Anda di halaman 1dari 12

PELAKSANAAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Mula dilaksanakan pada tahun 1993. KHSR menggantikan Kemahiran Manipulatif. Diajar kepada murid-murid tahap dua (tahun 4, 5 & 6). Merupakan mata pelajaran WAJIB. Diajar sebanyak 2 waktu seminggu. Tiada peperiksaan (UPSR) tetapi wajib ada penilaian di peringkat sekolah.

SEMAKAN SEMULA KURIKULUM


Tahun 2002 berlaku penyemakan semula kurikulum KHSR. Tahun 2003 murid tahun 4 mula diajar KHSR edisi semakan, 2004 murid tahun 5, 2005 murid tahun 6. Guru-guru KHSR telahpun didedahkan dengan perubahan Sukatan Pelajaran.

MASALAH DAN CABARAN PELAKSANAAN KHSR

A.

PENTADBIR SEKOLAH Tidak mematuhi sepenuhnya pekeliling 5/92. Tidak mengambil berat tentang pelaksanaan KHSR. Tidak diajar di Tahun 6 (diabaikan). Jadual KHSR digantikan dengan subjek peperiksaan. Ada sekolah tidak memasukkan jadual KHSR di Tahun 6.

B. PENGURUSAN PANITIA
Laporan pihak Nazir: 80 % guru ada Sukatan Pelajaran. 79 % mempunyai HSP 30 % sekolah memberi pendedahan tentang pengurusan panitia. 46 % sekolah mengadakan mesyuarat panitia sekurang-kurangnya sekali sepenggal (Pekeliling Ikthisas Bil. 4/1986). 37 % panitia mematuhi arahan Contoh yang tidak mematuhi arahan: - tiada fail dan minit mesyuarat panitia. - tiada mesyuarat panitia. - buku stok tidak kemas kini. - dokumen tidak disusun atur mengikut tarikh. - ada guru masih menggunakan Sukatan Pelajaran lama, akibatnya tajuk baru tidak diajar.

B. PENGURUSAN BENGKEL
Sekolah yang mempunyai bengkel KH: Bengkel diurus dan digunakan dengan baik. Bengkel terbiar. Berkongsi dengan subjek lain. Dijadikan kelas biasa. Dijadikan stor tempat menyimpan peralatan sukan dan tukang kebun. Peralatan tangan dan bahan tidak diselenggara dan disusun dengan kemas. Aspek-aspek keselamatan tidak diutamakan.

Sekolah yang tiada bengkel KH:

Pengajaran dan pembelajaran diadakan di dalam kelas, rumah guru, kaki lima kelas dan bawah pokok
Stor: Stor tidak kemas kini. Bagi yang tiada stor peralatan dan bahan KH disimpan dalam almari, bawah meja guru, pejabat, stor di bilik guru besar dan dalam stor sukan

C. PERALATAN KHSR
Ada sekolah:
Mempunyai peralatan yang lengkap dan diselenggara dengan baik. Mempunyai peralatan yang lengkap tetapi tidak diselanggara dengan baik. Peralatan tidak mencukupi. Tidak mempunyai peralatan. Peralatan dipinjam tidak dikembalikan. Banyak alat yang rosak. Dibekalkan dengan peralatan yang tidak sesuai dan berulangulang. Peralatan yang dibekalkan tidak berkualiti. Peralatan masih tersimpan di stor PPD lambat diaggihkan ke sekolah. Pengagihan peralatan KH bercampur dengan peralatan subjek lain.

D. BAHAN KHSR
Ada sekolah: Mempunyai bahan yang lengkap. Tidak mempunyai bahan yang lengkap Dibekalkan dengan bahan yang tidak sesuai. Murid-murid diminta untuk membawa bahan ke sekolah. Bahan KHSR masih tersimpan di stor PPD tidak diaggihkan ke sekolah. Bahan KHSR berselerak di stor PPD hinggakan ada pihak tertentu mengambil kesempatan membawa balik ke rumah. Guru terpaksa membeli sendiri bahan. Bahan dibekalkan berulang-ulang.

E. GURU KHSR
Guru opsyen mengajar KH. Guru bukan opsyen mengajar KH. Kebanyakan sekolah mengarahkan guru (orang lama) mengajar KH (guru melaksanakan dengan baik ada juga sebaliknya). Guru KH diarah (dibebani) mengajar subjek Sains, Matematik dll. Guru tidak berminat mengajar KH tetapi diarah mengajar. Guru sepatutnya mengajar KH (opsyen) tetapi mengajar subjek lain. Ada guru sepatutnya berada di bengkel / kelas untuk mengajar KH tetapi murid diarah belajar sendiri atas alasan alat dan bahan tidak ada. Guru sukar mengawal murid yang ramai.

F. BANTUAN PERKAPITA (PCG)


Bagi sekolah yang mempunyai PCG: Membelanjakan peruntukan yang ada untuk tujuan P&P KH. Membeli peralatan yang tidak sesuai seperti mesin welding, cicular saw (gergaji bulat), grinder, dan jig saw semua mesin ini menggunakan tenaga elektrik. Peruntukan digunakan untuk ubahsuai dan pembaikan bangunan sekolah. Lewat membelanjakan peruntukan. Tidak memaklumkan kepada guru KH peruntukan yang diterima.

G. KESINAMBUNGAN KHSR KE SEKOLAH MENENGAH


Di sekolah menengah semua murid dari Tg. 1 3 wajib mempelajari Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB). KHB terbahagi kepada 4 pilihan mata pelajaran: Pilihan 1 Kemahiran Teknikal Pilihan 2 Ekonomi Rumahtangga Pilihan 3 Pertanian Pilihan 4 Perniagaan dan Keusahawanan Ada peperiksaan di peringkat PMR (termasuk kerja kursus).

Selepas PMR murid-murid boleh mengikuti elektif:


Mata Pelajaran Vokasional (MPV). Rekacipta. Lukisan Kejuruteraan. Teknologi Kejuruteraan. Ekonomi Rumahtangga. Sains Pertanian. Prinsip Akaun. Ekonomi Asas. Memasuki Sekolah Menengah Teknik.

Anda mungkin juga menyukai