Anda di halaman 1dari 20

2.

10 KERJA, KUASA, TENAGA DAN KEABADIAN TENAGA

KERJA

TENAGA

KUASA

TENAGA KEUPAYAAN

TENAGA KINETIK

Tenaga keupayaan gravity, mgh

Tenaga keupayaan kenyal

PRINSIP KEABADIAN TENAGA

Perlanggaran kenyal

Perlanggaran tak kenyal

Letupan

2.10.1 KERJA (W) - dalam fizik, apabila kita mengenakan daya untuk mengubahkan kedudukan sesuatu objek pada jarak yang mengikut arah daya itu, kita dikatakan telah melakukan kerja - terdapat tiga ciri-ciri dalam kerja iaitu daya, jarak@sesaran dan juga kesan@sebab berlakunya kerja. - bagi memastikan samada kerja dilakukan pada sesuatu objek, ia mesti melibatkan sesaran dan daya mesti menyebabkan sesaran berlaku. MAKSUD KERJA (W) - Kerja ditakrifkan sebagai hasil darab daya, F dengan sesaran,s yang dilalui oleh sesuatu objek mengikut arah itu. - Kerja, W = Fs cos dimana F = daya yang bertindak, s = sesaran (atau jarak yang dilalui mengikut daya) dan = sudut diantara daya dan sesaran. UNIT KERJA - Kerja ialah satu kuantiti scalar dan unitnya ialah Joule(J) atau Nm. -W=Fxs - 1 Joule = 1 Newton x 1 meter - maka, 1 Joule = 1Nm. - 1 Joule ialah kerja yang dilakukan apabila daya 1 Newton(N) menggerakkan sesuatu jasad sejauh 1 meter(m) mengikut arah daya itu. - Kerja tidak dilakukan apabila objek yang dikenakan daya tidak bergerak

THETA() a) Senario A- suatu daya bertindak kearah kanan objek dan sesaran juga kearah kanan. Dalam situasi ini, vektor daya dan vektor sesaran adalah dalam arah yang sama. Maka sudut diantara F dan s adalah 0. b) Senario B: suatu daya kerah kiri manakala sesaran kearah kanan. Dalam situasi ini, vektor daya dan vektor sesaran adalah dalam arah yang bertentangan. Maka sudut diantara F dan s adalah 180 c) Senario C: suatu daya bergerak keatas dan sesaran kearah kanan. Dalam situasi ini, vektor daya dan vektor sesaran adalah dalam keadaan bersudut tegak. Maka, sudut diantara F dan s adalah 90

- apabila menentukan nilai didalam persamaan kerja, ia amat penting untuk mengenalpasti arah sesaran dan daya yang bertindak.

MEANING OF NEGATIVE WORK (KERJA NEGATIF) - Dalam situasi ini, daya yang bertindak adalah untuk membelakangkan(memendekkan)sesaran. Sebagai contoh, sebuah kereta menggelincir untuk memberhentikannya diatas permukaan jalan. Daya yang dikenakan adalah bertentangan arah dengan sesaran kereta itu. Daya tidak mengikut araha sesaran tetapi membelakangkannya. Situasi ini dipanggil kerja negative. nilaiKerja negative ditunjukkan apabila nilai kerja,sesaran dan nilai sudut dimasukkan ke dalam persamaan kerja. Oleh itu, vektor daya bertentangan dengan vektor sesaran dan nilai adalan 180. Kosine 180 ialah -1. Maka nilai kerja yang dilakukan akan menjadi negative. - Bagi graf daya melawan jarak atau sesaran, kerja diwakili oleh luas dibawah graf yang setara.

CONTOH KERJA a) seorang pelajar menolak dinding dengan daya, F tetapi dinding tidak bergerak. Maka sesaran = 0 dan kerja, W = F x s = F x (0) = 0 (kerja tidak dilakukan)

b) Pada rajah dibawah, disebabkan jarak yang dilalui pada arah daya adalah sifar iaitu sesaran =0 Maka, tiada kerja dilakukan oleh daya tegak, F yang dikenakan ke atas beban.

c) Malek Nor melakukan kerja semasa dia mengangkat pemberat ke atas. Selepas itu, kerja tidak dilakukan jika dia terus memegang pegun pemberat tersebut di udara kerana sesaran pada masa ini bernilai sifar.

Contoh Soalan: 1. Dua jasad yang berjisim sama, 300g dikenakan magnitude daya yang sama seperti pada rajah.

Kerja yang terhasil adalah berbeza kerana sesaran yang dilalui oleh kedua-dua jasad adalah berlainan walaupun daya yang dikenakan ke atas jasad adalah sama. Hal ini menunjukkan bahawa lebih banyak kerja dilakukan oleh jasad apabila sesaran bertambah pada jisim jasad yang tetap. 2. Dua jasad berjisim sama ditarik oleh daya yang berlainan melalui sesaran yang sama.

Kerja yang dilakukan adalah berbeza kerana daya yang dikenakan pada setiap jasad adalah berlainan walaupun jisim dan jarak yang dilalui oleh jasad adalah sama. 3. Satu jasad telah digerakkan dengan daya malar 10N pada sudut 60 dengan ufukan. Jika jasad itu bergerak sejauh 2m, hitungkan kerja yang dilakukan oleh jasad. Penyelesaian:

UJI PEMAHAMAN 1. Suatu daya 50N dikenakan keatas bongkah pada sudut yang ditunjukkan dalam diagram dibawah. Bongkah itu bergerak melintang 3.0m. Berapakah kerja yang dikenakan oleh daya itu.

2. Hitungkan kerja yang dilakukakn oleh daya 2.0N ( kearah sudut 30 menegak) untuk menggerakkan 500gram kotak sejauh 400m secara melintang melalui lantai kasar pada kelajuan 0.5 m/s.

3. seorang pelajar berjisim 80.0kg berlari diatas tangga kapal terbang dalam masa 12s. Pelajar tersebut telah melalui jarak menegak 8.0m. Tentukan jumlah kerja yang dilakukan oleh pelajar tersbut untuk naik pada ketinggian tersebut. Anggapkan lajunya malar.

2.10.2 TENAGA kita memerlukan tenaga untuk melakukan kerja. tenaga ditakrifkan sebagai keupayaan atau sumber untuk melakukan kerja. Tenaga merupakan kuantiti scalar dan unitnya ialah Joule (J) atau Nm. Tenaga boleh wujud dalam pelbagai bentuk. Contoh: tenaga keupayaan, tenaga kinetic, tenaga haba, tenaga elektrik dan tenaga bunyi. Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan. Kerja yang dilakukan adalah dikaitkan dengan perubahan bentuk tenaga. apabila kerja dilakukan, tenaga berubah daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain. Contoh : apabila seorang budak berlari menaiki tangga, kerja yang dilakukannya melibatkan perubahan tenaga seperti berikut: Tenaga kimia Contoh: Tenaga Kinetik Tenaga Keupayaan

Seorang pelajar yang berjisim 50 kg menaiki satu tangga yang tinggi 1.5m. Berapakah (a) kerja yang dilakukan oleh pelajar itu? (b) tenaga yang diperlukan untuk menaiki tangga? Penyelesaian: (a) kerja yang dilakukan = F s = mg s = ( 50 10) N 1.5 m = 750 J (b) Tenaga yang diperlukan = Kerja yang dilakukan = 750 J 2.10.3 KUASA Kuasa, P ialah kadar untuk melakukan kerja atau kadar perubahan tenaga.

Atau

Unit S.I bagi kuasa ialah Js-1 atau Watt(W) 1 Watt ditakrifkan sebagai kuasa untuk melakukan 1 Joule kerja dalam masa 1 saat. Kuasa bergantung kepada masa dan kerja yang dilakukan. Orang yang mempunyai banyak kuasa dapat melakukan banyak kerja dalam masa yang singkat.

Contoh: - Enjin kereta adalah satu sontoh mesin yang mempunyai kadar kuasa yang tinggi. Kadar kuasa ini berhubungkait dengan seberapa pantas kereta itu boleh memecut. Sebagai contoh, sebuah kereta A yang mempunyai enjin 40 kuasa kuda boleh memecut daripada 0 m/h kepada 60m/h dalam masa 16 saat. Dalam kes lain, sebuah kereta B yang mempunyai enjin kuasa kuda 4 kali ganda daripada kereta A boleh memecut pada kelajuan yang sama daripada 0m/h kepada 60m/h dalam masa 4 saat. - Maka, untuk jumlah kerja yang sama, kuasa dan masa adalah berkadar songsang. Persamaan kuasa mencadangkan enjin yang mempunyai kuasa yang lebih boleh membuat kerja dalam masa yang singkat. Kita juga boleh diibaratkan seperti sebuah mesin yang juga mempunyai kadar kuasa. Sesetengah orang mempunyai kuasa yang lebih daripada orang lain. Apabila seseorang itu mempunyai keupayaan untuk melakukan kerja pada jumlah yang sama dalam masa yang singkat atau kerja yang lebih dalam masa yang sama, ia dapat dikatakan bahawa dia mempunyai kuasa yang lebih. - ungkapan untuk kuasa adalah kerja/masa.Ungkapan untuk kerja adalah daya sesaran. Maka ungkapan kuasa boleh ditulis sebagai ( daya sesaran)/masa. Ungkapan untuk halaju adalah sesaran/masa, jadi ungkapan kuasa juga boleh ditulis sebagai daya halaju seperti dibawah.

- persamaan baru ini mendedahkan bahawa sebuah mesin yang mempunyai kuasa yang tinggi adalah kuat( daya tinggi) dan pantas( halaju tinggi). - sebuah mesin yang mempunyai keupayaan yang tinggi untuk menggunakan daya yang tinggi untuk bergerak dalam jangka masa yang pendek (halaju tinggi) adalah mesin berkuasa tinggi. Bagi satu daya, F yang bertindak ke atas suatu jasad yang pegun sehingga jasad itu bergerak dengan halaju seragam, v kuasa yang dijanakan adalah

Contoh soalan: 1.

(a) Roslina menggunakan 15 minit untuk menyapu seluruh kelasnya. Manakala, Mei Ling menyapu seluruh kelasnya dalam masa 5 minit. (b) Mei Ling menggunakan lebih kuasa daripada Roslina kerana dia dapat melakukan kerja dalam masa yang lebih singkat.

2.

Nurul dan Shila mempunyai jisim yang sama iaitu 50kg. Nurul mengambil masa 10 saat untuk sampai ke hujung tangga manakala Shila mengambil masa 20 saat untuk melakukannya. Hitungkan kuasa yang dijanakan oleh (a) Nurul (b) Shila Penyelesaian: (a) Nurul Daya yang digunakan untuk menentang daya tarikan gravity, F = mg s = 20m t = 10s = (5010)N = 500 N

= 1 000 Nms-1 = 1 000 Js-1 = 1 000 W

(b) Shila Daya yang digunakan untuk menentang daya tarikan gravity, F = mg s = 20 m = (5010) N = 500 N

t = 20s

= 500 Nms-1 = 500 Js-1 = 500 W 3. satu troli berjisim 20 kg bergerak dengan halaju malar 3 ms-1 di atas permukaan yang kasar. Jika daya 40N bertindak ke atas troli itu, hitungkan kuasa troli itu. = = Penyelesaian: Kuasa, P = daya halaju = 40N 3ms-1 = 120 Nms-1 = 120 W

UJI PEMAHAMAN

1. dua pelajar fizik iaitu Ali and Ahmad berada didalam bilik mengangkat berat. Ali mengangkat 100 pound pemberat melepasi kepalanya sebanyak 10 kali dalam masa 1 minit manakala Ahmad mengangkat 100 pound pemberat melepasi kepalanya sebanyak 10 kali dalam masa 10 saat. (a) Pelajar yang manakah membuat lebih kerja? (b) Pelajar yang manakah menghantar lebih kuasa ketika menangkat pemberat tersebut? Terangkan jawapan anda. 2. semasa didalam makmal fizik, Jack dan Jill berlari mendaki bukit. Jack dua kali ganda lebih berat daripda Jill. Jill sampai di puncak bukit separuh masa daripada Jack. (a) Siapakah membuat kerja yang lebih? (b) Siapakah yang menghantar lebih kuasa ketika mendaki bukit? Terangkan jawapan anda 3. semasa membuat tekan tubi, seorang pelajar fizik mengangkat badannya yang berjisim 42kg setinggi 0.25m dalam masa 2 saat. Berapakah nilai kuasa yang oleh bisep pelajar itu? 4. Sebuah tangga bergerak digunakan untuk membawa 20 penumpang setiap minit daripda tingkat pertama tangga jabatan data simpanan ke tingkat kedua. Tingkat kedua terletak 5.20m daripada tingkat pertama. Purata jisim penumpang adalah 54.9kg. Tentukan Kuasa yang diperlukan oleh tangga bergerak itu untuk menggerakkan penumpang tersebut dalam masa yang telah ditetapkan?

2.10.4 TENAGA KEUPAYAAN Tenaga keupayaan ialah tenaga yang dipunyai oleh suatu jasad disebabkan oleh kedudukan atau keadaannya. Tenaga keupayaan terbahagi kepada tenaga keupayaan gravity dan tenaga keupayaan kenyal.

Tenaga Keupayaan Graviti Tenaga keupayaan gravity suatu jasad bergantung kepada a) jisim b) tinggi c) medan gravity Tenaga keupayaan gravity adalah tenaga yang disimpan didalam objek sebagai tinggi atau kedudukan menegak. Tenaga yang tersimpan adalah tarikan gravity daripada bumi terhadap objek. Objek yang lebih berat mempunyai tenaga keupayaan gravity yang besar. Dan Semakin tinggi objek itu diletak, tenaga keupayaan gravity juga semakin besar. Hubungan ini digambarkan melalui persamaan dibawah: PEgrav = jisim g tinggi PEgrav = mgh m = jisim objek, h = ketinggian objek dan g = pecutan gravity Bagi menentukan tenaga keupayaan gravity, kedudukan ketinggian mesti ditentukan terlebih dahulu. Permukaan dasar dianggap sebagai kedudukan pada ketinggian sifar.

Hubungkait antara kerja dengan tenaga keupayaan gravity.

Rajah menunjukkan suatu objek diangkat setinggi h m secara tegak ke atas dari permukaan Bumi dengan menggunakan suatu daya, F(daya tindakan) yang menentang daya tarikan gravity(daya tindak balas).Daya yang diperlukan untuk mengangkat objek itu, F = berat objek = mg Objek ini naik setinggi h m. oleh itu, kerja yang dilakukan adalah W = Daya jarak =Fh = mgh Kerja yang dilakukan untuk menentang daya gravity ini dikenal sebagai tenaga keupayaan gravity.

10

Contoh soalan:

Sebiji bola berjisim 2 kg jatuh dari satu ketinggian 1.25 m. Hitungkan tenaga keupayaan gravity yang dimiliki bola itu.Anggap pecutan gravity adalah 10 ms-2 Penyelesaian: Tenaga keupayaan gravity = mgh = 2 kg 10 ms-2 1.25m = 25 J Tenaga Keupayaan Kenyal

Tenaga diperlukan untuk memampatkan dan meregangkan bahan kenyal seperti spring dan getah. Spring memperoleh tenaga apabila kita melakukan kerja untuk memampatkan atau meregangkannya. Tenaga yang dipunyai oleh jasad yang diregangkan atau dimampatkan ini dinamakan tenaga keupayaan kenyal. Jumlah tenaga keupayaan kenyal yang tersimpan adalah berkait dengan jumlah bahan yang diregangkan. Spring adalah bahan yang boleh diregang dan dimampatkan. Daya diperlukan untuk memampatkan spring. Lebih tinggi mampatan, maka lebih daya diperlukan. Untuk sesetengah spring, jumlah daya adalah berkadar langsung dengan jumlah mampatan atau regangan (x). Pemalar yang berkadar langsung dikenali sebagai pemalar spring (k) Fspring = k x Hukum Hooke menyatakan bahawa daya yang dikenakan ke atas spring berkadar langsung dengan regangan atau mampatan spring itu iaitu daya F = kx Jika tiada regangan atau mampatan maka tidak ada tenaga keupayaan kenyal disimpan. Maka spring dikatakan berada dalam keadaan keseimbangan. Kedudukan seimbang adalah kedudukan spring dalam keadaan asal atau dimana tiada daya dikenakan. Berikut adalah persamaan untuk spring yang berkait dengan jumlah tenaga keupyaan kenyal terhadap jumlah mampatan atau regangan dan juga pemalar spring. Persamaannya adalah 11

PEspring = kx2 Hubung kait antara kerja dengan tenaga keupayaan kenyal.

Rajah (a) dan (b) menunjukkan daya F yang meregangkan dan memampatkan spring sebanyak x. (b) Nilai daya bertambah dari 0 ke F. Maka daya purata adalah . (c) Kerja yang dilakukan = daya purata sesaran yang dilalui daya W= Fx Daya purata digunakan dalam kes ini = kxx jika magnitude daya berubah -ubah = kx2 Kerja yang dilakukan = tenaga keupayaan kenyal yang tersimpan dalam spring = kx2 Apabila graf daya F melawan jarak mampatan (regangan) diplotkan, graf yang diperoleh adalah seperti yang ditunjukkan di bawah ini.

Kerja yang dilakukan untuk meregangkan atau memampatkan spring adalah sama dengan luas di bawah graf iaitu Fx.

12

Contoh soalan:

Rajah menunjukkan satu spring yang panjang asalnya ialah 20cm. Apabila ditekan oleh jisim 2kg, panjangnya menyusut menjadi 12cm. Berapakah nilai tenaga keupayaan kenyal spring itu? Penyelesaian: Jarak mampatan, x = panjang asal panjang baru = 20 12 = 8 cm = 0.08 m Tenaga keupayaan kenyal = Fx. = 20 0.08 = 0.8 J

13

2.10.5 TENAGA KINETIK Tenaga kinetik ialah tenaga yang punyai oleh sesuatu jasad disebabkan oleh gerakannya. tenaga kinetic jasad yang bergerak bergantung kepada jisim jasad dan laju jasad itu. maka, Tenaga kinetik = Dimana m ialah jisim jasad dan v ialah laju jasad. Bagi suatu jasad berjisim m kg yang bergerak daripada keadaan pegun kepada halaju, v ms-1, kerja yang dilakukan untuk mengubah halaju jasad itu adalah sama dengan perubahan tenaga kinetic jasad itu.

Contoh: Bandingkan tenaga kinetic yang dimiliki oleh dua buah kereta berjisim sama, 800kg yang masingmasing sedang bergerak dengan halaju berlainan, iaitu (a) 25km/j (b) 120km/j. Penyelesaian:

Daripada contoh di atas, kita mendapati bahawa kereta yang mempunyai halaju yang lebih tinggi akan mempunyai tenaga kinetic yang lebih besar. Tenaga kinetic yang besar ini sering menyebabkan kecederaan yang teruk apabila kemalangan berlaku. Maka, sentiasa berhati-hati dan kurangkan laju anda semasa memandu di jalan raya.

14

Hubungkait antara kerja dengan tenaga kinetik. Hukum newton pertama menyatakan bahawa jasad yang bergerak dengan halaju malar akan mengekalkan halajunya jika tiada daya luar yang bertindak. Ini bermakna jasad yang bergerak dengan halaju malar juga akan mengekalkan tenaga kinetiknya. Kerja dilakukan apabila tenaga kinetic bertambah atau berkurang. Perubahan tenaga kinetic sesuatu jasad adalah setara dengan kerja yang dilakukan ke atas jasad tersebut. Katakan sebuah troli yang berjisim m kg sedang bergerak daripada halaju awal, u ms-1 hingga mencapai halaju malar, v ms-1 di atas landasan licin dan ufuk. Kerja yang dilakukan untuk memecutkan troli, W = perubahan tenaga kinetic = Dimana v ialah halaju akhir dan u ialah halaju awal. Jika troli bergerak daripada keadaan pegun, maka u = 0 ms-1 Maka, Kerja , W = Contoh: Sebuah kereta berjisim 2 500kg bergerak dengan halaju malar 48 km/j. Kereta itu tiba-tiba dibrek dan berhenti dalam jarak 13 m. Berapakah. (a) kerja untuk menghentikan kereta itu? (b) daya yang dikenakan oleh brek? Penyelesaian:

15

2.10.6 PRINSIP KEABADIAN TENAGA Hukum keabadian tenaga menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi boleh berubah daripada satu bentuk ke bentuk yang lain. Situasi berikut menjelaskan mengenai prinsip keabadian tenaga. sebiji bola berjisim, m dilepaskan pada satu ketinggian h. bola itu memiliki tenaga keupayaan gravity, mgh

apabila bola semakin mendekati permukaan lantai(spring), bola itu bergerak dengan semakin cepat. Nilai tenaga keupayaan gravity bola semakin berkurang kerana h semakin berkurang. Sebaliknya, tenaga kinetic bola semakin bertambah disebabkan oleh pecutan tarikan gravity. Sebahagian tenaga keupayaan gravity bola bertukar kepada tenaga kinetic ( ) Apabila jatuh ke atas spring, pergerakan bola terus dilambatkan dan terhenti. Tenaga kinetic bola ditukarkan kepada tenaga keupayaan kenyal spring ( ) apabila spring termampat. apabila bola dilantun ke atas oleh spring, spring kembali kepada kedudukan asalnya. Tenaga keupayaan kenyal spring ditukar kepada tenaga kinetic bola ( )

semakin tinggi bola bergerak ke atas semakin tinggi tenaga keupayaan gravitinya. Tenaga kinetic bola beransur-ansur bertukar kepada tenaga keupayaan gravity, mgh dan apabila bola mencapai ketinggian maksimum, h semua tenaga kinetic bola ditukar kepada tenaga keupayaan gravity. Proses-proses yang berlaku di (a), (b), (c), (d) dan (e) menunjukkan tenaga boleh ditukar dari satu bentuk kepada bentuk yang lain dan mematuhi prinsip keabadian tenaga. Prinsip keabadian tenaga menyatakan bahawa jumlah tenaga dalam system adalah terabadi/ malar. Perubahan tenaga kinetic kepada tenaga keupayaan gravity juga mebuktikan persamaan tenaga kinetic iaitu v2 = u2 2gh 16

(a) sebiji bola dibalingkan ke atas dengan halaju awal, u dan mencapai halaju kahir, v apabila bola berada pada ketinggian h. Tenaga awal = tenaga kinetic = Tenaga akhir = tenaga kinetic + tenaga keupayaan. = + mgh (b) menurut prinsip keabadian tenaga, Jumlah tenaga awal = jumlah tenaga akhir = + mgh = = Susun semula v2 = u2 2gh Dalam system ayunan bandul ringkas, prinsip keabadian tenaga dipatuhi. + gh + 2gh

rajah menunjukkan satu bandul ringkas yang berayun dari kedudukan A ke B, kemudian ke C dan balik semula ke A. (a) Pada kedudukan A : Tenaga keupayaan(T.U) = maksimum = mgh Tenaga kinetic (T.K) = 0 (bandul berhenti seketika) (b) Dari kedudukan A ke B: Tenaga keupayaan bandul beransur-ansur berkurang kerana bertukar kepada tenaga kinetic. (c) Pada kedudukan B: Tenaga keupayaan = 0 (halaju bandul paling tinggi) Tenaga Kinetik = maksimum. (d) dari kedudukan B ke C: Tenaga kinetic beransur- ansur bertukar kepada tenaga keupayaan semula. (e) Pada kedudukan C: Tenaga keupayaan = maksimum Tenaga kinetic = 0 (bandul berhenti seketika) Bandul kini akan mula berayun dari C ke B dan balik ke A. Ayunan ini akan berulang. Walaupun terdapat saling pertukaran tenaga keupayaan dengan tenaga kinetic bagi system ayunan bandul, tetapi jumlah tenaga (T.U + T.K) adalah sama pada sebarang kedudukan bandul.

17

Rajah dibawah menunjukkan perubahan-perubahan tenaga pada kedudukan berlainan bandul.

Jadual berikut menunjukkan perubahan tenaga kinetic dalam perlanggaran dua jasad.

18

Contoh: 1.

Sebiji kelapa berjisim 1.2kg jatuh daripada suatu ketinggian (abaikan rintangan udara). a) i- tentukan jarak kelapa jatuh dalam masa 3 saat. Ii tentukan halaju b) i- berapakah tenaga keupayaan yang hilang selepas 3s. ii berapakah tenaga kinetic? c) terangkan mengenai kehilangan tenaga keupayaan dan pertambahan tenaga kinetic? Penyelesaian: a) i- u = 0, t = 3s, a = -10ms-2 guna formula : s = ut +
1 2

jarak yang dilalui , s = 0(3) +

x 10 x 32

= 45 m ii) daripada formula: v = u + at halaju, v = 0 + 10(3) = 30 m s-1 B (i) kehilangan tenaga keupayaan = mgh = 1.2 x 10 x 45 = 540 J (ii) tenaga kinetik = =
1 2

mv2 x 1.2 x 302

1 2

c) tenaga kinetic yang diperolehi adalah sama dengan tenaga keupayaan yang hilang. Ini menunjukkan bahawa tenaga adalah terabadi.

19

LATIHAN 1.

Rajah menunjukkan satu spring yang mempunyai panjang asal 20cm. Satu bebola keluli berjisim 5 kg bersama daya tambahan 15 N dikenakan pada spring sehingga spring termampat menjadi 10cm dan dilepaskan. Hitungkan (a) halaju bebola keluli apabila meninggalkan spring. (b) tinggi maksimum yang dicapai oleh bebola keluli itu 2.

Rajah menunjukkan sebuah troli berjisim 1 kg sedang bergerak menuruni satu cerun setinggi 18m. Selepas menuruni cerun, troli bergerak sejauh 4m di permukaan bumi yang rata dan kasar sebelum berhenti. Hitungkan daya geseran yang bertindak ke atas troli tersebut.

20

Anda mungkin juga menyukai