Ulama bersepakat dengan hukuman hudud, qisas dan takzir ke atas yang sakit dan yang lemah perlu ditangguhkan ke satu waktu dan masa yang bersesuaian kecuali hukuman bunuh, ia kerana hukuman ini adalah hukuman yang membawa maut. Ada pendapat mengatakan hukuman tidak perlu ditangguhkan. Ia perlu dilaksanakan dalam kadar yang tidak memudaratkan yang dihukum, sekalipun terpaksa meringankan hukuman, seperti mengurangkan bilangan sebatan. Manakala, pelaksanaan hukuman ke atas yang mabuk tidak dilaksanakan sehingga dia sedar (normal) kembali.

AKTIVITI 10.2
Ceritakan tentang pengalaman anda atau maklumat anda mengenai pelaksanaan hukuman sebat di Malaysia. Nyatakan apa bezanya dengan pelaksanaan hukuman sebat dalam Fiqh Jinayat Islam.

TOPIK 10 PELAKSANAAN HUKUMAN W

207

10.6 PELAKSANAAN HUKUMAN KE ATAS PEREMPUAN HAMIL


Islam telah memperkenalkan prinsip tidak melaksanakan hukuman ke atas perempuan hamil. Dalam kes al-Ghamidiyah yang hamil, zina adalah bukti prinsip ini. Semua mazhab sepakat menerima prinsip ini.

10.7 PELAKSANAAN HUKUMAN SECARA TERANG-TERANGAN


Pada dasarnya semua hukuman dilaksanakan adalah secara terang-terangan. Sumber hukum ini ialah ayat 2 surah al-Nur. Firman Allah :

Maksudnya: Dan hendaklah pelaksanaan hukuman kedua-duanya disaksikan sekumpulan orang-orang yang beriman. Ini kerana sunnah Rasulullah S.A.W. juga melakukan sedemikian, baik pada hukuman bunuh atau hukuman lainnya. Cara pelaksanaan hukuman mestilah sama antara semua manusia tanpa mengira kedudukan dan darjat. Syariat juga memutuskan supaya jenazah yang dihukum diserahkan kepada warisnya supaya mereka kebumikan.

10.8 HUKUMAN JENAYAH BERULANG-KALI


Dalam istilah Fiqh Jinayat Islam ia disebut al-`aud .

Al-`aud bermaksud kembali, yakni kembali melakukan jenayah, berkali-kali selepas dijatuhi hukuman.

Berulang kali melakukan jenayah bukti menunjukkan penjenayah tegar melakukan jenayah, tidak serik dengan hukuman yang dilaksanakan ke atasnya. Oleh itu adalah munasabah hukuman lebih berat dikenakan ke atasnya. Fuqaha sepakat penjenayah dihukum dengan hukuman jenayah yang dilakukannya. Sekiranya dia melakukannya sekali lagi beliau boleh dihukum dengan hukuman yang lebih berat. Sekiranya jenayah itu menjadi kebiasaannya beliau hendaklah

208

X TOPIK 10 PELAKSANAAN HUKUMAN

dihapuskan dari masyarakat dengan membunuhnya atau memenjarakannya seumur hidup, mana yang lebih sesuai. 1. Apakah hukuman yang boleh dikenakan ke atas penjenayah tegar yang tidak serik melakukan jenayah berulang kali sekalipun telah dilaksanakan hukuman ke atasnya.

SEMAK KENDIRI 10.2


Apakah hukuman yang boleh dikenakan ke atas penjenayah tegar yang tidak serik melakukan jenayah berulang kali sekalipun telah dilaksanakan hukuman ke atasnya?

Topik kesepuluh ini boleh dirumuskan seperti berikut:

x x x x x

Melalui perbincangan mengenai cara pelaksanaan hukuman ke atas penjenayah dapat dif Hukuman dalam Fiqh Jinayat Islam bukan bertujuan menyeksa penjenayah, tetapi memelihara kepentingan masyarakat dan penjenayah sendiri. Seksaan yang dialami penjenayah yang dihukum ada sikap belas kasihan dan ehsan terhadap penjenayah. Hukuman dilaksanakan secara terang-terangan supaya dapat mengajar, memberi ingat dan amaran kepada masyarakat. Dalam melaksanakan hukuman ke atas jenayah bergandadi antara hak Allah dan hak manusia fuqaha khilaf, ada yang mendahulukan hak Allah, ada yang sebaliknya.

Jenayah berganda

Jenayah berulang kali

Anda mungkin juga menyukai