Anda di halaman 1dari 8

KHUTBAH JUMAAT

‘KASIH SAYANG FITRAH INSAN’


(16 Februari 2018M/ 30 Jamadilawal 1439H)
____________________________________________________________________________________________________________

ْ :ْ‫اَلْـ َح ْم ُْدْلِـ ّٰلِّْوْالْ َقائِ ِْل‬



      
    
 
     
 
     
 
  
   
 
       
     
   
 

  
 
      
  
  
    
 
   
   
   
 
 
   
  
  
  
  
    
 

 
 
 
 
     
   
   
 
         
  
    
  
  
       

َْ ْ‫أَ ْش َه ُْد ْأَ ْن َْْل ْإلَـّْٰوَ ْإَِْل ْالـ ّٰلّْوُ ْ َو ْح َدْهُ َْْل ْ َش ِري‬
ُْ‫ ْ َوأَ ْش َه ُْد ْأَ َْن ْ َسيِّ َدنَا ْ ُْمـ َح َم ًدا ْ َعْب ُدْه‬،ُ‫ك ْلَو‬
ْ.‫ص ْحبِِْو ْ َو َسلِّ ْْم ْتَ ْسلِْي ًماْْ َكثِْيـًرا‬
ََ ‫و‬ ْ ِِ‫ ْاَلـ ّٰلّه َْم ْص ِّْل ْعلَى ْسيِّ ِدنَا ْ ْمـح َم ٍْد ْوعلَى ْآل‬.‫ورسولُْو‬
ْ
‫و‬ َ َ َ ُ َ َ َ ُ ُ ْ ُ ََ
ْ .‫ْ َوَْلََْتُْوتُ َْنْإَِْلْ َوأَنْـتُ ْْمْ ُم ْسلِ ُم ْو َن‬،‫ادْالـ ّٰلِّْوْاتَـ ُق ْواْالـ ّٰلّْوَْ َح َْقْتُـ َقاتِِو‬
َْ َ‫ْفَـيَاْ ِعب‬،‫أََماْبَـ ْع ُد‬

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Marilah kita bersama-sama mempertingkatkan keimanan dan
ketaqwaan kepada Allah subhanahu wa ta’ala dengan
melaksanakan segala suruhan dan menjauhi segala laranganNya.
Khutbah pada hari ini akan membicarakan tajuk “Kasih Sayang
Fitrah Insan”.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Sesuai dengan kedudukan sebagai agama fitrah, Islam mengakui
adanya prinsip-prinsip kemanusiaan yang memelihara diri manusia.
Antara fitrah yang paling menguasai keperluan manusia adalah
memiliki perasaan, keinginan, hasrat dan harapan untuk dicintai
dan disayangi. Islam tidak menafikan keperluan manusia dalam

1
berkasih sayang, namun kasih sayang yang terbit dalam hati insan
hendaklah berpaksikan kepada petunjuk dan ajaran agama yang
membawa kebahagiaan dan bukan kepada kelalaian dan kealpaan.
Malah lebih membahayakankan apabila ia mengundang kemurkaan
Allah subhanahu wa ta’ala.

Justeru, manusia sama sekali tidak boleh merosakkan fitrah yang


telah dilengkapkan oleh Allah subhanahu wa ta’ala ini. Firman Allah
subhanahu wa ta’ala di dalam surah ar-Rum ayat 30 :

                

        


Maksudnya: “Maka hadapkanlah dirimu ke arah agama yang jauh
dari kesesatan; Fitrah Allah yang menciptakan manusia untuk
menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan
Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia
tidak mengetahui..”

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Ibnu Katsir rahimahullah ketika mentafsirkan fitrah, menyatakan
bahawa fitrah adalah mengakui keesaan Allah subhanahu wa ta’ala
atau keimanan. Sememangnya, sejak lahir lagi kita telah membawa
keimanan dan berusaha untuk terus mengukuhkan keimanan
tersebut. Dalam konteks ini, cinta dan kasih sayang termasuk
dalam keimanan yang merupakan nikmat yang paling berharga
kurniaan Allah subhanahu wa ta’ala kepada manusia. Ia wajib
disyukuri dan diurus mengikut panduan dan kehendak Islam.
2
Satu teladan yang boleh kita ambil ialah kisah Nabi Yusuf alaihis
salam dalam mempertahankan kesucian akidahnya dengan
ketinggian rasa cintanya kepada Allah. Firman Allah subhanahu wa
ta’ala di dalam Surah Yusuf ayat 33:

              

   


Maksudnya: “Yusuf berkata: Wahai Tuhanku! Aku lebih suka
kepada penjara dari apa yang wanita-wanita itu ajak aku
kepadanya. Dan jika Engkau tidak jauhkan daripadaku tipu daya
mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku
menjadi dari orang yang jahil.”

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Sememangnya, tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih
sayang adalah baik, tetapi bukan untuk masa seminit, sehari dan
setahun. Kita harus menyedari bahawa Islam diturunkan kepada
umat manusia agar berkasih sayang dan menjalinkan
persaudaraan yang hakiki di bawah naungan rahmat Allah
subhanahu wa ta’ala yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
setiap masa.

Oleh itu, membina kasih sayang yang tidak berlandaskan akidah,


syariah dan akhlak Islam adalah bertentangan dengan sunnatullah.
Firman Allah subhanahu wa ta’ala di dalam surah al-An’am ayat
116 :

3
                

  


Maksudnya: “Dan jika engkau menurut kebanyakan orang di muka
bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah;
tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan
mereka tidak lain hanyalah berdusta..”

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Bagi memastikan rasa kasih sayang menghasilkan kesan yang
mendalam maka Islam telah menggariskan beberapa panduan
kepada umatnya agar tidak tersasar daripada landasan sebenar.

Yang pertama, keutamaan dan puncak tertinggi kasih sayang yang


perlu ditumpahkan hanyalah kepada Allah subhanahu wa ta’ala.
Kesempurnaan iman ialah ketika mana seseorang itu mampu
memberikan cintanya kepada Allah subhanahu wa ta’ala dan
Rasul-Nya sallallahu alaihi wasallam melebihi yang lain. Untuk tiba
ke tahap ini, kita hendaklah benar-benar beriman kepada Allah
subhanahu wa ta’ala dan Rasul-Nya sallallahu alaihi wasallam.
Keimanan yang mampu menggerakkan kesedaran baru melalui
tindakan, sikap, dan tingkahlaku yang mendatangkan keredhaan
Allah subhanahu wa ta’ala.

Yang kedua, mencintai Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Cinta


kepada Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam adalah satu
kewajiban bagi umat Islam. Cinta ini adalah lanjutan daripada
keimanan kepada Allah subhanahu wa ta’ala. Namun hakikat cinta
4
ini perlu direalisasikan dalam kehidupan seharian umat Islam agar
ia terus menjadi jambatan bagi iman. Bertitik tolak dari sini, maka
akan terikatlah cinta yang membawa silaturahim dan saling kenal
mengenal sesama manusia. Imam Al Bukhari rahimahullah
meriwayatkan daripada Anas bin Malik radhiallahu anhu bahawa
Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Daripada Anas bin Malik radhiallahu anhu bahawa


Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Tidak beriman
seseorang kamu sehinggalah aku lebih dikasihi berbanding
anaknya, bapanya dan manusia seluruhnya”.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Islam adalah agama yang penuh dengan kasih sayang.
Mewujudkan kasih sayang pada diri sendiri, serta memberikan
kasih sayang kepada orang lain dan apa yang berada di sekeliling
kita adalah merupakan satu ibadah. Sebagai mengakhiri khutbah
pada hari ini, mimbar ingin mengajak sidang Jumaat sekalian untuk
menghayati intipati khutbah yang disampaikan sebagai pedoman di
dalam kehidupan kita, antaranya:

Pertama: Kasih sayang merupakan fitrah yang Allah subhanahu


wa ta’ala ciptakan dalam diri setiap insan.
Kedua: Kasih sayang merupakan salah satu nikmat Allah
subhanahu wa ta’ala kepada manusia yang perlu

5
disyukuri.
Ketiga: Puncak tertinggi kasih sayang adalah kepada Allah
subhanahu wa ta’ala dan Rasulullah sallallahu alaihi
wasallam.

‫الرِج ْي ِم‬
َّ ‫ان‬ َّ ‫باهلل ِم َن‬
ِ َ‫الش ْيط‬ ِ ُ‫َعوذ‬
ُْ ‫أ‬
              

                

 

Maksudnya: “Ada di antara manusia yang mengambil selain dari


Allah sebagai sekutu, mereka mencintainya seperti mana mereka
mencintai Allah, sedang orang yang beriman itu lebih cintakan
Allah. Dan kalaulah orang yang melakukan kezaliman itu
mengetahui ketika mereka melihat azab (hari akhirat kelak),
bahawa sesungguhnya kekuatan itu semuanya tertentu bagi Allah,
dan bahawasanya Allah Maha berat seksa-Nya.” (Surah Al
Baqarah: 165)

ِّ ‫اتْو‬
ْ‫الذ ْك ِر‬ ِ ‫ْونَـ َفع ِِنْوإِيَا ُكمْبِـماْفِي ِو ِْمنْاآلي‬،‫آنْالْع ِظي ِم‬ ِ ‫بارَكْاهلل ِِْلْولَ ُكم ِِْفْالْ ُقرء‬
َ َ َ ْ َ ْ َ َ َ ْ َ َْ ْ َ ُ ََ
ِ ِ ِ ِ ِ ِْ
َ ‫ ْأَقُـ ْو ُل ْقَـ ْوِِل‬.‫ْى َو ْال َسمْي ُع ْالْ َعلْي ُْم‬
ْ،‫ْىـّٰ َذا‬ ُ ُ‫ ْإِنَو‬،ُ‫ َْوتَـ َقبَ َل ْم ِّ ِْن َْومْن ُك ْم ْتالََوتَو‬،‫اْلَكْي ِم‬
ِِ ِ ِ ِِ ِ ِ ِ ِ ‫وأ‬
ْ‫ْي‬
َ ‫ َْوالْ ُـم ْؤمن‬،‫ْي َْوالْ ُـم ْسل َمات‬ َ ْ ‫ َْول َسائ ِر ْالْ ُـم ْسلم‬،‫َستَـ ْغفُر ْاهللَ ْالْ َعظْي َم ِِْل َْولَ ُك ْم‬ ْ َ
ْ .ْ‫ْى َوْالْغَ ُف ْوُرْالَرِحْي ُم‬ ِ ِ ِ
ُ ُ‫ْفَا ْستَـ ْغفُرْوهُْإِنَو‬،‫َوالْ ُـم ْؤمنَات‬

6
KHUTBAH KEDUA
____________________________________________________________________________________________________________

ْ،ُ‫كْلَو‬ َ ْ‫ْش ِري‬ َ ‫ـح ْم ُدْلِّٰلّ ِو‬


َ ‫ْأَ ْش َه ُدْأَ ْن َْلْإِلَّْٰـوَْإَِلْاهللُ َْو ْح َدهُ َْل‬.‫َْحْ ًداْ َكثِ ًرياْ َك َماْأ ََمَر‬ َ ْ‫ل‬َ‫ا‬ ْ.‫و‬ِ ّ‫اَلْـحم ُدْلِّٰل‬
َْ
ْ‫اْمـ َح َم ٍد َْو َعلَ ّٰى ْأّٰلِِو‬
ُْ َ‫ْسيِّ ِدن‬
َ ‫ى‬
ّٰ ‫ل‬
َ ‫ْع‬
َ ‫ك‬ْ ِ
‫ر‬ ‫ا‬ ‫ب‬‫ْو‬ ‫م‬ ِّ
‫ل‬ ‫س‬‫ْو‬ ‫ل‬ِّ ‫ْص‬ ‫م‬
َ ‫ه‬ ّٰ ‫ْاَل‬.‫ْمـح َمداْعبده ْورسولُو‬
َ َ ْ َ َ َ ُ ُ ْ ُ َ َ ُ ُ َْ ً َ ُْ ‫َوأَ ْش َه ُد ْأَ َن‬
‫ل‬
ّ
َ َ‫ْق‬.‫ْح َق ْتُـ َقاتِِو ْلَ َعلَ ُك ْم ْتُـ ْفلِ ُح ْو َن‬ َ ِ‫ْا‬،‫ْاهلل‬
ِ ‫اْعْباد‬ ِ ِ ْ ‫وأَصحابِِو ْأ‬
ُْ‫ال ْاهلل‬ َ َ ‫اْاهلل‬‫و‬‫ق‬ُ ‫ـ‬ ‫ت‬ َ َ َ‫ْفَـي‬،‫ْأََماْبَـ ْع ُد‬.‫ْي‬ َ ْ ‫َْجَع‬ َْ َ
ْ :‫اَل‬
ّٰ َ ‫تَـ َع‬
            }

{ 

ْ،‫ت ْ َعلَ ّْٰى ْإِبْـَر ِاىْي َْم ْ َو َعلَ ّْٰى ْأّٰ ِْل ْإِبْـَر ِاىْي َم‬
َْ ‫صلَْي‬َ َ ْ ‫ا‬ ‫م‬ ‫ك‬
َ ْْ ، ٍ ‫اَل ّٰلّه َْم ْص ْل ْعلَ ْى ْ ْمـح َم ٍْد ْوعلَ ْى ْأّٰ ِْل ْ ْمـح َم‬
‫د‬ َ ُ ّٰ َ َ َ ُ ّٰ َ ِّ َ ُ
ْْ ِْ ،‫ت ْ َع ّٰلَى ْإِبْـَر ِاىْي َْم ْ َو َعلَ ّْٰى ْأّٰ ِْل ْإِبْـَر ِاىْي َم‬
ْ‫ِف‬ َْ ‫ْْ َك َما ْبَ َارْك‬،‫َوبَا ِرْْك ْ َعلَ ّْٰى ْ ُْمـ َح َم ٍْد ْ َو َعلَ ّْٰى ْأّٰ ِْل ْ ُْمـ َح َم ٍد‬
ْْ ِ‫ ْ َس َاداتِنَا ْأ‬،‫ْي‬
ْ‫َب‬ ِ ِ ِ ِْ ‫ض ْال ّٰلّه َْم ْع ِْن ْاْلـخلَ َف‬ ِ ِ ْ َ‫ ْإِن‬،‫الْعالَ ِمْي‬
َ ْ ‫اء ْالَراشديْ َْن ْالْ َم ْهديِّـ‬ ُ َ ُ َْ ‫ ْ َو ْار‬.‫ك ْ ََحْي ٌْد ْ َْمـجْي ٌد‬ َ َْ َ
ْ‫اَل ّٰلّ ُه َْم‬.‫َل ْيَـ ْوِْم ْالدِّيْ ِن‬ ٍْ ‫ْي ْ ََلُْْم ْبِـِإ ْح َس‬
َّْٰ ِ‫ان ْإ‬ َْ ْ ِ‫ص َحابَِْة ْ َوالتَابِع‬َ ‫ ْ َو َع ِْن ْال‬،‫بَ ْك ٍْر ْ َوعُ َمَْر ْ َوعُثْ َما َْن ْ َو َعلِ ٍّي‬
ْ‫ك ْ ََِسْي ٌْع‬ َْ َ‫ ْإِن‬.‫ات‬ ِ ‫آء ْ ِمْنـه ْم ْواْألَمو‬ ِ ‫ات ْاْأل‬ ِ ِ ِْ ‫ْي ْ َوالْ ُم ْسلِ َم‬
َْ ْ ِ‫ات ْ َوالْ ُم ْؤِمن‬ َْ ْ ‫ا ْغ ِفْْر ْلِْل ُم ْسلِ ِم‬
َْ َ ْ ُ ْ َ‫َحي‬ ْ ْ َ‫ْي ْ َوالْ ُم ْؤمن‬
ِ ‫اْلاج‬ ِ َ‫اتْوياْق‬ ِ ‫بْالدَعو‬ ِ ‫بْ ْمـ‬
.‫ات‬ َ َ َ ْ ْ ْ
‫ي‬ ‫اض‬ َ َ َ َ ُ ْ ُ ٌْ ْ‫قَ ِري‬
ْ ْ ‫ي‬ ‫ج‬
Ya Allah! Ampunkanlah dosa dan kesalahan kaum muslimin dan muslimat,
mukminin dan mukminat, sama ada yang masih hidup ataupun yang telah
meninggal dunia. Limpahkanlah kesejahteraan, kedamaian dan kebahagiaan
kepada kami semua dalam kehidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat
kelak.

Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-Mu kepada


kami semua dan juga kepada pemimpin-pemimpin Islam Negara kami,
khasnya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia, dan
juga pemimpin-pemimpin Islam negeri kami, khususnya Tuan Yang Terutama
Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

7
Ya Allah, kami memohon ke hadratMu, kukuhkanlah iman kami, tingkatkanlah
amal kami, eratkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami,
kayakanlah kami dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keterampilan
yang bermanfaat. Suburkanlah peribadi kami dengan budi pekerti yang mulia,
bimbinglah kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada
ujianmu seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit,
persengketaan, kemiskinan dan kebuluran. Kami berlindung dan bermohon
denganMu Ya Allah, semoga negeri kami akan sentiasa bertambah aman,
makmur dan berkat.

Pada hari yang mulia ini juga, kami memohon ke hadratMu ya Allah,
jadikanlah setiap individu generasi muda di kalangan remaja dan belia
generasi pelapis negara dan negeri kami ini golongan yang beramanah,
bertanggungjawab, dan berakhlak mulia agar dapat membentuk sebuah
masyarakat yang baik, aman dan bertamadun, serta mendapat keampunan,
keredhaan dan berkat daripadaMu, ya Allah. Peliharalah kami serta generasi
yang mewarisi kami, daripada terlibat dalam apa jua unsur negatif yang boleh
menjatuhkan maruah diri, keluarga, masyarakat dan negara.

َ ‫ ْأّٰ ِم ْْي ْيَا َْر‬،‫ ْأّٰ ِم ْْي‬.‫اب ْالنَا ِر‬ ِ ِ ُّ ‫َربـَنَآ ْأّٰتِنَا ِِْف‬
ْ‫ب‬ َ ‫ْع َذ‬
َ ‫ْح َسنَةً َْوقنَا‬ َ ‫ْح َسنَةً َْوِِف ْاْآلخَرِة‬ َ ‫ْالدنْـيَا‬
ِ ِ ِ ِ ِ ْ ‫الْعالَ ِم‬
َ ‫ َْوإِيتَآء ْذي ْالْ ُقْرَ َّٰب َْويَـْنـ َه ّٰى‬.‫ ْإِ َن ْاهللَ ْيَأْ ُمُر ْبِالْ َع ْد ِل َْواْ ِإل ْح َسان‬.‫ ْعبَ َاد ْاهلل‬.‫ْي‬
ْ‫ْع ِن‬ َْ َ
ِ ‫الْ َفحش‬
ْ.‫ ْفَاذْ ُكُروا ْاهللَ ْالْ َع ِظْي َم ْيَ ْذ ُكْرُك ْم‬.‫ ْيَعِظُ ُك ْم ْلَ َعلَ ُك ْم ْتَ َذ َكُرْو َن‬.‫آء َْوالْ ُمْن َك ِر َْوالْبَـ ْغ ِي‬ َْ
ِ ِ ‫ضلِ ِو ْيـع ِط ُكم‬ ِ ِِ ِ
ْ‫ْواهللُْيَـ ْعلَ ُْم َْما‬. َ ْ ْ ُ ْ َ‫اسأَلُ ْـوهُ ْم ْن ْف‬
َ ‫ْولَذ ْكُر ْاهلل ْأَ ْكبَـُر‬. َ ‫ْعلَ ّٰى ْن َعمو ْيَِزْد ُك ْم‬
ْ ‫ْو‬. َ ُ‫َوا ْش ُكُرْوه‬
.‫صالََة‬ َ ‫أَقِْي ُمواْال‬.‫صنَـعُو َن‬ ْ َ‫ت‬

Anda mungkin juga menyukai