Anda di halaman 1dari 12

Topik X Solat

Jemaah
3
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan maksud solat jemaah dan cara pelaksanaannya;
2. Menghuraikan hikmah-hikmah solat jemaah;
3. Menjelaskan syarat-syarat imam dan makmum dalam solat jemaah;
4. Menyusun saf-saf yang betul di antara imam dan makmum; dan
5. Memasuki dalam dalam saf jemaah secara masbuk dengan betul.

X PENGENALAN
Saudara saudari sendiri dapat merasakan bahawa solat jemaah merupakan satu
medium pertemuan dan mengeratkan hubungan ahli qariah. Oleh kerana itu,
Fiqh Ibadat sangat menekankan amalan solat jemaah. Solat jemaah ialah solat
yang dilakukan oleh imam dan makmum. Ia dikira telah berhasil apabila solat
diimamkan oleh seorang imam dan diikuti oleh seorang makmum.

Dalil pensyariatannya ialah sebuah hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah yang
maksudnya:

„Bahawa Nabi SAW bersabda, solat berjemaah lebih afdal daripada solat
bersendirian sebanyak dua puluh lima darjah‰. Dalam hadis yang diriwayatkan
Ibn Umar menyebut : „ Sebanyak dua puluh tujuh darjah.‰
TOPIK 3 SOLAT JEMAAH W 47

AKTIVITI 3.1
Anda dan sekumpulan 5 hingga 10 orang diminta membuat kajian
melalui pemerhatian dan kaji selidik untuk menjawab soalan berikut:
Solat jemaah: Sejauh mana kefahaman dan amalan masyarakat
di kawasan tempat tinggal anda?

3.1 HIKMAH SOLAT JEMAAH


Allah SWT tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia sahaja. Segala perkara yang
diperintahkan ada kebaikannya pada diri hamba itu sendiri. Di samping itu,
segala larangan pasti jua ada hikmahnya. Begitulah juga dengan solat secara
berjemaah, ia mengandungi hikmahnya yang tersendiri. Antara hikmah solat
jemaah ialah:

(a) Untuk menzahirkan syiar Islam di mana sahaja umat Islam berada. Dengan
berkemundangnya azan yang mengajak manusia membesarkan Allah,
menunaikan kewajipan yang difardukan syiar Islam bergema sebanyak
lima kali sehari.

(b) Berfungsi menyatupadukan umat Islam supaya mereka dapat


berkenal-kenalan, beramah mesra dan bekerjasama untuk kebaikan ummah
berdasarkan persaudaraan Islam, tolong menolong dalam kerja-kerja
kebaikan antara satu sama lain.

(c) Membentuk umat Islam sebagai ummah yang berdisiplin dan mematuhi
apa yang telah ditetapkan sebagaimana yang terdapat dalam peraturan dan
hukum makmum mengikut imam dalam solat.

(d) Menanam dasar persamaan yang sejati kerana dalam masa solat berjemaah
di masjid, surau atau di mana sahaja, tidak ada taraf tinggi rendah. Semua
orang sama sahaja. Sesiapa yang datang awal, disunatkan mengambil
tempat di saf hadapan dan sesiapa yang datang lewat duduk di saf yang
akhir.

(e) Menyatukan arah dan tujuan segala amal dalam kehidupan bagi mencapai
keredaan Allah SWT di akhirat sebagaimana yang terdapat dalam perintah
berkiblat ke arah Baitullah.

(f) Melatih orang ramai supaya sentiasa mematuhi ketua sebab makmum
wajib mematuhi imam selagi dia tidak melakukan kesilapan.
48 X TOPIK 3 SOLAT JEMAAH

3.2 HUKUM SOLAT BERJEMAAH


Para fuqaha sependapat berjemaah adalah syarat sah solat jemaah. Namun
demikian, mereka tidak sependapat mengenai hukum berjemaah bagi solat lima
waktu. Pendapat-pendapat tersebut seperti berikut:

Mengikut mazhab Hanabilah, berjemaah bagi solat lima waktu adalah fardu ain
tetapi tidak menjadi syarat sah solat. Hujah mereka ialah berdasarkan hadis
riwayat Amru bin Ummu Maktum yang berkata: „Wahai Rasulullah engkau
tidak mengetahui keadaan aku tidak ada pembawa sedangkan di antara rumah
aku dan masjid banyak pokok-pokok tamar, aku tidak mampu untuk mendapat
pemandu setiap masa. Baginda berkata: Adakah engkau mendengar laungan
azan? Jawab Amru, ya. Baginda berkata lagi: Hendaklah engkau datang solat,
walaupun dalam keadaan merangkak-rangkak‰.

Kebanyakan fuqaha mazhab Hanafi, Maliki dan SyafiÊi berpendapat solat


berjemaah adalah fardu kifayah. Apabila sesetengah ahli qariah melaksanakan
jemaah, gugurlah dosa yang tidak melaksanakannya. Hujah mereka ialah hadis
riwayat Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda: „Solat berjemaah dua
puluh tujuh darjah.‰

Mengikut jumhur fuqaha pula, solat jemaah adalah sunat muakadah bagi lelaki.
Mereka juga berhujah dengan hadis-hadis sebagaimana di atas.

3.3 SYARAT-SYARAT IMAM


Fiqh Ibadat Islam telah menentukan syarat-syarat yang membolehkan seseorang
mengimamkan solat. Tidak semua orang layak mengimamkan solat. Syarat-
syarat itu ialah:

(a) Muslim
Seorang yang bukan beragama Islam tidak laya mengimamkan solat. Tidak
sah solat berimamkan seorang kafir, malah solat yang dilakukan orang
kafir tidak sah.

(b) Berakal dan baligh


Berakal ialah bukan gila atau mabuk. Seseorang dikira berakal apabila dia
sedar apa yang dilakukan atau dikatakannya. Baligh ialah sampai umur
seorang kanak-kanak menjadi mukallaf. Tanda-tanda sampai umur baligh
ialah genap umur lima belas tahun atau keluar mani. Kedua-dua alamat ini
dikongsi sama antara lelaki dan perempuan. Alamat ketiga khusus bagi
perempuan ialah mengalami pendarahan haid pada usia sembilan tahun ke
atas.
TOPIK 3 SOLAT JEMAAH W 49

Berdasarkan syarat ini, solat tidak sah jika berimamkan seorang yang gila
atau mabuk. Berimamkan kanak-kanak yang belum mumaiyiz juga tidak
sah. Namun, fuqahaÊ khilaf dalam kes orang yang telah baligh berimamkan
kanak-kanak yang telah mumaiyiz. Jumhur fuqaha berpendapat tidak sah.
Mereka berhujah dengan hadis yang diriwayat Ali yang bermaksud:

„Kalam diangkat daripada tiga golongan, orang gila sehingga dia sembuh,
orang tidur sehingga dia jaga dan kanak-kanak sehingga dia baligh.‰

Namun demikian, mengikut mazhab Syafie, orang baligh sah berimamkan


kanak-kanak mumaiyiz. Alasan yang mereka kemukakan bagi pendapat ini
ialah hadis riwayat Amru bin Salamah yang berkata:

„Aku mengimamkan (orang ramai) pada zaman Rasulullah SAW ketika itu
aku kanak-kanak berumur tujuh tahun.‰

(c) Lelaki
Wanita tidak sah mengimamkan kaum lelaki dan khunsa. Ini berdasarkan
hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

„Wanita tidak boleh mengimamkan lelaki.‰

Namun demikian wanita dibolehkan mengimamkan wanita.

(d) Boleh membaca ayat al-Quran (al-Fatihah) dengan baik.

(e) Sempurna syarat-syarat sah solat.

Maksudnya, semasa mengimamkan solat, imam mestilah


menyempurnakan semua perkara yang menjadi syarat sah solat. Sekiranya
berlaku sebarang kekurangan pada syarat-syarat sah solatnya dua keadaan
akan berlaku:

(f) Sekiranya imam solat dalam keadaan berhadas sedangkan makmum


mengetahui keadaan imam tersebut berhadas, solat makmum batal dan
solat imam juga batal kerana dia solat dalam keadaan tidak suci daripada
hadas yang menjadi salah satu syarat sah solat.

(g) Sekiranya makmum tidak mengetahui imam tersebut dalam keadaan


hadas, solat makmum tidak terbatal. Solat imam tidak sah atas alasan
seperti di atas.

(h) Sejahtera daripada sebarang keuzuran seperti salas al-baul (kencing tak
tus), perempuan dalam keadaan istihadah.
50 X TOPIK 3 SOLAT JEMAAH

Mazhab Hanafi dan Hanbali berpendapat orang yang sempurna sihat tidak
sah berimamkan orang yang uzur. Tetapi makmum yang uzur sah
berimamkan imam yang mengalami keuzuran yang sama jenis dengan
keuzurannya. Mazhab Syafie dan Maliki pula berpendapat sebaliknya iaitu
bagi mereka orang yang sihat sah berimamkan orang yang uzur.
Contohnya, orang sihat berimamkan imam yang mengalami penyakit
kencing tak tus.

(i) Adil bukan fasik


Adil ialah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Fasik ialah
melakukan dosa besar dan sikap suka menonjolkan dosa dan maksiat yang
dilakukannya. Syarat ini hanya diwajibkan mazhab Hanbali sahaja. Jumhur
fuqaha tidak mensyaratkannya. Oleh itu, berdasarkan pendapat jumhur
fuqaha, solat berimamkan seorang yang fasik adalah sah tetapi dianggap
makruh.

3.3.1 Keutamaan Untuk Menjadi Imam


Islam menganjurkan supaya umatnya mendirikan solat secara berjemaah. Untuk
merealisasikan ibadat ini memerlukan imam dan makmum. Terdapat beberapa
buah hadis Nabi SAW yang memberi panduan dalam memilih seseorang untuk
menjadi imam, lebih-lebih lagi bagi jemaah yang ramai seperti di surau, masjid
dan sebagainya. Bagi masjid besar, seperti masjid daerah atau masjid negeri
tentulah memerlukan seseorang yang lebih ilmunya untuk menjadi imam.
Di bawah sebuah hadis sebagai contoh, yang mana Nabi SAW menyebutkan
beberapa kriteria seseorang yang layak untuk menjadi imam.

,   !" !#$ :       : 


- 2/) 0  *+ 3) %& '() ,*+ -. /) 0  10 " ) %& '()
.  2.6 7  ...+ - 2 /) 0  14- ) %& '() ,14
Maksudnya:
„Diriwayatkan daripada Ibnu MasÊud r.a. katanya: Rasulullah SAW bersabda:
Yang lebih layak menjadi imam bagi sesuatu kaum (jamaah) ialah yang lebih
baik bacaan Qurannya (lebih banyak hafaz Quran). Jika pada jamaah itu ada
orang lain yang sama baik Qurannya, maka pilihlah yang lebih faham
sunnah, Jika ada orang yang sama-sama baik fahaman sunnahnya, maka
pilihlah yang lebih dahulu hijrah. Jika ada pada jamaah itu sama-sama hijrah,
maka pilihlah yang lebih tua umurnya...‰
(Riwayat Ahmad dan Muslim)
TOPIK 3 SOLAT JEMAAH W 51

Berdasarkan kepada hadis ini, kita fahami bahawa orang yang lebih layak
menjadi imam ialah yang lebih baik bacaan al-Qurannya. Di dalam bahasa Arab,
kalimah (!7) berasal daripada kalimah ( ) iaitu Isim Tafdhil yang bererti
lebih bacaan. Ia boleh bermaksud lebih baik bacaannya, lebih banyak hafaz al-
Quran, lebih banyak membaca al-Quran, lebih faham al-Quran dan lebih banyak
mengamalkan ajaran al-Quran.

Orang yang menghafaz al-Quran memang banyak membaca al-Quran kerana ia


mengulang-ulangkan bacaan supaya ingat dan tidak lupa. Oleh kerana banyak
membacanya maka akan lebih baik sebutan huruf-huruf dan ayat al-Quran.
Demikian juga orang yang memahami maksud al-Quran, tentulah ia banyak
mengamalkan ajaran al-Quran.

Kalau ada di tempat itu orang yang sama hebat al-Qurannya, maka pada masa
itu kita disuruh pilih orang mempunyai ilmu hadis atau sunnah iaitu orang yang
menghafaz sunnah dan faham maksudnya serta beramal dengannya. Jika ada
dua orang yang serupa dan sama-sama alim dalam al-Quran dan sunnah, maka
kita disuruh pula pilih yang lebih dahulu hijrah. Kalau semuanya sama-sama
berilmu al-Quran dan hadis serta sama-sama hijrah, maka barulah pilih yang
lebih tua umurnya.

Pada zaman Nabi Muhammad SAW hijrah itu bermaksud orang yang lebih
dahulu hijrah dari Makkah ke Madinah. Pada zaman ini, tidaklah bermaksud
hijrah dari Makkah ke Madinah, sebaliknnya ia bermaksud hijrah sikap. Hijrah
dari perangai yang buruk kepada yang baik. Hijrah dari suka melakukan dosa
kepada berbuat kebajikan. Hijrah dari berada di tempat-tempat lain yang lagha
ke masjid. Kefahaman ini adalah berdasarkan kepada sabda Nabi SAW:

*+  -%  8
14-
Maksudnya:
„Hijrah ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.‰

Adapun syarat orang yang lebih umur bukanlah syarat yang utama dalam hal
ini; sebaliknya, ia adalah yang keempat di dalam senarai hadis tersebut. Justeru
anda sebagai seorang yang terpelajar haruslah memahami konsep ini dengan
jelas supaya anda dapat menyelesaikan pertikaian yang berlaku dalam
masyarakat anda berkaitan dengan pemilihan imam.
52 X TOPIK 3 SOLAT JEMAAH

AKTIVITI 3.2

Buat pemerhatian dalam masyarakat tempat tinggal anda dan cuba


selidik sama ada perlantikan imam di situ mengikut maksud hadis
yang dibincangkan tadi atau tidak. Jika tidak, mengapa?

SEMAK KENDIRI 3.1

1. Fuqaha khilaf dalam isu wajib atau tidak solat jamaah lima waktu
ke atas mukallaf. Huraikan pendapat-pendapat tersebut dengan
mengemukakan hujah masing-masing.
2. Pernah berlaku polemik mengenai isu wanita menjadi iman solat.
Huraikan pendapat fuqaha dalam isu ini dengan mengemukakan
hujah masing-masing.

3.4 SYARAT MAKMUM


Syarat-syarat makmum atau syarat-syarat mengikut imam ialah:

(a) Makmum berniat solat jemaah atau berniat mengikut imam


Niat tersebut disyaratkan berserta dengan takbiratulihram. Bagi imam, niat
menjadi imam tidak diwajibkan. Malah digalakkan sahaja untuk mendapat
fadilah jemaah. Sekiranya imam tidak berniat solat tersebut sah tetapi
imam tidak mendapat fadilah jemaah.

(b) Solat makmum hendaklah sejajar dengan solat iman


Pensejajaran solat makmum dengan solat imam berlaku dalam dua
perkara; imam mestilah lebih sempurna syarat. Para fuqaha khilaf dalam
menentukan maksud pensejajaran solat makmum dengan solat imam.
Menurut mazhab Hanafi, sejajar ialah keadaan yang membolehkan
makmum mengikut solat yang diniatkan imam. Maksudnya, niat imam
sama dengan niat makmum, kalau imam berniat melakukan solat zohor
makmum juga mesti berniat melakukan solat zohor. Mazhab Maliki pula
mentafsirkan sejajar dengan pensejajaran pada zat atau kelakuan solat dan
pensejajaran sama ada tunai atau qadaÊ. Manakala mazhab Hanbali pula
berpendapat sejajar bermaksud pensejajaran pada waktu dan nama solat.
Maksudnya, kalau imam melakukan solat dalam waktu zohor menentukan
TOPIK 3 SOLAT JEMAAH W 53

solatnya adalah solat zohor, makmum juga mesti melakukan perkara yang
sama iaitu menunaikan solat zohor.

Mazhab Syafie pula menentukan pensejajaran antara solat imam dengan


solat makmum ialah pensejajaran pada peraturan solat imam dan solat
makmum. Berdasarkan tafsiran ini, sekiranya tidak berlaku persamaan
peraturan antara solat imam dengan solat makmum, maka solat jemaah
tidak sah. Sebagai contoh: imam melakukan solat sunat gerhana dengan
khutbahnya sekali, makmum pula berniat melakukan solat fardu, solat
jemaah dikira tidak sah. Contoh ini tidak sama dengan kes sekiranya imam
melakukan solat-solat sunat biasa yang tidak berbeza dengan solat fardu,
makmum pula berniat melakukan solat fardu, solat jemaah dikira sah. Ini
kerana dalam kes pertama peraturan melakukan solat gerhana yang ada
khutbah tidak sama dengan melakukan solat fardu yang tiada khutbah.
Oleh itu, solat jemaah dikira tidak sah. Sedangkan dalam kes kedua,
peraturan solat sunat yang dilakukan imam sama dan tidak berbeza
dengan solat fardu yang dilakukan makmum, oleh itu solat jamah dikira
sah.

Selain daripada itu, jumhur fuqaha kecuali Imam Maliki berpendapat


pensejajaran juga merangkumi pengetahuam makmum terhadap
pergerakan perpindahan imam dari satu rukun ke satu rukun lain, sama
ada dia mengetahuinya dengan melihat secara langsung pergerakan imam,
dengan dia melihat pergerakan saf di hadapannya, dengan dia mendengar
suara imam, mendengar suara mubaligh atau dengan apa-apa cara lain
yang membolehkannya mengikuti pergerakan imam.

(c) Mengikut perbuatan imam


Maksudnya, makmum melakukan perbuatan solat setelah imam
melakukannya terlebih dahulu. Makmum tidak boleh melakukan sesuatu
rukun serentak dengan imam atau melakukannya terlebih dahulu daripada
imam. Dalam sebuah hadis, Baginda melarang perbuatan seperti ini. Sabda
Baginda yang maksudnya:

„Jangan kamu mendahului imam dan jangan kamu menyamainya


(melakukan serentak dengannya)‰.

Ada beberapa keadaan menyebabkan makmum menyalahi perbuatan


imam:

(i) Melakukan sesuatu rukun serentak dengan imam


Sekiranya makmum melakukan takbiratulihram serentak dengan
imam, maka solatnya tidak sah. Walaupun begitu, sekiranya
makmum melakukan mana-mana rukun lain serentak dengan imam,
54 X TOPIK 3 SOLAT JEMAAH

seperti rukuk, sujud atau memberi salam, solatnya tetap dikira sah,
tetapi makruh dan tidak mendapat fadilat atau keistimewaan solat
jemaah.

(ii) Mendahului perbuatan imam


Jika makmum mendahului imam pada satu rukun feÊli, seperti dia
rukuk sebelum imam rukuk dan dia tidak bangkit sehingga imam
rukuk, solat makmum tidak batal, sama ada dia melakukannya
dengan sengaja atau terlupa.

Jika dia mendahului imam pada dua rukun feÊli atau lebih dengan
sengaja  solatnya dikira batal. Namun jika dia melakukannya dengan
tidak sengaja, solatnya tidak batal tetapi rakaat tersebut tidak diambil
kira. Oleh itu, dia mestilah menambah satu rakaat lagi selepas imam
memberi salam.

(iii) Tertinggal daripada perbuatan imam


Jika makmum tertinggal satu rukun feÊli yang panjang daripada imam
tanpa keuzuran, maka solatnya tidak batal.

Sebaliknya, jika dia tertinggal dua rukun yang panjang, solatnya


batal, kecuali kerana keuzuran, makmum dibolehkan tertinggal
daripada imam tiga rukun yang panjang, seperti makmum lambat
membaca Fatihah sedangkan imam cepat membacanya.

(d) Mengetahui keadaan imam musafir atau bermukim bagi musafir yang
hendak mengqasarkan solat
Oleh itu, tidak sah solat orang musafir yang mengqasarkan solatnya
berimamkan orang bermukim.

(e) Imam dan makmum mestilah berhimpun dan berada pada satu tempat
Dalam hal ini ada tiga keadaan:

(i) Imam dan makmum berada di dalam masjid


Jika kedua-duanya berada di dalam masjid, makmum dikira sah
mengikut imam, sama ada dekat atau jauh, diselangi oleh binaan lain
atau tidak seperti diselangi telaga, menara atau sebagainya. Sekiranya
di antara imam dan makmum ada pintu tetapi ia dikunci atau dipaku
atau di antara imam dan makmum ada dinding tembok yang tidak
mempunyai pintu yang membolehkan makmum terus kepada imam,
maka dalam semua keadaan ini makmum tidak sah mengikuti imam.
TOPIK 3 SOLAT JEMAAH W 55

(ii) Imam berada di dalam masjid dan makmum berada di luar masjid
atau sebaliknya
Sekiranya makmum berada di dalam masjid dan di luar masjid, maka
tidak sah mengikut imam. Disyaratkan jarak di antara imam dan
makmum tidak melebihi 300 hasta dari tepi dinding masjid atau dari
orang yang bersembahyang di luar masjid dan tidak ada dinding di
antara keduanya.

(iii) Kedua-duanya bukan di dalam masjid


Dalam keadaan ini, imam dan makmum tidak berada di dalam masjid
seperti di padang atau di dalam bangunan lain yang besar. Maka
untuk sah mengikut imam, disyaratkan jarak di antara kedua-duanya
tidak melebihi 300 hasta.

(f) Makmum dilarang sama sekali menyalahi perbuatan imam


Dalam perkara-perkara sunat, ia dikira cacat sekiranya makmum
menyalahi imam, seperti sujud tilawah. Makmum wajib mengikut imam
dalam mengerjakan dan meninggalkannya. Jika tidak diikuti, solat
makmum dianggap batal.

(g) Makmum dilarang mendahului imam pada kedudukan tempat


sembahyangnya
Jika solat dalam keadaan berdiri, asas pengukur makmum mendahului
imam atau tidak ialah tumit. Ertinya, tumit makmum tidak boleh lebih ke
hadapan dari tumit imam. Jika solat dalam keadaan duduk, asas
pengukuran ialah pada dua papan punggung. Ertinya, papan punggung
atau pinggul makmum tidak boleh lebih ke hadapan dari pinggul imam.
Jika solat dilakukan dalam keadaan berbaring, asas pengiraan ialah rusuk.
Maksudnya rusuk makmum tidak boleh lebih ke depan dari rusuk imam.
Jika solat dilakukan dalam keadaan terlentang pula, asas pengiraan ialah
kepala. Maksudnya kepala makmum tidak boleh lebih ke hadapan dari
kepala imam. Semua kaifiat ini adalah mengikut pendapat jumhur kecuali
mazhab Maliki.

(h) Musafir berimamkan orang bermukim


Dalam kes orang musafir yang ingin melakukan solat penuh (tamam), dia
bolehlah berimamkan orang bermukim, sama ada dia tahu atau tidak solat
apa yang dilakukan imam.
56 X TOPIK 3 SOLAT JEMAAH

AKTIVITI 3.3
1. Kasim menjadi imam semasa solat zohor dengan Lokman.
Selepas satu rakaat, Ali pula masuk berjamaah. Lakonkan cara
Ali masuk berjamaah (masbuk) dengan Kasim dan Lokman.
2. Tutor membuat ulasan terhadap pelakuan Ali

SEMAK KENDIRI 3.2


1. Kalau anda masbuk dalam solat maghrib dan imam baru bangun
daripada tahyat awal, bagaimana anda hendak teruskan solat
selepas imam memberi salam?
2. Anda salah seorang daripada ahli jawatankuasa masjid di tempat
anda. Pada suatu hari Jumaat, anda mendengar imam membaca
surah al-Fatihah tidak tepat sebutan huruf Dhad ( 9 ), ia berbunyi
seperti huruf To ( < ). Apa yang patut anda lakukan?

SEMAK KENDIRI 1.5

 Solat adalah ibadat yang fardu ke atas umat Islam.


 Islam menganjurkan supaya umatnya mengerjakan solat secara berjemaah.
 Mengerjakan solat secara berjemaah disukai oleh Allah dan Rasul-Nya dan
diberi pahala lebih daripada solat seorang diri.
 Untuk menjadi imam solat berjemaah hendaklah dipilih daripada golongan
yang baik bacaan al-Quran dan berilmu agama.
TOPIK 3 SOLAT JEMAAH W 57

Batal Kelebihan solat berjemaah


Hikmah Masbuk
Hukum solat berjemaah Makmum
Imam Muwafiq
Jarak 300 hasta Syarat

Mustafa al-Khin (Dr)(1987), al-Fiqh al-Manhaj ala mazhab al-Imam al-Syafie,


Damsyiq, Dar al-Qalam.

Al-Nawawi, Raudah al-TaÊlibin, Beirut. Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Jilid 1.

Al-Sayyid Sabiq (tt) Fiqh al-Sunnah, Kaherah, Maktabah Dar al-Turath jld 1

Anda mungkin juga menyukai