Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

PEMBELIAN BUKU MODUL UNTUK KEGUNAAN MURID


PANITIA SEJARAH TAHUN 2021

1.0 Pendahuluan

Sejarah merupakan subjek wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
bermula pada tahun 2013. Justeru itu, adalah menjadi kewajipan Panitia Sejarah sekolah ini
untuk bersikap proaktif dan melakukan langkah yang sewajarnya agar sasaran lulus 100%
dalam subjek ini tercapai pada peringkat SPM. Oleh itu, dalam merangka seterusnya
melaksana program mahupun aktiviti yang menjurus ke arah tercapainya sasaran tersebut,
Panitia Sejarah sekolah ini sememangnya memerlukan bahan bantu mengajar dan
kelengkapan yang cukup.

Berdasarkan keperluan tersebut, maka, Panitia Sejarah telah merancang pembelian buku
modul yang diyakini berupaya menjadi alat bantu yang berkesan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran seterusnya menjadi wahana mewujudkan kelas Sejarah yang bernuansa
menarik dan berkesan demi melahirkan murid yang minat dan cakna akan sejarah tanah air
dan dunia.

2.0 Objektif

a) Mewujudkan koleksi buku kerja dalam simpanan Panitia Sejarah yang lengkap dan
terkini mengikut silibus KSSM.
b) Meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah melalui wahana alat bantu
yang dibeli.
c) Meningkatkan keberkesanan pdpc mata pelajaran Sejarah sejajar dengan konsep
Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) seperti penggunaan kaedah ‘GALLERY WALK’,
‘SIFU’ dan ‘LENG-AT’.

3.0 Sasaran
642 orang murid SMK Perempuan Likas

1
4.0 Anggaran Perbelanjaan

Harga seunit Jumlah Sumber


Bil Butiran Kuantiti
(RM) (RM) Kewangan
Modul iPro Kluster Sejarah PCG
1 50 12.00 600.00
SPM KSSM 2021 Panitia
3 Kertas Mahjong 80gsm 2 set 56.50 113.00 Sejarah
Praktis Topikal Sejarah DTP
3 40 6.25 250.00
Ting.4 OS42000
963.00 RM
JUMLAH 963.00

5.0 Penutup

Adalah diharapkan dengan adanya pembelian barangan ini, akan membantu dan menjadi
wahana yang berkesan dalam meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sejarah di sekolah ini
sama ada dalam peperiksaan dalaman mahupun peperiksaan awam. Diharap semua cadangan
yang disertakan dalam kertas kerja ini mendapat maklum balas yang positif daripada pihak tuan.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(EN. MOHAMAD ZAHID AWANG JAIB) (PN. AERLIZA MOHD RADZI)


Ketua Panitia Sejarah Ketua Bidang Kemanusiaan
SMK Perempuan Likas SMK Perempuan Likas

Diluluskan oleh,

(PN. RAFIDAH BINTI KARAMAN)


Pengetua
SMK Perempuan Likas Kota Kinabalu

Anda mungkin juga menyukai