Anda di halaman 1dari 8

MODUL PDPR BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH

Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Sasaran Tingkatan 4

Tema / Tajuk TEMA 16: DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN


TAJUK: MARI MENGUNDI

Standard 2.4 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan untuk mengukuhkan


Kandungan penguasaan bahasa dan meluaskan pengetahuan bagi pembangunan diri.

Standard 2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen
Pembelajaran untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dalam pelbagai bidang.

Objektif Pada akhir pembelajaran, anda dapat:


Pembelajaran 1. Menyenaraikan kosa kata baharu yang ditemukan.
2. Mencari maksud kosa kata baharu tersebut.
3. Melengkapkan carta alir proses pilihan raya.

Tempoh Masa 1 jam 30 minit

Nota Rujuk Lampiran 1

Aktiviti 1. Anda diminta membaca bahan dalam buku teks pada halaman 220 - 221
dengan telitinya.
2. Anda diminta menyenaraikan kosa kata baharu yang ditemukan dalam
teks. (Lampiran 1)
3. Anda diminta mencari maksud kosa kata baharu dengan merujuk kamus.
4. Anda diminta menjawab soalan latihan yang diberikan dengan tepatnya.
5. Hasil tugasan anda hendaklah dihantar kepada guru mata pelajaran
melalui media sosial WhatsApp atau Telegram kelas.

Pentaksiran Anda akan dinilai berdasarkan tugasan yang telah dijawab.


LAMPIRAN 1

2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meningkatkan
penguasaan kosa kata dalam pelbagai bidang.

1.Baca dan senaraikan kosa kata baharu yang ditemukan. Kemudian, cari maksud kosa kata
tersebut.

Dakwat Ungu di Jari Telunjuk

Fazrin menunjukkan jari telunjuknya yang telah berdakwat ungu kepada pemandu kereta sewa.
Pemandu itu membalasnya dengan menunjukkan ibu jari, tanda bagus. Dia gembira kerana Fazrin
berjaya mengundi setelah hampir-hampir gagal. Begini kisahnya ... .
Dua hari sebelum hari mengundi, Fazrin diarahkan oleh majikannya untuk menyelesaikan
masalah sebuah kilang di Sandakan, Sabah. Masalah tersebut hanya dapat diselesaikannya pada
pagi hari mengundi.
Sebaik sahaja masalah itu dapat diatasi, Fazrin bergegas ke Lapangan Terbang Sandakan.
Fazrin bernasib baik kerana masih ada satu tiket ke Kuala Lumpur pada pukul 9:20 pagi. Pesawat
tersebut dijangka tiba pada pukul 12:05 tengah hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur. Walau bagaimanapun, malang tidak berbau, pesawat yang dinaiki oleh Fazrin mengalami
kelewatan. Pesawat itu hanya akan berlepas pada pukul 11:50 pagi. Jiwa Fazrin tidak tenteram.
Dalam penantian itu, Fazrin teringat akan suasana hangat sepanjang tempoh berkempen
di kawasan pilihan raya tempat dia mengundi. Calon-calon yang bertanding berkempen dengan
pelbagai cara. Poster-poster calon digantung di merata-rata tempat. Pada setiap malam, rapat
umum diadakan untuk calon menerangkan manifesto parti masing-masing.
Setelah sekian lama menunggu, Fazrin berada di dalam perut pesawat. Pesawat yang
dinaiki oleh Fazrin terasa bergerak amat perlahan. Tempoh penerbangan lebih kurang dua jam 45
minit terasa begitu lama. Fazrin bimbang dia tidak dapat melaksanakan tugasnya sebagai rakyat
Malaysia buat kali pertama.
Oleh sebab Fazrin mengundi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dia hanya akan
memilih wakil rakyat bagi kawasan parlimen sahaja. Dia tidak akan mengundi untuk memilih Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Beberapa bulan dahulu, Fazrin telah pun membuat semakan daftar pemilih melalui laman
sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Hal tersebut perlu dilakukannya kerana hanya
pengundi berdaftar sahaja yang dibenarkan mengundi. Dia tidak mahu terlepas peluang untuk
memilih bakal peneraju tonggak negara. Fazrin tidak sabar menanti hari pembubaran parlimen.
Selepas pembubaran parlimen, pihak SPR pun mengumumkan hari penamaan calon,
tempoh berkempen, hari undi awal, dan hari mengundi. Pada hari penamaan calon, Fazrin
mengambil kesempatan untuk turut serta berada di tempat penamaan calon. Para penyokong
calon membawa kain rentang dan bendera. Mereka melaungkan pelbagai slogan dan berada
dalam jarak lebih 50 meter dari tempat penamaan calon. Jarak antara kedua-dua penyokong
calon yang bertanding pula ialah 100 meter.
Bil Kosa Kata Baharu Maksud
1 manifesto
2
3
4
5
6
7
8
9
10

2. Jawab soalan yang diberi berdasarkan bahan di bawah.

1. Apakah tujuan pilihan raya diadakan di sesebuah negara?


_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
2. Nyatakan tiga jenis pengundian yang biasa dijalankan dalam proses pilihan raya.
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
3. Siapakah yang terlibat dalam pengundian awal?
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
4. Huraikan persamaan dan perbezaan antara pengundian biasa dengan pengundian pos.
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
5. Andaikan anda sedang belajar di luar negara dan telah layak mengundi. Jelaskan langkah-
langkah yang harus anda ambil sebagai pengundi.
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
MODUL PDPR BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH
Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Sasaran Tingkatan 4

Tema / Tajuk TEMA 16: DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN


TAJUK: MUAFAKAT SERANTAU

Standard Kandungan 3.6 Mengedit dan memurnikan pelbagai teks.

Standard 3.6.1 Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam pelbagai
Pembelajaran teks.

Objektif Pembelajaran Pada akhir pelajaran, murid- murid dapat;


1. Menganalisis rencana untuk menentukan kejituan idea dan
kesalahan bahasa dalam rencana tersebut.

Tempoh Masa 1 jam 30 minit

Nota Rujuk Lampiran 1

Aktiviti 1. Anda diminta membaca dan meneliti rencana tentang SEAMEO yang
diberikan. (Lampiran 1)
2. Anda diminta menganalisis rencana untuk menentukan kejituan idea.
3. Anda diminta mengenal pasti kesalahan bahasa dalam rencana dan
membetulkannya.
4. Hasil tugasan anda hendaklah dihantar kepada guru mata pelajaran
melalui media sosial WhatsApp atau Telegram kelas.

Pentaksiran Anda akan dinilai berdasarkan tugasan yang disiapkan.

LAMPIRAN 1
3.6.1 Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam pelbagai teks.

1. Baca dan analisis rencana berkenaan SEAMEO untuk menentukan kejituan idea dan kesalahan
bahasa dalam rencana tersebut.

SEAMEO RECSAM: Impak terhadap Dunia Pendidikan


Oleh: Jasmin binti Kamarul

Dalam ledakan ilmu pengetahuan tanpa sempadan dalam era ini, semua pihak mesti sentiasa
cakna kepada perubahan dan bersedia untuk mendalami ilmu. Jika kita tidak cakna terhadap
perubahan ini, kita akan ketinggalan di dalam arus perkembangan dunia sains dan teknologi. Hal
ini dikatakan demikian oleh kerana saban hari pelbagai teori, penemuan dan ciptaan yang
canggih dicipta manusia di seantero dunia.
SEAMEO RECSAM yang berpusat di Pulau Pinang telah melaksanakan pelbagai program.
Program yang dianjurkan oleh SEAMEO RECSAM ini tidak terhad kepada murid-murid tetapi
melibatkan golongan pendidik, termasuk ibu dan bapa.
SEAMEO RECSAM telah ditubuhkan pada 1967. Misi penubuhan pertubuhan ini adalah
untuk mempromosi dan meningkatkan pendidikan Sains dan Matematik di kalangan ahli negara-
negara SEAMEO. Setelah mendapat mandat ini, SEAMEO RECSAM berusaha melaksanakan
mandat dan kini telah berjaya menarik perhatian pelbagai pihak termasuk para pendidik lain-lain
negara di dalam dan di luar rantau Asia Tenggara. Keadaan ini mencerminkan kualiti inovasi
pendidikan yang dilaksanakan oleh pusat serantau ini.
Pusat serantau ini aktif dalam melaksanakan pelbagai program di sepanjang tahun. Semua
aktiviti yang dijalankan ini mempunyai pelbagai objektif. Semua aktiviti yang dijalankan ini telah
berjaya menarik penyertaan pelbagai pihak, termasuk ibu bapa. Oleh itu, objektif asasnya tetap
sama, iaitu meningkatkan pendidikan Sains dan Matematik para pelajar. Antara aktiviti yang
dijalankan ialah bengkel, persidangan, lawatan penandaarasan, pertandingan, dan lain-lain lagi.
Kejayaan program yang dilaksanakan oleh pihak SEAMEO RECSAM ini terbukti bila
sekumpulan saintis muda tanah air berjaya mengharumkan nama negara. Mereka merangkul
kemenangan dalam pertandingan yang diadakan dalam Kongres Serantau Mencari Saintis Muda
SEAMEO kali ke-11 (SSYS 2018). Begitu juga dengan program SEAMEO Science Olympiad 2019
telah berjaya menarik minat pelajar untuk menjadi saintis. Teruskan usaha anda SEAMEO
RECSAM. Kepakaran anda ditagih oleh negara demi untuk melahirkan anak watan bervisi tinggi.
2. Cara menentukan kejituan idea.
Kesatuan Perenggan:

SEAMEO RECSAM: Kepaduan:


Impak terhadap
Dunia Pendidikan
Perkembangan:

3. Betulkan kesalahan bahasa yang terdapat dalam rencana.

Bil Kesalahan Bahasa Pembetulan


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
MODUL PDPR BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH

Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Sasaran Tingkatan 4

Tema / Tajuk TEMA 16: DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN


TAJUK: BELIA POSITIF, TERSERLAH WIBAWA

Standard Kandungan 1.8 Mengulas sesuatu perkara, isu atau topik.

Standard 1.8.1 Merumus isu semasa dengan kritis dan bernas secara jelas
Pembelajaran menggunakan ayat yang betul dan gramatis.

Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran, anda dapat:


1. Membuat kesimpulan tentang isu semasa dengan kritis dan bernas
secara jelas menggunakan ayat yang betul dan gramatis berkaitan isu
yang dibincangkan.

Tempoh Masa 1 jam

Nota Rujuk Lampiran 1

Aktiviti 1. Anda diminta meneliti bahan dalam buku teks pada halaman 219
dengan telitinya.
2. Anda diminta membuat rumusan secara kritis tentang potensi diri
belia yang boleh digilap dengan ayat yang betul dan gramatis.
3. Pandangan anda hendaklah disampaikan dalam bentuk rakaman
audio atau video melalui platform media sosial seperti Whatsapp,
Telegram, Tik Tok, Instagram, Twitter dan lain-lain.
4. Tugasan yang sudah disiapkan hendaklah dihantar kepada guru mata
pelajaran.

Pentaksiran Anda akan dinilai berdasarkan tugasan yang disempurnakan.


LAMPIRAN 1

1.8.1 Merumus isu semasa dengan kritis dan bernas secara jelas menggunakan ayat yang betul
dan gramatis.

Gunakan kreativiti anda untuk menyempurnakan tugasan ini. Pandangan anda hendaklah
disampaikan dalam bentuk rakaman audio atau video melalui platform media sosial seperti
Whatsapp, Telegram, Tik Tok, Instagram, Twitter dan lain-lain.

Potensi diri belia boleh digilap dan diserlahkan dengan cara memberikan
tumpuan pada lima perkara seperti yang berikut:

Anda mungkin juga menyukai