Anda di halaman 1dari 3

Lengkung Pemanasan

A  Pada titik A, bahan itu berada dalam keadaan pepejal.

 Zarah-zarahnya tersusun dengan padat, teratur, bersentuhan pada kedudukan


tetap mengikut corak susunan tertentu, dan ditarik oleh daya tarikan yang kuat.
A-B 

 Dari titik A ke B, pepejal bahan itu dipanaskan dan suhu pepejal semakin
meningkat. 
 Semasa pemanasan, tenaga haba yang dibekalkan diserap oleh zarah-zarah
pepejal dan ini menyebabkan zarah-zarah itu bergetar dan berputar dengan
cepat. 
 Tenaga gerakan ini disebut tenaga haba zarah zarah yang semakin bertambah
apabila suhu meningkat. 

 Pemanasan ini menyebabkan pepejal itu mengembang dan daya tarikan antara
zarah menjadi semakin lemah.
B  Pada titik B, tenaga haba yang telah diserap membolehkan zarah-zarah bergetar
dan berputar dengan begitu cepat sehingga dapat mengatasi daya tarikan yang
kuat antara zarah-zarah. 
 Jadi, zarah-zarah terpisah daripada satu sama lain dan susunan bertertib runtuh
menyebabkan zarah-zarah bergerak bebas secara rawak serta menggelongsor di
atas satu sama lain dalam kelompok-kelompok zarah. 
 Pada peringkat ini, pepejal mula melebur 
B-C  Dari titik B ke C, pepejal sedang melebur menjadi cecair.
 Ini bermakna pada peringkat ini sistem itu mengandungi kedua-dua pepejal dan
cecair.
 Di sepanjang proses peleburan ini, suhu sistem itu menjadi tetap walaupun
tenaga haba terus dibekalkan.
 Ini disebabkan tenaga haba yang dibekalkan sepanjang proses peleburan ini
digunakan untuk melemahkan daya tarikan yang kuat antara zarah-zarah supaya
pepejal dapat bertukar kepada cecair.

 Tenaga haba ini disebut haba pendam perlakuran.


C  Pada titik C, semua pepejal telah ditukarkan kepada cecair.

 Peleburan telah selesai.


C-D  Dari titik C ke D, cecair bahan itu terus dipanaskan dan suhunya semakin
meningkat. 

 Tenaga haba yang diserap oleh zarah-zarah cecair pada peringkat ini
menyebabkan zarah-zarah bergerak dengan semakin cepat dan saling berlanggar
dengan lebih kerap, iaitu tenaga kinetik zarah-zarah semakin bertambah.
D  Pada titik D, zarah-zarah cecair telah menerima tenaga yang cukup untuk
mengatasi daya tarikan jiran-jirannya. 
 Maka zarah-zarah itu keluar dari permukaan cecair untuk menjadi gas. 
 Pada peringkat ini, cecair itu dikatakan mula mendidih. 

 Suhu cecair mula mendidih disebut takat didih


D-E  Dari titik D ke E, cecair sedang mendidih. Ini bermakna pada peringkat ini
sistem itu mengandungi kedua dua cecair dan gas. 
 Di sepanjang proses pendidihan, suhu sistem itu, iaitu takat didih, tidak berubah
tetapi menjadi tetap walaupun tenaga, haba terus dibekalkan melalui
pemanasan. 
 Ini disebabkan tenaga, haba yang dibekalkan sepanjang proses pendidihan ini
digunakan untuk mengatasi daya tarikan antara zarah-zarah cecair supaya
zarah¬zarah cecair terpisah jauh antara satu sama lain. 

 Tenaga haba yang digunakan untuk mengewapkan cecair semasa pendidihan


dikenal sebagai haba pendam pengewapan.
E  Pada titik E, semua cecair telah bertukar kepada gas. 

 Pendidihan telah selesai.


E-F  Dari titik E ke F, pemanasan yang seterusnya menaikkan suhu gas. 
 Tenaga haba yang diserap oleh zarah-zarah gas pada peringkat ini menyebabkan
zarah-zarah bergerak dengan semakin cepat dalam keadaan rawak dan lebih
kerap berlanggar antara satu sama lain. 
 Ini bermakna tenaga kinetik zarah-zarah gas semakin bertambah. 

 Pemanasan ini menyebabkan gas itu semakin mengembang dan daya tarikan
antara zarah gas semakin lemah.

Anda mungkin juga menyukai