Anda di halaman 1dari 28

Topik X Solat

Fardu

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1.

Menjelaskan pengertian solat, dalil dan hukum pensyariatan solat;

2.

Menerangkan syarat wajib dan syarat sah solat;

3.

Membezakan waktu-waktu solat fardu;

4.

Mengenali waktu makruh solat dan sebab yang membolehkan


mengqada solat; dan

5.

Mengenal pasti rukun dan perkara yang membatalkan solat; dan

6.

Mengenal pasti solat sunat dan berbagai jenis sujud.

PENGENALAN

Dalam topik kedua ini, kita akan membincangkan solat dan perkara-perkara
yang berkaitan dengannya. Sekalipun solat perkara yang sudah sebati dalam
hidup kita, namun kadang-kadang kita melakukannya tanpa ilmu yang
memadai. Topik ini akan membantu anda semua melakukan solat dengan penuh
kefahaman, Insya Allah. Bak kata pepatah, Rumah kecil tiang seribu, rumah
besar tiang sebatang, namun agama tiangnya lima, iaitu solat lima waktu.

AKTIVITI 1.1
Anda diminta merujuk kepada kitab al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu
(jilid 1) tulisan Wahbah al-Zuhaili untuk memahami dengan lebih
teliti isu-isu mengenai solat, terutama mengenai khilaf fuqaha
bersabit hukum-hukum solat.

20

2.1

TOPIK 2 SOLAT FARDU

DEFINISI DAN DALIL PENSYARIATAN


SOLAT

Solat merupakan ibadat terpenting dalam Islam. Malah, Rasulullah s.a.w.


mengibaratkan solat sebagai tiang agama. Tanpa tiang, sebuah bangunan itu
tidak dapat didirikan dengan kukuh. Begitu juga dengan agama Islam. Tanpa
solat, agama sesorang itu tidak kukuh. Oleh kerana solat itu penting, maka kita
harus melakukannya dengan betul seperti yang dikehendaki. Jika tidak betul,
maka solat itu dikira tidak sah. Solat yang tidak sah itu tidak diterima dan
dianggap tidak bersolat. Untuk mendapat solat yang sah, seseorang itu perlu
belajar dengan guru yang muktabar. Justeru itu, topik ini merupakan bahan asas
untuk membimbing pembaca ke arah pembelajaran ibadat solat.

2.1.1

Definisi

Dalam makna seharian bahasa Arab, solat bererti doa. Maksud solat sebagai doa
turut disebut dalam ayat 103 Surah al-Taubah:

 1N CV\y \V"SQ _ D 1IkQ W G#_XT SM 1MnLWs"XT 1FmFIV" <RV\i_ 1NXS%U C% k]
Maksudnya:

Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu
membersihkan dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka.
Sesungguhnya doa kamu itu menjadi ketenangan jiwa bagi mereka.

Dari segi istilah syarak pula, solat bererti perbuatan dan perkataan yang
dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam dengan syarat-syarat
tertentu.

TOPIK 2 SOLAT FARDU W 21

2.1.2

Dalil

Dalil syarak yang berkaitan dengan pensyariatan solat antara lain ialah:
(a)

Al-Quran. Firman Allah dalam Surah al-Nisa ayat 103:

;"SS% ;W) |=%U- rQ"W 0W5[ QQSQ  D


Maksudnya:

Sesungguhnya solat itu diwajibkan ke atas mukmin pada waktu yang


tertentu.
(b)

Sunnah Ibn Abbas r.a meriwayatkan maksudnya:

Sesungguhnya Nabi mengutuskan Muadz ke Yaman lalu Baginda


bersabda: Serulah kamu mereka itu supaya menyaksikan bahawa tiada
tuhan yang lain melainkan Allah dan sesungguhnya aku Muhammad
pesuruh Allah. Sekiranya mereka taat demikian, ajarlah mereka bahawa
Allah telah mewajibkan ke atas mereka solat lima waktu dalam sehari
semalam.
(c)

Ijma umat Islam bahawa waktu solat adalah lima waktu sehari semalam.

Semua nas syarak ini menunjukkan bahawa solat itu wajib ditunaikan.

2.2

HUKUM MENINGGALKAN SOLAT

Pernahkah anda meninggalkan solat, sama ada disengajakan, uzur atau terlupa?
Apakah agaknya hukum Allah ke atas mereka yang meninggalkan solat?
Perbincangan berikut akan menghuraikannya. Sebenarnya, ada dua kategori
orang yang meninggalkan solat iaitu:

2.2.1

Meninggalkan Solat Kerana Ingkar dan Tidak


Percaya

Orang yang tidak melakukan solat kerana ingkar dan tidak percaya atau
mempersendakan hukum bahawa solat itu wajib, fuqaha sependapat
mengatakan hukumnya kafir dan murtad, terkeluar daripada Islam. Hakim
wajib memerintahkan orang ini bertaubat di atas perbuatannya. Sekiranya dia

22

TOPIK 2 SOLAT FARDU

bertaubat, dia terlepas daripada hukum bunuh. Sebaliknya, jika dia tidak mahu
bertaubat, dia boleh dihukum bunuh atas jenayah murtad.

2.2.2

Meninggalkan Solat Bukan Kerana Ingkar

Mereka yang meninggalkan solat bukan kerana ingkar berlaku dalam dua
keadaan iaitu:
(a)

Meninggalkan solat kerana terlupa atau tertidur


Para fuqaha sependapat mengatakan bahawa keadaan seperti ini tidak
berdosa, namun orang terbabit wajib menggantikannya pada waktu yang
lain.

(b)

Meninggalkan solat kerana malas, sibuk atau memandang ringan


Hukumnya berdosa. Namun, para fuqaha tidak sependapat sama ada
hukumnya kafir dan wajib dihukum bunuh atau tidak kafir.
Pendapat pertama, iaitu pendapat jumhur fuqaha yang terdiri daripada
Imam Malik, al-Syafie dan Abu Hanifah hukumnya tidak kafir tetapi dia
dihukum fasik. Bagi Imam Malik dan al-Syafie wajib ke atas hakim
meminta supaya orang yang meninggalkan solat itu bertaubat terlebih
dahulu. Sekiranya dia tidak bertaubat, hakim hendaklah melaksanakan
hukum hudud iaitu bunuh.
Bagi Imam Abu Hanifah, hakim tidak boleh melaksanakan hukum bunuh.
Dia hanya dibolehkan melaksanakan hukum takzir sehingga dia
menunaikan solat semula.
Manakala pendapat kedua iaitu pendapat Imam Ahmad Ibn Hanbal
hukumnya kafir dan wajib dibunuh. Hujahnya ialah hadis riwayat Jabir di
mana Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

Perbezaan antara muslim dengan kafir ialah meninggalkan solat.


Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

   
  
    
Maksudnya:

Perjanjian antara kami (muslim) dan kafir ialah solat. Sesiapa


meninggalkan solat, maka dia kafir.

TOPIK 2 SOLAT FARDU W 23

SEMAK KENDIRI 2.1


1.

Dari sudut bahasa, solat bererti doa. Berikan kesesuaian


pengertian doa dalam pengaplikasian solat fardu dan sunat.

2.

Ada berbagai cara solat ditinggalkan dan ada berbagai hukum


dikenakan ke atas mereka yang meninggalkannya, sesuai dengan
sebab mereka meninggalkannya. Huraikan dengan terperinci
perkara ini.

2.3

SYARAT WAJIB SOLAT

Sekalipun solat diwajibkan, namun ia tidak diwajibkan secara mutlak ke atas


semua manusia dan dalam semua keadaan. Ada syarat-syarat tertentu solat itu
diwajibkan. Solat diwajibkan ke atas mereka yang memenuhi beberapa syarat
seperti dinyatakan dalam Jadual 2.1 berikut.
Jadual 2.1: Enam Syarat Wajib Solat
Syarat

Huraian

Islam

Solat tidak wajib ke atas orang kafir untuk melaksanakannya di dunia


kerana ia tidak sah. Walaupun begitu, ia wajib ke atas balasan di
akhirat.

Berakal

Solat tidak diwajibkan ke atas orang gila, kanak-kanak, orang yang


pengsan dan orang mabuk tanpa sengaja kerana golongan ini bukan
mukallaf. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

Terangkat qalam (hukum) terhadap tiga golongan iaitu kanak-kanak


sehingga baligh, orang tidur sehingga terjaga dan orang gila sehingga
sembuh.
Suci

Suci daripada darah haid dan nifas.

Sampai
seruan

Sampai seruan Islam. Mereka yang tinggal di kawasan jauh yang tidak
sampai seruan Islam tidak diwajibkan solat.

Baligh

Mencapai umur baligh apabila seseorang itu bermimpi atau genap


umur lima belas tahun atau darah haid bagi kanak-kanak wanita.

Mampu

Mampu menunaikan solat. Mengikut mazhab Syafie, mereka yang


semula jadi cacat penglihatan dan pendengaran tidak wajib solat kerana
tidak mampu untuk mengajar mereka cara-cara solat.

24

2.4

TOPIK 2 SOLAT FARDU

SYARAT SAH SOLAT

Tidak semua solat yang dilakukan dikira sah. Ada enam syarat yang perlu
disempurnakan untuk solat yang dilakukan dianggap sah. Syarat-syarat sah
solat ialah seperti berikut:
(a)

Suci daripada hadas


Maksudnya orang yang ingin menunaikan solat mestilah suci daripada
hadas kecil dan besar dan suci daripada najis. Dalil kepada syarat ini ialah
sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:

Allah tidak menerima solat tanpa bersuci.


(b)

Mumaiyiz
Mumaiyiz maksudnya dapat membezakan. Kanak-kanak dikira mumaiyiz
apabila dia dapat membezakan antara sesuatu yang merbahaya kepada
dirinya dan membezakan yang bersih dan yang kotor. Pada kebiasaannya,
kanak-kanak mencapai keupayaan ini pada usia tujuh tahun ke atas.

(c)

Mengetahui peraturan solat


Maksudnya orang yang ingin menunaikan solat mestilah mengetahui
cara-cara solat didirikan dan dapat membezakan antara rukun sunat solat.

(d)

Mengetahui masuk waktu solat


Mengetahui masuk waktu dikira sudah memadai dengan azan telah masuk
waktu atau bertanya kepada penduduk di tempat solat didirikan.

(e)

Menutup aurat
Tahukah anda bahawa aurat lelaki luar dan dalam solat adalah tidak sama,
sedangkan aurat wanita luar dan dalam solat adalah sama? Ini bukan satu
diskriminasi jantina, tetapi terdapat hikmat perbezaan fitrah silang jantina
di mana:
Aurat lelaki dalam solat dan luar solat bersama lelaki dan wanita yang
mahram dengannya ialah anggota badan antara pusat dengan lutut. Aurat
lelaki bersama wanita ajnabi pula ialah seluruh badan.
Aurat wanita dalam solat dan luar solat ialah seluruh badan kecuali muka
dan kedua-dua tapak tangan. Aurat wanita bersama wanita pula ialah
anggota badan antara pusat dengan lutut. Aurat wanita bersama lelaki
ajnabi (yang sah dikahwininya) ialah seluruh badan kecuali muka dan
kedua tapak tangan.

TOPIK 2 SOLAT FARDU W 25

(f)

Mengadap kiblat
Bagi mereka yang berada berhampiran Kaabah mengadap qiblat dikira
sempurna apabila dia menghadap tepat ke Kaabah. Bagi mereka yang
berada jauh dari Kaabah, mengadap kiblat cukup dengan hanya setakat
mengadap ke arah Kaabah.

2.5

WAKTU SOLAT FARDU

Mungkin anda kurang sedar bahawa penentuan waktu tertentu bagi solat lima
waktu (mula masuk dan habis waktu) sebenarnya mengajar kita untuk peka
terhadap waktu, di samping memberi isyarat bahawa waktu atau masa itu
sangat berharga kepada seseorang.
Seperti yang kita tahu, solat fardu ialah Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh.
Syariat Islam telah menentukan masa permulaan dan akhir bagi semua waktuwaktu tersebut. Ini dijelaskan Allah dalam ayat 103 Surah al-Nisa:

Maksudnya:

Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas


orang-orang mukmin.
(a)

Waktu solat Zohor


Mula masuk waktu Zohor ialah apabila matahari gelincir ke sebelah barat.
Gelincir matahari bererti matahari condong ke sebelah barat dan berterusan
hinggalah bayang sesuatu itu sama dengan jasadnya. Apabila bayang
sesuatu sama dengan jasadnya, itu menandakan akhir waktu bagi solat
zohor. Penentuan awal dan akhir waktu Zohor ini dijelaskan Rasulullah
s.a.w. dalam sabdanya yang bermaksud:

Waktu Zohor bermula apabila matahari gelincir dan berakhir apabila


bayang seseorang itu sama panjang dengan jasadnya sehingga masuk
waktu Asar.

26

TOPIK 2 SOLAT FARDU

(b)

Waktu solat Asar


Awal masuk waktu Asar bermula apabila berakhir waktu Zohor, iaitu
apabila bayang sesuatu itu sama panjang dengan jasadnya. Akhir waktu
Asar pula ialah apabila matahari tenggelam. Hujah bagi penentuan waktu
ini ialah sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Sesiapa mendapat satu rakaat Asar sebelum matahari tenggelam


sesungguhnya dia mendapat solat Asar.
(c)

Waktu solat Maghrib


Awal masuk waktu Maghrib ialah apabila matahari tenggelam dan akhir
waktunya pula ialah apabila hilang syafaq merah. Ini didasarkan kepada
hadis riwayat Ibn Umar bahawa Rasulullah bersabda maksudnya:

Waktu Maghrib ialah selagi syafaq merah tidak hilang.


(d)

Waktu solat Isyak


Mula masuk waktu Isyak apabila hilang syafaq merah dan akhir waktunya
hingga terbit fajar sadiq, iaitu fajar kedua setelah warna putih (cerah)
merentangi di atas ufuk.

(e)

Waktu solat Subuh


Awal masuk waktunya ialah setelah naik fajar kedua iaitu warna putih
cerah merentang di atas ufuk dan akhir waktunya sehingga naik matahari.
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

Sesiapa mendapat dua rakaat sebelum naik matahari, beliau telah


mendapat waktu Subuh.

2.6

WAKTU MAKRUH SOLAT

Mengikut mazhab Syafie, status makruh mendirikan solat ada dua iaitu makruh
tahrim dan makruh tanzih (Rajah 2.1).

TOPIK 2 SOLAT FARDU W 27

Rajah 2.1: Waktu-waktu makruh solat

(a)

Makruh tahrim
Waktu makruh tahrim ada tiga:
(i)

Selepas subuh hingga naik matahari, kurang lebih satu pertiga jam.

(ii)

Semasa naik matahari sehingga ia kelihatan setinggi sebatang


tombak pada pandangan mata, lebih kurang 20 minit selepas
matahari naik.

(iii)

Waktu istiwa, iaitu apabila matahari berada betul-betul di


tengah-tengah langit atau di atas kepala hinggalah ia gelincir ke
barat.

Adalah makruh tahrim mendirikan solat pada ketiga-tiga waktu tersebut.


Hukum makruh tahrim ini didasarkan kepada hadis di mana Rasulullah
S.A.W. melarang para sahabat mendirikan solat pada tiga waktu, iaitu
ketika matahari naik sekadar tinggi sebatang tombak pada pandangan
mata (20 minit selepas matahari naik), waktu istiwa sehingga gelincir
matahari dan waktu matahari hampir tenggelam.

28

TOPIK 2 SOLAT FARDU

(b)

Makruh tanzih
Waktu makruh tanzih pula ada dua:
(i)

Waktu matahari berwarna kekuningan dan hampir tenggelam.

(ii)

Selepas solat Asar hingga tenggelam matahari.

Dalam kedua-dua waktu ini, solat makruh tanzih didirikan. Hukum ini
didasarkan kepada hadis yang bermaksud:

Tidak sah solat selepas Subuh sehingga matahari naik dan tidak sah solat
selepas asar sehingga tenggelam matahari.

AKTIVITI 2.2
Buat kajian lapangan bersama rakan tutorial anda untuk mengetahui
sejauh mana kefahaman masyarakat tentang waktu-waktu yang
diharam dan dimakruhkan solat.

2.7

HUKUM MENGQADA SOLAT

Sepanjang hidup ini, kita mungkin telah meninggalkan solat kerana terlupa atau
kerana sesuatu keuzuran. Kita bersyukur kerana tidak diambil tindakan kerana
meninggalkan solat dalam keadaan ini, namun kita diwajibkan mengqadanya.
Para fuqaha sependapat mengatakan orang yang terlupa dan tertidur lalu tidak
mendirikan solat mereka wajib mengaqa solat yang tertinggal itu pada masa
lain. Hujahnya ialah sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

Apabila seseorang kamu terlupa menunaikan solat atau tertidur hendaklah dia
menggantikannya apabila mengingatinya.
Para fuqaha tidak sependapat mengenai hukum mengqada solat bagi orang yang
tidak menunaikan solat dengan sengaja dan orang yang tidak menunaikan solat
kerana pengsan atau tidak sedarkan diri.

TOPIK 2 SOLAT FARDU W 29

2.7.1

Hukum Mengqada Solat Ditinggalkan dengan


Sengaja

Para fuqaha telah khilaf tentang hukum mengqada solat bagi seseorang yang
meninggalkannya dengan sengaja. Ada dua pendapat mengenai isu ini:
(a)

Pendapat Jumhur Fuqaha


Mengikut jumhur fuqaha yang terdiri daripada imam empat mazhab,
mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja wajib mengqadakannya.
Hujah mereka ialah daripada hadis riwayat Abu Qatadah yang bermaksud:

Mereka menceritakan kepada nabi tentang mereka tertidur daripada


menunaikan solat. Lalu Baginda bersabda: Sesungguhnya perbuatan
tertidur itu tidak melampau, yang melampau ialah tidak menunaikan solat
semasa jaga. Oleh itu, apabila seseorang kamu terlupa atau tertidur
daripada menunaikan solat hendaklah dia mengqadakannya apabila dia
ingat.
(b)

Pendapat Abu Daud dan Ibn Hazm al-Zahiri


Abu Daud dan Ibn Hazm dari mazhab al-Zahiriyah berpendapat bahawa
mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja, malah solat yang
didirikan sebagai ganti itu tidak sah. Hujah pendapat ini ialah firman Allah
dalam ayat 4 dan 5 Surah al-Ma`un:

WDSF\y 1M(Z_ CW 1F W |L_- L #cXSV


Maksudnya:

Kecelakaan bagi orang-orang yang solat yang lalai daripada solat mereka.

2.7.2

Hukum Mengqada Solat kerana Pengsan atau


Koma

Para fuqaha tidak sependapat mengenai hukum mengqada solat bagi orang
pengsan (tidak dapat menunaikan solat semasa pengsan).
(a)

Pendapat jumhur
Mengikut jumhur fuqaha yang terdiri daripada mazhab Maliki, Syafie,
Zahiriyyah dan Syiah, orang yang pengsan tidak diwajibkan mengqada
solat yang ditinggalkan semasa pengsan atau koma. Hanya solat yang tidak

30

TOPIK 2 SOLAT FARDU

ditunaikan selepas sedar daripada pengsan wajib diqada. Hujah mereka


ialah seperti maksud berikut:

Dengan mengkiaskan orang pengsan atau koma sama dengan orang gila,
atas dasar kedua-duanya adalah sakit yang menyebabkan hilang akal. Para
fuqaha sepakat mengatakan bahawa orang gila tidak wajib mengqada
solat. Maka begitulah juga orang pengsan, tidak wajib mengqada solatnya,
sama seperti orang gila.
(b)

Pendapat Mazhab Hanbali


Mazhab Hanbali berpendapat orang pengsan atau koma wajib mengqada
solatnya yang ditinggalkan sama ada kerana pengsan lama atau sekejap.
Hujahnya ialah maksud berikut:

Dengan mengqiaskan keadaan pengsan dengan tidur, atas dasar keduaduanya tidak menggugurkan kewajipan berpuasa dan tidak boleh
dijadikan wali. Meninggalkan solat disebabkan tidur diwajibkan
mengqada solat, maka begitulah juga meninggalkan solat disebabkan
pengsan, kerana `illah kedua-dua kes ini adalah sama.
(c)

Pendapat Mazhab Hanafi


Manakala mazhab Hanafi pula berpendapat, orang pengsan atau koma
dalam masa sehari semalam atau dalam tempoh lima waktu solat atau
kurang daripada itu adalah diwajibkan mengqada solat yang ditinggalkan.
Sekiranya pengsan lebih daripada sehari semalam, dia tidak diwajibkan
mengqada solatnya. Hujahnya ialah maksud (dengan berpegang kepada
tiga athar sahabat) berikut:
(i)

Athar yang diriwayatkan daripada Ali bin Abu Talib. Diriwayatkan


bahawa sewaktu Ali pengsan atau pitam selama empat waktu solat,
dia mengqada semua solat yang ditinggalkan dalam tempoh dia
pengsan.

(ii)

Ibn Umar meriwayatkan bahawa seseorang yang pengsan sehari


semalam, dia boleh mengqada solatnya.

(iii) Diriwayatkan daripada Nafi` bahawa Ibn Umar pengsan selama satu
bulan, dia tidak mengqada solat yang ditinggalkan dalam tempoh itu.

TOPIK 2 SOLAT FARDU W 31

2.8

RUKUN SOLAT

Lazimnya, apabila anda menunaikan sesuatu kewajipan fardu mesti ada


beberapa rukun yang perlu anda sempurnakan. Jika satu sahaja daripada rukun
itu tidak dilakukan, kewajipan fardu yang anda lakukan tidak dikira sah. Anda
perlu mengulanginya dengan melakukan semua rukun tersebut. Begitu juga
keadaannya semasa anda menunaikan solat fardu lima waktu. Mengikut jumhur
fuqaha, solat fardu ada 13 rukun. Tanpa satu daripadanya, semua rukun solat
yang didirikan tidak dikira sah. Berikut adalah huraian lanjut 13 rukun tersebut:
(a)

Niat
Rukun pertama adalah niat. Niat dari segi istilah syarak ialah berazam
melakukan sesuatu berserta dengan perbuatan. Maksudnya, anda berhasrat
untuk melakukan sesuatu lalu anda terus melakukannya. Jika anda
berhasrat melakukan sesuatu tetapi anda tidak terus melakukannya, ia
bukan dipanggil niat.
Mengikut mazhab Syafie, niat solat lima waktu hendaklah mengandungi tiga
unsur, iaitu niat melakukan solat fardu (disebut ) , dan melakukan solat
terbabit (disebut 
) dan menentukan jenis solat yang ingin didirikan
(disebut 
), contohnya Aku solat fardu Zohor. Niat ini hendaklah
berlaku serentak semasa menyebut lafaz takbiratulihram ( ) .
Mazhab Hanafi, Maliki dan Hambali berpendapat sah melakukan niat
dahulu sedikit daripada takbiratulihram, dengan syarat antara niat dengan
takbir tidak diselangi dengan perbuatan yang asing daripada solat seperti
makan, minum dan bercakap.

(b)

Qiam (Berdiri tegak)


Berdiri dalam solat fardu bagi yang mampu adalah rukun. Ini didasarkan
kepada hadis riwayat Husain bin Umran di mana beliau telah bertanya
kepada Rasulullah s.a.w. berkaitan penyakit buasir yang dialaminya. Lalu
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

Solatlah berdiri, sekira engkau tidak mampu berdiri solatlah duduk, sekira
engkau tidak mampu duduk solatlah di atas lambungmu, sekiranya
engkau tidak mampu solatlah melentang.
(c)

Takbiratulihram
Rukun ketiga ialah mengangkat takbiratulihram.
takbiratulihram adalah rukun solat ialah:

Dalil

bahawa

32

TOPIK 2 SOLAT FARDU

(i)

Firman Allah dalam surah al-Mudathir ayat 3:

nKVV \XqXT
Maksudnya:

dan tuhanmu maka bertakbirlah.


(ii)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Pembukaan solat ialah bersuci, iharam solat ialah takbiratulihram dan


akhir solat ialah salam.
Mengikut jumhur fuqaha, lafaz takbir yang diamalkan Rasulullah S.A.W.
semasa takbiratulihram ialah Allahu Akbar ( ). Bagaimanapun
mengikut pendapat Syafie, sah menyebut semasa takbiratulihram dengan
lafaz Allahu Akbar (  ) atau Allahu al-Akbar (  ).
(d)

Membaca Surah Fatihah


Rukun keempat ialah membaca surah Fatihah. Namun fuqaha khilaf dalam
kes ini. Mazhab Syafii, Hanbali dan Maliki berpendapat wajib membaca
surah al-Fatihah semasa qiam. Ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w.:

!"# $%
 &   ' (
Maksudnya:

Tiada solat (tidak sah) bagi mereka yang tidak membaca Surah Fatihah.

Mazhab Hanafi tidak membataskan kepada Surah al-Fatihah sahaja. Yang


wajib dibaca semasa qiam ialah tiga ayat pendek daripada mana-mana
surah al-Quran atau satu ayat panjang yang menyamai tiga ayat pendek.
Hujah mereka ialah firman Allah ayat 20 Surah al-Muzzammil:

Maksudnya:

Kamu bacalah apa-apa ayat yang mudah bagi kamu daripada


al-Quran.

TOPIK 2 SOLAT FARDU W 33

Surah al-Fatihah wajib dibaca dalam setiap rakaat solat, sama ada solat
fardu atau sunat. Ini adalah pandangan mazhab Syafie dan Maliki. Bagi
mazhab Hanbali dan Hanafi berpendapat bacaan Fatihah diwajibkan dalam
dua rakaat sahaja. Dua rakaat yang lain boleh membacanya atau tidak
membacanya, yakni mendiamkan diri sahaja.
(e)

Rukuk
Rukun kelima ialah rukuk. Rukuk adalah fardu bagi setiap solat melainkan
solat jenazah. Dalilnya ialah hadis riwayat Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w.
bersabda yang bermaksud:

Rukuklah sehingga tamakninah (berhenti sekejap)


Bagi orang yang solat berdiri sekurang-kurangnya rukuk ialah dengan
membongkokkan kepala dan meletak kedua-dua tangan di atas kepala
lutut. Rukuk yang paling sempurna ialah membongkok dengan
menyamakan kepala, belakang dan papan punggung serta membuka jari
jemari.
Bagi orang yang solat, cara rukuk ialah dengan menundukkan kepala dan
belakang serta dahi bersetentang dengan kepala lutut.
(f)

Iktidal selepas rukuk


Rukun keenam ialah iktidal, iaitu bangun daripada rukuk sehingga berdiri
tegak. Dalil iktidal selepas rukuk sebagai rukun solat ialah hadis riwayat alBukhari dan Muslim. Rasulullah s.a.w. bersabda kepada seorang yang
tersalah melakukan solat yang maksudnya:

Kemudian bangkitlah daripada rukuk sehingga engkau berdiri tegak.


(g)

Sujud
Sujud dilakukan dua kali pada setiap rakaat, sebagaimana dinyatakan
hadis riwayat Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W. mengajar
seseorang melakukan solat dengan bersabda yang maksudnya:

Kemudian sujudlah sehingga tamakninah (berhenti sebentar) kemudian


bangkit daripada sujud sehingga tamakninah dalam keadaan duduk,
kemudian sujudlah sehingga tamakninah dalam keadaan sujud, kemudian
buatlah seumpama ini semuanya dalam solatmu.
Cara sujud ialah dengan meletakkan dua lutut dan dua tapak tangan ke
lantai, kemudian meletakkan dahi di tempat sujud di antara dua tangan,
serta sebahagian daripada tapak kaki termasuk hujung jari kaki. Dengan ini

34

TOPIK 2 SOLAT FARDU

jelas bahawa anggota sujud ada tujuh, iaitu dua lutut, dua tapak tangan,
dahi dan hujung jari dua kaki.
(h)

Duduk antara dua sujud


Duduk antara dua sujud wajib pada setiap rakaat solat. Dalilnya ialah
sabda Rasulullah s.a.w. yang bersabda:

Kemudian bangkit daripada sujud sehingga tamakninah dalam keadaan


duduk.
(i)

Duduk tasyahud akhir

(j)

Membaca tasyahud ketika duduk pada rakaat terakhir solat

(k)

Membaca selawat ke atas Nabi S.A.W. selepas membaca tasyahud akhir

(l)

Mengucap salam pertama


Dalil mengucap salam pertama rukun solat ialah hadis Rasulullah s.a.w.
yang bermaksud:
Pembukaan solat ialah bersuci, iharamnya ialah takbiratulihram dan
tahallilnya ialah mengucap salam.

(m) Tertib
Maksud tertib ialah melakukan solat mengikut susunan yang telah
diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu bermula dengan niat dan
takbiratulihram sehingga berakhir dengan mengucap salam.

2.9

PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT

Adalah tidak sempurna kita mengetahui cara-cara melakukan solat tetapi tidak
mengetahui perkara-perkara yang membatalkan solat. Malah, terdapat segelintir
orang Islam yang melakukan solat setiap hari tetapi solatnya tidak sah. Ini
disebabkan sewaktu bersolat dia melakukan perkara-perkara yang membatalkan
solat tanpa disedari, seperti bergerak dengan banyak atau menyebut perkara lain
yang bukan bacaan solat.

TOPIK 2 SOLAT FARDU W 35

Ada tujuh perkara yang membatalkan solat seperti yang dijelaskan seperti
berikut:
(a)

Bercakap-cakap dengan sengaja


Bercakap dengan sengaja dalam solat, hukumnya haram dan membatalkan
solat. Dalilnya ialah hadis riwayat Zaid bin Arqam yang bermaksud:

Kami bercakap-cakap semasa solat dengan seseorang di sebelah kami


sehinggalah turun firman Allah: Jagalah solat-solat kamu dan solat wusta
dan kamu dirikanlah (solat) kerana Allah dengan penuh ketaatan. Lalu
kami diperintahkan supaya diam dan kami ditegah daripada bercakap
(dalam solat).
Batas percakapan yang membatalkan solat ialah perkataan yang tersusun
dua huruf walaupun tidak difahami atau satu huruf yang boleh difahami.
Contohnya; berdehem, suara kesakitan, menangis. Inilah yang banyak
berlaku dalam masyarakat Islam di negara kita, iaitu ramai yang suka
berdehem-dehem semasa sedang solat.
Para fuqaha tidak sependapat menentukan hukum berdehem dalam solat.
Mengikut mazhab Syafie dan Hanafi berdehem tanpa darurat dan hajat
yang sahih adalah membatalkan solat. Walaupun begitu, sekiranya
berdehem kerana keuzuran atau kesakitan atau ada tujuan sahih ia tidak
membatalkan solat. Bagi mazhab Maliki pula, berdehem dalam solat tidak
membatalkan solat selagi tidak melakukannya dengan tujuan bermainmain atau bersenda.
Menangis atau ketawa dalam solat tidak batal kecuali apabila zahir dua
huruf atau satu huruf yang boleh difahami. Menangis teresak-esak dalam
solat kerana mengingati atau memahami ayat-ayat yang dibaca dalam solat
berkaitan syurga, neraka dan kisah-kisah orang munafik dan sebagainya
tidak membatalkan solat. Sebaliknya, menangis kerana hal-hal dunia
sehingga terkeluar dua huruf membatalkan solat.
(b)

Makan dan Minum


Makan dan minum dengan sengaja dalam solat, sekalipun sedikit,
membatalkan solat. Makan dan minum dengan tidak sengaja membatalkan
solat dengan syarat makanan yang ditelan itu sebesar biji bijan. Sekiranya
ditelan saki baki makanan yang terlekat di gigi sedikit sahaja dan ditelan
dengan air liur tanpa niat untuk makan tidak membatalkan solat.

36

TOPIK 2 SOLAT FARDU

(c)

Pergerakan yang banyak


Kadar pergerakan yang membatalkan solat bagi mazhab Syafii ialah tiga
kali gerak berturut-turut atau yang seumpamanya seperti melompat, selagi
pergerakan itu tidak termasuk dalam perbuatan solat dan bukan untuk
mempertahankan diri.
Menambah perbuatan dalam solat dengan perbuatan yang memang
dilakukan dalam solat, seperti rukuk dengan terlupa tidak membatalkan
solat tetapi hendaklah melakukan sujud sahwi. Begitu juga mendukung
atau menggendong anak ketika solat, ia tidak termasuk dalam pergerakan
yang membatalkan solat. Ini didasarkan kepada hadis di mana Rasulullah
s.a.w. mendukung atau menggendong cucu perempuannya, anak kepada
Abi al-`As. Apabila Baginda sujud, cucunya diletakkan dan apabila
Baginda berdiri cucunya diangkat semula oleh Baginda.

(d)

Berpaling dari mengadap kiblat


Maksud berpaling dari mengadap kiblat mengikut mazhab Syafie ialah
dada seseorang yang sedang solat berpaling dari arah kiblat.

(e)

Tidak sempurna syarat atau rukun


Tidak sempurna mana-mana syarat atau mana-mana rukun solat boleh
membatalkan solat. Contohnya terbuka aurat dengan sengaja semasa solat
atau pakaian terkena najis semasa solat.

(f)

Beberapa kelonggaran
Ada beberapa kelonggaran yang diberikan syarak semasa solat. Contohnya
seorang yang solat dengan menggunakan isyarat kepala sebagai ganti
rukuk kerana sakit, tiba-tiba kesakitannya hilang dan boleh melakukan
rukuk dalam rakaat berikutnya tanpa menggunakan isyarat lagi. Dalam
keadaan ini, solatnya dikira batal sekiranya dia meneruskan solatnya
dengan isyarat. Bagi mazhab Hanafi, dia hendaklah memulakan solat
dengan takbiratulihram yang lain. Bagi jumhur fuqaha pula, dia tidak perlu
memulakan solat sekali lagi, malah dia boleh meneruskan solatnya dengan
melakukan rukuk dengan sempurna tanpa menggunakan isyarat dan
solatnya adalah sah.

TOPIK 2 SOLAT FARDU W 37

2.10 PERKARA SUNAT SOLAT


Maksud perkara-perkara sunat ialah amalan-amalan yang baik yang dianjurkan
kepada kita melakukannya sama ada sebelum solat, semasa atau selepas solat.
Melakukan perkara-perkara sunat ini akan mendapat pahala dari Allah s.w.t.
dan menjadikan solat kita lebih elok dan lebih sempurna.
Perkara-perkara sunat solat terbahagi kepada tiga iaitu sebelum, semasa dan
selepas solat seperti dalam Rajah 2.2.

Rajah 2.2: Sunat-sunat Solat

2.10.1 Perkara Sunat Sebelum Solat


Perkara sunat sebelum solat ada tiga iaitu:
(a)

Azan

(b)

Iqamah

38

TOPIK 2 SOLAT FARDU

(c)

Meletakkan hadang (satrah)


Sebelum mendirikan solat, sunat meletakkan hadangan atau satrah antara
diri orang yang bersolat dengan kiblat. Ini berdasarkan hadis Rasulullah
s.a.w. yang bermaksud:

Janganlah kamu solat kecuali mengadap kepada hadangan dan jangan


kamu biarkan seseorang melintas di hadapan kamu .
(Riwayat Muslim)
Contohnya menjadikan dinding, sejadah, kotak atau apa-apa yang boleh
dijadikan hadangan antara orang solat dengan orang yang melintas di
hadapannya. Maksudnya, orang yang melintas di hadapannya mestilah
melintas di sebalik benda yang diletakkan di hadapannya sebagai
penghadang.

2.10.2 Perkara Sunat Semasa Solat


Perkara-perkara sunat yang dilakukan semasa solat terbahagi kepada dua
bahagian iaitu:
(a)

Sunat Ab`ad ( )


Apakah yang dimaksudkan dengan Sunat abad? Sunat abad ialah perkara
atau amalan yang dituntut kita melakukannya semasa kita sedang solat.
Namun demikian, jika meninggalkannya tidaklah menyebabkan solat itu
batal.
Sunat Ab`ad ada lima perkara iaitu:
(i)

Membaca tasyahud awal. Dalilnya ialah sabda Rasulullah s.a.w. yang


bermaksud:

Apabila engkau duduk di pertengahan solat hendaklah engkau


duduk dalam keadaan tamakninah dan iftirasy paha kiri engkau
kemudian membaca tasyahud.
(ii)

Selawat ke atas Nabi selepas membaca tasyahud awal.

(iii) Duduk untuk membaca tasyahud awal.


(iv) Selawat ke atas keluarga Nabi s.a.w. selepas membaca tasyahud akhir.
(v)

Membaca qunut ketika iktidal dalam rakaat kedua solat Subuh, pada
akhir rakaat solat Witir di pertengahan bulan Ramadan dan ketika
iktidal dalam rakaat akhir mana-mana solat untuk Qunut Nazilah.
Dalilnya hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan
daripada Anas, bahawa Anas telah ditanya, apakah Nabi melakukan

TOPIK 2 SOLAT FARDU W 39

qunut subuh? Anas menjawab maksudnya: Ya. Beliau ditanya lagi,


adakah Baginda qunut sebelum rukuk? Anas menjawab maksudnya:

Tidak lama selepas rukuk.


(b)

Sunat Haiaat ()*+)


Apakah pula yang dimaksudkan dengan sunat haiaat?
Sunat haiaat ialah perkara-perkara sunat yang dianjurkan kita
melakukannya semasa solat dan tahap tuntutannya adalah lebih rendah
dibandingkan dengan sunat abad.
Sunat haiaat ada lima belas perkara iaitu:
(i)

Mengangkat dua tangan ketika takbiratulihram, ketika rukuk dan


bangkit daripada rukuk.
Dalilnya; Ibn Umar meriwayatkan maksudnya:

Aku melihat Nabi s.a.w. memulakan takbir dalam solat dengan


mengangkat kedua-dua tangan sehingga setentang dengan dua
bahunya dan apabila Baginda bertakbir untuk melakukan rukuk,
Baginda melakukan dengan cara yang sama. Apabila Baginda
menyebut (, -   / 0) Baginda mengangkat tangannya
dengan cara yang sama dan berkata ( %

1 2 ).

(ii)

Meletakkan tangan kanan di atas pergelangan tangan kiri semasa


qiam.

(iii)

Melihat ke tempat sujud.

(iv)

Membaca doa iftitah selepas takbiratulihram.

(v)

Membaca al-Ta`awudz (; 345


membaca basmalah dan surah al-Fatihah.

(vi)

Membaca surah al-Fatihah dan surah lain dengan nyaring pada


tempat yang disunatkan nyaring dan membacanya perlahan pada
tempat yang disunatkan perlahan.

(vii)

Menyebut Amin setelah selesai membaca surah al-Fatihah.

(viii)

Membaca surah-surah al-Quran selepas membaca surah al-Fatihah.

(ix)

Disunatkan membaca surah-surah daripada al-Quran dalam dua


rakaat pertama sahaja bagi setiap solat.

(x)

Melafazkan takbir setiap kali perpindahan rukun.

(xi)

Membaca tasbih ketika rukuk dan sujud.

6 7 89:)

sebelum

40

TOPIK 2 SOLAT FARDU

(xii)

Meletakkan dua tangan di atas dua paha ketika duduk tasyahud


awal dan akhir dengan menggenggam jejari tangan kanan,
meluruskan jejari tangan kiri dan mengangkat jari telunjuk semasa
tasyahud.

(xiii)

Duduk tawarruk semasa tasyahud akhir dan duduk iftirasy pada


tempat yang lain.

(xiv)

Duduk iftirasy; melipatkan kaki kiri dan menghulurkan sedikit ke


sebelah kanan, kemudian duduk di atasnya. Melipatkan kaki kanan
yang lurus selari dengan paha kanan dan mengeluarkannya sedikit
dari bawah paha. Mendirikan tapak kaki kanan dan melipatkan jarijari kaki kanan.

(xv)

Membaca selawat ke atas Nabi Ibrahim dan membaca doa selepas


tasyahud akhir.

(xvi)

Mengucap salam yang kedua.

(xvii) Dalilnya ialah hadis riwayat Ibn Masud, bahawa Raulullah s.a.w.
mengucap salam ke sebelah kanan dan sebelah kiri sehingga
nampak putih pipinya sambil berkata: ( $ -2 #<: =>)

2.10.3 Perkara Sunat Selepas Solat


Membaca istighfar, zikir dan doa.
Dalilnya ialah hadis riwayat Muslim yang menjelaskan apabila Rasulullah s.a.w.
selesai solat, Baginda membaca istighfar tiga kali dan membaca:

=? @A 8 & B2


=> C9& 1D => 16 => BE  <
Dalil kedua ialah sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Tidak kecewa orang yang berkata di akhir setiap solat fardu tiga puluh tiga
tasbih dan tiga puluh tiga tahmid dan tiga puluh tiga takbir. Semuanya itu
sembilan puluh sembilan dan digenapkan seratus dengan

& FGH I J<: 9+  % K 1<  K K 1&H ( ,-  (D KD (

TOPIK 2 SOLAT FARDU W 41

SEMAK KENDIRI 2.2


1.

Adakah bercakap dan ketawa dikira membatalkan solat?

2.

Sebutkan tiga daripada sunat-sunat haiaat.

3.

Menurut mazhab Hanafi, pengsan lebih daripada sehari


semalam tidak wajib qada solat. Jika pengsan sehari semalam
atau kurang wajib qada solat. Apakah hujahnya?

4.

Dalam isu niat solat, mana satu yang anda pilih: Pendapat Syafie
atau Hanafi? Kenapa?

2.11 SUJUD SAHWI, TILAWAH DAN SYUKUR


Sujud merupakan satu amalan baik yang sunat kita lakukan pada masa-masa
tertentu. Hukumnya adalah sunat dan syarat melakukannya adalah sama seperti
solat, itu perlu ada wuduk, menutup aurat dan mengadap kiblat.
Ada tiga bentuk sujud yang sunat dilakukan iaitu:
(a)

Sujud sahwi;

(b)

Sujud syukur; dan

(c)

Sujuk tilawah.

2.11.1 Sujud Sahwi


Sahwi dari segi bahasa bererti lupa sesuatu. Dari segi syarak, sahwi ialah
kecacatan yang berlaku semasa solat dengan sengaja atau lupa. Sujud sahwi
ialah sujud yang dilakukan kerana berlaku kecacatan dalam solat, sama ada
kerana terlupa atau lainnya.
Hukum sujud sahwi
Mazhab Syafie berpendapat hukum sujud sahwi adalah sunat. Sekiranya sujud
sahwi tidak dilakukan, solat tidak batal. Dalilnya ialah hadis riwayat Abu
Hurairah, yang menyatakan Rasulullah s.a.w. mendirikan solat Zohor dan Asar
bersama mereka, kemudian Baginda memberi salam pada rakaat kedua. Lalu
Dzu al-Yadain bertanya kepada Baginda s.a.w. adakah solat diqasarkan atau
Baginda lupa? Baginda s.a.w. menjelaskan bahawa solat tidak diqasarkan dan

42

TOPIK 2 SOLAT FARDU

Baginda juga tidak lupa. Baginda lalu menambah solat dua rakaat lagi,
kemudian melakukan sujud dua kali.
Sebab-sebab sujud sahwi dilakukan
Sebab-sebab sujud sahwi mengikut mazhab Syafie ada dua iaitu: menambah sifat
solat dan mengurangkan sifat solat.
(a)

Menambah sifat solat


Ia berlaku dalam dua bentuk:
(i)

Menambah perkataan
Contohnya memberi salam pada tempat tidak sepatutnya memberi
salam atau terlupa berkata-kata ketika solat. Dalam keadaan seperti
ini, sujud sahwi sunat dilakukan.

(ii)

Menambah perbuatan

(b)

Melakukan perbuatan yang tidak membatalkan solat walaupun


dengan sengaja seperti berpaling atau melangkah selangkah.
Dalam keadaan seperti ini, sujud sahwi tidak perlu dilakukan
sekalipun ia dilakukan dengan sengaja. Dalilnya ialah hadis
fi`liyah di mana Rasulullah s.a.w. mendukung cucunya Umamah
ketika solat.

Melakukan sesuatu yang membatalkan solat seperti menyebut


sesuatu yang bukan bacaan solat dengan terlupa.

Menambah bilangan rakaat atau rukun solat seperti solat Zohor


lima rakaat atau rukuk dua kali dalam satu rakaat. Dalam
keadaan seperti ini sujud sahwi sunat dilakukan.

Ragu-ragu bilangan rakaat. Bila seseorang meragui bilangan


rakaat solatnya dia mestilah mengambil bilangan yang kurang
dan menyempurnakan yang baki kemudian selepas itu
melakukan sujud sahwi.

Mengurangkan sifat solat


Mengurangkan sifat solat maksudnya tidak melakukan perkara sunat
muakad, tidak melakukan sunat tidak muakad atau tidak melakukan
perkara fardu.
Seseorang yang terlupa melakukan perkara fardu seperti sujud atau
rukuk; sekiranya dia teringat sebelum memberi salam, beliau
hendaklah melakukan semula rukuk atau sujud yang ditinggal itu.
Kemudian selepas membaca tasyahud, sunat melakukan sujud sahwi.

TOPIK 2 SOLAT FARDU W 43

Sekiranya dia teringat selepas memberi salam dan dalam tempoh


masa yang tidak lama dan beliau belum melakukan sesuatu yang
membatal solat, beliau hendaklah melakukan perbuatan rukuk atau
sujud yang ditinggalkan dan melakukan rakaat-rakaat selepas
perbuatan yang dia lupa melakukannya kemudian melakukan sujud
sahwi.
Seseorang yang terlupa melakukan sunat muakad, seperti tasyahud
awal atau qunut beliau disunatkan melakukan sujud sahwi.
Seseorang yang terlupa melakukan sunat tidak muakad, seperti
mengucap takbir, mengangkat kedua-dua tangan semasa takbir
berpindah rukun, sujud sahwi tidak perlu dilakukan.
Cara sujud sahwi
Sujud sahwi ialah dua kali sujud dengan niat sujud sahwi. Ia
dilakukan di akhir solat iaitu selepas tasyahud akhir dan sebelum
memberi salam, kemudian barulah memberi salam. Bacaan semasa
sujud sahwi ialah:

2.11.2 Sujud Syukur


Sujud syukur adalah sujud satu kali seperti sujud tilawah. Ia dilakukan apabila
mendapat nikmat atau terselamat daripada musibah atau bencana. Ia dilakukan
di luar solat.
Dalil pensyariatan sujud syukur ialah hadis riwayat Abu Bakrah bahawa apabila
sesuatu perkhabaran gembira sampai kepada Rasulullah s.a.w., Baginda
melakukan sujud syukur kepada Allah.
Hukum Sujud Syukur
Menurut mazhab Syafie, melakukan sujud syukur adalah sunat. Sujud syukur
tidak boleh dilakukan semasa solat. Bagi mazhab Hanafi dan Maliki, sujud
syukur kerana nikmat adalah makruh, kerana nikmat Allah terlalu banyak untuk
dihitung. Bagaimanapun ia adalah satu pengorbanan demi mendekatkan diri
kepada Allah dan diberi pahala.

44

TOPIK 2 SOLAT FARDU

Syarat-syarat sujud syukur sama seperti syarat sujud tilawah, iaitu suci daripada
hadas, menutup aurat dan mengadap kiblat. Cara melakukannya ialah dengan
bertakbiratulihram kemudian sujud sekali lepas itu memberi salam. Ia dilakukan
di luar solat.

2.11.3 Sujud Tilawah


Maksud sujud tilawah ialah melakukan satu kali sujud apabila membaca atau
mendengar ayat-ayat sajdah.
Hukum sujud tilawah adalah sunat bagi orang yang membaca ayat sajadah,
dalam atau luar solat. Ia juga disunatkan bagi mereka yang mendengar ayat
sajdah di luar solat. Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan Ibn Umar yang
menceritakan maksudnya: Rasulullah s.a.w. membacakan kepada kami satu

surah yang mengandungi ayat sajdah. Baginda sujud dan kami pun sujud
sehingga kami meletak dahi di tempat sujud.
Terdapat empat belas ayat sajdah dalam al-Quran. Ayat-ayat ini terdapat dalam
Surah al-`Araf, al-Ra`d, al-Nahl, al-Isra, Maryam, al-Haj (dua dalam surah ini),
al-Furqan, al-Naml, Alif Lam Tanzil (Surah Sajdah), Hamim al-Sajdah, al-Najm,
al-Insyiqaq dan al-`Alaq.
Cara sujud Tilawah
Jika imam dalam solat jamaah membaca ayat sajdah, makmum hendaklah sujud
mengikut imam dan menyempurnakan rukun lain seperti biasa selepas sujud.
Sekiranya seseorang membaca ayat sajdah atau mendengarnya luar solat dan dia
ingin melakukan sujud tilawah, dia mestilah berkeadaan suci daripada najis,
mengadap kiblat dan menutup aurat, kemudian bertakbiratulihram dengan
mengangkat tangan kemudian sujud satu kali seperti sujud dalam solat
kemudian memberi salam.

Dalam bahasa Arab, solat bererti doa. Dari segi istilah syarak, solat bererti
perbuatan dan perkataan yang dimulakan dengan takbir dan disudahi
dengan salam dengan syarat-syarat tertentu.

Dalil syarak yang berkaitan dengan pensyariatan solat ialah al-Quran,


sunnah dan ijmak umat Islam. Hukumnya ialah wajib.

Syarat wajib solat ada lima iaitu Islam, berakal, suci, sampai seruan, baligh
dan mampu.

TOPIK 2 SOLAT FARDU W 45

Syarat sah solat ada enam iaitu suci daripada hadas, mumaiyiz, mengetahui
peraturan solat, mengetahui masuk waktu solat, menutup aurat dan
mengadap kiblat.

Solat fardu ialah Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Syariat Islam telah
menentukan masa permulaan dan akhir bagi semua waktu-waktu tersebut.
Contohnya waktu masuk solat Zohor ialah apabila matahari gelincir ke
sebelah barat.

Mengikut mazhab Syafie, status makruh mendirikan solat ada dua iaitu
makruh tahrim dan makruh tanzih.

Para fuqaha sependapat mengatakan orang yang terlupa dan tertidur lalu
tidak mendirikan solat mereka wajib mengaqa solat yang tertinggal itu pada
masa lain.

Mengikut jumhur fuqaha, solat fardu ada 13 rukun. Tanpa satu daripadanya,
semua rukun solat yang didirikan tidak dikira sah. Antaranya ialah niat,
qiam, takbiratulihram, membaca Surah al-Fatihah dan lain-lain.

Ada tujuh perkara yang membatalkan solat. Antaranya ialah bercakap


dengan sengaja dalam solat, makan dan minum dengan sengaja dalam solat,
pergerakan yang banyak dan lain-lain.

Perkara sunat ialah amalan baik yang dianjurkan kepada kita melakukannya
sama ada sebelum solat, semasa atau selepas solat. Antaranya ialah azan,
iqamah, sunat ab'ad, sunat haiaat, istighfar, zikir dan doa.

Ada tiga bentuk sujud yang sunat dilakukan iaitu sujud sahwi, sujud syukur
dan sujud tilawah.

Dosa meninggalkan solat


Istighfar
Makruh tahrim
Makruh tanzih
Qada solat
Sujud sahwi
Sujud syukur

Sujud tilawah
Sunat abad
Sunat haiaat
Sunat solat
Waktu yang dilarang solat
Zikir selepas solat

46

TOPIK 2 SOLAT FARDU

Al-Nawawi. (t.t).
al-Ilmiyah.

Raudah

al-talibin

(Jld.

1).

Beirut:

Dar

al-Kutub

Al-Sayyid, Sabiq. (t.t). Fiqh al-sunnah (Jld. 1) Kaherah: Maktabah Dar al-Turath.
Al-Zuhaili.
(1997).
Dar al-Fikr.

al-fiqh

al-islami

al-Khin. (1987). al-fiqh


al-Syafii. Damsyik: Dar al-Qalam.

Mustafa,

wa

al-manhaji

adillatuhu.
ala

mazhab

Damsyik:

al-Imam

Anda mungkin juga menyukai