Anda di halaman 1dari 9

JAI.SEL.BMP.

/01/034/310

BUKU PERATURAN
KUMPULAN WANG KHAIRAT
KEMATIAN
SURAU AL-HIJRAH
Jalan Seri Putra 6/3
Bandar Seri Putra
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
PERATURAN KUMPULAN WANG KHAIRAT KEMATIAN
SURAU AL-HIJRAH
JALAN SERI PUTRA 6/3 BANDAR SERI PUTRA
1. NAMA PERATURAN
1.1 Peraturan ini dinamakan Peraturan Kumpulan Wang Khairat
Kematian Surau Al-Hijrah, Bandar Seri Putra.
1.2 Peraturan ini diwujudkan untuk m engurus kewangan
berkenaan di bawah kelolaan Bendahari Surau Al-Hijrah.
1.3 Peraturan ini dilaksanakan selepas Mesyuarat Khas Surau
Al-Hijrah dan berkuatkuasa mulai bulan Januari 2010.

2. TAFSIRAN
2.1 “Kumpulan Wang Khairat Kematian” ertinya satu kumpulan
wang tabungan oleh seseorang anggota Khairat Kematian
ini untuk maksud kebajikan bagi menguruskan jenazah dan
sumbangan kepada keluarga si mati.
2.2 “Anggota” ertinya anggota-anggota yang telah mendaftar,
m em bayar yuran tahunan dan telah di sahkan oleh
Pengerusi Khairat Kematian.
2.3 “Keluarga Anggota” ertinya suami, isteri, anak, anak angkat
yang sah disisi undang-undang dan ahli keluarga yang telah
dinamakan di dalam borang pendaftaran Khairat Kematian.
2.4 “Sum bangan” ert inya pem beri an w ang tunai ol eh
Bendahari Surau Al-Hijrah dan / atau Pengerusi Khairat
Kematian mengikut peraturan ini.
2.5 “Ahli Jawatankuasa Khairat Kematian Surau Al-Hijrah”
ertinya satu badan pengelola yang diluluskan oleh Mesyuarat
Agung Tahunan Surau Al-Hijrah.
3. TUJUAN
3.1 Untuk menyempurnakan keperluan tuntutan Fardhu Kifayah
setempat.
3.2 Jenazah akan diuruskan dengan lebih cermat dan teratur
oleh rakan-rakan dan jiran yang mengenalinya.
3.3 Mementingkan hidup bermasyarakat dengan mengutama-
kan Anak Kariah yang berdaftar serta merupakan jemaah
Surau Al-Hijrah.
3.4 Menambah pengetahuan dan pengalaman serta memberikan
keinsafan dalam menguruskan jenazah.
3.5 Menyediakan satu persekitaran yang lebih mesra kejiranan
dengan semangat musyawarah dan kerjasama.
3.6 Menanggung urusan pengkebum ian, m em percepatkan
urusan birokrasi dan memberi bantuan kewangan secara
tunai kepada anggot a sem oga dapat m engurangkan
beban keluarga anggota.
3.7 Melakukan tahlil arwah secara berkala dan melihat apa-
apa keperluan dan tuntutan yang boleh diberikan kepada
ahli keluarga si mati.
3.8 Menjaga kebajikan keluarga yang ditinggalkan dengan
m em berikan nasihat ke atas faraid sert a m em bantu
dengan sebarang tuntutan yang l ayak diperol ehi
oleh keluarganya.

4. PENYERTAAN
4.1 Semua Anak Kariah Surau Al-Hijrah yang meliputi para
penduduk Putra Tropika, Seri Putra 5 (S P5) dan
Anjung Suasana yang beragama Islam boleh mendaftar
untuk menjadi anggota Khairat Kematian Surau Al-Hijrah.
4.2 Anak-anak kepada Ahli Kariah yang di sebut pada para 4.1
di atas yang m asih belum berkahwin, anak-anak yang
masih ditanggung oleh ibubapa, ahli keluarga terdekat
yang bermastautin di dalam kariah Surau Al-Hijrah serta
pem bant u rum ah warga asing yang m em punyai
dokum en sah dikira sebagai ahli kel uarga yang
boleh didaftarkan di dalam borang Khairat Kem atian.
Sebarang penambahan dan pengurangan ahli keluarga
adalah di bawah tanggungjawab Ketua Keluarga untuk
melaporkannya.
4.3 Sem ua borang pendaftaran hendaklah disertakan
sum bangan RM50.00 setahun dan telah di sahkan
oleh Pengerusi Khairat Kematian / Setiausaha / Bendahari.
4.4 Yuran Tahunan sebanyak RM50.00 akan dikutip pada
setiap bul an J anuari. Sebarang perubahan dan
penam bahan anggota boleh dilakukan melalui borang
yang disediakan dan disahkan oleh Pengerusi Khairat
Kematian pada permulaan tahun tersebut.
4.5 Hak keanggotaan tam at pada 31 Disem ber pada
setiap tahun.
4.6 Pem bayaran unt uk t ahun berikut nya, bol eh berm ula
pada bulan bulan Disem ber sem asa carum an m asih
berkuat kuasa.

5. SUMBER KEWANGAN
5.1 Sum ber kewangan Khairat Kem atian Surau Al-Hijrah
adalah melalui sumbangan oleh setiap anggota sebanyak
RM50.00 (Ringgit Malaysia lima puluh sahaja) sekeluarga
pada setiap tahun.
5.2 Sumbangan atau derma dari pihak lain yang berminat.

6. FAEDAH-FAEDAH YANG DIPEROLEHI


6.1 1 Bantuan urusan birokrasi dengan pihak berkait an
seperti polis, hospital, van jenazah serta tempahan
lot kubur.
2 Khi dm at bantuan nasihat guam an untuk tuntut an
faedah si mati serta pembahagian faraid.
6.2 Kum pulan W ang K hairat K em at ian Surau Al -Hij rah
akan menanggung semua urusan pebelanjaan sehingga
RM1500.00 (Ringgit Malaysia satu ribu lima ratus sahaja)
bagi urusan pengurusan jenazah yang meliputi :
1 Urusan mandi dan kafan jenazah
2 Pendaftaran lot kubur
3 Urusan penggalian liang lahad
4 Kereta jenazah ke tanah perkuburan
5 Solat jenazah & bacaan talkin
6 Lain-lain bayaran yang difikirkan perlu semasa urusan
pengkebumian dan dipersetujui oleh Pengerusi Khairat
Kematian Surau Al-Hijrah.
6.3 Untuk setiap kematian anggota (ketua keluarga ataupun
ahli keluarganya kecuali Pembantu Rumah) yang berdaftar,
sum bangan wang tunai RM500. 00 (Ringgit Malaysia
lima ratus sahaja) akan diberikan kepada warisnya oleh
Bendahari Kum pulan W ang Khairat Kem atian S urau
Al-Hijrah.
6.4 Bagi kem ati an P em bantu Rum ah yang didaftarkan
sebagai anggota, Kum pulan W ang Khai rat Kem atian
Surau Al-Hijrah akan membantu urusan pengkebumian
di Bandar Seri Putra sahaja dan sekiranya kematian itu
juga berlaku di Bandar Seri Putra. Segala urusan
biokrasi dan urusan pengkebumian di tempat lain hendaklah
diuruskan oleh majikan beliau.
6.5 Bagi kem atian kepada bukan anggota tetapi warisnya
berada di dalam Kariah Surau Al-Hijrah, Pengurusan
Khairat Kematian akan m em bantu segala pengurusan
jenazah m engikut perm i ntaan w arisnya dan segala
pembayaran akan dituntut kembali daripada warisnya.
7. PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN
7.1 Kum pulan W ang K hairat K em at ian Surau Al -Hij rah
dikelol akan oleh Bendahari Surau Al -Hij rah. Dasar
pengelolaan wang tersebut ditentukan ol eh A hli
Jaw atankuasa Pengurusan Khairat Kem atian Surau
Al-Hijrah.
7.2 Bendahari Surau Al-Hijrah hendaklah bertanggungjawab
kepada Ahli Jawatankuasa Pengurusan Khairat Kematian
Surau Al-Hijrah dengan tugas-tugas berikut :
1 Mengumpul dan membahagi bahagian sejumlah wang atas
keperluan-keperluan yang telah dipersetujui.
2 Mengurus dan m entadbir Kum pulan W ang Khairat
Kematian dengan cermat dan amanah.
3 Menyediakan akaun untuk diaudit oleh Jawatankuasa
Audit Dalaman.
4 Menyediakan Laporan Kewangan untuk dibentangkan
di dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Surau Al-Hijrah
dan juga Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pengurusan
Khairat Kematian Surau Al-Hijrah.
7.3 Merancang dan menyusun strategi pelaburan Kumpulan
W ang Khairat Kematian dengan persetujuan bersam a
Ahli Jawatankuasa Pengurusan Khairat Kematian.

8. KEWANGAN
8.1 Tahun Kewangan Kum pulan W ang Khairat Kem atian
Surau Al-Hijrah bermula pada 1 Januari dan berakhir pada
31 Disember tiap-tiap tahun.
8.2 Penyata Akaun Kum pulan W ang Khairat Kem atian
hendaklah dibuat berasingan daripada akaun Surau Al-Hijrah
dalam mana-mana bank yang ditentukan oleh Bendahari.
8.3 Akaun Kumpulan Wang Khairat Kematian hendaklah diaudit
oleh Audit Dalaman Surau Al-Hijrah sebelum dibentang dalam
Mesyuarat Agung Tahunan Surau Al-Hijrah.
8.4 Tandatangan dan persetujuan 2 dari 3 penam a yang
dinamakan iaitu Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari
diperlukan sebelum sebarang transaksi kewangan boleh
dilakukan.

9. PERTIKAIAN
9.1 Sebarang pertikaian atas tafsiran ini hendaklah dirujuk
kepada Ahli Jawatankuasa Pengurusan Khairat Kematian
Surau Al-Hijrah.
9.2 At uran-aturan ini telah di bent ang, dibincang dan
diluluskan di dalam Mesyuarat Khas Surau Al-Hijrah
di Surau Al-Hijrah Jalan Seri Putra 6/3, Bandar Seri Putra,
43000 Kajang Selangor Darul Ehsan.
NOMBOR-NOMBOR PENTING UNTUK DIHUBUNGI

Pengerusi Khairat Kematian


Tuan Haji Abu Hassan Sidek No 21 JSP 6/3 019 2806312
Setiausaha Khairat Kematian
Syamsul Akmal Mohd Saad No 59 JSP 6/4 019 3929219
Birokrasi & Urusan Keluarga
Mejar Kayum Badaruddin No 47 JSP 6/4 019 3716910
Hj Mohamed Osman No 05 JSP 5/7 019 2878004
Pengurusan Jenazah Lelaki
Tuan Haji Maat Suki No 39 JSP 6/5 013 6414856
Pengurusan Jenazah Wanita
Puan Hajjah Hasliza Ahmad No 39 JSP 6/6 017 8802696
Solat Jenazah, Talkin & Tahlil Arwah
Imam Nik Hilmizam Nik Ismail No 20 JSP 6/4 012 2980490
Imam Nushi Mahfodz No 33 JSP 6/6 019 7771750
Imam Sufyan Mohd Nor No 26 JSP 5/5 012 2717270
Imam Dr. Ramizi Mohamed No 14 JSP 5/5 019 7907510
Penasihat Faraid & Tuntutan
Abdullah Omar bin Bawadi No 23 JSP 6/5 012 2722737

Urusan Tanah Perkuburan BSP


Tuan Haji Abd Rani Mohamed Surau A Syakirin 019 3656514
016 3356514
Balai Polis Bandar Seri Putra JSP 1/4 03 89258222
Urusan Van Jenazah
Encik Salleh - Masjid Bangi Lama 016 9132191
Hj Syawal - Bandar Baru Bangi 016 6492727

Anda mungkin juga menyukai