Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN INOVASI STEM


PERINGKAT SK PEKAN TENOM TAHUN 2021

ANJURAN :
UNIT KOKURIKULUM SK PEKAN TENOM
(KELAB SAINS DAN MATEMATIK)

TARIKH:
25 OKTOBER 2021 hingga 19 NOVEMBER 2021
PERTANDINGAN INOVASI STEM

1.0 PENGENALAN

Pertandingan Inovasi STEM ini merupakan platform kepada murid-murid


sekolah rendah dalam mengetengahkan inovasi, penemuan dan reka bentuk
mengikut tema yang ditetapkan. Pertandingan ini juga bertujuan
menggalakkan kreativiti serta percambahan minda dalam menghasilkan
inovasi yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kemahiran yang
dapat dikembangkan melalui pertandingan ini meliputi penyelesaian masalah,
membuat penyelidikan, kreativiti, analisis kritis, kerja berpasukan, komunikasi
dan literasi digital.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencungkil dan memupuk bakat murid-murid di dalam bidang


penyelidikan dan pembangunan inovasi sains dan kejuruteraan dan
Matematik (STEM)

2.2 Untuk meningkatkan kemahiran praktikal murid dan mendorong


kreativiti dalam menghasilkan projek inovasi.

2.3 Sebagai platform kepada murid untuk mengemukakan idea kreatif dan
membangunkan projek inovasi untuk penemuan atau penambahan
sesuatu projek.

2.4 Mengasah kemahiran murid dalam membuat penyelidikan saintifik


mengikut kaedah dan prosedur yang betul.

2.5 Meningkatkan dan mengembangkan minat murid dalam bidang Sains,


Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

2.6 Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam


proses pembangunan projek.

3.0 TEMA

3.1 Alat boleh pakai


Contoh : alat pembersihan
4.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada ahli kelab Sains dan Matematik.

4.2 Sijil penyertaan disediakan kepada setiap peserta pertandingan.

4.3 Setiap penyertaan akan diberi markah di dalam penilaian PAJSK bagi
tahun semasa.

4.4 Sesuatu rekacipta/inovasi adalah bebas, sama ada bersifat baharu


atau dicipta semula.

4.5 Projek mesti selari dengan tema pertandigan.

4.6 Sesuatu rekacipta/inovasi dikemukakan dalam bentuk model dan


gambar.

4.7 Peserta perlu merakam/gambar bahan-bahan yang digunakan &


proses pemasangan/pembinaan boleh digambar/dirakam dan dihantar
sebagai bukti dilakukan oleh peserta dan bukan dibeli.

4.8 Peserta perlu menghantar laporan hasil akhir selewat-lewatnya


sebelum 19 November 2021 dan keputusan juri adalah muktamad.

5.0 PERINGKAT PERTANDINGAN

5.1 Peringkat pertama:


Laporan dan video akan disahkan untuk memastikan bahawa
penyertaan memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

5.2 Peringkat kedua:


Laporan dan video yang diterima dinilai oleh panel hakim.

6.0 VIDEO PEMBENTANGAN

6.1 Kos penyediaan laporan gambar dan video adalah di bawah


tanggungan sepenuhnya peserta pertandingan.

6.2 Durasi video tidak melebihi 10 minit.

6.3 Nyatakan tajuk inovasi dan nama peserta di awal video (boleh juga
dinyatakan dalam mesej)

6.4 Resolusi video adalah bebas dengan syarat dapat dilihat dengan jelas
untuk dinilai.
7.0 PEMARKAHAN & PENGHAKIMAN

7.1 Pemarkahan & penilaian pertandingan inovasi akan dilaksanakan


secara atas talian.

7.2 Fail video pembentangan perlu dihantar kepada mana-mana guru


penasihat Kelab Sains dan Matematik.

8.0 KRITERIA PENILAIAN

8.1 KREATIVITI (10%)


Inovasi yang diperkenalkan hendaklah kreatif sama ada yang baharu
atau yang telah diadaptasi.

8.2 IMPAK PROJEK (10%)


Inovasi dan penyelidikan dapat memberi faedah yang jelas kepada
peningkatan kualiti atau keberkesanan kepada pengajaran dan
pembelajaran.

8.3 POTENSI KEBOLEHGUNAAN/APLIKASI (15%)


8.3.1 Wujud bukti hasil inovasi berjaya mencapai objektif inovasi
sepenuhnya.

8.3.2 Berpotensi untuk berkembang.

8.4 PERSEMBAHAN DAN PENYAMPAIAN (15%)


Penyampaian adalah sistematik dan menarik, jelas, padat serta mudah
difahami. (Laporan gambar dan video)

9.0 HADIAH DAN SIJIL

Pemenang akan mendapat:

JOHAN : Wang tunai RM80 + sijil pencapaian


NAIB JOHAN : Wang tunai RM50 + sijil pencapaian
KETIGA : Wang tunai RM30 + sijil pencapaian
Setiap penyertaan akan mendapat sijil & markah dalam penilaian PAJSK bagi
tahun semasa.
10.0 PROSEDUR PENYERTAAN

Proses pendaftaran mesti mengikut prosedur berikut:

10.1 Semua pendaftaran dibuat melalui pautan Google Form yang


disediakan.

10.2 Laporan akhir projek mesti dihantar terus kepada mana-mana Guru
Penasihat Kelab Sains dan Matematik secara bergambar atau video.

Boleh rujuk contoh hasil video pembentangan pada pautan di bawah:


https://youtu.be/Nx9Emivk6TQ

10.3 Video penggunaan hasil inovasi wajib dibuat untuk penilaian.

Anda mungkin juga menyukai