Anda di halaman 1dari 5

TUGASAN PBL (PROJECT BASED LEARNING)

BIOLOGI KSSM TINGKATAN 4


2020

Tema 1. Asas Biologi


Bidang pembelajaran Bab 3 : Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma
Standard Kandungan 3.4 Pergerakan bahan merentasi membran plasma dalam
kehidupan harian.

Standard Pembelajaran 3.4.3 Menghuraikan dengan contoh aplikasi konsep


pergerakan bahan merentasi membran plasma
dalam kehidupan harian.

Tajuk projek Penggunaan larutan hipertonik dalam pembuatan


Jeruk Buah-buahan / Jeruk Sayur-sayuran,
pengawetan telut dan ikan masin.
Tempoh Pelaksanaan 28 Ogos – 1 September 2020 (5 hari)
Tarikh hantar 2 September 2020 (Rabu)
Nama guru kimia
Kumpulan sasaran Semua murid kelas 4 I

Pengenalan:

Sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan antara makanan yang memainkan


peranan penting dalam kehidupan seharian. Buah-buahan dan sayur-sayuran bertindak
sebagai serat dan sumber vitamin terhadap tubuh badan kita. Namun, buah-buahan
dan sayur-sayuran tidak dapat bertahan lama dan akan mudah rosak apabila mencapai
tempoh masa tertentu. Salah satu kaedah yang boleh digunakan bagi memastikan
buah-buahan dan sayur-sayuran dapat disimpan dengan lebih lama adalah dengan
cara menjeruk buah-buahan atau sayur-sayuran tersebut. Tahukah anda bahawa
proses penjerukan atau pembuatan jeruk melibatkan larutan hipertonik dan proses
osmosis?

Objektif Projek:

1
Memahami dan menghargai kepentingan pergerakan bahan merentasi membran
plasma dalam kehidupan seharian.

Arahan untuk Melaksanakan


Tugasan:

1. Semua murid tingkatan 4 I yang mengambil mata pelajaran Biologi


dikehendaki untuk membuat satu tugasan PBL iaitu menyediakan jeruk buah-
buahan dan menyediakan laporan dalam bentuk folio.
2. Projek ini dijalankan secara individu atau berpasangan (berdua).
3. Setiap murid bebas memilih buah-buahan yang ingin digunakan serta bahan-
bahan untuk membuat jeruk, namun bahan utama pembuatan jeruk mestilah
mengandungi sekurang-kurangnya 3 bahan asas iaitu garam dan gula. Jenis
bahan lain yang ditambah adalah bebas.
4. Tempoh melaksanakan tugasan selama 5 hari, iaitu bermula pada 28 Ogos –
1 September 2020. Hasil projek dan folio INDIVIDU perlu dihantar pada 2
September 2020 (Rabu) .
5. Tugasan yang lengkap adalah termasuk folio INDIVIDU dan hasil projek,
iaitu jeruk yang dibuat di rumah.
6. Folio projek yang dihasilkan mesti bertulis tangan dengan kemas
menggunakan kertas bersaiz A4 dan dihantar bersama-sama fail .
7. Jumlah muka surat folio yang dicadangkan adalah 12 muka surat sahaja
(tidak termasuk muka hadapan).

Kandungan Folio:

2
Folio projek yang dihasilkan perlulah mengandungi perkara-perkara berikut:

1) Muka hadapan folio mengandungi:

(a) Logo dan nama Sekolah

(b) Tajuk Projek

(c) Nama murid

(d) Kelas: 4 Bestari

(e) Subjek : Biologi KSSM

(f) Nama Guru Biologi : ………………………………………………….

2) Isi kandungan

3) Penghargaan ringkas kepada guru Biologi, ibu bapa dan kawan-kawan

4) Pengenalan dan objektif projek

5) Prosedur penghasilan jeruk (berserta gambar foto) serta langkah berjaga-jaga.

6) Senarai bahan dan alat radas yang digunakan

7) Perbincangan (menjawab soalan perbincangan yang diberikan oleh guru).

8) Anggaran belanjawan / kos .

9) Sumber Rujukan (cth : Buku teks, buku rujukan, internet (nyatakan link)

Soalan Perbincangan (20 markah) :

3
1. Nyatakan proses yang berlaku untuk penjerukan buah/makanan. (1 markah)
2. Terangkan proses tersebut di soalan 1. (2 markah)
3. Apakah fungsi garam dan gula dalam penghasilan jeruk? (2 markah)
4. Selain daripada garam dan gula, namakan satu bahan lain yang digunakan untuk
proses penjerukan serta terangkan mengapa bahan tersebut digunakan.
(3 markah)
5. Jeruk nanas disediakan dengan merendam kepingan nanas dalam larutan gula
pekat. Nyatakan dua kebaikan dan dua keburukan kaedah ini berbanding
dengan menyimpan nanas segar. (4 markah)
6. Seorang suri rumah menggunakan baja natrium nitrat dan fosfat secara
berlebihan untuk ditaburkan pada pokok cili selepas 3 hari, dia mendapati pokok
cilinya telah layu dan mati.
i) Terangkan apa yang berlaku kepada pokok itu selepas di tabur baja tersebut?
(4 markah)
ii) Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh suri rumah itu sebelum menabur baja
ke tanah untuk mencegah pokok daripada menjadi layu. (4 markah)

SEKIAN, TERIMA KASIH

LOGO
SEKOLAH

NAMA SEKOLAH

4
PROJECT-BASED LEARNING Nama : …………………………………
BIOLOGI TINGKATAN 4 / 2020 Nombor K/P : …………………………………
TAJUK PROJEK : Kelas : ………………

Kriteria Aspek Markah


Kertas kerja mestilah mengandungi :
 Muka hadapan 2
 Tajuk projek 2
 Tarikh dan masa 2
2
Reka Bentuk  Kandungan
2
20%  Penghargaan 2
 Pengenalan dan Objektif 4
 Prosedur / langkah eksperimen (dengan gambar) 2
 Kesimpulan 2
 Sumber Rujukan
Proses untuk menghasilkan produk merangkumi:
 Senarai bahan & radas : 5
Proses  Langkah berjaga-jaga 5
20%  Anggaran belanjawan 5
5
 Gambar /keputusan eksperimen/jadual
Kemahiran :
 Penyelesaian masalah 4
 Mengeksperimen 4
Applikasi 4
 Mengukur
20% 4
 Berkomunikasi
4
 Berfikir secara kritis dan kreatif
Penjelasan konsep sains dalam Biologi dengan
menjawab soalan dalam aspek berikut :
Pengetahuan  KBAR (S 1-4) 8
20%  KBAT (S 5-7) 12

• Eviden (folio, hasil)


• Kretiviti (hasil persembahan / folio/ kemahiran 10
Persembahan
5
20% berkominukasi/ penerangan) 5
• Kolaboratif (antara ahli kumpulan)
Markah penuh 100%

Di semak oleh:

……………………………..
( NAMA GURU )
GURU BIOLOGI

Anda mungkin juga menyukai