Anda di halaman 1dari 12

KERTAS KONSEP

KARNIVAL STEM 2023

PERTANDINGAN
YOUNG INNOVATORS FAIR
(SEKOLAH RENDAH & SEKOLAH MENENGAH)

ANJURAN

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK

KELOLAAN

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PADAWAN


0
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN
YOUNG INNOVATORS FAIR

1.0 PENGENALAN

YOUNG INNOVATORS FAIR adalah salah satu aktiviti anjuran Unit


Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak (JPNS) dengan kerjasama semua Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD). Pertandingan ini merupakan platform kepada murid sekolah rendah
dan sekolah menengah dalam mempamer dan mengetengahkan idea serta
penemuan mereka berdasarkan tema yang ditetapkan.
Pertandingan ini bertujuan menggalakkan pemikiran secara kritis dan kreatif
dalam menghasilkan inovasi yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan
seharian. Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui pertandingan ini
meliputi kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan
masalah, kemahiran mengkaji dan menganalisis, kemahiran berkomunikasi
serta kemahiran bekerja secara berpasukan.

2.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT KHUSUS PENYERTAAN


2.1 Pertandingan ini dijalankan secara dalam talian.

2.2 Pertandingan ini terbuka kepada dua (2) kategori:


a. Sekolah rendah:
Murid tahun 4 hingga 6
b. Sekolah menengah:
Murid tingkatan 1 hingga 5

2.3 Setiap sekolah rendah dan sekolah menengah boleh menghantar


maksimum tiga (3) projek bagi setiap bidang di peringkat negeri.

2.4 Setiap penyertaan terdiri daripada tiga (3) orang murid dan seorang (1)
guru pembimbing.

2.5 Peserta mestilah daripada sekolah yang sama.

2.6 Projek inovasi mestilah asli dan tidak pernah dikomersialkan. Projek
inovasi yang telah dipertandingkan dan memenangi sebarang
anugerah boleh menyertai pertandingan dengan syarat projek inovasi
tersebut telah diubahsuai atau ditambahbaik.

1
2.7 Kolaborasi dengan pihak luar (universiti/industri/agensi) adalah
digalakkan untuk menguji dan menganalisis kualiti projek yang
dihasilkan.

3.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN


Peserta perlu menghasilkan laporan projek dan video pembentangan
berdasarkan bidang projek dan tema yang telah ditetapkan oleh penganjur.
3.1 Bidang Projek
3.1.1 Sains Kehidupan (Life Sciences)
3.1.2 Kajian Alam Sekitar (Environmental Sciences)
3.1.3 Matematik

3.1.4 Kejuruteraan / Robotik / Sains Komputer

3.1.5 Sains Sosial (Social Sciences)

3.2 Tema
Setiap projek inovasi juga diwajibkan untuk memilih mana-mana satu
(1) tema yang dicadangkan di bawah.
3.2.1 SDG 3: Good Health and Well-being
3.2.2 SDG 4: Quality Education
3.2.3 SDG 7: Affordable and Clean Energy
3.2.4 SDG 11: Sustainable Cities and Communities
3.2.5 SDG 12: Responsible Consumption and Production
3.2.6 SDG 13: Climate Action
3.3 Satu projek inovasi hanya dibenarkan menyertai satu bidang sahaja.
Jika projek inovasi yang sama didaftarkan lebih daripada satu bidang
maka penyertaan projek inovasi tersebut akan dibatalkan.

3.4 Pengelola Peringkat Negeri: Pejabat Pendidikan Daerah Padawan

3.4 Tarikh Akhir Penyertaan: 1 Ogos 2023 (Selasa)

2
3.5 Pautan Pendaftaran:

PERTANDINGAN PAUTAN DAN QR CODE TARIKH AKHIR


PENDAFTARAN PENDAFTARAN
Young Innovators
Fair
Sekolah Rendah

1 Ogos 2023

http://bit.ly/YIFSWKSR

Young Innovators
Fair
Sekolah
Menengah

1 Ogos 2023

http://bit.ly/YIFSWKSM

3
4.0 FORMAT PERTANDINGAN
4.1 Pertandingan akan dilaksanakan secara dalam talian. Semua
penyertaan perlu memuat naik laporan projek (format .pdf) dan video
pembentangan melalui google form yang disediakan oleh penganjur
peringkat negeri (PPD Padawan).

4.2 Peserta tidak dibenarkan memaparkan identiti sekolah atau negeri


pada semua bahan pertandingan yang dihantar untuk dinilai (laporan
projek dan video pembentangan).

4.3 Pertukaran peserta/projek dan penambahbaikan projek tidak


dibenarkan selepas tarikh tutup penghantaran bahan pertandingan.

4.4 Format rakaman video pembentangan

4.4.1 Durasi pembentangan mestilah tidak melebihi lima (5) minit.

4.4.2 Peserta perlu menerangkan proses penghasilan dan


kebolehfungsian projek secara terperinci. Penglibatan setiap
ahli adalah diwajibkan.

4.4.3 Video berbentuk persembahan slaid berserta voice over adalah


tidak dibenarkan.

4.4.4 Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa


Inggeris.

4.4.5 Suara mestilah jelas dan terang. Jika menggunakan muzik latar,
perlu dipastikan ia tidak mengganggu penerangan peserta.

4.4.6 Format yang dibenarkan bagi rakaman video adalah WMV/


MP4/MOV. Resolusi video yang ditetapkan adalah Full HD –
1080p.

4.4.7 Rakaman video perlu dilaksanakan dalam bentuk landskap.

4.5 Format laporan projek


4.5.1 Laporan projek harus merangkumi:
4.5.1.1 pengenalan
4.5.1.2 penyataan masalah
4.5.1.3 objektif
4.5.1.4 metodologi
4.5.1.5 keputusan dan perbincangan
4.5.1.6 kesimpulan
4.5.1.7 rancangan masa depan
4.5.1.8 rujukan
4
4.5.2 Murid dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa
Inggeris dalam penulisan laporan projek.

4.5.3 Penyediaan laporan projek mestilah mengikut spesifikasi yang


ditetapkan:

4.5.3.1 jenis font: Arial


4.5.3.2 saiz font: 11
4.5.3.3 single spacing
4.5.3.4 tidak melebihi 3 muka surat
4.5.3.5 perlu hantar dalam format .pdf

5.0 PROSES PENILAIAN


5.1 Proses penilaian peringkat negeri
5.1.1 Saringan dan penilaian projek akan dilaksanakan oleh pengelola
peringkat negeri.
5.1.2 Laporan projek dan video pembentangan yang diterima akan
dinilai oleh panel hakim peringkat negeri secara dalam talian.
5.2.3 Semua laporan projek dan video pembentangan akan
disahkan/diperiksa oleh pihak penganjur peringkat negeri untuk
memastikan bahawa pendaftaran memenuhi syarat penyertaan
dan prosedur pendaftaran.
5.2.4 Peserta akan dimaklumkan mengenai sesi soal jawab
bersama-sama panel hakim secara dalam talian oleh pengelola
peringkat negeri. Durasi sesi soal jawab adalah selama 5 hingga
10 minit. Guru pembimbing tidak dibenarkan berada bersama-
sama murid secara dalam talian semasa sesi soal jawab.

6.0 KRITERIA PENILAIAN

6.1 Proses penilaian dibuat berdasarkan dua (2) komponen iaitu:

6.1.1 Penulisan (laporan projek)

6.1.2 Pembentangan (video pembentangan dan sesi soal jawab)

5
6.2 Kriteria penjurian terperinci untuk laporan projek adalah seperti berikut:

KOMPONEN KRITERIA MARKAH

Kesesuaian tema  Menepati tema dan bidang yang dipilih


5
dan bidang
Pernyataan  Mengenalpasti masalah dan
masalah dan menunjukkan keperluan projek tersebut
objektif dijalankan 10
 Menyatakan objektif projek dengan jelas
dan berfokus
Metodologi  Menunjukkan perancangan yang jelas dan
teratur
 Kaedah yang dipilih relevan dengan objektif
10
kajian
 Menyatakan kaedah pengumpulan data
yang terancang
Keputusan dan  Mengumpul data secara sistematik
Perbincangan  Mengintepretasi data dengan tepat 10
 Menggunakan kaedah analisis data yang
sesuai dan relevan
 Menggunakan kaedah penyampaian data
yang sesuai dan tepat (jadual/graf dll.)
Perancangan masa  Dapat mengenalpasti aspek yang perlu
hadapan dtambahbaik 5
 Menyatakan cadangan penambahbaikan
yang jelas
Keberkesanan kos  Membelanjakan kos yang minimum tetapi 5
efektif
Impak  Memberikan faedah yang jelas kepada
masyarakat 5
Kreativiti  Menunjukkan daya kreativiti yang tinggi
dalam mencipta, menghasilkan, dan 5
mengembangkan sesuatu idea yang
baharu dan asli atau menambah baik idea
sedia ada
Kolaborasi  Menjalinkan kolaborasi dengan pihak luar
(universiti/industri/agensi) untuk 5
meningkatkan kualiti projek terutamanya
daripada aspek pengujian/analisis
JUMLAH 60

6
6.3 Kriteria penjurian terperinci untuk telesidang (video pembentangan dan
sesi soal jawab) adalah seperti berikut:

KOMPONEN KRITERIA MARKAH

Keyakinan  Pembentangan yang jelas dan menarik 10


Penglibatan  Penglibatan yang menyeluruh dari
kesemua ahli pasukan dalam proses 10
penghasilan projek, pembentangan dan
sesi soal jawab
Kebolehfungsian  Projek yang dihasilkan berfungsi,
bertepatan dengan objektif yang 10
dinyatakan
Sesi soal jawab  Respon jelas, tepat dan bernas.
 Pemahaman terhadap projek yang 10
menyeluruh
JUMLAH 40

7
BORANG PENILAIAN PERTANDINGAN
YOUNG INNOVATORS FAIR

Kod Penyertaan:
Tajuk:
BIL. KOMPONEN KRITERIA PENILAIAN Markah:
MARKAH
MARKAH
MAKSIMUM
1. Kesesuaian tema dan bidang 5
2. Pernyataan masalah dan objektif 10
3. Metodologi 10
4. Keputusan dan Perbincangan 10
PENULISAN
5. Perancangan masa hadapan 5
(60%)
6. Keberkesanan kos 5
7. Impak 5
8. Kreativiti 5
9. Kolaborasi 5
JUMLAH MARKAH 60
1. Keyakinan 10
2. PENYAMPAIAN Penglibatan 10
3. (40%) Kebolehfungsian 10
4. Sesi soal jawab 10
JUMLAH MARKAH 40
JUMLAH MARKAH
KESELURUHAN 100

RUMUSAN HAKIM:
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

NAMA HAKIM: TANDATANGAN:

8
7.0 PROSEDUR PENDAFTARAN DAN PENYERTAAN

7.1 Semua urusan pendaftaran dan penyertaan mesti dibuat secara dalam
talian melalui Google Forms yang disediakan oleh Pengelola
Peringkat Negeri (PPD Padawan).

7.2 Semua butiran dalam Google Forms mesti diisi dengan lengkap dan
betul.

7.3 Fail (Laporan projek dan video pembentangan) mesti dimuat naik ke
Google Forms. Fail perlu disertakan dengan caption:
NamaSekolah_NamaPertandingan

Contoh: SMKLake_YIF

7.4 Jika sekolah tersebut mempunyai lebih daripada satu penyertaan, fail
boleh disertakan dengan caption seperti berikut:

Contoh:
Penyertaan pertama: SMKLake1_YIF
Penyertaan kedua: SMKLake2_YIF
Penyertaan ketiga: SMKLake3_YIF

7.5 Borang penyertaan hendaklah diisi dengan lengkap dan disahkan oleh
pihak sekolah (Lampiran 1).

7.6 Pengelola berhak untuk menolak mana-mana penyertaan yang tidak


lengkap atau lewat.

8.0 PENGHAKIMAN

8.1 Lantikan panel hakim Peringkat Negeri adalah di bawah penyelarasan


Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Sektor Pembangunan
Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

8.2 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD. Sebarang aduan dan rayuan


berkaitan dengan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.

9.0 TUNTUTAN HAK CIPTA

9.1 Sektor Pembangunan Murid (SPbM), Jabatan Pendidikan Negeri


Sarawak (JPNS) memiliki hak cipta sepenuhnya terhadap karya yang
dihasilkan.

10.0 PEMARKAHAN

10.1 ***RUJUK BORANG PENILAIAN PERTANDINGAN YOUNG


INNOVATORS FAIR ***

9
11.0 CADANGAN HADIAH PERTANDINGAN

BIL PERKARA CATATAN


1. Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian
2. Naib Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian
3. Tempat ke-3 Hadiah dan Sijil Pencapaian
4. Tempat ke-4 Hadiah dan Sijil Pencapaian
5. Tempat ke-5 Hadiah dan Sijil Pencapaian
6. Tempat ke-6 hingga seterusnya Sijil Penyertaan

12.0 AM

12.1 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Jabatan Pendidikan Negeri


Sarawak.
12.2 Maklumat pertandingan turut dihebahkan melalui laman Facebook
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan laman Facebook Unit Koku
JPN Sarawak.
12.3 Keterangan lanjut mengenai pertandingan ini, sila hubungi:

PUAN MARJOLYN MICHAEL


Penolong Pengarah (STEM)
Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
082-473670

ENCIK CHONG CHIN HUA


Penolong PPD (Kokurikulum)
Pejabat Pendidikan Daerah Padawan
082-545790

PUAN CHUNG SZE MEANG


Pegawai Teknikal Negeri
Young Innovators Fair Secondary School
SMK Lake, Bau
016-8096198

PUAN LEE SIAU KEN


Pegawai Teknikal Negeri
Young Innovators Fair Primary School
SJKC Kai Ming Bintulu
013-8337328

13.0 PENUTUP
Kertas Konsep YOUNG INNOVATORS FAIR (Sekolah Menengah dan Sekolah
Rendah) Peringkat Negeri Sarawak 2023 sah digunakan mulai Mei 2023
sehingga pemberitahuan lanjut oleh Unit Pembangunan Bakat Murid
(Kokurikulum) Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

10
Lampiran 1
BORANG PENYERTAAN

Pertandingan Young Innovators Fair


KARNIVAL eMAS 4.0
Sekolah Menengah / Sekolah Rendah
Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2023

PPD

Nama Sekolah

Alamat Sekolah

No. Tel Sekolah E-mel


Sekolah

Maklumat Murid Bil Nama No. Kad Pengenalan


1.

Nama Guru

No. Telefon
Guru
Pengesahan Sekolah:
Dengan ini, saya/kami mengesahkan bahawa penyertaan ini adalah bahan pertandingan asal
murid berkenaan. Saya/kami bersetuju dengan semua syarat-syarat pertandingan ini.

…………………………………....... Tarikh: ……………………


(Tandatangan Guru Pembimbing)

Pengesahan Pengetua/ Guru Besar: ……………………………. Cop Rasmi Sekolah

Catatan:
Salinan Borang penyertaan perlu dihantar kepada:
Unit Pembangunan Bakat (Kokurikulum) PPD ………………….. (sekolah peserta) sebagai rujukan
PPD masing-masing.

11

Anda mungkin juga menyukai