Anda di halaman 1dari 23

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

81-85

81) Makmum mendapati imam telah selesai mengerjakan sebahagian solat.

Huraian: Jika seseorang datang dan dapati imam telahpun mendahuluinya dengan sebahagian solat
lalu ia ihramkan solat seorang diri dan segera melakukan bahagian-bahagian solat yang telah
didahului oleh imam sehingga ia sempat mendapatkan imam dan ketika itu barulah ia berniat
masuk berjemaah dengan imam dan terus menyempurnakan solatnya bwrsama imam, maka
hukumnya harus menurut pendapat yang jelas, tetapi yang afdhal ialah ia terus mulakan ihram
solat dengan niat jemaah bersama imam dan menyempurnakan bahagian-bahagian solat yang luput
itu selepas salam imam. Setengah-setengah sahabat dizaman rasulullah apabila didahului oleh
imam dengan sebahagian solat mereka, maka sahabat ihramkan solat mereka secara sendirian dan
terus mengerjakan bahagian solat yang terluput itu dan apabila mereka sempat mendapat imam
mereka pun berniat masuk berjamaaj bersama rasulullah, sehingga berlalulah pada suatu hari muaz
bin jabal r.a datang hendak berjemaah dengan nabi s.a.w. dan ia dapati nabi mendahuluinya dengan
sebahagian solat lalu ia ihramkan solatnya berjemaah dengan nabi s.a.w. dan apabila nabi memberi
salam, muaz pun bangkit menyempurnakan bahagian-bahagian solat yang terluput darinya,
kemudian cara yang dilakukan oleh muaz telah disampaikan kepada rasulullah s.a.w. lalu nabi
bersabda " muaz telah mengasaskan saru sunat, oleh itu hendaklah kamu amalkannya". Hadis ini
telah dibawa oleh ibnul rif'ah dalam kitab alKifayah.

82) Ujar alRuyani jika seseorang itu datang hendak berimam dan dapati ia telah terluput
sebahagian solat, sedangkan ia masih mengharapkan ada satu jemaah yang lain yang akan
didirikan di masjid itu atau di lain tempat, maka yang afdhal baginya ialah ia tidak ikut bersilat
dengan jemaah pertama yang ada itu, bahkan hendaklah ia menunggu supaya ia dapat menunaikan
solatnya dengan sempurna bersama jemaah yang akan datang.

83) Solat diqamat tetapi makmum belum lagi menunaikan solat yang perlu diqada'.

Huraian: Jika seseorang itu datang kemasjid tiba-tiba diqamatkan solat sedangkan ia belum lagi
menunaikan solat yang luput yang wajib di atasnya, maka kata imam nawawi di dalam kitab
arRaudhah diharuskan kepadanya memulakan solat yang luput dengan seorang diri dan apabila ia
selesai menunaikan solat itu dan masih sempat mendapatkan jemaah maka hendaklah ia solat
bersama mereka dan jika tidak sempat hendaklah ia solat sendirian. Janganlah ia mendirikan solat
yang luput selepas mendirikan solat tunai atau fardhu kerana perbuatan itu telah menimbulkan
khilaf ulamak tentang harusnya dan perbuatan mendirikan solat tunai bagi orang yang belum lagi
mendirikan solat yang luput itu telah menimbulkan khilaf ulamak tentang sahnya. Oleh itu
menjauhkan diri dari solat tunai sebelum solat qada' adalah terlebih utama tetapi menurut imam
Gazhali dan satu kumpulan ulamak yang lain diharuskan kepadanya memulakan solat tunai jika
dibimbangkan luput jemaah sekiranya ia terus menunaikan solat luput.

84) Imam tertinggal bacaan alFatihah pada rakaat yang pertama.

Huraian: Jika imam meninggalkan bacaan alFatihah pada rakaat yang pertama dan terus rukuk,
maka makmum tidak wajib mengikut imam dan hendaklah ia anggapkan perbuatan itu sebagai
lupa dan janganlah ia ikut rukuk bersamanya kerana rukuk itu tidak dimasuk kira untuknya, bahkan
makmum diberi pilihan samaada bermufarakah dengan imam itu atau melakukan rukuk dan sujud
dengan sendirian atau menunggu imam sambil berdiri sehingga imam selesai sujud dan bangkit
kerakaat yang kedua, dan apabila imam bangkit kerakaat yang kedua dan membaca alFatihah,
kemudian rukuk maka hendaklah ia turut rukuk bersama imam dan rakaat ini dikira permulaan
solat bagi imam dan makmum dan apa yang telah dilakukan imam pada rakaat pertama itu tidak
diambil kira. Apabila imam menyempurnakan rakaat yang kedua mengikut anggapan imam dan
terus duduk untuk membaca tasyahud pertama, maka makmum tidak boleh mengikutnya, bahkan
hendaklah ia terus bangkit dan menunggu imam sambil berdiri, dan janganlah ia membaca kerana
bacaannya tidak diambil kira. Dan apabila imam selesai tasyahud kemudian bangkit dan membaca
maka hendaklah makmum turut membaca bersamanya, apabila imam itu bangkit kerakaat ketiga
mengikut anggapan imam, maka makmum itu tidak boleh duduk tasyahud pertama baginya.
Sebaliknya jika ia duduk tasyahud nescaya batallah solatnya. Dan jika imam menyelesaikan rakaat
yang keempat menurut anggapannya dan terus duduk tasyahud akhir, maka tidak harus bagi
makmum mengikutnya bahkan ia diberi pilihan samaada terus bangkit dan menunggu imam sambil
berdiri atau bermufarakah dengan imam dan menyempurnakan solatnya sendirian. Dan jika
makmum itu menunggu imam sambil berdiri sehingga imam selesai memberi salam, maka
ikutannya tidak terbatal dengan semata-mata salam imam bahkan kena tunggu sengkang waktu
yang lama selepas imam memberi salam, tetapi jika makmum itu terus rukuk dan iktidal selepas
salam imam sebelum dilalui sengkang
85) Imam sujud tilawah.

Huraian: Jika imam yang bermazhab syafie atau lain mazhab membaca surah sajadah atau lain-
lain surah, lalu ia sujud tilawah, maka lazimlah bagi makmum mengikutinya. Sekiranya makmum
tidak ikut sujud bersamanya nescaya batallah solatnya. Begitu juga jika imam meninggalkan sujud
tilawah tiba-tiba makmum sujud nescaya batallah solatnya, atau jika makmum membaca ayat
sajadah kemudian ia sujud dibelakang imam nescaya batallah solatnya. Makmum dimakruhkan
membaca ayat sajadah dibelakang imam. Jika makmum turun untuk sujud tilawah dibelakang
imam tiba-tiba imam mengangkatkan kepalanya dari sujid tilawah sebelum makmum sempat
meletakkan dahinya kelantai, maka makmum tidak boleh sujud bahkan hendaklah makmum
mengikut imam. Sekiranya makmum sujud juga nescaya batallah solatnya kerana ia menambahkan
satu rukun dalam solat, sedangkan masa mengikut imam itu telahpun luput sebaik sahaja imam itu
mengangkatkan kepalanya dari sujud. Masalah ini tidak sama dengan masalah mendahului imam
dengan satu rukun, bahkan masalah ini ialah masalah tambah rukun dalam solat, oleh itu masalah
ini sama dengan masalah makmum membaca ayat sejadah, lalu ia sujud tilawah dibelakang imam
kerana bacaannya. Fatwa ini tersebut dalam arRaudhah bg imam Nawawi. Perbezaan diantara
masalah ini dengan masalah jika makmum turun dibelakang imam untuk sujud biasa tiba-tiba
imam mengangkatkan kepalanya, maka makmum wajib sujud dan mendapatkan imam dalam qiam
kerana sujud biasa itu dari rukun solat, sedangkan sujud tilawah bukan rukun solat. Jika imam atau
orang yang solat sendirian membaca ayat sejadah dengan tujuan untuk sujud tilawah nescaya
batallah solatnya. Samalah dengan seorang yang masuk kedalam masjid dengan tujuan untuk solat
dua rakaat tahiyatul masjid pada waktu yang dimakruhkan.

129-153

129) Hukum berimam ditempat-tempat yang terpisah atau berlainan.

Huraian: Jika ia mengikut imam didalam masjid sedangkan ia berada didalam sebuah bilik yang
tertutup atau terkunci pintunya, maka ikutannya sah mengikut pendapat yang sohih sebagaimana
tersebut dalam Raudah imam nawawi, hukumnya sama dengan masjid-masjid yang bersambung-
sambung satu sama lain, sedangkan pintunya tertutup (sekarang masjid ada ruang solat utama dan
kiri kanan ruang solat utama ada lagi ruang solat yang lain) iaitu makmum yang berada disatu
masjid sah mengikut imam yang berada dimasjid lain. Tersebut dalam kitab arRaudhah syarat dua
bangunan dalam sebuah masjid itu ialah salah satu dari kedua binaan itu boleh menembusi ke
bangunan yang satu lagi. Jika kedaan tidak demikian maka kedua-dua bangunan itu tidak dikira
sebagai sebuah masjid. Berdasarkan keterangan ini jika seorang mengambil sebuah bilik di dalam
masjid itu dan menutup semua jendelanya dengan binaan dan tidak membuat pintu baginya,
kemudian ia solat di dalamnya sebagai makmum bagi imam yang berada diluar bilik itu maka
hukumnya tidak sah ikutannya, tetapi pendapat ini ada khilaf kerana syarat ‫( اتصال‬berhubung) atau
perhubungan antara imam dan makmum itu tidak dikira dalam masjid.

130) Jika seorang itu bersolat diatas ‫ سطح‬masjid, sedangkan imam yang diikutinya bersolat
dibawah maka ikutannya sah.

131) Jika ia bersolat diatas sutukh masjid, dan imam yang diikutinya bersolat diatas sutukh sebuah
rumah yang lain atau diatas sutukh sebuah masjid yang lain yang berasingan, sedangkan
kedudukannya bertentangan dengan imam itu dan diantara keduanya tidak didinding oleh sebarang
pendinding, maka hukumnya mungkin tidak sah kerana makmum dan imam berada didua
bangunan yang berlainan dan kerana tidak wujud perhubungan diantara imam dan makmum, dan
mungkin sah jika jarak diantara keduanya tidak melebihi 300 hasta. Jika imam berdiri diatas sutukh
masjid, sedangkan ma kmum berdiri dibelakangnya diluar masjid diatas padang dan jarak diantara
keduanya tidak sampai 300 hasta maka ikutannya sah walaupun makmum tidak bertentangan
dengan imam. Hukum ini disebut oleh syeikh abu muhammad.

132) Jika seorang itu bersolat diatas sutukh sebuah rumah diluar masjid dan ia mengikut imam
masjid, maka ikutannya tidak sah, kerana berlainan bangunan dan kerana tidak bersententangan.
*maksud bertentang disini adalah dapat melihat perbuatan imam.

133) Apabila beberapa buah masjid bersambung-sambung satu dengan lain dan tidak ada diantara
masjid-masjid itu satu binaan kepunyaan orang lain, maka masjid-masjid itu dikira sebagai sebuah
masjid sahaja dan sahlah bagi makmum yang berada disalah sebuah masjid-masjid itu mengikut
imam yang yang ada dimasjid yang lain sekalipun masjid-masjid itu tertutup pintunya. Kata imam
nawawi dalam kitab arRaudhah:"masjid masjid yang bersambung itu diberi hukum sebuah
masjid".
134) Jika diantara dua buah masjid itu ada pendinding yang lain dari dinding seperti diantara
keduanya dipisahkan oleh sebatang jalan raya, maka mengikut alMutawali tidak harus didirikan
jemaah mengikut zagir mazhab syafie kecuali barisan jemaah itu bersambung, kerana kedua-dua
masjid itu berasingan satu dari yang lain, kerana itu jika jemaah telah didirikan disalah sebuah
masjid itu, maka harus pula satu jemaah yang lain didirikan pada masjid yang satu lagi.

135) Jika makmum itu bersolat diatas sutuh masjid mengikut solat imam, sedangkan pintu tangga
sutukh itu tertutup atau ia bersolat dalam sebuah bilik dalam masjid, sedangkan pintu bilik itu
tertutup maka ikutannya sah, tetapi menurut satu pendapat yang tidak kuat tidak sah.

136) Imam salah baca alFatihah.

Huraian: Jika imam melakukan kesalahan membaca Fatihah sehingga mengubahkan maknanya,
maka wajib diatas makmum bermufarakah dengan imam, tetapi adakah makmum kena mufarakah
serta merta atau menunggu hingga imam itu rukuk, kerana kemungkinan kesalahan bacaan itu
berlaku dengan sebab lupa dan boleh jadi ia akan teringat dan dapat membetulkan semula bacaan
itu? Yang jelas ia kena mufarakah dengan serta merta kerana tidak harus mengikut imam dalam
peebuatan lupa.

137) Makmum masbuk mendapati imam pada iqtidal.

Huraian: Jika makmum masbuk mendapat imam pada iqtidal, maka diharuskan kepadanya
bertakbir bersama imam untuk turun sujud, tetapi jika ia mendapat imam sedang sujud, maka
hendaklah ia bertakbiratul ihram dan terus sujud tanpa takbir turun sujud kerana ia tidak mendapat
takbir turun sujud bersama imam.

138) Kifiat bangun makmum masbuk apabila imam memberi salam.

Huraian: Jika imam memberi salam maka diharuskan kepada makmum masbuk bangun
menyempurnakan bahagian solat yang ketinggalan tanpa bertakbir jika ia ihram bersama imam
pada rakaat keempat, tetapi jika ia berihram bersama imam pada rakaay yang ketiga maka
hendaklah ia bangun dengan bertakbir kerana ini memang tempat duduknya. 139) Jika imam
memberi salam, maka diharuskan kepada makmum jangan bangun sehingga imam selesai
memberi salam yang kedua kerana salam yang kedua itu termasuk dalam ekoran solat.

142) Hukum imam yang tidak disukai para makmum.


Huraian: Dimakruhkan seorang itu menjadi imam kepada satu jemaah yang bilangan tersebut tidak
sukakannya, kerana rasulullah bersabda ‫تالتة ال ترفع صالتهم فرق رؤوسهم شبرا رجل ام قوما وهم له كارهون‬
‫ رواه ابن عباس‬.‫وامراة باتت وزوجها عليها ساحط واخوان متصارمان‬. "Tiga orang yang tidak diangkatkan solat
mereka diatas kepala mereka walaupun sejengkal (maksud solat mereka tidak diterima Allah) iaitu
lelaki yang mengimamkan satu jemaah, sedangkan mereka tidak sukakannya, dan perempuan yang
tidur sedangkan suaminya marah kepadanya dan dua saudara bergaduh". ‫عن عمرو بن العاص ان رسول‬
‫ ثالثة ال يقبل هللا منهم صالة رجل تقدم قوما وهم له كارهون ورجل يأتى بالصالة دبارا ورجل اعتبد‬:‫هللا صلى هللا عليه وسلم قال‬
‫محررا‬. "Dari amru bin al-'as ia menceritakan bahawa rasulullah telah bersabda: tiga orang yang
tidak diterima solat darinya iaitu lelaki yang tampil menjadi imam kepada satu jemaah, sedangkan
mereka tidak sukakannya, dan lelaki yang mendirikan solat setelah luput waktunya, dan lelaki
yang memperhambakan orang yang sudah merdeka". Tersebut dalam syarah muhazab, jika ia
hanya dibenci oleh separuh bilangan jemaah itu sahaja, atau lebih kecil dari itu lagi maka ia tidak
dimakruhkan menjadi imam, tetapi al-Qadhi al-tobari telah meriwayatkan nas as-Syafie katanya:
jika ia menjadi imam kepada satu jemaah sedangkan ada dalam kalangan mereka orang yang tidak
sukakannya, maka kami makruhkannya menjadi imam dan yang afdhal baginya ialah ia jangan
menjadi imam mereka. Ini jika mereka bencikannya kerana alasan syar'i seperti ia seorang yang
zalim, atau seorang yang tidak menjaga dirinya dari najis atau mencari makan dari punca yang
hina atau dia bergaul dengan orang-orang yang zalim dan fasik atau ia meninggalkan sunat-sunat
haiah solat. Sebaliknya jika mereka bencikannya bukan kerana alasan syar'i maka ia tidak
dimakruhkan menjadi imam. Dan disini pihak yang tercel a ialah mereka yang bencikannya.
Hukum makruh ini hanya tertentu kepada imam sahaja, sedangkan bagi makmum ia tidak
dimakruhkan mengikut imam itu.

141) Kehadiran satu jemaah dimasjid yang mempunyai imam tetap.

Huraian: Jika satu jemaah hadir disatu masjid yang mempunyai imam tetap tetapi pada masa itu ia
tidak hadir, maka diharuskan kepada mereka menghantarkan utusan menjemput imam hadir, tetapi
jika dibimbang luput waktu solat maka diharuskan seseorang yang lain tampil menjadi imam. Ujar
imam nawawi jika dibimbang timbul fitnah hendaklah mereka solat sendirian dan diharuskan
kepada mereka mengulangi solat bersama imam jika ia hadir selepas itu.

142) Kehadiran seorang makmum yang tidak disukai ahki masjid.


Huraian: Apabila kehadiran seseorang makmum pada sebuah masjid itu tidak disukai oleh ahli-
ahli masjid maka ia tidak dimakruhkan menghadirkannya demikian dinaskan oleh imam syafie.

143) Hukum berimamkan kanak-kanak pada solat jumaat.

Huraian: Sah mengikut imam kanak-kanak pada solat jumaat menurut pendapat yang azhar jika ia
lebih dari bilangan empat puluh orang, tetapi mengikut imam yang baligh adalah lebih utama dari
imam kanak-kanak sama ada pada solat jumaat atau lainnya.

144) Hukum mengikut imam yang bertayamum.

Huraian: Sah makmum yang mengambil wudhuk mengikut imam bertayamum.

145) Hukum mengikut imam yang duduk atau baring.

Huraian: Sah makmum yang berkuasa berdiri mengikut imam yang duduk dan imam yang baring.

146) Hukum mengikut imam yang menggunakan isyarat. H

uraian: Sah makmum yang berkuasa rukuk dan sujud mengikut imam yang menggunakan isyarat.
147) Hukum mengikut imam yang buta.

Huraian: Sah makmum yang celik mengikut imam yang buta.

148) Hukum mengikut imam yang berpenyakit dedas (kencing tak lawas).

Huraian: Sah makmum yang sihat mengikut imam yang berpenyakit dedas, atau imam yang
mengidap luka-luka yang berdarah.

149) Hukum mengikut imam yang fasik.

Huraian: Sah makmum yang adil mengikut imam yang membuat bid'ah yang tidak
mengkufurkannya.

151) Makmum mazhab syafie mengikut imam bermazhab hanafi.

Huraian: Jika makmun mazhab syafie mengikut imam mazhab hanafi, sedangkan imam itu tidak
menganggapkan wajib mengambil wudhuk apabila menyentuh kemaluan atau menyentuh
perempuan, begitu juga ia tidak menganggapkan wajib iqtidal dari rukuk dan sujud, ia tidak
menganggapkan wajib tomakninah, wajib membaca fatihah dan wajib niat wudhuk, atau makmum
mazhab syafie mengikut imam mazhab maliki yang tidak menganggapkan wajib tertib pada
wudhuk dan selawat keatas nabi, maka disana terdapat beberapa pendapat tentang sah atau tidak
sah ikutan itu, pendapat yang asoh ikutan itu sah jika ia tidak pasti atau ragu-ragu bahawa imam
itu beranggapan sedemikian. Sebaliknya jika is yakin imam itu bersolat dengan anggapan
sedemikian, maka ikutannya itu tidak sah. Jika kita katakan ikutan orang yang bermazhab syafie
yang berimamkan orang yang bermazhab hanafi itu sah, maka adakah perbuatan itu makruh?
Menurut kami (pengarang kitab masalah imam dan makmum) tidak makruh, tetapi menurut abu
ishak solat dengan berasingan lebih afdhal. Sedangkan orang lain berpendapat mengikut imam itu
lebih afdhal. Jija orang yang bermazhab syafie mengikut imam yang bermazhab hanafi pada solat
subuh, jika imam itu berhenti ketika iqtidal sekadar masa yang membolehkan makmum membaca
qunut, maka hendaklah ia membaca qunut tetapi jika kadar masa itu tidak cukup untuk baca qunut
maka hendaklah ia terus mengikut imam, jika makmun yang bemazhab syafie itu takhaluf dari
imamnya untuk membaca qunut dan sempat mandapat imam dalam sujud maka perbuatan itu
makruh. Dalam hubungan ini (tertinggal qunut kerana mengikut imam hanafi) kenalah makmum
sujud sahwi menurut pendapat yang asoh kerana berpegang kepada iktikad makmum, dan menurut
pendapat yang lain tidak kena sujud sahwi kerana berpegang kepada iktikad imam.

152) Hukum mengikut imam yang telor (pelat).

Huraian: Kata alBandihi jika seseorang yang pandai membaca berimamkan orang yang telor
bacaannya seperti ia tidak dapat menyebut huruf ‫ ق‬dengan makhraj yang betul bahkan ia
sebutkannya diantara bunyi ‫ ك‬dan ‫ ق‬maka solatnya sah tetapi makruh. Kata abu hamid jika imam
itu menyebut ‫ ذ‬pada ‫ الذين انعمت عليهم‬dengan bunyi ‫ د‬maka ikutannya sah kerana sebutan sedemikian
tidak mengubahkan makna ayat tetapi hukum ini tidak berlaku pada imam yang menukarkan bunyi
‫ ض‬dengan ‫ ظ‬pada ‫ وال الضالين‬kerana perubahan itu mengubahkan makna ayat. Sebab ‫ الظالين‬beerti
orang yang bermukim diwaktu siang hari dan ‫ الضالين‬beerti orang yang sesat.

153) Makmum musafir tidak tahu niat imam musafir.

Huraian: Jika makmum musafir tidak tahu niat imam musafir lalu ia berkata dalam hatinya, "jika
ia solat qasar aku solat qasar, dan jika ia solat cukup, aku solat cukup, maka hukumnya ada dua
pendapat, pendapat yang asoh tak'liq seperti itu sah sebagaimana sah tak'liq solat jenazah keatas
mayat orang islam yang terkeliru dengan mayat-mayat orang kafir apabila ia berkata "aku niat
solat diatas orang ini jika ia muslim". Begitu juga sah tak'liq solat jenazah keatas orang yang mati
syahid yang bercampur aduk dengan mayat-mayat yang bukan mati syahid apabila ia berkata " aku
niat solat diatas orang ini jika ia bukan syahid", oleh itu jika imam solat cukup maka hendaklah
makmum solat cukup dan jika ia solat qasar hendaklah makmum solat qasar.

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM (86-91)

86) Makmum mendapati imam sedang sujud.

Huraian: Jika seorang datang dan mendapati imam sedang sujud maka diharuskan kepadanya
mengihramkan solatnya dengan berdiri dan terus mendapatkan imam dalam sujud. Tersebut dalam
‫ الترمذى‬dari abdullah bin mubarak katanya ia telah mendengar dari ahli ilmu bahawa siapa yang
sujud begitu, maka sebaik sahaja ia mengangkatkan kepalanya dari sujud itu ia dikurniakan
keampunan. Kerana itu diharuskan kepada imam menunggu apabila ia merasa ada makmum yang
sujud supaya makmum itu sempat mendapatkannya.

87) Imam tertinggal tasyahud pertama.

Huraian: Jika imam tinggal tasyahud pertama dari solat empat rakaat dan terus berdiri samaada
lupa atau sengaja, lalu makmum pon ‫ تخلف‬kerana menyempurnakan tasyahud itu, maka hukumnya
batallah solatnya. Tetapi jika makmum itu bermufarakah dengan imam untuk menyempurnakan
tasyahud itu, maka hukumnya tidak batal dan dikira bermufarakah dengan keuzuran, tetapi jika
imam berdiri dan kembali semula menyempurnakan tasyahud pertama itu, maka makmum tidak
boleh memgikutnya, bahkan makmum bermufarakah dengan imam, dalam masalah ini bolehkah
makmum menunggu imam dalam qiam dan menganggapkan imamnya telah terlupa? Jawapannya
ada dua pendapat dan yang palinh utama dibolehkan. Masalah ini sama dengan masalah jika imam
berdiam di dalam solat, maka hendaklah makmum jangan memutuskan ikutannya bahkan
hendaklah ia menganggapkan perbuatan imamnya itu sebagai terlupa atau terdesak.

88) Imam berdiri kerakaat yang kelima.

Huraian: Jika imam berdiri kerakaat yang kelima, maka hendaklah makmum bermufarakah
dengannya dan jangan mengikutinya, dan jika makmum mengikutinya dengan sengaja dan tahu
perbuatan itu haram nescaya batallah solatnya, jika makmum yang mengikuti imam yang bangkit
berdiri kerakaat yang kelima itu seorang makmum yang masbuk yang tahu imam itu mendirikan
rakaat yang lebih nescaya tidak sah ikutannya, tetapi jika ia mengikutinya dengan kejahilan dan
mendapat semua rakaat dengannya, maka ikutannya sah dan rakaat yang lebih itu dikirakan
untuknya mengikut pandapat yang shohih.

89) Makmum lambat ikut imam (‫)تخلف‬kerana membaca tasyahud pertama.

Huraian: Jika makmum ‫ تخلف‬kerana membaca tasyahud pertama nescaya batallah solatnya, seperti
imam terlupa untuk tasyahud atau imam telah rukuk untuk rakaat yang ketiga. Ketahuilah bahawa
tasyahud awal itu adalah sunat dan mengikut imam itu wajib.

90) Makmum rukuk sebelum imam.

Huraian: Kata imam haramain jika makmum rukuk sebelum imam atau bangkit dari rukuk sebelum
imam maka haram baginya rujuk kembali dan jika ia rujuk kembali nescaya batallah solatnya
kerana ia menambahkan satu rukuk dengan sengaja. Tetapi jika makmum rukuk sebelum imam itu
lupa seperti makmum terdengar suara lalu ia menyangka imam telah rukuk dan kerana itu iapun
rukuk, kemudian ternyata imam belum rukuk maka menurut ‫ البغوى‬ada dua pendapat mengenainya,
satu pendapat wajib rujuk kembali dan menurut pendapat yang asoh ia tidak wajib rujuk kembali
tetapi diberi pilihan diantara rujuk dan tidak rujuk kembali. Ujar arRafaie sahabat-sahabat kami
ulamak-ulamak iraq(baghdad) telah sepakat mengatakan jika makmum itu rukuk sebelum imam
dengan sengaja maka diharuskan kepadanya rujuk kembali kepada qiam supaya ia dapat rukuk
bersama imam. Kata imam nawawi dalam syarah muhazab pendapat yang dinaqalkan oleh
arRafaie dari ulamak iraq itu adalah benar begitu dan termaktub dalam kebanyakan kitab mereka,
dan itulah pendapat yang dinaskan oleh imam syafie di dalam al-Um. Tetapi menurut syeikh abu
hamid dan pengarang muhazab pula wajib rujuk kembali. Kesimpulannya disana ada tiga pendapat
mengenai masalah rukuk imam iaitu pendapat yang asoh diharuskan rujuk kembali. Pendapat yang
kedua wajib rujuk kembali dan pendapat yang ketiga haram rujuk kembali dengan erti jika ia rujuk
nescaya batallah solatnya.

91) Mengubahkan solat fardhu kepada solat sunat.

Huraian: Jika seseorang itu mulai menunaikan solat fardhu dengan seorang diri, kemudian datang
sekumpulan orang mendirikan solat jemaah, lalu ia pon ingin turut bersolat jemaah dengan mereka,
maka diharuskan kepadanya mengubahkan solat fardhu yang sedang dikerjakannya itu kepada
solat sunat, dan apabila selesai dua rakaat hendaklah ia memberi salam kemudian masuk
berjemaah bersama mereka. Inilah yang dinaskan oleh imam syafie dan di ittifakkan oleh para
sahabatnya. Tetapi jika ia takut luput jemaah sekiranya ia menunaikan dua rakaat, maka diharuskan
kepadanya memutuskan sahaja solatnya dan terus ikut berjemaah. Sebaliknya jika ia tidak
memberi salam dan tidak pula memutuskan solatnya, bahkan ia terus niat masuk berjemaah dengan
mereka, maka kata imam syafie dalam mukhtasar almuzni perbuatan itu makruh, dan tentang sah
atau tidak solatnya itu, terdapat dua qaul. Menurut qaul yang asoh solat itu sah.

92) Makmum mengikut imam selepas imam selesai sujud.

Huraian: Jika seseorang itu ihram solat mengikut imam selepas imam itu mengangkatkan
kepalanya dari sujud, maka hendaklah ia menunggu imam itu dalam keadaan berdiri dan ia tidak
wajib turun kelantai untuk qiam bersama imam, tetapi jika ia turun juga, maka solatnya sah tidak
batal.

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM (96-104)

96) Imam tidak dapat menanggung syak dan kelupaan makmum.

Huraian: Satu qaedah penting ialah imam tidak dapat menanggung syak makmum dan kelupaan
makmum. Yang dapat menanggung, syak dan kelupaan ialah sujud sahwinya. Oleh itu jika
makmum syak adakah ia solat tiga atau empat rakaat, maka hendaklah ambil yang kurang dan
wajiblah ia tambahkan atau sempurnakan selepas salam imam. Jika makmum syak adakah ia sujud
sekali atau dua kali, maka hendaklah ia ambil yang kurang dan sujud sekali lagi sekiranya ia masih
ditempat sujudnya, contohnya jika ia syak selepas ia mengangkatkan kepalanya dari sujud dan
sebelum ia bangun bersama imam, tetapi jika syak atau keraguan itu timbul selepas ia bergerak
hendak bangun bersama imam, maka janganlah ia kembali sujud, bahkan hendaklah ia tambahkan
dengan satu rakaat selepas salam imam. Jika ia syak semasa tasyahud awal adakah sujud sekali
atau dua kali maka hendaklah ia sujud sekali lagi walaupun ia telah masuk dalam tasyahud awal,
kerana tasyahud awal itu sunat, dan duduknya bersama imam untuk tasyahud itu dikira
menggantikan duduk diantara dua sujud, oleh itu ia boleh terus sujud, kemudian duduk bersama
imam untuk tasyahud, tetapi jika sebaik sahaja ia mengangkat kepalanya dari sujud tiba-tiba imam
pun bangkit, maka hendaklah ia dapatkan imam dalam qiam dan jangan lagi duduk untuk tasyahud.
Begitu juga jika keraguannya timbul selepas selesai solat, adakah ia solat tiga atau empat rakaat,
maka pastilah ia solat serakaat lagi selepas salam. Tetapi adakah makmum ini kena sujud sahwi?
Menurut imam ghazali ia kena sujud sahwi, kerana ia ragu-ragu dengan apa yang telah dilakukan
selepas salam. Jika ia mendapat imam dalam rukuk tetapi ia ragu-ragu adakah ia sempat
bertomakninah atau tidak, maka mengikut pendapat yang shohih rakaat itu tidak dikirakan
untuknya, bahkan hendaklah ia mendirikan serakaat lagi selepas salam dan kenalah sujud sahwi
menurut imam nawawi, teta pi pendapat beliau tentang kena sujud sahwi itu tidak mendapat kata
sepakat para ulamak. Kerana imam ghazali mengatakan kena sujud sahwi, sedangkan alqadi husain
mengatakan tidak kena sujud sahwi kerana keeaguan itu timbul semasa mengikut imam.

97) Solat lebih rakaat.

Huraian: Jika ia mendirikan solat empat rakaat tiba-tiba ia bangkit kerakaat yang kelima, maka
solatnya tidak batal walaupun banyak perbuatannya yang lebih, kerana jika perbuatan-perbuatan
yang lebih itu dari jenis perbuatan solat, maka solat itu tidak batal. Kemudian jika ia teringat
bahawa dia telah mendirikan rakaat yang lebih semasa ia qiam atau rukuk atau sujud, maka pastilah
ia wajib duduk dan kenalah ia sujud sahwi. Tetapi jika ia teringat selepas ia duduk dalam rakaat
yang kelima hendaklah ia sujud sahwi dan memberi salam samaada ia selesai membaca tasyahud
atau belum. Kemudian kita lihat pula jika ia teringat selepas ia selesai membaca tasyahud pada
rakaat yang kelima, maka ia tidak payah lagi mengulangi bacaannya. Dan jika ia teringat sebelum
membaca tasyahud, maka dilihat jika ia belum lagi membaca tasyahud pada rakaat yang keempat
maka wajiblah ia membaca tasyahud, tetapi ia telahpun membaca tasyahud pada rakaat yang
keempat dan sedar pula bahawa tasyahud itu adalah tasyahid akhir, maka ia tidak wajib ulang
tasyahud menurut pendapat yang asoh tetapi menurut ibnu surih wajib ulang tasyahud kerana
menjaga ‫ مواالة‬diantara tasyahud dan salam, memandangkan tasyahud rakaat keempat telah terputus
dengan rakaat yang kelima.

98) Makmum muafiq mengangkat kepala dari sujud sebelum imam.

Huraian: Menurut al-'ibadi jika makmum muafiq manyangka bahawa imam telah mengangkat
kepalanya dari sujud, lalu iapun mengangkatkan kepalanya dari sujud tiba-tiba ia dapati imam
masih lagi dalam sujud, maka dia diberi piliha diantara rujuk kembali kepada imam atau tidak
rujuk kembali.

99) Imam tiba-tiba sujud pada akhir solat.


Huraian: Jika imam sujud pada akhir solat, maka wajib bagi makmum mengikutinya kerana
ditanggung imam itu lupa walaupun makmum tidak mengetahui sebab lupanya.

100) Imam sujud sekali sahaja.

Huraian: Jika imam hanya sujud sekali sahaja kemudian terus bangun maka hendaklah makmum
sujud sekali lagi kerana ditanggung imam itu lupa.

101) Makmum diwajibkan memberitahu segala kecacatan solat.

Huraian: Wajib diatas makmum memberitahu imam selepas solat apa sahaja kecacatan yang telah
berlaku supaya dapat disempurnakannya.

102) Imam tiba-tiba turun sujud dalam solat siriah.

Huraian: Jika imam turun sujud dari qiam di dalam solat siriah (tidak baca lantang) maka
hendaklah makmum mengikutinya kerana ditanggung ia telah membaca ayat sajadah.

103) Imam teringat dalam solat ia berhadas.

Huraian: Jika imam teringat dalam solat bahawa ia berhadas besar atau berhadas kecil, maka
pastilah ia keluar dari solat itu. Kemudian jika tempat bersuci itu dekat hendaklah ia memberi
isyarat kepada para makmum supaya menunggu, dan hendaklah ia pergi bersuci kemudian balik
mengihramkan solat dan hendaklah para makmum mengikutinya dan tidak payah mereka
memulakan semula solat mereka dan itulah yang lebih aula. Sebaliknya jika para makmum tidak
mahu menunggunya, maka bolehlah mereka solat bersendirian atau menggantikannya dengan
orang lain. Ujar syeikh abu hamid yang diharuskan menunggu imam jika solat belum lagi selesai
serakaat. Tetapi jika selepas selesai satu rakaat maka tidak diharuskan menunggu imam. Tetapi
jika tempat bersuci itu jauh maka hendaklah para makmum itu menyempurnakan solat mereka
tanpa menunggunya. Ujar imam syafie para makmum diberi pilih samaada hendak
menyempurnakan solat mereka secara bersendirian atau mengangkat seseorang menjadi imam
mereka.

104) Makmum nampak najis diatas baju imam.

Huraian: Jika seorang itu solat dibelakang imam kemudian ia nampak najis diatas baju imam, maka
hendaklah ditilik iaitu jika najis itu boleh dilihat dengan terang maka wajiblah diulang solat. Tetapi
jika najis itu tersembunyi dibawah baju maka tidak wajib ulang solat, tetapi jika najis dibaju imam
itu kelihatan nyata, tetapi makmum tidak sedar kerana ia asyik dengan solatnya atau ia tidak dapat
melihat najis itu kerana ia berada jauh dari imam, maka hukumnya wajib ulang solat.

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

3) Masa berdiri apabila solat diqamatkan.

Huraian: Afdal bagi para makmum yang sihat dan kuat yang duduk jangan bangkit berdiri sehingga
selesai qamat, dan menurut setengah ulamak syafie boleh bangkit berdiri sewaktu juru qamat itu
mengucapkan ‫ قد قامت الصالة‬bagi yang tua dan lemah (uzur) supaya ia sempat bertakbiratul ihram
dengan imam.

4) Tiada sunat tahiyatul masjid apabila solat diqamatkan.

Huraian: Jika seseorang itu masuk kedalam masjid sewaktu juru qamat sedang qamat, maka
tidaklah disunatkan baginya solat sunat tahiyatul masjid. Ini berdasarkan kepada sabda nabi : ‫اذا‬
‫" اقيمت الصالة فال صالة اال المكتوبة‬apabila solat telah diqamatkan, maka tidak boleh didirikan solat yang
lain melainkan solat fardhu". Menurut pendapat yang sohih orang yang seperti itu hendaklah terus
berdiri menunggu solat, demikian tersebut dalam kitab alkifayah. Tetapi ‫ الحناطي‬dalam kumpulan
fatwanya telah berkata "jika seseorang itu masuk kedalam masjid sewaktu juru qamat sedang
qamat, maka janganlah ia terus berdiri bahkan hendaklah ia duduk dan apabila selesai qamat
barulah ia bangkit berdiri kembali.

9) Menghadirkan tiga perkara dalam takbirarul ihram.

Huraian: Apabila seseorang itu bertakbiratul ihram, maka wajid keatasnya menghadirkan tiga
perkara iaitu: 1-Qasad=sahaja aku 2-Ta'rudh=solat 3-Ta'yin=fardhu subuh Takbirarul ihram
adalah menyebut kalimah .‫هللا اكبر‬

10) Menghadirkan niat menjadi makmum

Huraian: Apabila seseorang yang menjadi makmum kepada imam, maka wajib baginya berniat
menjadi makmum, jika tidak batallah solat makmum tersebut mengikut pandangan jumhur ulamak
termasuk imam malik, imam syafie, imam abu hanifah. Adapun imam yg tidak berniat menjadi
imam adalah sah solatnya dan solat jemaah itu dikira fadhilatnya. Tetapi imam tidak mendapt
pahala menjadi imam.

11) Mendapat fadhilat takbiratul ihram

Huraian: Apabila imam mengangkat takbiratul ihram, maka disunatkan bagi makmum segera
bertakbiratul ihram selepas takbirarul ihram imam supaya ia mendapat fadhilat takbiratul ibram.
Ada hadis menyatakan siapa yang menghadirkan takbiratul ihram selama empat puluh pagi

nescaya ditulis padanya dua kebebasan iaitu 1⃣kebebasan dari api neraka 2⃣kebebsan dari nifak.

Tersebut dalam kitab syarah ‫ الشهاب‬menurut riwayat ada sekumpulan penyamun telah menyamun
empat ratus ekor unta dan 40 puluh orang hamba sahya milik abu amamah al-bahali. Lalu beliau
datang menemui rasulullah s.a.w. dengan rupa yang sugul. Beliau telah ditanya oleh rasulullah
"apakah yang telah mendukacitakanmu". Beliau pun menceritakan peristiwa itu. Lalu rasulullah
bersabda " aku fikir engkau dukacita kerana luput takbiratul ihram bersama imam". Jawab beliau
" ya rasulullah keluputan takbiratul ihram itu padaku lebih besar dari kehilangan semua harta itu.
Bahkan lebih besar dari kehilangan unta sepenuh bumi".

12) Menyebut takbiratul ihram tanpa mad.

Huraian: Disunatkan bagi imam dan makmum mengucapakan takbiratul ihram tanpa mad. Itulah
sunnah yang dilakukan oleh rasulullah.

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

17) Memberi salam sebelum imam dengan niat ‫مفارقه‬

Huraian: Jika makmum memberi salam sebelum imam dengan niat mufarokah (berpisah dari
imam) maka hendaklah ditilik, sekiranya ia berbuat demikian dengan alasan-alasan yang
membenarkan untuk mufarokah maka solatnya tidak batal. Diantara alasan-alasan yang dibenarkan
ialah imam membaca terlalu panjang atau imam meninggalkan sunat-sunat yang ‫ مقصوده‬seperti
tasyahud pertama, bacaan qunut, bacaan surah dan sebagainya. Sekiranya makmum mufarokah
tanpa alasan maka hukumnya ada dua pendapat. Pendapat yang paling utama dari keduanya ialah
solatnya batal. Sekiranya makmum berbuat demikian tanpa niat mufarokah sedangkan makmum
tahu dan sedar bahawa dia mengikut imam, maka solatnya batal tanpa khilaf kerana makmum telah
melakukan dua perbiatan haram. Pertama mendahului imamnya dengan satu rukun dan kedua
memutuskan qudwah (ikut imam) tanpa niat mufarokah. Demikian di ‫ تصريح‬kan dalam kitab ..‫الكفاية‬

18) Makmum wajib mengikut imam.

Huraian: Wajib bagi makmum mengikut imam di dalam segala gerak solat tanpa mendahului imam
dan tanpa melakukan gerak solat serentak dengan gerak solat imamnya. Kebiasaan sahabat-sahabat
yang bersolat belakang rasulullah ialah mereka tidak rukuk dan sujud sehingga mereka melihat
rasulullah turun sujud.

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

25) Makmum tidak sempat baca alFatihah kerana membaca doa iftitah. Jika makmum masbuk itu
mendapat waktu yang cukup untuk membaca alFatihah, tetapi ia sibukan dirinya membaca doa
iftitah dan ‫اعوذباهلل‬, sedangkan ia yakin jika ia membaca doa iftitah ia tidak akan sempat
menyempurnakan bacaan Fatihah, maka dia dianggap cuai, dan tidak diberi keuzuran ‫( تخلف‬lewat)
dengan tiga rukun. Bahkan ia dikira luput rakaat jika ia tidak sempat menyempurnakan bacaan
Fatihah dan mendapat imam didalam rukuk, tetapi adakah batal solatnya? Disana ada dua
pendapat. Menurut pendapat yang lebih utama dari keduanya solatnya tidak batal, jika ia sempat
mendapat imam didalam iktidal dan sebaliknya batal jika ia tidak sempat mendapat imam didalam
iktidal.

26) Jika makmum masbuk itu sibukan dirinya membaca doa iftitah dan ‫ اعوذباهلل‬dengan sangkaan
yang kuat bahawa ia akan sempat menunaikan bacaan Fatihah sebelum imam rukuk maka
hukumnya ada tiga pendapat. Pertama hendaklah ia menyempurnakan bacaan Fatihahnya. Kedua
hendaklah ia terus sahaja rukuk mengikut imam dan gugurlah dirinya kewajipan membaca Fatihah.
Pendapat ini dinaskan dalan kitab ‫االمالء‬. Ketiga hendaklah ia membaca Fatihah sepanjang ia
membaca doa iftitah dan ‫اعوذباهلل‬. Inilah pendapat yang ‫ اصح‬dan inilah pendapat abu zaid almarwazi
dan inilah pendapat yang disohkan oleh ‫القفال‬. Mengikut pendapat yang ketiga ini jika bacaan doa
iftitah dan ‫ اعوذباهلل‬itu didapati lebih panjang dari Fatihah maka hendaklah ia membaca Fatihah itu
semuanya, kerana ia dikira cuai atas perbuatannya tidak terus membaca Fatihah itu. Didalam ‫شرح‬
‫ المهذب االمام النواوي‬menjelaskan masalah ini dengan lebih terperinci lagi.
29) Makmum yang tidak terus membaca selepas takbiratul ihram.

Huraian: Jika makmum masbuk itu mengangkat takbiratul ihram kemudian ia diam dan tidak
berbuat apa-apa selepas takbiratul ihram, maka ia juga dikira cuai kerana ia dilarang mendengar
bacaan yng lain dari imam sebagaimana ditegaskan oleh imam nawawi dalam kitab arRaudhah.
Yang dimaksudkan larangan disini ialah larangan makruh. Ini bermakna makmum masbuk terus
membaca Fatihah selepas takbiratul ihram dan tidak perlu mendengar bacaan imam.

30) Makmum masbuk diganggu was-was.

Huraian: Jika makmum masbuk itu diganggu waswas dalam bacaan Fatihah dan sebelum ia
menyempurnakan bacaannya dan imam pun rukuk, maka hendaklah ia menyempurnakan bacaan
Fatihah. Hukumnya sama dengan hukum orang yang ‫( تخلف‬lewat dari perbuatan imam) kerana
sesuatu keuzuran. Ini menurut apa dinaqalkan oleh ‫ القمولي‬dalam kitab ‫ الجواهر‬dari imam nawawi.

KITAB MASALAH IMAM DAN MAKMUM

31) Makmum masbuk terlupa membaca alFatihah.

Huraian: Jika makmum masbuk itu mengangkat takbiratul ihram kemudian ia tinggalkan bacaan
Fatihaj kerana terlupa dan ia tidak sedar melainkan sesudah imam itu rukuk, maka hendaklah ia
‫ تخلف‬untuk menyempurnakan bacaan Fatihah dan takholufnya itu diberi keuzuran. Tetapi menurut
pendapat yang lain ia tidak diberi keuzuran kerana ia dianggap cuai melupakan bacaan itu, dan
atas pendapat ini jika ia tidak teringat bahawa ia meninggalkan bacaan Fatihah melainkan sesudah
imam itu rukuk, maka ia tidak harus kembali berdiri untuk membaca Fatihah, bahkan hendaklah
ia terus mengikut imam dan rakaat itu dikira luput baginya, dan kerana itu hendaklah ia tambah
satu rakaat lagi selepas salam.

32) Makmum melambat-lambatkan takbiratul ihram.

Huraian: Jika makmum itu sempat mendapat imam pada awal rakaat dan sekiranya ia terus
takbiratul ihram solat bersama imam tentulah ia dapat menyempurnakan bacaan Fatihah, tetapi ia
melambat-lambatkan takbirarul ihram sehingga imam rukuk atau hampir-hampir rukuk, maka ia
dikira cuai dalam mendapatkan fadhilat takbiratul ihram dan fadhilat membaca Fatihah bersama
imam tetapi tidak dikira cuai dalam memdapatkan rakaat.

33) Imam rukuk selepas sahaja makmum bertakbiratul ihram.


Huraian: Jika makmum masbuk mengangkat takbiratul ihram tiba-tiba imam rukuk selepas
takbiranya, maka ia tidak boleh lagi terus berdiri untuk membaca Fatihah, bahkan hendaklah ia
turut rukuk mengikut imam kerana menurut imam itu wajib. Sedangkan membaca Fatihah dalam
keadaan seperti itu tidak wajib dan tidak pula disunatkan. Bersambung..........

34) Makmum masbuk mendapat imam dalam rukuk.

Huraian: Jika makmum masbuk mendapat imam di dalam rukuk lalu ia ikutnya dan sempat
berthomakninah bersamanya dalam rukuk tiba-tiba imam itu berhadas ketika sujud, maka
makmum masbuk itu dikira mendapat rakaat itu tanpa sebarang khilaf lagi kerana dia telah
mendapat rukuk yang dikira diperolehi oleh imam. Bahkan makmum juga dikira mendapat rakaat
itu sekiranya imam berhadas dalam rukuk dengan syarat makmum sempat berthomakninah
dengannya di dalam rukuk itu, kerana rukuk itu dikira diperolehi oleh imam.

35) Imam mendahului makmum membaca surah.

Huraian: Jika imam mendahului makmum membaca surah didalam solat jahariah (lantang) atau
solat siriah lalu rukuk, sedangkan makmum terus membaca untuk menghabiskan surah itu dan
dapat menghabiskan serta sempat pula mendapatkan imam di dalam rukuk, maka menurut abu
muhammad makmum itu telah melakukan kesalahan kerana menurut imam itu wajib dan membaca
surah itu hanya sunat sahaja.

36) Makmum ragu-ragu bacaan Fatihah didalam rukuk.

Huraian: Jika makmum membaca Fatihah bersama imam dan setelah ia rukuk ia ragu-ragu tentang
bacaanya, maka wajiblah ia terus mengikut imam dwngan keraguan itu. Dan ia tidak boleh bangkit
kembali untuk membaca semula kerana mengikut imam itu wajib.

37) Makmum tak dapat sujud di atas lantai.

Huraian: Jika makmum tidak dapat melakukan sujudnya di atas lantai bersama imam pada rakaat
pertama jemaah kerana dihalangi oleh kesesakan manusia, sedangkan ia boleh sujud diatas
belakang orang lain, maka hendaklah ia sujud diatas belakang orang itu. Begitu juga ia boleh sujud
diatas tangan, kaki atau baju orang itu dengan syarat ia dapat melakukan gerak rupa sujud itu iaitu
ia berada ditempat yang tinggi, yang mana jika ia sujud punggungnya menjungkit keatas dan
kepalanya menjunam kebawah.
40 ) Imam lupa sujud sahwi.

Huraian: Jika imam memberi salam sedangkan ia lupa sujud sahwi kerana sesuatu kesilapan yang
telah dilakukan di dalam solat, lalu makmum pun turut memberi salam dengan keadaan lupa juga,
kemudian barulah imam teringat bahawa ia terlupa sujud sahwi, lalu ia pun sujud, maka hendaklah
makmum ikut sujud bersama imam atas asas imam itu kembali solat. Disini jelas menunjukan
bahawa mengikut imam itu tidak terputus dengan salam yang terlupa.

41) Kifiat takbiratul ihram.

Huraian: Kifiat takbiratul ihram ialah mengucap ‫ هللا اكبر‬dengan dimatikan ‫راء‬. Menurut ibnu yunus
dalam syarah atTanbih jika seseorang itu menyebut ‫ اكبر‬dengan baris ‫ ( ضمة‬ro baris hadapan) maka
solatnya tidak sah. Ini berdasarkan sabda rasulullah: ‫" صلوا كما رايتمونى اصلى‬Solatlah seperti kamu
melihat aku solat". Rasulullah selamanya menyebut ‫ اكبر‬dengan ro baris mati. Ujar imam nawawi
dalam syarah alMahzab: "Takbir itu tidak pernah didengar melainkan dibaca dengan waqaf". Jika
ada yang memanjangkan sebutan '‫ 'اليف‬pada ‫ هللا‬atau pada ‫ اكبر‬maka solatnya tidak sah, kerana
sebutan seperti itu mengubahkan maksud kata-kata itu kepada maksud pertanyaan.

42) jika ada yang menambahkan ‫ اليف‬selepas ‫ باء‬dalam ‫ اكبر‬dan menyebutkanya ‫ اكبار‬sama ada
dengan hamzah berbaris diatas atau dibawah, maka solatnya tidak sah kerana ‫ اكبار‬dengan hamzah
berbaris dibawah itu bererti darah haid dan ‫ اكبار‬dengan hamzah berbaris diatas itu bererti rebana
atau gendang. Oleh itu siapa yang menyebutkan kata-kata itu dengan sengaja nescaya ia menjadi
kafir. .‫واالعوذ باهلل‬

43) Jika ada yang mengulang atau menggentarkan ro pada ‫ اكبر‬maka solatnya sah kerana ia tidak
mengubah maksud kata-kata itu.

44) Jika imam mengangkat takbiratul ihram dengan mana-mana cara yang salah itu maka makmum
tidak harus menjadikannya imam.

45) Jika seseorang imam mengangkat takbiratul ihram tanpa suara, sedangkan makmum tidak
mengenalinya, maka ia tidak boleh diikuti. 46) Jika imam mengangkat takbiratul ihram ta npa niat,
maka solat para makmum sah kerana niat itu perkara yang sulit untuk diketahui.

55) Imam terlebih sujud.


Huraian: Jika makmum bersolat bersama imam dan duduk tasyahud bersama dengannya,
kemudian imam tiba-tiba membuat sujud yang ketiga, maka adakah makmum wajib
mengikutinya? Jawapnya hendaklah diteliti jika imam itu sujud setelah berlalunya masa sepanjang
bacaan tasyahud, maka ia wajib mengikut imam pada sujud yang ketiga itu dan ditanggungkan
imam itu melakukan sujud sahwi. Sebaliknya jika imam itu sujud sebelum berlalunya masa
sepanjang bacaan tasyahud, maka ia tidak harus mengikutnya kerana ditanggungkan sujudnya itu
sebagai terlupa, dan tidak boleh ditanggungkan sujud itu sebagai sujud sahwi, kerana waktunya
belum lagi tiba. Oleh itu jika makmum ikut sujud nescaya batallah solatnya. Dan jika sujud imam
itu ditanggung sebagai terlupa maka makmum tidak wajib mufarakah bahkan hendaklah makmum
menunggu sehingga imam itu selesai memberi salam dan setelah itu hendaklah ia sujud sahwi.

56) Disunatkan lima ‫( سكتة‬berhenti seketika) dalam solat.

Huraian: Disunatkan didalam solat lima saktah iaitu diam atau berhenti sejenak. 1.saktah selepas
takbiratul ihram sebelum membaca doa iftitah. 2.saktah selepas selesai membaca doa iftitah.
3.saktah selepas ‫ وال الضالين‬iaitu disunatkan berhenti sejenak sebelum berdoa ‫ امين‬supaya tidak
disangkakan ‫ امين‬itu sebahagian dari alFatihah. 4.saktah selepas ‫ امين‬iaitu sebelum membaca surah
disunatkan bagi imam disini berhenti sejenak sekadar meluangkan makmum membaca alFatihah
kecuali makmum itu pekak maka tidaklah disunatkan berhenti sebentar untuknya. 5.saktah selepas
membaca surah, iaitu berhenti sejenak sebelum turun rukuk.

57) Bacaan ‫امين‬.

Huraian: Apabila imam berkata ‫ امين‬maka para malaikat dilangit turut berkata ‫امين‬, sebagaimana
yang diterangkan oleh rasulullah di dalam hadis. Oleh itu disunatkan kepada makmum turut
berkata ‫ امين‬bersama imam, sabda rasulullah : ‫من وافق تأمينه تأمين المالئكة غفرله ما تقدم من ذنبه‬.
"Barangsiapa yang bacaan aminnya sama serentak dengan bacaan amin malaikat nescaya
diampunkan dosanya yang telah lalu".

58) Erti ‫ امين‬ialah "ya Allah pwrkenankan permintaan kami". Menurut pendapat yang lain pula
bererti : #jangan dihampakan harapan kami #kami datang semata-mata kepadamu dan kepadamu
kami berdoa dengan penuh harapan. #tiada siapa yang berkuasa memberi hidayah melainkan
engkau Ada pula pendapat yang mengatakan amin itu salah satu dari nama-nama Allah, oleh itu
apabila dikatakan amin, maka seolah-olah orang itu berkata "ya Allah kurniakan hifayah kepada
kami".

59) Ujar imam syafie dalam kitab ‫ االم‬jika imam meninggalkan ucapan amin maka hendaklah
makmum mengucapkan dengan lantang supaya didengar imam.

60) Menurut riwayat ‫ البيهقي‬apabila rasulullah membaca ‫ وال الضالين‬ia berkata ‫رب اغفرلي امين‬. Begitu
juga tersebut di dalam ‫ مسند‬imam syafie dari abu hurairah ia bercerita bahawa rasulullah apabila ia
membaca ‫ وال الضالين‬ia berkata 61 .‫ )رب اغفرلي امين‬Ada empat ‫( لغة‬cara baca) dalam menyebutkan
perkataan ‫ امين‬iaitu: ●memanjangkan sebutan alif serta meringankan sebutan mim. ●memendekkan
sebutan alif serta meringankan sebutan mim. ● imalah (‫ )اماله‬pada alif serta meringankan sebutan
mim. ●memanjangkan sebutan alif serta tasydidkan mim. Cara baca yang keempat itulah yang
bererti "kami datang semata-mata kepadamu dan kepadamu kami berdoa penuh harapan".

61) Terdapat empat wajah Amin dalam solat: Menyebut ‘A’ dengan kadar satu harakat dan
memanjangkan ‘miin’ dengan kadar empat – enam harakat. Bermaksud,
"Perkenankanlah."Membaca dengan memanjangkan sebutan Alif (dengan kadar dua harakat) dan
miin (empat – enam harakat). Bermaksud, "perkenankanlah permohonan kami."Memanjangkan
sebutan ‘A’ dengan kadar enam harakat dan mensaqalkannya ke dalam huruf miim seperti
membaca hukum mad lazim kalimi mustaqqal. "Aaaaaammiiiiiiin." Maksudnya, "Kami benar-
benar datang kepada-Mu, dan hanya Engkaulah yang layak menerima permohonan
kami."Menyebut ‘Aa’ dengan imalah, iaitu melewehkan bunyi ‘Aa’ (sebutannya menjadi Eemiin).
Bermaksud, "Hanya Engkau yang dapat memberi petunjuk." Dalam mazhab Syafie, disunatkan
menyebut Amin seperti dalam (2) di atas seperti yang biasa kita dengar.

62 ) Makmum mendahului imam dalam bacaan alFatihah.

Huraian: Diharuskan (ditetapkan) kepada makmum jangan mendahului imam dalam membaca
alFatihah dan jika ia mendahului imam, maka menurut pendapat yang sohih bacaannya itu sudah
memada tetapi ia di istihbabkan (diharuskan) mengulangi semula bacaan itu selepas bacaan
imamnya.

63) Makmum selesai membaca alFatihah terdahulu dari imam.


Huraian: Jika makmum membaca alFatihah dan selesai bacaannya terdahulu dari imam, maka
menurut pendapat ‫ البغوى‬aula baginya jangan menyebut amin sehingga lebih dahulu disebutkan
oleh imam, tetapi menurut pendapat imam nawawi makmum itu kenalah mengaminkan bacaannya
dan setelah itu mengaminkan pula sebutan amin imamnya.

64) Di istihbabkan sebut amin serentak dengan imam.

Huraian: Di istihbabkan bagi makmum menyebut amin bersama imam dengan suara yang lantang
dan jangan ia menyebutnya selepas imam bahkan hendaklah ia menyebutnya serentak bersama
imam.

65) Makmum wanita kena menyebut amin dengan suara yang rendah.

Huraian: Sepatutnya makmum wanita menyebut amin dengan suara yang rendah, kerana suaranya
aurat sebagaimana di istihbabkan (ditetapkan) kepadanya membaca dengan suara yang rendah di
dalam solat ‫ جهرية‬jika di sana ada kaum lelaki.

66) Menyebut amin sebelum imam.

Huraian: Terdapat ramai orang-orang awam yang jahil menyegerakan sebutan amin sebelum imam
mula menyebutnya. Perbuatannya ini adalah salah, kerana menurut assunnah ialah menyebutnya
serentak dengan sebutan imam.

71) Imam dimakruhkan memanjangkan bacaan.

Huraian: Makruh bagi imam memanjangkan bacaan surah kecuali disukai oleh para makmum.
Inilah yang telah dinaskan oleh imam syafie di dalam ‫االم‬. Kata beliau wajib bagi imam
meringankan solat dan menyempurnakan bacaan surah, dan apabila ia mengimamkan sekumpulan
makmum yang diketahuinya sukakan bacaan surah yang panjang, maka diharuskan kepadanya
memanjangkan bacaan.

72) Jika makmum yang ada itu semunya sukakan bacaan yang panjang, sedangkan masjid masih
terbuka kepada kedatangan orang-orang lain yang mungkin tiba selepas imam berjemaah dengan
mereka, maka hendaklah imam itu tetap dengan meringankan juga dan jangan memanjangkan
solat. (masjid-masjid @surau-surau di kawasan bandar dan persingahan orang ramai
kebiasaannya).
73) Mengikut syeikh Abu Amru bin asSolah jika semua makmum yang ada itu sukakan bacaan
panjang kecuali seorang atau dua orang sahaja yang tidak suka, maka keduanya tidaklau boleh
diutamakan samaada sebab sakit atau sebagainya, tetapi jika kehadiran keduanya adalah sekali
sekala sahaja berjemaah dimasjid, maka hendaklah solat itu diringankan, (untuk menarik minat
makmum tersebut berjemaah selalu), tetapi jika keduanya seringkali datang berjemaah dimasjid
maka hendaklah dipanjangkan solat kerana meraikan kemahuan para makmum yang sukakan solat
panjang dan hak mereka tidak luput dengan sebab kehadiran seorang dua yang tidak sukakan solat
panjang.

Anda mungkin juga menyukai