Anda di halaman 1dari 5

2.

6 IMPULS DAN DAYA IMPULS Daripada Hukum Newton kedua, F = ma (1) dimana (2) Masukkan persamaan (2) ke dalam persamaan (1). F = m( F= Ft = Persamaan ini dikenali sebagai impuls. Oleh itu impuls,Ft adalah perubahan momentum. 2.6.1 DEFINISI IMPULS -impuls ialah hasil darab daya yang bertindak pada sesuatu jasad,F dengan masa yang diambil oleh daya itu untuk bertindak,t - impuls = Ft = mv mu = momentum akhir momentum awal - unit SI untuk impuls adalah kgms-1 atau Ns. maka daya paduan ini dikenali sebagai daya impuls. 2.6.2 DEFINISI DAYA IMPULS Daripada persamaan impuls, kita boleh memperolehi persamaan bagi daya impuls. Ft = F= (impuls) (daya impuls)

),

- daya impuls bermaksud kadar perubahan momentum - daripada persamaan ini juga kita boleh membuat kesimpulan bahawa

- unit SI bagi daya impuls adalah kgms-2 atau N 2.6.3 SITUASI YANG MELIBATKAN DAYA IMPULS Daripada persamaan daya impuls ini, didapati bahawa: - masa tindakan daya adalah faktor yang sangat penting dalam perngiraan daya impuls. (a) jika masa yang diambil oleh daya yang bertindak ke atas objek adalah tinggi, maka daya impuls akan berkurang. (b) jika masa yang diambil oleh daya yang bertindak ke atas objek adalah rendah, maka daya impuls akan meningkat.

2.6.4 CARA-CARA UNTUK MENGURANGKAN DAYA IMPULS (a) PEMBENGKOKAN KAKI - seorang budak terpaksa membengkokkan kakinya ketika melompat dari tempat yang tinggi. Ini adalah kerana ia dapat mengurangkan kecederaan. - apabila dia membengkokkan kakinya, masa yang diambil untuk dia sampai ke tanah akan bertambah, jadi ia akan mengurangkan daya impuls kerana kadar perubahan momentum berkurangan. (b) REKA BENTUK KERETA - sesebuah kereta direka untuk keselamatan pemandu. - bahagian hadapan kereta diperbuat daripada bahan yang lembut supaya kereta itu mudah remuk semasa perlanggaran. semasa perlanggran, masa yang diambil untuk kereta itu berubah halaju dipanjangkan.Oleh itu, daya impuls semakin berkurangan apabila masa bertambah. Ini akan mengurangkan daya impuls pada pemandu dan penumpang. - tali pinggang keledar penumpang diwajibkan memakai tali pinggang keledar. Apabila kereta berhenti secara tiba-tiba inersia penumpang tersebut akan menyebabkan mereka ke hadapan dan menghentam cermin hadapan. Jadi, dengan adanya tali pinggang keledar ini, ia dapat memperlahankan/melambatkan pergerakan penumpang kereta kerana masa dipanjangkan. - Bag udara Apabila perlanggaran berlaku, bag udara ini akan dipenuhi dengan udara(mengembang) Ini akan memanjangkan masa hentaman dan mengurangkan daya impuls penumpang. (c) PENANGKAPAN BOLA - seorang pemain besbal sedang menangkap bola - pemain itu menggerakkan tangannya ke belakang semasa menangkap bola tersebut.Hal ini dapat mengurangkan kadar perubahan momentum dan memanjangkan masa tindakan.Seterusnya mengurangkan daya impuls. 2.6.5 CARA MEMANFAATKAN DAYA IMPULS (a) Kayu hoki dan kayu golf - kayu hoki dibuat daripada kayu yang keras dan kayu pemukul hoki daripada aloi yang keras - permukaan yang keras ini akan memendekkan masa sentuhan kayu pemukul dengan bola semasa bola dipukul. -oleh itu, daya impuls yang besar dihasilkan pada bola dan menyebabkan bola bergerak jauh. (b) penghentak dan cerucuk - penghentak dibuat daripada aloi besi yang keras. - semasa menghentam cerucuk, penghentak dilepaskan dengan cepat keatas cerucuk yang keras - disebabkan kedua-dua permukaan adalah keras, maka masa yang diambil oleh penghentak cerucuk adalah singkat. - oleh itu, daya impuls yang besar terhasil ke atas cerucuk dan ini menyebabkan cerucuk tertanam ke tanah.

HARI: LATIHAN IMPULS DAN DAYA IMPULS

TARIKH:

1. sebuah kereta berjisim 1000kg bergerak pada 20ms-1. Berapakah daya yang diperlukan untuk memberhentikan kereta dalam masa 10s? 2. Bola tenis memukul dinding dengan halaju 8ms-1 dan perpusing balik dengan halaju 5ms-1 dalam masa 0.1s. Berapakah daya impuls bola pada dinding itu? 3. satu paku berjisim 0.02kg dihentam ke dalam satu blok kayu yang ditetapkan. Halaju awal paku adalah 30ms-1 dan paku berhenti dalam masa 5s.Cari (a) impuls (b) nilai daya yang bertindak atas paku. 4. sebuah kereta berjisim 800kg meningkat dalam halajunya daripada 5ms-1 kepada 20ms-1 dalam masa 5s.berapakah daya paduan yang bertindak ke atas kereta itu? 5. sebiji peluru berjisim 50g ditembak dan ia bergerak dengan halaju 100ms-1. Peluru mengenai sasaran dan ia mengambil masa 0.01s untuk berhenti.berapakah daya impuls yang memukul sasaran? 6. sebiji bulu tangkis berjisim 20g dengan halaju 10ms-1 ke arah jarring. Berapakah impuls bagi bulu tangkis tersbut? 7. sebuah kereta berjisim 1000 kg bergerak pada kelajuan 40ms-1. Kereta tersebut melanggar dinding dan berhenti dalam masa 0.2s. Kirakan daya yang bertindak ke atas kereta tersebut. 8. impuls mendatar 40.0N dikenakan pada bola yang pegun berjisim 200g. Berapakah halaju bola sepelas itu? 9. seorang pemain golf menggunakan kayu golf untuk memukul bola dan menyebabkan bola tersebut bergerak dengan halaju 50ms-1. Jika jisim bola tersebut adalah 50g dan masa yang menghubungkan diantara pemain dan bola itu ialah 2 x 10-3 s. Kirakan daya impuls yang dikenakan pada pemain tersebut. 10. sebuah kotak berjisim 55kg dijatuhkan dari sebuah helikopter. Sejurus sebelum menyentuh tanah, halaju kotak itu ialah 12ms-1. Kotak itu berhenti dalam masa 2 saat selepas menyentuh tanah.Berapakah magnitude daya impuls yang bertindak ke atas kotak itu?

KERTAS 2 1. nyatakan maksud (a) impuls (b) daya impuls 2. nyatakan unit SI bagi impuls dan daya impuls 3.

Rajah diatas menunjukkan sebuah troli dengan sebiji telur yang terletak di atasnya sedang bergerak dengan halaju seragam di atas permukaan rata yang ufuk. Jumlah daya bertindak ke bawah terhadap troli dan blok kayu ialah 30N. Daya mengufuk yang bertindak pada troli dan telur ialah 6N. (a) terangkan mengapa telur itu akan pecah jika telur jatuh di atas permukaan lantai keras tetapi tidak pecah jika terjatuh di atas permukaan karpet? 4.

Rajah diatas menunjukkan tiga buah troli berjisim 3kg, 2kg, dan 5kg masing-masing ditarik bersama oleh suatu daya 20N dengan menggunakan dua utas tali yang ringan di atas permukaan licin. Kedua-dua tali itu masing-masing mempunyai ketegangan tali T1 dan T2, cari (a) pecutan (b) T1 (c) T2

CONTOH:

Dua objek A dan B yang berjisim 9kg dan 3kg masing-masing diikat bersama dengan seutas tali yang ringan di atas satu permukaan licin. Objek-objek ditarik dengan satu daya 15N. (a) Berapakah pecutan kedua-dua objek itu? (b) Berapakah ketegangan tali antara dua objek ini? Penyelesaian: (a) Anggap daya T2 bertindak pada gabungan objek 9kg dan 3kg

Jumlah jisim, M = 9kg + 3kg = 12kg F = T = 15N Daya paduan, F = ma, a =

= 1.25ms-2

(b) Pertimbangkan objek 9kg dan daya T1 yang menarik objek ke hadapan.

F = T1 m = 9kg a = 1.25ms-2 Daya paduan, F = ma T1 = 9 x 1.25 ms-2 = 11.25 N

Anda mungkin juga menyukai