Anda di halaman 1dari 1

Comtoh Langkah berjaga-jaga (K5)

Activit1 1. (Transpirasi)
1. Sapukan Vaseline ke bahagian yang bersambung – memastikan kedap udara .
2. Potong dahan pokok di dalam air – mencegah pemutusan tindakan kapilari .
3. Potong dahan secara menyerong – untuk tambah luas permukaan
4. Tidak menggunakan kapilari tiub yang telah disapu Vaseline yang sama
5. Pastikan gelembung udara terhasil bersaiz kecil – bacaan yang lebih tepat.
6. Permukaan daun dilap dengan kain – untuk memastikan sentiasa kering.

Activit1 2. (Nilai tenaga)


1. Ukur nilai suhu dengan tepat menggunakan termometer.
2. Pastikan bebuli termometer tidak menyentuh dasar tabung uji.
3. Air dikacau perlahan-laha menggunakan thermometer untuk penyebaran haba yang
sekata.
4. Jarak antara sampel makanan dan dasar tabung uji dipastikan sedekat yang mungkin.
5. Gunakan penghadang angin untuk pastikan haba tidak hilang ke persekitaran.
6. Potong kepada saiz syiling 50 sen jika menggunakan biskut.

Activiti 3 (Memerhati sel haiwan dan sel tumbuhan)


1. Gunakan larutan pewarnaan sel pada kepekatan yang betul .
2. Gunakan kedua-dua belah mata semasa melihat menggunakan mikroskop.
3. Gunakan jarum tenggek untuk memastikan tiada gelembung gas terperangkap di bawah
penutup kaca. Specimen ditutup dengan penutup kaca pada sudut 450.
4. Gunakan kanta berkuasa rendah dahulu sebelum ditukar ke kuasa lebih tinggi.
5. Goreskan hujung tumpul pencungkil gigi dengan perlahan untuk mendapatkan sampel
sel pipi.

Activity 4 (Larutan yang isotonik terhadap sel)


1. Lapkan sehingga kering jalur ubi kentang sebelum ditimbang/ diukur.
2. Gunakan sekurang-kurangnya tiga jalur kentang untuk mendapatkan bacaan purata.
3. Gunakan saiz/ diameter jalur kentang yang terkecil untuk mendapatkan kadar resapan
yang lebih cepat.
4. Rendamkan jalur kentang serentak.
5. Kertas graf digunakan untuk mengukur jalur kentang untuk mendapatkan bacaan yang
lebih tepat dan cepat.
6. 3 teknik - Pemerhatian
- Timbang menggunakan penimbang elektronik.
- Ukur panjang menggunakan pembaris/ kertas graf.
7. Forsep digunakan untuk memudahkan pemindahan jalur kentang.
8. Semua jalur kentang dipastikan tenggelam sepenuhnya.

Semua aktiviti
1. Langkah ….. hingga ….. diulang sebanyak dua kali untuk mendapatkan bacaan purata.

Anda mungkin juga menyukai