Anda di halaman 1dari 18

Topik X Wuduk dan

Tayammum

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1.

Menjelaskan pengertian wuduk dan hukumnya;

2.

Menerangkan rukun, sunat wuduk dan perkara yang


membatalkannya;

3.

Menghuraikan pengertian tayammum;

4.

Menerangkan sebab dan syarat bertayammum; dan

5.

Membincangkan rukun dan perkara yang membatalkan


tayammum.

PENGENALAN

Anda pasti mahukan diri anda sentiasa berada dalam keadaan suci dan bersih,
sama ada zahir atau batin. Islam telah mengajar penganutnya supaya sentiasa
membersihkan diri dengan mensyariatkan hukum-hukum menyucikan diri
daripada najis, hadas besar dan hadas kecil. Topik pertama ini, akan
menghuraikan wuduk sebagai cara menyucikan hadas kecil dan tayammum
sebagai cara bersuci daripada hadas besar dan kecil dalam keadaan ada halangan
menggunakan air. Diharapkan anda akan membaca topik ini dengan teliti.

AKTIVITI 1.1
Pernahkah anda mengalami atau mendengar perbalahan dua orang
yang berselisih faham tentang hukum batal wuduk bersentuhan kulit
tanpa alas antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim? Tuliskan
pengalaman anda.

1.1

TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMMUM

WUDUK

Wuduk adalah merupakan satu ibadat yang sangat penting dalam Islam kerana ia
menjadi asas kepada beberapa ibadat yang lain. Tanpa wuduk, ibadat-ibadat
tertentu adalah tidak sah di sisi Islam seperti solat, haji dan lain-lain. Dalam
subtopik ini, kita akan membincangkan mengenai hukum wuduk dan perkara lain
yang berkaitan dengannya seperti kaifiat, perkara yang membatalkannya dan lainlain.

1.1.1

Definisi dan Pensyariatan Wuduk

Dari sudut penggunaan dalam bahasa Arab, wuduk bermaksud kebaikan,


kebersihan serta sirna daripada kegelapan dosa. Dari sudut penggunaan istilah
syarak pula, wuduk bermaksud perbuatan khusus yang dimulakan dengan niat,
membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke siku, menyapu
kepala dan membasuh dua kaki sehingga ke buku lali.
Kewajipan berwuduk adalah berdasarkan dalil daripada al-Quran dan hadis
Rasulullah s.a.w.
Dalil al-Quran, firman Allah s.w.t.:

rQ 1WcicU XT 1\FSBT S V QSQ  rQ 2)- Vl S<W%X | SM{iU
Wc
 WV rQ 1Q BqU XT 1yTm SU_%XT Wm\-
Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu ingin mengerjakan solat, maka
basuhlah muka kamu, kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah
kepala kamu serta basuhlah kedua belah kaki kamu sehingga ke buku lali.
(Surah al-Maidah, 5:6)

TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMMUM

1.1.2

Hukum Wuduk

Hukum wuduk bergantung pada jenis-jenis ibadat yang dilakukan oleh


seseorang. Rajah 1.1 menunjukkan dua jenis hukum wuduk.

Rajah 1.1: Hukum wuduk

(a)

Hukum Wajib Berwuduk


Terdapat tiga hukum wajib berwuduk seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 1.2:

Rajah 1.2: Tiga situasi diwajibkan berwuduk

Berikut adalah huraian lanjut mengenai tiga hukum wajib berwuduk.


(i)

Mendirikan solat
Fuqaha sependapat mengatakan bahawa berwuduk adalah wajib bagi
mereka yang ingin mendirikan solat, sama ada solat fardu, sunat atau
qada. Dalil yang menunjukkan wuduk wajib bagi mendirikan solat

TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMMUM

ialah firman Allah dalam Surah al-Maidah, ayat 5 seperti yang


dinyatakan tadi. Fuqaha sepakat mengatakan bahawa perintah
berwuduk dalam ayat ini adalah bagi tujuan mendirikan solat.
(ii)

Mengerjakan tawaf
Para fuqaha tidak sependapat dalam menentukan hukum wuduk bagi
ibadat tawaf di sekeliling Kaabah. Jumhur fuqaha daripada mazhab
Malik, Syafie dan Hanbali berpendapat hukumnya wajib dan menjadi
syarat sah tawaf. Manakala mazhab Hanafi berpendapat hukum
berwuduk adalah wajib dan tidak menjadi syarat sah bagi ibadat
tawaf.

(iii) Memegang atau menyentuh al-Quran


Jumhur fuqaha berpendapat orang berhadas dilarang memegang
al-Quran (mashaf). Ini berdasarkan firman Allah s.a.w.:

WDTmIV- Y Op\-Wc Y
Maksudnya:

Tidak menyentuh (mashaf) melainkan orang-orang yang telah bersuci.


(Surah al-Waqiah, 56:79)
(b)

Hukum Sunat Berwuduk


Terdapat tujuh hukum sunat berwuduk seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 1.3.

TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMMUM

Rajah 1.3: Tujuh situasi disunatkan berwuduk

(i)

Memperbaharui wuduk
Sekalipun seseorang itu yakin wuduknya masih belum batal dia
disunatkan memperbaharui wuduknya. Ini didasarkan kepada hadis
yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sekiranya tidak menjadi keberatan kepada umatku, nescaya aku


mewajibkan mereka berwuduk setiap kali mendirikan solat dengan
satu wuduk dan mewajibkan mereka bersugi setiap kali mereka
berwuduk.
(ii)

Membaca al-Quran
Sekalipun wuduknya masih belum batal, apabila seseorang ingin
membaca al-Quran dia disunatkan mengambil wuduk. Hukum ini
berdasarkan kepada hadis Nabi yang bermaksud:

Aku tidak suka berzikir kepada Allah dalam keadaan tidak suci.
(iii) Sebelum mandi hadas besar
(iv) Mengulangi persetubuhan dengan isteri sekiranya dalam keadaan
berjunub

(v)

TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMMUM

Sebelum tidur.

(vi) Selepas memandikan mayat serta memikulnya.


(vii) Sa'ei antara Safa dan marwah.

1.1.3

Rukun Wuduk (Perkara Wajib Semasa


Berwuduk)

Rukun wuduk ada enam perkara:


(a)

Niat
Tempat berniat adalah dalam hati. Lafaznya ialah:

Aku berwuduk kerana Allah atau Aku mengangkat hadas atau


berwuduk untuk mengharuskan solat."
Waktu berniat semasa mula membasuh bahagian muka.
(b)

Membasuh muka
Batas muka yang wajib dibasuh panjangnya dari tempat tumbuh rambut di
dahi hingga ke bawah dagu dan lebarnya dari anak telinga kanan hingga
ke anak telinga kiri.

(c)

Membasuh dua tangan hingga ke siku


Kedua-dua siku termasuk dalam anggota yang wajib dibasuh. Dalilnya,
hadis riwayat Jabir menyebut maksudnya:

Apabila Rasulullah s.a.w. berwuduk, Baginda meratakan air di kedua-dua


sikunya.
Sekiranya sebahagian tangan dipotong, para fuqaha sependapat
mewajibkan basuh bahagian yang selebihnya hingga ke bahagian siku.
Sekiranya bahagian yang dipotong melebihi daripada siku, hukum
membasuhnya adalah sunat.
(d)

Menyapu kepala
Maksudnya menyapu bahagian kepala yang ditumbuhi rambut dengan
tangan yang dibasahi air.
Para fuqaha tidak sependapat menentukan kadar yang wajib disapu di
bahagian kepala. Mengikut mazhab Maliki, kadar yang wajib disapu ialah
keseluruhan kepala, manakala bagi mazhab Hanafi, seperempat daripada

TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMMUM

kepala wajib disapu. Sementara mazhab Syafie dan Hanbali pula, tidak
menentukan kadar tertentu, malah wajib sapu walau sehelai rambut yang
terletak di bahagian kepala. Tidak sah sapu hujung rambut yang terkeluar
dari kulit kepala.
(e)

Membasuh dua kaki hingga ke buku lali


Ini berdasarkan firman Allah S.A.W:

Maksudnya:

Kaki kamu hingga ke buku lali.


(Surah al-Maidah, 5:6)
Kedua-dua buku lali termasuk bahagian yang wajib dibasuh.
(f)

Tertib
Mazhab Syafie dan Hanbali berpendapat tertib adalah wajib. Maksud tertib
ialah tertib anggota wuduk yang wajib dibasuh mengikut susunan ayat
dalam surah al-Maidah ayat 6 tadi. Ini bermakna membasuh muka dahulu,
kemudian membasuh tangan, selepas itu menyapu kepala dan akhir sekali
membasuh kaki maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu ingin mengerjakan solat,


maka basuhlah muka kamu, kedua-dua tangan kamu meliputi siku dan
sapulah kepala kamu serta basuhlah kedua-dua belah kaki kamu hingga
buku lali.

TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMMUM

Rajah 1.4: Rukun wuduk

1.1.4

Perkara Sunat Semasa Berwuduk

Terdapat banyak perkara disunatkan semasa berwuduk. Antaranya ialah:


(a)

Membaca   



Hal ini didasarkan kepada riwayat Anas yang menyebut maksudnya:

Sesetengah sahabat mencari air untuk berwuduk, maka mereka tidak


mendapati airnya.
Lalu Baginda s.a.w. bersabda maksudnya:

Adakah sesiapa di kalangan kamu ada air?


Maka dibawa air kepada Baginda, lalu Baginda meletak tangannya di
dalam bekas yang berisi air, sambil berkata maksudnya:

Berwuduklah kamu dengan membaca basmalah ketika memulakannya.

TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMMUM

(b)

Membasuh dua tapak tangan hingga ke pergelangan tangan.

(c)

Bersugi.

(d)

Berkumur-kumur dan menghisap air ke hidung.

(e)

Menyelati janggut yang tebal.


Sebagaimana dijelaskan dalam hadis, Rasulullah s.a.w., apabila berwuduk
Baginda memasukkan tangannya ke bawah janggut dan menyelatinya.

(f)

Menyapu kedua-dua telinga. Dalilnya hadis riwayat Abdullah bin Zaid


berkata maksudnya:

Sesungguhnya dia melihat Rasulullah s.a.w berwuduk. Baginda menyapu


kedua-dua telinganya dengan air yang lain bukan air yang Baginda
menyapu kepalanya.
(g)

Membasuh tiga kali setiap anggota wuduk.

(h)

Memulakan dengan anggota kanan ketika membasuh tangan dan kaki.

(i)

Membaca tasyahhud dan doa selepas berwuduk iaitu:

    
    
#$ %&#'(  ! )*"   !  "  ! 
(j)

Tidak membazir air semasa berwuduk. Rasulullah s.a.w. berwuduk hanya


dengan secupak air sahaja.

(k)

Tidak bercakap semasa berwuduk.

1.1.5

Perkara Membatalkan Wuduk

Ada lima perkara yang membatalkan wuduk:


(a)

Keluar sesuatu dari qubul atau dubur


Sesuatu yang keluar dari qubul dan dubur terbahagi kepada dua kategori:
(i)

Yang biasa seperti kencing, tahi, mani, mazi, wadi dan angin.

(ii)

Yang luar biasa seperti batu ulat, angin dari zakar dan faraj, bulu atau
lainnya. Ini didasarkan kepada hadis riwayat Abi Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

10 X

TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMMUM

Allah tidak menerima solat seseorang apabila dia berhadas sehingga dia
berwuduk. Lalu salah seorang daripada ahli Hadramaut berkata: Apakah
yang dimaksudkan dengan hadas itu, wahai Abu Hurairah? Dia menjawab
ia adalah kentut.
(b)

Hilang akal
Hilang akal disebabkan mabuk atau pitam atau sakit atau gila.

(b)

Tidur yang tidak tetap papan punggung


Jika seseorang tidur dalam keadaan terlentang, wuduknya batal sama ada
lama atau sekejap kerana keadaan demikian papan punggungnya tidak
tetap. Sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

Sesiapa tidur hendaklah dia berwuduk.


Jika tidur lama sambil duduk, para fuqaha tidak sependapat, mengikut
mazhab Syafie wuduknya tidak batal, tetapi pendapat mazhab lain ia
membatalkan wuduk.
Jika tidurnya sebentar ia tidak membatalkan wuduk. Hujahnya hadis yang
menjelaskan para sahabat Rasulullah s.a.w. tidur kemudian mereka solat
dengan tidak mengambil wuduk lain (riwayat Bukhari). Dalam riwayat
Muslim menjelaskan, kepala mereka terangguk-angguk. Teranggukangguk menunjukkan mereka tidur tidak lama.
(c)

Bersentuhan antara lelaki dan wanita yang ajnabi


Sama ada antara suami isteri atau wanita yang bukan mahram tanpa alas
sebagaimana dijelaskan dalam firman Allah dalam surah al-Nisa ayat 4
yang bermaksud:

Mereka menyentuh wanita-wanita (tanpa alas).


Para fuqaha khilaf dalam kes ini. Mazhab Syafie berpendapat sentuhan
silang jantina ajnabi dengan syahwat atau tidak akan membatalkan wuduk.
Hanafi berpendapat hanya sentuhan dengan syahwat melampau
membatalkan wuduk. Maliki dan Hanbali pula berpendapat sentuhan
dengan syahwat membatalkan wuduk.

TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMMUM

(d)

11

Menyentuh faraj sendiri atau orang lain, qubul atau dubur dengan telapak
tangan tanpa alas.
Hujahnya Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

Apabila seorang kamu menyentuh farajnya dengan tangan tanpa alas dia
hendaklah berwuduk. (Riwayat al-Daruqutni)
Fuqaha berbeza pendapat mengenai isu ini. Imam Syafie mengatakan
menyentuh qubul atau dubur membatalkan wuduk. Hanafi mengatakan
tidak batal. Menurut Maliki, menyentuh qubul batal tetapi menyentuh
dubur tidak batal. Hanbali sama pendapat dengan Imam Syafie 
perbuatan itu membatalkan solat.
Bagi memudahkan anda memahami perbezaan pendapat ini, anda boleh
merujuk pada Jadual 1.1.
Jadual 1.1: Pandangan Beberapa Mazhab dalam Kes Batal Wuduk
Kes
Keluar angin dari
faraj
Tidur

Sentuh wanita
ajnabi tanpa alas

Menyentuh qubul
dan dubur tanpa
alas

Keluar cecair
selain daripada
cecair dari qubul
dan dubur.
Contoh: Darah
dan nanah
Muntah

Syafie
Batal

Hanafi
Tidak batal

Maliki
Batal

Hanbali
Batal

Batal jika
tidak tetap
papan
punggung

Sama
dengan
Syafie

Sama dengan
Maliki

Batal jika
dengan
syahwat
atau tidak
Batal

Batal jika
dengan
syahwat
melampau
Tidak batal

Batal apabila
tidur dengan
sangat
nyenyak, lama
atau sebentar
Batal jika
dengan
syahwat

Batal

Tidak batal

Batal jika
mengalir
atau meleleh
dari
tempatnya

Batal apabila
menyentuh
qubul tetapi
tidak jika
menyentuh
dubur
Tidak batal

Batal

Tidak batal

Tidak batal

Sumber pendapat: Al-Zuhaili (1997)

Batal jika
dengan
syahwat

Batal jika
terlalu banyak

Batal

12 X

TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMMUM

SEMAK KENDIRI 1.1


5.

Jelaskan perbezaan pendapat fuqaha mengenai kes membasuh


wuduk tangan yang terputus.

6.

Mazhab manakah yang mewajibkan tertib dalam mengambil


wuduk?

7.

Apakah pendapat fuqaha mengenai hukum angin yang keluar


dari faraj wanita yang berwuduk?

1.2

TAYAMMUM

Memudahkan, bukan menyusahkan. Itulah salah satu kaedah yang diamalkan


syariat Islam dalam mempastikan mukallaf dapat melaksanakan kewajipan dalam
apa jua keadaan sekalipun. Kaedah ini diaplikasi dalam kes tayammum sebagai
ganti kepada wuduk dalam keadaan tidak mampu menggunakan air, sama ada
kerana sakit atau ketiadaan air atau ada air tetapi ia diperlukan untuk kegunaan
lain yang lebih penting.

AKTIVITI 1.3
Anda diminta menemu bual pesakit yang memakai balutan atau simen
pada anggota wuduk untuk mengetahui perkara-perkara berikut:
(a)

Apakah mereka menunaikan solat?

(b)

Tahukah mereka cara berwuduk orang sakit seperti mereka?

(c)

Tahukah mereka tayammum boleh menggantikan wuduk dan


kalau tahu pandaikah mereka melakukannya?

1.2.1

Definisi dan Pensyariatan Tayammum

Dari segi penggunaan bahasa Arab, tayammum bermaksud berhasrat. Dari segi
penggunaan istilah syarak pula, tayammum bermaksud menyapu muka dan dua tangan
dengan debu tanah suci berserta niat.

TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMMUM

13

Dalil yang menunjukkan tayammum yang disyariatkan ialah firman Allah dalam
surah al-Nisa ayat 43:

Maksudnya:

Sekiranya kamu tidak mendapati air, maka kamu bertayammumlah dengan


debu yang bersih. Sapulah muka dan tangan kamu.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

Dijadikan seluruh bumi tempat sujud bagi kami, dan dijadikan debunya untuk
bersuci apabila kami tidak mendapat air.

AKTIVITI 1.2
Anda dikehendaki merujuk kepada kitab al-Fiqh al-Islami Wa
Adillatuhu tulisan Wahbah al-Zuhaili untuk mendalami perbezaan
pandangan fuqaha dalam isu perkara yang membatalkan wuduk
dan mempelajari hujah mereka.

1.2.2

Sebab Membolehkan Tayammum

Ada dua sebab yang menuntut seseorang bertayammum sebagai ganti wuduk
atau mandi hadas besar iaitu:
(a)

Ketiadaan air
(i)

Tiada air langsung selepas mencarinya;

(ii)

Ada air tetapi cukup untuk sekadar diminum; atau

(iii) Air ada tetapi tempat untuk mendapatkannya adalah jauh.

14 X

(b)

TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMMUM

Keuzuran mengguna air


(i)

Disebabkan luka yang dalam;

(ii)

Penggunaan air akan menambah sakit atau melewatkan sembuh


penyakit;

(iii) Keadaan sejuk melampau yang boleh memudaratkan; atau


(iv) Tidak mampu untuk memanaskan air.

1.2.3

Syarat Tayammum

Empat syarat perlu sempurna untuk tayammum dikira sah:


(a)

Telah masuk waktu solat;

(b)

Mencari air terlebih dahulu selepas masuk waktu solat tetapi tiada air
dijumpai;

(c)

Debu tanah yang suci; dan

(d)

Menghilangkan najis terlebih dahulu.

1.2.4

Rukun Tayammum

Ada tiga rukun perlu sempurna untuk tayammum dikira sah. Rukun tayammum
adalah seperti berikut:
(a)

Niat
Iaitu berniat melakukan tayammum bagi mengharuskan solat. Jika berniat
untuk mengangkat hadas, tayammum tersebut tidak sah mengikut
pendapat mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali. Masa berniat ialah ketika
menyapu debu di bahagian muka.

(b)

Menyapu debu di muka dan kedua-dua tangan hingga ke atas siku


Dalilnya ialah firman Allah dalam Surah al-Nisa ayat 43 maksudnya:

Sapulah muka kamu dan dua tangan kamu.


Hadis Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

Tayammum dua kali tepukan satu tepukan untuk menyapu muka dan satu
tepukan untuk menyapu kedua tangan hingga ke siku.

TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMMUM

(c)

15

Tertib
Memulakan menyapu muka terlebih dahulu kemudian baru menyapu
kedua-dua tangan.

SEMAK KENDIRI 1.2


1.

Berikan maksud tayammum dalam penggunaan bahasa Arab


dan dalam penggunaan istilah syariah.

2.

Bilakah seseorang
tayammum.

3.

Bagaimanakah cara mengurangkan ketebalan debu pada tapak


tangan semasa bertayammum?

1.2.5

itu

bertayammum?

Sebutkan

anggota

Perkara yang Membatalkan Tayammum

Ada tiga perkara yang membatalkan tayammum iaitu:


(a)

Berlaku sesuatu yang membatalkan wuduk


Kita telah pelajari perkara yang membatalkan wuduk dalam subtopik 1.1.5.

(b)

Mendapati air semula selepas ketiadaannya


Jika mendapati air selepas keluar waktu solat, para fuqaha sependapat
tidak wajib mengulangi solatnya. Jika mendapati air masih dalam waktu
solat fuqaha khilaf. Mengikut mazhab Syafie dan Maliki tidak wajib
mengulangi solat tersebut. Ini berdasarkan hadis riwayat Abu Daud
maksudnya:

Bahawa dua lelaki keluar musafir, waktu solat pun sampai, kedua-duanya
tidak mempunyai air, kedua-dua pun bertayammum dengan debu dan
terus solat. Selepas solat, kedua-duanya mendapat air sedangkan waktu
solat masih ada. Salah seorang daripada mereka mengulangi wuduk dan
solat. Yang seorang lagi tidak mengulangi solat. Kemudian kedua-duanya
mengadap Rasulullah s.a.w. dan menceritakan apa yang telah berlaku.
Baginda pun berkata kepada yang tidak mengulang solat: Kamu telah
menepati sunnah. Solatmu telah memadai. Nabi berkata pula kepada yang
mengulangi solatnya: Allah menggandakan kepada mu ganjaran dua kali.

16 X

(c)

TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMMUM

Hilang keuzuran yang mengharuskan tayammum


Tayammum terbatal apabila hilang keuzuran yang mengharuskannya.
Contohnya, seorang pesakit bertayammum kerana kecederaan pada
anggota wuduk. Tayammumnya akan terbatal apabila kecederaan tersebut
sembuh.

1.2.6

Perkara Sunat Semasa Tayammum

(a)

Membaca

  
 pada permulaan tayammum.

(b)

Mendahulukan menyapu tangan kanan daripada menyapu tangan kiri.

(c)

Membuka jari jemari tangan ketika menepuk debu. Tepukan debu pertama
menyapu muka dan tepukan debu kedua menyapu kedua-dua tangan.

(d)

Menipiskan debu dengan cara meniup, menggoyang-goyangkan keduadua telapak tangan atau melagakan kedua-dua tapak tangan selepas
menepuk ke atas debu. Ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:

Sesungguhnya sudah cukup kalau engkau memukul kedua-dua telapak


tangan ke atas debu tanah. Sesudah itu ditiup, lalu disapukan keduaduanya ke muka dan ke tangan . (Riwayat Muslim)

AKTIVITI 1.4
1.

Anda dikehendaki menunjukkan kepada rakan tutorial anda


bagaimana cara melakukan tayammum.

2.

Buat pemerhatian di mana-mana hospital, sama ada pihaknya


menyediakan debu tanah untuk pesakit bertayammum atau tidak.

1.3

ISU BERKAITAN WUDUK DAN


TAYAMMUM

Setelah kita bincangkan mengenai wuduk dan tayammum, khasnya yang


berkaitan dengan syarat dan rukun serta perkara yang membatalkan, elok juga
dibincang di sini satu perkara yang sering dilakukan oleh orang Islam yang tidak
begitu faham konsep tayammum dan wuduk  iaitu pentingnya membasuh
anggota badan dengan sempurna semasa mengambil wuduk.

TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMMUM

17

Ramai yang mengambil wuduk tetapi wuduknya tidak sah kerana basuhannya
tidak meliputi had yang ditetapkan. Antaranya:
(a)

Basuh muka tidak rata. Dia hanya menyapu di depan muka sahaja,
sedangkan had muka ialah dari tempat tumbuh rambut di kepala hingga ke
bawah dagu. Manakala lebarnya ialah dari anak telinga kanan hingga ke
anak telinga kiri.

(b)

Demikian juga dengan membasuh tangan hingga ke siku. Ramai orang yang
membasuh tidak rata kerana mereka hanya menadah air dengan tapak
tangan sahaja dengan membiarkan air itu mengalir hingga ke siku. Dalam
banyak hal, di sebelah belakang lengan dan sikunya tidak basah.

(c)

Seperkara lagi ialah membasuh kaki hingga ke buku lali. Selalu didapati
orang mengambil wuduk di masjid-masjid membasuh kakinya tidak rata.
Selalunya tapak kaki dan tumitnya tidak basah kerana dia hanya membasuh
di atas belakang kaki.

Semua keadaan ini menyebabkan wuduk tidak sah kerana basuhan tidak rata.
Wuduk yang tidak sah ini mengakibatkan solat tidak sah, tawaf tidak sah yang
menyebabkan haji atau umrahnya tidak sah dan lain-lain amalan yang
menghendaki berwuduk.

Syariat Islam mahukan penganutnya sentiasa bersih, zahir daripada najis


zahir dan batin daripada najis hukmi.

Wuduk disyariatkan untuk membersihkan individu daripada najis hukmi.

Islam mewajibkan mukallaf berwuduk apabila mahu mendirikan solat, tawaf


dan menyentuh Quran.

Syariat Islam telah menjelaskan secara terperinci rukun dan perkara yang
membatalkan wuduk.

Debu tanah digunakan untuk bertayammum sebagai ganti air untuk bersuci
daripada hadas besar atau kecil dalam keadaan tidak dapat menggunakan
air.

Antara anggota tayammum ialah muka dan dua tangan hingga ke siku.

Selain daripada perkara yang membatalkan wuduk, tayammum juga batal


disebabkan telah menemui air atau tiada lagi keuzuran menggunakan air.

18 X

TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMMUM

Sunat
Tayammum

Batal
Hukum
Rukun

Al-Nawawi. (t.t).
al-Ilmiyah.

Wuduk

Raudah

al-talibin

(Jld.

1).

Beirut:

Dar

al-Kutub

Al-Sayyid, Sabiq. (t.t). Fiqh al-sunnah (Jld. 1) Kaherah: Maktabah Dar al-Turath.
Al-Zuhaili.
(1997).
Dar al-Fikr.

al-fiqh

al-islami

al-Khin. (1987). al-fiqh


al-Syafii. Damsyik: Dar al-Qalam.

Mustafa,

wa

al-manhaji

adillatuhu.
ala

mazhab

Damsyik:

al-Imam

Anda mungkin juga menyukai