Anda di halaman 1dari 4

NAMA : MUHAMMAD AMIRUN ASYRAAF BIN AZHAR

NO MATRIK : D20312914
TUGASAN : TERANGKAN SECARA TERPERINCI MAQASID SYARIAH
NAMA PENSYARAH : USTAZAH JUNAINAH

MAKSUD MAQASID SYARIAH :

Perkataan maqasid dari sudut bahasa merupakan jamak kepada perkataan maqsad
yang diambil dari kata kerja ( ‫ ) قصد‬yang membawa maksud; pegangan, punca,
sasaran, kelurusan, keadilan dan kesederhanaan. Dengan lain perkataan, istilah ini
merujuk kepada maksud ‘objektif’ yang membawa erti berasaskan kenyataan atau
fakta sebenar.

Manakala Syariah berasal daripada perkataan syara’a ( ‫ ) شرع‬yang


bermaksud sumber air yang tidak pernah putus dan terus mengalir, memulai sesuatu
pekerjaan dan menjelaskan, menerangkan serta menunjukkan jalan. Dari segi istilah,
ia merangkumi keseluruhan apa yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umat
manusia melalui Rasul-Nya nabi Muhammad SAW.

Secara umum maqasid syariah seperti yang diterangkan oleh ulama usul fiqh ianya
merupakan makna dan tujuan yang dikehendaki syara’ dalam mensyariatkan sesuatu
hukum bagi menjamin kemaslahatan umat manusia.

Maqasid syariah juga mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam mengukur


dan mempertimbangkan sesuatu perkara demi menjamin kemaslahatan dan menolak
keburukan. Pertimbangan yang menjadi kayu pengukur ini semestinya berlandaskan
nilai-nilai al-Quran dan al-Sunnah yang menjadi asas bagi memastikan ianya berada di
dalam kerangka syariat.
PEMBAHAGIAN MAQASID SYARIAH :

1. Al-Daruriyat

Al-daruriyat merupakan objektif yang mana kehidupan agama dan keduniaan


manusia tertegak dengannya, Jika sekiranya ia tidak ada nescaya hidup manusia di
dunia ini akan menghadapi kesukaran baik di dunia mahupun akhirat.

Al-daruriyat yang asasi ini ada lima iaitu memelihara agama, memelihara nyawa,
memelihara akal, memelihara keturunan dan memelihara harta benda. Setiap urusan
agama dibina atas perkara-perkara ini dan hanya memeliharanya sahajalah maka
segala urusan individu dan masyarakat akan berjalan dengan baik.

Para ulama’ Islam telah membuat ketetapan, wujudnya tertib antara lima jenis
keutamaan tersebut, iaitu kepentingan agama diletak pada kedudukan tertinggi dan
lebih utama dari kepentingan nyawa, sementara kepentingan nyawa mestilah
diutamakan dari kepentingan akal, kepentingan akal mestilah diutamakan dari
kepentingan keturunan dan kepentingan keturunan pula diutamakan dari
kepentingan harta.

Sebagai contoh, Allah telah mewajibkan pelaksanaan rukun Islam yang lima. Untuk
menjaga agama, Islam telah mewajibkan jihad dan mengenakan siksa ke atas mereka
yang murtad. Oleh yang demikian, terpeliharalah konsep beragama dan umat Islam
dari kerosakan.

Bagi memelihara kesinambungan generasi dan kewujudan keturunan yang baik maka
Islam mensyariatkan perkahwinan. Bagi memelihara nyawa manusia pula, maka Allah
mewajibkan untuk memakan atau meminum sesuatu yang asalnya haram dalam
keadaan yang memudharatkan nyawa, bagi menjamin keselamatan nyawa tersebut.
Demikian pula halnya dalam situasi pembunuhan, Allah telah mewajibkan hukuman
qisas atau diat atau kaffarat terhadap pembunuh.

2. Al-Hajiyat

Al-hajiyat ialah kepentingan yang diperlukan oleh manusia bagi memberi


kemudahan kepada mereka dan menghilangkan kesempitan yang membawa kepada
kesulitan dan kesukaran dengan ketiadaannya. Manakala ketiadaannya pula tidaklah
sehingga membawa kepincangan dalam hidup manusia sebagaimana ketiadaan
al-daruriyat, tetapi ia akan membawa kepada kesukaran dalam kehidupan mereka.
Sebagai contoh, disyariatkan beberapa kemudahan (rukhsah) seperti solat qasar dan
jama’ bagi orang yang musafir, diharuskan tidak berpuasa Ramadan bagi orang yang
sakit atau musafir, menunaikan solat dalam keadaan duduk bagi orang yang tidak
mampu berdiri, menyapu khuf sebagai ganti basuh kaki ketika berwudhu’, bermusafir
dan lain-lain lagi.
3. Al-Tahsiniyat

Al-tahsiniyat merupakan kepentingan yang menghendaki seseorang berpegang


dengan akhlak-akhlak yang baik dan budi pekerti yang mulia. Ketiadaan al-Tahsiniyat
tidaklah membawa kepada kesukaran hidup manusia sebagaimana ketiadaan
al-daruriyat dan al-hajiyat, tetapi ia membawa kepada kehidupan yang tidak elok pada
pandangan orang-orang yang berakal.

Contohnya, Islam mensyariatkan bersuci dan menutup aurat di dalam solat, memakai
bau-bauan semasa berada di dalam masjid dan di tempat perhimpunan orang ramai
dan sebagainya. Dalam urusan muamalat, Islam mengharamkan sebarang urusan jual
beli yang mendatangkan mudharat seperti dadah, najis, bangkai dan sebagainya yang
berkaitan. Demikian juga halnya, Islam megharamkan jual-beli atas jual-beli orang lain
dan juga pinangan atas pinangan orang lain.

Dalam adat pula, Islam mengajar adab-adab makan dan minum, mengharamkan
memakan makanan yang keji dan memudharatkan, sebagaimana Islam melarang
melampaui batas dalam makan minum dan berpakaian dan sebagainya.

IMPLIKASI JIKA TIDAK MEMAHAMI MAQASID SYARIAH :

- Akan berlaku kesalahan dalam mendahulukan maqasid yang sepatutnya


dikemudiankan dan begitulah sebaliknya

- Kesilapan dalam menentukan hukum, apabila menjadikan maqasid syariah sebagai


sumber rujukan utama

- Hilang kesempurnaan serta hikmah dalam syariat Islam.

KESIMPULAN :

Kesepaduan dan keseimbangan sistem Islam ini bukan sahaja dalam aspek hukum-
hakam bahkan juga dalam segala ciptaan Allah termasuk penciptaan langit dan bumi
serta peredaran bulan bintang dan matahari. Semuanya bersifat sepadu dan
seimbang.

Seimbang bermaksud sama berat atau tidak berat sebelah. Keseimbanganjuga dapat
dilihat dari sudut rohani dan jasmani, dunia dan akhirat. Begitu juga dalam aspek
peraturan dan undang-undang. la tidak mengatur kehidupan masyarakat dengan
kekuatan undang-undang semata-mata dan juga tidak membiarkan ia disusun
mengikut pemikran individu sahaja. Sebaliknya Islam menggabungkan antara
kedua-duanya iaitu individu yang cintakan keharmonian dan undang-undang yang
menjamin hak setiap orang tidak dizalimi.

Islam juga menjamin keseimbangan antara kepentingan individu dan masyarakat


supaya tidak ada satu hak pun yang teraniaya di antara kedua-duanya. Segala prinsip
dan dasar syariah Islam yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. adalah bersifat tetap
dan tidak boleh serta tidak akan berubah disebabkan oleh desakan atau sentunen
mana-mana individu..

Syariah Islam merupakan satu dokumen perundangan yang lengkap, adil, menyeluruh
dan merangkumi seluruh aspek yang bersangkutan dengan kepentingan manusia.
Syariah Islam yang bercirikan rabbani ini sudah semestinya akan dapat menegakkan
keadilan dalam sebarang pertikaian di antara sesama manusia di samping ianya sudah
pasti dapat mengimbangi seluruh keperluan dan kepentingan manusia. Kepatuhan
dan ketaatan kepada syariah Islam sudah tentu akan membawa kehidupan manusia
kepada kebahagiaan bukan sahaja di dunia bahkan akan berpanjangan di alam
akhirat.

Anda mungkin juga menyukai