Anda di halaman 1dari 11

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BAHASA MELAYU PERTENGAHAN TAHUN TAHUN 4 KERTAS 1 (40 SOALAN: 50 MINIT) BAHAGIAN TATABAHASA PERNYATAAN

KEMAHIRAN Menggunakan pelbagai jenis kata dalam ayat. 1. Kata nama 2. Kata ganti nama diri ketiga 3. Kata sendi nama 4. Kata kerja 5. Adjektif 6. Penjodoh bilangan 7. Kata hubung 8. Kata bantu 9. Apitan 10. Imbuhan pinjaman 11. Kata penguat 12. Kata penegas 13. Kata bilangan 14. Penanda wacana 15. Penanda wacana 16. Kata/ayat perintah suruhan BILANGAN SOALAN 1 ARAS SOALAN 2 3 4 6 1 - 16 JUMLAH SOALAN

1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

/ /

Menyatakan makna kata dalam ayat 17. Sinonim 18. Antonim 19. Polisim 20. Polisim

6 17 20

1 1 1 1

Memahami peribahasa 21. Simpulan bahasa 22. Perbandingan semacam Mengenal pasti

2 /

6 21 - 22

1 1

kesalahan tatabahasa dalam ayat

1
23. Pilih ayat menggunakan perkataan betul 24. Pilih ayat menggunakan tanda baca yang betul 25. Kata

/ /

23 - 25

Menganalisis ayat 26. Membina jawapan 27. membina soalan 28. Pilih ayat sama maksud (cakap ajuk/ cakap pindah) 29. Struktur ayat baku 30. Struktur ayat baku

6 26 - 30

1 1 1

1 1

PEMAHAMAN

Petikan 1 Cerita/naratif 31. 32. 33. 34. Pilih pernyataan yang benar 35. Beri maksud frasa ayat

6 31 - 35

1 1 1 1 1

Petikan 2 - Rencana 36. 37. 38. 39. Semua yang berikut adalah benar kecuali.. 40. Beri maksud perkataan

6 36 - 40

1 1 1 1 1

1 2 3 4 5 6

: Aras Pengetahuan : Aras Kefahaman : Aras Aplikasi : Aras Analisis : Aras Sintesis : Aras Penilaian

SOALAN ARAS PENGETAHUAN 1) Ahmad merupakan seorang budak yang sangat rajin belajar, _______________ beliau sering gagal dalam peperiksaan. Berdasarkan petikan ayat di atas, pilih kata hubung yang paling sesuai untuk melengkapkan ayat tersebut. 1. 2. 3. 4. dan walaubagaimanapun tetapi walhal SOALAN ARAS KEFAHAMAN 2) Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan di bawah

Ali seorang murid yang nakal dan pemalas. Ibu bapa dan gurunya selalu menasihatinya tetapi usaha ibu bapa dan gurunya sia-sia sahaja.

1. 2. 3. 4.

ada ubi ada batas bagai mencurah air di daun keladi ada udang di sebalik batu banyak udang banyak garam

SOALAN ARAS APLIKASI 3) Pilih ayat yang sesuai bagi satu situasi di mana menunjukkan cara yang baik untuk meminjam pensil dari rakan A. Rina, pinjam pensil kau. B. Pensil kau mana? Aku nak guna. C. Rina, boleh saya pinjam pensil kamu? D. Mengambil tanpa meminta kebenaran. SOALAN ARAS ANALISIS 4) Yang manakah antara berikut merupakan kata adjektif ? 1. Bijak

2. Minum 3. Pukul 4. Damai

SOALAN ARAS SINTESIS 5) Pilih ayat berikut yang menggunakan tanda baca dengan betul. A. Wah!cantiknya baju kamu. B. Aduh, sakitnya gigi saya! C. Terima kasih! atas kerjasama yang telah kamu berikan D. Bagaimanakah keadaan Lina sekarang. SOALAN ARAS PENILAIAN 6) Bagi pendapat anda, apakah faktor utama yang menyumbang kepada masalah bencana tanah runtuh? 1. Pembangunan yang tidak terkawal

2. Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar

3. Pihak berkuasa tidak melaksanakan tugas dengan sebaiknya 4. Pembuangan sampah sarap yang tidak terkawal

langkah-langkah Membina JSU

Bidang kognitif: Pengetahuan, fakta-fakta, perangkaan, teori-teori, dan kefahaman. Tujuan: Membina pemikiran kreatif

Peringkat-peringkat bidang kognitif :

1. Peringkat Pengetahuan Tujuan: Mengingat semula pelajaran yang telah dipelajari tanpa berlaku perubahan. Objektif umum: Supaya pelajar tahu fakta / pengetahuan Objektif khusus: Menyatakan , melabelkan, menuliskan. Ciri soalan: Memerlukan calon mengingat semula. Jawapan calon adalah menggunakan bahasa asal. Contoh kata kerja: Labelkan, Senaraikan, Nyatakan, Manakah, Apakah, Berikan, dll. Contoh soalan: Apakah maksud perkataan leka ? A. Malas B. Pandai C. Sakit D. Cuai

2. Peringkat Kefahaman Arasnya tinggi sedikit daripada aras pengetahuan Perkara penting: Menterjemahkan, memberikan tafsiran, ekstrapolasi. Tujuan: Memahami sesuatu bahan, menjelaskan dan menterjemahkan Objektif umum: Supaya memahami, menjelaskan, menterjemah, mentelaah Objektif khusus: Menjelaskan, menerangkan, menulis semula, merumus Jenis : Jelaskan , Bacakan, Bandingkan, Ringkaskan Ciri soalan : Memerlukan calon memahami fakta dan menghuraikannya, memberi contoh atau ilusitrasi dalam bahasanya sendiri.

Contoh kata kerja: Terangkan, jelaskan, Huraikan, Tukarkan, Mengapakah, dll. Contoh soalan: Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan di bawah. Ali seorang murid yang nakal dan pemalas. Ibu bapa dan gurunya selalu menasihatinya tetapi usaha ibu bapa dan gurunya sia-sia. A. Ada ubi ada batas B. Bagai mencurah air di daun keladi C. Ada undang di sebalik batu D. Banyak udang banyak ragam

3. Peringkat Aplikasi Menggunakan pengetahuan / maklumat mujarat (abstrak ) untuk menyelesaikan masalah yang berbentuk maujud (konkrit) Objektif umum : Menggunakan Objektif khusus : Menggunakan, menyelesaikan, mengira Jenis : Bagaimanakah , berikan Menekankan penggunaan kaedah, hukum, prinsip dan teori. Ciri soalan : Memerlukan calon menyelesaikan masalah non routine atau masalah baru. Ciri soalan adalah problem- solving. Masalah diselesaikan dengan cara tersendiri menggunakan gabungan teori, pengalaman dan pelbagai kaedah penyelesaian masalah yang mempunyai unsur persamaan. Contoh kata kerja : Selesaikan, Binakan, Carikan, Tunjukkan, Kirakan,Demonstrasikan, dll. Contoh soalan peringkat aplikasi: 1.Cara baik untuk meminjam pensil dari rakan .

" Lya, pinjam pensil kau. Pensil kau mana? Aku nak guna". "Lya,boleh saya pinjam pensil kamu?". Mengambil tanpa meminta kebenaran. 2. Pilih jawapan yang betul bagi soalan yang bergaris.

Adakah sekolah kita memenangi pertandingan itu? . Sekolah kita memenangi pertandingan itu. Ya, sekolah kita memenangi pertandingan itu Ya, sekolah itu memenangi pertandingan itu Sekolah kamu memenangi pertandingan itu.

4. Peringkat Analisis Merujuk kepada kebolehan menceritalan dan menyusun perkara-perkara yang telah dipelajari kepada beberapa bahagian.

Tujuan : Menaakul sebab dan musabab (akibat) Meleraikan sesuatu komunikasi kepada beberapa bahgian Objektif umum : Mencerakinkan, menaakul, menjelaskan, menilai kerelevanan fakta Objektif khusus : Mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan menjelaskan struktur dan organisasi. Contoh soalan : Yang manakah antara berikut tidak menjelaskan kriteria dengan betul? Yang manakah antara berikut merupakan kata kerja ? Kosa kata yang digunakan Bezakan, Bandingkan , Asingkan, Tafsirkan, Klasfikasikan Sebab. Mengapa?huraikan. Menaakul Mencerakinkan. 5. Peringkat Sintesis Menguji kebolehan calon mencantumkan , menggabungkan dan mengintegrasikan fakta-fakta/ idea-idea yang berkaitan. Tujuan : Membentuk sesuatu yang baharu. Objektif umum : Menulis karangan , mencadangkan sesuatu pandangan, menghasilkan karya. Objektif khusus : Menggabungkan, Mengubah, Mereka Cipta, Merancang, Menulis, Mencipta Kosa kata yang popular digunakan : Gabungkan, Mereka Bentuk, Kumpulkan, Susunkan, Gubahkan, Karangkan Contoh : Mencadangkan, senaraikan beberapa cara anda boleh mengatasi masalah itu. Mencipta, Huraikan satu perncangan yang boleh membuktikan. Contoh Soalan Peringkat Sintesis : Sabrina lahir pada 28 Febuari 1989. Tahun bilakah dia menduduki peperiksaan awam SPM? 1999 2002 2003 2006 Susun semula baris-baris pantun di bawah supaya menjadi pantun yang lengkap. Budi yang baik dikenang juga, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Pulau Pandan jauh ke tengah. ______________________________, ______________________________ , ______________________________ , ______________________________ .

6. Peringkat Penilaian Menguji kebolehan calon, membuktikan, menilaikan, mengesahkan, mengkritikan, memberikan pendapat sesuatu pernyataan dan sebagainya. Tujuan :

Membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kriteria tertentu Objektif umum : menimbangkan nilai, ketekalan dan kecukupan data. Objektif khusus : menilai, membuat pertimbangan Jenis : Sejauh mana, menilaikan, apa pendapat anda Contoh : Beri pendapat anda mengenai cerita tersebut. Sejauh manakan kebaikan menggunakan kereta ke kuliah? Contoh Soalan peringkat Penilaian : Pada pendapat anda mengapakah setiap kumpulan mestilah menghantar nama ahli kumpulan mereka awal? Supaya mereka dapat hadiah. Menunjukkan mereka sangat berminat. Setiausaha sibuk pada bulan April nanti. Kerana hanya 80 nama pertama akan diterima.

TAKSONOMI DOMAIN AFEKTIF (KRATHWOHL) Bidang ini ialah mengenai perasaan, emosi, dan perkara yang kurang nyata dalam sesuatu mata pelajaran. Perasaan murid yang suka atau benci akan sesuatu mata pelajaran amat penting dalam pengajaran guru. Perasaan afektifadalah lebih kekal dan mendalam kesannya daripada kebolehan kognitif. Disusun oleh David R. Krathwohl, Benjamin S. Blom dan Bertam B. Masia.

Hierarki Kontinum afektif : i.

Penerimaan (pemerhatian) Kesedaran, kesanggupan menerima dan perhatian yang terkawal atau terpilih Penerimaan (Pemerhatian) di peringkat ini, murid diberi rasa kesedaran mengenai adanya sesuatu fenomena dan rangsangan; agar sanggup menerima dan memberi perhatiannya kepada fenonema, atau rangsangan itu. Sesuatu pembelajaran murid mengenai perkara-perkara afektif yang membawa kepada satu sistem nilai. Kategori ini terbahagi kepada tiga, iaitu ; Kesedaran Kesanggupan menerima Perhatian yang terkawal, atau terpilih satu kontinum dari yang pasif, hinggalah ke peringkat kesanggupan menerima fenomena, atau rangsangan itu, hingggakan murid dapat mengarahkan perhatiannya kepada rangsangan yang dipilihnya.

ii. Membalas

Persetujuan membalas

pasif

ketika membalas,

kesanggupan

membalas

dan

kepuasan

Membalas Apabila murid memberi nilai, atau menilai sesuatu benda, fenomena, atau tingkah, ia menghargai perkara-perkara. Di peringkat ini, tingkahlaku murid sudah stabil dan telah membentuk

ciri-ciri kepercayaan, atau sikap. Di sini yang dipentingkan bukan perhubungan nilai-nilai yang dihargai, tetapi perihal menyebatikan nilai-nilai, atau ideal tertentu dalam diri.

iii . Menghargai

Penerimaan sesuatu (kepercayaan)

nilai,

lebih

suka

akan

sesuatu

nilai

dan

komitmen

Tingkahlaku menghargai, atau memberi nilai di peringkat ini adalah atas dorongan dirinya sendiri dan komitmen kepada nilai yang dihargainya. Kategori ini terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu ; Penerimaaan sesuatu nilai lebih suka akan sesuatu nilai komitmen (kepercayaan).

iv. Organisasi

Mengkonsepi sesuatu nilai dan mengorganisasi sesuatu nilai Penilaian Kebolehan membuat penilaian dan memberi penghargaan terhadap sesuatu benda atau tingkah laku. Berdasarkan penghayatan / nilai estetik. Terdapat tiga kategori : Penerimaanmurid menginginkan sesuatu yang baik. Pemilihan usaha memperolehi sesuatu nilai yang telah dipilih. Penglibatan Penilaian berdasarkan : Objektif umum : menghargai karya orang lain, menunjukkan sikap menjawap soalan dan menunjukkan sikap kerjasama. Objektif khusus : Berbincang dengan rakan dan dapat melapor dan mencadangkan. Organisasi Pelajar boleh mengorganisasikan/ mengaplikasikan organisasi. Dapat membezakan nilai yang penting dan tidak penting. Objektif am : mampu mereka cipta. Objektif khusus : mampu menulis karangan Kategori organisasi Tanggapan kebolehan menilai kepada bentuk Organisasi kebolehan menyatukan / mengaplikasikan nilai-nilai yang berkaitan dan membentuk satu sistem. nilai dalam

v.

Perwatakan oleh sesuatu nilai atau kompleks nilai

Set am dan perwatakan Perwatakan Perubahan tingkah laku pelajar selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Kategori perwatakan Set am- kebolehan mengekalkan nilai-nilai. Perwatakan disiplin diri, dapat menyelesaikan masalah-masalah.

Anda mungkin juga menyukai