Anda di halaman 1dari 20

MODUL IMAM

PELAPIS
BAB: FEQAH
TAJUK: SOLAT BERJEMAAH
MASA : 1 ½ JAM
SLOT: 3
PENGENALAN
ensiklopedia solat m/s 164

■ PENSYARIATAN
Asal pensyariatan solat berjemaah adalah daripada firman Allah SWT dalam ayat 102 surah
al-Nisa:
َ ‫ت لَهُ ُم الص َّٰلوةَ فَ ْلتَقُ ْم طَ ۤا ِٕىفَةٌ ِّم ْنهُ ْم َّم َع‬
‫ك َو ْليَْأ ُخ ُذ ْٓوا اَ ْسلِ َحتَهُ ْم‬ َ ‫ۗ َواِ َذا ُك ْن‬
َ ‫ت فِ ْي ِه ْم فَاَقَ ْم‬
‫فَا ِ َذا َس َج ُد ْوا فَ ْليَ ُك ْونُ ْوا ِم ْن َّو َر ۤا ِٕى ُك ۖ ْم‬
Maksudnya: Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka
(semasa perang), lalu engkau mendirikan solat dengan (menjadi imam) mereka, maka
hendaklah sepuak daripada mereka berdiri (mengerjakan solat) bersama-samamu.
(Surah al-Nisa' 4: 102)
- Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda :
- َ ‫صالَ ِة ْالفَ ِّذ بِ َسب ٍْع َو ِع ْش ِر‬
ً‫ين َد َر َجة‬ َ ‫صالَةُ ْال َج َما َع ِة َأ ْف‬
َ ‫ض ُل ِم ْن‬ َ
- Maksudnya :” Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak
27 darjat.”Riwayat Muslim (1509)
■ HUKUM BERJEMAAH
– Fardhu Ain : Solat Jumaat

– Fardhu Kifayah : Solat 5 Waktu

– Sunat : Solat Jenazah dan Solat 2 Hari Raya

– Harus : Solat Tasbih dan Solat Sunat Rawatib tetapi tidak diberi pahala berjemaah

– Makruh : Solat Tunai (Ada’an / Solat Fardhu) mengikut Imam Yang Solat Qada’ atau
sebaliknya

– Tidak sah : Dua solat yang berlainan peraturannya. Contoh solat fardhu mengikut
orang solat jenazah. Solat maghrib mengikut orang yang solat isyak tamam.
(Rujukan: kitab Al-Qaulu Tam Fi Ahkam Almakmum Wal Imam m/s vi)
■ TINGKATAN FADHILAT SOLAT BERJEMAAH

1. Solat Jumaat

2. Solat Subuh berjemaah pagi Jumaat

3. Solat Subuh berjemaah

4. Solat Isyak berjemaah

5. Solat Asar berjemaah

6. Solat Zohor berjemaah

7. Solat Maghrib berjemaah

■ (Rujukan; Kitab Al-Qaulu Tam Fi Ahkam Al Makmum wal Imam, m/s vi)
SYARAT / KRITERIA IMAM
i- Orang yang berhak dan utama menjadi imam

1. Orang yang berkuasa ke atas sesuatu wilayah seperti sultan atau wakilnya
2. Imam yang dilantik khas (Afdhol)
3. Penghuni secara yang hak tempat mendirikan jamaah
4. Orang yang lebih ‘alim fiqh
5. Orang yang lebih 'alim tentang al-Qur'an dari segi bacaan dan sebagainya
6. Orang yang lebih wara
7. Orang lebih dahulu berhijrah ke Madinah (tertib tidak wujud buat masa ini)-
8. Orang lebih dahulu masuk Islam
9. Orang yang lebih baik keturunannya
10. Orang yang lebih baik kelakuannya
11. Orang yang lebih bersih pakaiannya
12. Orang yang lebih bersih badannya
13. Orang yang lebih baik pekerjaannya
14. Orang yang lebih baik suaranya
15. Orang yang lebih baik rupa parasnya
16. Orang yang telah berkahwin
ii- Orang yang makruh menjadi imam

1. Orang alim yang fasik


2. Orang yang melakukan bid’ah (Perincian faham bid’ah)
3. Orang yang tidak disukai oleh makmum
4. Imam yang banyak melakukan kesalahan dalam bacaan tetapi tidak membawa kepada
berubah makna
5. Orang yang tidak fasih sebutannya seperti huruf dhod, qof
6. Orang yang merampas jawatan imam
7. Orang yang tidak berhati-hati daripada najis
8. Orang yang pekerjaannya kotor
9. Orang yang tidak diketahui nasab dan anak zina (jika status ini menyebabkan masyarakat
memandang rendah ke atasnya.)
10. Orang yang belum berkhatan
11. Kanak-kanak (yang belum baligh) walaupun mempunyai ilmu yang lebih
PERKARA SUNAT DAN MAKRUH SEBELUM
DAN KETIKA SOLAT BAGI IMAM
i- Perkara sunat bagi imam sebelum dan semasa solat

1. Sunat mengucap amin setelah selesai membaca fatihah

2. Sunat bagi imam bertakbiratul ihram setelah selesai iqamah dan lurus saf jamaah

3. Sunat bagi imam mengingatkan kepada jamaah supaya meluruskan saf, penuhkan ruang kosong,
samakan bahu dengan bahu, samakan tapak kaki dengan tapak kaki

4. Sunat bagi imam memperingatkan makmum dengan katanya:“


‫ال تختلفوا تختلف قلوبكم‬
Ertinya: "Jangan berselisih (bengkang bengkok) pada saf-saf kerana itu boleh menyebabkan hatihati kamu
berselisih".
ii- Perkara makruh bagi Imam

1. Makruh bagi imam berada di tempat yang lebih tinggi daripada makmum kadar satu hasta
atau lebih, demikian juga sebaliknya makmum dimakruhkan lebih tinggi daripada imam
kadar tersebut, melainkan kerana hajat atau diperlukan untuk mengajar atau kerana
darurat.

2. Makruh imam memanjangkan bacaan-bacaan dan zikir-zikir dalam sembahyang melebihi


daripada sekurang-kurang sempurna, kecuali bilangan jama'ah itu sedikit dan mereka
redha dipanjangkan bacaan itu.

3. Makruh imam memanjangkan atau menunggu dalam sesuatu rukun dengan tujuan
supaya orang lain dapat mengikutnya, kerana ini akan menyusahkan para makmum yang
sedang sembahyang bersamanya dan kerana ada kecuaian orang yang datang lewat.
Walau bagaimanapun harus bahkan sunat bagi imam menunggu di dalam ruku' atau
tasyahhud akhir sahaja tanpa memanjangkan tunggu itu apabila ia merasakan ada orang
masuk hendak mengikutnya dengan syarat ia tidak membeza bezakan orang-orang yang
masuk itu.
SYARAT SAH IKUT IMAM /
BERJEMAAH
-1. 12 PERKARA
Makmum hendaklah berniat mengikut imam yang tertentu. Tidak sah seorang itu solat mengikut imam
yang tidak diketahui kedudukannya
2. Mengikut imam dalam setiap perbuatannya, dengan tidak mendahulukan perbuatan makmum daripada
perbuatan imam walaupun sedikit. Berdasarkan sebuah riwayat daripada Abu Hurairah ra bahawa
Baginda SAW pernah bersabda yang bermaksud:"Imam itu dijadikan untuk diikuti oleh Itu janganlah
menyalahi perbuatannya, Apabila dia bertakbir, hendaklah kamu bertakbir, dan apabila dia rukuk
hendaklah kamu rukuk. Dan apabila dia membaca ( di, hendaklah kamu membaca . Dan apabila dia
sujud hendaklah kamu sujud juga. Apabila dia bersolat duduk kamu juga hendaklah solat dalam keadaan
duduk semuanya(Riwayat Muslim dalam Sahih Muslim, kitab Imam: Bab makmum mengikut Imam
3. Makmum tidak boleh berada lebih hadapan dari pada imam. Ada pun sama kedudukan antara imam dan
makmum adalah makruh.
4. Makmum lelaki tidak boleh mengikut imam perempuan.
5. Jarak di antara imam dan makmum tidak lebih daripada 150 meter (300 hasta) sekiranya solat dilakukan
di tanah lapang, atau imam berada di dalam masjid dan makmum di luar. Tetapi sekiranya Imam dan
makmum berada di dalam masjid tidak menjadi halangan jika makmum jauh daripada imam melebihi
150 meter.
6. Makmum hendaklah boleh mengetahui pergerakan imam sama ada dengan melihatnya atau
mendengar suaranya atau suara mubaligh atau dengan berpandukan kepada makmum lain yang
dekat dengan imam.
7. Imam hendaklah seorang yang boleh membaca Al-Quran. Sekiranya makmum berimamkan seorang
yang tidak tahu membaca Al-Quran, tidak sah solatnya.
8. Jangan sampai imam yang diikuti itu melakukan solat yang perlu diulangi semula. Seperti solat
menghormati waktu bagi orang yang pakaiannya bernajis sedangkan waktu solat sudah hampir
tamat. Makmum yang mengikut imam seperti ini tidak sah solatnya.
9. Solat yang dikerjakan oleh makmum hendaklah sama jenisnya dengan solat imam. Tidak sah
makmum bersolat fardu mengikut imam yang bersolat hari raya atau Istisqa’ atau gerhana, kerana
solat-solat ini berbeza daripada solat fardu biasa. Dibolehkan makmum mengikut imam yang
bersolat sunat Rawatib kerana sifatnya adalah sama.
10. Imam yang diikut hendaklah tidak mengikut orang lain atau tidak menjadi makmum kepada orang
lain.
11. Makmum tidak ketinggalan dua rukun perbuatan yang panjang daripada imam tanpa keuzuran.
12. Makmum muafiq jangan ketinggalan tiga rukun perbuatan daripada imam jika ada keuzuran seperti
bacaan al-Fatihah makmum terlalu lambat dan dia tidak mampu membaca dengan cepat. Jika imam
telah rukuk, iktidal, dua kali sujud dan duduk antara dua sujud, dan akhirnya bangun semula untuk
rakaat yang berikutnya, makmum hendaklah mengikut imam berdiri untuk rakaat berikutnya dan
menambah rakaat yang tertinggal selepas imam memberi salam. Jika makmum melakukan rukun-
rukun yang tertinggal tanpa niat berpisah daripada imam (mufaraqah) batal solatnya.
BERHIMPUN IMAM DAN MAKMUM
PADA SATU TEMPAT
i- Imam dan makmum di dalam masjid

ii-Imam dan makmum di tempat lapang

iii- Imam dan makmum di dalam bangunan yang bukan masjid

iv- Imam atau makmum di dalam masjid dan seorang lagi di luar masjid
(Penjelasan di slide berikutnya.)
i- Imam dan makmum di dalam masjid
Sah mengikut makmum akan imamnya di mana sahaja ruang masjid tanpa disyaratkan dekat atau
jauhnya. Asalkan makmum mengetahui perpindahan imam tidak mendahului imam pada tempat
dengan syarat dan boleh pergi kepada imam secara biasa, walaupun terpaksa berpaling daripada
Qiblat atau membelakangkannya. Sekalipun terdinding antara imam dan makmum oleh sesuatu
binaan seperti dinding tetapi ada pintu boleh pergi kepada imam (walaupun pintu itu ditutup atau
dikunci). Tetapi jika pintu itu dipaku sebelum sembahyang, maka tidak sah mengikut imam dari
belakang pintu atau dinding tersebut. Kesimpulannya jika terdinding antara imam dan makmum
oleh sesuatu binaan yang tidak ada pintu menembusi kepada imam, tidak sah mengikutnya dari
belakang binaan itu walaupun tidak menghalang pandangan kepada imamnya melalui tingkap
atau dinding.

ii-Imam dan makmum di tempat lapang

Dalam keadaan imam dan makmum berada di tempat lapang seperti padang atau rumah yang
luas (tanpa bilik), maka untuk sah mengikut imam disyaratkan jauh jaraknya tidak melebihi 300
hasta antara imam dan makmum atau antara saf-saf.
iii- Imam dan makmum di dalam bangunan yang bukan masjid

(1)Jika imam berada di suatu bangunan seperti rumah atau surau atau madrasah sedangkan makmum di
bangunan yang lain, (2)atau jika imam berada di suatu tempat dalam sebuah bangunan dan makmum berada
di suatu tempat yang lain seperti di bilik atau ruang tertentu yang terpisah daripada tempat imam tetapi di
dalam bangunan yang sama seperti rumah atau madrasah (3)atau jika imam berada dalam suatu bangunan dan
makmum berada di luar bangunan atau padang (tanah lapang), sebaliknya pada semua masalah tersebut, maka
untuk sah mengikut imam dalam masalah-masalah ini disyaratkan:
i. Jaraknya tidak melebihi 300 hasta antara imam dan makmum
ii. Jangan ada di antara imam dan makmum sesuatu yang mencegah dari laluan pergi kepada imam dengan
jalan biasa bukannya membelakangkan Qiblat
iii. Jangan ada di antara keduanya sesuatu yang menghalang daripada melihat imam atau saf-saf belakang
imam seperti pintu yang ditutup atau tirai yang dilabuhkan
iv. Hendaklah ada seorang daripada makmum berdiri berbetulan dengan pintu supaya ia dapat terus melihat
imam atau sebahagian makmum yang berada di bangunan satu lagi atau yang berada di tempat lain
dalam bangunan yang sama, kerana jika ada sesuatu yang mendindingkan antara imam dan makmum
atau tidak ada seorang pun makmum yang berdiri berbetulan pintu, tidak sah mengikut imam.
Apabila sah ikutan makmum yang berdiri berbetulan pintu itu, sahlah ikutan sekalian mereka yang
di belakangnya atau yang di kanan kirinya, jika dilindungi antara mereka itu dengan imam oleh beberapa
dinding sekalipun kerana memadai dengan makmum yang berbetulan itu sebagai rabitah (pengikat atau
penyambung antara imam dan makmum) dan ia disifatkan sebagai imam kepada mereka. Oleh yang demikian
tidak harus mereka mendahului rabitah pada takbiratul-ihram, pada tempat dan juga pada perbuatan-perbuatan
dalam sembahyang.
Syarat-syarat Rabitah

 Orang yang layak menjadi rabitah itu ialah mereka yang layak dan sah diikut sebagai
imam, oleh itu tidak sah dijadikan perempuan sebagai rabitah jika makmum itu lelaki

 Rabitah itu dapat dilihat oleh makmum di belakang atau kanan kirinya dan dapat pergi
kepadanya tanpa membelakangi Qiblat

 Jika rabitah itu hilang sewaktu sedang sembahyang adalah dimaafkan (tidak
membatalkan ikutan) dan hendaklah mereka terus sempurnakan sembahyang dengan
mengikut imam jika diketahui sekalian perpindahan imam

 Demikian juga jika pintu tertutup dengan sebab angin sewaktu sedang sembahyang
dimaafkan, kerana dimaafkan pada berterusan sesuatu yang tidak dimaafkan pada
permulaan.
iv- Imam atau makmum di dalam masjid dan seorang lagi di luar masjid

Jika salah seorang daripada imam atau makmum berada di dalam masjid dan seorang lagi di luar masjid,
maka hukumnya seperti keadaan imam dan makmum dalam dua bangunan atau salah salah seorang
daripada keduanya dalam bangunan dan seorang lagi di tempat lapang. Maka disyaratkan pada sah
mengikut imam itu adalah seperti berikut:

i. Jarak yang hampir tidak melebihi 300 hasta dikira dari tepi masjid sebelah pihak imam atau
makmum yang di luar masjid atau dari akhir saf yang di luar masjid bukan dikira dari akhir saf
dalam masjid atau tempat imam berdiri

ii. Tidak ada yang mendinding di antara imam dan makmum oleh sesuatu yang mencegah dari lalu
kepada imam atau yang mencegah dari melihat imam, tetapi jika sesuatu yang mendindingi
antara imam dan makmum itu berpintu terus kepada imam, maka disyaratkan pada sah mengikut
itu mestilah ada rabitah yang berdiri berbetulan pintu tersebut.
KEDUDUKAN SOF – 7 PERKARA
1. Imam dengan seorang makmum lelaki
• Hendaklah makmum itu berdiri sebelah kanan imam dan ke belakang sedikit sahaja
daripada imam
• Jika berdiri ia di sebelah kiri atau belakang imam,hukumnya makruh, meluputkan fadilat
berjama’ah.
2. Imam Bersama 2 orang makmum lelaki
• Jika setelah imam dan seorang makmum masuk mengerjakan sembahyang dalam kaifiat di atas, kemudian
datang seorang makmum lelaki, maka hendaklah ia berdiri sebelah kiri imam serta ke belakang sedikit
daripada imamnya.
• Kemudian setelah takbiratul-ihram hendaklah imam melangkah ke hadapan jika ada tempat, kemudian
kedua-dua makmum itu merapatkan saf di belakang imam, atau
• Kedua-dua makmum berundur ke belakang pada ketika berdiri dan bersaf di belakang imam, inilah yang
afdhal.
• Adapun jika makmum yang di kanan berundur sebelum makmum yang di kiri bertakbiratul-ihram, atau ia
berundur pada ketika lain daripada berdiri, maka hukumnya makruh dan luput fadhilat berjama’ah.
• Kata sesetengah ulama', tidak makruh jika berundur waktu ruku'. Sekiranya makmum kedua yang baru
datang itu tidak memperolehi tempat sebelah kiri imam, maka hendaklah ia bertakbiratul ihram di belakang
imam, kemudian makmum yang pertama sebelah kanan imam itu undur kepadanya dan bersaf di belakang
imam.
3. Imam lelaki Bersama makmum perempuan sahaja
• Jika makmum itu seorang perempuan atau lebih,maka hendaklah mereka berdiri di
belakang imamnya.

4. Imam Bersama makmum lelaki dan seorang perempuan


• Jika makmum itu seorang lelaki dan seorang perempuan, maka hendaklah lelaki itu
berdiri pada kanan imam dan perempuan di belakang makmum. lelaki.
5. Imam Bersama 2 orang lelaki atau lebih dan perempuan atau khunsa
• Dalam keadaan ini, hendaklah lelaki itu berdiri di belakang imam, kemudian
perempuan atau khunsa berdiri di belakang dua orang lelaki itu.

6. Imam Bersama makmum lelaki, khunsa dan perempuan


• Hendaklah makmum lelaki itu berdiri di kanan imam dan khunsa di belakang
imam, kemudian perempuan di belakang khunsa.
7. Susunan sof

• Sunat di belakang imam itu lelaki yang baligh, kemudian perempuan.

• Maka apabila berbilang saf makmum, sunat berdiri di belakang imam itu, sekalian
lelaki baligh.

• Jika sudah penuh saf lelaki itu, maka di belakang saf lelaki itu, sekalian kanak-kanak
tetapi jika tidak penuh saf lelaki yang baligh, maka hendaklah dipenuhkan dengan
kanak-kanak lelaki dalam saf itu.

• Walau bagaimanapun, jika terdahulu kanak-kanak lelaki pada sat pertama, maka
jangan diundurkan mereka ke saf belakang, kerana kanak-kanak itu sejenis dengan
lelaki yang baligh, kecuali jika yang terdahulu itu, khunsa atau perempuan maka
hendaklah diundurkan mereka itu kepada saf yang di belakang

Anda mungkin juga menyukai