Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SMTJB 2022

8.00 PAGI Perhatian!


UCAPAN ALU- Minta kerjasama semua murid untuk memberi laluan. Majlis sambutan
ALUAN Hari Guru akan berlangsung sebentar lagi. Terima kasih.
PENGERUSI
MAJLIS Rakan-rakan sekalian,
Marilah sama-sama kita memberikan tepukan gemuruh kepada semua
(MC 1) guru SK Kati.

Istana kota sebelas tingkat,


Tempat baharu nakhoda pekan;
Sama kata sama sepakat,
Hari guru mari raikan.

Jalan ke darat berpilin-pilin,


Cuaca redup menawan duka;
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap ketika.

(MC 2) Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera,
salam 1 Malaysia, Salam SM TEKNIK JOHOR BAHRU

Yang Berusaha Puan ,


Guru Besar SK Kati,

Yang Dihormati En Muhammad Munif bin Meor Mahamud,


Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Yang Berusaha Puan Wahidah binti Mohd Kamil,


Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang Berusaha Puan Norazian binti Zainal Abidin,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Yang Berusaha Encik Kamarul Ariffin bin Hamzah,


Penolong Kanan Ko-kurikulum,

Barisan warga pendidik, kakitangan SK Kati, AJK PIBG dan rakan-


rakan yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya pada pagi ini
kita dapat berkumpul bersama-sama bagi meraikan insan yang amat
kita sanjungi dalam majlis sambutan perayaan hari guru peringkat SK
Kati bagi tahun 2017.  “Guru Pembina Negara Bangsa” demikianlah
tema perayaan hari guru pada tahun ini.

NYANYIAN Sebagai pembuka tirai majlis kita pada pagi ini, dijemput para guru
LAGU dan murid berdiri untuk menyanyikan lagu ‘Negaraku.’
NEGARAKU
Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian sebentar tadi.
(IQBAL)
Semua dipersilakan duduk.
UCAPAN GURU Hadirin sekalian,
BESAR Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Hajah
Zubaidah binti Harun, Guru Besar SK Kati untuk menyampaikan
(IQBAL) ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan atas


ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

NYANYIAN Angin menderu dengan sepoinya,


LAGU ‘GURU Di anak tangga duduk berperikan;
MALAYSIA’ DAN Kasih guru akan muridnya,
LAGU TEMA Masa dan tenaga rela korbankan.

(AIN) Rakan-rakan sekalian,


Majlis menjemput semua guru SK KATI untuk naik ke pentas.

Hari ini merupakan hari yang sangat bermakna bagi guru-guru SK Kati
kerana mereka diraikan sempena sambutan hari guru peringkat
sekolah. Sehubungan itu, marilah sama-sama kita mendengar
gemersik suara para guru mendendangkan lagu ‘Guru Malaysia’, lagu
tema ‘Guru Pembina Negara Bangsa’, lagu ‘Suci Dalam Debu’ dan
lagu ‘Warisan’.

Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian para guru


menghiburkan kami semua.

PERSEMBAHAN Sekarang ini kita akan saksikan persembahan daripada rakan-rakan


MURID kita pula.

(IQBAL) Untuk itu, majlis mempersilakan pasukan Kalam Jamaie untuk


membuat persembahan. Dipersilakan.

Untuk makluman hadirin, pasukan Kalam Jamaie itu tadi di bawah


pimpinan dan bimbingan Ustazah Rabaatul Adauyah, Ustazah
Nazraihan, dan Ustazah Zurina. Baru-baru ini mereka telah muncul
sebagai Johan dalam pertandingan peringkat Zon Kati.  Berikan
tepukan gemuruh kepada mereka semua.

Seterusnya majlis mempersilakan sahabat kita, Wahyda Sufi Umilah


binti Azmi untuk menyampaikan pidato yang bertajuk, “Institusi Raja –
Lambang Perpaduan dan Tunjang Penyatuan Rakyat.” Dipersilakan,

Untuk pengetahuan semua, saudari Wahyda telah mendapat tempat


ketiga dalam pertandingan pidato diraja sempena Hari Keputeraan
Sultan Perak peringkat daerah baru-baru ini. Tahniah dan terima kasih
diucapkan kepada saudari Wahyda.

Persembahan terakhir yang akan kita saksikan seterusnya ialah


persembahan daripada murid-murid Tahun 6 Kreatif. Untuk itu,
dijemput naik ke pentas dengan persembahan mereka yang berjudul,
“Be Mine.” Dipersilakan.
(IQBAL)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada murid-murid Tahun 6
dengan persembahan itu tadi.

Dengan ini selesailah sudah tugas kami berdua.  Untuk acara


seterusnya kami serahkan majlis kepada Puan Faridah binti Abu
Seman.

UPACARA
PENYAMPAIAN
HADIAH

Anda mungkin juga menyukai