Anda di halaman 1dari 9

SOLAT JAMA’AH &

SOLAT JUMAAT
SOLAT JAMA’AH
 Definisi: Solat yang didirikan sekurang-kurangnya oleh dua orang yang mana salah seorangnya menjadi
imam atau makmum.
 Hukum: Sunat muakkadah melainkan solat Jumaat.
Menurut Imam Nawawi, hukum solat fardhu secara berjamaah adalah fardu kifayah (jika ada orang yang
mengerjakan solat fardhu berjamaah di masjid dalam sesebuah kampung atau mukim, maka orang yang tidak
hadir secara sengaja terlepas daripada dosa).
 Kelebihan:
 Melebihi solat sendirian dengan 27 ganda dan darjat.
Orang yang berulang alik ke masjid juga akan mendapat kelebihan-kelebihan lain. Antaranya ialah:
• Tergolong daripada jihad pada jalan Allah.
• Allah menyediakan untuknya satu hidangan di syurga setiap kali dia pergi.
• Dapat menggugurkan kesalahan dan mengangkat darjat.
Syarat-syarat Menjadi Imam Syarat Sah Mengikut Imam
 Islam  Makmum wajib niat ikut imam.
 Beraqal  Makmum hendaklah mengikuti semua kelakuan imam dan
 Mumayyiz tidak boleh mendahuluinya.
 Lelaki  Mengetahui gerak geri imam sama ada dengan melihat
 Suci daripada hadas imam,melihat saf barisan belakang atau mendengar suara
 Qari imam atau bilal.
 Imam dan makmum hendaklah berada dalam satu tempat.
 Makmum hendaklah sedikit ke belakang daripada imam
(diukur dari tumit).
 Imam tidak mengikut imam lain.
 Imam seorang yang qari, bukannya ummi.
 Tidak sah ikut imam yang diketahui solatnya tidak sah.
 Makmum tidak menyamai atau mendahului imam ketika
takbir al-ihram.
 Bentuk solat makmum menyamai bentuk solat imam.
Makmum Muwafiq
Makmum muwafiq ialah Makmum yang mendapat masa yang mencukupi bersama qiam imamnya untuk
membaca fatihah dengan kadar bacaan yang pertengahan bukan dengan kadar bacaan sendiri dan bukan
bacaan imamnya.
 Sesiapa yang mendapat masa tersebut ketika qiam imamnya sama ada pada rakaat pertama atau lain-
lain rakaat maka dinamakannya muwafiq dan dimaafkan ketinggalan 3 rukun yang panjang.
 Jika makmum muwafiq itu selesai membaca fatihah dan sempat rukuk sebelum imamnya masuk kepada
rukun ke 4 seperti membaca tasyahhud akhir atau berdiri kepada qiam walaupun sebelumnya imam
telah mendahului dengan duduk istirahat atau perkara yang menyerupai rukun seperti duduk tasyahhud
awal, maka makmum itu dapat rakaatnya dan hendaklah ia meneruskan tertib solatnya.
 Jika imam telah masuk kepada rukun ke 4, seperti ia berdiri kepada had qiam yang sudah layak
membaca surah fatihah atau ia duduk pada had yang layak untuk membaca tasyahhud akhir, sedangkan
makmum muwafiq itu belum sempurna membaca fatihahnya, maka luputlah rakaat itu dan tiada lagi
dibenarkan mengerjakan tertib solat dirinya kerana rakaat telah luput. (Makmum ini diberi dua pilihan,
iaitu sama ada untuk terus ikut imam atau mufaraqah).
Makmum Masbuq
Makmum masbuq ialah makmum yang tidak mendapat masa yang mencukupi bersama qiam imamnya untuk
membaca fatihah dengan kadar bacaan yang pertengahan bukan dengan kadar bacaan sendiri dan bacaan
imamnya.
 Hukumnya dimaafkan meninggalkan bacaan Fatihah, kerana Fatihah yang belum dibaca atau sempat
dibaca sebahagian sahaja oleh makmum itu dikira semuanya ditanggung oleh imamnya.
 Sunat bagi orang masbuq untuk tidak membaca apa-apa bacaan sunat selepas takbiratul ihram tetapi
hendaklah membaca al-Fatihah sahaja kecuali ia menjangka sempat membaca al-Fatihah dan membaca
zikir yang sunat itu baharulah boleh berbuat demikian.
 Syarat-syarat bagi masbuq ialah:
i. Imam suci dari hadas dan najis.
ii. Rakaat yang makmum masbuq ikut itu bukan rakaat yang lebih, contohnya rakaat yang kelima.
iii. Makmum masbuq sempat rukuk dan mempunyai tamakninah sebelum imamnya bangkit daripada
rukuk.
Masalah Khilaf
 Orang yang tertidur dalam tasyahhud awal dengan tetap dua papan punggungnya pada
tempat duduk, tidak terjaga dari tidurnya melainkan setelah imam berada di akhir qiam atau
telah rukuk. Menurut Syeikh Syihab Ramli, makmum dihukumkan sebagai muwafiq,
manakala Ibn Hajar berpendapat bahwa makmum ini menjadi masbuq.

 Orang yang lupa bahawa dirinya adalah makmum. Contohnya ketika berada dalam sujud dia
teringat yang dirinya adalah makmum,bila bangkit dari sujud tiba-tiba imam telah rukuk atau
hampir rukuk. Menurut Syeikh Syihab Ramli, makmum dihukumkan sebagai muwafiq,
manakala Ibn Hajar berpendapat bahwa makmum ini menjadi masbuq.
SOLAT JUMAAT
 Solat Jumaat adalah antara beberapa kelebihan yang dikurniakan khusus kepada umat Nabi Muhammad
SAW supaya mereka mendapat kemuliaan hari Jumaat tersebut.
 Dalil pensyariatan:
Firman Allah SWT:
َ ‫ر لَّ ُكمۡ ِإن ُكنتُمۡ تَ ۡعلَ ُم‬ٞ ‫ُوا ۡٱلبَ ۡي ۚ َع ٰ َذلِ ُكمۡ َخ ۡي‬
‫ون‬ ۡ َ‫صلَ ٰو ِة ِمن يَ ۡو ِم ۡٱل ُج ُم َع ِة ف‬
ْ ‫ٱس َع ۡو ْا ِإلَ ٰى ِذ ۡك ِر ٱهَّلل ِ َو َذر‬ َ ‫ين َءا َمنُ ٓو ْا ِإ َذا نُو ِد‬
َّ ‫ي لِل‬ َ ‫يََٰأيُّهَا ٱلَّ ِذ‬
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang
pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan
mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian
adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).(Surah al-Jumu’ah: 9)
 Hukum: Fardhu ain ke atas setiap lelaki yang mukallaf melainkan jika terdapat keuzuran yang
dibenarkan oleh syarak.
FARDHU JUMAAT

DUA KHUTBAH
• Khatib berdiri ketika berhutbah
• Tidak dikemudiankan daripada solat
• Khatib berada dalam keadaan suci daripada hadas kecil dan besar
• Rukun khutbah dibaca dalam bahasa Arab
• Berturut-turut antara rukun-rukun khutbah, antara khutbah pertama dengan khutbah kedua dan antara khutbah kedua
dengan solat.
• Rukun kedua-dua khutbah didengari oleh 40 orang kamil*

RUKUN KHUTBAH
• Memuji Allah SWT
• Bersalawat atas Nabi SAW
• Berpesan supaya bertakwa
• Membaca satu daripada ayat al-quran pada salah satu daripada dua khutbah
• Berdoa untuk orang yang beriman pada khutbah kedua

SOLAT DUA RAKAAT


• Dilaksanakan secara berjemaah
• Makmum wajib berjamaah dengan pada salah satu daripada dua rakaat.

**Kamil: orang yang berakal, baligh, merdeka, mustautin dan orang yang sah solat dirinya
SYARAT WAJIB & SYARAT SAH

SYARAT WAJIB JUMAAT


• Islam
• Baligh
• Berakal
• Merdeka
• Lelaki
• Sihat tubuh badan
• Bermukim

SYARAT SAH JUMAAT


• Hendaklah didirikan dalam kampung atau pekan* di mana bilangan penduduknya yang bermaustautin tidak
kurang 40 orang yang kamil**
• Didirikan dalam waktu Zuhur.
• Tidak berbilang solat jumaat pada satu tempat.
• Didahului dengan dua khutbah.

*Pekan: Kawasan yang mempunyai kadi dan Hakim dan terdapat pasar untuk berjual beli.
**Kamil: orang yang berakal, baligh, merdeka, mustautin dan orang yang sah solat dirinya

Anda mungkin juga menyukai