Anda di halaman 1dari 5

Teknik Menjawab Ringkasan dan Pemahaman Bahasa Melayu PMR Bahagian A (i) : Ringkasan 1.

Mengenal pasti tugasan soalan

Dalam soalan ringkasan, tugasan soalan ialah selepas perkataan tentang sehingga ayat itu berakhir. Lihat soalan contoh di bawah:

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara menangani masalah remaja. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan.

2. Patuhi had perkataan

Calon jangan sesekali melebihi had tersebut kerana perkataan yang melebihi had perkataan TIDAK dinilai oleh pemeriksa. Teknik Menjawab Ringkasan 1. Penanda wacana yang mesti digunakan. Selain itu, Di samping itu, Seterusnya, Lagipun, Tambahan pula, Akhir sekali.

2. Prosedur jawapan:

i.

Ayat 1: Tugasan soalan + Isi Pertama Contoh: Cara-cara menangani masalah remaja ialah ibu bapa perlu mendekati anak-anak remaja mereka untuk memahami masalah yang dihadapi

ii.

Ayat 2: Penanda Wacana + Isi 2 Contoh: Selain itu, ibu bapa tidak sepatutnya terlalu mengongkong kebebasan anak-anak mereka.

iii.

Ayat 3: Penanda Wacana + Isi 3 1

Contoh: Di samping itu, anak remaja hendaklah ditunjuk kaedah mengawal emosi yang betul oleh ibu bapa mereka.

iv.

Ayat 4: Penanda Wacana + Isi 4 Contoh: Seterusnya, remaja yang bermasalah wajar diberi bimbingan yang sepatutnya oleh guru.

v.

Ayat 5: Penanda wacana + Isi 5 Contoh: Tambahan pula, remaja perlu memilih rakan sebaya yang sesuai.

Bilang jumlah perkataan. Jika masih di bawah 70 patah perkataan, bina ayat yang ke-6. Contoh: Ayat 1: Ayat 2: Ayat 3: Ayat 4: Ayat 5: 17 10 14 11 9

Jumlah: 61 masih ada 19 perkataan lagi (teruskan dengan membina ayat ke-6) vi. Penanda wacana + Isi 6 Contoh: Akhir sekali, masyarakat berperanan membantu pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang yang membawa kebaikan kepada remaja.

61+ (ayat 6 14 patah perkataan) = 75 patah perkataan Rumusan lengkap: Cara-cara menangani masalah remaja ialah ibu bapa perlu anak-anak remaja mereka untuk memahami masalah yang dihadapi. Selain itu, ibu bapa tidak sepatutnya terlalu mengongkong kebebasan anak-anak mereka. Di samping itu, anak remaja seharusnya ditunjukkan kaedah mengawal emosi yang betul oleh ibu bapa mereka. Seterusnya, remaja yang bermasalah perlu diberi bimbingan yang sepatutnya oleh guru.

Tambahan pula, remaja perlu memilih rakan sebaya yang sesuai. Akhir sekali, masyarakat berperanan membantu pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang yang membawa kebaikan kepada remaja. (75 patah perkataan) Bahagian A II: Pemahaman Soalan Maksud Rangkai Kata: 1. Berikan rangkai kata kelainan tingkah laku. (2 markah) Skema: Kelainan: perbezaan/perubahan Tingkah laku: perangai/sikap Perhatian: Jika calon memberikan maksud 1 perkataan sahaja, beri 1 markah. Contoh: perbezaan tingkah laku Kelainan perangai Jika calon memberikan maksud rangkai kata, satu daripadanya salah, 0 markah. Contoh: perubahan (betul) personaliti (salah) Calon memberikan maksud tepat mengikut konteks, tetapi ayat tidak lengkap, 1 markah. Contoh: perbezaan perangai (tiada ayat) Calon memberi jawapan dalam bentuk huraian, 0 markah. Contoh: perbezaan perangai seseorang remaja Salah ejaan yang boleh menjejaskan maksud, 0 markah. Contoh: perbezaan sikat Sekiranya tidak menjejaskan maksud, diterima. Contoh: tinkah laku Jawapan contoh: Maksud rangkai kata kelainan tingkah laku ialah perbezaan sikap. SOALAN ANALISIS PETIKAN: Berdasarkan petikan, berikan dua faktor yang boleh menyebabkan remaja terlibat dalam gejala negatif. (4 markah) 3

PANDUAN: a. Jawapan kepada soalan ini terdapat dalam petikan. b. Jawapan kepada soalan ini juga tidak bertindih dengan isi ringkasan.

Sila rujuk petikan: (Perenggan 1) Zaman remaja merupakan perubahan masa ke alam dewasa. Kebanyakan remaja berjaya melalui zaman peralihan itu tanpa masalah. Namun begitu, ada juga remaja yang kurang bernasib baik dan terjebak dalam gejala yang kurang sihat. Keadaan ini diburukkan lagi lantaran sesetengah sikap ibu bapa yang terlalu mengutamakan kerjaya dan kurang menumpukan perhatian terhadap anak-anak. Skema: (i) Sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu mengutamakan kerjaya. (ii) Kurang menumpukan perhatian terhadap anak-anak. Jawapan contoh: Faktor yang boleh menyebabkan remaja terlibat dengan gejala negatif ialah sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu mengutamakan kerjaya. Selain itu, ibu bapa kurang menumpukan perhatian terhadap anak-anak. SOALAN KBKK: 2. Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti berfaedah yang dapat dilakukan oleh remaja untuk mengisi masa lapang mereka? (4 markah) Skema:

Beriadah Membaca

2 markah 2 markah 0 markah

Bermain permainan video-

(Terima juga mana-mana aktiviti yang berfaedah)

Jawapan Contoh:

Pada pendapat saya, antara aktiviti berfaedah yang dapat dilakukan oleh remaja untuk mengisi masa lapang remaja ialah beriadah bersama keluarga. Selain itu, remaja juga boleh mengisi masa lapang dengan membaca. 4

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai