Anda di halaman 1dari 23

Panduan Solat Jemaah

(Petikan drp http://mindaglobal.forumsplace.com) Solat Berjemaah Mengikut Fikh Mazhab Syafie 1. Niat dalam solat Makmum mestilah berniat makmum sewaktu takbiratul ihram. Batal solat jika dia sengaja mengikut imam tanpa niat makmum atas alasan tiada apa ikatan antara dia dengan imam. Kecuali kalaulah pengikutan dia dengan imam itu secara kebetulan, tidak batal solat, namun dia dikira solat sendirian (munfarid). Makmum yang syak niatnya samada niat makmum atau tidak, jika dalam solat, batal solatnya. Kecuali dia belum mengikuti imam 1 rukun perbuatan, maka, dia boleh berniat menjadi makmum. Imam pula, untuk mendapat kesempurnaan berjemaah, hendaklah berniat imam sewaktu takbiratul ihram jika dia ada makmum bersamanya seawal solat. Jika di pertengahan solat, baru ada makmum mengikutinya, maka dia berniat imam sesudah makmum selesai bertakbiratul ihram. Imam yang yang tidak berniat imam, sah sembahyangnya tapi tidak mendapat kelebihan berjemaah. Kecuali untuk solat jumaat, adalah wajib bagi seseorang berniat samada imam ataupun makmum. 2. Takbiratul ihram Tidak boleh mendahului atau serentak dengan imam dalam takbiratul ihram. Makmum kena tunggu selesainya imam takbiratul ihram, barulah boleh dia takbiratul ihram. Jika tidak, batal solatnya. Makmum yang takbiratul ihram dan mendapati imam sujud, boleh sahaja terus sujud tanpa mengucapkan takbiratul intiqalat. Begitu juga, jika dia mendapati imam tasyahud awal atau tasyahud akhir, terus sahaja boleh duduk tasyahud tanpa perlu bertakbir intiqalat. Membaca tasyahud itu dibolehkan baginya. Makmum yang takbiratul ihram kemudian mendapati imam telah memberi salam sebelum dia sempat duduk, maka dia hendaklah terus sahaja berdiri meneruskan solatnya. Tidak perlu baginya duduk lagi. Dia dikira mendapat jemaah. 3. Menunggu makmum Adalah lebih afdhal berjemaah dengan orang yang sedikit di awal waktu daripada bersembahyang berjemaah dengan orang yang banyak di akhir waktu. Justeru, tidak sunnah mentakhirkan sembahyang sebab menanti akan orang yang banyak atau menanti orang-orang terpilih. Sunnat bagi imam menanti di 2 tempat dalam sembahyangnya; Rukuk dan tasyahud akhir; akan orang yang dirasakan datang untuk mengikutnya. Jika dia menunggu untuk makmum mengikutnya masuk jemaah, dia boleh melebihkan tasbih dalam kiraan ganjil 5x, 7x sehingga kesempurnaannya ialah 11x. Jika tiada apa keuzuran seperti itu, makruh imam membaca tasbihnya dalam rukuk atau sujud lebih dari 3x.

4. Makmum Muwafik Makmum muwafik (mengikut imam pada waktu kadar dia sempat membaca fatihah) yang dikira uzur hendaklah menyempurnakan bacaan fatihahnya tetapi tidak boleh ketinggalan dengan imam melebihi 3 rukun panjang (rukun perbuatan) sebagai syarat mendapat rakaat. Uzur di sini adalah seperti makmum itu bacaan fatihahnya lambat sedangkan imam membaca cepat. Atau makmum syak bacaan fatihahnya. Atau makmum sibuk membaca doa iftitah dan taawuz. Jika tiada uzur, tidak boleh ketinggalan dengan imam melebihi 2 rukun perbuatan atau sembahyangnya batal. Termasuk tiada uzur, ialah seperti makmum membaca surah atau makmum diam. Makmum muwafik yang was-was dalam membaca fatihah tidak dikira sebagai uzur. Dia perlu menyelesaikan fatihahnya dan hanya dimaafkan sekadar 2 rukun (rukuk & itidal). Batal solat jika imam menuju sujud sedangkan dia masih lagi qiyam dan membaca fatihah. 5. Makmum Masbuk Makmum masbuk (mengikut imam pada waktu kadar dia tidak sempat membaca fatihah) hendaklah terus membaca fatihah tanpa dilengahkan dengan doa iftitah dan taaawuz. Bila imam rukuk, dia hendaklah terus sahaja memberhentikan bacaan fatihahnya. Dia dikira mendapat rakaat, sekiranya dia mendapat rukuk itu bersama imam sekurang-kurangnya tukmaninah (sekadar waktu melafaz subhanAllah). Sekiranya dia melengahkan bacaan fatihahnya atas sebab sibuk membaca doa iftitah atau taawuz atau diam disebabkan lupa atau mendengar bacaan imam: Maka bilamana imam rukuk, jika dia turut rukuk dengan sengaja, batal solatnya. Hendaklah disempurnakan bacaan fatihahnya dahulu sekadar banyak huruf yang telah dibacanya (doa iftitah atau taawuz) atau lama diamnya. Jika selesai membaca yang tersebut, didapati imam masih rukuk, dia dikira mendapat rakaat. Dia dikira tidak mendapat rakaat, jika imam sudah bangun daripada rukuk dan itidal. Justeru, hendaklah dia menyesuaikan diri (muwafakat) dengan terus itidal dan tidak wajib baginya rukuk. Jika imam menuju sujud, hendaklah dia terus menuju sujud juga, tidak wajib baginya rukuk dan itidal. Syarat baginya tidak boleh ketinggalan dengan imam 2 rukun perbuatan atau batal solat. Kecuali dia niat mufaqarah, maka dia boleh terus solat sendirian. Makmum masbuk yang bilamana dia takbiratul ihram, didapatinya imam rukuk tanpa dia sempat membaca apa-apa dari Al-Fatihah, maka dikira mendapat rakaat sekiranya dia dapat rukuk bersama-sama imam sekadar tukmaninah atau kadar membaca subhanaAllah. Jika tidak, rakaat tersebut tidak dikira untuknya dan batal solatnya jika dia ketinggalan dengan imam 2 rukun perbuatan. 6. Memberi Salam Makruh makmum serentak mengiringi Imam dalam memberi salam malah boleh menghilangkan kelebihan berjemaah. Tetapi batal solat jika mendahului imam dalam memberi salam. Sunnat bagi orang yang masbuk, untuk menyelesaikan baki rakaatnya, bangun selepas imam selesai memberi kedua-dua salam. Bangunnya itu hendaklah disegerakan dan tidaklah boleh dia sengaja duduk dengan kadar yang lama. Bangunnya makmum itu hendaklah diucapkan takbir intiqalat jika dia bangun pada rakaat yang sepatutnya dia bangun daripada tasyahud awal. Jika tidak, tidak perlu baginya takbir intiqalat. 7. Mengulangi Solat (iadah) Sunnat bagi makmum mengulangi (iadah) solatnya 1x atas alasan solat pertamanya itu adalah solat sendirian atau dia ingin menemani orang lain untuk solat berjemaah. Syaratnya solat kedua itu mestilah solat jemaah. Niatnya adalah sama seperti solat pertama.

Orang yang solat sendirian kemudian mendapati ada solat jemaah didirikan, ada 3 keadaan. Pertama, dia boleh berhenti terus daripada solat itu dan masuk jemaah. Kedua, Jika solat itu kurang daripada 2 rakaat, dia boleh sempurnakan solat 2 rakaat. Solat tersebut dikira solat sunat. Kemudian dia masuk jemaah. Ketiga, jika solat itu sudah melepasi 2 rakaat, dia boleh menyelesaikan solat fardhunya secara sendirian itu kemudian dia mengulangi solat dengan berjemaah. 8. Mendahului atau ketinggalan daripada Imam Haram mendahului imam dengan sengaja satu rukun perbuatan dan batal jikan mendahului imam dengan 2 rukun perbuatan. Terkecuali bagi mereka yang jahil atau lupa. Jika makmum mendahului imam satu rukun dengan terlupa atau tidak sengaja, dia boleh memilih untuk kembali kepada rukun sebelumnya atau tunggu sehingga imam berada pada rukun tersebut. Contoh jika makmum rukuk mendahului imam, maka bolehlah dia menunggu sehingga imam rukuk untuk kembali bersama-sama imam. Bagi makmum yang ketinggalan tanpa uzur, tidak boleh melebihi 2 rukun perbuatan. Contoh, makmum masih berdiri, tetapi imam sudah sempurnakan 2 rukun perbuatan dan menuju sujud. 9. Memperingatkan kelupaan imam Disunatkan bagi makmum memperingatkan kelupaan makmum dengan lelaki mengucapkan tasbih iaitu SubhanaAllah. Wanita pula hendaklah menepuk permukaan tapak tangan kanan ke atas belakang tapak tangan kiri. Apabila imam masih meninggalkan sesuatu yang fardhu, atas keyakinannya yang dia tidak meninggalkannya, walau setelah makmum mengingatkannya, maka makmum boleh mufaraqah. Jika imam meninggalkan sunat abaad, walau setelah makmum menegurnya, maka makmum tidak perlu mufaraqah. Boleh sahaja dia ikut imam. Contoh, imam meninggalkan tasyahud awal atas sebab lupa. Walaupun nanti imam tidak sujud sahwi, makmum boleh sujud sahwi selepas imam memberi salam kedua. Jika imam sujud sahwi, wajib makmum ikut sekali. Jika tidak batal sembahyang makmum. Bagi imam kena niat sujud sahwi. Bagi makmum tidak perlu berniat apaapa kerana dia mengikut imam. Sama juga jika imam sujud tilawah. 10. Imam batal sembahyang Imam yang batal sembahyang atas sebab seperti hadas, boleh diganti oleh makmum dengan syarat makmum belum melakukan satu rukun perbuatan. Pengganti imam kenalah menggantikan imam di tempat imam berhenti. Haram bagi makmum bersembahyang di belakang orang yang berhadas jika dia mengetahui akan hadas orang tersebut. Samalah sekiranya orang tersebut mempunyai najis pada pakaiannya. Jika sedang sembahyang, makmum baru mengetahuinya, maka wajib bagi makmum mufaraqah. Jika setelah selesai solat, makmum baru mengetahuinya, sah solat makmum, tetapi tidak bagi imam tersebut. 11. Syarat menjadi Imam Syarat menjadi imam mengikut urutan seperti berikut didahului oleh Faqih atau faham dalam bab hukum hakam agama terutama sembahyang. Jika terdapat dua orang yang sama faqih, maka dilihat pada elok bacaannya. Samada dia seorang qari ataupun tidak. Jika terdapat persamaan pada baik bacaannya, maka dilihat pula dari segi kewarakannya.

Batal sembahyang orang yang qari di belakang orang yang ummi jika dia mengetahui akan umminya orang tersebut. Jika di dalam sembahyang, baru dia mengetahuinya, maka hendaklah dia mufaraqah. Jika di masjid, maka imam yang dilantik oleh pihak masjid berhak menjadi Imam. Juga, di rumah, tuan rumah lebih berhak menjadi imam, kecuali dia merasakan ada orang lain yang lebih berhak maka dia meminta orang lain menjadi imam. Namun, bagi pemimpin, dia lebih berhak menjadi makmum kepada anak-anak buahnya. Kecualilah dia menunjukkan orang lain menjadi imam. Bagi imam yang berlainan mazhab, ia diukur mengikut iktiqad makmum. Jika makmum dapat mempastikan yang imam meninggalkan sesuatu yang diambil kira sah sembahyang dalam mazhab makmum, maka tidaklah sah mengikuti imam tersebut. 12. Saf Imam & Makmum Saf hendaklah mengikut aturannya. Imam mestilah di hadapan makmum dan tidak boleh makmum terkehadapan daripada imam. Makmum lelaki di hadapan dan makmum perempuan di belakang lelaki. Tidak boleh saf perempuan berdiri terlalu jauh daripada saf lelaki yang akhir. Kalau ada 2 orang sahaja untuk berjemaah, makmum hendaklah berdiri di sebelah kanan imam, dekat betul dengan imam sekira-kira jari kelingking kaki kiri makmum bertemu tumit kaki kanan imam. Kalau ada 3 orang, maka 2 orang hendaklah berdiri betul-betul di tengah belakang imam dan jaraknya hendaklah dekat dengan imam kira-kira pada kadar 3 hasta. Begitu juga antara satu saf dengan saf lain di belakangnya. Jika terlalu jauh, maka hilanglah kesempurnaan berjemaah. Namun, ia dikira tetap sah solat. Imam, sebelum mula mendirikan solat, hendaklah memastikan dahulu barisan saf untuk rapat dan lurus. Lurus itu mengikut tumit makmum. Manakala rapat itu bermaksud jari kelingking kaki makmum bertemu satu sama lain. Makmum pula janganlah hanya menjaga saf pada sebelum solat sahaja atau rakaat pertama sahaja. Sedangkan menjaga saf agar rapat dan lurus hendaklah berlaku pada setiap rakaat. Oleh yang demikian, sebaik bangun daripada sujud kedua untuk rakaat seterusnya, betulkanlah semula saf kita itu walaupun kita dalam keadaan solat. Makmum yang seorang di kanan imam, bilamana datang seorang lain untuk menyertai jemaah, maka hendaklah dia berundur ke belakang selepas orang tersebut bertakbiratul ihram. Jika di belakangnya sempit, maka wajarlah imam tersebut yang mara ke hadapan. Bagi seorang yang datang lewat kepada jemaah, hendaklah dia mengisi ruang kosong pada saf yang ada. Makruh baginya memulakan saf baru di belakang saf yang masih ada ruang kosong untuk diisi makmum. Jika ruang sudah penuh, dan dia seorang sahaja di belakang, bolehlah dia memulakan saf baru dengan bertakbiratul ihram, kemudian menarik seorang di saf hadapan menyertainya. Jika dia solat berseorangan di belakang, solatnya sah tetapi makruh baginya berbuat begitu serta kuranglah kesempurnaan jemaah baginya. 13. Solat Imam & Makmum Harus bagi makmum yang solat penuh (tamam) mengikut imam yang solat qasar. Namun, imam hendaklah memberitahu sebelum solatnya yang dia solat qasar. Tidak menyalahi juga bagi makmum yang solat fardhu untuk mengikut imam yang solat sunat. 14. Jemaah baru Bagi satu kumpulan yang masuk ke dalam masjid lalu mendapati imam dalam tasyahud akhir, afdhal bagi mereka untuk membuat jemaah baru selepas imam selesai salam. Dengan syarat waktu masih lapang dan tidak

DOSA-DOSA YANG DIANGGAP BIASA : MENDAHULUI IMAM SECARA SENGAJA DALAM SOLAT
Oleh : Syaikh Muhammad bin Shalih al-Munajjid 8. MENDAHULUI IMAM SECARA SENGAJA DALAM SHALAT Di antara tabiat manusia adalah tergesa-gesa dalam tindakannya. Allah berfirman, Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa. (A-Isra: 11)

.
Pelan-pelan adalah dari Allah dan tergesa-gesa adalah dari setan.( Hadits yang diriwayat dalam As-Sunan Al-Kubra, 10/104; Dalam As-Silsilah Ash Shahihah, hadits no. 1795.) Dalam shalat jamaah, sering orang menyaksikan di kanan kirinya banyak orang yang mendahului imam dalam ruku, sujud, takbir perpindahan, bahkan mendahului salam imam. Mungkin dengan tak disadari, hal itu juga terjadi pada diri sendiri. Perbuatan yang barangkali dianggap persoalan remeh oleh sebagian besar umat Islam itu, oleh Rasulullah shallallahu alaihi wasallam diperingatkan dan diancam secara keras dalam sabdanya, . Tidakkah takut orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam, bahwa Allah akan mengubah kepalanya menjadi kepala keledai?( Hadits riwayat Muslim, 1/320-321.) Jika saja orang yang hendak melakukan shalat dituntut untuk mendatanginya dengan tenang, bagaimana pula halnya dengan shalat itu sendiri? Tetapi terkadang orang memahami larangan mendahului imam itu dengan harus terlambat dari gerakan imam. Hendaknya dipahami, para fuqaha telah menyebutkan kaidah yang baik dalam masalah ini yaitu, hendaknya makmum segera bergerak ketika imam telah selesai mengucap takbir. Ketika imam selesai melafazhkan huruf (ra) dari kalimat Allahu Akbar, saat itulah makmum harus segera mengikuti gerakan imam, tidak mendahului dari batasan tersebut atau mengakhirkannya. Jika demikian, maka batasan itu menjadi jelas. Dahulu para sahabat radhiallahu anhum sangat berhati-hati sekali untuk tidak mendahului Nabi shallallahu alaihi wasallam. Salah seorang sahabat bernama Al- Barra bin Azib radhiallahu anhu berkata,

Sungguh mereka (para sahabat) shalat di belakang Rasulullah shallallahu alaihi wasallam, maka jika beliau mengangkat kepalanya dari ruku, saya tidak melihat seorang pun yang membungkukkan punggungnya, sehingga Rasulullah shallallahu alaihi wasallam meletakkan keningnya di atas, lalu orang yang berada di belakangnya bersimpuh sujud (bersamanya).( Hadits riwayat Muslim, hadits no 474, cet, Abdul Baqi.) Ketika Rasulullah shallallahu alaihi wasallam mulai uzur dan geraknya tampak pelan, beliau mengingatkan orang-orang yang shalat di belakangnya,

.Wahai sekalian manusia, sungguh aku telah lanjut usia, maka janganlah kalian mendahuluiku dalam ruku dan sujud( Hadits riwayat Al-Baihaqi, 2/93, dan hadits tersebut dihasankan dalam Irwaul Ghalil, 2/290.) Dalam shalatnya, imam hendaknya melakukan sunnah dalam takbir, yakni sebagaimana disebutkan dalam hadits Abu Hurairah radhiallahu anhu:

... .
Bila Rasulullah shallallahu alaihi wasallam berdiri untuk shalat, beliau bertakbir ketika berdiri, kemudian bertakbir ketika ruku, kemudian bertakbir ketika turun (hendak sujud), kemudian bertakbir ketika mengangkat kepalanya, kemudian bertakbir ketika sujud, kemudian bertakbir ketika mengangkat kepalanya, demikian beliau lakukan dalam semua shalatnya sampai selesai dan bertakbir ketika bangkit dari dua (rakaat) setelah duduk (tasyahud pertama).( Hadits riwayat Al-Bukhari, hadits no. 756 cet. Al-Bagha.) Jika imam menjadikan takbirnya bersamaan dan beriringan dengan gerakannya, sedang makmum memperhatikan ketentuan dan cara mengikuti imam, sebagaimana disebutkan di muka, maka jamaah dalam shalat tersebut menjadi sempurna.

Mabrurkah Solat Berjemaah kita?


Ganjaran 25 kali atau 27 kali bagi kaum muslimin yang bersolat berjemaah di masjid atau di surau.Untuk menadaptkannya perkara berikut perlu dipatuhi:, Syarat Sah Solat Berjemaah Syarat sah solat berjemaah itu ada tujuh perkara. 1 Imam hendaklah berada di hadapan makmum sekira-kira janganlah tumit makmum mendahului (ke hadapan daripada) tumit imam (pada sembahyang berdiri) dan janganlah punggung makmum mendahului punggung imam (jika sama-sama solat duduk). Dan jika sama tumit makmum dengan tumit imam, sembahyang makmum itu masih sah, tetapi makruh dan tiada fadilat berjemaah. 2 Hendaklan makmum mengetahui pergerakan imam, samada ia nampak imam itu atau nampak makmum di hadapannya yang mengikut imam atau mendengar suara imam atau suara muballigh bagi imam. 3 Berhimpun imam dan makmum di satu tempat.

4 Hendaklah makmum berniat mengikut imam atau berjemaah atau menjadi makmum. Dan jika sembahyang seseorang mengikut imam, padahal dia tidak berniat berjemaah, maka batallah sembahyangnya[1]. Tetapi jika imam itu tidak berniat menjadi imam, maka sembahyangnya (imam) adalah sah, kerana tidak disyaratkan bagi imam untuk berniat menjadi imam, sekalipun dia tidak mendapat fadhilat berjemaah kerana tidak berniat jemaah. Dan tidak disyaratkan bagi makmum berniat mengikut imam atau jemaah itu di dalam takbiratul ihram, bahkan sah jika diniatkan ketika sedang bersembahyang (sesudah takbiratul ihram). Tetapi yang sepatutnya ialah berniat ketika takbir (sebelum bertakbir), supaya mendapat fadhilat berjemaah pada permulaan sembahyang lagi. Diingatkan juga, bahawa wajib pada sembahyang jumaat berniat berjemaah pada permulaan sembahyang lagi (dalam takbir). 5 Hendaklah sama peraturan sembahyang imam dan makmum. Kerana inilah sah sembahyang fardu di belakang imam yang sembahyang sunat dan begitulah juga sebaliknya. Contoh bagi yang tidak sama peraturan sembahyang ialah solat biasa mengikut solat gerhana atau solat jenazah, maka tidak sah ikutannya itu. Dan tidak mengapa juga jika berlainan bilangan rakaat sembahyang imam dan makmum. Dan jika rakaat sembahyang imam itu adalah lebih banyak, dan makmum sudah pun membaca tahiyat akhir, dia dibolehkan untuk menanti imam dalam tahiyyatnya sehingga imam itu selesai mengerjakan sembahyangnya dan memberi salam atau (pilihan kedua ialah) dia berniat mufaraqah dan memberi salam sebelum selesai solat imamnya. Dan yang afdhalnya ialah menanti imam. Tetapi jika tahiyyat akhir makmum itu berada pada rakaat yang tiada tahiyyat bagi imam, seperti sembahyang maghrib di belakang imam yang bersembahyang empat rakaat, atau sembahyang dua rakaat di belakang imam yang bersembahyang empat rakaat, tetapi imamnya tidak mengerjakan tahiyyat awal, maka wajib bermufaraqah dan tidak harus menanti imam. 6 Hendaklah makmum menurut imam pada perkara-perkara sunat yang perlu dituruti imam samada menurut dengan tinggal atau buat. Ertinya, jika imam mengerjakan sunat tersebut, maka wajib juga dikerjakannya dan jika ditinggalkannya, maka makmum juga wajib meninggalkannya. Contohnya adalah seperti sujud tilawah. Maka jika imam meninggalkannya, makmum juga wajib meninggalkannya, dan jika dilakukannya juga, sedangkan imam meninggalkannya, maka batallah sembahyangnya. Tetapi jika duduk imamnya kerana membaca tahiyyat awal, dan makmum pula sengaja berdiri, tidaklah batal sembahyangnya dan disunatkan baginya kembali duduk (bertahiyyat bersama imam). Dan jika dia berdiri kerana terlupa, sedangkan imamnya duduk membaca tahiyyat awal, maka wajiblah bagi makmum itu kembali duduk (bertahiyyat), dan jika dia tidak turun untuk bertahiyyat bersama imam, maka batallah sembahnyangnya. 7 Hendaklah makmum mengikuti imamnya pada takbiratul ihram dan lainnya. Ini kerana, tidak dinamakan sembahyang berjemaah jika makmum tidak mengikut imam.

Masalah 1: Jika bertakbir yang ingin menjadi makmum berserentak dengan takbir imam, atau mendahului imamnya, maka batallah sembahyangnya. Masalah 2: Jika makmum mendahului imam dalam rukun qauli (bacaan), maka sembahyangnya sah, kecuali takbir, maka tidak sah sembahyangnya. Masalah 3: Sah makmum mendahului imam dengan satu rukun fili (perbuatan), sekalipun ia adalah haram dan berdosa (kerana mendahului imam). Masalah 4: Jika makmum mendahului imam dengan dua rukun, maka batallah sembahyangnya, sekalipun rukun pendek. Contohnya adalah seperti rukuk seorang makmum mendahului imamnya, dan apabila imam ingin rukuk, maka ia bangkit beriktidal. Dan apabila imamnya ingin bangkit daripada rukuk, makmum itu sudahpun sujud, maka batallah sembahyang ketika itu (sujud) kerana mendahului imamnya dengan dua rukun. Masalah 5: Batal sembahyang makmum yang terlewat daripada mengikuti imamnya dengan dua rukun fili tanpa sebarang keuzuran yang dimaafkan dan jika rukun pendek sekalipun. Contohnya ialah seperti bahawa imamnya telah rukuk, iktidal dan tunduk untuk sujud, sedangkan makmum itu masih lagi berdiri (membaca al-fatihah), maka batallah sembahyang makmum tatkala imam itu sujud. Dan perlu dingatkan di sini bahawa waswas tidaklah termasuk keuzuran, kerana itu, sesiapa yang terlewat dua rukun kerana waswasnya, maka batallah sembahyangnya. Masalah 6: Dimaafkan kepada makmum muafiq yang mempunyai keuzuran seperti yang terlalu lambat membaca al-Fatihah atau yang terlupa membacanya atau imamnya terlalu cepat membaca al-Fatihah terlewat daripada imam sehingga tiga rukun yang panjang. Dan jika lebih daripada itu, maka dia wajib berniat mufaraqah dan menyelesaikan sembahyang dirinya berseorangan atau dia terus mendapatkan imam (mengikut imam dengan meninggalkan rukun-rukun sembahyangnya yang terlewat itu), dan menambahkan serakaat lagi sebagai ganti bagi rakaat tersebut sesudah salam imamnya. Adapun makmum masbuq, maka dia wajib rukuk setelah imamnya rukuk sekalipun tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihahnya. Ini kerana bacaan itu ditanggung oleh imam. Masalah 7: Makmum masbuk yang sempat rukuk bersama imamnya serta dia berthomaninah bersama imamnya dengan yakin (sebelum imamnya bangkit daripada rukuk itu) dan imamnya itu suci daripada najis dan juga hadas, maka dia dianggap mendapat rakaat. Dan jika imamnya itu ada najis atau berhadas, maka dia tidak dianggap mendapat rakaat itu, kerana imamnya tidak boleh menanggung bacaan al-Fatihahnya. Begitu juga dia tidak dianggap mendapat rakaat jika dia sempat rukuk bersama imam, tetapi tidak sempat berthomaninah bersama imam, atau dia berthomaninah tetapi selepas imamnya sudahpun bangkit daripada rukuknya, atau dia syak, adakah dia sempat berthomaninah bersama imam atau selepas imamnya sudah bangkit daripada rukuk. Maka sekalian keadaan ini, tidak dianggap mendapat rakaat. Masalah ini perlu diambil perhatian kerana didapati ramai yang terbatal sembahyangnya kerana jahil akan masalah ini, yang mana dia menganggap

bahawa dia sudahpun mendapat satu rakaat, lalu dia memberi salam, padahal sebenarnya dia masih lagi kekurangan satu rakaat. Antara perkara yang amat diambil berat dalam soal peraturan solat berjemaah ialah lurusnya saf, malah ia salah satu daripada kesempurnaannya. Dalam hadis sahih, Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: Luruskan saf, kerana ia adalah kesempurnaan mendirikan solat. (Al-Bukhari no 723, Muslim no 1003). Dalam hadis diriwayatkan oleh Ibn Majah, ada tambahan, iaitu jika kamu tidak meluruskan saf, maka Allah SWT akan mewujudkan perselisihan pada hati-hati kamu. Dalam riwayat Ahmad pula, Nabi memberitahu kita, saf yang tidak dirapatkan antara bahu-bahu itu akan mengakibatkan kemasukan syaitan di antaranya, lalu ia merosakkan solat kamu (menghilangkan rasa khusyuk) (Riwayat Ahmad no 22317). Malah, ketegasan lebih jelas apabila Nabi saw bersabda bermaksud: Jangan sampai aku melihat celahan antara saf-saf. (Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir no 11453). Berdasarkan hadis di atas, kita dapat membuat kesimpulan berikut: Tuntutan merapatkan saf dalam solat dan larangan keras memutuskannya.

Doa kehilangan keberkatan pada orang yang memutuskan saf atau menyebabkannya menjadi bengkok. Akan timbul perselisihan pada hati-hati mereka.

Menyebabkan tidak dapat pahala berjemaah kerana terputus saf dengan jemaah yang lain. Sekiranya dilakukan dengan sengaja, ia haram kerana menyebabkan jemaah yang berada di samping kita turut tidak memperoleh pahala berjemaah yang dijanjikan dalam hadishadis yang sahih. Kewujudan tiang yang menghalang saf bercantum adalah suatu yang dimaafkan kerana ia adalah suatu yang tidak dapat dielakkan. Imam bertanggungjawab memberitahu makmum kewajipan meluruskan saf kerana ia adalah amalan Nabi SAW. Dalam perkara kedua pula iaitu amalan membawa anak-anak ke masjid adalah suatu perkara yang amat digalakkan. Dalam banyak hadis sahih menunjukkan Nabi SAW menyegerakan solat apabila mendengar tangisan bayi kerana bimbang bahaya terhadapnya. Ini menunjukkan sahabat turut membawa anak bersolat berjemaah di masjid bersama Nabi SAW. Demikian pula Nabi SAW pernah ditunggangi oleh cucu baginda ketika sedang sujud hingga menyebabkan baginda melambatkan rukun berikutnya. Berpandukan hadis ini, kalangan ulama meletakkan garis panduan tertentu untuk menjaga kepentingan roh solat agar sentiasa ada khusyuk dan selamat daripada najis yang boleh disebabkan oleh anak, antaranya: Kanak-kanak itu sudah pun mumayyiz

Anak itu diletakkan dalam saf khas dalam kebanyakan sistem yang diguna pakai di masjid . Kewajipan ibu bapa atau imam memberi ingat kepada jemaah kanak-kanak agar berakhlak mulia ketika di masjid, terutama ketika solat berjemaah. Ini antara adab penting yang mesti diikuti oleh umat Islam bagi melahirkan jemaah berkualiti yang menjadi objektif utama solat jemaah disyariatkan.

Larangan-Larangan Yang Diabaikan [Makmum Mendahului Imam Dengan Sengaja]


Kebiasaan manusia adalah suka tergesa-gesa. Allah berfirman: "Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa." (al-Isra': 11) Dan Rasulullahi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Tenang dan waspada adalah (nikmat) dari Allah, dan tergesa-gesa adalah dari syaitan." [Al-Baihaqi (as-Sunnan al-Kubra 10/104). Lihat as-Silsilah (1795)] Dalam solat berjamaah, sering seseorang memperhatikan orang yang solat di sampingnya dan sekelilingnya, bahkan kadang-kadang pada dirinya sendiri dilihat perbuatan mendahului imam dalam ruku', sujud dan takbir-takbir intiqal pada umumnya, bahkan ketika mengucapkan salam. Perbuatan ini hakikatnya tidak mendapat perhatian dikalangan orang ramai, padahal ada ancaman keras dari Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam sabdanya: "Apakah orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam tidak merasa takut, bahawa Allah akan mengubah kepalanya menjadi kepala keledai?"[Muslim (1/320 - 321)]

Apabila orang yang menuju tempat solat, dituntut untuk tenang dan tunduk maka bagaimana pula halnya dengan solat itu sendiri? Kadang-kadang sesetengah orang mencampuradukkan antara perbuatan mendahului imam dengan terlambat dan (mengikuti) imam. Maka ketahuilah, bahawa para fuqaha - rahimahumullah - telah menjelaskan hujah yang baik dalam masalah ini, iaitu: bahawa makmum sewajarnya bergerak ketika imam selesai bertakbir, bila imam selesai dari huruf ( ) dari lafaz ( ,) makmum mula bergerak tidak boleh mendahului atau terlambat, dengan demikian masalahnya menjadi jelas dan teratur. Para sahabat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam sangat prihatin dan berhati-hati agar tidak mendahului baginda, salah seorang dari mereka iaitu al-Bara' bin Azib menceritakan: "Sesungguhnya mereka solat di belakang Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam maka bila baginda selesai mengangkat kepalanya dari ruku', aku tidak melihat seorang pun yang membungkukkan punggungnya hingga Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam meletakkan keningnya di tanah, kemudian sahabat di belakangnya menunduk sujud." [Muslim (474) cet. Abdul Baqi] Ketika Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam lanjut usia dan gerakannya mulai lambat, baginda mengingatkan orang-orang yang solat di belakangnya dengan bersabda: "Hai manusia (sahabat), sesungguhnya aku sudah lanjut usia (lamban), maka janganlah kamu sekalian mendahuluiku dalam ruku' dan sujud." [Al-Baihaqi (2/93). Dihasankan oleh
al-Albani dalam Irwa' al-Galil (2/290)]

Dan sebaliknya imam, mestinya mengamalkan sunnah dalam takbir, sebagaimana yang tertera dalam hadits Abu Hurairah r.a: "Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam apabila hendak menunaikan solat, bertakbir ketika berdiri, kemudian ketika ruku', ketika turun (untuk sujud), ketika mengangkat kepalanya, ketika sujud, ketika mengangkat kepalanya dari sujud, dan baginda melakukan demikian dalam seluruhnya solatnya hingga selesai dan bertakbir ketika berdiri dari tasyahhud awal." [Bukhari (756) Cet. Al-Baga] Maka bila imam menyamakan takbir dengan gerakannya, dan makmum bersungguhsungguh berpegang dengan cara-cara tersebut, nescaya urusan jamaah dalam solat mereka menjadi baik.

ANTARA ILMU DAN HARTA


Sepuluh orang Khawarij datang mengunjungi tempat Saidina Ali bin Abi Thalib. Mereka bermaksud menguji sejauhmana kedalaman ilmu yang dikuasai oleh Ali bin Abi Thalib. Adapun penyebab pokok dari kedatangan sepuluh orang Khawarij ke tempat Saidina Ali bin Abi Thalib, karena orang Khawarij merasa iri dengki dengan kepandaian beliau dalam bidang ilmu agama dan sebagainya. Disamping itu, juga tersiar keseluruh kota Madinah bahwa Nabi Muhammad Saw. pernah bersabda : "Aku ini kotanya Ilmu dan Ali sebagai pintunya". Setibanya kesepuluh orang Khawarij itu dihadapan Ali, mereka diterima beliau dengan baik dan dianggap sebagai tamu yang terhormat. "Wahai Ali ! Kami adalah sepuluh orang yang diutus kaum kami untuk menanyakan sesuatu kepadamu. Diantara kami masing-masing akan bertanya kepadamu saling bergantian. Jawaban yang kami dapat nanti akan kami bawa pulang untuk

disampaikan kepada kaum kami", kata salah seorang dari mereka, memulai pembicaraan. "Baiklah ! Tentang apa yang akan engkau tanyakan?" tanya Saidina Ali. Orang pertama bertanya kepada Ali : "Hai Ali, manakah yang lebih mulia, Ilmu atau harta benda, dan terangkan sebab-sebabnya?". "Pengetahuan dan ilmu adalah warisan para Nabi. Sedangkan harta kekayaan adalah warisan Fir'aun, Qorun, Syadad dan sejenisnya. Maka Ilmu lebih mulia daripada harta" jawab Saidina Ali. Orang kedua bertanya, dengan pertanyaan yang sama dengan orang pertama. "Ilmu lebih mulia dari pada harta benda, karena ilmulah yang memelihara yang empunya. Sedangkan harta, maka yang empunyalah yang harus menjaga harta", jawa Saidina Ali. Orang ketiga bertanya, dengan pertanyaan persis seperti pertanyaan orang pertama dan orang kedua. "Ilmu lebih mulia daripada harta, karena orang yang berilmu banyak sahabatnya, sedangkan orang yang banyak hartanya lebih banyak musuhnya", jawab Saidina Ali. Orang ke empat, kelima, keenam, ketujuh, kedelapan, kesembilan dan kesepuluh bertanya kepada Saidina Ali dengan pertanyaan yang sama. Yaitu, apa sebabnya ilmu lebih baik daripada harta benda. Kepada setiap penanya, Saidina Ali dapat menjawab dengan jawaban yang berbeda. Kepada penanya keempat Saidina Ali menjawab : "Ilmu lebih mulia dari pada harta, keran ilmu bila disebarkan atau disiarkan akan bertambah. Tetapi harta benda jika disebarkan atau dibagikan akan berkurang". Kepada penanya kelima Saidina Ali menjawab : "Ilmu lebih mulia dari pada harta benda, karena ilmu tidak dapat dicuri, sedangkan harta benda dapat dicuri dan dapat hilang". Kepada penanya keenam Saidina Ali menjawab : "Ilmu lebih mulia daripada harta, karena ilmu tidak dapat binasa dan tidak dapat habis selamanya, sedangkan harta

benda bisa habis atau bisa lenyap karena masa atau usia". Kepada penanya ketujuh Saidina Ali menjawab : "Ilmu lebih mulia daripada harta, karena ilmu tidak ada hingganya, tidak ada batasnya. Sedangkan harta benda ada batasnya, dapat dihitung jumlahnya". Kepada penanya kedelapan Saidina Ali menjawab : "Ilmu lebih mulia daripada harta benda, karena ilmu memberi sinar kebaikan, menjernihkan pikiran dan hati dan menenangkan jiwa. Sedangkan harta benda pada umumnya menggelapkan jiwa dan hati". Kepada penanya kesembilan Saidina Ali menjawab : "Ilmu lebih mulia dari harta benda, karena orang yang berilmu lebih suka kepada kebajikan dan mendapatkan sambutan mulia, seperti "Alim" dan sebutan mulia lainnya. Sedangkan orang berharta bisa melarat dan lebih cenderung kepada sifat-sifat pelit, bakhil, kikir, medit, koret ngopet cap jahe merengkel". Kepada penanya kesepuluh Saidina Ali menjawab : "Ilmu lebih mulia dari harta benda, karena orang yang berilmu lebih mendorong untuk mencintai Allah, merendahkan diri, bersifat berprikemanusiaan. Sedangkan harta benda membangkitkan orang kepada sifat-sifat sombong, congkak, takabur, angkuh, gede hulu". Kesepuluh orang Khawarij heran dan kagum terhadap kepandaian dan kedalaman ilmu yang dimiliki oleh Saidina Ali bin Abi Thalib. "Ali memang orang pandai. Ia pantas dikatakan sebagai pintu gerbangnya ilmu. Sedangkan Nabi Muhammad Saw. sebagai kotanya ilmu", kata orang-orang Khawarij itu.

Sepuluh orang kaum Khawarij mendatangi Khalifah ke-IV, Ali bin Abi Thalib Ra. Mereka mendatangi Khalifah karena ingin menanyakan sesuatu, di samping rasa iri terhadap kepandaian khalifah, baik dalam ilmu agama maupun lainnya.

Rasuluilah Saw pernah bersabda: "Aku ini kotanya ilmu pengetahuan, dan Ali adalah sebagai pintunya." Sesampainya mereka dihadapan Khalifah Ali, mereka diterima dengan ramah, dan Khalifah menganggap mereka sebagai tamu terhormat. Salah seorang dari mereka membuka pertanyaan kepada Khalifah Ali: "Wahai Ali, kami adalah sepuluh orang yang diutus oleh kaum kami untuk mengajukan pertanyaan kepadamu, dan kami akan bergiliran bertanya kepadamu. Dan jawabanmu nantinya akan kami bawa pulang kepada kaum kami." Khalifah Ali menjawab: "Baiklah kalau demikian. Dan apa yang akan kalian tanyakan padaku?" "Wahai Ali, manakah yang lebih mulia, ilmu pegetahuan atau harta benda, dan terangkan pula sebab-sebabnya?" tanya orang pertama. "Ilmu pengetahuan itu adalah warisan para nabi, sedangkan harta kekayaaan adalah warisan Qarun, Firaun, Syadad dan lain-lain. Oleh karena itu, ilmu pengetahuan lebih mulia daipada harta benda," jawab Khalifah Ali. Kemudian orang kedua memberikan pertanyaan: "Manakah yang lebih mulia ilmu pengetahuan atau harta benda, dan jelaskan sebab-sebabnya?" "Ilmu lebih mulia daripada harta, karena ilmulah yang menjaga dan memelihara pemiliknya, sedangkan harta yang empunyalah yang memelihara dan menjaganya," jawab Khalifah Ali. Setelah orang pertama dan kedua selesai dijawab oleh Khalifah Ali, kemudian orang ketiga, keempat, kelima, hingga orang kesepuluh mengajukan pertanyaan yang sama seperti yang diajukan oleh orang pertama dan kedua. Kepada penanya ketiga khalifah menjawab: "Ilmu lebih mulia daripada harta, karena orang yang berilmu banyak sahabatnya, sedangkan orang yang banyak hartanya lebih banyak musuhnya." Kepada penanya keempat khalifah menjawab: "Ilmu lebih mulia daripada harta, karena ilmu bila disebarkan atau diajarkan akan bertambah sedangkan harta kalau diberikan kepada orang lain akan berkurang." Kepada penanya kelima khalifah menjawab: "Ilmu lebih mulia daripada harta, karena ilmu tidak dapat dicuri, sedangkan harta benda mudah dicuri dan dapat lenyap." Kepada penanya keenam khalifah menjawab: "Ilmu lebih mulia daripada harta, karena ilmu tidak bisa binasa, sedangkan harta kekayaan dapat lenyap dan habis karena masa dan usia."

Kepada penanya ketujuh khalifah menjawab: "Ilmu lebih mulia daripada harta, karena ilmu tidak ada batasnya, sedangkan harta benda ada batasnya dan dapat dihitung jumlahnya." Kepada penanya kedelapan khalifah menjawab: "Ilmu lebih mulia daripada harta, karena ilmu memberi dan memancarkan sinar kebaikan, menjernihkan pikiran dan hati serta menenangkan jiwa, sedangkan harta kekayaan pada umumnya dapat menggelapkan jiwa dan hati pemiliknya." Kepada penanya kesembilan khalifah menjawab: "Ilmu lebih mulia daripada harta, karena orang yang berilmu mencintai kebajikan dan sebutannya mulia seperti si 'Alim, dan sebutan mulia lainnya. Sedangkan, orang yang berharta bisa melarat dan lebih cenderung kepada sifat-sifat kikir dan bakhil." Dan kepada penanya kesepuluh khalifah menjawab: "Ilmu lebih mulia dan lebih utama daripada harta kekayaan, karena orang yang berilmu lebih mendorong untuk mencintai Allah. Sedangkan harta benda dapat membangkitkan rasa sombong, congkak dan takabur." Seusai mendengarkan jawaban Khalifah Ali yang begitu cemerlang, kesepuluh orang kaum Khawarij itu berdecak kagum, karena satu pertanyaan dapat dijawab dengan sepuluh jawaban. Kemudian, mereka kembali kepada kaumnya dengan rasa puas, dan bertambah yakin bahwa Khalifah Ali benar-benar sebagai pintu gerbangnya ilmu. "Tidak boleh seseorang menginginkan hak orang lain, kecuali dua hal : 1). Seseorang yang diberi kekayaan harta oleh Allah, lalu digunakannya sematamata dalam perjuangan hak kebenaran. 2). Seorang yang diberi ilmu oleh Allah, maka digunakannya dan diajarkannya kepada manusia". (H.R. Bukhari, Muslim).

Pentingnya menuntut ilmu


SEWAKTU pemerintahan Sayyidina Ali, golongan Al-Khawarij telah cuba menjatuhkan Sayyidina Ali dari segi keilmuan. Maka kerana itu ada sepuluh orang pemimpin Khawarij telah bertemu dengan Sayyidina Ali. Sepuluh orang menanyakan satu soalan, mana lebih utama; ilmu atau harta?

Kalau betul Sayyidina Ali orang yang bijak, mereka mengharapkan sepuluh jawapan yang berbeza. Sayyidina Ali sememangnya seorang ahli ilmuan sehingga Rasulullah s.a.w. sendiri mengatakan bahawa Rasul itu gedung ilmu dan Sayyidina Ali kuncinya. Sayyidina Ali dengan spontan menjawab kepada sepuluh soalan yang sama dengan sepuluh jawapan yang berbeza. Mari kita renungi bersama jawapan yang diberikan oleh Sayyidina Ali; Pertama; ilmu lebih utama daripada harta sebab ilmu itu merupakan waris pusaka para Anbia dan Rasul sedang harta adalah pusaka dari Qarun, Firaun dan lain-lain. Tidak diturunkan satu syariat melainkan diturunkan dengan ilmu. Tidak ada syariat yang diturunkan Allah s.w.t. ke atas muka bumi ini suatu yang disuruh percaya melainkan ianya mesti dapat dihurai oleh akal. Dan penghuraian akal itu ialah ilmu. Islam sendiri tidak menerima satu ibadat pun, satu amalan pun yang dilakukan oleh hamba melainkan dengan ilmu. Sembahyang tidak diterima melainkan ia mempunyai ilmu mengenai sembahyang. Kedua; ilmu lebih utama daripada harta kerana ilmu dapat menjaga dan memelihara pemiliknya sedangkan harta perlu dipelihara oleh pemiliknya. Ketiga; ilmu lebih utama daripada harta kerana ilmu membentuk banyak sahabat dan kawan sedang harta memperbanyak musuh dan lawan. Keempat; ilmu lebih utama daripada harta kerana ilmu apabila dikeluarkan, semakin bertambah sedangkan harta apabila dikeluarkan semakin berkurangan. Kelima; ilmu lebih utama daripada harta kerana orang-orang yang berilmu selalu mendapat panggilan kehormatan dan kemuliaan dalam masyarakat seperti guru, doktor, jurutera dan lain-lain. Keenam; ilmu lebih utama daripada harta kerana ilmu tidak boleh dicuri sedangkan harta dapat dicuri Ketujuh; ilmu lebih utama daripada harta kerana orang-orang yang berilmu pada hari kiamat kelak akan mendapat syafaat dari ilmu yang dikembangkannya sedangkan orang-orang yang berharta, akan dihisab dan diminta perhitungan dan pertanggungjawaban terhadap pemakaian harta tersebut, adakah dia membayar zakat harta tersebut. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Bila mati seseorang, ada tiga perkara sahaja yang boleh menolongnya, pertama anak yang soleh yang mendoakannya, kedua harta yang diwakafkan dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain dan ketiga, ilmu yang diajarnya dimanfaati oleh orang. Sabda Nabi Muhammad s.a.w: Belum sempat tegak berdiri di Padang Mahsyar, sudah disoal mudanya ke mana dihabiskan, ilmunya ke mana dipergunakan,

hartanya dari mana diperolehi dan ke mana dibelanjakan, hidupnya ke mana dihabiskan. Kelapan; ilmu tidak boleh habis walaupun tidak ditambah sedangkan harta pasti akan habis. Kesembilan; ilmu membentuk fikiran seseorang menjadi cerah dan hatinya terang benderang manakala harta lebih banyak membuat fikiran pemiliknya kacau bilau dan hatinya menjadi kesat. Ilmu membuka fikiran, dapat menilai dan menikmati keindahan ciptaan Tuhan. Kesepuluh; ilmu yang mendatangkan manfaat merupakan pahala sedangkan harta lebih banyak menimbulkan saling sengketa, azab dan siksa. Kita membuat sesuatu memenuhi keperluan manusia, sudah menjadi fardu kifayah. Harta mengundang persengketaan. Contohnya persengketaan dunia hari ini, penjajahan ekonomi dunia dan sebagainya. Sebagaimana kata pujangga Hamka: Ada ilmu ada harta jadi orang mulia, ada ilmu tidak ada harta jadi hamba orang, kalau tidak ada ilmu tidak ada harta jadi binatang.

Dari Anas RA berkata, tujuh perkara yang menyumbangkan pahala yang selepas mati :
1-Mereka yang membina masjid, tetap akan mendapat pahala selagi ada orang beribadat dalam masjid tersebut. 2-Mereka yang membina sistem pengairan, selagi ada manusia mengambil manfaat dari sistem pengairan tersebut. 3-Mereka yang menulis Al-Quran, selagi ada manusia membaca Al-Quran tersebut . 4-Mereka yang membina perigi atau tempat minuman, selagi ada manusia mengguna tempat tersebut. 5-Mereka yang bercucuk tanam, selagi ada manusia atau haiwan yang mengambil faedah daripadanya. 6-Mereka yang mengajar atau menyebarkan Ilmu berguna, selagi manusia beramal dengan ilmu yang disebarkan. 7-Mereka yang berjaya mendidik anak menjadi Insan Soleh, segala ibadat yang dilakukan anak yang soleh akan sampai pahala kepada kedua ibu bapanya.

7 Macam Pahala Yang Dapat Dinikmatinya Selepas Mati


Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya. 1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya. 2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya. 3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya. 4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya. 5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung. 6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya. 7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya. 8. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri. Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam : 1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah). 2. Ilmu yang berguna dan diamalkan. 3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Menjawab 6 Soalan 1. 2. 3. 4. 5. 6. Apa Apa Apa Apa Apa Apa yang yang yang yang yang yang paling paling paling paling paling paling dekat dengan diri kita di dunia ? jauh dari kita di dunia ? besar di dunia ? berat di dunia ? ringan di dunia ? tajam di dunia ?

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghozali bertanya.... Soalan yang pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab "orang tua,guru,kawan,dan sahabatnya". Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185) Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua.... "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid - muridnya menjawab "negara Cina, bulan, matahari dan bintang -bintang". Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga.... "Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya menjawah "gunung, bumi dan matahari". Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka. Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang amanahnya. Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?" Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan

Sholat. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan sholat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan sholat. Dan pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?" Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA" Karena melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Anda mungkin juga menyukai