Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN GURU BESAR

Bismillahirahmanirahim,AsalamualaikumWBT

Yang berusaha Cikgu Hipni bin Amat, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang berusaha Insp23099 Muhammad Akmal Hakim, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dari IPD Lawas,
Yang berusaha Koperal Masree bin Janji, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dari IPD Lawas,

Guru-guru, kakitangan-kakitangan sekolah, dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

1. Terlebih dahulu, saya melafazkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas rahmat dan izin-Nya jua, kita
telah dapat bersama-sama menjayakan Pelancaran Program Jom ke Sekolah yang bermatlamat untuk
membina semangat baharu yang lebih berkobar-kobar dan kuat untuk kita meneruskan perjuangan kita
demi kegemilangan kita dan sekolah kita.

Rasional sekolah ini mengadakan program seumpama ini adalah ekoran daripada sikap segelintir murid-
murid sekolah ini yang mula cenderung ke arah budaya lewat dan ponteng sekolah.

2. Program ini diwujudkan sebagai satu daripada usaha-usaha bagi meningkatkan peratus kehadiran murid
dan guru ke sekolah. Peningkatan peratus dihasratkan ini merupakan usaha awal pihak sekolah ke arah
matlamat 100% kehadiran ke sekolah.

Usaha mendidik manusia ke arah perkara-perkara yang bersifat positif bukanlah umpama
menyediakan mi segera, sebaliknya usaha ini banyak onak durinya yang memerlukan semua pihak
bertindak dengan penuh hemah yang bertunjangkan kesabaran yang tinggi.

Peningkatan peratus kehadiran yang menjadi aspirasi sekolah ini merupakan langkah pertama
bagi mencipta kejayaan. Hal ini selari dengan kata-kata hikmat yang sering diucapkan oleh para pakar
motivasi dalam ceramah mereka yang berbunyi, “ Sesungguhnya kejayaan bermula dari langkah yang
pertama”. Oleh itu, saya berkeyakinan penuh bahawa langkah pertama itu memang penting, lebih-lebih
lagi jika perkara itu dilakukan pada awal tahun. Hal ini sudah tentu boleh menjadi perangsang bagi
menjana usaha-usaha seterusnya.

3. Usaha murni Program Jom Ke Sekolah ini tidak akan sempurna jika tidak melibatkan para ibu bapa dan
masyarakat setempat kerana sekolah juga merupakan satu daripada institusi masyarakat. Para ibu bapa
dan masyarakat setempat diharapkan turut bersama-sama pihak sekolah memantau tingkah laku murid-
murid bagi membendung gejala ponteng sekolah yang berleluasa sejak mutakhir ini.

Faktor mengharapkan pihak sekolah semata-mata bagi membendung fenomena ini merupakan
pandangan yang kurang tepat. Justeru, pihak sekolah ini akan terus memperkasa hubungan baik dan
mesra dengan para ibu bapa, masyarakat setempat dan pihak-pihak tertentu terutamanya Pegawai
Perhubungan Setempat (PPS) yang merupakan dua orang banggota polis dari ipd lawas )pebagi mencari
jalan terbaik untuk menangani masalah ini sebelum gejala ini menjadi barah yang akan menggerhanakan
masa depan para remaja yang bakal mewarisi kepemimpinan negara yang bertuah ini.

Ingatlah pesanan bijaksana “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”. Oleh hal yang
demikian, gejala ponteng tidak lagi dipikul di bahu warga pendidik sahaja, malah perlu juga dipikul
bersama-sama oleh para ibu bapa dan masyarakat setempat sebagai kerja berpasukan bagi membanteras
kegiatan salah laku ini.

4. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, izinkan saya memetik kata-kata yang dinukilkan oleh penyair Arab
yang bernama Shauki untuk kita sama-sama renungkan, antaranya beliau pernah menyebutkan, “ Bahawa
jika ingin melihat masa depan sesebuah negara itu, maka lihatlah pada keadaan generasi mudanya hari ini.
Jika generasi mudanya hari ini merupakan generasi yang mempunyai jati diri yang unggul dan hebat,
adalah menjadi satu jaminan bahawa masa depan negara akan terjamin dan maju. Begitu juga sebaliknya.
Sekiranya generasi muda hari ini tidak berpegang pada nilai dan jati diri yang benar, maka lihatlah
keruntuhan sesebuah negara yang mana kita tidak berkehendakkannya berlaku”.

Akhir kata, dengan lafaz Bismillah hirahmanirahim, saya merasmikan Program Jom Datang Awal Ke
Sekolah dan Jom Ke Sekolah dengan rasminya.

Wassalamualaikum warahmatullahiwabaraktuh. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai