Anda di halaman 1dari 9

CONTOH PENGISIAN USRAH

INILAH DAKWAH KITA


Zubaidah Haji Sulaiman
(111 Message: 3 Date: Sun, 6 Jun
1999 21:15:49 +0800, Zubaidah
Haji Sulaiman, INILAH DAKWAH
KITA)

Sekarang saya sedang membaca


buku Beberapa Peringatan untuk
Para Da'i (Pendakwah). Bahan ini
boleh dijadikan sumber dalam
program usrah. Insya-Allah, bahan
berguna kepada kita (da'i) dan juga
kepada orang yang didakwahkan
(mad'u). Saya hanya memetik isi-isi
penting daripada buku itu untuk
panduan kepada naqib atau naqibah
memilih persoalan-persoalan
penting yang harus difokuskan
semasa perbincangan dalam usrah
nanti.

FASAL PERTAMA: INILAH


DAKWAH KITA
TUJUAN/MATLAMAT DAKWAH

1. Dakwah kita adalah untuk seluruh


manusia umumnya dan umat Islam
secara khusus, menyeru mereka
supaya memberikan sepenuh
pengabdian kepada Allah Yang
Maha Esa, tidak menyekutukan-Nya
dengan sesuatu dan tidak
menjadikan sesembahan lain
sebagai Tuhan dan Rabb.

2. Dakwah kita adalah untuk


manusia yang mempunyai persediaan
untuk menerima Islam sebagai Din
dan pegangan hidup, mengikhlaskan
keyakinan sebulatnya kepada Allah
membersihkan jiwanya dari segala
penyakit nifaq (hipokrit) dalam
setiap amalan, supaya tidak
bertentangan dengan Islam.

3. Dakwah kita adalah untuk alam


sejagat, menyeru mereka
membangkitkan suatu revolusi dan
perubahan menyeluruh terhadap
sistem pemerintahan kini kerana
pemerintahan hari ini dikuasai
taghut dan perosak-perosak yang
hidup bermaharajalela di
permukaan bumi dengan berbagai
kemusnahan. Kekuasaan dari
kepimpinan ideologi yang zalim ini
mesti dihentikan, diserahkan
kepada orang-orang yang beriman
kepada Allah dan hari akhirat,
beriman dengan agama yang hak
(benar) tiada keinginan kepada
kemegahan, kemaharajalelaan dan
kemusnahan di muka bumi.

Tugas Naqib atau Naqibah ialah


menghuraikan persoalan-persoalan
di bawah:

Persoalan:
1. Orang Islam terlebih dahulu
memerlukan penerangan, penjelasan
dan perincian, apa lagi orang yang
bukan Muslim.

2. Manusia tidak mengimani tentang


hak kehakiman dan kekuasaan Allah
di dalam semua urusan kehidupan di
muka bumi.

3. Hakikat pengabdian ialah


menerima semua bahagian
kehidupan secara tidak terpisah.
Pertama, semua perkara yang
berhubung dengan soal-soal agama
Kedua, perkara-perkara yang
berhubung dengan persoalan-
persoalan keduniaan dengan
kepelbagaian masalahnya. Allah
memerintahkan hamba-hamba-Nya
untuk masuk ke dalam agama Allah
secara menyeluruh, merangkumi
seluruh aspek kehidupan manusia.
"Wahai orang yang beriman
masuklah kamu ke dalam Islam
secara menyeluruhnya...."

4. Apa maksud Diin? Maksudnya


ialah cara hidup. Diin Islam ialah
cara hidup Islam. Cara hidup
meliputi semua aspek kehidupan
manusia. Misalnya ekonomi, politik,
sosial, antarabangsa, ilmu
pengetahuan, akhlak, bahasa dan
sebagainya. Ad-Din itu satu, tetap
dan tidak berubah; al-Qur'an tetap
terpelihara dan di dalamnyalah
terkandung ajaran yang meliputi
semua aspek itu.

5. Erti pengabdian yang dilaung-


laungkan oleh rasul-rasul "Mengaku
dan meyakini bahawa tiada Tuhan
selain Allah, Allah Maha Esa" ialah
taat dan patuh dengan mengerjakan
suruhan-Nya dan meninggalkan
larangan-Nya. Dan itulah makna
takwa.
6. Siapakah nifaq (hipokrit)?
Seseorang yang berpura-pura
mengimani sesuatu sistem yang
tertentu, menunjukkan
penggabungan, penyerahan dan
kepatuhan kepada-Nya tetapi pada
waktu yang lain dapat hidup dengan
penuh rasa aman dan rela hati di
bawah naungan satu sistem lain
yang bercanggah dengan sistem
yang awal tadi.

7. Siapa taghut? Menurut Kamus Al


Marbawi, tiap-tiap orang yang
penganiaya (zalim), tiap-tiap kepala
atau ibu penyesat, syaitan yang
memalingkan dari jalan yang baik,
tiap-tiap yang disembah selain
Allah.

8. Kemusnahan di bumi, sila kaitkan


kemusnahan alam, (sama ada di laut,
di udara dan di darat) dengan
Pendidikan Alam Sekitar, Kajian
Tempatan atau Sains. Kemusnahan
ini baik kemusnahan dalam sistem
Islam dan juga kemusnahan alam.

Anda mungkin juga menyukai