Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen kursus mata pelajaran major bagi Program

Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Bagi mendekatkan guru pelatih PISMP kepada situasi sebenar sekolah, program ini dapat diterapkan dalam latihan perguruan. Konsep ini adalah mirip kepada pengajaran mikro yang memberi peluang kepada guru pelatih PISMP memahami teori dan konsep pengajaran yang dikuliahkan. Pada masa yang sama mereka dapat meneliti teori bersama-sama praktis secara rapat semasa mereka berada di sekolah. Program ini juga bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih PISMP mendapat ilmu keguruan daripada guru-guru yang sedang aktif mengajar di sekolah rendah. Perkongsian ilmu antara guru yang berpengalaman dengan guru pelatih PISMP akan dapat menambahkan keupayaan mereka menghasilkan teori-teori yang dihasilkan oleh pendidik-pendidik yang lain. Melalui program ini, seseorang pelatih harus lawatan ke sekolah selama 4 kali dan diharapkan membantu mereka melihat amalan pendidikan di sekolah yang ada kaitan dengan bidang pembelajaran yang dipelajari di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun. Pengalaman seperti ini akan dijadikan sebagai bahan perbincangan mereka di institut yang akhirnya akan dapat membentuk hal-hal yang berkaitan pendidikan keguruan dalam diri mereka. Oleh yang demikian, program ini harus diteruskan kepada setiap guru pelatih supaya dapat menimba pengalaman yang berasaskan sekolah. Hal ini akan membantu seseorang guru pelatih tersebut tidak lagi berasa takut dan bimbang untuk menjalankan proses pengajaran dan pengajaran kepada para murid di setiap sekolah di negara kita.

Anda mungkin juga menyukai