Anda di halaman 1dari 20

TATACARA DAN GARIS PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM e-PENAWARAN

BAGI PROSES PERMOHONAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA AMBILAN TAHUN 2018

TATACARA PERMOHONAN

1. Permohonan ini dibuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang


berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat permohonan yang ditetapkan.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui
laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat
https://epenawaran.moe.gov.my mulai 09.02.2018 hingga 28.02.2018.

2. Calon adalah dikehendaki untuk mengemaskini Modul Operasi Data Guru (e-
Operasi) dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) terutamanya bagi PPP yang
bertugas di sekolah kerana maklumat dalam Sistem e-Penawaran ini
diintegrasikan dengan Sistem e-Penawaran tersebut. Sekiranya terdapat
maklumat yang tidak tepat atau tidak dikemaskini sewaktu permohonan,
perubahan dan pengemaskinian perlu dibuat melalui Sistem e-Operasi atau
Sistem e- Penawaran tersebut.

3. Calon adalah diingatkan agar memahami panduan permohonan dengan teliti


serta memasukkan maklumat yang tepat dan sahih (termasuk maklumat
kesihatan). Kesilapan mengisi maklumat permohonan dalam talian
termasuk kesilapan mengisi No. Kad Pengenalan akan mengakibatkan
permohonan ditolak.

4. Sekiranya didapati maklumat adalah PALSU, Kementerian berhak untuk


menolak permohonan dan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 boleh dikenakan terhadap
pegawai.

5. Calon dinasihatkan supaya mencuba capaian permohonan online ini pada waktu
yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu. Ini
adalah kerana ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian pada laman
web tersebut.

6. Setelah mengisi dan menghantar permohonan dalam talian, calon dikehendaki


untuk menyimpan slip dan borang permohonan sebagai rujukan pada masa
akan datang.

Page 1 of 20
7. Permohonan melalui Sistem e-Penawaran adalah rasmi dan sah. Justeru,
permohonan TIDAK perlu dihantar secara hardcopy kepada Bahagian Tajaan
Pendidikan, KPM untuk sebarang tindakan lain.

8. Permohonan yang tidak mematuhi syarat / permohonan yang tidak lengkap /


tidak mengisi permohonan secara dalam talian akan ditolak.

9. Calon hanya boleh mengemukakan SATU permohonan sahaja dalam


tempoh tawaran permohonan ini dibuka.

10. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan tatacara dan garis panduan
penggunaan sistem e-Penawaran, boleh menghubungi urusetia berikut :

Bahagian Tajaan Pendidikan (pertanyaan umum berkaitan program):


Telefon (hotline): 03-8321 7138
E-mel : epenawaran@moe.gov.my

Page 2 of 20
PANDUAN PERMOHONAN

1. Panduan Umum

1.1 Sistem e-Penawaran ini dibangunkan melalui pengintegrasian dengan


Modul Operasi Data Guru (e-Operasi) dalam Sistem Pengurusan Sekolah
(SPS). Maklumat calon yang terkandung di dalam Sistem e-Operasi akan
digunakan dalam Sistem e-Penawaran bagi memastikan maklumat calon
khususnya yang berkaitan dengan perkhidmatan adalah yang terkini dan
yang telah disahkan.

2. Panduan Khusus

Semasa mengisi permohonan, beberapa panduan berikut adalah disarankan supaya


urusan pengisian maklumat permohonan mudah dan jelas.

2.1 Calon adalah dikehendaki untuk mengisi dan melengkapkan maklumat


yang diperlukan disemua Menu yang disediakan dan sekiranya terdapat
maklumat yang tidak lengkap, permohonan akan ditolak.

Menu Masuk/Paparan Utama.

2.2 Calon perlu memasukkan Nombor Kad Pengenalan, Umur (paparan secara
automatik), tarikh lantikan dan tarikh sah DG41/42, status berkhidmat
(contoh: berkhidmat di sekolah), status pengajian, pilihan program yang
akan diikuti dan peringkat pengajian.
Nota:

a) Sila pastikan kesemua maklumat terkini diisi dengan tepat; dan


b) Sekiranya calon berstatus sedang dalam pengajian, pilihan
program adalah Hadiah Latihan Persekutuan Secara Separuh
Masa/Sambilan (HLPS) sahaja. Calon juga WAJIB lengkapkan
maklumat di Menu Maklumat Tambahan pada akhir permohonan;
dan

Page 3 of 20
Menu Maklumat Program

2.3 Calon dikehendaki memilih dan mengisi semua maklumat yang diperlukan
berkaitan pengajian yang ingin dimohon, jenis program yang akan diikuti
serta pilihan zon temuduga.

2.4 Calon yang berjaya ditawarkan penajaan/Cuti Belajar bakal mengikuti


pengajian secara sepenuh masa dan separuh masa di universiti awam di
dalam dan luar negara (bagi Kedoktoran).

2.5 Calon juga perlu memastikan untuk membuat pilihan yang tepat bagi
Kluster/Bidang Pengajian/Pengkhususan Bidang supaya dapat
disesuaikan dengan maklumat pengkhususan (akademik)/ maklumat iktisas
sedia ada/ opsyen mengajar yang terkini/pengalaman dalam bidang yang
dimohon atau perancangan laluan kerjaya baharu pada masa akan datang.

2.6 Ringkasan mengenai Kluster/Bidang Pengajian/Pengkhususan Bidang


adalah seperti berikut:

KATEGORI KETERANGAN Bidang Pengajian Pengkhususan Bidang


KLUSTER

Kepimpinan dan Memberi penekanan kepada Contoh: Contoh:


Pentadbiran peningkatan kecekapan dan
Pendidikan. keberkesanan kepimpinan, 1. Perancangan a) Pentadbiran
dan pentadbiran pendidikan Strategik; Pendidikan
(Kepimpinan) dalam kalangan pengurus b) Kepengetuaan;
organisasi dan 2. Pengurusan
program/projek. dan
Page 4 of 20
Pelaksanaan program ini Kepimpinan c) Pendidikan dan
dibahagikan kepada tiga Pendidikan Pembangunan
peringkat, iaitu: Organisasi;
i.asas; d) Pengurusan dan
ii.pertengahan; dan Pentadbiran
iii.lanjutan.

Peningkatan Memberi ruang dan peluang Contoh: Contoh:


Kemahiran dan kepada PPP mengaplikasi
Kepakaran PdP. inovasi dan kreativiti 1. Bahasa a) Bahasa Melayu;
bersesuaian dengan b) Bahasa Inggeris;
(Pengajaran dan kemahiran aras tinggi dalam c) Bahasa Arab;
Pembelajaran) aktiviti PdP dalam bilik d) Bahasa Tamil;
darjah. Pelaksanaan e) Pendidikan Teknik
program ini boleh dilakukan dan Vokasional;
dalam tiga peringkat f) Pentadbiran
berteraskan fasa Perniagaan
Pembangunan 2. Kemahiran
Profesionalisme Berterusan Teknik dan
(PPB) melalui inisiatif kendiri Vokasional
(Inisiatif Individu dan Inisiatif
Organisasi), iaitu:
a. permulaan;
b. pembinaan
Kapasiti; dan
c. kepakaran.

Bidang Melahirkan sekumpulan Contoh: Contoh:


Kepakaran PPP yang mempunyai
Khusus kepakaran dan kemahiran 1. Polisi a) Kurikulum dan
Pendidikan dalam sesuatu bidang Pendidikan; Pengajaran;
pendidikan secara khusus. b) Bimbingan dan
2. Kaunseling dan Kaunseling
Psikologi

Nota: Calon boleh merujuk kepada Lampiran A (i), (ii) dan (iii) bagi perincian
Kluster/Bidang Pengajian/Pengkhususan Bidang.

2.7 Calon perlu membuat pilihan zon temuduga yang berdekatan dengan
tempat berkhidmat sekarang namun penetapan akhir akan ditentukan oleh
KPM mengikut kesesuaian. Pecahan zon temuduga adalah seperti berikut:

Zon Temuduga Pecahan Mengikut Tempat Bertugas


(berdasarkan negeri)
Utara Perlis, Pulau Pinang,Kedah dan Perak
Tengah Selangor dan Kuala Lumpur
Selatan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor
Timur Pahang, Terengganu dan Kelantan
Sabah Sabah dan Labuan
Sarawak Sarawak

Page 5 of 20
Contoh paparan:

Sila buat pilihan yang tepat di


ruangan ini. Rujuk Lampiran A(i), A(ii)
atau A(iii).
Nota: Kesilapan dalam membuat
pilihan boleh menjejaskan
permohonan untuk dipertimbangkan
sebagai calon berjaya dipanggil
temuduga.

Menu Maklumat Peribadi

2.8 Maklumat di dalam Menu ini adalah WAJIB dilengkapkan dengan maklumat
yang tepat dan lengkap.

a) Maklumat peribadi dan waris diintegrasikan dari e-Operasi dan


sekiranya terdapat perubahan atau penambahan maklumat, sila
kemaskini dan membuat perubahan di Sistem e-Operasi atau
pindaan terus sewaktu permohonan dibuat.

b) Bagi ruangan alamat surat menyurat dan alamat tetap, sila pastikan
maklumat adalah alamat kediaman yang berpenghuni sama ada
calon sendiri, pasangan atau waris sebagai langkah memastikan
sebarang surat menyurat rasmi sewaktu penajaan/Cuti Belajar
diterima.

c) Bagi calon yang berstatus berkahwin, maklumat waris terdekat yang


perlu diisi adalah maklumat pasangan manakala calon yang
berstatus selain berkahwin, maklumat waris adalah seperti adik
beradik, ibu bapa atau penjaga atau lain-lain yang terdekat dan
mengenali calon secara dekat serta mudah dihubungi.

Page 6 of 20
d) Calon juga WAJIB membuat pengesahan mengenai status
kesihatan semasa permohonan dibuat dan sekiranya YA
(mempunyai masalah kesihatan), sila nyatakan jenis penyakit yang
dihidapi.

e) Bagi maklumat anak (jika berkaitan), calon boleh mengisi maklumat


dengan klik butang tambah. Sekiranya tidak berkaitan, boleh
abaikan ruangan ini.

Menu Maklumat Akademik

2.9 Calon dimohon untuk mengisi dan melengkapkan maklumat di dalam Menu
Akademik dengan lengkap dan tepat sebagaimana panduan berikut:

2.9.1 Sila isi dan lengkapkan semua maklumat pengajian dan kelayakan
akademik sama ada bagi peringkat Ijazah Pertama (Ijazah Sarjana
Muda) atau Ijazah Sarjana (bagi calon peringkat Kedoktoran).

Contoh:

Ijazah Pertama/Ijazah Sarjana Muda:

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik

Ijazah Sarjana:

Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektrik

Tarikh Penganugerahan: 25/10/2000 Kelas: Pertama CGPA: 3.85

Contoh Paparan:

Page 7 of 20
Wajib Diisi dengan tepat

Menu Maklumat Perkhidmatan.

2.10.1 Calon WAJIB memastikan maklumat Ketua Jabatan semasa adalah tepat
dan lengkap kerana kesilapan di ruangan ini boleh menjejaskan
permohonan. Antara maklumat yang PENTING adalah alamat emel
penyokong/peraku, nombor telefon serta nama peraku/penyokong
terbabit. Sokongan dan perakuan Ketua Jabatan bagi permohonan
pegawai akan dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya. Oleh itu,
jika terdapat sebarang kesilapan, BT berhak membatalkan/menarik
balik permohonan tanpa sebarang notis atau pemakluman.

“Pegawai Penyokong” merupakan pegawai atasan/penyelia kepada


calon yang mengemukakan permohonan dan mempunyai hubungan kerja
secara lansung atau mengawasi kerjanya.

“Pegawai Peraku” adalah Ketua Jabatan di bahagian / institusi / jabatan


yang menguruskan hal-hal perkhidmatan calon yang mengemukakan
permohonan.

2.10.2 Bagi maklumat perkhidmatan, calon perlu memastikan semua ruangan


diisi dengan betul termasuk Tempoh Pengalaman Dalam Bidang
Dimohon, Tempoh Mengajar Opsyen dan Tempoh Perkhidmatan
Dalam Jawatan Sekarang.

Page 8 of 20
a) Tempoh Pengalaman Dalam Bidang Dimohon
Sila nyatakan tempoh berkhidmat/mengajar dalam bidang
berkaitan permohonan..

b) Tempoh Mengajar Opsyen


Sila nyatakan tempoh pengalaman mengajar subjek
tersebut berkaitan dengan opsyen semasa.

c) Tempoh Perkhidmatan Dalam Jawatan Sekarang


Sila nyatakan tempoh berkhidmat dalam jawatan sekarang.

d) Maklumat Iktisas
Sila nyatakan maklumat berkaitan latihan perguruan yang
pernah diikuti.

e) Mata Pelajaran Mengajar Sekarang


Bagi calon yang sedang berkhidmat di sekolah, sila
nayatakan mata pelajaran terkini yang diajar sewaktu
permohonan dibuat.

Menu Maklumat Pencapaian

2.11 Calon dikehendaki untuk mengisi kesemua maklumat berkaitan pencapaian


dan sumbangan yang pernah dicapai sepanjang tempoh perkhidmatan.

a) Sila nyatakan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)


atau Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PBPPP) purata 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun dalam
skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2015, 2016 dan 2017).
Sekiranya belum memperolehi markah LNPT/PBPPP tahun 2017,
calon boleh mengisi LNPT 2014, 2015 dan 2016. Penilaian setahun
LNPT/PBPPP mestilah genap 12 bulan. Sekiranya calon pernah
diluluskan Cuti Belajar dalam tempoh tersebut, sila kemukakan
LNPT tahun sebelum/selepas tempoh Cuti Belajar;

Nota: Sila pastikan maklumat yang diisi adalah BENAR.

b) Sila isikan maklumat sekiranya calon pernah menerima Anugerah


Perkhidmatan Cemerlang (APC) iaitu tahun terima APC dan jumlah
penerimaan APC;

Contoh: Tahun APC: 2002,2003,2004


Jumlah APC: 3

c) Sila nyatakan sumbangan yang pernah dibuat oleh calon sepanjang


perkhidmatan dan peringkat sumbangan tersebut. Calon dibenarkan
Page 9 of 20
untuk menghuraikan secara ringkas mengenai sumbangan yang
dinyatakan. Selain itu, sila nyata penulisan dan penerbitan yang
dihasilkan (sekiranya ada) bagi tempoh 3 tahun yang terkini.

Menu Maklumat Penajaan

2.12 Sekiranya calon pernah atau sedang diluluskan Cuti Belajar atau
Penajaan oleh KPM, sila nyatakan maklumat tersebut di dalam Menu
Maklumat Penajaan.

2.13 Sila nyatakan tempoh ikatan perjanjian yang telah ditetapkan berdasarkan
jenis Cuti Belajar/Penajaan yang diluluskan. Tempoh ikatan perjanjian ini
boleh disemak dalam perjanjian Cuti Belajar/Penajaan calon.

2.14 Sila nyatakan juga tempoh kontrak yang telah disempurnakan

Contoh:

Tempoh ikatan perjanjian Cuti Belajar Bergaji Penuh yang telah


diluluskan adalah 4 tahun. Pegawai telah melapor diri (kembali
bertugas) pada 1 Januari 2014. Tempoh telah berkhidmat daripada
perjanjian adalah 3 tahun iaitu bermula pada tarikh melapor diri
tersebut.

Maklumat Tambahan

Bahagian ini Wajib diisi sekiranya calon sedang dalam pengajian. Jika
calon belum pernah mengikuti pengajian, sila nyatakan “TIDAK” pada
ruangan pilihan.
Sekiranya calon sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa/
separuh masa, sila pilih “YA” dan teruskan mengisi maklumat pengajian
anda.

Menu Perakuan

2.15 Setelah semua maklumat dilengkapkan, calon dimohon untuk menyimpan


semua maklumat permohonan dengan klik butang SIMPAN.

2.16 Calon turut dikehendaki untuk memahami dan membuat perakuan bagi setiap
perkara yang dipaparkan. Calon WAJIB tick ruangan perakuan yang
disediakan selepas permohonan disimpan. Klik butang hantar setelah
berpuas hati dengan kesemua maklumat yang diisi. Permohonan akan
dihantar kepada Ketua Jabatan untuk tindakan selanjutnya.

2.17 Calon boleh menyimpan permohonan setelah melengkapkan kesemua


maklumat yang diperlukan dan hanya SATU permohonan sahaja boleh dibuat

Page 10 of 20
pada waktu permohonan dibuka. Permohonan yang terdahulu adalah terbatal
sekiranya Sistem e-Penawaran mendapati pegawai mengemukakan lebih
daripada SATU permohonan.

2.18 Setelah semua permohonan disimpan, butang cetak permohonan akan


dipaparkan. Calon boleh mencetak Slip dan Borang Permohonan
penajaan/Cuti Belajar sebagai simpanan dan rujukan pada masa akan
datang.

Contoh kunci masuk maklumat permohonan bagi pemohon yang sedang mengikuti pengajian.
(program HLPS).
TAB PROGRAM

Page 11 of 20
TAB MAKLUMAT PERIBADI

MAKLUMAT ANAK (DIBAWAH UMUR 13 TAHUN)


Klik , akan dipaparkan menu seperti dibawah, Klik bil anak. Cth 2. kunci masuk
maklumat anak dan klik butang simpan. Untuk keluar klik tanda pangkah.

Page 12 of 20
Page 13 of 20
TAB MAKLUMAT AKADEMIK

Page 14 of 20
TAB MAKLUMAT PERKHIDMATAN

Page 15 of 20
Page 16 of 20
TAB MAKLUMAT PENCAPAIAN

Sila pastikan markah LNPT/PBPP hendaklah dikunci masuk (keyin).

Page 17 of 20
TAB MAKLUMAT PENAJAAN
Jika tidak pernah mendapat penajaan sebelum ini, sila pilih Tidak

Page 18 of 20
JIKA SEDANG MENGIKUTI PENGAJIAN, SILA ISI MAKLUMAT TAMBAHAN

TAB PERAKUAN

Setelah lengkap maklumat dikunci masuk dan klik butang simpan pada setiap tab maklumat,
butang cetakan permohonan akan dipaparkan untuk membolehkan cetakan slip permohonan
cuti belajar berserta maklumat permohonan.

Page 19 of 20
Page 20 of 20

Anda mungkin juga menyukai