Anda di halaman 1dari 9

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA
HARI SUKAN NEGARA
PERINGKAT
SJKT LADANG SEREMBAN
PADA
12 OKTOBER 2019

SABTU

PERASMIAN

EN.RAVI PERUMAN PJK

GURU BESAR
1.0 NAMA PROGRAM
Hari Sukan Negara SJKT Ladang Seremban

2.0 PENGENALAN

Perdana Menteri mengumumkan bahawa sambutan Hari Sukan Negara akan


disambut pada Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan
Negara pada 12 Oktober 2019 ini merupakan satu aktiviti yang bertujuan menjadikan sukan
sebagai budaya hidup yang dijangka mampu menarik penyertaan tiga juta rakyat di seluruh
negara. mantan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan
berkenaan pelbagai aktiviti sukan dan riadah harus diadakan untuk setiap lapisan
masyarakat. Hari Sukan Negara merupakan satu agenda penting bagi rakyat Malaysia
untuk membina asas ke arah negara bersukan untuk kita menjadikan sukan sebagai budaya
hidup kita.

Sambutan Hari Sukan Negara adalah melibatkan sektor awam, swasta dan rakyat
secara serentak di seluruh negara. Kerajaan berhasrat bukan sahaja menggalakkan
budaya bersukan tetapi menitikberatkan penglibatan bersama atau ‘mass participitation’
dalam aktiviti-aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan rakyat antara satu sama lain
tanpa mengira umur, bangsa dan kepercayaan agama. Dalam konteks pelaksanaan di
peringkat sekolah, Hari Sukan Negara ini mampu melahirkan para guru, murid dan seluruh
warga sekolah dalam membudayakan bersukan dalam kehidupan mereka.

Pengisian program yang dijalankan dalam sambutan Hari Sukan Negara ini
mengambil kira 3M, iaitu: Murah, Menarik dan Mudah dilaksanakan. Aktiviti yang dijalankan
Program Hari Sukan Negara peringkat sekolah SJKT Ladang Seremban adalah dibawah
pengendalian guru Sukan, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di mana pengisian aktiviti
senamrobik dan merentas desa diadakan untuk memperlihatkan tahap kecergasan fizikal
warga sekolah secara menyeluruh.
3.0 Matlamat

Melalui program Hari Sukan Negara yang dilaksanakan di peringkat sekolah ini
akan merealisasikan hasrat dan inspirasi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi
menggalakkan dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai rakyat yang
sentiasa bersukan menjadi satu budaya hidup .

Program ini turut akan memberikan kesedaran kepada semua warga sekolah yang
terlibat bahawa gaya hidup sihat dengan bersukan dapat mengatasi masalah obesiti
dalam kalangan rakyat negara ini yang menjadi penyebab kepada penyakit jantung, kencing
manis dan darah tinggi.

4.0 OBJEKTIF

Objektif yang ingin dicapai melalui program ini adalah :

4.1 Menggalakkan pegawai, guru, masyarakat setempat dan khasnya murid aktif

dalam aktiviti sukan dengan tujuan bagi melahirkan murid yang cerdas,

cergas dan sihat.

4.2 Menanam serta memupuk kesedaran secara mendalam kepada pegawai, guru,

masyarakat setempat dan murid bahawa sukan sebagai unsur bagi menjana

kesihatan secara berterusan dan menjadikan sukan sebagai budaya dalam

kehidupan seharian.

4.3 Menjalinkan ikatan perpaduan, memperluaskan pergaulan dan memupuk

interaksi yang sihat di kalangan pegawai, guru dan murid berbagai kaum serta

masyarakat setempat ke arah melahirkan satu bangsa dan Negara yang kuat

melalui aktiviti sukan.


5.0 PELAKSANAAN

Tarikh : 12 Oktober 2019


Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Padang sekolah dan dewan sekolah

6.0 KUMPULAN SASARAN

Guru-guru dan murid-murid SJKT Ladang Seremban

7.0 STRATEGI PELAKSANAAN

BIL AKTIVITI CATATAN

1 Membuat perbincangan dengan Guru Penolong Kanan Guru Penolong Kanan


Kokurikulum berkenaan aktiviti yang akan dilaksanakan Kokurikulum

2 Pembinaan kertas kerja Kertas Kerja disiapkan

3 Penyemakan dan pengesahan kertas Merujuk kepada Guru


Penolong Kanan Kokurikulum

4 Perbincangan dan pemilihan bersama pihak Merujuk kepada Guru


pentadbiran untuk khidmat nasihat bagi mendapat Penolong Kanan Kokurikulum
kelulusan daripada Guru Penolong Kanan
Kokurikulum

5 Taklimat pembahagian tugas Ahli Jawatan Kuasa Dijalankan di dalam


Kerja bersama guru-guru dan ahli kumpulan pelaksana bilik ICT sekolah

6 Pelaksanaan Hari Sukan Negara Padang sekolah dan dewan


sekolah
7 Refleksi dan dokumentasi atau pelaporan Laporan
7.1 PENGISIAN PROGRAM

Bil Aktiviti
1 Pendaftaran kehadiran murid (kantin)
2 Berkumpul di tapak perhimpunan
3 Ucapan perasmian oleh GPK Kokurikulum
4 Senamrobik
5 Rehat
6 Berkumpul di tapak perhimpunan
7 Pembahagian murid mengikut tahun 1 - 6
8 Permainan dalaman
1. congkak - kantin
2. karom - dewan
3. ting ting - padang
4. batu Seremban – kelas 3K
5. permainan getah – padang
6. galah panjang - padang
9 Bersurai

8.0 JAWATANKUASA KERJA

8.1 Ahli Jawatankuasa Induk

Penasihat En. Ravi Peruman P.J.K


(Guru Besar)
Pengerusi Pn. M. Tamil Chelvi
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Naib Pengerusi 1 Pn.P. Mageswari
(Penolong Kanan Kurikulum)
Naib Pengerusi 2 En.S.Subramaniam
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Penyelaras Program Pn.S.Uganeswari
8.2 Ahli Jawatankuasa Kerja / Pelaksana

Ahli Jawatankuasa
Bidang Tugas

i Merujuk pengerusi jika ada permasalahan dan


a) Penyelaras Program
memerlukan keputusan sesuatu perkara
Pn.S.Uganeswari ii Merancang segala perjalanan program dengan
teliti
iii Menubuhkan ahli jawatankuasa kerja
iv Memantau dan memastikan perancangan setiap
ajk kecil yang dilantik, pelaksanaan semasa
aktiviti dan laporan aktiviti dibuat mengikut
perancangan takwim dan Petunjuk Prestasi
Utama (KPI) pengerusi.

i Memastikan disiplin dan keselamatan


b) Keselamatan dan Kawalan Disiplin
murid terkawal
Murid
ii Melengkapkan peti pertolongan cemas
Semua guru
iii Memberi pertolongan bantu mula kepada murid
yang cedera
i Merancang dan memilih lagu serta
c) Senamrobik
gerakan senamrobik yang sesuai
Pn.K.Anbarasi ii Mengetuai aktiviti senamrobik di padang
Pn.N.Eswari iii Memantau penglibatan semua warga
Pn. K.Anuradha sekolah dalam aktiviti senamrobik

d) Buku Program i. Menyediakan buku program Hari


Sukan Negara
i
Pn. R. Nalini
i ii. Mencetak dan mengagihkan
buku program
i Memastikan kebersihan kawasan sekitar tapak
e) Kebersihan
pelaksanaan program Hari Sukan Negara
Pekerja sekolah dan semua guru
ii Membersihkan kawasan di mana aktiviti
dijalankan
f) Siaraya i Menyediakan alat siaraya
En. Raja ( Pekerja ) ii Mengemas siaraya

iii Memastikan alatan berfungsi

i Menyediakan segala peralatan yang


g) Persiapan Tempat , Peralatan
diperlukan untuk Hari Sukan Negara
dan penyelaras permainan ii Menyediakan dan menyusun meja.
Pn.S.Sukuntala dan Pn.S.Kasturi
(Congkak) iii Menjaga masa permainan
iv Memberi arahan semasa memulakan permainan
Pn. M. Thamilselvi, Pn.U.Anusiamary
dan Pn.S.Sharmile (Karom) v Menjaga displin murid semasa permaian
vi Menjadi pengadil permainan
Pn. S. Thiruchelvee dan
Pn. K.Mariammah ( batu Seremban)

Pn. R.Danam, Pn.K.Radha Letchumy


dan Pn.K.Radha ( Ting Ting)

Pn. K. Mariayee,Pn.D.Rathneswaary
dan Pn.S. Yogesvary
(Permainan getah)

Dr. Roshara, Pn.S.Elandevi dan


En.M.Rajandaran (galah panjang)

i Mengambil foto bagi setiap aktiviti yang


h) Jurugambar
dijalankan
En.S.Arumugam
Pn.S.Uganeswari ii Menyerahkan foto yang diambil kepada AJK
Dokumentasi atau Laporan
i Menyediakan sijil untuk semua murid yang
i) Sijil untuk murid
hadir
Pn.C.Vimala tahun 1 dan 2 ii Mengedar sijil kepada semua murid yang hadir
Pn. T. Prema tahun 3 dan 4

Pn. K.Kavitha tahun 5 dan 6


i Menyediakan laporan
j) Dokumentasi dan Laporan

Pn.S.Uganeswari

k) Pendaftaran Peserta i. Mendaftar kehadiran murid


Guru kelas
9.0 PERBELANJAAN

Peruntukan perbelanjaan dari PIBG

10.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI PROGRAM

7.30 pagi - Para guru dan murid berkumpul di padang


- Pengacaraan Majlis
- Thevaram – adik Thurges (5M)
- Ucapan aluan oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum
- Senamrobik
- Sukaneka
- Bersurai

11.0 PENUTUP

Adalah diharapkan program ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang
disasarkan. Selain itu, seluruh warga sekolah akan mengambil bahagian dalam aktiviti -
aktiviti sukan dan permainan di samping menyemaikan semangat dalam membudayakan
bersukan dalam kehidupan mereka. Pelaksanaan sambutan Hari Sukan Negara di
peringkat sekolah iaitu SJKT Ladang Seremban ini mampu melahirkan modal insan yang
seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial seperti yang
termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Akhir sekali, sambutan Hari Sukan
Negara ini penting untuk membina asas sebuah negara yang menjadikan sukan sebagai
budaya hidup kita.

Disediakan Oleh

(UGANESWARI A/P SATHASIVAM)


Penyelaras Program
Disemak Oleh

(Pn.M.Thamilchelvee)
Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum,
SJKT Ladang Seremban

Disahkan Oleh

(Ravi a/l Perumal)


Guru Besar,
SJKT Ladang Seremban

Anda mungkin juga menyukai