Anda di halaman 1dari 3

5.

RUMUSAN Sejarah telah membuktikan betapa dunia Islam telah melahirkan ramai golongan sarjana dan ilmuwan yang cukup hebat dalam bidang falsafah, sains, politik, kesusasteraan, kemasyarakatan, agama, perubatan dan sebagainya. Tokoh-

tokoh tamadun Islam telah mempunyai pelbagai ciri yang begitu baik dan memberi teladan yang jitu terhadap masyarakat di negara kita. Melalui ciri-ciri tokoh tamadun Islam tersebut kita boleh menjadikannya sebagai pegangan hidup supaya dapat menjamin kehidupan seharian kita berjalan dengan lancar.

Salah satu ciri yang dapat diperhatikan pada para tokoh ilmuwan Islam ialah mereka tidak sekadar dapat menguasai ilmu tersebut pada usia yang muda, malah dalam masa yang singkat dapat menguasai beberapa bidang ilmu secara serentak. Hal ini demikian kerana, mereka tidak malas dan tidak bimbang untuk memperoleh ilmu daripada pelbagai sudut. Kita haruslah

mengikut ciri tokoh-tokoh ilmuan tersebut supaya tidak begitu takut dan malas untuk menimba ilmu pengetahuan. Pendidikan adalah penting bagi setiap aset di negara kita. Menurut Al-Farabi, beliau mengatakan bahawa ilmu adalah aspek yang paling penting dalam kehidupan seseorang.

Tambahan pula, kita juga harus berkecimpung diri sendiri dalam berbagai-bagai bidang selain daripada bidang keilmuan seperti pendidikan muzik dan pendidikan seni. Hal ini demikian kerana, segelintir tokoh-tokoh

tamadun Islam bukan sahaja memberi sumbangan terhadap bidang pendidikan, mereka juga begitu mahir dalam ilmu muzik sampai menciptakan karya-karya dan alat-alat muzik yang boleh digunakan sampai sekarang. Kita juga akan

memperoleh ilmu yang berlebihan jika cuba memperoleh ilmu dalam bidangbidang seperti yang dikatakan tadi.

Seterusnya, ciri tokoh-tokoh tamadun Islam yang berikutnya ialah gigih berusaha untuk mencapai sesuatu matlamat dalam kehidupan kita. Kita harus mengambil ciri ini sebagai iktibar dan cuba mengamalkan dalam kehidupan diri
36

kita sendiri. Hal ini demikian kerana, dalam melaksanakan sesuatu tugas kegigihan untuk berusaha sememangnya dilihat penting bagi mencapai matlamat tugasan tertentu. Barulah tugasan kita akan menjadi tugasan yang baik jika

dibandingkan dengan orang lain.

Lantaran itu, kita perlu mengambil salah satu ciri yang penting daripada tokoh-tokoh tamadun Islam iaitu pemikiran kreatif. Kita sepatutnya mempunyai pemikiran kreatif supaya dapat mencipta pelbagai karya-karya agung akan membantu generasi yang akan datang. Mengikut tokoh tokoh yang

dibincangkan tadi, mereka menciptakan karya-karya agung yang terulung dengan menggunakan kemahiran pemikiran kreatif mereka sendiri. Memang

baiklah jika kita mengikut ciri tokoh ilmuan bagi meningkatkan kualiti diri sendiri kita dalam kalangan masyarakat.

Selain daripada itu, nilai kerajinan yang diamalkan oleh tokoh-tokoh Islam menyebabkan mereka jaya dalam kehidupannya. Mereka rajin dalam

mewujudkan pelbagai hal penting dalam berbagai-bagai bidang seperti bidang matematik dan astronomi. Hal ini demikian kerana, kita juga harus mempunyai kerajinan dalam melakukan sesuatu kerja ataupun tugasan. Jika kita rajin

dalam membuat kerja, hal ini akan menyebabkan kita mengurus masa kita dengan lebih baik. Jika kita tidak rajin dan menangguhkan sesuatu kerja, makin lama kerja-kerja tersebut akan menjadi beban dan menyebabkan tekanan perasaan akan dialami oleh seseorang itu.

Sehubungan itu, kita sepatutnya mengamalkan nilai berdikari dan bertanggungjawab dalam diri sendiri kita supaya menjalankan sesuatu tugasan tanpa bergantung kepada orang lain. Pedoman hidup ini kita boleh mengambil daripada sikap tokoh-tokoh tamadun Islam yang berdikari dan bertanggungjawab menyumbangkan pelbagai sumbangan kepada tamadun Islam tanpa bergantung kepada tokoh-tokoh yang lain. Sejurus itu, ciri daripada tokoh Islam menjadikan dan mengajar kita supaya menjalankan kehidupan kita dengan lebih
37

bertamadun. Pada masa kini, budaya barat telah mempengaruhi masyarakat negara kita dan hal ini menyebabkan keruntuhan akhlak berlaku secara berleluasa. Jika kita mengamalkan ciri tersebut sudah pastinya kita tidah akan mempengaruhi dengan isu-isu yang semakin serius seperti itu.

Sebagai seorang masyarakat Malaysia kita harus mempunyai semangat keagamaan yang lebih mendalam. Hal ini demikian kerana, tokoh-tokoh Islam telah mempunyai semangat keagamaan dan mereka menciptakan segala karyanya dalam bahasa Arab. Iktibar ini harus diamalkan oleh setiap rakyat di dunia ini supaya dapat mengurangkan kes-kes tukar agama yang semakin kerap berlaku pada masa kini.

Akhir kata, pada zaman sekarang kes jenayah yang berlaku dalam kalangan masyarakat negara kita semakin meningkat dari semasa ke semasa. Hal ini harus dikurangkan melalui pengamalan nilai-nilai murni yang diamalkan oleh tokoh-tokoh tamadun Islam seperti kasih sayang, tolong menolong, hormat-menghormati dan sebagainya dalam kehidupan mereka supaya dapat mengelakkan diri kita daripada terjebak dalam gejala sosial yang boleh mengancam kehidupan kita.

Konklusinya, kita sebagai salah seorang manusia di dunia ini harus menjadikan tokoh-tokoh tamadun Islam sebagai iktibar dan cuba mengamalkan ciri-ciri mereka sebagai pegangan hidup diri kita supaya dapat mewujudkan dunia ini yang aman dan damai selalu.

38

Anda mungkin juga menyukai