Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN

KARNIVAL STEM 2021


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERINGKAT NEGERI JOHOR

PERTANDINGAN INOVASI
SEKOLAH RENDAH & MENENGAH

Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian


Kementerian Pendidikan Malaysia

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM 2021 I 3


PERTANDINGAN INOVASI STEM
SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH

1.0 PENGENALAN

Pertandingan Inovasi STEM adalah anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
(BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama semua Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN). Pertandingan ini merupakan platform kepada murid-murid sekolah
rendah dan menengah dalam mengetengahkan inovasi, penemuan dan reka bentuk mengikut
tema yang ditetapkan. Pertandingan ini juga bertujuan menggalakkan kreativiti serta
percambahan minda dalam menghasilkan inovasi yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan
seharian. Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui pertandingan ini meliputi penyelesaian
masalah, membuat penyelidikan, kreativiti, analisis kritis, kerja berpasukan, komunikasi, dan
literasi digital.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencungkil dan memupuk bakat murid-murid di dalam bidang


penyelidikan dan pembangunan inovasi sains dan kejuruteraan dan
Matematik (STEM).

2.2 Untuk meningkatkan kemahiran praktikal murid dan mendorong kreativiti


dalam menghasilkan projek inovasi.

2.3 Sebagai platform kepada murid untuk mengemukakan idea kreatif dan
membangunkan projek inovasi untuk penemuan atau penambahbaikan
sesuatu projek.

2.4 Mengasah kemahiran murid dalam membuat penyelidikan saintifik mengikut


kaedah dan prosedur yang betul.

2.5 Meningkatkan dan mengembangkan minat murid dalam bidang Sains,


Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

2.6 Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam proses


pembangunan projek.

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM 2021 I 4


3.0 TEMA

3.1 Kesihatan dan makanan


3.2 Pertanian
3.3 Persekitaran lestari
3.4 Tenaga Boleh diperbaharui
3.5 Teknologi maklumat dan komunikasi

4.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah dan sekolah
menengah bantuan kerjaan persekutuan. Murid dari sekolah bantuan
kerajaan negeri dibenarkan menyertai pertandingan ini di peringkat daerah
dan negeri atas dasar jemputan.

4.2 Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori:

a. Kategori Sekolah Rendah:


Murid tahun 4, 5 dan 6 atau gabungan tahun 4, 5 dan 6 pada
tahun 2021.

b. Kategori Sekolah Menengah:


Murid tingkatan 1, 2 dan 3 atau gabungan tingkatan 1, 2 dan 3 pada
tahun 2021.

4.3 Satu pasukan terdiri daripada sekurang-kurangnya 1 orang murid dan 1 orang guru
mentor (pembimbing) dan jumlah maksimum 3 orang murid dan 1 orang guru
mentor (pembimbing).

4.4 Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama.

4.5 Sijil penyertaan disediakan kepada setiap peserta pertandingan. Nama yang
tertera pada sijil berdasarkan ejaan sewaktu pendaftaran dalam talian.

4.6 Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran tidak dibenarkan.

4.7 Tarikh tutup penyertaan ialah pada 15 Ogos 2021.

4.8 Sesuatu rekacipta / inovasi mestilah bersifat baharu. Bagi projek inovasi yang
telah dipertandingkan dan memenangi sebarang anugerah mesti melakukan
pengubahsuaian ke atas projek berkenaan. Penyesuaian produk yang sedia
ada dapat diterima selagi penambahbaikan itu berlaku sama sekali baru.

4.9 Projek mesti selari dengan tema pertandingan.

4.10 Idea projek mesti asli dan tidak pernah dikomersialkan, dipaparkan atau
dikemukakan ke mana-mana sektor pembuatan.

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM 2021 I 5


4.11 Sesuatu rekacipta / inovasi dikemukakan dalam bentuk sampel komersial,
artikel yang telah dikeluarkan prototaip, model, pelan, lukisan, gambar dan
teks.

4.12 Satu tema sahaja dibenarkan untuk satu projek inovasi.

4.13 Pertandingan peringkat negeri dijalankan secara dalam talian. Peserta perlu
menghantar poster, laporan dan video rakaman inovasi (berdurasi tidak lebih
5 minit) sebelum atau pada 15 Ogos 2021

4.14 Keputusan penjurian adalah muktamad. Sebarang aduan tidak akan dilayan.

4.15 Setiap sekolah boleh menghantar lebih dari satu penyertaan.


4.16 1 orang guru mentor (pembimbing) boleh membimbing lebih dari satu pasukan.

5.0 PERINGKAT PERTANDINGAN

5.1 Peringkat Pertama:


Tapisan mengikut Penganjur
Laporan dan video akan disahkan / diperiksa oleh pihak penganjur untuk
memastikan bahawa pendaftaran memenuhi syarat penyertaan dan prosedur
pendaftaran.

5.2 Peringkat kedua:


Menilai berdasarkan kertas cadangan dan video.
Laporan dan video yang diterima akan dinilai oleh panel hakim. Panel hakim
akan menilai dan memilih projek yang memenuhi elemen penilaian.

6.0 VIDEO PEMBENTANGAN

6.1 Kos penyediaan laporan dan video adalah di bawah tanggungan sepenuhnya
peserta pertandingan / sekolah.

6.2 Durasi pembentangan adalah tidak melebihi 5 minit. Tempoh ini termasuk
montaj persembahan.

6.3 Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

6.4 Hasil karya persembahan hendaklah sesuai untuk dipaparkan dalam segala
bentuk media video. Format yang dibenarkan bagi video adalah WMV, MP4
dan MOV. Resolution video yang ditetapkan adalah Full HD – 1080p. Pautan
video sahaja yang perlu dihantar kepada penganjur negeri.

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM 2021 I 6


7.0 LAPORAN / RINGKASAN PROJEK

7.1 Peserta hendaklah menyediakan laporan/ ringkasan projek / penyataan


masalah / data objektif/ uji lari / impak produk/ kebolehpasaran produk dan
keaslian produk.

7.2 Format menyediakan laporan/ ringkasan projek mestilah menggunakan font


Arial, saiz tulisan 12 dan double spacing.

8.0 PROSES PENJURIAN

8.1 Semua urusan penilaian pertandingan inovasi akan dilaksanakan secara atas
talian.

8.2 Fail Video pembentangan telah siap perlu:

a. dimuatnaik ke google drive sebelum dihantar kepada penganjur.

b. Hantar GOOGLE DRIVE yang mengandungi VIDEO PROJEK,


LAPORAN / RINGKASAN PROJEK INOVASI & POSTER ke pihak
penganjur melalui link yang diberi.

8.3 5 Pasukan terbaik akan dimaklumkan dan diberikan Jadual Penjurian untuk
sesi QnA bersama panel juri. Penjurian untuk sesi QnA bersama panel juri
menggunakan Platform Google Meet.

9.0 PROSES MENILAI PERINGKAT NEGERI.

9.1 Saringan dan penilaian projek akan dilaksanakan oleh pengelola peringkat
negeri.

9.2 Semua laporan projek dan video akan disahkan / diperiksa oleh pihak
penganjur untuk memastikan bahawa pendaftaran memenuhi syarat
penyertaan dan prosedur pendaftaran.

9.3 Laporan projek dan video yang diterima akan dinilai oleh panel hakim yang dilantik
( Guru STEM / Pensyarah IPG / Pensyarah IPTA )

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM 2021 I 7


10.0 KRITERIA PENILAIAN
Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria berikut:

10.1 KREATIVITI (15%)


Inovasi yang diperkenalkan hendaklah kreatif sama ada yang baharu atau
yang telah diadaptasi, dan berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

10.2 SIGNIFIKAN PROJEK (20%)


Penghasilan inovasi yang berkualiti, bermakna, menjimatkan kos/sumber,
memberi impak yang tinggi.

10.3 IMPAK PROJEK (20%)


Inovasi dan penyelidikan dapat memberi faedah yang jelas kepada
peningkatan kualiti atau keberkesanan kepada pengajaran dan pembelajaran.

10.4 KEBERKESANAN KOS (5%)


Hasil inovasi dapat meningkatkan produktiviti Terdapat bukti inovasi dengan
kos yang lebih rendah atau sama.

10.5 REPLIKABILITI (KEBOLEHULANGAN) (10%)


Terdapat bukti yang nyata bahawa inovasi dan penyelidikan boleh
digunapakai oleh pihak-pihak lain yang berkaitan secara terus dengan
diubahsuai mengikut keperluan.

10.6 POTENSI KEBOLEHGUNAAN / APLIKASI (15%)


11.6.1 Wujud bukti hasil inovasi berjaya mencapai objektif inovasi
sepenuhnya.
11.6.2 Berpotensi untuk berkembang.
11.6.3 Mempunyai perancangan masa hadapan dan cadangan penambahbaikan.
(Boleh aplikasi).

10.7 PERSEMBAHAN DAN PENYAMPAIAN (15%)


10.7.1 Penyampaian adalah sistematik dan menarik, jelas, padat serta mudah
difahami.
10.7.2 Penyediaan bahan yang bersesuaian untuk membantu persembahan
seperti poster/risalah/brosur.
10.7.3 Penggunaan ruang/alat pameran secara optima dan berkesan.
10.7.4 Peserta berpengetahuan dan berkeyakinan tentang
inovasinya.

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM 2021 I 8


13.0 PROSEDUR PENYERTAAN

Proses pendaftaran mesti mengikut prosedur berikut:

14.1 Semua pendaftaran mesti dibuat melalui dalam talian.

14.2 Semua butiran dalam borang pendaftaran dalam talian mesti diisi dengan
lengkap dan betul.

14.3 Pautan projek (laporan dan video) mesti hantar melalui google form yang
disediakan oleh penganjur.

14.4 Peserta diminta untuk menggunakan akaun email moe untuk mengakses
borang dalam talian.

14.5 Pengelola peringkat negeri berhak untuk menolak mana-mana penyertaan


yang tidak lengkap atau lewat.

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM 2021 I 9


LAMPIRAN 1
FORMAT LAPORAN PROJEK

1. Tajuk muka surat


Tajuk Ciptaan & Tarikh

2. Jadual Kandungan Halaman


Senaraikan bahagian laporan dan nombor halaman yang sesuai.

3. Halaman Ringkasan
Huraikan secara ringkas apa yang dicipta dan mengapa projek tersebut perlu
dibangunkan.

4. Dokumentasi Pencarian Keaslian


Termasuk dengan siapa peserta bercakap, kedai yang dihubungi, majalah yang anda
kaji, penyelidikan perpustakaan yang dibuat, dan sumber penyelidikan lain atau maklumat
yang digunakan.

5. Dokumentasi Tinjauan Pelanggan


Senaraikan orang yang peserta hubungi dan komen mereka.

6. Huraian Ciptaan
Dalam satu atau dua perenggan, terangkan masalah yang diselesaikan, bagaimana
penemuan ini berfungsi atau digunakan, dan kelebihan berbanding teknologi atau
produk sedia ada.

7. Lukisan dan / atau Rajah Skema (sambungan unsur-unsur dalam sistem yang
digambarkan oleh simbol).
Boleh menggunakan lakaran tangan atau komputer dilukis dengan jelas dan terperinci
penemuan ini, semua bahagian perlu dilabel dengan jelas.

8. Ujian Penciptaan
Senaraikan hasil ujian yang dikumpulkan. Terangkan bagaimana penemuan itu diuji
dan hasilnya. Sertakan semua hasil ujian pada penemuan yang telah dilakukan oleh
orang lain, dan komen apa yang mereka ada. Sertakan grafik (carta / graf) untuk
menunjukkan hasil ujian dengan jelas.

9. Analisis Kos Penemuan


Tunjukkan maklumat kos yang dikumpulkan, termasuk jangkaan harga jualan, anggaran
harga pembuatan, dan keuntungan bersih.

10. Catatan Jurnal


Bahagian ini harus mengandungi semua nota seperti yang ditulis dalam jurnal agar
para hakim dapat mengikuti kemajuan projek.

11. Ucapan terima kasih


Beri penghargaan kepada mereka yang memberi kerjasama kepada dan nyatakan
bagaimana mereka membantu.

12. Bibliografi
Nyatakan sumber yang digunakan dalam penyelidikan, jika ada.
Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM 2021 I 10
BORANG PENILAIAN PERTANDINGAN INOVASI STEM
(SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH)

NO PROJEK
Aspek Sub Kriteria / Aspek 15 / 14 / 13 12 / 11 / 10 9/8/7 6/5/4 3/2/1 Skor Markah (%)
Penilaian Sangat Baik Baik Memuaskan Lemah Sangat lemah
Inovasi hendaklah kreatif sama ada yang baharu atau yang telah / 15%
KREATIVITI diadaptasi, dan berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
20 / 19 / 18 / 17 16 / 15 / 14 / 13 12 / 11 / 10 / 9 8/7/6/5 4/3/2/1
Skor Markah (%)
SIGNIFIKAN Signifikan - Penghasilan inovasi yang berkualiti, bermakna, Sangat Baik Baik Memuaskan Lemah Sangat lemah
PROJEK menjimatkan kos/sumber, memberi impak yang tinggi.
/ 20%

20 / 19 / 18 / 17 16 / 15 / 14 / 13 12 / 11 / 10 / 9 8/7/6/5 4/3/2/1
Keberkesanan - Inovasi dan penyelidikan dapat memberi faedah yang Skor Markah (%)
IMPAK Sangat Baik Baik Memuaskan Lemah Sangat lemah
jelas kepada peningkatan kualiti atau keberkesanan kepada
PROJEK
pengajaran dan pembelajaran / 20%
5 4 3 2 1
KEBERKESANAN Hasil inovasi dapat meningkatkan produktiviti. Terdapat bukti inovasi Sangat Baik Baik Memuaskan Lemah Sangat lemah
KOS dengan kos yang lebih rendah atau sama. / 5%

10 / 9 8/7 6/5 4/3 2/1 Skor Markah (%)


REPLIKABILITI Terdapat bukti yang nyata bahawa inovasi dan penyelidikan boleh Sangat Baik Baik Memuaskan Lemah Sangat lemah
(KEBOLEH- digunapakai oleh pihak-pihak lain yang berkaitan secara terus dengan
ULANGAN) diubahsuai mengikut keperluan. / 10%

Wujud bukti hasil inovasi berjaya mencapai objektif inovasi 15 / 14 / 13 12 / 11 / 10 9/8/7 6/5/4 3/2/1 Skor Markah (%)
POTENSI sepenuhnya. Berpotensi untuk berkembang. Mempunyai Sangat Baik Baik Memuaskan Lemah Sangat lemah
KEBOLEHGUNAAN / perancangan masa hadapan dan cadangan penambahbaikan.
APLIKASI (Boleh aplikasi) / 15%
Penyampaian sistematik dan menarik, jelas, padat serta mudah 15 / 14 / 13 12 / 11 / 10 9/8/7 6/5/4 3/2/1 Skor Markah (%)
difahami. Penyediaan bahan yang bersesuaian untuk membantu Sangat Baik Baik Memuaskan Lemah Sangat lemah
PERSEMBAHAN persembahan seperti risalah/brosur. Penggunaan ruang / alat
DAN PENYAMPAIAN pameran secara optima dan berkesan. Peserta berpengetahuan dan / 15%
berkeyakinan tentang inovasinya.
JUMLAH MARKAH / 100 %

Rumusan Hakim:

Tandatangan Hakim :

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM 2021 I 11

Anda mungkin juga menyukai