Anda di halaman 1dari 8

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

AL-FIQH AL-ISLAMI I HIS 3063


TAJUK TUGASAN

PERBINCANGAN SOALAN KUIZ 1, 2 & 3

KUMPULAN UPSI 09 DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON

AFANDI BIN IBRAHIM

D20102046884

019-9327731

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR ZANARIAH BINTI NOOR 1

TARIKH SERAH: 09.5.2012

KUIZ BAGAHAGIAN 1 SOLAT QASAR DAN SOLAT JAMAK . Agama Islam terdiri daripada lima perkara, salah satu adalah mendirikan solat lima waktu. Kerana solat merupakan tiang agama. Sekiranya seorang itu meninggalkan solat, dia akan menumbangkan agamanya dan sebalikya jika dia melaksanakan solat dengan khusuk maka dia adalah penegak agama. Kerana seorang muslim itu tidak boleh meninggalkan solat. Hukum Qashar Shalat Qasar dalam solat hukumnya jaiz (boleh) berdasarkan Al-Quran, sunnah dan Ijma. Dalil Al-Quran: Dan apabila kamu bepergian di muka bumi, Maka tidaklah mengapa kamu menqashar shalat(mu), jika kamu takut diserang orang-orang kafir. Qs.4:101. Dari ayat di atas difahamkan bahwa qasar itu hukumnya boleh, baik dalam keadaan takut ataupun dalam keadaan aman. Walaupun tidak menyebutnya dalam keadaan aman, dapat difahami melalui keadaan aman , kerana kebanyakan perjalanan (safar) Nabi Muhammad s.a.w. berlaku dalam keadaan yang selamat. Sebagaimana hadits berikut ini yang diriwayatkan oleh Yala bin Umayyah.

: : :
Berkata Yala bin Umayyah kepada Umar bin Khattab: Mengapa kita (masih) dibolehkan melakukan qasar padahal kita sudah aman ? maka ia berkata: saya bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. kemudian beliau bersabda: merupakan perbuatan sedekah yang Allah berikan kepada kamu maka terimah sedekah-Nya. Dalil Sunnah: Terdaapat banyak hadits mutawatir yang mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W. melakukan qasar dalam perjalanannya menunaikan ibadat haji, umrah, atau berperang. Diantaranya:

: .
Berkata Ibnu Umar: Semasa saya menemani Rasulullah S.A.W. sesungguhnya beliau tidak pernah melakukan solat ketika dalam perjalanantidak lebih dari dua rakaat. Bergitu juga dengan Abu Bakar, Umar dan Utsman.

Qasar adalah memendekkan bilangan rakaat solat dari empat rakaat menjadi dua rakaat.

: .
2

Dari Aisyah r.a : Diwajibkan (mula-mula) solat dua rakaat kecuali maghrib karena witirnya siang, kemudian ditambah pada waktu menetap dan ditetapkan pada waktu safar sebgaimana sebelumnya. Sebagaimana dinyatakan oleh As-Sayyid Sabiq bahawa Ibnu al-Qayyim mengatakan: Jikalau Rasul S.A.W. bermusafir beliau selalu mengqasarkan solat yang empat rakaat dan mengerjakannya dua rakaat sehingga baginda kembali ke Madinah. Jawapan Soalan 1 Abu tidak boleh melakukan solat qasar dan jamak setelah beliau sampai ke rumah daripada pulang bermusafir, kerana mereka yang dapat menunaikan sembahyang jamak dan qasar ialah semasa dalam perjalanan dan belum tiba di rumah. Sebuah hadis yang telah diriwayat oleh Ahmad dari Ibn Abbas ra, bahawa :

. , : . : ""
"Mengapa orang yang bermusafir solat dua rakaat apabila bersendirian, dan empat rakaat apabila berimamkan mereka yang bermukim? Maka beliau berkata : 'Itu adalah sunnah', iaitu sunnah Rasulullah saw" -[Hadith dikelaskan sebagai sahih oleh al-Albani didalam Irwa' alGhaleel #571] Jawapan Soalan 2 Semasa Ali bersiap-siap untuk memulakan perjalanan (musafir), beliau mendengar azan zuhur. Ali tidak boleh melakukan solat secara mengqasarkan sembahyang zuhur dan asar di rumahnya, kecuali beliau bertolak dan menunaikan solat tersebut semasa dalam perjalanan (musafir). Ayat Pertama:


Dan dirikanlah solat pada kedua tepi siang dan pada bahagian permulaan malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat (QS. Huud: 114) Menurut para mufassriin, di ayat ini disebutkan waktu solat, yaitu kedua tepi siang, yaitu solat shubuh dan ashar. Dan pada bahagian permulaan malam, yaitu Maghrib dan Isya`. Ayat kedua


Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan Qur`anal fajri. Sesungguhnya Qur`anal fajri itu disaksikan (QS. Al-Isra`: 78) Firman Allah Taala yang bermaksud: Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir
3

( An-Nisa101)

: .
Dari Aisyah r.a : Diwajibkan (mula-mula) solat dua rakaat kecuali maghrib karena witirnya siang, kemudian ditambah pada waktu menetap dan ditetapkan pada waktu safar sebgaimana sebelumnya. Sebagaimana dinyatakan oleh As-Sayyid Sabiq bahawa Ibnu al-Qayyim mengatakan: Jikalau Rasul S.A.W. bermusafir beliau selalu mengqasarkan solat yang empat rakaat dan mengerjakannya dua rakaat sehingga baginda kembali ke Madinah. Sabda Rasulullah yang bererti: Solatlah kamu sebagaimana melihat aku mengerjakan solat KUIZ BAHAGIAN 2 PEMBICARAAN MAKMUM MASBUQ Sebagaimana yang kita mengetahui bahawa orang masbuq ialah makmum yang tidak sempat berjamaah semasa dalam qiam bersama imam, tetapi sekadar membolehkan dia membaca fatihah hingga tamat mengikut pembacaan yang sederhana bersama makmum yang lain. Contohnya seorang makmum masuk solat berjamaah lewat iaitu ketika imam membaca surah al kafirun hampir tamat pada rakaat pertama, makmum itu dinamakan orang masbuq kerana masa qiam imamnya itu tidak sempat dan tidak membolehkan dia membaca fatihah hingga selesai. Tetapi sekiranya seorang makmum masuk berjamaah solat isya ketika imamnya hendak memulakan bacaan surah ad Dhuha selepas fatihah, mamum itu dinamakan muafiq kerana masa berdiri imamnya dia sempat membaca surah fatihah mengikut pembacaan uruf orang ramai. Mamum yang masbuq hukumnya dimaafkan meninggalkan bacaan fatihah, kerana fatihah yang belum dibaca atau sempat dibaca sebahagian sahaja oleh mamum itu dikira semuanya ditanggung oleh imamnya. Syarat-syarat masbuq seperti berikut: imam suci dari hadas dan najis rakaat yang mamum masbuq ikut itu bukan rakaat yang lebih, contohnya rakaat yang kelima. 3. mamum masbuq sempat rukuk dan mempunyai tamakninah sebelum imamnya bangkit daripada rukuk.
1. 2.

Jawapan Soalan 3 Apabila imam membaca tashud akhir, tetapi makmum pada masa itu sedang membaca tashud awal. Setelah imam member salam maka diharuskan makmum membaca tashud awal sehingga tamat dan meneruskan sembahyangnya sehingga selesai solat. MASALAH DAGING AQIQAH DAN QURBAN Aqiqah menurut sebuah hadis :
4


Ertinya : " Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerana itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan) ( Riwayat AlBukhari)

."
Ertinya : "Setiap anak perlu dipajakkan (terhutang) dengan aqiqah, disembelih untuknya pada hari ketujuh umurnya, dan diberi nama dan dicukur rambut kepalanya" ( Riwayat Ashabus Sunan ) Aqiqah dari sudut bahasanya adalah 'tolakan', iaitu tolakan dari gangguan dan godaan Syaitan. Aqiqah juga adalah sebagai tanda kesyukuran kepada anugerah cahaya mata yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. Justeru itu lebih baik dikongsi bersama umat Islam. Perkara ini sebagai satu peringatan kepada masyarakat Islam yang lain untuk melakukan aqiqah juga bagi anak-anak mereka (jika belum). Kebanyakkan ulama menggalakkan daging dari hasil sembelihan itu dimasak terlebih dahulu sebelum di edarkan kepada faqir miskin, jiran tetangga walaupun mereka kaya. Daging aqiqah dan korban haram diberi kepada bukan Islam kerana korban dan aqiqah merupakan amal ibadah kepada Allah. Ia bertujuan untuk bertaqarrub kepada Allah. Perkara ini ada disebut dalam Fatwa Syeikh Ahmad al Fatthani. Jawapan Soalan 4 Daging Aqiqah dan daging Qurban boleh dimasak untuk majlis kenduri kahwin sebagai kesyukuran sahaja. Sebaik-baiknya kita perlu menyediakan masakan daging selain dari daging Aqiqah dan Quran, seandainya terdapat para jumputan yang bukan Islam hadir dalam majlis tersebut dan memakan masakan daging Aqiqah atau Qurban. Firman Allah Taala:

....
Maksudnya : Dan bagi setiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (qurban), agar mereka menyebut nama Allah atas rezeki yang dikaruniakan Allah kepada mereka berupa haiwan ternakan. (Q.S. Al-Hajj / 22 : 34)

: .

Artinya : Rasulullah SAW. telah bersabda, Anak yang beru lahir itu tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih baginya pada hari ketujuh, dicukur rambutnya, dan diberi nama. (H.R. AtTirmidzi dari Samurah 1442) Hadist diatas menyatakan bahwa aqiqah adalah suatu bentuk syukuran. Syukuran untuk menyambut kelahiran anak yang dianggap merupakan karunia Allah S.W.T. Disebutkan bahawa saat awal kelahirannya, tiap-tiap anak itu tergadai. Dan untuk menebus status anak
5

tersebut di sisi Allha, tiap orang tua melaksanakan aqiqah pada hari ketujuh kelahiran si anak. Dan pada hari itu pula si anak diberi nama.

: ...
Artinya : Dari Aisyah, beliau berkata, Rasulullah S.A.W. menyuruh kita agar menyembelih aqiqah untuk seorang anak laki-laki dua ekor kambing dan untuk anak perempuan satu ekor kambing. (H.R. Ibnu Majah 3154)

KUIZ BAHAGIAN 3 Patang larang semasa umrah Larangan semasa Ihram secara umumnya bolehlah dibahagikan kepada lima kategori:

Pakaian Wangian Kecantikan Alam sekitar Hubungan kelamin

Hubungan Kelamin (jimak) 1. Melakukan mukaddimah kepada persetubuhan Setiap jemaah (lelaki dan wanita) Haji atau Umrah yang dalam Ihram adalah dilarang untuk melakukan mukaddimah (Permulaan/Pendahuluan) kepada persetubuhan sama ada dalam bentuk perkataan, perbuataan, layanan isyarat tubuh atau sebagainya. Namun demikian, adalah tidak dikenakan Dam bagi mereka yang dalam Ihram yang keluar air Mani akibat melihat wanita dan dilamun khayal seks. 2. Melakukan persetubuhan Perbuatan persetubuhan (seks) adalah suatu yang dilarang keras dan mampu untuk merosakkan ibadah Haji seseorang khususnya ketika jemaah itu ternyata dalam keadaan berIhram sebelumTahallul Awwal. Keadaan larangan ini adalah berada pada kedudukan di mana: Sengaja bersama (dengan rela hati) melakukan persetubuhan (seks) tanpa dipaksa Tahu hukum melakukan seks ketika berIhram adalah Haram Sudah Mumaiyiz (tahu membezakan perbuatan baik dan buruk yakni bermula sekitar umur 7 atau 9 tahun dan keatas)

Suami dan isteri adalah dibolehkan untuk bersetubuh selepas (kedua-dua jenis Tahallul Awwal dan Tahallul Thani) telah dilangsaikan dengan sempurna.Namun lebih afdhal(lebih baik
6

dan digalakkan) untuk menangguh perbuatan tersebut sehingga selesai segala rukun dan aktiviti Haji dilaksanakan. 3. Larangan berkahwin, mengahwinkan atau menerima wakil kahwin Semua perbuatan berkahwin, mengahwinkan atau menerima wakil kahwin adalah dilarang sama sekali ketika jemaah itu dalam keadaan BerIhram. Bahkan, aktiviti pra-perkahwinan dan pasca perkahwinan seperti merisik, meminang dan bernikah adalah tidak sah. Akad nikah juga dikira Haram. Namun, orang yang terlibat tidak dikenakan Dam.

Jawapan Soalan 5 Sesungguhnya bagi setiap umat Islam yang sedang menunaikan umrah atau haji, dilarang keras melakukan perkara-perkara larangan di atas. Sekiranya melakukan perbuatan terlarang seperti melakukan jimak, maka mereka akan dikenakan denda atau Dam dan berpuasa bagi membersihkan diri daripada perbuatan dosa yang mereka telah lakukan (melakukan jimak semasa dalam ihram umrah). Jadi jangan kita mendekati perkara-perkara yang telah murkai Allah Taala sama ada semasa dalam ihram dan sebaliknya.

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah: Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar ( Surah Al-Baqarah ayat :111) contohnya hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud: Sesiapa yang menunaikan ibadat haji, lalu dia tidak melakukan jimak (ketika dalam ihram) dan tidak melakukan perbuatan fasik, maka dia sudah kembali bebas daripada dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan oleh ibunya. Dalam hadis yang lain Nabi SAW sudah ditanya tentang perkara yang paling utama ganjarannya di sisi Allah SWT, lalu Nabi menjawab ia adalah keimanan kepada Allah dan rasul-Nya. Kemudian ditanyakan lagi lalu Nabi menjawab perkara yang paling utama adalah haji yang mabrur. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim )

Rujukan: 1.Rukun Islam Secara logic, Hamieza Abdullah Dr. Mohd. Puzhi Usop Muhammad Rizwan ms/123 dan 138. 2.Fiqhiyyat Fiqah Amali ms/ 222
7

Dr.Aidh AL-Qarni 3.Panduan Solat jamak & Qasar H. Syahrin Bin Jasah

Anda mungkin juga menyukai