Anda di halaman 1dari 2

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL)

TUGASAN PBL TINGKATAN 5 SEMESTER 2 TAHUN 2021

Ali ingin memulakan kebun herba/sayur di rumahnya. Dia ingin menggunakan


herba/sayur ini dalam masakannya. Ia juga lebih menjimatkan sekiranya
ditanam berbanding dengan membelinya dari pasar.
Dengan menggunakan pengetahuan kimia anda,

i. hasilkan baja yang mesra alam agar tanaman dapat tumbuh


dengan sihat
ii. buktikan keberkesanan baja yang dihasilkan

Anda akan membentangkan tentang baja yang dihasilkan dan


keberkesanannya dalam suatu pameran Teknologi Hijau. Anda harus
menggunakan infografik untuk menyokong persembahan anda.

Infografik anda perlu merangkumi yang berikut:

1. Bahan yang digunakan


2. Kaedah penghasilan baja kompos
3. Uji kaji yang telah dijalankan untuk membuktikan keberkesanan baja
yang dhasilkan

Tugasan PBL anda perlu divideokan dan perlu merangkumi semua perkara-
perkara di atas bermula dari penghasilan baja dan keberkesanannya kepada
pokok (pilihan pokok herba/sayur adalah terpulang kepada pilihan pelajar
sendiri, sebaiknya pokok yang singkat pembesarannya). Diakhir kajian boleh
menggunakan infografik untuk pembentangan hasil kajian.

Tempoh masa yang diperuntukkan untuk penghasilan projek PBL ini adalah
selama 8 minggu.
MARKAH KAJIAN ADALAH BERDASARKAN KEPADA RUBRIK
PENILAIAN PBL BERIKUT:

KRITERIA PERKARA MARKAH


Bahan-bahan yang digunakan untuk 10
Produk menghasilkan baja kompos

35% Prosedur penghasilan baja kompos 5

Keberkesanan baja kompos terhadap pokok yang 10


dipilih(berdasarkan
pertumbuhan pokok)

Kreativiti persembahan produk 5

Produk yang dihasilkan menepati konsep 5

Perancangan jadual kerja 5


Proses
Carta aliran kerja 5
20%
Sumber-sumber/bantuan semasa menjalankan 10
projek

Kemahiran yang terlibat


Aplikasi
• Pemikiran kreatif dan kritis 5
20%
• Kemahiran berkomunikasi 5

• Konsep 3R 10

Kandungan Infografik 10
Persemba • Tema, tajuk projek dan standard kandungan
han • Tarikh, tempat dan tempoh penghasilan
• Senarai bahan-bahan yang digunakan
25% • Sumber maklumat atau rujukan
• Pengetahuan bahan sisa Teknologi Hijau
• Proses kerja
• Gambar proses
• Anggaran belanjawan

Persembahan multimedia 10
• Kefahaman konsep
• Bahasa yang digunakan
• Kelancaran

Persembahan secara lisan 5

JUMLAH MARKAH 100%

Anda mungkin juga menyukai