Anda di halaman 1dari 9

Praktikal 5 :

Litar Eletrik : Untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan litar bersiri dan Litar selari.

Hasil pembelajaran

Penyataan masalah

: Apakah kelebihan dan kekurangan litar bersiri dan litar selari?

Hipotesis Pembolehubah a) Dimalarkan b) Dimanipulasi c) Bergerak balas Teori :

: Semakin tingi rintangan R, semakin kurang arus, l. : : : : Bateri Pemasangan mentol berfilamen / Perintang Kecerahan mentol filament

Litar bermaksud satu sambungan lengkap sumber elektrik (sel) dan beban elektrik (mentol) dengan menggunakan pengalir (wayar). membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. eletrik iaitu litar bersiri dan litar selari. Litar elektrik ialah lintasan yang Terdapat dua jenis susunan litar

Litar bersiri ialah komponen -komponen litar yang disambung secara hujung ke hujung atau sederet untuk membina satu lintasan lengkap. Hanya terdapat satu

lintasan arus di dalam litar ini dan litar ini menjadi tidak lengkap jika satu daripada perintangnya rosak. Jumlah beza keupayaan, V adalah bersamaan dengan hasil tambah setiap perintang, VT = V1 + V2 + V3 . Jumlah rintangan adalah sama dengan hasil tambah setiap perintang RT = R1 + R2 + R3 . Manakala, litar selari pula merupakan komponen litar yang disambung sebelahmenyebelah. Terdapat lebih daripada satu lintasan arus di dalam litar ini dan apabila salah satu daripada perintang rosak,bahagian lain pada litar masih lengkap. Jumlah

arus, I adalah bersamaan dengan hasil tambah arus bagi setiap cabang lintasan, IT = I1 + I2 + I3 . Jumlah rintangan adalah sama dengan hasil tambah setiap rintangan, 1/R T = 1/R1 + 1/R2 + 1/R3 . Perbezaan di antara litar bersiri dan selari seperti jadual di bawah.

Rajah 1

Bahan dan radas : Pemegang bateri, bateri, wayar berpenebat, ammeter, voltmeter, mentol filament.

Aktiviti 1 Prosedur

: :

Membina litar bersiri dan litar selari yang ringkas

Litar A (bersiri)

Litar B (selari)

1. Dua litar seperti yang ditunjukkan di atas dibina dengan menggunakan pemegang bateri, bateri, beberapa wayar berpenebat dan dua mentol filament untuk setiap litar. 2. Semua wayar disambung dan mentol filamen diperhatikan. 3. Ammeter dan voltmeter disambung dalam kedua-dua litar tersebut. Bina satu jadual yang sesuai untuk merekod bacaan. 4. Satu mentol filamen dilonggarkan dalam setiap litar. Mentol filamen yang tinggal diperhatikan dan direkod bacaan kedua-dua ammeter dan voltmeter. 5. Sebiji lagi mentol filamen disambung pada litar A secara bersiri. Semua mentol filament diperhatikan dan bacaan untuk kedua-dua ammeter dan voltmeter direkod. 6. Sebiji lagi mentol filamen disambung pada litar B secara selari. . Semua mentol filament diperhatikan dan bacaan untuk kedua-dua ammeter dan voltmeter direkod.

Keputusan : Jenis Litar Bilangan Mentol Bersiri (4.5V) 2 1 3 Bacaan Bacaan Pemerhatian

Voltmeter Ammeter 3.5 4.5 3.0 0.25 0.00 0.20 Mentol malap Mentol tidak bernyala Lebih malap daripada sebelum

menambah satu mentol Selari (4.5V) 2 1 3.3 3.5 0.58 0.40 Cerah Mentol bernyala tapi kurang cerah daripada sebelum satu mentol

dilonggarkan 3 3.0 0.74 Lebih cerah daripada sebelum

menambah satu mentol

Mastery of knowledge and skills question

1) Apakah yang akan terjadi kepada mentol filamen dalam litar bersiri apabila satu daripada mentol filamen terbakar? Terangkan. Apabila satu daripada mentol filamen dalam litar bersiri terbakar, maka mentol kedua juga akan turut terpadam. Hal ini adalah kerana, litar tersebut menjadi tidak lengkap kerana arus, I tidak dapat melalui litar tersebut disebabkan hanya terdapat satu lintasan untuk arus melaluinya.

2) Apakah yang akan terjadi kepada mentol filamen lain dalam litar selari apabila satu mentol filament terbakar? Terangkan. Apabila satu daripada mentol filamen dalam litar selari terbakar, mentol yang kedua masih menyala tetapi kecerahannya berkurang. Hal ini adalah kerana, litar tersebut masih menjadi litar lengkap dan arus masih boleh melaluinya kerana dalam litar

selari arus terbahagi kepada dua dan akan mengalir mengikut lintasan mentol masing-masing.

3) Kamu membina satu jalur cahaya menggunakan beberapa mentol filamen. Bagaimanakah kecerahan cahaya tersebut dipengaruhi dengan cara kamu menyambung litar secara bersiri atau selari? Untuk litar bersiri, semakin banyak mentol filamen yang digunakan, semakin banyak rintangan. Maka semakin berkurang arus yang mengalir dan kecerahan semua mentol akan turut berkurang. Untuk litar selari, semakin banyak mentol filamen yang digunakan, semakin berkurang rintangan. Maka semakin meningkat arus yang mengalir dan kecerahan semua mentol akan turut meningkat.

4) Apakah yang terjadi kepada mentol filamen- mentol filamen dalam litar bersiri apabila satu mentol filamen lain disambung secara bersiri padanya? Terangkan. Kecerahan semua mentol berkurang dan mempunyai nyalaan yang sama kerana untuk litar bersiri, semakin banyak mentol yang digunakan, semakin banyak rintangan. berkurang). Maka semakin berkurang arus yang mengalir ( R meningkat, I

5) Apakah yang terjadi kepada filamen- mentol filamen dalam litar selari apabila satu mentol filamen lain disambung secara bersiri padanya? Terangkan. Kecerahan semua mentol akan semakin cerah kerana untuk litar selari, semakin banyak mentol yang digunakan, semakin berkurang rintangan. meningkat arus yang mengalir ( R berkurang, I meningkat). Maka semakin

Aktiviti 2 Prosedur

: :

Litar Gabungan

1. Litar seperti yang ditunjukkan di atas dibina dengan menggunakan pemegang bateri, bateri, suis, beberapa wayar berpenebat dan tiga biji mentol filamen. 2. Suis disambung dan mentol filamen diperhatikan. 3. Ammeter dan voltmeter disambung untuk menyukat arus dan beza keupayaan setiap mentol filamen. Satu jadual yang sesuai dibina untuk merekod bacaan. 4. Mentol filamen 1 dikeluarkan. Mentol filamen yang tinggal diperhatikan dan

bacaan pada ammeter dan voltmeter direkod. 5. Mentol filamen 2 dikeluarkan. Mentol filamen yang tinggal diperhatikan dan

bacaan pada ammeter dan voltmeter direkod.

Keputusan : Keadaan Semua mentol A 0.25 1 V 3.0 A 0.3 Mentol 2 V 0.9 A 0.1 3 V 0.6 Nyalaan mentol Mentol 1 menyala paling terang manakala mentol 2 dan 3 malap dan kadar kecerahannya sama.

Keadaan Mentol 1 A 1 V A

Mentol 2 V 3.0 A 0.2 3 V 2.0

Nyalaan mentol Lebih cerah berbanding sebelum mentol 1 dibuang dan kadar

disingkirka n

0.5

kecerahan mentol 2 dan 3 sama

Keadaan Mentol 2 A 0.2 1 V 2.1 -

Mentol 2 A V A 0.2 3 V 2.0

Nyalaan mentol Mentol 1 menyala terang manakala mentol 2 malap

disingkirka n

Mastery of knowledge and skills question

1) Apakah yang terjadi kepada mentol filamen lain dalam litar apabila mentol filamen 1 dikeluarkan? Terangkan. Apabila mentol 1 dikeluarkan, rintangan akan berkurang dan litar menjadi litar selari. Mentol 2 dan 3 semakin cerah kerana rintangan berkurang. Semakin

kurang rintangan, semakin tinggi arus yang mengalir dan semakin cerah mentol.

2) Apakah yang terjadi kepada mentol filamen lain dalam litar apabila mentol filamen 2 dikeluarkan? Terangkan. Apabila mentol filamen 2 dikeluarkan, mentol 3 akan bersiri secara langsung dengan mentol 1. Jumlah rintangan akan semakin meningkat dan akan melebihi

jumlah rintangan sebelum mentol 2 dikeluarkan. Mentol 3 mempunyai kecerahan yang sama dengan mentol 1. Ini kerana, sebelum mentol 2 dikeluarkan, mentol 2 dan 3 adalah selari. Arus yang mengalir untuk setiap mentol adalah setengah daripada arus yang mengalir pada mentol 1.

3) Apakah litar yang sesuai digunakan di dalam rumah? Litar bersiri atau litar selari? Terangkan alasan anda. Litar yang paling sesuai digunakan di dalam rumah adalah litar selari kerana jika satu litar terpadam, litar yang lain masih dapat digunakan. Litar bersiri tidak sesuai digunakan di rumah kerana satu alatan eletrik/lampu tidak boleh ditutup tanpa memadam peralatan lain dan arus akan berkurang jika banyak alatan eletrik ditambah.

Perbincangan

Berdasarkan eksperimen yang telah dijalankan, dua jenis susunan litar telah digunakan iaitu litar bersiri dan litar selari. Bagi litar bersiri, komponen -komponen litar telah disambung secara hujung ke hujung atau sederet untuk membina satu lintasan lengkap dan hanya terdapat satu lintasan arus di dalam litar ini. Apabila salah satu perintang dalam litar ini rosak, maka litar ini akan menjadi tidak lengkap kerana arus, I tidak dapat melalui litar tersebut. Merujuk kepada keputusan

eksperimen, apabila 1 mentol dalam litar ini terbakar atau terputus dari litar, mentol yang kedua juga akan turut terpadam.

Manakala, bagi litar selari komponen litar disambung secara sebelahmenyebelah dan terdapat lebih daripada satu lintasan arus di dalam litar ini. Apabila salah satu daripada perintang dalam litar ini rosak, bahagian lain pada litar ini masih lagi lengkap. Merujuk kepada keputusan eksperimen, apabila satu mentol terbakar, mentol yang kedua masih akan menyala tetapi kecerahannya akan berkurang. Mentol yang terbakar tidak akan mempengaruhi laluan arus.

Kecerahan 1 mentol akan berkurang berbanding 2 mentol kerana rintangan

bertambah, maka arus yang mengalir berkurang. kecerahan mentol turut berkurang.

Ini akan menyebabkan

Kesimpulan

Semakin tinggi rintangan, R, semakin berkurang arus, I. Hipotesis diterima.

Rujukan

Lim, Lim & Toh. (2005). Fizik SPM, Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Keat, Y. E. (2010). Series and Parallel Circuit. In Chemistry Form5 . Petaling Jaya,Selangor Darul Ehsan: Pearson Malaysia.SDN.BHD.

Portal Pendidikan Utusan Corporation. (2007). Retrieved February 26, 2012, from Portal Pendidikan Utusan Corporation Web site: http://www.tutor.com.my

Anda mungkin juga menyukai