Anda di halaman 1dari 10

AL-QAWAID AL-FIQHIYYAH (SYI4123M)

AL-QAWAID AL-FIQHIYYAH (SYI4123M)

TAJUK:
QAWAID FIQHIYYAH DALAM ISU-ISU PENDIDIKAN

NAMA PENSYARAH:

‘AINUL MARDHIAH BINTI ZABIDI

NAMA PELAJAR NO. MATRIK PROGRAM


Farah Afiqah binti Mohd D20112535 DPI
Roslan
Nur Aina Aqilah binti D20112571 DPI
Hairuddin
Nur Aina Syamimi binti D20112504 DPI
Abdul Talib

SEMESTER III SESI

(2021/2022)
AL-QAWAID AL-FIQHIYYAH (SYI4123M)

ISI KANDUNGAN

Perkara Halaman

PENGHARGAAN 3

1.0 PENDAHULUAN 4-5

2.0 QAWAID FIQHIYYAH DALAM ISU PENDIDIKAN


2.1 KAEDAH 1
2.2 KAEDAH 2
2.3 KAEDAH 3 6-8
2.4 KAEDAH 4
2.5 KAEDAH 5
2.6 KAEDAH 6
2.7 KAEDAH 7

3.0 KESIMPULAN 9

4.0 RUJUKAN 10
AL-QAWAID AL-FIQHIYYAH (SYI4123M)

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu , kami ingin mengucapkan kesyukuran kepada tuhan kerana dengan limpah
dan kurnianya , kami dapat menyiapkan kerja kursus Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah ini dengan
sempurna dalam jangka masa yang telah ditetapkan . Kami juga ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada Ustazah Ainul Mardhiah selaku Pensyarah Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah yang
telah memberi banyak tunjuk ajar dan bimbingan serta berkongsi maklumat dalam membantu
menyiapkan kerja kursus ini

Selain itu , kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Universiti
Sultan Azlan Shah , Kuala Kangsar Perak atas kemudahan yang telah disediakan kepada para
guru pelatih seperti kemudahan pusat sumber bagi mendapatkan buku rujukan yang berkaitan
dengan tugasan dan kemudahan Wifi bagi memudahkan kami untuk mendapatkan maklumat
yang berkaitan dengan kerja kursus ini . Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada ahli kumpulan atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang kami
menyiapkan kerja kursus ini . Akhir sekali , kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada rakan-rakan sekelas kerana sudi memberi tunjuk ajar dan dorongan serta berkongsi
maklumat dan tidak lokek dalam menyalurkan pandangan dan maklumat sepanjang kami
menyiapkan kerja kursus ini .
1.0 PENDAHULUAN

Islam merupakan agama dan cara hidup yang syumul atau menyeluruh, di mana semua
aturannya telah ditentukan dalam segenap aspek kehidupan manusia yang mencakupi
persoalan akidah, ibadah, akhlak, hinggalah kepada urusan kemasyarakatan dan kenegaraan
yang merangkumi domain ekonomi, pendidikan, politik dan sosial. Sumber hukum dari al-
Quran dan al-Sunnah merupakan pedoman yang terbaik kepada manusia di mana ia
merupakan wahyu Allah SWT yang mengandungi penjelasan hukum bagi setiap persoalan
dalam kehidupan seharian.

Pensyariatan hukum yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah terangkum dalam dua
komponen iaitu al-thawabit (yang tetap dan kekal) dan al-mutaghayyirat (yang boleh
berubah). Al-Thawabit adalah fundamental Islam yang merupakan rukun, asas dan prinsip
agama yang tidak berubah hingga ke hari Kiamat, manakala al-mutaghayyirat adalah

cabang-cabang atau furu` hukum yang boleh berubah mengikut keadaan suasana dan zaman.
Hukum yang boleh berubah adalah tertakluk kepada waqi` atau realiti semasa yang biasanya
merujuk kepada nilai semasa budaya, adat atau‘urf serta keperluan sesebuah masyarakat di
sesuatu lokaliti. Perubahan ini adalah bertujuan menjaga kemaslahatan hidup manusia sesuai
dengan tujuan syariat diturunkan. Komponen al- mutaghayyirat ini terdiri dari hukum-hukum
yang bersifat ijtihadi dalam pelbagai bidang fiqh dan ia boleh dikembangkan lagi oleh para
fuqaha Islam. Dalam ungkapan lain, syariat Islam bersifat tetap pada perkara-perkara usul
dan bersifat fleksibel (murunah) pada perkara-perkara furu’ yang banyak melibatkan
persoalan-persoalan semasa dalam mana-mana dimensi kehidupan manusia (al-Qaradawi,
1990: 240-247).

Dunia hari ini juga menyaksikan semakin bertambah maju teknologi, semakin banyak perkara
baru yang timbul melibatkan permasalahan hukum yang tidak pernah timbul ketika zaman
ulama silam dan tidak ditemui jawapan hukum terhadap permasalahan tersebut dalam
khazanah karya-karya fuqaha silam. Kebanyakan permasalahan semasa yang bersifat cabang
atu furu` tidak ditemui jawapan hukumnya secara terperinci di dalam al-Quran dan al-
Sunnah. Kebiasaannya, majoriti permasalahan tersebut adalah termasuk dalam komponen
mutaghaiyyirat. Namun demikian prinsip umum yang berupa fundamental atau thawabit telah
sedia tergaris di dalam kedua-dua sumber ini dan sentiasa menjadi panduan dasar yang
mengikat dalam menentukan hukum bagi perkara furu`.

Dalam sejarah perkembangan hukum Islam, seseorang pengkaji akan mendapati pelbagai
hukum fiqh yang diijtihad oleh seseorang tokoh berdasarkan faktor semasa zamannya. Ia
terbukti dalam era Sahabat, Tabi’in dan para Tabi` al-Tabi`in, zaman selepasnya hinggalah
era masa kini. Saidina `Umar b. al-Khattab umpamanya tidak mengenakan hukuman hudud
ke atas pencuri kerana faktor ekonomi semasa, manakala Saidina `Uthman b. `Affan
menambah azan pada hari Jumaat di pasar Madinah kerana faktor sosial. Sebahagian Tabi’in
mengasaskan madrasah al-ra’yi berasaskan fiqh masyarakat kota di Baghdad. Imam-imam
mujtahid pada sesuatu era atau tempat mempunyai ijtihad berbeza dengan apa yang
diputuskan oleh mujtahid dan fuqaha selepasnya atau di tempat lain. Malah ada fuqaha dalam
sesuatu mazhab yang tidak mengikut pandangan asal imam mazhabnya sebagaimana Imam
Abu Yusuf dan al-Syaibani yang banyak mengemukakan pandangan yang khilaf dengan Abu
Hanifah walaupun mereka adalah murid setia kepada Abu Hanifah. Corak yang sama juga
jelas dilihat dalam mazhab-mazhab lain. Ini berlaku kerana walaupun mereka merupakan
pengikut setia imam mazhab, ijtihad mereka perlu diubah untuk disesuaikan dengan realiti
masyarakat yang berubah. Imam al-Syafi`i sendiri mempunyai qawl qadim dan qawl jadid
dalam fiqhnya yang berasaskan kepada perbezaan yang berlaku di Hijaz dan Mesir (al-
Hajawi, 1995: 225-245 ). Kerana itulah para ulama usul merumuskan satu kaedah umum
yang diterima pakai oleh semua (al- Nadawi, 1998: 353):

‫ﻻ ﯾﻨﻜ ﺮ ﺗﻐ ﯿﺮ اﻷ ﺣ ﻜ ﺎم ﺑﺘﻐ ﯿﺮ اﻷ ز ﻣ ﺎن‬

Tidak diingkari perubahan hukum dengan berlakunya perubahan masa

Terdapat juga hukum yang diputuskan pada zaman silam yang tidak lagi praktikal untuk
diaplikasi pada zaman sekarang. Ini kerana wujudnya faktor perubahan sosial yang sama
sekali berbeza dengan zaman dahulu dan penafsiran terhadap sesuatu kes juga boleh terubah
dengan perubahan realiti semasa. Oleh itu, Islam menyediakan penyelesaian kepada
permasalahan tersebut dengan membuka ruang kepada para mujtahid untuk berijtihad bagi
menjawab permasalahan hukum yang baru. Di atas premis pemikiran hukum inilah
terbinanya konsep fiqh semasa yang biasa disebut dalam terminologi al- fiqh al-mu`asir atau
fiqh realiti (al-fiqh al-waqi`i).
2.0 QAWAID FIQHIYYAH DALAM ISU PENDIDIKAN

2.1 KAEDAH 1

‫ ( اﻷﻣﻮر ﺑﻤﻘﺎﺻﺪھﺎ‬Setiap perkara dinilai berdasarkan niat )

Huraian kaedah :
Setiap perkara dinilai berdasarkan motif dan matlamat akhir seseorang . Orang yang berniat
melakukan kebajikan walaupun belum sempat menunaikannya akan diberikan pahala

Hukum Furu’ :
Orang yang berniat membuat pinjaman PTPTN walaupun disyaki melibatkan riba , namun
niatnya adalah untuk menyambung pelajaran , maka dibolehkan baginya untuk membuat
pinjaman tersebut .

Huraian Hukum Furu’ :


Ini adalah untuk membezakan adat dengan adat . Apa-apa transaksi yang melibatkan riba
adalah ditegah dalam islam . Namun melihat pada niat peminjam PTPTN yang membuat
pinjaman yang ingin melanjutkan pelajaran , adalah dibolehkan bagi mereka .

2.2 KAEDAH 2

‫ ( ﻣﻘﺎﺻﺪ اﻟﻠﻔﻆ ﻋﻠﻰ ﻧﯿﺔ اﻟﻼﻓﻆ‬sesuatu lafaz berdasarkan niat orang yang mengucapkannya )

Hukum Furu’ :
Sekiranya seseorang mengucapkan bahawa dia mengikuti majlis ilmu untuk tujuan pelajaran
atau mendapatkan ilmu , maka dicatat baginya kebaikan seperti seorang yang sedang menuntut
ilmu . Lafaz yang dilontarkan adalah merujuk kepada niatnya yang membezakan antara dia
dengan orang lain yang datang ke majlis ilmu tersebut untuk tujuan lain .

2.3 KAEDAH 3

‫ ( اﻟﻌﺒﺮة ﻓﻲ اﻟﻌﻘﻮد ﻟﻠﻤﻘﺎﺻﺪ واﻟﻤﻌﺎﻧﻲ ﻻ ﻟﻸﻟﻔﺎظ واﻟﻤﺒﺎﻧﻲ‬Apa yang dipegang dalam akad itu ialah maksud
dan makna bukan lafaz dan bentuk perkataan )

Huraian kaedah :
Sekiranya terdapat perbezaan di antara niat atau maksud dan lafz yang diucapkan , maka yang
diiktibar adalah maksudnya .

Hukum Furu’ :
Seseorang yang mengajar dengan bayaran atau harga , ia dikira sebagai kerjaya atau perkerjaan
, bukan sebagai tabarru’ biasa .
2.4 KAEDAH 4

‫ ( اﻟﯿﻘﯿﻦ ﻻ ﯾﺰال ﺑﺎﻟﺸﻚ‬Keyakinan tidak hilang dengan keraguan )

Huraian kaedah :
Perkara yang berlaku dengan yakin ( kepastian ) dengan apa cara sekalipun tidak akan dapat
digugat dengan perasaan syak ( was-was ) . Hukum yakin akan berkekalan dan berterusan .

Hukum Furu’ :
Berbalik kepada pinjaman PTPTN yang dibahaskan sebelumnya . Jika timbulnya keraguan
bahawa pinjaman tersebut melibatkan riba ataupun tidak , maka Kembali kepada keyakinan
pertama bahawa pinjaman PTPTN dibolehkan untuk Pendidikan . PTPTN diyakini boleh
digunakan kerana “ Keyakinan tidak hilang dengan keraguan ”

2.5 KAEDAH 5

‫ ( اﻷﺻﻞ ﺑﺮأة اﻟﺬﻣﺔ‬Pada asalnya seseorang itu bebas daripada tanggungjawab )

Huraian kaedah :
Al-zimmah menurut bahasa ialah janji serta amanah manakala menurut istilah ialah sifat yang
ditetapkan oleh syarak yang menjadikan seseorang itu layak mendapat haknya .

Hukum Furu’ :
Peminjam PTPTN yang mengaku telah membayar hutangnya dengan jumlah yang didakwanya
namun pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan pinjaman tersebut mendakwa
bahawa bayaran tersebut tidak dijelaskan . Pengakuan yang diterima adalah kata-kata
peminjam .

2.6 KAEDAH 6

‫ ( اﻟﻀﺮار ﯾﺰال‬Kesusahan mesti dihapuskan )

Huraian kaedah :
Memperlihatkan sesuatu perkara yang boleh menyebabkan kemudharatan mestilah dihapuskan
dan sesuatu perkara yang bahaya mestilah dihapuskan .

Hukum Furu’ :
Pihak yang bertanggungjawab telah memberi kemudahan kepada para mahasiswa untuk
membuat pinjaman PTPTN untuk membuka peluang kepada lebih banyak pelajar untuk
melanjutkan pelajaran .
2.7 KAEDAH 7

‫ ( اﻟﻀﺮار اﻷﺷﺪ ﯾﺰال ﺑﺎﻟﻀﺮار اﻷﺧﻒ‬Kemudharatan lebih berat dihilangkan dengan melaksanakan
kemudharatan lebih ringan )

Hukum Furu’ :
Sebahagian mahasiswa tidak dapat menyambung pelajaran kerana kekurangn dari segi
kewangn . Kemudharatan ini boleh diringankan dengan mengambil pinjaman PTPTN yang
perlu dibayar secara bulanan .

Huraian kaedah :
Kaedah ini menyebabkan penangguhan kemudharatan yang lebih ringan . Kaedah yang
menyebabkan kemudharatan baru yang sama atau sama berat dengan kemudharatan yang
dihilangkan .
3.0 KESIMPULAN

Dari penjelasan diatas dapat disimpulkan bahawa qawaid fiqhiyyah menurut etimilogi ( bahasa
) bermaksud dasar-dasar dan fondasi ilmu atau pemahaman .

Kemudahan telah dikurniakan oleh Allah kepada manusia untuk menjamin kesejahteraan
dalam kehidupan atas dasar hubungan dengan Allah dan hubungan dengan makhluk . Islam
membuka ruang yang sangat luas bagi umatnya untuk menggunakan nikmat akal fikiran yang
telah dikurniakan oleh Allah bagi mengatur kehidupan untuk mencapai kebahagiaan dunia dan
akhirat . Maka , kaedah fiqhiyyah merupakan prinsip yang telah diakui oleh syarak dan
memudahkan para ulama merujuk sesuatu masalah fiqh dalam prinsip syarak .

Begitu juga , kaedah fiqhiyyah dapat menjadi hujahan dalam perundangan dengan disandarkan
kepada nas-nas syarak dan ia mempunyai kepentingan dan peranan dalam membantu hakim-
hakim syari’e dalam menyelesaikan sesuatu kes yang dikemukakan di Mahkamah Syariah
dengan adil dan saksama .

Kaedah Fiqhiyyah diaplikasikan dan dikanunkan dalam menyelesaikan masalah atau sesuatu
kes Syariah yang menjadi hujahan sokongan kepada hakim untuk membuat keputusan ,
membantu para hakim untuk mengenal pasti isu-isu yang dipertikaikan , membantu hakim
dalam memutuskan sesuatu isu yang timbul dengan seadil-adilnya , dijadikan sebagai kadah
istinbat hukum terhadap isu-isu yang mempunyai sumber hukum yang jelas seperti : tuntutan
harta sepencarian , membantu hakim dalam mengenal pasti pihak yang perlu
dipertanggungjawabkan untuk membuktikan sesuatu isu di Mahkamah Syariah . Dengan
menguasai Kaedah Fiqhiyyah juga dapat membantu memudahkan seseorang untuk menilite
dan menguasai hukum hakam fiqh yang terlalu luas dalam ilmu fiqh
4.0 RUJUKAN

- Muhammad Nasri Md Hussain , et al ( 2013 )


Mengurus Harta Menurut Fiqh Muamalat . Sintok :
UUM Press : Universiti Utara Malaysia

- Borham , A. J. ( 2013 ) . Konsep Siyasah Syar’iyyah dan Pelaksanannya


Pelaksanaan Siyasah Syar’iyyah dalam Konteks Masa Kini : Isu
Dan Cabaran . KUIM , Melaka

- Zin , A. L. ( 2000 ) . Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh . Kuala Lumpur : Pustaka Salam


Sdn Bhd

- DR. AB. LATIF MUDA , DR ROSMAWATI ALI , Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh

- Abdul Manan Ismail . 2005 . Kaedah-Kaedah Fiqh : Satu Pengenalan Ringkas

Anda mungkin juga menyukai