Anda di halaman 1dari 4

KESELAMATAN DI BENGKEL RBT

POLISI SEKOLAH SELAMAT

KESELAMATAN DI BENGKEL REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

1.0 PENDAHULUAN

Sebagaimana yang kita ketahui, sama ada melalui media cetak atau elektronik, insiden-insiden
seperti membakar sekolah, berlaku litar pintas dan sebagainya kerap dipaparkan.
Gejala negatif seumpama ini jika tidak dibendung dan ditangani dengan segera akan
menjejaskan perjalanan atau fungsi institusi pendidikan negara. Lantaran itu, Polisi Sekolah
Selamat yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan akan dapat merealisasikan suasana
yang kondusif bagi pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Oleh itu, Bengkel RBT yang
selamat amat penting bagi memastikan guru dan murid selesa, tenang dan selamat ketika
melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran.

2.0 RASIONAL

Mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang membanggakan, bersemangat


antara guru dan murid di samping isu-isu keselamatan guru-guru, murid-murid dan fizikal
Bengkel RBT.

3.0 MATLAMAT

Matlamat utamanya adalah untuk mewujudkan suasana bekerja dan belajar yang
menyeronokkan dan rasa selamat ketika berada di Bengkel RBT. Oleh itu Bengkel RBT mestilah
mempunyai ciri-ciri keselamatan yang menyeluruh dari aspek fizikal dan emosi kepada
penggunanya.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Menyediakan panduan kepada warga sekolah bagi setiap tindakan yang perlu diambil
untuk menjamin keselamatan semasa menggunakan Bengkel RBT.

4.2 Mewujudkan suasana selamat dan rasa seronok semasa proses pembelajaran dan
pengajaran.

4.3 Menyedarkan para guru dan murid-murid perihal kepentingan Bengkel RBT.

4.4 Menyediakan satu tempat perbincangan atau pertemuan guru-guru RBT untuk
menyelesaikan pelbagai permasalahan dalam panitia RBT

PROGRAM SEKOLAH SELAMAT : SEMETRO 2017 1


KESELAMATAN DI BENGKEL RBT

5.0 POLISI

5.1 Bengkel RBT adalah penting mempunyai ciri-ciri keselamatan.

5.2 Guru-guru boleh menggunakan Bengkel RBT sebagai tempat perbincangan,


mesyuarat dan melakukan proses pembelajaran dan pengajaran.

5.3 Penjagaan dan keselamatan Bengkel RBT adalah tanggungjawab guru-guru RBT dan
murid-murid.

6.0 KEPERLUAN MAKMAL RBT

6.1 Sebuah Bengkel RBT yang selamat mestilah mempunyai keluasan yang selesa, kemas,
bersih dan ceria.

6.2 Mempunyai sekurang-kurangnya dua buah pintu keluar masuk. Pintu hendaklah
bergril dan berkunci selepas tamat waktu persekolahan.

6.3 Peralatan kecemasan seperti alat pemadam api, kotak atau peti kecemasan yang
lengkap hendaklah disediakan.

6.4 Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke Bengkel RBT dengan sewenang-wenangnya.


Murid hanya boleh masuk ke Bengkel RBT apabila guru bersama dengan mereka.

6.5 Semua guru RBT bertanggungjawab memastikan keadaan Bengkel RBT sentiasa
selamat dan selesa.

6.7 Bengkel RBT harus mempunyai sekurang-kurangnya sebuah komputer.

7.0 TATA KERJA GURU / MURID /PEKERJA

7.1 Guru

 Guru RBT perlu memastikan murid-murid tidak memasuki Bengkel RBT tanpa
urusan.

 Guru waktu pertama akan membuka Bengkel RBT dan guru waktu terakhir
dipertanggungjawabkan untuk Bengkel RBT .

 Semua guru RBT perlu memastikan kerusi meja dan persekitaran Bengkel RBT
sentiasa kemas dan bersih.

 Guru-guru yang menggunakan Bengkel RBT perlu menulis buku log penggunaan
Bengkel RBT.

 Guru-guru yang meminjam alat bantu mengajar di dalam Bengkel RBT perlu
menulis buku log pinjaman alat / bahan.

PROGRAM SEKOLAH SELAMAT : SEMETRO 2017 2


KESELAMATAN DI BENGKEL RBT

 Guru-guru yang telah menggunakan Bengkel RBT mesti memastikan kerusi meja
disusun dengan teratur, papan putih telah dibersihkan, tiada sampah di lantai,
lampu, alat penghawa dingin dan kipas telah dipadamkan. Sekiranya bakul
sampah telah penuh, guru perlu mengarah murid mengosongkan bakul sampah
tersebut.

7.2 Murid

 Hanya murid yang mempunyai urusan sahaja yang dibenarkan masuk ke Bengkel
RBT.

 Semua murid perlu mengikut peraturan yang telah di sediakan di Bengkel RBT.

 Setelah menggunakan Bengkel RBT, murid-murid perlu memastikan kerusi meja


disusun dengan teratur, papan putih telah dibersihkan, tiada sampah di lantai,
lampu dan kipas telah dipadamkan.

 AJK kebersihan Bengkel RBT dilantik pada setiap kelas yang menggunakan Bengkel
RBT bagi memastikan Bengkel RBT sentiasa bersih, selamat dan ceria.

7.3 Pekerja

 Pekerja yang dipertanggungjawabkan hendaklah membersih Bengkel RBT secara


berkala.

8.0 PEMULIHARAAN

8.1 Memastikan cermin tingkap yang pecah diganti.

8.2 Kerusi meja yang rosak dibaiki

8.3 Langsir dibasuh dua kali setahun

8.4 Maklumat di papan kenyataan perlu dikemaskini dari semasa ke semasa

9.0 KEKANGAN

9.1 Cadangan ini tertakluk kepada perancangan dan kelulusan pihak kementerian serta
keperluan dan kesesuaian (fleksibility).

9.2 Sebagai suatu saranan yang berupa ideal, ia boleh dilaksanakan mengikut
kemampuan serta kehendak situasi sekolah masing-masing.

PROGRAM SEKOLAH SELAMAT : SEMETRO 2017 3


KESELAMATAN DI BENGKEL RBT

10.0 PENYELIAAN

10.1 Penyeliaan yang rapi akan dijalankan oleh ahli panitia RBT yang diketuai oleh ketua
panitia RBT.

10.2 Pihak pentadbir serta PIBG dan guru harus terlibat sama dalam penyeliaan tersebut.

11.0 PENUTUP

Kejayaan cadangan ini bergantung kepada semangat setiakawan, kerjasama dan rasa
tanggungjawab semua warga sekolah. Dengan wujudnya Bengkel RBT yang selamat
diharapkan taraf pembelajaran dan pengajaran murid dan guru akan meningkat ke tahap lebih
mesra pendidikan dan berkualiti tinggi bagi faedah bersama.

PROGRAM SEKOLAH SELAMAT : SEMETRO 2017 4

Anda mungkin juga menyukai