Anda di halaman 1dari 5

NAMA : IMAN NURAINA BINTI ZULKAFELI

NOMBOR MATRIK : D20313001

NAMA PENSYARAH : JUNAINAH HANIM BIN MOHAMED NOR

TAJUK : SEJARAH PERIBADI DAN CONTOH IJTIHAD AHLI FIQH DI KALANGAN SAHABAT

SEJARAH PERIBADI UMAR BIN AL – KHATTAB :

Nama Umar, yang bergelar Abu Hafs ialah Umar ibn al-Khattab bin Abdul Uzza bin Riyah bin
Qurt bin Razah bin Adi bin Ka’ab bin Lu’ai al-Quraisy, tergolong dari suku kaum Adi. Suku kaum
Adi dipandang mulia dan tinggi oleh kabilah Quraisy, dan ramai dari kalangan suku kaum Adi
melahirkan orang-orang yang terkenal dan termasyhur dalam sejarah perkembangan Islam.

Garis salasilah Ibn al-Khattab dan nabi Muhammad s.a.w. bertemu pada keturunan yang ke-8.
Nasab Umar Ibn al-Khattab dan nabi Muhammad s.a.w. bertemu pada nenek mereka yang
bernama Kaab bin Luai al-Quraisy al- Kedawi. Dilahirkan di Mekah, empat tahun sebelum
perang Fijr, iaitu 13 tahun selepas kelahiran selepas kelahiran nabi Muhammad s.a.w.. Perang
al-Fijr adalah pertempuran antara puak Kinanah dan Quraisy di satu pihak, dan puak Hawazin di
satu pihak yang lain.
Dinamakan al-Fijr sempena insiden pertempuran yang berlaku dalam bulan Zulkaedah, iaitu
satu bulan yang mulia di kalangan kabilah Arab, yang diharamkan terjadinya peperangan atau
pertempuran darah.

CONTOH IJTIHAD UMAR AL- KHATTAB

Ijtihad Umar Ibnu Khattab pada dasarnya sangat berpegang terhadap alQuran dan hadits yang menjadi
rujukan dasar hukum islam. Hal ini terlihat dari sikapnya dalam memerangi orang-orang yang
menyimpang dari syariah Islam. Adapun apabila ada ketetapan Umar Ibnu Khattab yang tampaknya
menyimpang dari nash, sejatinya adalah menggunakan pertimbangan aplikasi (tathbiq) suatu hukum
untuk merealisasikan tujuan-tujuan syara‘ (maqāshid al-syari‘ah). Pertimbangan tathbiq artinya,
berijtihad untuk menentukan hukum, tidak terbatas memperhatikan sumber-sumber hukum seperti
nash-nash al-Qur’an dan hadits, akan tetapi yang terpenting adalah memperhatikan tujuan-tujuannya.
Sedang tujuan dari pada syara adalah mewujudkan kemaslahatan manusia dengan mempertimbangkan
kemaslahahan, baik yang berupa dharuri, haji, maupun tahsini, lebih-lebih dalam bidang dharuri yang
termanifestasi dalam dharuriyat al-khamsah. Jadi, setiap aksi yang dilakukan Umar Ibnu Khattab bukan
bermaksud meninggalkan nash-nash syara, tetapi justeru didasari keinginan untuk mengaplikasikannya.

SEJARAH PERIBADI ALI BIN ABI BIN TALIB

Saidina Ali Bin Abi Talib r. a adalah seorang tokoh sejarah yang hidup pada abad yang ke - 14.
Kehebatan sejarah hidup beliau sejak 1400 tahun sehingga sekarang masih berpengaruh di
dalam kehidupan kaum muslimin di seluruh dunia. Beliau adalah seorang pemimpin yang
dibesarkan, diasuh dan dididik oleh penerima wahyu Allah iaitu Nabi Muhammad SAW. Beliau
salah seorang di antara Amirul Mukminin yang lazim dikenali sebagai Khulafa Ar – Rasyidin. 

Beliau dilahirkan di Ka’bah. Dididik dan dibesarkan oleh Rasulullah S. AW. Sejak berumur 8
tahun beliau telah memeluk agama Islam dan beliau juga termasuk diantara pemuda pertama
yang memeluk agama Islam. Beliau sentiasa berusaha untuk mencontohi tingkah laku Rsulullah
SAW. Belia juga menjadi menantu Rasulullah dengan mengahwini salah seorang puteri
Rasulullah iaitu Fatimah dan akhirnya menjadi Khalifah yang keempat. 

Ali Bin Abi Talib sangat terkenal kerana beliau seorang alim dan bijaksana. Seorang yang
mengumpulkan Al - Quran dan hafal Al – Quran. Seorang pahlawan perang, negarawan dan
diplomat. Seorang yang berilmu dan sangat cinta ilmu pengetahuan. Seorang pemimpin yang
mendahulukan kepentingan rakyat daripada kepentingan peribadi beliau. Seorang cinta
perdamaian tetapi tegas dalam melaksanakan amar makruf yang terkemuka yang telah
member impak besar kepada umat Islam dari saat beliau bersama Rasululluah sehingga
kewafatan beliau. 

CONTOH IJTIHAD ALI BIN ABI BIN TALIB

Ali bin Abi Thalib berpendapat bahawa wanita yang suaminya meninggal dunia dan belum
dicampuri serta belum ditentukan maharnya, hanya berhak mendapatkan mut'ah. Ali
menyamakan kedudukan wanita tersebut dengan wanita yang telah dicerai oleh suaminya dan
belum dicampuri serta belum ditentukan maharnya, yang oleh syara' ditetapkan hak mut'ah
baginya, sebagaimana disebutkan dalam firman Allah :

"Tidak ada sesuatupun (mahar) atas kamu, jika kamu menceraikan isteri-isterimu sebelum
kamu bercampur dengan mereka dan sebelum kamu menentukan maharnya. Dan hendaklah
kamu memberikan mut'ah (pemberian) kepada mereka. Orang yang mampu menurut
kemampuannya dan orang yang miskin menurut kemampuannya (pula), yaitu pemberian
menurut yang patut. Yang demikian itu merupakan ketentuan bagi orang-orang yang berbuat
kebajikan." (Al-Baqarah : 236).
SEJARAH PERIBADI ABDULLAH BIN MAS’UD

Abdullah bin Mas'ud bin Ghafil bin Habib al-Hudzali (wafat 32 H/653), yang dikenal dengan Ibn
Mas'ud, termasuk salah seorang sahabat Rasulullah saw, muhaddis dan mufassir Alquran di era
permulaan Islam. Menurut penuturannya, ia adalah orang keenam pertama yang memeluk
Islam. Ibnu Mas'ud termasuk kelompok muhajirin pertama yang pergi ke Habasyah. Ia berhijrah
dari Mekah menuju Madinah dan ikut berpartisipasi dalam pertempuran Badar dan Uhud.
Setelah Rasulullah wafat, ia juga ikut serta dalam peperangan Riddah dan penaklukan Syam.
Pada tahun 21 H/642, Umar bin Khattab mengutus Ibnu Mas'ud bersama Ammar untuk
mengawasi Baitul Mal dan pengadilan. Ibnu Mas'ud pada masa kekhilafahan Utsman berseteru
dengan Sa'ad bin Abi Waqqash dan Utsman pun mengembalikannya lagi ke Madinah. Ia
meninggal di Madinah, dua tahun sebelum Utsman bin Affan meninggal. Ia termasuk orang
pertama yang hafiz Alquran dan mendengar langsung sekitar 70 surah dari Rasulullah saw
sendiri. Ashim mengambil riwayat Alqurannya dari Ibnu Mas'ud. Ia membacakan mushaf
Alquran kepada sebagian orang dan mereka menulisnya dan ketika Utsman memerintahkan
untuk mengumpulkan semua mushaf yang ada, awalnya ia menolak, namun akhirnya ia
terpaksa melakukan hal tersebut. Ibnu Mas'ud termasuk kalangan sahabat yang dihormati
semua kaum muslim, baik Syiah maupun Ahlusunah. Riwayat tentang jumlah para
imam (berjumlah 12 orang) diriwayatkan dari dirinya.

CONTOH IJTIHAD ABDULLAH BIN MAS’UD

Laki-laki dewasa yang menyusu dalam sebuah riwayat dikatakan bahwa ada seseorang yang
kematian anak, lalu sang suami menyusu kepada isterinya hingga ia meminum air susu
tersebut. Masalah ini disampaikan kepada Abu Musa al-Asy’ari dan diputuskanlah bahwa ia
(suami) menjadi haram bagi perempuan tersebut. Kerana tidakpuas, akhirnya mereka datang
dan bertanya kepada Ibn Mas’ud, dan ia memutuskan bahwa perempuan itu tetap halal bagi
suaminya.Selain itu,haram isteri ayah disebabkan oleh watha`, bukan akad sebagaimana
dinyatakan dalam firman Allah s.w.t bahwa salah satu muharramat nikah adalah isteri
ayah.Penyebab keharaman tersebut menurut ibn Mas’ud hanya dengan semata-mata watha`,
bukan kerana akad nikahnya. Oleh itu,dalam hal ini watha` itu dilakukan dengan adanya sebab
kepermilikan budak.Dari perspektif yang berbeza pula,tidak semua sogokan haram dalam hal ini
ada empat bentuk sogokan; pertama sogokan yang haram bagi pemberi dan penerima, iaitu
dalam rangka menundukkan hakim atau penguasa; kedua, sogokan haram yang diberikan
kepada hakim dalam memutuskan perkara secara benar, kerana menyogok hakim yang
memutuskan perkara yang benar itu haram hukumnya; ketiga, mengambil harta utnuk
menyerahkan perkaranya kepada penguasa yang tujuannya untuk menolak kemudaratan atau
mendatangkan kemaslahatan juga diharamkan; dan keempat, untuk menolak ketakutan, baik
dalam masalah terancamnya jiwa atau harta. Ini boleh bagi yang memberi dan haram bagi yang
terima.

Anda mungkin juga menyukai