Anda di halaman 1dari 15

Topik X Solat Qasar

dan Jamak

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Menerangkan maksud solat qasar dan dalil;

2.

Menjelaskan syarat sah solat qasar dan bagaimana melakukan;

3.

Menghuraikan maksud dan dalil solat jamak;

4.

Mengenal pasti sebab yang membolehkan solat jamak;

5.

Membezakan jamak taqdim dan jamak ta'khir; dan

6.

Merumuskan cara solat bagi orang sakit.

PENGENALAN

Syariat Islam bukanlah suatu yang payah dilaksanakan, malah setiap insan
mampu melaksanakannya. Setiap kewajipan yang ditaklifkan tidaklah
memberatkan. Jika ada yang berat, ada pula cara lain untuk keringanan.
Contohnya solat. Jika ada kesusahan solat dalam perjalanan, maka Allah
turunkan hukum rukhsah untuk memudahkannya. Ini termasuklah hukum solat
qasar dan jamak bagi orang yang musafir. Mari sama-sama kita bincangkan
bagaimana cara hendak melakukan solat qasar dan jamak.

4.1

SOLAT QASAR

Pernahkah anda menjadi musafir atau mengembara dalam perjalanan yang jauh
dan menghadapi keadaan sukar untuk menunaikan solat dengan sempurna
rakaatnya? Syariat Islam adalah mudah, antaranya ialah anda boleh melakukan
solat dengan tidak menyempurnakan rakaatnya dengan mensyariatkan hukum
qasar solat.

TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK

W 61

Qasar dari segi bahasa bermaksud pendek lawan panjang. Dari segi istilah, qasar
bererti memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat. Menurut
al-Zuhaili (1997), qasar bermaksud meringkaskan solat empat rakaat kepada dua
rakaat.
Qasar dikhususkan kepada solat yang empat rakaat sahaja iaitu Zohor, Asar dan
Isyak. Manakala Maghrib dan Subuh tidak boleh diqasarkan.

4.1.1

Dalil Pensyariatan Solat Qasar

Solat qasar disyariatkan berdasarkan dalil daripada al-Quran dan hadis berikut:
(a)

Dalil al-Quran firman Allah maksudnya:

Apabila kamu bermusafir di muka bumi, maka kamu tidak berdosa


memendekkan solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir.
(al-Nisa, 4:101)
(b)

Hadis riwayat Yala bin Umayyah berkata:


Maksudnya:

Aku berkata kepada Umar bin al-Khatab bahawa Allah berfirman: Tidak
berdosa memendekkan solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir.
Bagaimana pula bila manusia berada dalam keamanan? Maka beliau
berkata: Persoalan yang kamu kemukakan itu juga menjadi pertanyaan
bagi aku, maka aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Baginda
menjawab: Itu merupakan sedekah yang dikurniakan oleh Allah kepada
kamu, maka terimalah sedekah-Nya.

62 X

TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK

AKTIVITI 4.1
1.

Sila buat lawatan ke mana-mana hospital yang mudah bagi anda


dan buat pemerhatian secara rawak. Adakah pesakit yang
menjamak solat mereka kerana proses rawatan mereka tidak
mengizinkan mereka mengambil wuduk setiap waktu?

2.

Sila buat tinjauan secara rawak sejauh mana penumpang bas


perjalanan jarak jauh mengqasar solat Zohor dan Asar atau solat
Maghrib dan Isyak.

4.1.2

Syarat-syarat Sah Solat Qasar

Berikut adalah syarat sah solat qasar iaitu:


(a)

Jarak perjalanan ialah dua marhalah bersamaan dengan 48 batu Baghdad


atau 88 kilometer. Manakala perbatuan di Malaysia menyamai 58 batu
bersamaan 92 kilometer.

(b)

Niat musafir
Syarat niat musafir ialah musafir perjalanan dua marhalah atau lebih.
Sekiranya niat musafir kurang daripada dua marhalah tidak boleh
mengqasarkan solat.

(c)

Musafir yang diharuskan


Musafir kerana perkara yang haram seperti musafir kerana merompak,
melakukan kezaliman tidak boleh mengqasarkan solat.

(d)

Boleh dimulakan solat qasar setelah keluar dari sempadan kawasan


perumahan tempat tinggal untuk meneruskan musafir. Ini bererti tidak
boleh mengqasarkan solat di rumah, walaupun sudah berniat musafir
kerana belum meneruskan perjalanan.

(e)

Orang musafir tidak boleh berimamkan orang mukim atau orang yang
solat tamam (sempurna) sekiranya dia hendak mengqasarkan solat.

TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK

W 63

SEMAK KENDIRI 4.1


1.

Beri ulasan anda tentang perbezaan definisi qasar dari sudut


bahasa dan istilah.

2.

Sewaktu anda musafir, bila dan di mana anda boleh memulakan


solat qasar?

3.

Bilakah solat qasar anda dikira sah dan tidak sah dan bilakah
solat qasar tidak sah dilakukan?

4.

Bolehkan orang bermukim berimamkan musafir dan sebaliknya


dan bagaimanakah kaedahnya?

4.1.3

Pelaksanaan Solat Qasar

Bilakah seorang boleh memulakan solat qasar? Mengikut jumhur fuqaha, solat
qasar boleh dimulakan setelah seseorang yang berniat musafir dua marhalah
telah keluar dari kawasan persempadanan tempat tinggalnya. Perjalanan sejauh
itu mengikut uruf dianggap telah musafir walaupun belum sampai
perjalanannya dua marhalah. Ini berdasarkan hadis riwayat Anas yang
maksudnya:

Aku solat Zohor bersama dengan Rasulullah di Madinah empat rakaat dan aku
solat Asar bersama Rasulullah s.a.w. di Dhi al-Hulaifah sebanyak dua rakaat.
Bila solat Qasar tidak sah dilakukan?
Orang musafir tidak sah melakukan solat qasar dalam keadaan berikut:
(a)

Niat bermukim
Mengikut mazhab Shafie, Maliki dan Hanbali, seandainya seseorang
musafir berniat untuk tinggal di sesuatu tempat selama empat hari atau
lebih, dia tidak boleh menunaikan solat qasar apabila sampai di tempat itu
kerana dia telah dikira sebagai orang mukim. Dia hanya boleh
mengqasarkan solat dalam perjalanan pergi dan balik sahaja. Bagi mazhab
Hanafi, seseorang musafir yang berniat untuk tinggal selama 15 hari atau
lebih, dia tidak boleh mengqasarkan solatnya kecuali dalam perjalanan
pergi dan balik tetapi sekiranya berniat untuk tinggal kurang dari tempoh
tersebut, dia boleh mengqasarkan solatnya.

64 X

(b)

TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK

Kembali ke tempat tinggal


Apabila seseorang musafir pulang dari perjalanan dan sampai ke kawasan
tempat tinggalnya, dia tidak sah mengqasarkan solat kerana tidak dikira
musafir lagi.
Musafir untuk menjalankan tugas atau urusan yang tidak diketahui
tempohnya dia hanya boleh mengqasarkan solat selama tujuh belas atau
lapan belas hari sahaja. Hari selebihnya tidak boleh mengqasarkan solat. Ini
adalah pendapat mazhab Syafie.

(c)

Orang bermukim berimamkan musafir


Fuqaha sependapat mengatakan orang bermukim boleh berimamkan
musafir yang mengqasarkan solatnya, tetapi orang bermukim hendaklah
menyempurnakan baki dua rakaat solatnya selepas imam musafir itu
memberi salam. Ini berdasarkan hadis Imran Bin Hussin yang
meriwayatkan:

    !"#  $%&


( )   

!  9 -8 #24 $25"# 678 * : '*
+,-. /0 123* / 2,"
Maksudnya:

Aku telah berperang bersama-sama Rasulullah s.a.w. dan saya juga


turut serta dalam peperangan al-Fath (fathu Makkah) Baginda tinggal di
Makkah selama lapan belas (18) malam. Baginda tidak menunaikan solat
kecuali dua rakaat dan bersabda: Wahai penduduk setempat (Makkah),
solatlah empat (rakaat) sesungguhnya kami orang musafir.

(d)

Musafir berimamkan orang bermukim


Fuqaha sepakat mengatakan orang musafir boleh berimamkan orang
bermukim dengan syarat dia mestilah melakukan solat tamam (penuh)
bukan mengqasar solatnya. Sekiranya dia mengqasar juga solatnya, maka
solatnya itu tidak sah. Hukum ini diasaskan kepada sebuah hadis yang
diriwayatkan Ibn Abbas sewaktu dia ditanya tentang orang musafir yang
solat sendirian dua rakaat (qasar) dan solat empat rakaat (tamam) apabila
dia berimamkan orang bermukim. Ibn Abbas menjawab yang maksudnya:

Kaedah itu adalah sunnah.

TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK

4.2

W 65

SOLAT JAMAK

Dapatkah anda membayangkan seorang pakar bedah yang terpaksa meneruskan


operasi pembedahan ke atas pesakit yang melewati dua waktu solat tanpa henti?
Bagaimana dia dapat melakukan solatnya? Syariat Islam tidak menyusahkan
seseorang dalam keadaan sebegini atau yang seumpamanya. Selain daripada
keadaan musafir, syariat Islam juga membenarkan solat dijamak atas sebabsebab tertentu.
Definisi Solat Jamak
Jamak dari segi bahasa bermaksud menggabungkan sesuatu dengan merapatkan
sebahagiannya dengan sebahagian yang lain. Menurut istilah syarak, solat jamak
ialah menghimpunkan atau menggabung dua solat dalam satu waktu  sama ada
solat Zohor dengan Asar atau solat Maghrib dengan Isyak. Ia boleh dilakukan
dalam waktu pertama (jamak taqdim) atau dilakukan pada waktu kedua (jamak
takkhir). Solat subuh tidak boleh dijamakkan.

AKTIVITI 4.2
1.

Sila buat tinjauan secara rawak sejauh mana penumpang bas


perjalanan jauh menjamak solat Zohor dan Asar atau solat
Maghrib dan Isyak.

2.

Sila rujuk kitab al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, tulisan Wahbah


al-Zuhaili. Nukilkan pandapat mazhab mengenai jarak boleh
mengqasar solat.

4.2.1 Dalil Pensyariatan Solat Jamak


Pensyariatan solat jamak adalah berdasarkan hadis-hadis berikut:
(a)

Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. menghimpunkan


antara solat Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak apabila Baginda
bermusafir.

66 X

TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK

12 <. #=0 3-"#


%>"# ?4 +, @* ( )   <. :  ;5 +# +
A-"#
BC"# +, @*
, %D
Maksudnya:

Rasulullah s.a.w. menjamak solat Zohor dengan Asar sewaktu dia dalam
perjalanan dan menjamakkan antara Maghrib dan Isyak.
(Riwayat al-Bukhari)

(b)

Muaz r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. semasa dalam peperangan


Tabuk, apabila Baginda bertolak sebelum matahari meninggi Baginda
menta'khirkan solat Zohor sehingga Baginda menghimpunkannya dalam
waktu Asar. Dengan kata lain, Baginda menunaikan kedua-duanya sekali.
Apabila Baginda bertolak sebelum Maghrib, Baginda menta'khirkan solat
Maghrib sehingga Baginda menunaikan solat Maghrib bersama dengan
solat Isyak. Apabila Baginda bertolak selepas Maghrib, Baginda
memcepatkan solat Isyak. Baginda solat Isyak bersama solat Maghrib.

<8 65 6HI# #=0 J5I 


1 <. ( )   <8 EF  1G =- +
$- 6HI# #=0
K -,L %,23* 3-"# 1"0 %-@* 1M %>"# ON 8 P"# !II
6@ BC"# 65 6HI# #=0 <.
K  Q -,L3-"#
%>"# 124 P"# R*S
BC"#  7?3 A-"#
Maksudnya:

Daripada Muaz (r.a.) bahawa Rasulullah s.a.w. sewaktu berada dalam


peperangan Tabuk, sekiranya Baginda berangkat sebelum naik matahari,
Baginda melewatkan solat Zohor dan menjamakkannya dengan Asar dan
menjamakkan kedua-duanya. Sekiranya Baginda bertolak selepas gelincir
matahari, Baginda solat jamak Zohor dan Asar, kemudian Baginda
meneruskan perjalanan. Sekiranya Baginda bertolak sebelum Maghrib,
Baginda mengawalkan solat Isyak dan menjamaknya dengan waktu
Maghrib.
(Riwayat Abu Daud)

TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK

4.2.2

W 67

Sebab-sebab Membolehkan Solat Jamak

Para fuqaha sependapat mengatakan bahawa solat jamak dibolehkan antara solat
Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak sama ada jamak taqdim atau jamak ta'khir.
Sebab-sebab yang membolehkan solat jamak antaranya ialah:
(a)

Jamak solat semasa di Arafah dan Muzdalifah


Mengikut mazhab Hanafi solat jamak hanya boleh dilakukan semasa di
Arafah iaitu solat jamak taqdim antara Zohor dan Asar dan di Muzdalifah
jamak ta'khir antara Maghrib dan Isyak. Begitu juga pandangan ketiga-tiga
mazhab. Bagi mazhab Hanafi, `illah yang membolehkan jamak solat di
Arafah dan di Muzdalifah ialah al-Nusuk (mengerjakan haji). Manakala
jumhur fuqaha yang terdiri daripada Maliki, Hanbali dan Syafie
berpendapat `illah jamak di Arafah dan Muzdalifah adalah kerana al-Safar
(musafir) bukan kerana al-Nusuk.

(b)

Jamak kerana hujan atau salji


Jamak solat kerana hujan diharuskan kerana Nabi menghimpunkan solat
Maghrib dan Isyak pada malam hujan. Mengikut mazhab Syafie, solat
jamak kerana hujan diharuskan antara Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak
jamak taqdim sahaja. Syaratnya ialah hujan turun semasa takbiratulihram
solat pertama hingga doa iftitah solat yang kedua. Solat dilakukan di
masjid, bukan di rumah.

(c)

Jamak kerana sakit


Fuqaha mazhab Hambali dan fuqaha Syafie yang terdiri daripada Abu
Sulaiman al-Khatabi, al-Qadi Husin dan al-Mutawali berpendapat harus
menghimpunkan solat, sama ada taqdim atau ta'khir kerana keuzuran
sakit. Mereka berpendapat kesukaran kerana sakit lebih kuat daripada
kesukaran kerana hujan. Bagi mazhab Hanbali, solat jamak juga dibolehkan
bagi mereka dalam keuzuran dan ketakutan seperti wanita istihadah.
Orang yang tidak lawas kencing atau dalam ketakutan menjaga harta diri
dan maruah juga dibolehkan.

(d)

Jamak kerana keperluan (hajat)


Mengikut fuqaha Maliki dan fuqaha Syafie seperti al-Qafal al-Syasyi
al-Kabir, Abi Ishaq al-Marwazi dan Ibn al-Munzir berpendapat harus jamak
solat bagi orang tidak musafir kerana keperluan yang terdesak bukan
dalam keadaan biasa. Ini berdasarkan hadis riwayat Ibn Abbas bahawa
Rasulullah s.a.w. menghimpunkan solat Zohor dan Asar, Maghrib dan
Isyak di Madinah bukan kerana takut dan hujan. Ditanyakan kepada Ibn
Abbas, kenapa Baginda berkeadaan demikian. Lalu Ibn Abbas menjawab,
Baginda menghendaki agar tidak menyusahkan umatnya. Contohnya ialah

68 X

TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK

harus solat jamak bagi doktor dan jururawat yang bertugas di bilik bedah
kerana tugasannya mungkin memakan masa yang lama.

4.2.3 Jamak Taqdim dan Pensyaratannya


Syarat solat jamak taqdim adalah seperti berikut:
(a)

Tertib antara kedua-dua solat yang dijamak. Maksudnya memulakan


dengan solat pemilik waktu kemudian diiringi dengan solat yang lain.

(b)

Niat menghimpunkan solat kedua dalam solat pertama, sebelum selesai


solat pertama. Bagaimanapun, sunat berniat menghimpun solat dalam
takbiratulihram.

(c)

Berturut-turut (muwalat) antara solat pertama dan kedua.

(d)

Berkekalan musafir hingga solat kedua.

4.2.4

Jamak Ta'khir dan Pensyaratannya

(a)

Hendaklah berniat menghimpunkan solat pertama dalam waktu solat


kedua semasa dalam waktu solat pertama lagi.

(b)

Berkekalan musafirnya sehingga selesai kedua-dua solat yang


dihimpunkan. Tertib antara solat yang dihimpun tidak disyaratkan dalam
jamak ta'khir. Malah, boleh dimulakan pada mana-mana solat yang
dikehendaki.

SEMAK KENDIRI 4.2


1.

Bilakah seseorang boleh menjamak solatnya?

2.

Apakah yang dimaksudkan menjamak solat kerana hajat dan


kerana berada di Arafah dan Muzdalifah?

3.

Apakah maksud jamak taqdim dan ta'khir? Apakah syaratsyaratnya?

TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK

4.3

W 69

SOLAT ORANG SAKIT

Solat lima waktu diwajibkan ke atas orang mukalaf dalam semua keadaan 
sihat, sakit, musafir, tidak musafir, mampu atau lemah, aman atau takut. Namun
dalam keadaan keuzuran sakit, Allah memberikan kemudahan (rukhsah)
melakukannya sekadar kemampuan. Keadaan ini diasas kepada hadis Imran bin
Husain yang meriwayatkan:

#$' VUI Q" <9 W 64 :' ?3"# + ( ) 15F"# T"U ,# 1 T.
XFL 12- VUI Q" <9
Maksudnya:

Aku sakit buasir, lalu aku bertanya Nabi SAW mengenai solat (solat orang
sakit). Baginda bersabda (berdiri) maka solatlah duduk, sekiranya engkau
tidak mampu (duduk) solatlah mengiring di atas lambung.
(Hadis riwayat al-Bukhari)

AKTIVITI 4.3
1.

Sila buat pemerhatian di sekurang-kurangnya dua hospital yang


mudah bagi anda. Bagaimanakah pesakit menunaikan solat lima
waktu?

2.

Sila buat carian dalam kitab Al-Fiqh al-Manhaji dan al-Fiqh


al-Islami Wa Adillatuhu dan nukilkan perbezaan pendapat
antara Mazhab Syafii dan mazhab lain mengenai solat orang
sakit.

4.3.1

Cara Solat Orang Sakit

Berikut adalah cara solat yang boleh dilakukan oleh orang sakit:
(a)

Solat keadaan duduk


Bagi pesakit yang tidak mampu berdiri hendaklah dia solat dalam keadaan
duduk. Dia melakukan rukuk dan sujud dengan isyarat kepala. Sujud lebih
rendah daripada rukuk bagi pesakit yang tidak mampu sujud di atas lantai.
Dua tangan diletakkan di atas dua lutut semasa rukuk dan diletakkan
kedua-duanya di atas lantai semasa sujud bagi yang mampu sujud di atas
lantai. Merukuk cara duduk adalah bebas mengikut kemampuan masing-

70 X

TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK

masing. Tiada cara duduk yang lebih baik antara satu sama lain. Cara solat
tersebut didasarkan kepada hadis dan athar berikut:
Nafi` meriwayatkan, Abdullah bin Umar menyatakan yang maksudnya:

Apabila orang sakit tidak mampu rukuk, isyaratlah dengan kepala.


Dalam hadis yang lain pula beliau berkata maksudnya: Isyaratlah (dengan

kepala) dan lakukanlah sujud lebih rendah daripada rukuk.


Manakala cara meletak tangan pula didasarkan kepada kenyataan Ata bin
Abi Rabah bahawa solat orang sakit dalam keadaan duduk, keadaan dua
tangannya diletak di atas lutut semasa rukuk dan diletak di atas lantai bagi
pesakit yang mampu sujud di atasnya.
(b)

Solat keadaan mengiring


Bagi pesakit yang tidak mampu solat berdiri dan duduk dia boleh
melakukan solat dengan cara berbaring di atas rusuk atau lambung
kanannya. Muka dan badannya pula menghadap ke arah kiblat. Caranya
sama seperti kedudukan mayat yang dikebumikan di dalam kubur. Rukuk,
sujud dan lain-lain rukuk dilakukan dengan isyarat kepala. Sujud lebih
rendah daripada rukuk. Ini berdasarkan hadis Imran bin Husain
meriwayatkan:

W 64 :' ?3"# + ( ) 15F"# T"U ,# 1 T.


XFL 12- VUI Q" <9 #$' VUI Q" <9
Maksudnya:

Aku sakit buasir, lalu aku bertanya Nabi SAW mengenai solat (solat
orang sakit) baginda bersabda: Solatlah berdiri, sekiranya engkau tidak
mampu (berdiri) solatlah duduk, sekiranya engkau tidak mampu
(duduk) solatlah mengiring di atas lambung.
(c)

Solat keadaan telentang


Bagi pesakit yang tidak mampu berdiri dan duduk, dia dibenarkan
melakukan solat dengan cara melentang iaitu berbaring di atas belakang
atau di atas kedua-dua rusuknya. Mukanya menghadap ke arah kiblat
dengan diletakkan sesuatu di bawah kepala yang boleh meninggikannya.
Begitu juga kedua-dua kakinya menghadap ke arah kiblat. Rukuk, sujud
dan rukuk yang lain boleh dilakukan dengan isyarat kepala. Ini didasarkan
kepada hadis riwayat Ibn Umar:

TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK

W 71

#$' VU* Q" <9 W Y*"# 123* : ( ) 15F"# <8
A*0 A* Z! 12- VU* Q" <9
Maksudnya:

Nabi SAW telah bersabda: Orang yang sakit hendaklah solat dengan
berdiri, sekiranya tidak mampu maka dia boleh duduk, sekiranya tidak
mampu, maka dia hendaklah melentang di atas belakang dia
mengguna isyarat kepalanya.
(Riwayat Dar Qutni)

(d)

Solat pesakit yang tidak mampu mengisyaratkan dengan kepala


Para fuquha tidak sependapat dalam menentukan hukum solat bagi
pesakit yang tidak mampu menggerakkan kepala sebagai isyarat untuk
perubahan rukun-rukun solat sebagaimana berikut:
x

Jumhur fuqaha dari mazhab Hanafi berpendapat pesakit yang


menghadapi suasana terlalu sukar untuk menggerakkan kepala telah
gugur kefarduan solat ke atasnya. Mereka berhujah dengan firman
Allah:

Allah tidak membebani


kesanggupannya.

seseorang

melainkan

sesuai

dengan

(al-Baqarah, 2:286)
x

Hadis Ibn Umar meriwayatkan:

#$' VU* Q" <9 W Y*"# 123* : ( ) 15F"# <8
1"-I [  VU* Q" <9 A*0 A* Z! 12- VU* Q" <9
EF \-"# 5' 1"
8
Maksudnya:

Nabi bersabda: Orang yang sakit hendaklah solat berdiri, sekiranya


tidak mampu maka dia boleh duduk, sekiranya dia tidak mampu
maka dia hendaklah solat melentang di atas belakang, dia
menggunakan isyarat kepalanya sekiranya dia tidak mampu juga
maka dia lebih wajar menerima keuzuran daripada-Nya (Allah).
(Riwayat Ibn Majah)

72 X

TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK

Sesetengah fuqaha mazhab Syafie dan al-Imam al-Ghazali berpendapat


pesakit tersebut wajib solat selagi dia berakal. Dia hendaklah
melaksanakan solat mengikut kemampuan iaitu dengan isyarat mata,
kalau tidak mampu dengan isyarat mata, sebutlah ayat al-Quran dan
zikir dengan lidah, kalau tidak mampu demikian sebutlah dengan hati.
Mereka berhujah dengan firman Allah:

Maksudnya:

Bertakwalah kepada Allah sekadar kemampuan kamu.


(al-Taghabun, 64:16)

SEMAK KENDIRI 4.3


1.

Apakah keadaan pesakit yang membolehkannya menunaikan


solat mengikut kadar yang termampu?

2.

Menurut hemat anda, dengan rukhsah yang diberikan ini


wajarkah pesakit di hospital meninggalkan solat mereka dan
apakah pandangan anda terhadap perkara ini?

Qasar dari segi bahasa bermaksud pendek lawan panjang. Dari segi istilah
pula, qasar bererti memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua
rakaat. Ia dikhususkan kepada solat yang empat rakaat sahaja iaitu Zohor,
Asar dan Isyak. Manakala, Maghrib dan Subuh tidak boleh diqasarkan.

Dalil bagi solat qasar ialah al-Quran dan hadis. Antaranya ialah Surah alNisa, 4: 101 dan hadis riwayat Yala bin Umayyah.

Terdapat lima syarat sah solat qasar iaitu jarak perjalanan ialah dua
marhalah, niat musafir, musafir yang diharuskan, dimulakan setelah keluar
dari sempadan kawasan tempat tinggal dan tidak boleh berimamkan orang
mukim atau orang yang solat sempurna jika seseorang hendak
mengqasarkan solatnya.

TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK

W 73

Mengikut jumhur fuqaha, solat qasar boleh dimulakan setelah seseorang


yang berniat musafir dua marhalah telah keluar dari kawasan
persempadanan tempat tinggalnya.

Jamak dari segi bahasa bermaksud menggabungkan sesuatu dengan


merapatkan sebahagiannya dengan sebahagian yang lain. Menurut istilah
syarak, solat jamak ialah menghimpunkan atau menggabung dua solat dalam
satu waktu  sama ada solat Zohor dengan Asar atau solat Maghrib dengan
Isyak. Ia boleh dilakukan dalam waktu pertama (jamak taqdim) atau
dilakukan pada waktu kedua (jamak ta'khir).

Dalil bagi solat jamak ialah hadis. Antaranya daripada Ibn Abbas (riwayat alBukhari) dan Muaz r.a. (riwayat Abu Daud).

Antara sebab yang membolehkan solat jamak ialah kerana hujan atau salji,
kerana sakit, kerana keperluan dan lain-lain lagi.

Terdapat perbezaan antara syarat solat jamak taqdim dengan syarat jamak
takkhir. Syarat solat jamak taqdim ada empat manakala syarat jamak ta'khir
ada dua.

Terdapat empat rukhsah bagi orang sakit bersolat. Orang sakit boleh
melakukan solat secara duduk, mengiring, telentang dan jika tidak mampu
tapi masih berakal, dengan isyarat mata.

Bermuastautin
Bermukim
Jamak
Jamak takkhir
Jamak taqdim

Marhalah
Musafir
Qasar
Rukhsah

74 X

TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK

Al-Nawawi. (t.t).
al-Ilmiyah.

Raudah

al-talibin

(Jld.

1).

Beirut:

Dar

al-Kutub

Al-Sayyid, Sabiq. (t.t). Fiqh al-sunnah (Jld. 1) Kaherah: Maktabah Dar al-Turath.
Al-Zuhaili.
(1997).
Dar al-Fikr.

al-fiqh

al-islami

al-Khin. (1987). al-fiqh


al-Syafii. Damsyik: Dar al-Qalam.

Mustafa,

wa

al-manhaji

adillatuhu.
ala

mazhab

Damsyik:

al-Imam

Anda mungkin juga menyukai