Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan sekalung penghargaan yang ikhlas kepada beberapa pihak yang

berganding bahu bersama saya untuk menyiapkan Portfolio yang bermata pelajaran Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah ini dengan sempurna dan baik. Terlebih dahulu, saya menyusun sepuluh jari saya untuk bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah kurniaannya, saya dapat menyiapkan portfolio yang mencabar ini dengan begitu baik dan tepat sekali. Seterusnya, ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah saya yang banyak memberi sokongan, galakan dan perangsang yang sepenuhnya untuk

meneruskan usaha menyiapkan tugasan ini. Terutamanya, pensyarah mata pelajaran Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah, En. Lee Lai Mong, selaku penyelia tugasan saya yang terlalu banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudah cara saya sepanjang proses menyiapkan portfolio ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin saya akan dapat menghasilkan satu tugasan yang baik. Seterusnya, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya yang memberi dorongan dan sokongan dari aspek moral supaya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan lebih sempurna dengan hati yang gembira. Dalam masa yang sama, saya juga amat berbudi kepada rakan-rakan pelatih padahal mereka telah banyak mengorbankan masa dan tenaga bersama saya untuk memproses, mencari maklumat dan menyempurnakan portfolio ini. Sekian terima kasih.

iii

Anda mungkin juga menyukai