Anda di halaman 1dari 26

Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

IJTIHAD

Pendahuluan

Ijtihad telah pun mula diamalkan sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi. Berbagai-

bagai contoh telah disebutkan bagi menunjukkan bahawa ia sentiasa dilakukan sama

ada oleh Baginda Rasulullah SAW sendiri atau oleh para sahabat Baginda.

Walau bagaimanapun, ijtihad-ijtihad yang dilakukan itu belum lagi

memainkan peranan yang sebenar sebagai sumber hukum. Dalam kes-kes ijtihad

Baginda Rasulullah SAW sendiri, ia dilakukan bagi memenuhi keperluan segera

untuk menjawab persoalan atau menyelesaikan masalah yang timbul apabila wahyu

tidak segara diturun. Kemudiannya hasil ijtihad itu akan ditentukan sama ada tepat

atau sebaliknya oleh wahyu yang kemudiannya turun bagi tujuan berkenaan.

Begitulah juga dalam kes-kes ijtihad para sahabat. Ia dilakukan bagi menyelesaikan

masalah baru yang berlaku pada diri mereka sewaktu berada jauh daripada Baginda

Rasulullah SAW Kemudian jawapan sebenar kepada permasalahan tersebut akan

mereka perolehi daripada Baginda Rasulullah berasaskan wahyu yang ada apabila

mereka melaporkan perkara tersebut kepada Baginda.

Tegasnya, walaupun ijtihad sentiasa dilakukan pada waktu itu tetapi ia belum

merupakan satu cara yang sebenar dalam menentukan hukum. Sebaliknya ia

hanyalah merupakan suatu langkah sementara bagi memenuhi keperluan segera agar

tidak ada persoalan yang tidak terjawab atau permasalahan yang tidak diselesaikan.

Apa yang menjadi sumber sebenar kepada hukum-hukum berkenaan ialah wahyu
1

Dr Mohd Anuar Ramli


Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

yang kemudiannya diturunkan bagi menentukan sama ada ijtihad itu tepat atau

sebaliknya.

Sebabnya ialah proses penurunan wahyu masih belum selesai. Dalam

keadaan seperti ini apa sahaja metode untuk mentafsirkan hukum belum lagi

diperlukan kerana hukum yang diperlukan itu akan dijawab sendiri oleh wahyu.

Cuma oleh hikmah atau objektif tertentu wahyu lambat diturunkan bagi menjawab

persoalan atau kes berkenaan. Di samping itu adalah suatu hikmah juga persoalan

tidak wajar dibiarkan tanpa jawapan atau permasalahan dibiarkan tanpa

penyelesaian dalam jangka yang agak lama.

Sehubungan dengan ini para ulama mempunyai pandangan yang tertentu

tentang hikmah mengapa ijtihad seperti itu dilakukan dalam keadaan seperti itu.

Satu daripada hikmah yang jelas ialah untuk menyatakan bahawa ijtihad nantinya

boleh dilakukan sebagai kes menentukan hukum dalam kes-kes yang tidak ada nas

secara langsung yang menjelaskan hukum berkenaan. Selain itu ia juga bertujuan

untuk melatih para sahabat bagaimana melakukan ijtihad yang betul apabila ia

benar-benar perlu dilakukan nanti. Tujuan-tujuan ini dapat dilihat dengan jelas

dalam hadis Mu`adz Ibn Jabal yang masyhur itu apabila Baginda Rasulullah SAW

memperakukan kebenaran langkah yang perlu diambil apabila berhadapan dengan

persoalan-persoalan yang tidak terdapat secara jelas hukumnya daripada al-Quran

dan al-Sunnah. Langkah tersebut, sebagaimana yang disebut oleh Mu`adz ialah

ijtihad.

Dr Mohd Anuar Ramli


Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

Hanya sesudah Rasulullah SAW wafat barulah ijtihad menjadi asas kepada

penentuan hukum. Ini kerana wahyu pada keseluruhannya sudah sempurna

diturunkan dan Syariah Islam sudah lengkap sepenuhnya. Dengan kata lain, apa

sahaja persoalan yang berbangkit atau permasalahan yang timbul, jawapannya sudah

ada dalam wahyu, sama ada dalam bentuk al-Quran atau al-Sunnah. Cuma

keberadaan itu sahaja yang berbeza. Sebahagian hukum, keberadaannya begitu jelas

dapat dilihat dalam nas wahyu yang berkenaan. Lalu penentuannya berlaku secara

terus. Tetapi sebahagian hukum lain tidak begitu jelas. Kerana itu ia perlu dianalisis

melalui berbagai-bagai metode. penganalisisan seperti inilah yang dinamakan

sebagai ijtihad.

Konsep Ijtihad

Dalam bahasa Melayu, perkataan ijtihad berasal daripada perkataan yang sama, iaitu

“al-Ijtihad” dalam bahasa Arab. Kata dasar kepada perkataan ini ialah “Juhd” ( )

yang bererti usaha yang sesungguhnya.

Dalam Lisan al-`Arab perkataan “Ijtihad” ( ) dan “Tajahud” ( )

dihuraikan sebagai menggunakan daya dan usaha.

Di kalangan para fuqaha terdapat berbagai-bagai definisi tentang “ijtihad”.

Sebagai contoh, al-Ghazali menyebutnya sebagai “menggunakan daya usaha dalam

mengetahui hukum Syarak.” Berasaskan konsep ini, bagi beliau, ijtihad yang

Dr Mohd Anuar Ramli


Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

sepenuhnya ialah menggunakan daya usaha yang paling maksimum sampai

merasakan tiada lagi daya yang lebih daripada itu.

Satu contoh lain ialah definisi yang diberikan oleh al-Amidi, iaitu

“menggunakan separuh daya dalam memahami hukum syarak sampai merasakan

tidak mampu melakukannya lebih daripada itu.”

Walaupun ada sedikit sebanyak perbezaan di antara kedua-dua definisi di

atas, namun apa yang penting ialah kedua-duanya menekankan soal penggunaan

daya usaha yang sepenuhnya. Sudah tentu yang dimaksudkan dengan usaha di sini

termasuk juga keilmuan dan kemahiran yang ada. Dengan kata lain, yang

dimaksudkan dengan ijtihad itu ialah penggunaan sepenuh daya, keilmuan dan

kemahiran yang ada bagi memahami hukum daripada Syariah. Dan tentu sekali

yang dimaksudkan dengan hukum di sini bukan soal halal haram sahaja, tetapi lebih

umum daripada itu, iaitu merangkumi semua nilai yang mungkin difahami daripada

Syariah.

Ruang lingkup Ijtihad

Dalam membincangkan tentang ruang lingkup berijtihad, „Abd al-Wahhab Khallaf

dalam Masadir al-Tasyri‘ al-Islami fima la Nass fihi telah membahagikan kepada empat

bahagian, iaitu:

1. Hukum-hukum yang sumbernya berasaskan nass yang jelas lagi qat’i sama

ada dalam aspek thubut atau dilalahnya. Dalam konteks ini tiada ruang untuk

berijtihad. Misalnya ayat pewarisan, kewajipan solat, zakat dan sebagainya.


4

Dr Mohd Anuar Ramli


Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

2. Hukum-hukum yang sumbernya berasaskan nass yang zanni dalam

dilalahnya. Dalam konteks ini, terdapat ruang untuk berijtihad tetapi perlu

dalam batasannya. Misalnya ayat wuduk, famsahu biru’usikum. Huruf ba’

memberi tafsiran keseluruhan/ sebahagian kepala.

3. Hukum-hukum yang tiada nass sama ada berbentuk qat„i atau zanni, tetapi

adanya ijma„ para mujtahid. Dalam konteks ini, tiada ruang untuk berijtihad

kerana para mujtahid telah berijma„. Contohnya halangan warisan cucu lelaki

disebabkan ada anak lelaki, perkahwinan wanita muslimah dengan lelaki

bukan Islam dan sebagainya.

4. Hukum-hukum yang tiada nass dan tiada ijma‟ mujtahid. Dalam konteks ini

ruang ijtihad terbuka luas sepertimana kebanyakan hukum yang terdapat

dalam khazanah perbendaharaan fiqh.

Dalam kategori pertama dan ketiga tiada ruang langsung untuk berijtihad bagi

mengubah ketetapan hukum, manakala kategori kedua, ruang ijtihad adalah terbatas

dan kategori keempat merupakan medan ijtihad yang terbuka luas.

Kategori Ijtihad

Dari Aspek Komposisi Mujtahid

Berdasarkan bilangan ahli mujtahid, menurut Wahbah al-Zuhayli dalam buku al-

Ijtihad al-Fiqh al-Jadid, beliau membahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

Dr Mohd Anuar Ramli


Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

1. Al-Ijtihad al-Fardi ( )

Iaitu ijtihad secara individual. Ia merujuk kepada ijtihad dalam sesuatu persoalan

hukum yang dilakukan oleh seseorang mujtahid, bukan oleh sekelompok mujtahidin.

Ijtihad ini biasanya dilakukan oleh Sahabat, misalnya pengutusan Mu`adh ke Yaman,

ijtihad para Tabi`in dan imam mazhab.

2. Al-Ijtihad al-Jama’i ( )

Iaitu ijtihad secara kolektif. Ia merujuk kepada ijtihad dalam sesuatu persoalan

hukum yang mana sekelompok mujtahidin mengadakan analisis sesuatu masalah

untuk kemudian ditetapkan hukumnya berdasarkan dalil dan manhaj yang tertentu.

Tidak semestinya ia melibatkan semua mujtahid. Misalnya, ijtihad yang telah

dilakukan sejak zaman khalifah Abu Bakr. Beliau dan para sahabat telah

mengadakan ijtihad jama‟i untuk memerangi orang yang ingkar dan enggan

membayar zakat. Begitu juga ijtihad pengumpulan al-Qur‟an pada masa Abu Bakr

dan ijtihad jama‟i untuk menulis al-Qur‟an dalam satu bentuk tulisan yang seragam

tulisan pada zaman „Uthman „Affan.

Dari Aspek Bentuk Ijtihad

Menurut al-Qaradawi dalam buku al-Ijtihad al-Mu‘asir Baina al-Indibat Wa al-Infirat,

terdapat dua bentuk ijtihad, iaitu:

Dr Mohd Anuar Ramli


Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

1. al-Ijtihad al-Intiqa’i ( )

Iaitu ijtihad komparatif selektif dengan meneliti kembali (re-ijtihad) hasil ijtihâd

sarjana hukum Islam terdahulu berserta dalil-dalilnya yang terdapat warisan fiqh

klasik, membuat perbandingan antara satu sama lain, kemudian memilih pendapat

yang lebih kuat (tarjih).

Kriteria yang digunakan dalam memilih pendapat yang kuat termasuklah:

i. Pendapat tersebut hendaknya lebih sesuai dengan kehidupan orang zaman

sekarang.

ii. Pendapat tersebut hendaknya lebih banyak memberikan rahmat bagi umat

manusia.

iii. Pendapat tersebut hendaknya lebih dekat kepada kemudahan yang diberikan

syariat.

iv. Pendapat tersebut lebih utama dalam mewujudkan syariat, memberikan

kemaslahatan bagi makhluk dan menjauhkan mereka dari kerosakan.

2. Al-Ijtihâd al-Insya’i ( )

Iaitu ijtihad konstruktif inovatif, dengan menetapkan hukum atas berbagai masalah

baharu yang tidak pernah diketahui oleh sarjana hukum Islam terdahulu kerana

belum wujud lagi permasalahan tersebut pada zaman silam, atau dalam masalah

lama tetapi sarjana hukum Islam kontemporari mempunyai pendapat baharu yang

belum pernah dikemukakan oleh ulama-ulama terdahulu.


7

Dr Mohd Anuar Ramli


Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

Dalam ijtihad bentuk yang kedua, penguasaan terhadap pengetahuan baharu

berkaitan persoalan tersebut, di samping pengetahuan yang menjadi persyaratan

ijtihad itu sendiri adalah signifikan. Untuk itu, ijtihad jama‘i atau kolektif sangat

diperlukan. Ini kerana keterbatasan pengetahuan seseorang seiring dengan semakin

ketatnya pengkhususan disiplin ilmu pada masa kini, menjadikan ijtihad fardi atau

individu dilihat kurang relevan. Sebagai contoh, dalam isu pemindahan organ

manusia. Sukar bagi sarjana hukum Islam untuk menetapkan hukum dengan tepat

tanpa bantuan daripada pakar perubatan. Sarjana hukum Islam perlu mendengar

dahulu pendapat pakar dalam bidang perubatan, khususnya pakar bedah informasi

mengenai cara dan mekanisme pemindahan organ manusia. Setelah diketahui secara

jelas prihal pemindahan organ, baharu dimulai perbahasan dari disiplin usul al-fiqh

untuk ditetapkan hukumnya. Justeru, ijtihad kolektif pada masa kini lebih relevan

dan signifikan selaras dengan perkembangan kontemporari, seiring dengan

pembidangan serta pengkhususan ilmu semasa.

Pembatalan Ijtihad

Walaupun wujud perbezaan dengan pendapat sarjana hukum Islam terdahulu, atau

bertentangan sekalipun, ia tidak menjadi masalah kerana tiada larangan bahawa hasil

ijtihâd yang terkemudian tidak boleh bertentangan dengan hasil ijtihâd sarjana

hukum Islam terdahulu. Lebih-lebih lagi hasil ijtihad tidak dapat dibatalkan oleh

hasil ijtihad yang lain, masing-masing diamalkan sesuai dengan masa dan kodisinya.

Dr Mohd Anuar Ramli


Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

Keadaan ini selari dengan kaedah fiqh:

Ertinya:
Ijtihad tidak boleh dibatalkan oleh ijtihad yang lain.

Namun begitu, tidak semua khazanah peninggalan ulama terdahulu

diketepikan dan dibuang begitu sahaja. Apa yang perlu dibuat ialah menampung

kelompangan yang masih terdedah kepada perubahan, menyumbi di mana tempat

yang perlu ditambah, membuang dan menggantikan di mana tempat yang sudah

dianggap lapuk, memelihara mana yang boleh dibuat perbendaharaan klasik

kemudian dijadikan koleksi yang amat bernilai untuk dirujuk dan dijadikan

panduan.

Sejarah Perkembangan Ijtihad

Ijtihad Para Sahabat

Sewaktu Rasulullah SAW wafat, pembinaan Syariah Islam sudah pun selesai.

Sebelum ini telah dijelaskan bagaimana wahyu telah selesai diturunkan sama ada

dalam bentuk al-Quran ataupun al-Sunnah.

Selain itu, para sahabat Baginda juga sudah cukup terlatih untuk meneruskan

tugas merealisasikan Syariah Islam dalam semua aspeknya. Baginda Rasulullah SAW

sendiri telah melatih mereka dengan secukupnya bagaimana memahami nas-nas

syarak dan bagaimana pula melakukan ijtihad apabila tiada nas al-Quran atau al-

Sunnah dalam masalah berkenaan.

Dr Mohd Anuar Ramli


Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

Berasaskan kepada semua yang ada ini, walaupun berlaku kekosongan yang

sangat besar dengan kewafatan Baginda Rasulullah SAW tetapi kekosongan itu telah

dapat dipenuhi dengan mudah oleh para sahabat yang sudah pun terlatih itu. Apa

sahaja persoalan baru yang timbul dapat mereka selesaikan dengan baik.

Dalam menyelesaikan masalah-masalah yang baru timbul ini mereka sudah

mempunyai metode yang jelas seperti mana yang mereka pelajari daripada

Rasulullah SAW Sebagai langkah pertama mereka akan merujuk al-Quran. Kalau

hukum berkenaan terdapat dengan jelasnya di situ mereka akan menerimanya tanpa

apa-apa persoalan lagi. Tetapi kalau hukum berkenaan tidak ada dalam al-Quran

mereka merujuk masalah itu kepada al-Sunnah. Biasanya rujukan kepada al-Sunnah

ini dilakukan dengan cara bertanya orang ramai sama ada sesiapa ada menghafal

apa-apa hadis yang berkait dengan persoalan yang dihadapi itu. Kalau dalam al-

Sunnah pun tidak ada hukum berkenaan secara jelas, mereka akan berijtihad.

Dalam melakukan ijtihad, asas yang digunakan tentu sekali “fikiran”. Ini

sesuai dengan apa yang diperakukan sendiri oleh Rasulullah SAW apabila Baginda

menerima baik kata-kata Mu`adz Ibn Jabal dalam hadis tentang ijtihad yang masyhur

itu “ “ (Saya berijtihad dengan menggunakan fikiran saya tanpa ragu-

ragu).

Walaupun konsep “fikiran” (al-Ra’y) itu begitu luas sekali, termasuk

pandangan-pandangan peribadi yang tidak berasaskan kepada sesuatu yang lain,

tetapi dalam konteks ijtihad ia memberi makna tertentu. Di kalangan para sahabat ia

10

Dr Mohd Anuar Ramli


Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

bermaksud sama ada pentafsiran nas secara meluas sampai melibatkan “guna pakai”

bagi kes-kes baru yang tidak menjadi objektif asal bagi nas berkenaan untuk

menerangkan hukumnya, iaitu yang kemudiannya dikenali sebagai “al-qiyas”, atau

penilaian hukum berkenaan berasaskan kepada kepentingan yang menjadi objektif

kepada penurunan syariah Islam itu sendiri, iaitu yang kemudiannya dikenali

dengan istilah “al-Maslahah”.

Mengikut Muhammad Abu Zahrah, kedua-dua pendekatan digunakan

dengan serentak oleh para sahabat. Dengan kata lain, para sahabat dalam berijtihad

sama ada menggunakan pendekatan “qiyas” atau pendekatan “maslahah”. Pandangan

peribadi tanpa asas-asas seperti itu tidak digunakan. Kerana itulah ada catatan

dalam penulisan-penulisan sejarah pengajian Syariah terdapat para fuqaha tidak

menerima penggunaan “fikiran” (al-Ra’y) dalam ijtihad. Sebabnya ialah kerana

mereka maksudkan dengan “fikiran” (al-Ra’y) itu ialah pandangan peribadi semata-

mata.

Bagaimanapun, para sahabat mempunyai kecenderungan yang berbeza-beza

dalam memilih metode-metode ini. Sebahagian daripada mereka lebih cenderung

berijtihad menggunakan metode qiyas dan sebahagian lain lebih cenderung

menggunakan metod “maslahah”. Antara mereka yang sangat dikenali sebagai lebih

cenderung kepada “qiyas” dan tidak banyak menggunakan “maslahah” ialah

Abdullah Ibn Mas`ud dan Ali Ibn Abi Talib. Sementara orang yang begitu masyhur

menggunakan “maslahah” ialah Umar Ibn al-Khattab.

11

Dr Mohd Anuar Ramli


Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

Perbezaan metode ini kemudiannya telah mewariskan kepada generasi fuqaha

terkemudian apa yang disebut sebagai aliran yang berbeza dalam memahami syariah

Islam melalui ijtihad. Aliran-aliran itulah kemudiannya melahirkan mazhab-mazhab

yang telah memainkan peranan yang penting dalam membawa pengajian Syariah ke

kemuncak kegemilangan sebagaimana yang akan dihuraikan dalam fasal yang akan

datang.

Selain daripada itu, para sahabat mempunyai kecenderungan yang berbeza

dalam menggunakan ijtihad itu sendiri sama ada secara meluas dan terbuka atau

sebaliknya. Sesetengah daripada mereka, contohnya Khalifah Umar Ibn al-Khattab

terpaksa banyak berijtihad kerana memerlukan hukum buat meneruskan

pentadbiran negara dengan licin. Sedangkan mereka yang tidak berada pada

kedudukan seperti itu boleh bersikap lebih tertutup kerana tidak ada tekanan yang

memaksa untuk menentukan hukum bagi tujuan kegunaan dengan segera.

Di samping itu, terdapat di kalangan para sahabat mereka yang memilih

untuk tidak meriwayatkan hadis. Mereka sebaliknya lebih bersedia untuk memberi

pandangan sendiri. Kerana kalau terjadi apa-apa kesilapan dalam memberi

pandangan sendiri tidak ada apa-apa yang menyentuh asas agama. Sedangkan kalau

berlaku silap dalam meriwayatkan hadis sesuatu yang asas telah berlaku iaitu

berdusta mengenai Rasulullah SAW. Seperti mana yang telah disebutkan sebelum

ini, Rasulullah SAW telah menjanjikan neraka untuk mereka yang secara sengaja

berdusta mengenai Baginda.

12

Dr Mohd Anuar Ramli


Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

Sesetengah para sahabat yang lain pula, atas sebab yang sama, lebih

cenderung menganggap apa yang dikatakan olehnya sebagai pandangan sendiri,

kecuali ia benar-benar merupakan yang diketahui oleh lebih daripada satu orang.

Antara mereka yang bersikap seperti ini ialah Abu Bakar al-Siddiq dan Ali Ibn Ab

Talib.

Hasilnya terdapat banyak fatwa yang dianggap sebagai berasaskan kepada

pandangan mereka sendiri. Sebagai contohnya, kata Ibn Mas`ud selepas menyebut

salah satu fatwanya: “Saya kata mengikut pandangan saya sendiri. Kalau ia betul

maka itu daripada Allah. Kalau salah maka itu daripada saya sendiri dan daripada

syaitan. Sedangkan Allah dan Rasul Nya tidak bersangkut paut dengannya.”

Sebenarnya para sahabat dalam memberi fatwa tentang hukum terpaksa

memilih salah satu daripada dua jalan yang sukar bagi mereka, iaitu sama ada untuk

lebih meriwayatkan hadis dan mengurangkan ijtihad, atau untuk lebih berijtihad dan

mengurangkan periwayatan hadis. Kedua-dua jalan ini dipandang sukar kerana

jalan pertama mendedahkan kepada periwayatan secara salah daripada Rasulullah

SAW, sedangkan jalan kedua pula terdedah kepada penentuan hukum tanpa asas

daripada Rasulullah SAW.

Cara para sahabat berijtihad juga berbagai. Sebahagian daripada mereka

hanya berijtihad dalam lingkungan nas sahaja, iaitu memahami al-Quran dan al-

Sunnah. Sementara sebahagian lain pula berijtihad menggunakan fikiran. Seperti

mana telah disebutkan sebelum ini, berijtihad menggunakan fikiran ini ada dua

metode. Pertamanya metode “qiyas” dan keduanya metode “maslahah”.


13

Dr Mohd Anuar Ramli


Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

Dalam aspek yang lain pula, kalau sekiranya ijtihad mereka itu menyentuh

masalah perseorangan, ijtihad akan dilakukan secara perseorangan juga. Tetapi kalau

menyentuh persoalan umum, ia akan dilakukan secara umum, iaitu dalam suatu

perjumpaan umum atau pertemuan ramai para fuqaha. Adalah menjadi kebiasaan

bagi para Khulafa‟ al-Rasyidin r.a. apabila timbul masalah yang berkait dengan

pemerintahan dan masyarakat akan mengumpul para sahabat dan meminta

pandangan daripada mereka. Dalam pertemuan itu mereka bertukar-tukar pendapat

sehingga mencapai kata sepakat. Kata sepakat inilah kemudiannya oleh generasi

terkemudian, iaitu Tabi`in dan seterusnya dinamakan sebagai “Ijma‟”.

Bagaimanapun, dalam sesetengah persoalan mereka tidak mencapai kata

sepakat. Sebaliknya pandangan mereka terus berbeza. Sama juga dengan “ijma’”,

perbezaan pendapat atau “ikhtilaf” juga diwariskan kepada generasi terkemudian

sebagai hasil ijtihad para sahabat.

Apa pun juga, hasilnya, sama ada “ijma’” atau “ikhtilaf”, hakikatnya para

sahabat dengan ijtihad mereka itu telah mewariskan panduan yang jelas dalam

berijtihad kepada generasi-generasi terkemudian. Mereka dengan itu telah

menjelaskan bahawa perbezaan pendapat dalam mencari kebenaran tidak akan

menjejaskan perpaduan ummah selagi ia dipadu oleh rasa keikhlasan. Selain itu para

sahabat dengan ijtihad mereka itu juga telah mewariskan kepada generasi

terkemudian warisan pengajian Syariah yang kaya dan mencabar kajian selanjutnya.

14

Dr Mohd Anuar Ramli


Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

Ijtihad Zaman Tabi`in

Tradisi para sahabat dalam berijtihad telah diikuti sepenuhnya oleh para fuqaha

zaman tabi`in. Kesinambungan ini mudah dilakukan memandangkan masing-masing

para fuqaha tabi`in itu adalah murid kepada guru-guru mereka daripada generasi

sahabat. Malah boleh dikatakan para fuqaha zaman tabi`in ini bukan sahaja

melanjutkan tradisi secara umum ijtihad para sahabat, tetapi masing-masing

melanjutkan kecenderungan guru masing-masing dalam berijtihad. Seperti mana

telah disebutkan sebelum ini, ada dua kecenderungan yang jelas berbeza di antara

satu sama lain dalam ijtihad para sahabat. Pertamanya kecenderungan “qiyas” dalam

keduanya kecenderungan “maslahah”.

Selain menyambung tradisi berijtihad ini mereka juga mengumpul ijtihad-

ijtihad para sahabat, baik yang mencapai taraf “ijma‟” mahupun yang bersifat

“Aqwal”, iaitu pandangan-pandangan yang berbeza dengan pandangan yang lain.

Hasil-hasil kumpulan ijtihad para sahabat ini banyak membantu para ulama tabi`in

dalam meneruskan ijtihad mereka. Juga membantu mereka dalam meneruskan

ijtihad itu ialah hadis-hadis Rasulullah SAW yang mereka warisi daripada riwayat

para sahabat juga.

Sepertimana yang dilakukan oleh para sahabat, rujukan pertama akan

dilakukan terhadap al-Quran. Kalau hukum berkenaan tidak ada secara jelas di

dalamnya rujukan akan dibuat kepada al-Sunnah, iaitu sama ada untuk mencari

hukum yang asal atau menghuraikan apa-apa asas yang ada dalam al-Quran. Kalau

15

Dr Mohd Anuar Ramli


Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

kedua-dua sumber asas hukum Islam itu tidak mengandungi apa yang diperlukan

mereka akan merujuk kepada ijtihad sahabat. Kalau tidak barulah mereka berijtihad.

Seperti mana juga para fuqaha pada zaman sahabat, terdapat dua

kecenderungan yang jelas berbeza antara satu sama lain dalam melakukan ijtihad.

Golongan pertama lebih terbuka untuk berijtihad dan akan melakukannya apabila

hukum yang diperlukan itu tidak ada dalam al-Quran dan al-Sunnah (atau juga

dalam fatwa para sahabat). Sementara golongan kedua pula tidak semudah itu untuk

berijtihad. Mereka tidak akan melakukannya kecuali ada asas yang tertentu daripada

al-Quran atau al-Sunnah. Malah, berbanding dengan apa yang berlaku di zaman para

sahabat, perbezaannya antara dua aliran ini lebih jelas dan semakin luas jaraknya. Ini

terutama sekali kerana masyarakat Islam pada waktu itu sudah berubah oleh

berbagai-bagai faktor, termasuk perpecahan politik. Sebagai mana dimaklumi, dari

segi politik umat Islam telah berpecah pada waktu itu kepada Khawarij, Syi`ah dan

jumhur iaitu majoriti yang sederhana.

Satu perkara lain yang telah memperluaskan lagi jurang perbezaan ini ialah

berlakunya fenomena baru yang mana sesetengah orang tidak lagi begitu sensitif

dengan nilai-nilai kebenaran dalam Islam. Mereka ini telah meriwayatkan hadis-

hadis palsu bagi tujuan tertentu sehingga menimbulkan kebimbangan yang

mendalam di kalangan para pemimpin dan para ulama sendiri. Hasil, dalam bidang

ijtihad, jurang antara dua kecenderungan yang sebelum ini sudah ada menjadi

semakin luas. Satu golongan merasakan amat penting sekali bergantung sepenuhnya

dengan al-Sunnah, kerana dalam suasana seperti itu hanya al-Sunnah sahajalah satu
16

Dr Mohd Anuar Ramli


Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

kebenaran yang boleh menyelamatkan mereka. Sementara di satu pihak lain pula

ada kalangan yang mengambil langkah yang sangat berhati-hati untuk menggunakan

al-Sunnah takut-takut terlibat menggunakan Sunnah yang diriwayatkan secara palsu.

Hasilnya telah muncul dua aliran yang jelas berbeza dan mempunyai

pendirian masing-masing. Kedua-dua aliran ini kemudiannya dikenali sebagai

“aliran fikiran” (Fiqh al-Ra’y) dan “aliran athar” (Fiqh al-Athar). Bagaimanapun,

persoalannya bukan manalah wajar atau tidak berpegang kepada al-Sunnah. Kerana

semua orang menerima hakikat itu. Tetapi yang menjadi persoalannya ialah sejauh

mana boleh berpegang dengan fikiran dalam menganalisis hukum. Para fuqaha

aliran athar tidak akan menggunakan fikiran kecuali dalam keadaan terdesak,

sementara para fuqaha aliran fikiran pula menggunakannya secara meluas bila

sahaja tiada hadis untuk dipegang dalam masalah berkenaan. Malah, lebih daripada

itu. Sesetengah daripada mereka tidak berhenti, setakat menganalisis hukum bagi

kes yang sudah berlaku, tetapi juga menganalisis hukum-hukum yang diandaikan

sahaja kalau berlaku. Mereka telah menggunakan fikiran untuk menganalisis

hukum-hukum seperti ini yang kemudiannya hasil penganalisis itu dikenali sebagai

“fiqh andaian” (al-Fiqh al-Iftiradhi).

Kedua-dua aliran “Fiqh al-Ra’y” dan “Fiqh al-Athar” ini ada di mana-mana

dengan para fuqaha dan pendokong masing-masing. Cuma perbezaannya ialah

golongan “Fiqh al-Ra’y” lebih mendominasi Iraq, sedangkan golongan “Fiqh al-Athar”

lebih mendominasi Hijaz. Selain daripada itu ijtihad di Iraq menggunakan metode

“qiyas”, sementara di Hijaz menggunakan metode “maslahah”. Berasaskan metode


17

Dr Mohd Anuar Ramli


Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

“qiyas” “fiqh andaian” (al-Fiqh al-Taqadiri) berkembang di Iraq, kerana ia berasaskan

kepada penganalisis. Sedangkan di Hijaz tidak ada fiqh seperti itu. Ini kerana

metode “Maslahah” yang digunakan lebih bersifat rasional, iaitu menekankan apa

yang sebenarnya telah berlaku.

Antara para mujtahid yang terkemuka di Iraq ialah Ibrahim al-Nakha`i

(M.96H.) yang dikatakan sebagai orang yang menguasai ilmu Abdullah Ibn Mas`ud

dan fatwa-fatwa Ali Ibn Abi Talib dan para sahabat lain yang pernah hidup di Iraq.

Di Hijaz pula, paling terkemuka ialah Sa`id Ibn al-Musaiyib (M. 93H.) disebut sebagai

menguasai keilmuan para sahabat di Madinah, terutama fatwa-fatwa daripada

Abdullah Ibn Umar, `Aisyah, Abdullah Ibn Abbas dan ramai lagi. Kedua-dua mereka

ini dianggap sebagai juru cakap bagi aliran masing-masing.

Antara tokoh-tokoh lain aliran Hijaz ialah:

1. Al-Qadhi Syuraih Ibn al-Harith Ibn Qais (M. 78H.). Beliau pernah

dilantik oleh Khalifah Umar dan kemudiannya oleh Khalifah Ali r.a.

sebagai kadi selama tujuh puluh tahun.

2. Al-Syu`abi (M. 104H.) atau nama sebenarnya Abu `Amru Ibn Syarahil

al-Hamdani. Beliau dikenali sebagai orang yang paling keras terhadap

penggunaan qiyas.

3. Al-Thauri (M. 161H.) atau nama sebenarnya Sufian Ibn Sa`id Ibn

Masruq, seorang yang menentang keras pemerintahan Abbasiah.

18

Dr Mohd Anuar Ramli


Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

Antara para fuqaha Iraq yang lain pula ialah:

1. `Alqamah Ibn Qais al-Nakha`i al-Kufi (M.62H.) seorang yang sangat

rapat dengan Ibn Mas`ud.

2. Hammad Ibn Abi Sulaiman al-Asy`ari (M. 120H.). Beliau dikenal

sebagai tokoh fuqaha di Kufah.

3. Rabi`ah al-Ra‟y (M. 136H.). Nama sebenarnya ialah Rabi`ah Ibn Abi

Abd. Al-Rahman. Beliau digelar sebagai Rabi`ah al-Ra‟y kerana banyak

menggunakan fikiran.

Ijtihad Zaman Tabi`in al-Tabi`in

Adalah sesuatu yang tabi`i apabila para ulama generasi tabi`in al-tabi`in mengambil

faedah daripada generasi yang terdahulu daripada mereka dalam membela fiqh dan

ijtihad mereka. Berasaskan kepada realiti ini para fuqaha zaman tabi`in al-Tabi`in

telah berusaha menjejaki pandangan dan buah fikiran para fuqaha generasi tabi`in

dan generasi sahabat, atas keyakinan bahawa para fuqaha daripada generasi

terdahulu itu lebih berwibawa dan ijtihad mereka lebih tepat kerana lebih hampir

kepada Rasulullah SAW.

Dalam menerima pandangan-pandangan serta hasil ijtihad para fuqaha

generasi pertama dan kedua ini para fuqaha generasi tabi`in al-tabi`in sama ada

melihat pandangan-pandangan itu pada hakikatnya hadis-hadis Rasulullah SAW

yang tidak diriwayatkan sebagai hadis kerana tidak cukup kuat dari segi sanadnya

atau sebagai pandangan dan hasil ijtihad mereka itu sendiri. Bagaimanapun, dalam
19

Dr Mohd Anuar Ramli


Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

kedua-dua kemungkinan itu pandangan-pandangan berkenaan dilihat lebih

berwibawa daripada pandangan dan ijtihad mereka sendiri kerana keulungan para

fuqaha generasi terdahulu itu.

Bagaimanapun, zaman ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri sejauh

mengenai ijtihad. Antaranya berlaku ijtihad dengan begitu banyak sekali dan

meluasnya perbezaan pendapat di kalangan para fuqaha. Selain itu zaman ini juga

dikaitkan dengan kelahiran mazhab-mazhab fiqh sama ada yang masih kekal sampai

sekarang atau yang sudah pupus.

Satu perkara lain lagi ialah masalah pendustaan tentang Rasulullah SAW

dengan meriwayatkan hadis-hadis palsu. Sebelum ini telah dinyatakan gejala ini

telah pun lahir pada zaman tabi`in disebabkan oleh timbulnya puak-puak dalam

masyarakat Islam dan masuknya ke dalam Islam golongan-golongan yang tidak

begitu baik sikap keislaman mereka. Bagaimanapun gejala ini tidak sampai

mengeruhkan kejernihan fiqh dan ijtihad kerana saiznya tidak begitu besar dan

rujukan kepada para fuqaha juga mudah dilakukan bagi tujuan menapis

pembohongan-pembohongan berkenaan.

Tetapi di zaman tabi`in al-tabi`in ini keadaan sudah berubah. Arus

pendustaan itu telah menjadi lebih kuat oleh beberapa sebab. Antara sebabnya ialah

sekadar mahu mendakwa yang bukan-bukan dan tidak menganggap perbuatan itu

sebagai salah. Satu sebab lain ialah untuk menggesa masyarakat berbuat baik, lalu

dengan niat yang baik hadis-hadis palsu digunakan. Antara sebab-sebab lain lagi

20

Dr Mohd Anuar Ramli


Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

ialah didorong oleh rasa taasub dan fanatik, sekadar mahu memenuhi nafsu dan

perasaan sendiri atau sebagainya.

Sebagai reaksi terhadap gejala buruk ini para fuqaha lebih berhati-hati dalam

urusan ijtihad dan fatwa mereka. Antara langkah yang diambil ialah membersihkan

fiqh dan ijtihad dari gejala tersebut dengan berbagai-bagai cara. Antaranya:

Pertama: Menggariskan kaedah yang jelas bagi menilai sama ada sesuatu

riwayat itu betul atau tidak. Antaranya ialah dengan menyelidik kedudukan perawi

itu sendiri dan konsistensi hadis-hadis yang didakwakan itu dengan prinsip-prinsip

umum yang ada dalam Syariah Islam dan diterima pakai sejak zaman berzaman lagi.

Selain daripada itu mereka mula membukukan hadis-hadis sahih dalam kumpulan-

kumpulan tertentu seperti mana yang terdapat dalam Muwatta’ al-Imam Malik, Kitab

al-Jawami` Fi al-Sunan Wa al-Adab, yang diusahakan oleh Sufian Ibn `Uyainah, al-Jami`

al-Kabir Fi al-Fiqh Wa al-Hadis yang dikumpulkan oleh Sufyan al-Thauri dan Kitab al-

Athar yang dikumpulkan oleh murid Abu Hanifah dan Abu Yusuf.

Cara kedua ialah melakukan ijtihad dengan menggunakan fikiran (

). Ia dilihat pada waktu itu sebagai satu keperluan ilmiah bagi memperteguhkan

lagi keilmuan Islam dalam menghadapi keperluan semasa. Berasaskan kepada

langkah ini ijtihad berkembang dengan begitu subur sekali pada zaman tabi`in al-

tabi`in ini. Namun terdapat juga sedikit sebanyak perbezaan dalam melakukan

ijtihad ini di antara satu mazhab dengan mazhab yang lain. Ini dapat dilihat

perbezaan di antara aliran Hijaz dengan aliran Iraq. Antara sebabnya ialah:

21

Dr Mohd Anuar Ramli


Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

Pertama: Para fuqaha Hijaz, terutama yang berada di Madinah mempunyai

lebih banyak hadis daripada yang dipunyai oleh para fuqaha Iraq. Sebagaimana

dimaklumi Rasulullah SAW sepanjang hidup Baginda selepas Hijrah berada di

Madinah dan hadis-hadis Baginda disabdakan di situ. Tambahan pula di Madinah

terdapat para fuqaha besar dengan keputusan hukum serta fatwa masing-masing

seperti Khalifah-khalifah Abu Bakr al-Siddiq, Umar Ibn al-Khattab dan Uthman Ibn

`Affan r.a. Selain daripada mereka ini terdapat juga para fuqaha besar dengan fatwa-

fatwa mereka yang banyak. Seperti Zaid Ibn Thabit, Umm al-Mu‟minin `Aisyah,

malah para periwayat hadis yang masyhur seperti Abu Hurairah, Said al-Khudri dan

ramai lagi.

Sedangkan di Iraq, hadis-hadis yang mereka terima berasaskan kepada

riwayat Abdullah Ibn Mas`ud, seperti Ali Ibn Abi Talib r.a., Abu Musa al-Asy`ari dan

para sahabat serta tabi`in lain yang tinggal di Iraq.

Maka oleh kerana “athar” terdapat lebih banyak di Madinah, sedangkan di

Iraq agak kurang, pergantungan kepada hadis dan athar di Madinah adalah lebih

sedangkan di Iraq hal seperti itu sukar untuk berlaku. Lalu kegiatan ijtihad dengan

menggunakan fikiran ( ) banyak berlaku di Iraq.

Kedua: Para fuqaha tabi`in dan fatwa mereka mendapat kedudukan yang

tinggi di kalangan para fuqaha mujtahidin di Hijaz. Mereka diikuti dan dihormati

sepenuhnya dalam proses menentukan hukum pada zaman tabi`in al-tabi`in. Sedang

22

Dr Mohd Anuar Ramli


Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

para fuqaha yang sama generasi mereka di Iraq tidak mendapat penghormatan

sebegitu. Logiknya ijtihad di Iraq lebih bebas dan lebih terbuka.

Ketiga: Di Iraq, ijtihad biasa dilakukan berasaskan metode qiyas, iaitu yang

boleh disifatkan sebagai analisis perbandingan. Metode seperti ini memberi kekuatan

kepada mujtahid untuk bergerak dalam ruang yang lebih luas. Sedangkan di Hijaz,

metode yang dipakai ialah metode “maslahah”, iaitu kepentingan semasa. Ia lebih

terikat kepada kes-kes yang berlaku mengikut persekitaran yang ada.

Kesimpulannya, Ijtihad telah memainkan peranan yang begitu besar dalam

memperkembangkan lagi pengajian Syariah. Ia walaupun belum diterima sebagai

suatu asas hukum pada zaman Rasulullah tetapi telah diterima sebagai satu latihan

ilmiah bagi tujuan untuk dipakai dalam menganalisis nas-nas syarak atau sebagainya

apabila Syariah itu sendiri sudah sempurna.

Ijtihad inilah kemudiannya yang telah membuka dimensi yang begitu luas

bagi perkembangan hukum Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW. Aktiviti inilah

yang mewujudkan hubungan antara idealisme Syariah dan realiti hidup masyarakat,

baik dilihat dari prospek analisis perbandingan, iaitu qiyas atau kepentingan semasa

masyarakat, iaitu maslahah. Malah kemudiannya ijtihad jugalah yang telah

menyumbang kepada kecemerlangan ilmu melalui pertumbuhan-pertumbuhan

mazhab yang sesetengah masih terus hidup sampai ke hari ini.

23

Dr Mohd Anuar Ramli


Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

Ijtihad Kontemporari

Ijitihad kontemporari dapat dijelaskan sebagai usaha dengan mencurahkan seluruh

tenaga dan kemampuan berfikir untuk mencari solusi hukum terhadap pelbagai

persoalan baharu yang timbul masa kini dengan mengambilkira realiti perubahan

sosio-budaya di samping latar belakang keilmuan semasa. Ijtihad ini selain

melibatkan isu-isu baharu timbul, ia juga merangkumi isu-isu lama yang diberikan

interpretasi baharu sesuai dengan perkembangan zaman.

Lantaran itu dalam usaha menghidupkan ijtihad kontemporari hendaklah

kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah bagi memahami khitab Allah yang dapat

dipisahkan kepada dua. Pertama, dengan menumpang segala kaedah dan

metodologi yang telah digunakan oleh para fuqaha‟ dahulu dan juga menambah

kaedah-kaedah baharu dalam metodologi kajian dengan penemuan kaedah

terbaharu dan mengemaskinikan pentarjihan berdasarkan kajian yang menyeluruh

terhadap ilmu usul al-fiqh. Dengan ini segala konsep fiqh telah menjadi semasa dari

akar umbi hingga kepada cabangnya. Perlu dijelaskan akar umbi di sini ialah hanya

bermaksud dalam ruang lingkup fiqh yang bukannya wahyu atau syariah yang

bersifat muqaddas, thabat dan sebagainya. Begitu juga fiqh semasa bukan bererti

merombak segala metode yang telah tersusun rapi mengikut status dan kekuatannya,

ia hanyalah sebagai „bahan perasa‟ tambahan dalam „menu‟ baharu.

Penilaian kembali kefahaman atau fiqh terdahulu yang merupakan

perbendaharaan yang amat bernilai dengan mengambilkira segala bidang keilmuan

yang tidak terbatas kepada bidang agama sahaja, bahkan melibatkan bidang sains
24

Dr Mohd Anuar Ramli


Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

dan teknologi khususnya disiplin biologi, kimia, fizik, matematik dan lain-lain.

Termasuk juga nilai intelektual (seperti nilai-nilai psikologi, sejarah, politik, ideologi

dan lain-lain) serta realiti hidup masyarakat sama ada dalam masalah sosio-ekonomi,

kebudayaan, interaksi sosial dan sebagainya. Ini kerana adalah penting menentukan

hukum berasaskan kepada world view semasa.

Dalam membentuk ijtihad kontemporari, para sarjana hukum Islam hendaklah

berada dalam kerangkanya yang sebenar. Iaitu dengan memahami konsep semasa

yang kontemporari dari akar umbinya hingga ke pucuknya. Bukannya

mencanangkan pandangan fuqaha‟ secara luarannya sahaja dengan tidak melibatkan

fungsi asasnya sebagaimana yang dinamakan oleh Mahmood Zuhdi sebagai

“perubahan secara kosmetik”. Sebagai kesimpulan, ijtihad kontemporari lebih

melihat kepada faktor peredaran zaman yang menjadi sebab perlunya keanjalan

pemahaman terhadap data pasang siap. Penyelesaiannya berasaskan realiti semasa

dan diselesaikan oleh para ulama semasa yang merangkumi seluruh dunia Islam.

Justeru, peranan ijtihad adalah besar sekali dalam Syariah Islam kerana ia

bukan sahaja dalam masalah pembinaan hukum Islam malahan dalam pelaksanaan

hukum Islam yang telah sedia ada. Oleh kerana pembinaan hukum yang berasaskan

ijtihad itu sifatnya relatif maka kerana itu proses ijtihad terus diperlukan bagi

menyemak semula sesuatu hukum yang bersifat relatif. Mungkin kerana latar

belakang yang mendasari sesuatu hukum itu telah berubah.

25

Dr Mohd Anuar Ramli


Nota IXEX1101 Pengantar Syariah

Maka ijtihad inilah yang memberi ruang kepada masyarakat untuk menilai

perkara-perkara baharu yang berkembang dalam masyarakat sama ada bercanggah

atau tidak dengan kehendak Syariat Islam. Ini kerana nas-nas adalah terhad,

manakala peristiwa yang berlaku adalah tidak terbatas. Jadi proses ijtihad dapat

dilaksanakan sama ada secara individu atau kolektif.

26

Dr Mohd Anuar Ramli

Anda mungkin juga menyukai