Anda di halaman 1dari 14

Topik X Solat Qasar

dan Jamak
4
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan konsep solat qasar dan jamak;
2. Menjelaskan hukum solat qasar dan jamak;
3. Mengamalkan solat qasar dan jamak dengan cara yang betul;
4. Menyebut syarat-syarat solat qasar; dan
5. Menyebut syarat-syarat solat jamak.

X PENGENALAN
Syariat Islam bukanlah suatu yang payah dilaksanakan, malah setiap insan
mampu melaksanakannya. Setiap kewajipan yang ditaklifkan tidaklah
memberatkan. Jika ada yang berat, ada pula cara lain untuk keringanan.
Contohnya solat. Jika ada kesusahan solat dalam perjalanan, maka Allah
turunkan hukum rukhsah untuk memudahkannya. Ini termasuklah hukum solat
qasar dan jamak bagi orang yang musafir. Mari sama-sama kita bincangkan
bagaimana cara hendak melakukan solat qasar dan jamak.

4.1 SOLAT QASAR


Pernahkah anda menjadi musafir atau mengembara dalam perjalanan yang jauh
dan menghadapi keadaan sukar untuk menunaikan solat dengan sempurna
rakaatnya? Syariat Islam yang mudah memudahkan anda melakukan solat
dengan tidak menyempurnakan rakaatnya dengan mensyariatkan hukum qasar
solat.

Qasar dari segi bahasa bermaksud pendek lawan panjang. Dari segi istilah, qasar
bererti memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat. Menurut Dr
TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK W 59

Wahbah Zuhaili, qasar bermaksud meringkaskan solat empat rakaat kepada dua
rakaat.

Qasar dikhususkan kepada solat yang empat rakaat sahaja iaitu zohor, asar dan
isyak. Manakala, maghrib dan subuh tidak boleh diqasarkan.

4.1.1 Dalil Pensyariatan Solat Qasar


Solat qasar disyariatkan berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan Hadis
berikut:

(a) Dalil al-Quran firman Allah:


Apabila kamu bermusafir di muka bumi, maka kamu tidak berdosa
memendekkan solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir.
(al-Nisa (4): 101)

(b) Hadis riwayat YaÊla bin Umayyah berkata:

Maksudnya:
Aku berkata kepada Umar bin al-Khatab bahawa Allah berfirman:
„Tidak berdosa memendekkan solat jika kamu takut diserang oleh
orang kafir.‰ Sesungguhnya manusia berada dalam keamanan? Maka
beliau berkata: Persoalan yang kamu kemukakan itu juga menjadi
pertanyaan bagi aku, maka aku bertanya kepada Rasulullah SAW.
Baginda menjawab: „Itu merupakan sedekah yang dikurniakan oleh
Allah kepada kamu, maka terimalah sedekah-Nya.‰
60 X TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK

AKTIVITI 4.1

1. Sila buat lawatan ke mana-mana hospital yang mudah bagi anda


dan buat pemerhatian secara rawak. Adakah pesakit yang
menjamak solat mereka kerana proses rawatan mereka tidak
mengizinkan mereka mengambil wuduk setiap waktu?
2. Sila buat tinjauan secara rawak sejauh mana penumpang bas
perjalanan jarak jauh mengqasar solat zohor dan asar atau solat
maghrib dan isyak.

4.1.2 Syarat-syarat Sah Solat Qasar


Syarat-syarat sah solat qasar adalah sebagaimana berikut:

(a) Jarak perjalanan ialah dua marhalah bersamaan dengan 48 batu Baghdad
atau 88 kilometer. Manakala perbatuan di Malaysia menyamai 58 batu
bersamaan 92 kilometer.

(b) Niat musafir


Syarat niat musafir ialah musafir perjalanan dua marhalah atau lebih
sekiranya niat musafir kurang daripada dua marhalah tidak boleh
mengqasarkan solat.

(c) Musafir yang diharuskan


Musafir kerana perkara yang haram seperti musafir kerana merompak,
melakukan kezaliman tidak boleh mengqasarkan solat.

(d) Boleh dimulakan solat qasar setelah keluar dari sempadan kawasan
perumahan tempat tinggal untuk meneruskan musafir. Ini bererti tidak
boleh mengqasarkan solat di rumah, walaupun sudah berniat musafir
kerana belum meneruskan perjalanan.

(e) Orang musafir tidak boleh berimamkan orang mukim atau orang yang
solat tamam (sempurna) sekiranya dia hendak mengqasarkan solat.
TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK W 61

SEMAK KENDIRI 4.1

1. Beri ulasan anda tentang perbezaan definisi qasar dari sudut


bahasa dan istilah.
2. Sewaktu anda musafir, bila dan di mana anda boleh memulakan
solat qasar?
3. Bilakah solat qasar anda dikira sah dan tidak sah dan bilakah
solat qasar tidak sah dilakukan?
4. Bolehkan orang bermukim berimamkan musafir dan sebaliknya
dan bagaimana kaedahnya?

4.1.3 Pelaksanaan Solat Qasar


Bilakah seorang boleh memulakan solat qasar? Mengikut jumhur fuqaha, solat
qasar boleh dimulakan setelah seseorang yang berniat musafir dua marhalah
telah keluar dari kawasan persempadanan tempat tinggalnya. Perjalanan sejauh
itu mengikut uruf dianggap telah musafir walaupun belum sampai
perjalanannya dua marhalah. Ini berdasarkan hadis riwayat Anas berkata:

„Aku solat zohor bersama dengan Rasulullah di Madinah empat rakaat dan aku
solat asar bersama Rasulullah SAW di Dhi al-Hulaifah sebanyak dua rakaat.‰

Bila solat Qasar tidak sah dilakukan?


Orang musafir tidak sah melakukan solat qasar dalam keadaan berikut:

(a) Niat bermukim. Mengikut mazhab ShafiÊi, Maliki dan Hanbali, seandainya
seseorang musafir berniat untuk tinggal di sesuatu tempat selama empat
hari atau lebih, dia tidak boleh menunaikan solat qasar apabila sampai di
tempat itu kerana dia telah dikira sebagai orang mukim. Dia hanya boleh
mengqasarkan solat dalam perjalanan pergi dan balik sahaja. Bagi mazhab
Hanafi, seseorang musafir yang berniat untuk tinggal selama 15 hari atau
lebih, dia tidak boleh mengqasarkan solatnya kecuali dalam perjalanan
pergi dan balik tetapi sekiranya berniat untuk tinggal kurang dari tempoh
tersebut, dia boleh mengqasarkan solatnya.

(b) Kembali ke kampung tempat tinggal.


62 X TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK

(c) Apabila seseorang musafir pulang dari perjalanan dan sampai ke kawasan
tempat tinggalnya, dia tidak sah mengqasarkan solat kerana tidak dikira
musafir lagi.

Musafir untuk menjalankan tugas atau urusan yang tidak diketahui


tempohnya dia hanya boleh mengqasarkan solat selama tujuh belas atau
lapan belas hari sahaja. Hari selebihnya tidak boleh mengqasarkan solat. Ini
adalah pendapat mazhab SyafiÊi.

(d) Orang bermukim berimamkan musafir


FuqahaÊ sependapat mengatakan orang bermukim boleh berimamkan
musafir yang mengqasarkan solatnya, tetapi orang bermukim hendaklah
menyempurnakan baki dua rakaat solatnya selepas imam musafir itu
memberi salam. Ini berdasarkan hadis Imran Bin Hussin yang
meriwayatkan:

    !"# 


$%& ()   

"  4 -5 26 $27# 895 * : '* +,!-. /0 123* / 2,#

Maksudnya:
„Aku telah berperang bersama-sama Rasulullah SAW dan saya juga
turut serta dalam peperangan al-Fath (fathu Makkah) Baginda tinggal di
Makkah selama lapan belas (18) malam. Baginda tidak menunaikan solat
kecuali dua rakaat dan bersabda: Wahai penduduk setempat (Makkah),
solatlah empat (rakaat) sesungguhnya kami orang musafir‰.

(e) Musafir berimamkan orang bermukim


FuqahaÊ sepakat mengatakan orang musafir boleh berimamkan orang
bermukim dengan syarat dia mestilah melakukan solat tamam (penuh)
bukan mengqasar solatnya. Sekiranya dia mengqasar juga solatnya, maka
solatnya itu tidak sah. Hukum ini diasaskan kepada sebuah hadis yang
diriwayatkan Ibn Abbas sewaktu dia ditanya tentang orang musafir yang
solat sendirian dua rakaat (qasar) dan solat empat rakaat (tamam) apabila
dia berimamkan orang bermukim. Ibn Abbas menjawab: Kaedah itu adalah
sunnah.
TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK W 63

4.2 SOLAT JAMAK


Dapatkah anda membayangkan seorang pakar bedah yang terpaksa meneruskan
operasi pembedahan ke atas pesakit yang melewati dua waktu solat tanpa henti?
Bagaimana dia dapat melakukan solat? Syariat Islam tidak menyusahkan
seseorang dalam keadaan sebegini atau yang seumpamanya. Selain daripada
keadaan musafir, Syariat Islam juga membenarkan solat dijamak atas sebab-
sebab tertentu.

Definisi Solat Jamak


Jamak dari segi bahasa bermaksud menggabungkan sesuatu dengan merapatkan
sebahagiannya dengan sebahagian yang lain. Menurut istilah syarak, solat jamak
ialah menghimpunkan atau menggabung dua solat dalam satu waktu  sama ada
solat zohor dengan asar atau solat maghrib dengan isyak. Ia boleh dilakukan
dalam waktu pertama (Jamak Taqdim) atau dilakukan pada waktu kedua (Jamak
Takkhir). Solat subuh tidak boleh dijamakkan.

AKTIVITI 4.2
1. Sila buat tinjauan secara rawak sejauh mana penumpang bas
perjalanan jauh menjamak solat zohor dan asar atau solat
maghrib dan isyak.
2. Sila rujuk kitab al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah
al-Zuhaili. Nukilkan pandapat mazhab mengenai jarak boleh
mengqasar solat.

4.2.1 Dalil Pensyariatan Solat Jamak


Pensyariatan solat jamak adalah berdasarkan hadis-hadis berikut:

(a) Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menghimpunkan antara


solat zohor dan asar, maghrib dan isyak apabila Baginda musafir. (Riwayat
al-Bukhari)
64 X TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK

12 <. =0 3-# %># ?6 +, @* ()   <. :  ;7 + +
A-# BC# +, @* , %D
Maksudnya:

„Rasulullah SAW menjamak solat zohor dengan asar sewaktu dia dalam
perjalanan dan menjamakkan antara maghrib dan isyak‰

(b) Muaz r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW semasa dalam peperangan
Tabuk, apabila Baginda bertolak sebelum matahari meninggi Baginda
mentakkhirkan solat zohor sehingga Baginda menghimpunkannya dalam
waktu asar Baginda menunaikan kedua-duanya sekali. Apabila Baginda
bertolak sebelum maghrib, Baginda mentakkhirkan solat maghrib sehingga
Baginda menunaikan solat maghrib bersama dengan solat isyak. Apabila
Baginda bertolak selepas maghrib, Baginda mencepatkan solat isyak.
Baginda solat isyak bersama solat maghrib.‰ (Riwayat Abu Daud)

<5 87 8HI =0 J7I  1 <. ()   <5 EF  1G =- +
$- 8HI =0 K -,L %,23* 3-# 1#0 %-@* 1!M %># NO5 P# "II
8@ BC# 87 8HI =0 <. K  Q -,L3-# %># 126 P# R*S
BC#  9?3 A-#

Maksudnya:
„Daripada Muaz (r.a) bahawa Rasulullah SAW sewaktu berada dalam
peperangan Tabuk, sekiranya Baginda berangkat sebelum naik matahari,
Baginda melewatkan solat zohor dan menjamakkannya dengan asar dan
menjamakkan kedua-duanya. Sekiranya Baginda bertolak selepas gelincir
matahari, Baginda solat jamak zohor dan asar, kemudian Baginda
meneruskan perjalanan. Sekiranya Baginda bertolak sebelum maghrib,
Baginda mengawalkan solat isyak dan menjamaknya dengan waktu
maghrib‰.
TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK W 65

4.2.2 Sebab-sebab Membolehkan Solat Jamak


Para fuqaha sependapat mengatakan bahawa solat jamak dibolehkan antara solat
zohor dan asar, maghrib dan isyak sama ada jamak taqdim atau jamak takkhir.
Sebab-sebab yang membolehkan solat jamak antaranya ialah:

(a) Jamak solat semasa di Arafah dan Muzdalifah


Mengikut mazhab Hanafi solat jamak hanya boleh dilakukan semasa di
Arafah iaitu solat jamak taqdim antara zohor dan asar dan di Muzdalifah
jamak takkhir antara maghrib dan isyak. Begitu juga pandangan ketiga-tiga
mazhab. Bagi mazhab Hanafi, `illah yang membolehkan jamak solat di
Arafah dan di Muzdalifah ialah al-Nusuk (mengerjakan haji). Manakala
jumhur fuqaha yang terdiri daripada Maliki, Hanbali dan SyafiÊi
berpendapat `illah jamak di Arafah dan Muzdalifah adalah kerana al-Safar
(musafir) bukan kerana al-Nusuk.

(b) Jamak kerana hujan atau salji


Jamak solat kerana hujan diharuskan kerana Nabi SAW menghimpunkan
solat maghrib dan isyak pada malam hujan. Mengikut mazhab SyafiÊi, solat
jamak kerana hujan diharuskan antara zohor dan asar, maghrib dan isyak
jamak taqdim sahaja. Syaratnya ialah hujan turun semasa takbiratulihram
solat pertama hingga doa iftitah solat yang kedua. Solat dilakukan di
masjid, bukan di rumah.

(c) Jamak kerana sakit


Fuqaha mazhab Hanbali dan fuqaha SyafiÊi yang terdiri daripada Abu
Sulaiman al-Khatabi, al-Qadi Husin dan al-Mutawali berpendapat harus
menghimpunkan solat, sama ada taqdim atau takkhir kerana keuzuran
sakit. Mereka berpendapat kesukaran kerana sakit lebih kuat daripada
kesukaran kerana hujan. Bagi mazhab Hanbali, solat jamak juga dibolehkan
bagi mereka dalam keuzuran dan ketakutan seperti wanita istihadah.
Orang yang tidak tos kencing atau dalam ketakutan menjaga harta diri dan
maruah.

(d) Jamak kerana keperluan (hajat)


Mengikut fuqaha Maliki dan fuqaha SyafiÊi seperti al-Qafal al-Syasyi al-
Kabir, Abi Ishaq al-Marwazi dan Ibn al-Munzir berpendapat harus jamak
solat bagi orang tidak musafir kerana keperluan yang terdesak bukan
dalam keadaan biasa. Ini berdasarkan hadis riwayat Ibn Abbas bahawa
Rasulullah SAW menghimpunkan solat zohor dan asar, maghrib dan isyak
di Madinah bukan kerana takut dan hujan. Dikatakan kepada Ibn Abbas,
apa Baginda hendak dengan keadaan demikian. Lalu Ibn Abbas menjawab,
Baginda menghendaki agar tidak menyusahkan umatnya. Contohnya ialah
66 X TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK

harus solat jamak bagi doktor dan jururawat yang bertugas di bilik bedah
kerana tugasannya mungkin memakan masa yang lama.

4.2.3 Jamak Taqdim dan Pensyaratannya


Syarat-syarat solat jamak taqdim adalah seperti berikut:

(a) Tertib antara kedua-dua solat yang dijamak. Maksudnya memulakan


dengan solat pemilik waktu kemudian diiringi dengan solat yang lain.

(b) Niat menghimpunkan solat kedua dalam solat pertama, sebelum selesai
solat pertama. Bagaimanapun, sunat berniat menghimpun solat dalam
takbiratulihram.

(c) Berturut-turut (muwalat) antara solat pertama dan kedua.

(d) Berkekalan musafir hingga solat kedua.

4.2.4 Jamak Takkhir dan Pensyaratannya


(a) Hendaklah berniat menghimpunkan solat pertama dalam waktu solat
kedua semasa dalam waktu solat pertama lagi.

(b) Berkekalan musafirnya sehingga selesai kedua-dua solat yang


dihimpunkan. Tertib di antara solat yang dihimpun tidak disyaratkan
dalam jamak takkhir. Malah, boleh dimulakan mana-mana solat yang
dikehendaki.

SEMAK KENDIRI 4.2

1. Bilakah seseorang boleh menjamak solatnya?


2. Apakah yang dimaksudkan menjamak solat kerana hajat dan
kerana berada di Arafah dan Muzdalifah?
3. Apakah maksud jamak taqdim dan takkhir? Apakah syarat-
syaratnya?
TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK W 67

4.3 SOLAT ORANG SAKIT


Solat lima waktu diwajibkan ke atas orang mukalaf dalam semua keadaan 
sihat, sakit, musafir, tidak musafir, mampu atau lemah, aman atau takut tetapi
dalam keadaan keuzuran sakit, Allah memberikan kemudahan (rukhsah)
melakukannya sekadar kemampuan. Keadaan ini diasas kepada hadis Imran bin
Husain meriwayatkan:

$' V!UI Q# <4 W 86 :' ?3# + () 17F# T#U , 1 T.
XFL 12- V!UI Q# <4
Maksudnya:
„Aku sakit buasir, lalu aku bertanya Nabi SAW mengenai solat (solat orang
sakit). Baginda bersabda (berdiri) maka solatlah duduk, sekira engkau tidak
mampu (duduk) solatlah mengiring di atas lambung.‰
(Hadis riwayat al-Bukhari)

AKTIVITI 4.3

1. Sila buat pemerhatian di sekurang-kurangnya dua hospital yang


mudah bagi anda. Bagaimanakah pesakit menunaikan solat lima
waktu?
2. Sila buat carian dalam kitab Al-Fiqh al-Manhaji dan al-Fiqh
al-Islami Wa Adillatuhu dan nukilkan perbezaan pendapat di
antara Mazhab Syafie dan mazhab lain mengenai solat orang
sakit.

4.3.1 Cara-cara solat orang sakit


Berikut adalah cara-cara solat yang boleh dilakukan oleh orang sakit:

(a) Solat keadaan duduk


Pesakit yang tidak mampu berdiri hendaklah dia solat dalam keadaan
duduk. Dia melakukan rukuk dan sujud dengan isyarat kepala. Sujud lebih
rendah daripada rukuk bagi pesakit yang tidak mampu sujud di atas lantai.
Dua tangan diletakkan di atas dua lutut semasa rukuk dan diletakkan
kedua-duanya di atas lantai semasa sujud bagi yang mampu sujud di atas
lantai. Merukuk cara duduk adalah bebas mengikut kemampuan masing-
68 X TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK

masing. Tiada cara duduk yang lebih baik antara satu sama lain. Cara solat
tersebut didasarkan kepada hadis dan athar berikut:

Nafi` meriwayatkan, Abdullah bin Umar menyatakan:


„Apabila orang sakit tidak mampu rukuk, isyaratlah dengan kepala‰.
Dalam hadis yang lain pula beliau berkata: „Isyaratlah (dengan kepala) dan
lakukanlah sujud lebih rendah daripada rukuk‰.

Manakala cara meletak tangan pula didasarkan kepada kenyataan AtaÊ bin
Abi Rabah bahawa solat orang sakit dalam keadaan duduk, keadaan dua
tangannya diletak di atas lutut semasa rukuk dan diletak di atas lantai bagi
pesakit yang mampu sujud di atasnya.

(b) Solat keadaan mengiring


Pesakit yang tidak mampu solat berdiri dan duduk dia boleh melakukan
solat dengan cara berbaring di atas rusuk atau lambung kanannya. Muka
dan badan mengadap ke arah kiblat. Caranya sama seperti kedudukan
mayat yang dikebumikan di dalam kubur. Rukuk, sujud dan lain-lain
rukuk dilakukan dengan isyarat kepala. Sujud lebih rendah daripada
rukuk. Ini berdasarkan hadis Imran bin Husain meriwayatkan:

W 86 :' ?3# + () 17F# T#U , 1 T.

XFL 12- V!UI Q# <4 $' V!UI Q# <4


Maksudnya:
„Aku sakit buasir, laku aku bertanya Nabi SAW mengenai solat (solat
orang sakit) baginda bersabda: „Solatlah berdiri sekiranya engkau tidak
mampu (berdiri) solatlah duduk sekiranya engkau tidak mampu
(duduk) solatlah mengiring di atas lambung.‰

(c) Solat keadaan telentang


Pesakit yang tidak mampu berdiri dan duduk, dibenarkan melakukan solat
dengan cara melentang iaitu berbaring di atas belakang atau di atas kedua-
dua rusuknya. Mukanya mengadap ke arah kiblat dengan diletakkan
sesuatu di bawah kepala yang boleh meninggikannya. Begitu juga kedua-
dua kakinya mengadap ke arah kiblat. Rukuk, sujud dan rukuk yang lain
boleh dilakukan dengan isyarat kepala. Ini didasarkan kepada hadis
riwayat Ibn Umar:
TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK W 69

$' V!U* Q# <4 W Y*# 123* : () 17F# <5
A*0 A * Z" 12- V!U* Q# <4
Maksudnya:
„Nabi SAW telah bersabda: „Orang yang sakit hendaklah solat dengan
berdiri, sekiranya tidak mampu maka dia boleh duduk, sekiranya tidak
mampu, maka dia hendaklah melentang di atas belakang dia
mengguna isyarat kepalanya.‰
(Riwayat Dar Qutni)

(d) Solat pesakit yang tidak mampu mengisyaratkan dengan kepala


Para fuquhaÊ tidak sependapat dalam menentukan hukum solat bagi
pesakit yang tidak mampu menggerakkan kepala sebagai isyarat untuk
perubahan rukun-rukun solat sebagaimana berikut:

Jumhur fuqahaÊ dari mazhab Hanafi berpendapat pesakit yang


menghadapi suasana terlalu sukar untuk menggerakkan kepala telah gugur
kefarduan solat ke atasnya. Mereka berhujah dengan firman Allah:

„Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan


kesanggupannya‰
(al-Baqarah (2): 286)

Begitu juga hadis Ibn Umar meriwayatkan:

$' V!U* Q# <4 W Y*# 123* : () 17F# <5
1#-I   V!U* Q# <4 A*0 A * Z" 12- V!U* Q# <4
EF [-# 7' 1# 5
Maksudnya:
„Nabi SAW bersabda: „Orang yang sakit hendaklah solat berdiri,
sekiranya tidak mampu maka dia boleh duduk, sekiranya dia tidak
mampu maka dia hendaklah solat melentang di atas belakang, dia
menggunakan isyarat kepalanya sekiranya dia tidak mampu juga maka
dia lebih wajar menerima keuzuran daripada-Nya (Allah).‰
(Riwayat Ibn Majah)
70 X TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK

Sesetengah fuqaha mazhab SyafiÊi dan al-Imam al-Ghazali berpendapat


pesakit tersebut wajib solat selagi dia berakal. Dia hendaklah melaksanakan
solat mengikut kemampuan iaitu dengan isyarat mata, kalau tidak mampu
dengan isyarat mata, sebutlah ayat al-Quran dan zikir dengan lidah, kalau
tidak mampu demikian sebutlah dengan hati. Mereka berhujah dengan
firman Allah:

„Bertakwalah kepada Allah sekadar kemampuan kamu.‰


(al-Taghabun (64): 16)

SEMAK KENDIRI 4.3

1. Apakah keadaan pesakit yang membolehkannya menunaikan


solat mengikut kadar yang termampu?
2. Menurut hemat anda, dengan rukhsah yang diberikan ini
wajarkah pesakit di hospital meninggalkan solat mereka dan apa
penilaian anda terhadap amalan mereka?

 Islam telah memberikan kemudahan kepada mukallaf menunaikan solat


dalam berbagai keadaan dengan mensyariatkan solat qasar dan jamak.
 Dengan adanya solat Qasar dan Jamak tiada alasan bagi mukallaf
meninggalkan solat.
 Dalam melakukan solat jamak dan qasar, segala pensyaratannya mestilah
dipatuhi.
 Qasar dan jamak solat membuktikan Syariat Islam itu mudah.
TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK W 71

Bermukim Jamak Taqdim


Bermustautin Marhalah
Jamak Musafir
Jamak Takhir Qasar

Mustafa, al-Khin. (1987). al-Fiqh al-Manhaj ala mazhab al-Imam al-SyafiÊi.


Damsyiq: Dar al-Qalam.

Al-Nawawi. (t.t). Raudah al-TaÊlibin (Jld. 1). Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah.

Al-Sayyid, Sabiq. (t.t). Fiqh al-Sunnah (Jld. 1) Kaherah: Maktabah Dar al-Turath.

Anda mungkin juga menyukai